Thursday, August 5, 2010

Mereka Pasti Gerun Melihat Gambar Ini !!


I will FIGHT untill the END !!

LAWAN Tetap LAWAN !!!

The Will of Man Is Stronger Than Iron Bars - Anwar Ibrahim


sumber: somewhere in FB

Wednesday, August 4, 2010

Terima Kasih PM dan BN, Rakyat Akan Lebih Bahagia...


"1Malaysia Gagal" - Muhyiddin Yassin (Pemangku Perdana Menteri)

Bersama kita pastikan DS Najib Razak sebagai PM yang terakhir dari Barisan Nasional !! Atau kita akan melihat anak-anak Najib dan Hisyamuddin menjadi PM pada masa akan datang, membawa legasi bapak-bapak dan datuk-datuk mereka. - edyes

20 Warga PATI Bolos Lagi




Ini hasil kerja hanief.blogspot melalui akaun youtube miliknya - malaysianews

Sejak dulu lagi saya meminati hasil kerja hanief.blogspot yang bagi saya tidak kurang hebatnya dalam cubaan membuka minda rakyat jika dibandingkan dengan brader Hisyam TukarTiub.

Harap semua penggemar youtube tidak melepaskan peluang untuk subscribe akaun malaysianews.

PS: edyesdotcom adalah blog penyiar tidak rasmi kepada channel youtube malaysianews

Apa Itu 1Malaysia ?


Inilah 1Malaysia... hahahaha


credit to hanief.blogspot @ malaysianews

Tuesday, August 3, 2010

Bekas ADUN Selangor Ditembak Mati !!

Bekas Adun Selangor Datuk Abdul Aziz Mohd Noh, 64, dan seorang pembantunya mati ditembak ketika sedang memandu.

Kereta yang dipandunya hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan, lapor The Star.

Polis menemui sepujuk pistol .38 yang penuh berisi peluru dalam keretanya.


edyes wrote:

Kita serah kepada pihak polis untuk buat siasatan. Senang betul tembak orang sekarang nie yer..?

Monday, August 2, 2010

LIVE Coverage - Perbicaraan Anwar 02 Ogos 2010

Penunjuk Perasaan, Peserta Demo Adalah Penjenayah !!


Dukacitanya dimaklumkan, pihak polis sanggup mengejar peserta demo yang berhimpun di Padang Timur Dataran MBPJ, dari padang tersebut hingga ke dalam pusat membeli-belah Amcorp Mall.

Perkara seumpama ini tidak berlaku di era Paklah yang ketika itu banyak menghadapi demonstrasi tunjuk perasaan. Ketika demonstrasi kenaikkan minyak 78sen seliter pada akhir Jun 2008, peserta demo sempat berarak dari masjid Kg Baru ke kompleks pertama, dan sempat juga berhimpun di tengah-tengah simpang empat berhadapan sogo bagi memberi laluan kepada ucapan pemimpin Pakatan Rakyat yang hadir dalam demo tersebut. Antaranya ialah Abg Mat Sabu, Salahuddin Ayob, Cheguebard dan beberapa pemimpin lain.

Hak kebebasan bersuara harus dituntut walau siapa pun pemerintahnya. Sebuah kerajaan prihatin tidak akan menutup telinga dari mendengar pandangan rakyat. Mengapa perlu keganasan itu digunakan terhadap rakyat sendiri?

Keganasan pihak polis hari ini adalah begitu ketara kerana bersungguh-sungguh menghalang perhimpunan-perhimpunan aman yang dilakukan serentak di seantero Malaysia. Mengejar dan menangkap peserta hingga ke dalam shoping complex menunjukkan arahan yang terbit dari atasan begitu keras sekali sedangkan yang ditangkap ini adalah rakyat yang kononnya didahulukan merujuk kepada cogankata kerajaan 1Malaysia.

