Wednesday, December 22, 2010

che'GuBard Harus Mendesak Hasil Siasatan dan Tindakan


Kenyataan Rasmi Ketua AMK Cabang Tenggara


21 Disember 2010

che'GuBard Harus Mendesak Hasil Siasatan dan Tindakan

Pemilihan Parti sudah berlalu hujung November lalu. Memang banyak aduan dan rungutan sepanjang pemilihan keadilan 2010.

Namun semuanya dinafikan begitu sahaja, sehinggalah beberapa aduan mendapat perhatian media. Itupun Pihak JPP tidak ke depan menjawab persoalan, hanya Setiausaha Agong (SUA) parti yang menjawab bagi pihak JPP.

Namun apabila diasak oleh pelbagai pihak, ketika di Kongres Nasional 2010 dalam satu kenyataan terbuka SUA menyatakan semua aduan akan disiasat dan diselesaikan dalam masa dua minggu.

Namun sehingga kini sunyi dan sepi. Malah muncul pula persepsi jawatan lantikan diumumkan baru - baru ini seolah-olah cuba menutup mulut pihak tertentu.

Seperti kita mahu menyapu semuanya di bawah permaidani indah. Persoalannya tiada bukti adalah karut !! Di Johor ada satu Cabang dengan jelas JPP terlibat membenarkan orang yang tidak ada dalam senarai pemilih mengundi dengan menambah nama mereka dengan tulisan tangan. Bukti ini disertakan laporan polis dan gambar dihantar kepada ibu pejabat tetapi sampai hari ini senyap.

Ramai yang mengetahui apa yang terjadi mula kecewa. Namun kekecewaan ini sedikit tertangguh dan terubat apabila masih ada tokoh dalam parti yang dilihat gigih mendesak siasatan dan tindakan telus diambil seperti che'GuBard.

Kenyataan che'GuBard yang bertarikh 8 Disember 2010 yang tersiar dalam blog beliau sedikit memberi sinar kepada anak muda.

Terbaru Che'gubard ditawarkan jawatan Timbalan Setiausaha Agong. Selaku orang politik memang ada kewajaran untuk menerima jawatan tersebut sebagai tiket untuk terus aktif di arena politik nasional. Namun saya selaku Ketua AMK Cabang Tenggara dengan ini meminta pertimbangan che'GuBard agar terus berpegang dengan kenyataannya sebelum ini menolak semua jawatan sehingga penyiasatan dan tindakan terhadap penyelewengan dalam Pemilihan 2010 diselesaikan secara telus.

Pendapat ini juga saya rasa turut dikongsi dgn ramai pimpinan muda pelbagai peringkat dalam parti ini. Kami memerlukan pimpinan anak muda berprinsip.

Tanpa jawatan pun saya lihat che'GuBard boleh terus bergerak kerana jawatan bukan syarat pengiktirafan.

Akhirnya sekali lagi ditegaskan harap che'GuBard menolak lantikan sebagai usaha perhebat desakan ke arah menjadikan KEADILAN lebih dihormati dan mantap.


Azlan Ishak
Ketua AMK Cabang Tenggara

Konvoi Anak Muda Malaysia !! (Mesti Lihat!!)

Konvoi Anak Muda Malaysia

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) bersama dengan United Sharks dan DACS Shah Alam dengan kerjasama AMK Rembau, AMK Pulau Pinang dan dengan sokongan Yayasan Aman juga Unit Ehsan Pulau Pinang akan mengadakan Konvoi Anak Muda (Reformasi) Malaysia. 24 - 26 Disember dari Rembau ke Permatang Pauh.

Satu sidang media telah diadakan pada 18 Disember 2010, jam 3 petang di Restoran Sup Utara Power di Shah Alam. Seramai hampir 80 orang anak muda dari perbagai kelab motor hadir. Selain che'GuBard, YB ir Khalid Samad, wakil YB Rodziah, Setiausaha United Sharks dan Pengerusi DACS Shah Alam juga telah hadir dan bercakap. Kemeriahan sidang media akan memberi gambaran kemeriahan program yang akan berlansung.

Tentatif program ialah jam 6.00 petang anak muda akan mula berkumpul di Dataran Senawang untuk memulakan Konvoi. Selepas solat Maghrib dan taklimat kira - kira sebelum jam 8malam akan bertolak ke hentian pertama di PJS. che'GuBard akan bersama dengan pasukan konvoi dan pelepasan dijangka akan dibuat bersama oleh YB Antony Loke dan YB Taufek Abd Ghani.

Di Petaling Jaya Selatan akan berlansung malam anak muda bermotorsikal anjuran bersama Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dan Destinasi Anak Muda (DAM) akan dilancarkan Perlancaran Kelab Motor DAM. Majlis akan berlansung jam 8.30 malam di Pejabat ADUN Taman Medan. Dijangka hadir malam tersebut ialah YB Nurul Izzah, YB Haniza disamping persembahan MEL Wings dan Blank GAMMA. Kumpulan konvoi bermotorsikal bersama che'GuBard dijangka akan sampai sekitar 9.30 malam. Selepas berehat dan Pelancaran Kelab Motor DAM konvoi dijangka dilepaskan semula sekitar jam 10.30 malam.

Serentak dengan itu konvoi DACS dari Shah Alam akan bertolak dan akan bergabung di hentian R & R Sungai Buloh. Di sini dijadualkan peserta akan dipecah-pecahkan dalam kumpulan 30 - 50 motorsikal bagi kelancaran dan keselamatan konvoi.

Di hentian Tapah dan Sungai Perak Konvoi ini akan disertai peserta dari Perak. Sekitar jam 5.30 pagi dijangka Konvoi dijadualkan sampai di Perkarangan Yayasan Aman, Penanti.Di utara serentak dengan itu dengan kerjasama SAMM dan AMK Pulau Pinang akan berlansung EXPO ANAK MUDA pada 24-26 Disember 2010 di tapak Expo Seberang Jaya selain perbagai aktiviti masyarakat dan sukan bersama penduduk tempatan.

Kumpulan anak muda yang dijangka sekitar 500 orang ini akan dipecahkan separuh akan ke Yayasan Aman, Merbok, Kedah untuk bersama dengan aktiviti masyarakat bersama ikon juara cub prix Asia, Yaser Said.
Program konvoi motorsikal ini dijangkakan akan disertai oleh 500 anak muda dan malam kemuncak 25 Disember, 9mlm di Tapak Expo Seberang jaya dijangka tidak kurang dari 1000 anak muda akan berkumpul. Program ini akan men jadi program anak muda terbesar dengan imej reformasi.

Tujuan SAMM melalui program ini ialah untuk menggabungkan dan 'mengorganize' anak muda dari perbagai latar untuk menjadi pemimpin dan menguruskan anak muda itu. Konvoi ini bukan anjuran mana - mana parti politik atau pihak kerajaan tetapi ia 'dikerjakan' oleh anak muda untuk anak muda sendiri.
Program - program dalam konvoi ini juga secara tidak lansung akan menerapkan nilai perjuangan dan semangat kecintaan negara melalui kesedaran betapa anak muda perlu menjadi kumpulan pendesak untuk perubahan.

Keseluruhan program ini menelan belanja yang agak besar, namun masih rendah kerana anak muda yang sama berkonvoi ini hadir atas kesedaran. Mereka mengeluarkan belanja sendiri termasuk membayar yuran. Namun belanja pengurusan seperti lori pengiring, alat ganti dan seumpamanya tetap menelan belanja yang bukan sedikit.

Alhamdulillah ramai yang tampil membantu tetapi tanpa penyumbang besar dana masih diperlukan. Kepada sesiapa yang prihatin diharap dapat membantu. Kepada yg ingin menyumbang, bolehlah menghubungi Yaser (0126794704) atau bank in terus ke akaun Maybank atas nama Angkatan Muda Keadilan Rembau~555126105482. Bantuan semua amat dihargai.

Kepada anak muda yang mahu menyertai konvoi masih ada kekosongan kuota sila hubunig Yaser 0126794704 untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Tuesday, December 21, 2010

Kalau Nak Untung Sangat, Baik Pergi Meniaga Babi !! (Mesti Baca!)


KELANA JAYA: Harga tiket bagi 'konsert' akhir Piala Suzuki AFF 2010 telah ditetapkan setinggi RM30 dan RM50 setelah perbincangan panjang lebar pihak pengurusan FAM sebelum ini.

Alasan lazim yang digunakan untuk menaikkan harga tiket yang ditetapkan sebelum ini ialah, meningkatkan keselamatan dan juga sebagai cagaran sekiranya ada kerusi Stadium Nasional Bukit Jalil yang akan terbakar. FAM bukan sewenang-wenangnya menaikkan harga tiket perlawanan akhir tetapi ianya melibatkan prestige maka harga tiket wajib dinaikkan.

Satu lagi faktor harga tiket dinaikkan ialah kerana perlawanan akhir Piala Suzuki AFF ini berlangsung di Stadium bertaraf antarabangsa iaitu Stadium Nasional Bukit Jalil, berbanding perlawanan separuh akhir sebelum ini yang dilangsungkan di Stadium Mini Kuala Kubu Baharu.

Menurutnya, harga tiket yang dinaikkan menjadi RM30 itu jauh lebih murah jika dibandingkan dengan harga perlawanan peringkat kumpulan di kejohanan liga juara-juara eropah sedangkan ia hanya melibatkan pasukan kelab berbanding yang melibatkan pasukan negara seperti perlawanan akhir Piala AFF. Kita harus menganggap perlawanan akhir ini seumpama perlawanan akhir piala dunia, kerana ini sahajalah perlawanana akhir yang mampu kita layak.

Diharapkan dengan harga tiket yang mahal ini membolehkan seluruh pasukan bolasepak kebangsaan dan seluruh kepimpinan FAM bersama staf-staf dan pasangan masing-masing akan diterbangkan untuk mengerjakan umrah sekiranya kita berjaya mendakap Piala Suzuki AFF buat kali pertama. Inilah penghargaan dari FAM yang wajar sekiranya kemenangan itu berpihak kepada pasukan Malaysia. Tetapi sekiranya kalah, kita tak kalah semua di mana hanya pihak pengurusan FAM sahaja yang akan mengerjakan umrah.

