Monday, May 24, 2010

Bertemu Abang S Manikavasagam

Untuk sekian kali, Manikavasagam menafikan beliau akan keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk menjadi ahli parlimen Bebas.

Beliau terpaksa mengulangi kesetiaannya berikutan ada usaha pihak tertentu yang tidak jemu-jemu menyebar fitnah, kononnya mahu keluar parti dengan mengaitkan pendedahannya berhubung isu Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB).
Secara kebetulan, saya telah bertemu dengan abang kepada MP Kapar S Manikavasagam. Beliau adalah seorang pemandu teksi.

Sedang kami bersembang mengenai permit teksi yang diperolehinya, sejurus selepas itu beliau mengaku yang adiknya seorang MP iaitu Manikavasagam. Saya agak terperanjat kerana MP yang dimaksudkan ialah MP Kapar.

Pemandu teksi tersebut menceritakan serba sedikit mengenai simbahan cat, ugutan bunuh dan perbalahan di antara adiknya dengan MB Selangor yang berakhir dengan campurtangan DSAI. Saya minta agar keluarganya bersabar dan tidak bertindak melulu kerana kita sedar bahawa kita berhadapan dengan seluruh kekuatan propaganda BN.

Saya juga sempat meminta jawapan yang ikhlas daripada abang S Manikavasagam mengenai status perjuangan adiknya sebagai salah seorang pemimpin PKR. Jawapan yang diperolehi agak melegakan.

Beliau menyatakan bahawa tiada opsyen untuk adiknya bertindak keluar dari landas perjuangan. Meninggalkan parti bukan satu opsyen dan segala permasalahan boleh diselesaikan dengan baik. Menumbangkan BN adalah perkara pokok dalam menjelmakan sebuah kerajaan yang prihatin.

No comments: