Tuesday, June 29, 2010

Anak-Anak Kita...


Anak-anak kitakah yang berlari telanjang

Di bawah mentari sumbing

Sambil bernyanyi lagu

Ketakutan hari-hari ini



Anak-anak kitakah yang memikul beban

Kesilapan kita

Hingga dia tak kenal

Budaya canggung bangsa sendiri



Selamatkan anak kita

Dari padang jerangkap samar

Selamatkan anak kita

Orde baru politikus usang



Anak-anak kitakah yang bermain

Di hutan belukar

Dengan senapang kayu ubi

Cambah tak kenal bahaya



Anak-anak kitakah yang tak tahu nak pulang

Bila petang

kerana terlalu sibuk main lastik

Dan berpistolan

Pistol-pistolan



Jaga-jaga anak kita

Jangan sampai jadi hamba

Jaga-jaga anak kita

Kita ini orang merdeka ( ? )



Panggillah mereka pulang

Ayah nak ajar

Tentang kurang ajar

Jadi mereka takkan sendiri lagi



Panggillah mereka pulang

Ayah nak ajar

Tentang kurang ajar

Jadi mereka takkan dimomok lagi



Fikir

Selamatkah kita di tangan tukang karut itu

Fikir

Selamatkah kita di tangan dalang wayang itu

Fikir

Selamatkah kita di tangan ahli koporat itu

Fikir

Selamatkah kita di tangan doktor jiwa itu

Fikir

Selamatkah kita di tangan pakar kitab itu

Fikir

Selamatkah kita di tangan tuhan-tuhan itu




Oleh : M.Nasir

Sunday, June 27, 2010

Khalid Masih Lagi MB Selangor! Dan Masih Punya Sokongan !

Khalid masih lagi MB, cuma rombakkan yang sebelum ini dicanang hanya melibatkan jawatan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Selangor. Oleh demikian, TS Khalid dapat menumpukan rentak pembangunan negeri selangor.

Azmin Ali lebih 'Ahli' untuk membawa cabaran besar membimbing negeri Selangor di peringkat parti manakala TS Khalid akan lebih cenderung untuk menjadi nakhoda di peringkat kerajaan negeri.

TS Khalid sendiri memohon agar rombakkan berstrategi ini dilakukan.

berikut adalah sedikit sedutan dari mkini;

Selain itu, Anwar turut menafikan bahawa terdapat pakatan ahli parlimennya yang merancang mahu menggulingkan Khalid sebagai menteri besar.

"Perkara itu tak berbangkit sama sekali. Kita sebulat suara dokong penuh. (Beri) Pandangan itu biasalah.

"Kita tengok Tan Sri Khalid pun tak sensitif sangat. Yang sensitif akhbar Umno," katanya.

Kekuatan PAS - Di Atas Gabungan Hebat Erdogan dan Ulama !!

Berikut adalah sinambungan dari artikel yang telah saya paparkan di TKO, di sini.

Walaupun saya dikritik, namun tetap saya pegang kepada istiqomah, menjadikan pertemuan antara blogger di TKO sebagai satu jalan yang membawa seribu rahmat kepada perjuangan yang seterusnya!

Berikut adalah pernyataan balas saya terhadap kritikan-kritikan seperti kebiasaan;

Seperti yang saya maklumkan, perjumpaan ini demi untuk kebaikkan bersama. Niat saya ingin berjabat salam, bukan berpencak silat. Saya telah bincang dengan TP, kita nak buka jalan damai agar sama-sama boleh buat kerja. Mengapa tidak kita, sebagai blogger dan pengkritik forum/blog, bersama-sama menyemai pokok pertalian antara kumpulan-kumpulan yg ditimbulkan dalam PAS. Agenda kita ialah mencari titik persamaan, akhirnya kita akan ada persetujuan akan fasal-fasal yang boleh kita lakukan bersama.

Saya yakin kita boleh bekerjasama jika masing-masing mempunyai istiqomah menyatukan ummah. Suara kita akan menjadi kuat sekiranya pendapat kita bulat dan solid sebagai satu kumpulan yang menyokong perjuangan PAS !

Katakanlah kepada saya, siapakah di antara anda semua yang tidak ingin melihat PAS benar-benar bersatu? Erdogan dan Ulama memainkan peranan di antara satu sama lain, yang akhirnya akan dilihat hanya akan ada satu kumpulan dalam PAS, iaitu kumpulan akan bermati-matian menumbangkan rejim UMNO!!

Saya yakin, jika anda semua sayangkan PAS, pastinya anda semua akan bersetuju jika kita leburkan tembok-tembok yang menjadi pemisah tidak rasmi di antara Ulama dan Erdogan, Mursyidul Am dan Presiden. Siapakah yang akan memulakan gerakan ini? Adakah anda sudi untuk bersama dalam agenda mulia ini? Atau anda sememangnya ingin melihat perpecahan dari sebuah keretakkan?

Kita boleh mulakan, dengan mencari titik persefahaman lantas kita ajukan segala pendapat bulat ini secara bersama! Melalui pertemuan ini juga, dapat kita lihat segala kelemahan yang ada, dan dapat kita cari di manakah perkara sensitif yang mengoyakkan persefahaman, lalu kita elak sensitiviti yang mengundang perbalahan sesama pejuang.

Jika tidak dipecahkan ruyong, Manakan dapat sagunya? Jika tidak dimulakan, manakan dapat penyelesaianya?

Tidak kira siapapun kita, blogger atau pencacai, celaka atau pondan, tinggalkanlah segala yang negetif ke dalam lohong hitam. Kerana sesungguhnya, kita berdepan seteru yang hebat melalui propaganda, dan kuat melalui duitannya.

Medan TKO adalah satu medium yang sesuai untuk dijadikan jalan permula. Walaupun sebelum ini sering dipublish artikel yang menikam sesama kita, TKO akan lebih disenangi oleh semua golongan pembaca setelah menifesto bersama dijalin - mendedah kepincangan dan merembat keegoan bangsa UMNO.

TKO akan menjadi wadah penyatuan, TKO layak membawa wadah ini dengan kapasiti portal politik terulung. Dengan segala kekuatan yang ada, ayuh kita bentuk satu gagasan revolusi penyatuan! Usah toleh ke belakang lagi, kita tidak punya masa yang mewah untuk menentang kebobrokan yang berdiri atas nama ketuanan melayu, sedang Islam itu lebih utama.

Di atas satu pertemuan, kita bentuk gagasan yang utuh!! Ayuh, kamu pejuang yang cintakan Islam! Inilah masanya!!

Saturday, June 26, 2010

Judi Sukan Tidak Diteruskan - Dasar Flip-Flop Yang Menguntungkan

Alhamdulillah, dengan kehadiran 40 ulama tong minyak ke dalam UMNO, maka DS Najib terus membatalkan pengeluaran lesen judi sukan serta merta.

Difahamkan juga walaupun pada mulanya terdapat perbezaan pendapat, setelah perbincangan dalam mesyuarat tertinggi UMNO, akhirnya telah diputuskan sebulat suara bahawa pengeluaran lesen judi sukan tidak akan diteruskan. Di atas perkiraan agama dan perkembangan politik, keputusan positif ini dicapai.

Beberapa parti komponen yang sebelum ini membodek menyokong perlaksanaan judi sukan sebagai tanda permuafakatan Barisan Nasional telah 'agak' terperangkap dengan flip-flop terbaru regim Najib.

"Saya percaya mereka terima kerana ini keputusan kerajaan. Kerajaan memikirkan sebaik-baiknya kepentingan masyarakat pada keseluruhannya." - Najib

Adakah kepentingan masyarakat diutamakan apabila kerajaan tidak berfikir terlebih dahulu sebelum mengumumkan cadangan pengeluaran lesen judi sukan? Adakah susuk-susuk yang mejadi menteri itu tidak cukup bijak apabila tiada ketetapan dalam isu judi sukan ini?

Saya menyambut baik keputusan tidak meneruskan pengeluaran lesen judi sukan, namun dalam masa yang sama terkeliru dengan tahap kebijaksanaan kerajaan dalam isu yang sepatutnya tidak dibangkitkan sama sekali. Hari ini, kerajaan umpama bertindak bijak seolah-olah mengutamakan kepentingan rakyat sedangkan idea itu hadirnya dari sesusuk menteri! Pada masa yang sama, iaitu tergantung beberapa minggu lamanya masa yang diambil oleh seorang Perdana Menteri untuk menyemak dan menetukan satu keputusan demi kepentingan rakyat. Inilah kebijaksanaan yang tiada galang ganti.

Rakyat Malaysia seharusnya boleh menghidu tujuan utama flip-flop ini dicanang-canang. Baca dan fahamilah rentetan situasi di bawah;

1. Kerajaan mengumumkan akan melaksanakan GST. Kemudian setelah 6 bulan, kerajaan mengumumkan GST tidak akan dilaksanakan kerana kerajaan prihatin terhadap rakyat. - Apakah ada kredit untuk kerajaan daripada situasi ini?

2. Kerajaan mengumumkan kenaikkan mendadak harga minyak 78sen seliter. Kemudian setelah setahun, 5 peringkat penurunan harga minyak dilaksana (berkadar harga minyak dunia yang merundum secara mendadak) sedangkan naiknya harga minyak itu mendadak. Dengan penurunan harga minyak ini, kerajaan mengatakan ia dilakukan atas sebab mengenang nasib rakyat (sedangkan kerajaan juga yang menaikkan harga minyak)

3. Kerajaan mengumumkan akan menaikkan tol, kemudian membuat pengumuman harga tol tidak jadi naik kerana mengutamakan nasib rakyat. - apakah ada kredit untuk kerajaan?

4. Kerajaan mengumumkan akan menyerahkan projek pembangunan Kg Baru kepada bukan melayu. Kemudian apabila ditekan oleh seluruh pelusuk tanah air bahawa betapa tanah melayu terakhir di bumi Kuala Lumpur bakal tergadai, maka kerajaan membuat pengumuman secara besar-besaran bahawa kedudukan Kampung Baru di bawah pegangan bumiputra terjamin atas dasar membela nasib bangsa melayu (sedangkan yang cadang tanah ini dimajukan oleh bukan melayu adalah kerajaan itu sendiri). - maka di manakah kreditnya untuk kerajaan dalam isu serba flip-flop ini?

5. Kerajaan mengumumkan akan membina Parlimen yang baru di Putrajaya. Kemudian, di atas dasar menjimatkan perbelanjaan negara, kerajaan mengumumkan untuk hanya berpindah ke PICC.

6. Kerajaan mengumumkan pengeluaran lesen judi sukan atas alasan bodoh perjudian haram tidak dapat dibanteras, dan hari ini kerajaan mengumumkan pula, tiada lesen judi sukan akan dikeluarkan di atas perkiraan agama. Apakah Kerajaan UMNO-BN itu sebenarnya mahu rakyat melihat regim ini baik kerana membatalkan hasrat menghalalkan judi sukan, setelah dikenalpasti sebagai pelopor judi?

Perhatikan semua situasi di atas. Mungkin ada banyak lagi situasi sama yang tidak sempat saya senaraikan.

Pokoknya ialah, kerajaan bertindak flip-flop supaya dilihat menjaga kepentingan rakyat sedangkan ia sebenarnya ia merujuk kepada perkara-perkara yang harus dilakukan tanpa mengumumkan perkara yang membelakangkan rakyat. Contohnya judi sukan, ia tidak langsung perlu diperkenalkan malah judi sedia ada patut dibekukan dari pengeluaran premis baru.

Dengan pengumuman hari ini (penangguhan perlaksanaan judi sukan), kerajaan UMNO-BN ingin dilihat sebagai pembela bangsa dan agama sedangkan merekalah petualang sebenar - di atas faktor-faktor yang saya sebutkan di atas.

Syabas dan tahniah kepada kerajaan kerana bertindak flip-flop demi survival UMNO dalam jasad kerajaan, yang tinggal separuh penggal untuk digadai segala yang ada.


EDYES - 26 JUN 2010 - 1.56 AM

Friday, June 25, 2010

Blogger Pondan, Blogger Pro-Ulama ??


Kepondanan seseorang blogger terserlah apabila beberapa kali membangkitkan isu tidak ada kena mengena dengan agenda semasa disebalik mencanang "akulah blogger pembela ulama".

Blogger pondan membiarkan diri terhina dengan entri yang berkali-kali membetul-tampal kerapuhan diri sendiri apabila mengulas berkenaan 'status Tulang Besi(TB) di blog Blog Perisik Rakyat'. Untuk makluman, blog Perisik Rakyat dimiliki oleh Topeng Perak(TP) secara mutlak, tetapi blogger pondan memilih untuk menghabiskan banyak masa dalam beberapa entrinya mencanang TP telah dibersihkan dari pengaruh TB sedangkan ia bukanlah isu yang wajar dibincang di kala banyak isu-isu yang sepatutnya menjadi makanan blogger untuk menekan kerajaan BN dalam pelbagai 'angle' atas kebijaksanaan tersendiri.

Berapa banyakkah masa yang terluang? Adakah masa yang terluang oleh blogger pondan untuk menghentam TP dalam isu yang tidak munahsabah itu milik mereka? Membuang masa dan mengakui bahawa masa mereka adalah milik mereka dan boleh dibuang mengikut sesuka hati adalah pernyataan dayus. Masa itu milik Allah, lebih mulia jika lebih banyak masa diluangkan ke jalan Allah. Menghabiskan masa blogging untuk menentang ketidak-adilan, menentang kerajaan zalim selain menegakkan syiar Islam itu juga adalah satu perjuangan ke jalan Allah. Kerana Allah maha adil.

Bagaimana blogger pondan ini mengzalimi masa ?

Begitu menyedihkan apabila blogger pondan ini memilih untuk mem'bangang'kan blogger lain ketika terbongkarnya berita ; betapa FELDA yang sepatutnya membela nasib melayu, dirompak habis-habisan tabung rezabnya untuk bail-out kerajaan 1Malaysia setelah perlesenan judi sukan mendapat tentangan hebat dari rakyat. Apakah ada entri ini dari blogger pondan?

Blogger pondan ini juga menghabiskan masa untuk mencari gambar edyes di serata blog edyesdotcom supaya dapat disebarkan seantero blogosfera, padahal gambar yang dipetik dan diletakkan dalam blog pondan tersebut telah dipublishkan sendiri oleh edyes dengan tag "edyes bersama kartunis Zunar". Oh dayus dan pondan, di kala masa yang terluang sia-sia itu juga, telah terbit berita gempar betapa pembelian scorpene akan disiasat oleh perundangan negara Perancis.

Lagi mengharukan, blog pondan jahanam ini mengaku mempertahankan ulama tetapi menggadaikan masa untuk mem'bangang'kan Topeng Perak buat kesekian kalinya, sedangkan Tuan Guru Presidennya berdepan tuduhan fitnah membawa fahaman wahabi, yang membolehkan Tuan Guru Presiden disumbat sebagai tahanan tanpa bicara. Ini blogger pondan yang telurnya tersepit ke dalam atau blogger yang menyokong tindak tanduk UMNO?

Blogger pondan tidak punya masa untuk pertahankan Tuan Guru? Tidak punya masa untuk pertahankan ulama ?

Di satu ketika, pernah seorang pemberi komen memohon pendapat blogger pondan untuk mengulas isu pemansuhan UPSR dan PMR. Namun pertanyaan bernas dibakulsampahkan dengan jawapan "nak ulas isu banyak tapi masa saya yang tak banyak." . Maka tidak hairanlah kita, kerana sesingkat masa yang ada pada blogger pondan nyah pekan itu hanya khas diperuntukkan untuk mengulas isu status Tulang Besi di mata blog pejuang rakyat. Malahan, mungkin juga kerana isu itu dibangkit kerajaan, maka adalah segan untuk mengecam sebentuk mana yang boleh.

Juga blogger pondan ini tidak punya masa untuk ulas isu yang tidak menyebelahi UMNO?
 
Oh blogger pondan yang dayus lagi merugikan, kerana telah terpilih menjadi khalifah bumi ini tetapi tidak tahu siapakah musuh sebenar. Muncung laras senapangnya berpusing ke arah diri sendiri dan rakan seperjuangan. Menjadi blogger adalah satu penghormatan kerana kelas kita yang istimewa, tetapi mengapa menghabiskan masa untuk merendam diri sendiri dalam takungan kumbahan? Aduh malang, mengapa tidak sperma lain yang cecah sampai dulu ke telur ovum ibunya?