Semoga pasukan Malaysia akan beroleh kejayaan dan meneruskan rentak sebagai legasi juara rentetan dari kejuaraan sukan SEA dalam edisi sebelum ini. - BHamsiau 



RM20 x 100k = RM 2 juta
RM30 x 100k = RM 3 juta

Satu persoalan yang perlu di jawab :

BERAPAKAH JUMLAH KUTIPAN (RINGGIT MALAYSIA) DARI TIKET PERLAWANAN AKHIR PIALA SUZUKI AFF YANG BERLANGSUNG DI STADIUM NASIONAL BUKIT JALIL SEKIRANYA PASUKAN KEBANGSAAN MALAYSIA TIDAK LAYAK KE SEPARUH AKHIR PERTANDINGAN EDISI KALI INI?

Sila jawab dengan tenang dengan jalan kerja yang mudah difahami dan penggunaan kalkulator adalah tidak dibenarkan sama sekali.


EDYES @ edyesdotcom - Blogger Sukan Anda !

Sumbangan Anda Diperlukan Untuk Program Konvoi !!

Konvoi Motor Anak Muda dari Rembau ke Permatang Pauh 23-26hb Disember ini memerlukan sumbangan bagi melancarkan program.
 
Kepada yang ingin menyumbang, bolehlah menghubungi Yaser (012-6794704) atau bank in terus ke akaun Maybank Angkatan Muda Rembau ~ 555126105482
 
Terima Kasih
 
 
Che'GuBard

Harga Teh Tarik - RM2 Secawan !!

"Pada malam tahun baru nanti 31.12.2010, pada jam 12.01 tengah malam selepas kita penat sambut tahun baru dengan mercun dan bunga api, kita pun akan cari kedai minum untuk minum-minum dan kita akan sambut tahun baru 2011 dengan harga baru untuk segelas teh dan kopi bila harga bahan utama untuk membuat minuman itu iaitu susu, akan naik sebanyak 30 sen lagi selepas kenaikan sebanyak dua kali iaitu pada April dan Oktober.

Kah..Kah..Kah..

Spekulasi tentang kenaikan harga susu sejat dan susu krim akan naik diantara 20 sen- 30 sen bermula pada 1 Januari 2011, memang sudah tidak dapat dinafikan lagi.

Tidak dapat tidak, pemilik-pemilik dan peniaga-peniaga kedai kopi sudah pasti tidak akan duduk diam dan tidak hanya melihat akan kenaikan harga susu ini, sudah pasti lah mereka sedang berbincang untuk satu PENYELARASAN @ KASI NAIK HARGA untuk segelas kopi atau teh yang bakal kita minum nanti.

Bila kita tanya kenapa perlu naikan harga susu ini? mereka akan jawab yang ini adalah reaksi berantai berikutan dengan kenaikan harga lain-lain barang.

Seorang gurkah politik di'port' yang kini sedang bercuti di Serawak berkata tokey-tokey kedai kopi disana sedang rancak bercakap yang harga baru untuk segelas teh atau kopi besar kemungkinan akan bertambah sebanyak 50 sen.

Kah..Kah..Kah.. -dari blog: http://dollahyankee.blogspot.com

dollah yankee -
sementara itu sudah 2 minggu minyak nyok @ minyak kelapa @ minyak masak dalam pakej 1 kg sudah tidak ada dipasaran, apakah mereka juga sedang berkira-kira mahu naikan harga minyak masak?? sama-sama lah kita tunggu...

Anwar : Beberapa Syarikat 2 Ringgit Yang Dipunyai Seorang Individu Bikin 2 Bilion !!!

Ketua Pembangkang DSA Ibrahim telah dengan berani mendedahkan Tindakan kerajaan BN memberikan projek Kementerian Pertahanan yang dianggarkan bernilai 2 Bilion kepada seorang individu.

Seorang individu bernama Syed Abu Husin Hafiz Syed Abdul Fasal di percayai dari Umno bahagian Bukit Gantang diberikan pelbagai tender yang bernilai 2 Bilion sejak tahun 2008 lagi.

"Ada tender terhad yang dikeluarkan kepada 16 syarikat bumiputra yang telah dipelawa,tetapi apabila dibuat semakan melalui suruhanjaya Syarikat Malaysia sebenarnya dipunyai oleh seorang individu,"katanya.

Ini seolah-olah ada pakatan diperingkat tertinggi kementerian dengan satu dua orang Umno atas nama Melayu.Jadi,slogan dan laungan pimpinan Umno tentang "Ketuanan Melayu" hanya sebagai satu sendiwara "licik" untuk menipu orang melayu yang tinggal dikampung-kampung yang sangat kasih dan sanggup berkorban untuk Umno selama ini.

"Mengapa Kementerian sering mengelak mengadakan tender terbuka?dan mengapa 16 Syarikat di pelawa sedangkan byk lagi syarikat bumiputra yang berkelayakan,"soal beliau.Anwar turut menunjukkan dokumen yang berkaitan membuktikan tender Kementerian Pertahanan diberikan kepada kroni Umno sewenang-wenangnya.

