Thursday, May 27, 2010

28 Mei Tarikh Terpilih !


Merujuk kepada Projek Langgar Hadi yang sepatutnya jatuh ke tarikh 28 Mei, saya percaya ada hikmah di sebalik peristiwa yang ditakdirkan tidak berlaku.

Saya juga percaya, kami cuma ada satu cobaan untuk melakukan satu 'wake up call' untuk TG Presiden, dan tarikh 28 Mei yang itu telah dipilih jauh lebih awal di atas beberapa faktor.

Sebelum saya dedahkan faktor-faktornya, ingin ditegaskan di sini bahawa saya tidak peduli apa kata aduka sekiranya terbaca komen ini, kerana ini bukan soal Aduka, ini soal mengangkat martabat seorang presiden parti Islam.

Sedari tahun 2009 hinggalah Aduka melepasi ujian demi dugaan, tarikh Langgar Hadi adalah satu hari terpilih. Ini kerana seperti yang saya terangkan tadi nahawa kami hanya punya satu cubaan dan pastinya pemilihan tarikh merupakan satu cabaran. Adalah berbeda di antara 'langgar' buat kali pertama dan 'langgar' buat kali kedua. Cuba fahami situasi ini, kami bukan pengacau malah kami juga bukan isu bagi seseorang yang bertaraf Presiden.

Kuliah TG Presiden pada pagi Jumaat di Rusila merupakan pilihan masa dan tempat yang ideal, cuti Wesak yang jatuh pada hari Jumaat juga ideal. Paling idealistik ialah, Jumaat itu adalah 2 kali Jumaat sebelum Penggulungan TG Presiden di Muktamar. Jadi, adakah tarikh lain yang akan dipilih sekiranya TG Presiden tidak ke luar negara?

Tarikh 28 Mei telah dipilih jauh lebih awal daripada yang diperkatakan.

Siapakah yang benar-benar tahu tujuan Aduka untuk bersemuka dengan TG Presiden? Melainkan hanya membuat tuduhan tidak baligh dengan mengatakan Aduka agen UMNO, adakah anda benar-benar tahu kaitanya PAS Reform dalam wancana ini? Atau anda semua sedia untuk mendengar satu penyampaian / kritikan / pujian / komen secara terus kepada TG Presiden, maka berilah kami laluan. Ini juga demi kebaikkan bersama.

Peluang ini datang hanya sekali, samada untuk anda atau untuk kami. Sifat ingin tahu yang ada dalam diri anda semua dituntut dalam merealisasikan pertemuan Aduka dan TG Presiden.

Bersediakah anda memberi laluan kepada kami? Saya tidak akan provoke dengan mempersendakan kejantanan sesiapa, tetapi demi Allah, ayuh kita laksanakan wancana ini. Mungkin satu pertemuan yang kecil lagi berat sebelah itu, membawa impak yang besar kepada yang jemaah, yang ahli atau bukan ahli.


Edyes

6 comments:

Anonymous said...

berapa RM penulis upahan ni dapat?bodoh tidak bertempat dan sukar diajar.

Anonymous said...

hahahaha.........

teruskn cita2 korang buktikn kuasa blogger boleh jatuhkn @ menaikkn presiden , sejarah tu bhai!

bung said...

hahahaha

dasar manusia bodoh

subuh pon tak semayang sibuk plak nak menjatuhkan ulama

bebal macam umno

Anonymous said...

banyak2 blog,inilah paling bodoh dan tak berkualiti.menunjukkan pemikiran penulis tahap sekolah rendah.maaf.ini adalah komen ikhlas.

Edyes said...

terima kasih di atas keikhlasan anda.

Segala yang baik itu adalah dari Allah dan yg buruk lagi bodoh itu adalah kelemahan saya sebagai manusia biasa. Kebodohan saya sebagai penulis telah membawa anda ke laman serba bodoh ini.

Anonymous said...

ni semua agen umno..