Wednesday, February 16, 2011

ANWAR HARUS SELESAIKAN SEMUA INI, JGN BUAT TAK TAU!!

Krisis keyakinan ahli terhadap PKR dijangka berpanjangan dan tiada tanda akan berakhir biarpun proses pemilihan kontroversi parti itu sudah lama berlalu.

Seperti rumah yang sedang dimakan anai-anai, masalah dalam parti itu bukan hanya melibatkan satu dua cabang bahkan kata sumber kepada Agendadaily lebih 50 cabang di seluruh negara.

"PKR Pusat sudah hilang kawalan terhadap cabang, dan selepas ini lebih banyak kritikan terbuka, ahli dan pemimpin keluar parti kerana hilang kepercayaan kepada PKR," kata sumber tersebut.

Agendadaily sendiri menerima banyak email dari ahli dan penyokong parti itu yang tak puas hati dan minta 'suara' mereka diangkat.

Ini termasuk email terus-terang dari Ketua Cabang PKR Batu Sapi Hassnar Hj Ebrahim yang melampirkan surat beliau kepada Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail bertarikh 13 Febuari lalu.

Surat lapan muka surat itu 'Fuziah Saleh jahanamkan PKR Sabah' itu antara lain menceritakan kronologi yang membawa kepada pergolokan politik parti itu di sana dari kaca mata penulis.

"PKR Sabah dah tak dapat diselamatkan lagi, kalau pengerusi majlis pimpinan negeri yang tidak sampai sebulan dilantik boleh sertai UMNO, bayangkanlah betapa teruknya masalah dalaman parti itu," kata sumber tadi.

Sebelum ini, Pajudin Nordin menyerahkan borang menyertai UMNO kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman pada 5 Febuari lalu.

"Kes Pajudin adalah contoh klasik cara urus tadbir buruk yang diamalkan oleh pucuk kepimpinan PKR, mereka lantik Pajudin yang bukan pun ketua cabang, dan apabila dibantah keras oleh ketua-ketua cabang maka Pajudin cuba digantikan.

"Tapi dalam kes ini, belum sempat hendak ganti, Pajudin angkat kaki dan sertai UMNO, dengan jawatan pengerusi majlis pimpinan negeri, PKR malu, sampai terpaksa tubuh Majlis Presiden untuk tangani masalah di Sabah,"kata beliau.

Menurutnya lagi, pergolakan di Sabah termasuk yang terbaru bila cabang Kalabakan dibubarkan membuktikan PKR Pusat sudah hilang kawalan terhadap cabang-cabang.

"Sabah hanya permulaan, selepas ini kita akan dengar masalah di Sarawak pulak, dan jangan terkejut ia lebih panas dari cerita di Sabah," katanya.

Sarawak yang sudah bersiap sedia untuk mengadakan pilihanraya negeri dijangka akan menambahkan 'bahang' perebutan kuasa dalam barisan kepimpinan negeri.

"Antara yang paling panas adalah pemilihan calon-calon yang akan mewakili PKR, di mana, sudah pasti berlaku perang antara fraksi yang mewakili kaum Melayu, Cina dan Iban di dalam PKR,".

"Saya tidak terkejut nanti, sepanjang tempoh berkempen ada saja pemimpin PKR umum keluar parti dan cabang bubar," jelasnya.

Sementara itu, Agendadaily turut dimaklumkan berlaku bantahan 'senyap' dikalangan ketua-ketua cabang PKR Perak selepas Dr Muhd Nur Manuty diumumkan pengerusi majlis pimpinan negeri yang baru.

"PKR Pusat suruh buat undian pilih pengerusi, ketika undian, 23 dari 24 ketua cabang hadir, 13 undi Mustapa Kamil Ayub dan 10 undi Muhd Nur Manuty, tapi sudahnya Muhd Nur Manuty juga diumumkan sebagai pengerusi, tak ke pelik?" soal beliau.

"Baik dari awal tak payah buat undian, lantik terus siapa yang pemimpin pusat hendak,"tambah beliau.

Selain itu, blogger popular pro pembangkang, Mat Saman Kati juga buat kenyataan di blognya (ureka.asia) ucap selamat jalan PKR.

Mat Saman Kati yang terkenal kerana anjurkan forum temukan calon-calon ketua AMK dalam pemilihan PKR sebelum ini tulis "Maka dengan ini, aku mengisytiharkan, bahawa aku bukan lagi ahli PKR, bukan lagi penyokong PKR dan tidak ada kena mengena dengan PKR.

"Tetapi bukan bermakna aku memusuhi semua kerabat PKR. Masih ramai mereka yang didalam PKR yang aku hormati. Tetapi oleh kerana ianya dipimpin oleh mereka yang tidak lagi aku hormati, maka aku tidak lagi mahu bersubahat dengan mereka."

Lagi lawak, di blognya, siap ada borang pra-pendaftaran ahli parti KITA yang diketuai Datuk Zaid Ibrahim.

Selain, Sabah, Sarawak, Perak turut bermasalah adalah PKR Johor yang mana pengerusinya bekas Menteri Kesihatan Datuk Dr Chua Jung Meng.

"Perlantikan yang tak mencerminkan realiti politik negeri, di mana orang Melayu merupakan kaum majoriti, dan dibantah oleh cabang-cabang yang ada,"kata sumber itu.

Sementara bagi ahli-ahli yang pro calon ketua AMK, Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard terus mendesak parti menunaikan janji untuk membentangkan laporan siasatan mengenai penyelewengan dalam pemilihan PKR tahun lepas.

Sebelum ini, SUA PKR, Saifudin Nasution dilaporkan berkata setiap aduan yang dibuat akan disiasat dan hasilnya diketahui dalam tempoh dua minggu dari tarikh kongres nasional diadakan hujung November lalu.

Sebaliknya, sehingga kini tidak ada apa-apa laporan dibentangkan dan Chegu Bard kemudiannya ditawarkan jawatan timbalan setiausaha agung tetapi ditolak olehnya.

Masej twitter tat_lee dan AidilSMM antara contohnya, "Bukti penipuan pemilihan di cabang Parit Sulung… bukti dah ada tak kan DSAI hendak tengok saja,"tweetnya pada Isnin berserta gambar buku senarai pendaftaran pemilih yang hadir mengundi.

Melihat semua senario ini, tidak mustahil, 'bara dalam sekam' akan bertukar jadi api tidak lama lagi. Jangan terkejut kalau Anwar akan di 'Mubarak-kan" oleh ahli parti sendiri.-agendadaily 16/2/2011
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Tuesday, February 15, 2011

Nasib Blogger Bagai Telur Di Hujung Tanduk (Wajib Baca & Sebar)!!!

Salam Maulidur Rasul,

Blogger, apalah nasib blogger sharpshooter selepas ini?

Siapa di antara kita yang mengaku sebagai blogger harus waspada, harus lebih bersedia kerana perlawanan antara menteri dan blogger, inilah presiden kesnya. Kemenangan menteri bakal mengheret mana-mana blogger samada yang menulis mahupun blogger yang cukup rajin menggunakan kaedah 'copy n paste'.

Mengapa agaknya orang yang menulis artikel itu tidak didakwa tetapi orang yang menyalin tampal bakal dihadap ke mahkamah? Kerana walaupun yang menulis itu salah, tetapi yang menyiarkan sesuatu artikel itu akan cuba diterjemahkan sebagai lebih bersalah supaya kerja 'meraka' akan datang jadi jauh lebih mudah.

Saya sekarang berada di rumah Din Binjai pengendali blog sharpshooter, seorang blogger yang bakal di saman. Amizudin Ahmat mempamerkan surat lawyer Shaffee & co, yang diterima lewat minggu lepas menunjukkan fail injuksi dan saman sivil ke atas Din Binjai dari Rais Yatim.

Beringatlah semua, kalau Din Binjai yang salin dan tampal kenyataan dari harakah tanpa ulasan yang tak sebut nama Rais pun, bakal disaman malu juta-juta. Maka ia bakal menjadi presiden kes yang boleh sentiasa di rujuk dalam mana-mana saman ke atas blogger yang berhaluan Pakatan Rakyat.

Justeru itu, adakah ribuan blogger pro Pakatan Rakyat hanya akan membiarkan kes ini berjalan seperti angin lalu? Membiarkan blogger sharpshooter terkapai-kapai? Atau sedia untuk bergabung bagi satu perlawanan di antara menteri dan blogger yang akan menentukan nasib semua blogger?

Pilihlah samada untuk bersama berjuang atau mengambil sikap tidak peduli dengan memikirkan nasib masing-masing. Inilah peluang untuk blogger bersatu!! Inilah peluang untuk menghalang sebarang gerakan dari pihak kerajaan untuk mengheret blogger ke dalam kancah akta komunikasi!!