Contohnya,syarikat Gahmata Sajian sdn. bhd. mendapat katering angkatan tentera sejumlah RM800 juta di punyai oleh Syed Abu Hussin tanpa tender rundingan.Terdapat satu lagi syarikat,Komatra Sajian sdn bhd mendapat tender ketering bagi zon Utara dan Timur semenanjung dengan nilai RM600 juta.

Satu lagi tender kepada GPB Corporation sdn bhd dengan kontrak bernilai RM300 juta diberikan pada tarikh 1 Januari 2009,tuan punya serta alamatnya adalah sama dan dipunyai oleh Syed Abu Husin Hafiz Syed Abdul Fasal,tiada melayu lain.

Mengapa melayu ini dapat sampai 2 billion???,"tanya DSA.Apakah ini tandanya kita bersikap Patriotik dengan memunggah segala hasil projek negara kepada satu dua orang individu yang menjadi kroni rapat pimpinan negara dan Umno?

Menurut sebuah portal Syed Abu Hussin dikatakan seorang kontraktor Kementerian Pertahanan yang juga ahli Umno NO Ahli 00924477 dari Bahagian Bukit Gantang.

Tenang Menanti KITA

SEMASA melintasi Penanti, pekan kecil yang terletak di kawasan Parlimen Permatang Pauh baru-baru ini, penulis terkenang seketika nama parti KITA. Secara kebetulan KITA kini dipimpin oleh Zaid Ibrahim, bekas ahli UMNO dan bekas ahli Parti Keadilan Rakyat. Terselak kembali ingatan kepada KITA ketika penulis masih belajar di Sekolah Menengah Kubang Semang (kini Sekolah Menengah Penanti).

Di Penanti, antara deretan bangunan lama di situ terdapat sebuah kedai runcit yang sering menjadi persinggahan penulis dan rakan-rakan. KITA tiba-tiba muncul dalam ingatan kerana pemilik kedai runcit itu, jika tidak silap, Jaffar Ahmad, bertanding atas tiket KITA atau nama penuhnya Kesatuan Insaf Tanah Air bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kubang Semang pada tahun 1974 dan 1978.

Sememangnya kemunculan KITA ketika itu menarik perhatian kerana kesediaan Jaffar berhadapan dengan calon-calon parti yang sudah bertapak kukuh. KITA, parti pelbagai kaum diasaskan pada 1974 dan bertanding dalam beberapa pilihan raya umum (PRU). Pada 1974, KITA bertanding di empat kerusi Parlimen iaitu Bukit Mertajam, Larut, Taiping, Matang manakala 10 kerusi DUN iaitu di Kedah (Kuala Ketil); Perak (Batu Kurau, Bukit Gantang); Pulau Pinang (Tasek Gelugor, Bagan Dalam, Kubang Semang, Penanti, Bukit Tengah, Machang Bubuk, Ayer Itam).

Tahun 1978, KITA bertanding di kerusi Parlimen Bukit Mertajam sementara enam kerusi DUN di utara iaitu Lunas, Merbau Pulas, Tasek Gelugor, Penanti, Pekan Bukit Mertajam dan Machang Bubuk sementara pada 1982 di DUN Bagan Dalam. Seperti dijangka, KITA gagal menyaingi parti-parti lain dan akhirnya 'tenggelam' begitu sahaja. Kini KITA muncul lagi tetapi bukannya KITA 1974. KITA 2010 adalah Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air yang sebelum ini dikenali sebagai Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM).

Pada mulanya timbul juga kekeliruan apabila Hanafi Mamat yang bertanding pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh pada Ogos 2008 mendakwa AKIM masih wujud. Beliau mendakwa dirinya sebagai Presiden. Bagaimanapun kekeliruan itu berakhir dengan kenyataan Pendaftar Pertubuhan (RoS) bahawa Zaid sah sebagai Ketua Parti KITA.

Dengan penukaran nama AKIM kepada KITA serta meminda perlembagaannya, sudah tentu parti itu bersedia menyertai PRU-13 yang pada ramalan pembangkang akan diadakan pada Mac 2011, kira-kira tiga bulan lagi. Dengan hanya meminda perlembagaan dan nama parti, sudah tentu KITA dapat menggunakan simbol sendiri pada PRU.

Mengikut laman web Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), setakat ini 30 parti mendaftar simbol dengan SPR termasuk BN dan parti-parti komponennya. Tidak ketinggalan juga AKIM yang masih wujud dalam senarai.

Begitu juga dengan Parti Rakyat Malaysia (PRM) yang semasa pimpinan Syed Husin Ali 'dibubarkan' untuk bergabung dengan Parti Keadilan Rakyat pada 2003 masih ada dalam senarai SPR. PRM kekal sebagai parti politik untuk meneruskan prinsip perjuangannya. Sebagai catatan, PRM juga antara parti politik yang bertukar nama. Dulu dikenali sebagai Parti Sosialis Rakyat Malaysia atau PSRM.