Maka dapat disimpulkan di sini bahawa segala usaha Tun Lah untuk mereformasikan kredebiliti dan kebertanggungjawaban kerajaan sepanjang menjadi Perdana Menteri ke-5 sebelum ini menjadi sia-sia. Najib-Rosmah gamaknya meneruskan legasi pemerintahan Tun Mahathir apabila menafikan sekerasnya hak untuk berhimpun secara aman dan juga hak kebebasan bersuara.

Sedar atau tidak, negara kita sedang berundur dalam banyak faktor sejak kebelakangan ini. Rakyat harus bangkit, bangkit dan terus bangkit untuk membuktikan kepada kuasa pemerintah, bahawa mereka tidak boleh menuruti segala nafsu yang beraja di hati. Walau sehebat mana pun kerahan mereka(kerajaan), walau setinggi mana pun kemampuan mereka, pastikan jiwa kita kental dan tidak mampu dibeli oleh mereka dengan pelbagai sogokkan persepsi.

Kita rakyat yang tahu menilai, jadikanlah kebijaksanaan yang dikurnia itu ditafsirkan dengan sikap rebel terhadap kerajaan yang zalim, demi ugama, tanah air dan anak bangsa !

Revolusi 308 terus berkembang dan di dalam revolusi ini, setiap seorang dari kita adalah pejuang!

gambar ehsan malaysiakini

Sunday, August 1, 2010

Saya Cadangkan PornStar jadi PM !!


1. Di manakah terletaknya moral setiap ahli MCA apabila membenarkan seorang pornstar hero menjadi presiden kepada parti yang mereka sanjung.

2. Di manakah terletaknya moral setiap orang atau ahli yang masih menyokong Barisan Nasional apabila membenarkan seorang pelakun lucah menjadi salah satu pemimpin komponen utama Barisan Nasional.

3. Walau siapapun yang menjadi PM setelah Pakatan Rakyat menakluk Putrajaya semestinya tidak pernah terlibat dalam mana-mana perselingkuhan yang melibatkan rakaman video.

4. Walau siapapun yang menjadi PM selepas PRU-13, pastinya bukan dari MCA mahupun PERKASA.

4. Terima kasih diucapkan kepada Chua kerana meramalkan kemenangan Pakatan Rakyat, dan sila jangan campur urusan kerajaan yang baru ditubuhkan.

5. Pihak Pakatan Rakyat juga tidak sesekali meluangkan walau sedikit masa untuk memikirkan siapakah bakal ketua pembangkang dari kalangan pemegang kerusi bertiket Barisan Nasional.

6. Akhir sekali, terima kasih juga kerana menunjukkan cara-cara untuk memuaskan nafsu seorang penjual bunga. Chua 'Taifei' So Lek begitu hebat di ranjang, disarankan supaya tidak menggunakan hotel dan bilik yang sama setiap kali membuat temujanji yang hangat.

Saturday, July 31, 2010

Raja Petra : Saiful Juga Diliwat Oleh Ketua Pendakwa !!


Tajuk di atas ditulis untuk mengajak kita semua berfikir - Adakah ketua pendakwa raya kes perbicaraan Liwat DSAI iaitu Datuk Yusof Zainal Abiden akan digugurkan dari pasukan pendakwaan oleh Peguam Negara sekiranya Raja Petra melalui laman Malaysian Today, mendakwa bahawa pasukan pendakwaan hilang integriti dan tahap profesionalnya apabila Saiful juga telah diliwat oleh ketua pendakwa raya? 

Adakah Abdul Gani juga akan membuat kenyataan bahawa ketua pendakwa, Datuk Yusof terpaksa digugurkan bukan kerana beliau didapati bersalah tetapi bagi mengelakkan sebarang persepsi negatif daripada orang ramai terhadap pasukan pendakwa?

Juga difahamkan Datuk Yusof sebagai ketua pendakwa, hanya mempunyai peranan sebagai pemerhati dan memantau hasil kerja pengambil nota prosiding mahkamah yang ditugaskan kepada timbalan pendakwa raya bagi perbicaraan kes tersebut.