Bukan tujuan saya menakut-nakutkan rakan blogger lain, tapi inilah hakikat dan satu subjek penting untuk sama-sama kita perjuangkan. Sedarlah bahawa kes saman blogger sharpshooter adalah subjek yang perlu kita lawan dan pertahankan demi nasib semua blogger seangkatan.

Saya menyeru setiap blog memaonkan peranan untuk menyedarkan semua blogger, betapa kita sebenarnya dalam perhitungan hidup mati suatu media yang amat ditagih bagi menyampaikan berita dan kebenaran!!

Pilihan di tangan kita, ayuh blogger bangkit!! Bangkit!! Bangkit dari lamunan!! Bangkit melawan!!


EDYES @ edyesdotcom
Sebarkan artikel ini !
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Demo Di Hadapan Penjara Kajang Untuk Nora Reformasi!!

Solidariti buat Nora Reformis!

Kini beliau ditahan polis dan disumbatkan ke penjara Kajang atas alasan kes demo tahun 2006 lalu.

Hari ini dan ketika ini, sekumpulan anak muda sedang dalam perjalanan ke penjara kajang untuk buat satu demo solidariti buat Nora - tokoh reformasi wanita kita.

Ayuh, sesiapa yg sempat untuk bersama di depan penjara Kajang bagi menyokong agar kak nora dibebaskan dari ditahan tanpa jatuh hukuman.

Untuk pertanyaan, sila hubungi 0123696474 Azizi SAMM
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Monday, February 14, 2011

Lintas Langsung Ceramah Umum di Manjoi, Ipoh

"Kita pastikan UMNO akan tumbang pada PRU ke 13 yang dijangkakan tak lama lagi, setuju?!!"

Takbir!! Allah Huakhbar

"Kalau setuju, jangan cakap jer... Kena la buat koreje"

Itulah antara input terawal yang diterima oleh hadirin yg menyertai majlis ceramah di Kg Tengku Husin Hujung, Manjoi, Ipoh Perak. Ceramah ini bertempat di Pusat Tarbiyah PAS Taman Klebang Jaya, kawasan Tambun.

Ketika ini ketua Cabang Tambun ust Zul sedang menyampaikan ucapan. Walaupun penyampaian ceramah sedikit bosan dan kurang tajam tetapi setiap point2 ceramahnya disajikan dengan slide-slide show di sebuah skrin besar yang disediakan penganjur ceramah.

Penceramah lain yang bakal mengambil giliran termasuklah YB Dr Mujahid Yusuf Rawa, Yb Sivakumar dan juga che'GuBard.

Untuk liputan yang lebih lanjut, sila ke twitter @edyesdotcom . InsyaAllah


EDYES


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Orang Manjoi, Dijemput Hadir Ceramah Umum (Malam Ini, 14 Febuari)!!

Ceramah umum

14 Feb 2011, 9.00 malam

Para penceramah ;
YB Dr Mujahid
YB Sivakumar
che'GuBard

Markas Pas Kledang, Manjoi, Ipoh




(pertanyaan 0122211914)
Ceramah di Kg tengku husin hujung,manjoi,perak.. prtanyaan 0122211914 sdr omar

Rosmah Tergolek Lagi !! Kali Ini Di UNISEL !!

Tahniah kepada Universiti Industri Selangor atau dikenali sebagai UNISEL kerana berjaya mengelakkan diri dari asakan yang mungkin membawa kepada gempa bumi bebepara skala ricter.

Kini isteri Perdana Menteri yang agrasif itu bukan lagi canselor UNISEL dan telah digantikan kepada orang lain - bukan digantikan kepada isteri ketua pembangkang, mahupun kepada Syed Husin Ali. Berita di bawah menceritakan kisah kejayaan sebuah Universiti yang pro-mahasiswa ;
Pro-canselor Universiti Industri Selangor Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda dipilih menggantikan isteri perdana menteri Rosmah Mansor sebagai canselor baru universiti milik kerajaan negeri itu.

Menurut sumber, pelantikannya akan berkuatkuasa pada 21 Februari depan dan beliau dijadual menerima watikah daripada Sultan Selangor pada sebelum 9 Mac ini.

Pelantikan itu dijadual diumumkan oleh exco pendidikan negeri Dr Halimah Ali di bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) negeri di Shah Alam pada jam 3.30 petang ini.
Selepas FLOM ditutup rapi dari pengetahuan umum, kini satu lagi tamparan buat Rosmah dan kali ini datangnya dari para mahasiswa...