Apakah pada PRU akan datang, lebih banyak parti politik akan bertanding? Mungkinkah lebih banyak calon Bebas akan berbuat demikian? Pada PRU lalu, selain BN, DAP, Pas dan Keadilan, parti yang turut bertanding ialah SNAP, PRM dan Bersekutu.

Mungkinkah kali ini, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) juga akan mengambil bahagian? Pergerakan Kebebasan Sivil Malaysia yang ditubuhkan Oktober lalu juga dikatakan berminat untuk bertanding dan menurunkan lebih banyak calon yang profesional dan beretika. Mungkinkah NGO yang dipimpin oleh ahli politik akan turut mewarnai PRU-13 nanti?

Bekas Naib Presiden Keadilan, Jeffrey Kitingan baru-baru ini menubuhkan satu pergerakan yang dikenali sebagai Barisan Bersatu Borneo (UBF) sebagai platform memperjuangkan hak dan keadilan bagi penduduk Sabah dan Sarawak. Walaupun masih kekal dalam Keadilan tetapi tindakan itu dilihat sebagai usaha meneruskan kerjaya politiknya. Adakah UBF akan memainkan peranan untuk meyakinkan penduduk kedua-dua negeri itu bagi membantu Keadilan?

Di Semenanjung, selain KITA, terdapat beberapa parti politik yang ditubuhkan sejak beberapa tahun kebelakangan ini yang mempunyai peluang untuk bertanding pada PRU. Ini termasuklah Parti Makkal Sakti Malaysia, Parti Cinta Malaysia (PCM), Parti Bersatu India Malaysia (MIUP), Parti Hak Asasi Manusia (HRP) dan sebagainya. Atau kehadiran mereka sekadar untuk memeriahkan lagi PRU?

Sebelum ini terdapat parti politik yang hanya 'gagah' menjelang PRU atau mampu bertahan dalam beberapa PRU sahaja. Selain KITA, beberapa parti lain seperti Parti Nasionalis Malaysia (Nasma), Parti Cina Sabah, Parti Reformasi Negeri (Star) dan Semangat 46 hilang begitu sahaja. Jika parti-parti kecil sama ada yang sudah berdaftar atau belum mahu turut serta dalam PRU akan datang, maka cabaran lebih besar menanti parti-parti sedia ada.

Mungkin pertandingan akan melibatkan tiga penjuru atau lebih iaitu antara BN, pakatan DAP-Pas-Keadilan dan parti/NGO lain. Maka tidak hairanlah kebanyakan parti politik mahu meletakkan diri mereka dalam keadaan bersiap sedia menghadapi PRU nanti. Maka UMNO mendahului parti lain menangguhkan pemilihannya diikuti MCA, MIC, Gerakan. Begitu juga DAP mahu menangguhkan pemilihan yang dijadualkan Ogos depan sehingga Ogos 2012. Dalam erti kata lain, semua parti politik mahu memastikan jentera masing-masing tidak hilang fokus menjelang PRU.

Setiap parti politik mahu mempamerkan kesepakatan mereka sekalipun terdapat kepincangan. Parti-parti politik juga giat 'membantu' SPR mendaftar seberapa banyak pengundi baru. Setakat ini, jumlah pengundi berdaftar ialah 11.53 juta orang dan dijangka meningkat kerana masih terdapat kira-kira empat juta orang yang layak belum mendaftar. Pada PRU 2008, terdapat 10,740,227 pengundi tetapi jumlah yang keluar mengundi ialah 76.0 peratus atau 8,161,039 pengundi. Dengan jumlah parti politik yang bertambah, keghairahan parti politik sedia ada untuk menghadapi pilihan raya serta kehadiran pengundi baru, maka sudah tentu PRU akan datang lebih mencabar.

PRK Tenang: Pertemuan dua Chua PILIHAN Raya Kecil (PRK) DUN Tenang sudah pasti menarik perhatian banyak pihak. BN mahu mempertahankan kerusi itu dan menjaga imej Johor sebagai kubu kuat UMNO/BN manakala Pas sudah tentu mahu menebus kegagalan mempertahankan DUN Galas dalam PRK lalu.

Faktor lain yang menyumbang kepada perhatian ke Tenang ialah kawasan itu berada di bawah Parlimen Labis yang diwakili Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Chua Tee Yong. Beliau juga adalah anak Presiden MCA, Dr. Chua Soi Lek yang pernah mewakili kawasan itu.

Menurut taburan pengundi, dianggarkan jumlah pengundi Melayu ialah 49 peratus, Cina 38 peratus dan India 12 peratus. dalam PRU lalu, Allahyarham Sulaiman Taha memperoleh 6,367 undi, menang dengan majoriti 2,492 undi mengalahkan calon Pas, Mohd Saim Siran yang mendapat 3,875 undi.

Pada 2004, Sulaiman juga menang mengalahkan calon yang sama tetapi majoriti lebih besar iaitu 5,517 undi. Ketika itu Sulaiman mendapat 7,655 undi manakala Saim 2,138 undi. Turut menarik perhatian ialah bagaimana Soi Lek akan memastikan sokongan pengundi Cina kepada BN khususnya di kalangan ahli-ahli MCA terhadap kepimpinannya.