Kesimpulan

Rakyat yang telah melalui revolusi 308 merupakan rakyat yang celik berita, celik persepsi dan celik mahkamah. Rakyat menilai setiap berita, setiap persepsi yang dilelong dan tidak kurang juga yang mengamati perjalanan sebuah perbicaraan mahkamah. Penilaian rakyat akan ditafsirkan apabila mereka sekali lagi diberi peluang untuk memilih masa depan mereka melalui sekeping kertas membuang undi.

Adalah diberitakan, Peguam Negara mengesahkan timbalan pendakwa raya yang digugurkan bukan kerana didapati bersalah, tetapi hanya demi menjaga kredibiliti pasukan pendakwaan. Dalam masa yang sama, Peguam Negara melalui ketua pendakwa raya mengeluarkan kenyataan yang solid dengan mengatakan dakwaan yang dilempar oleh Raja Petra tidak dapat disahkan.

Justeru, mungkinkah ketua pendakwa raya juga boleh digugurkan dari pasukan pendakwaan sekiranya dituduh mempunyai hubungan sejenis dengan saksi utama perbicaraan, walaupun dakwaan itu tidak mendapat kepastian atau tidak dapat disahkan?

Sekonyong-konyong dapat dirumuskan, sekiranya Raja Petra membuat dakwaan bahawa pertuduhan liwat oleh Saiful Bukhari terhadap Anwar Ibrahim adalah satu konspirasi jahat bertujuan membunuh karier politik Anwar Ibrahim, sekonyong-konyong itulah rakyat Malaysia harus mendesak supaya perbicaraan kes Anwar Ibrahim digugurkan, walaupun dakwaan Raja Petra itu tidak mendapat kepastian atau tidak dapat disahkan.

Kekusutan seumpama ini sebenarnya amat mudah ditafsir dengan menimbulkan serangkap persoalan - Mengapa digugurkan seorang timbalan pendakwa raya sekiranya dakwaan seorang pengendali web tidak dapat disahkan? noktah

EDYES - 30 JULAI 2010

Friday, July 30, 2010

Zul Nordin : Haramkan DAP !!


Wahai ostad al-fadhil Zul Nordin, kenapa DAP yang nak diharamkan, bukan JUDI sukan?

Halal atau haram, duit elaun ribu-ribu ringgit sebagai ahli parlimen yang dipilih atas tiket Pakatan Rakyat ? Atau adakah ianya HALAM mengikut takrifan ulama UMNO ?

Kalau Zul Nordin nak berbicara tentang prinsip, letaklah jawatan sebagai ahli parlimen terlebih dahulu baru boleh cerita fasal prinsip sesungguhnya kau tak layak digelar wakil rakyat kepada pengundi Kulim Bandar Baharu.

Kalau Zul Nordin nak berbicara tentang halal dan haram, halalkan dahulu mata pencarian yang mencurah-curah setiap bulan. Sesungguhnya kepercayaan pengundi KBB telah dikhianati tanpa rasa malu dan segan, menyuruk disebalik pengetahuan ilmu agama, malah menyalahgunakannya.

Aku letih nak bicara hal Kulim Bandar Baharu, tunggu sahajalah nasib Ahli MP ini pada PRU akan datang. Apakah diberi laluan oleh BN untuk bertanding? atau gagal segagalnya seperti seorang peguam gagal.

Bacalah artikel yang terbit oleh Zul Nordin di sini, maka anda dapat lihat kata-kata yang terpacul itu saling tak tumpah seperti orang-orang UMNO yang meniup semboyan perkauman. Dengan 13 Mei diungkit-angkat, DAP nak diharamkan. Apakah kita juga perlu haramkan Zul Nordin??

Aku fikir, kalaulah ada perkataan yang lebih haram dari 'haram', itulah Zul Nordin...