EDYES  @ edyesdotcom

Kenapa Malaysia Tak Gezetkan 14 Febuari Sebagai Hari Cuti ?

Daripada aku kecik, sampai aku besar dan sampai hari nie aku masih tak faham kenapa 14 Febuari tidak dikira sebagai hari cuti. Padahal tiap-tiap tahun bila masuk je bulan Febuari, habis heboh satu Malaysia fasal hari berkasih sayang.

Ini disokong lagi oleh stesen-stesen TV arus perdana dan seperti TV3 dan rangkaian Astro seumpamanya, apabila masing-masing mengatur untuk menyiarkan filem-filem aksi percintaan dan juga yang filem genre komidi cinta sebagai sajian untuk penontot. Bukan menyajikan filem cinta sahaja, malah tema rangkaian juga bertukar menjadi merah-merah cinta dengan tertera ucapan - Selamat hari velentine atau selamat hari berkasih sayang. Ini berlaku setiap kali masuk bulan Febuari dan adalah menjadi kebiasaan, kemuncaknya ialah 14 Febuari.

Apakah stesen-stesen TV yang kita ketahui mempunyai audiens berugama Islam paling ramai sekali, telah menjadi agen kristian dengan mengajak dan memberi galakan kepada anak muda untuk sambut hari velentine? Stesen TV juga sesetengah stesen radio yang juga mempunyai majoriti pendengar muslim ada kalanya memberi perangsang kepada anak muda agar memperingati hari velentine sebagai hari berkasih sayang, lantas memberi kesan yang negetif apabila tiba 14 Febuari.

Ingin aku tanya kepada kementerian penerangan, bukankah pencegahan itu jauh lebih baik dari merawat? Jadi mengapa tidak mencegah malah menjadi tunggul apabila membiarkan medium berpengaruh mengagungkan hari velentine. Mengapa tidak kerajaan Malaysia takrifkan saja 14 Febuari itu sebagai hari cuti supaya senang anak muda kita berpeleseran berpeluk dan beramas mesra, lebih-lebih dikhalayak ramai, lebih kurang di sebalik semak dan tidak kurang di hotel bajet.

Apa salahnya kalau stesen TV mengambil inisiatif untuk mengatakan tidak kepada hari velentine - dengan cara tidak mempedulikkan dan tidak mempromosi bulan Febuari sebagai bulan kasih sayang. Taburkan unsur bagaimana berkasih sayang menurut ajaran Islam sebagai panduan kepada orang Islam yang menonton siaran TV tersebut.

Justeru, sama-sama kita cegah kemungkaran kerana sesungguhnya mencegah itu jauh lebih dipermudah daripada merawat sesuatu penyakit.


EDYES @ edyesdotcom

Sunday, February 13, 2011

Polis Tidak Semestinya Betul..

Polis Tidak Semestinya Betul..

Ayuh semua anak muda hadiri taklimat / dialog ;

"Ketahui Hak Anda Berhadapan Polis"

Bersama aktivis hak asasi ternama anjuran SAMM!

Tarikh / Masa: 13 Feb / 4.40ptg
Tempat : Tapak Karnival Anak Muda, Dataran Prima Avenue, Cyberjaya

Turut hadir Yaser Said (juara cub prix asia) dan YB Amirudin Shari

Pertanyaan 0123696474 (anjuran SAMM)


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Saturday, February 12, 2011

!! Alhamdulillah, Satu Lagi Pilihanraya!! Masih Menunggu Shamsul Iskandar Menawarkan Diri!

ALFATIHAH-Adun BN Kerdau dalam bahagian Kuala Krau Pahang, Datuk Zaharudin Abu Kassim telah meninggal dunia!

Mengikut perkiraan, masih sempat berlaku pilihanraya!! Saya masih menunggu Shamsul Iskandar menawarkan diri untuk bertanding di Kerdau!!

EDYES @ edyesdotcom
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

MALAM INI !! Pidato Umum 'Selangor Dan Melakar Masa Depan Negara' Di Dataran Prima Avanue Cyberjaya !!


Pidato Umum 'Selangor dan melakar masa depan negara'
12 Feb 2011, 8.45 malam
bersama YAB Tan Sri Khalid (sudah dijemput belum sah kehadiran),

YB Rodziah Ismail, YB Haniza Talha dan beberapa pimpinan muda Selangor
.

Kemunculan khas Azhan (Juara Akedemi Nasyid TV9) akan membuat persembahan!