Keadilan pula melalui Naib Presiden yang dilantik, Chua Jui Meng dijangka turut membantu untuk memastikan kemenangan calon Pas. Jui Meng sebagai Pengerusi Keadilan Johor serta bekas Ahli Parlimen Bakri dan bekas Menteri Kesihatan sudah tentu masih mempunyai pengaruh.

Boleh dikatakan Tenang juga akan menyaksikan pengaruh 2 Chua yang secara kebetulan kedua-duanya bekas Menteri Kesihatan untuk menarik sebanyak mungkin sokongan pengundi-pengundi Cina. Bagi masyarakat India pula, ia sudah tentu menjadi pentas pertama kepada G.Palanivel yang baru-baru ini diberi tanggungjawab sebagai Presiden MIC selepas peletakan jawatan S.Samy Vellu. Sejauh manakah sokongan masyarakat India di situ? Justeru Tenang yang nampak tenang tetapi akan 'bergelora' dengan semangat baru parti-parti politik yang akan turun berkempen.

Di pihak BN, ia tentulah melibatkan UMNO, MCA, MIC sementara di pihak pakatan pembangkang pula Pas, Keadilan dan DAP. Mungkin DUN Tenang menjadi pentas ujian sebenar bagi parti-parti politik menjelang PRU akan datang.

Mungkinkah KITA dibawah pimpinan Zaid Ibrahim akan menjadikan Tenang sebagai ujian pertamanya dengan mempertaruhkan calon sulongnya bagi membuktikan bahawa "kuasa ketiga" tidak boleh dipandang ringan samada oleh Pakatan Rakyat atau BN? Adakah Tenang akan tenang bak tenangnya air tasek atau Tenang akan bergelora bak tsunami.

Manakala Pakatan Rakyat sudah sepakat akan meletakkan calon PAS di Tenang. Kemungkinan besar Mazlan Aliman akan dipilih sebagai calon PAS yang paling tenang di Tenang.

Mazlan Aliman adalah Ketua Pemuda PAS Johor yang juga EXCO Pemuda Pas Pusat selain itu beliau juga adalah Pengerusi Persatuan Anak-Anak Felda Kebangsaan (ANAK) yang sejak akhir-akhir ini berjuang habis-habis membongkar penyelewengan Felda
.

Impian untuk calon PAS menang di Tenang bukan mustahil sebab najib dan mat sembab kelihatan tidak tenang dengan apa yang berlaku di Tenang. Semoga Pakatan Rakyat berjaya menenangkan pengundi Tenang untuk mengundi calon paling tenang di Tenang dengan memenangkan calon PAS di Tenang. Takbr.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Monday, December 20, 2010

Malaysia Boleh !!

Cubaan dari hp ke blog

Jangan lambat beli tiket untuk game di bukit jalil 26hb nie... takut nanti Stadium Bukit Jalil dipenuhi oleh penyokong Indonesia pulak...

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

(Maaf, entry ini adalah sebuah entry cubaan, artikel yg sedang berlangsung ketika ini ialah peristiwa hitam 27 terbunuh di dalam sebuah kemalangan ngeri membabitkan bas pelancongan !! Walaupun hampir semua yang terbunuh adalah warga Thai, kita wajar untuk berkabung di atas peristiwa hitam ini... sila klik di sini)

Berita dan Gambar : Kemalangan Ngeri Membaham 27 Nyawa di Simpang Pulai !!


2010/12/20 IPOH: Jumlah mangsa yang maut dalam nahas bas persiaran Thai di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands, pagi tadi meningkat kepada 26 orang.

Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Zakaria Yusuf, berkata 22 meninggal dunia di tempat kejadian manakala empat dalam perjalanan ke hospital.





Ketika nahas, bas itu membawa 37 orang dengan 34 pelancong Thai manakala tiga rakyat tempatan. Timbalan Ketua Polis, Perak Datuk Zakaria Yusof, berkata bas dua tingkat milik syarikat San Express Holiday yang beribu pejabat di Jitra, Kedah itu membawa 37 pelancong Thai manakala pemandu, pembantu pemandu dan pemandu pelancong adalah rakyat Malaysia.

Zakaria memberitahu pemberita di tempat kejadian bahawa polis dan Jabatan Bomba dan Penyelamat yang menerima panggilan tengah hari telah mengerakkan 100 anggota penyelamat dalam operasi menyelamat.

Katanya, ketika kejadian, bas itu sedang dalam perjalanan turun dari Cameron Highlands ke Kuala Lumpur kerana pelancong itu dipercayai akan mengambil penerbangan pulang ke Bangkok.

Beliau berkata siasatan awal mendapati pemandu bas itu hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan sebelum bas terbabas ke laluan bertentangan dan terbalik di longkang.












Berita : Berita Harian OnlineGambar : NST

Che'GuBard Akan Buktikan, Antara Prinsip Perjuangan dan Amanah Jawatan !! (Mesti Baca!)

Saya juga tegaskan kesetiaan saya kepada KEADILAN tidak pernah goyah. Cuma kritikan yang saya lontar ialah demi kebaikan parti ini. Saya tidak mahu jika terdapat masalah kita asyik 'menyapu' semua masalah dibawah karpet.