Berikut adalah intisari entri bagi blogger pondan lagi dayus yang merugikan dunia blogging; 

  • Jawapan untuk Topeng Perak 2 kali Bangang

  • Masih menegak benang basah untuk memburukkan Ustaz...

  • Topeng Perak singkirkan Tulang Besi daripada Peris...

  • Mana perginya wang puluhan ribu Tabung Guaman?

  • Zahrain pernah minta pasir, Tulang Besi pernah min...

  • Fitnah kepada almarhum Ustaz Fadzil Mohd Noor

  • Fiksyen Langgar Hadi versi 3D

  • Menjawab tulisan TG Bukan Maksum, Tidak Bermakna ...

  • Lagi pasal kamera

  • Ulasan satu untuk tulisan Topeng Perak

  • Jika kita boleh berfikir 2 kali

  • Tulang Besi @ Sluaq Dalam menunjukkan kebodohannya...

  • Kenapa pilih jadi bangang?

  • Kenapa bodoh sangat? 

  • Ali Zaidan Cakap Tak Serupa Bikin

  • Andai UMNO Pilihan Hati

  • Cadangan Akhir Untuk Bro Edyes

  • Langgar, Curang dan Bohong

  • Muktamar, Media, Langgar Hadi 

  • FAKAQ PERLEKEH DR SAM & PRESIDEN PAS...

  • BADWI KENCING DALAM MASJID...

  • TAKZIAH KAT ONE G!

  • "Umno lebih jahat dari Yahudi!" -Pas Ganu
Intisari entri di atas ialah pembuangan masa oleh blogger-blogger pondan jahanam sepanjang bulan Jun 2010 yang telah memasuki hari ke 26. Apalah nasib jika mereka menghabiskan sepanjang tahun dengan penulisan pondan menghentam rakan sealiran. Atau blogger pondan ini adalah songsang dari perjuangan?
 
Jika melihat kepada artikel mereka, di manakah artikel yang menentang kebejatan UMNO? Atau mereka yang pondan ini akan katakan, tak bangkang bukan maksudnya setuju? Di manakah hilangnya cybertrooper UMNO jika bukan disebalik blog-blog yang hanya mengucar-kacirkan hubungan inter-blogger Pakatan Rakyat, daripada mengukir entri dengan tulisan yang menekan kerajaan? Hanya blogger pondan sahaja yang tahu jawapan.
 
Oh blogger pondan yang dayus lagi merugikan, adalah lebih baik kalian-kalian semua bersatu hati dan jiwa, untuk mempertahankan ulama fesyen baru keluaran UMNO, kerana ketika artikel buang masa ini ditulis, 40 orang ulama telah bersedia menyeberangi lautan neraka 500 tahun akhirat lebih awal dengan memilih menyertai UMNO, demi survival UMNO dengan mempromosi persepsi. Ulama-ulama niamakahai ini memerlukan pondan seperti anda semua supaya nasib mereka terbela dicelah kemungkaran parti ketuanan melayu.
 
Akhir kata, tidaklah saya peduli, akan berjela-jelanya entri si blogger pondan untuk menyembelih setiap inci bait-bait entri di atas yang saya katogerikan sebagai sebuah entri buang masa. Saya akui saya membuang masa, kerana melayan kepondanan blogger pondan. Namun, saya harap tuan-tuan pembaca tidak mengulangi kesilapan saya, memondankan masa dan massa.
PS: Jika ada yang bertanya, mengapa tidak di'link'kan senarai intisari blogging di atas, maka saya jawab "Malangnya, masa yang diperuntukkan untuk membuat link itu, telah saya gunakan untuk mengkaji status blogger-blogger pondan di mata pembaca budiman".


EDYES - 25 JUN 2010

WORLD CUP 2010 SPECIAL MATCH : ITALY VS FRANCE !!!


AT LAST, THE GIANT OF EUROPE WILL MEET AGAIN, EVEN IN SOUTH AFRICA 2010 WORLD CUP FINAL

MIGHTY ITALY

VS

THE FABULOUS FRANCE

VENUE = SOUTH AFRICAN AIRPORT

DATE & TIME = ON THE WAY BACK HOME

HOME SWEET HOME...