Saya sayang parti ini dan kerana sayangkan parti inilah saya tegur, saya sayangkan negara ini kerana sayangkan negara inilah saya ingin pastikan KEADILAN menjadi sesempurna mungkin sebelum memasuki Putrajaya.

Saya masih yakin demokrasi dan ketelusan dalam keadilan belum mati (tetapi mungkin gering teruk), namun untuk memastikan keadilan, demokrasi dan ketelusan dalam KEADILAN sebur mekar maka kita perlu keberanian mendesak. - che'GuBard

Pernyataan di atas adalah beberapa quote dari saudara Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali dengan gelaran che'GuBard. Jika dihayati, ia merupakan sebuah kenyataan tegas yang menunjukkan betapa sayang dan setianya che'GuBard terhadap parti yang dijunjung iaitu Parti Keadilan Rakyat.

Namun kesetiaan kepada perjuangan dalam menegakkan keadilan dan istiqomah terhadap prinsip dalam melaksanakan kata-kata adalah ciri-ciri yang dituntut untuk melebihi kesetiaan kepada parti, fahaman dan susuk individu tertentu. Sayangnya seorang pejuang reformasi terhadap parti, tidak bermakna prinsip dan maruah itu harus menjadi gadaian demi membenarkan nafas lega dihela di sebalik rebahnya kebenaran dan keadilan. Istiqomah dalam perjuangan, itulah gamaknya pendirian Chegubard setakat ini.

Cukup bunga-bunga mukadimah, sekarang kita terus kepada pokoknya. Adakah che'GuBard akan menerima lantikan bagi jawatan Timbalan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat?

Ada berita yang mengabarkan bahawa puan presiden mengesahkan che'GuBard menerima perlantikkan jawatan TSUA. Saya tidak pasti kesahihan berita ini tetapi setakat ini saya mendengarnya dari dua sumber berbeza. Adakah kata-kata DSWA mendahului keputusan tuan punya badan? ataupun che'GuBard akan terpaksa menerima jawatan yang ditawarkan itu? This is an offer or an order ?

Sedangkan saya lebih arif bahawa che'GuBard masih lagi menunggu makluman rasmi dari parti berkenaan jawatan yang ditawarkan kepada beliau dan dalam keadaan sebegini che'GuBard dilihat lebih concern terhadap nasib yang menimpa bekas TSUA iaitu Sharifah Shahidah. Bekas TSUA yang telah banyak berkorban untuk parti, bagaikan habis madu sepah dibuang. Sharifah pernah meninggalkan kerjayanya yang agak mewah demi parti, dan inikah balasan yang diterima oleh bekas TSUA?

Mengikut apa yang saya ketahui, Sharifah Syahidah dimaklumkan namanya akan kekal disambung menjadi TSUA bagi penggal 2011-2013. Sehingga di sebelah pagi hari mesyuarat tertinggi yang menjurus kepada pemilihan jawatan lantikan, sejurus sebelum press conference, ketika itulah bekas TSUA dipaksa untuk terpaksa meninggalkan jawatan yang disandangnya itu untuk diserahkan kepada che'GuBard. Ini parti KEADILAN bukan parti kezaliman.

Di ketika ini jugalah begitu ramai rakan seperjuangan dan juga sahabat-sahabat che'gubard yang mengucapkan tahniah atas perlantikkan sebagai TSUA. Ada juga yang seakan tahu betapa mungkin penolakkan akan berlaku lantas menghambur kata-kata memujuk supaya che'GuBard memilih untuk menerima perlantikan sepertimana yang ditawarkan.

Ada juga pemimpin kanan yang mohon supaya chegubard dipujuk untuk menerima dengan alasan mengalah bukan bererti kalah. Tidak kurang juga yang menyindir sinis dengan mengatakan che'GuBard akan dituduh ego sekiranya menolak, dan ada juga yang berpendapat sekiranya che'GuBard memegang jawatan TSUA, maka boleh bersuara dengan lebih lantang.

Saudara dan saudari sekalian, semua ini adalah pandangan, pendapat dan harapan dari kaca mata yang melihat. Mengapa tidak kita letakkan diri kita dalam kedudukan che'GuBard seterusnya kita akan menyedari apakah yang sebenarnya dibeban oleh seorang aktivis reformasi yang berjuang demi keadilan. Che'GuBard masih lagi menanti jawapan bertulis atau jawapan rasmi berkenaan laporan penyelewengan dalam Pemilihan 2010 Keadilan yang sehingga hari ini tiada respon seperti yang diharapkan.

Ada yang menyapa, sekiranya chegubard menolak perlantikkan ini maka masalah masih tidak akan selesai. Jadi adakah permasalahan itu akan selesai setelah che'GuBard menerima watikah perlantikkan TSUA? Bagi saya, masalah hanya akan dapat selesai sekiranya che'GuBard "menerima jawatan sambil mendiamkan diri tentang apa yang telah berlaku sebelumnya. Bersama-sama menyorokkan, bersama mencegah persepsi buruk."

Saya ingin bertanya kepada mereka yang mengucap tahniah dan meminta che'GuBard menerima jawatan Timbalan Setiausaha Agung PKR, adakah anda menyedari bahawa che'GuBard sedang berjuang menegakkan keadilan khususnya kepincangan dan penipuan yang telah berlaku dalam pemilihan parti yang baru berlalu? Segala laporan kepincangan dan penipuan sewaktu pengundian tidak diberi respon dengan alasan menumpukan perhatian kepada PRU-13. Tergamakkah anda berkompromi dengan penipuan dan kepincangan terancang ??

Ada yang bertanya kepada saya, apakah yang dimaksudkan dengan kepincangan atau penipuan terancang kerana kononnya saya kerap menggunakan antonasi itu. Kepincangan itu adalah perkara biasa, begitu juga dengan penipuan. Biasalah bila sesuatu yang diusahakan itu serba pincang dan penipuan itu berlaku demi suatu agenda. Kepincangan itu ada puncanya dan penipuan itu juga ada dalangnya, tetapi apabila disebut kepincangan atau penipuan terancang, ia bermaksud - kepincangan itu telah diketahui, penipuan itu telah dikenalpasti berlaku, TETAPI ia dibenarkan berlaku di atas agenda tersendiri dan di atas kepentingan tertentu. Itulah maksudnya kepincangan dan penipuan terancang.

Anda mengaku memperjuangkan keadilan, anda juga mengakui punya jatidiri yang hebat, tetapi anda sanggup bersubahat dengan penganiayaan dan penipuan yang sengaja dibiarkan untuk tidak dibicarakan semata-mata untuk menang PRU-13? Bersubahat semata-mata kerana takut terjualnya persepsi buruk kepada pengetahuan rakyat terhadap Parti Keadilan sehingga menjejaskan peluang untuk melangkah ke Putrajaya. Ingatlah wahai orang-orang yang mengaku pejuang rakyat, apalah gunanya menang PRU-13 jika hanya menumbangkan REJIM untuk digantikan dgn REJIM yang baru? Akhirnya rakyat juga yang tersembam !!

Bagi yang berpendapat jika hadirnya che'GuBard dalam saf kepimpinan akan membolehkan beliau bersuara dalam menegakkan keadilan dalam parti khususnya dalam tajuk Pemilihan 2010, janganlah kita lupa bahawa ketika che'GuBard menghantar 3 laporan penipuan dan penyelewengan Pemilihan 2010, beliau merupakan seorang exco Majlis Perwakilan Pusat (MPP) yang sama-sama masuk meeting tetapi tidak berdaya mempengaruhi JPP, lembaga displin mahupun SUA waima Puan Presiden sendiri untuk revise balik pengundian pusat di cabang yang sangat meragukan bersama bukti yang kukuh dan saksi yang hidup.

Jawatan bukan segala-galanya. Jika menerima jawatan itu asal boleh berkompromi dan tidak lagi bising fasal penipuan, penyelewengan dan juga penganiayaan, lebih baik masuk UMNO kerana sifatnya di sana lebih dihalalkan untuk berlaku. Ini soal maruah dalam mempertahankan prinsip. Mana mungkin che'GuBard akan terima jawatan sedangkan beliau sendiri mempertikai dan tidak mengiktiraf keputusan Pemilihan 2010.

Melainkan jika laporan yang dihantar itu segera disiasat dengan terperinci dan tindakkan diambil terhadap mereka yang menjadi dalang penyelewengan serta penipuan undi pemilihan 2010 di bawa ke muka pengadilan, maka barulah dipertimbangkan sebaran jawatan yang ditawarkan. Jika kepimpinan tertinggi PKR merasakan agenda putrajaya diutamakan dengan isu Pemilihan 2010 ditinggalkan di bawah karpet, maka ia satu kesilapan besar kerana di bawah sana ada che'GuBard yang sedia bangkit pada bila-bila masa demi Keadilan.

Sedangkan walaupun tanpa sebarang jawatan yang disandang che'GuBard, pergerakkan chegubard tidak langsung terbatas malah beliau memperhebatkan lagi aktiviti marhein dengan siri-siri ceramah di seluruh pelosok negara sejak sebulan lalu. Saya percaya, Chegubard akan tetap berjuang walaupun tanpa jawatan dan beliau pastinya akan buktikan jawatan bukanlah segala-gala dalam resam perjuangannya tetapi prinsip dan istiqomah - untuk melihat keadilan, demokrasi dan ketelusan dalam KEADILAN sebur mekar maka kita perlu berani untuk mendesak. Che'GuBard tetap berjuang sambil menghindari jemaah yang korup!!

Justeru itu, kita sebagai penyokong keadilan harus menerima segala keputusan yang dibuat oleh che'GuBard samada menerima ataupun menolak perlantikkan tersebut. Hormatilah keputusan che'GuBard dan beliau akan memberi respon setelah mengambil kira apa yang terbaik untuk rakyat, parti dan anak muda khususnya.

Hidup Pejuang Anak Muda !
Hidup Aktivis Reformasi !!
Hidup Pejuang Revolusi !!!

EDYES @ edyesdotcom - COURT oF PUBLIC OPINION