Wednesday, June 23, 2010

RM 6.7 Billion Untuk Kapal Selam Yang Tidak Boleh Menyelam !


Kerajaan membayar sejumlah 1.341 bilion euro (kira-kira RM6.7 bilion) untuk dua kapal selam Scorpene yang pembeliannya kini disiasat oleh mahkamah di Perancis kerana dipercayai mempunyai unsur rasuah.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi mendedahkan jumlah itu dalam jawapan bertulisnya kepada soalan yang dikemukakan oleh ahli parlimen Batu, Tian Chua di Dewan Rakyat hari ini.

Katanya lagi, sejumlah RM600 juta dibayar untuk perkhidmatan penyelenggaran bagi tempoh enam tahun.
 
Daripada jumlah itu, 114.96 juta euro dibayar kepada Perimekar Sdn Bhd, yang dimiliki oleh Abdul Razak Baginda, yang mempunyai kaitan rapat dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. - mkini

edyes wrote:

Walaupun saya berpendapat pembelian kapal selam ini satu pembaziran, namun jika atas nama jaminan kordinasi pertahanan negara maka saya melihat dari sudut positif akan keperluan armada negara memiliki sepasang kapal selam (yang boleh menyelam). Atas nama memperkuatkan sistem pertahanan negara ini juga, kantung bajet pertahanan negara telah mengalami ketirisan terancang.

Mengikut jawapan bertulis dari parlimen, lebih daripada setengah bilion telah dibayar kepada Perimekar Sdn Bhd sebagai upah konsultasi urusniaga multi-bilion ini. RM 570 juta bukanlah satu jumlah yang sedikit tetapi jumlah ini jugalah yang menjadi komisyen bagi kejayaan sebuah urusniaga.

Dari dulu telah saya persoalkan, tidakkah Kerajaan Malaysia mempunyai kumpulan-kumpulan profesional yang berkelayakkan dan mampu untuk menjadi perunding bagi urusniaga ini. Adalah memadai sekiranya Kementerian Pertahanan membangunkan sebuah badan ataupun suruhanjaya dari kumpulan profesional kementerian itu sendiri, untuk melaksanakan urusniaga pembelian kelengkapan pertahanan negara lantas menjimatkan berbilion wang rakyat, khususnya menjimatkan RM570 juta sepertimana dalam urusniaga scorpene. ia jauh lebih baik daripada melantik sebuah syarikat sendirian berhad bagi menguruskan ketentuan output kewangan negara.

Untuk menjadi konsultan yang diamahkan, apakah modal yang perlu untuk menjadi konsultan membeli kapal selam? Saya tidaklah begitu pandai untuk elaborate kertas kerja konsultansi bagi urusniaga pembelian kapal selam, namun saya tidaklah begitu bodoh untuk berfikir secara logik.

Antara modalnya ialah sebuah syarikat dua ringgit, tiket kapal terbang untuk beberapa sesi pergi-balik ke perancis, beberapa pekerja mahir IT untuk menyiapkan kertas kerja yang telah di draf, sebuah mesin fax serbaguna yang boleh scan, photostat dan print, bayaran untuk peguamcara bagi proses-proses perundangan dan akhir sekali seorang juru alih bahasa yang bertaraf model. Melalui kementerian pertahanan, empunya syarikat iaitu Razak Baginda tidak perlu bersusah payah untuk melobi bagi mendapatkan tender konsultasi pembelian kapal selam scorpene.


Dengan modal-modal di atas, mereka menghasilkan sejumlah wang yang berupa separuh bilion. Satu jumlah yang boleh menampung pelbagai subsidi untuk dinikmati rakyat secara bersama. Bukan sekadar segelintir terlibat itu kaya secara serta merta!

Difahamkan juga, antara pakej spek pembelian kapal selam ini adalah termasuk sistem peluru berpandu yang berharga RM1.1 bilion daripada jumlah keseluruhan pembelian kapal selam ini, RM7.3 bilion. Jika inilah spek perbelanjaan negara, maka memang wajarlah negara Malaysia dijangkakan muflis pada tahun 2019, iaitu setahun sebelum memasuki tahun wawasan.

Menghabiskan sejumlah RM7.3 bilion untuk sepasang kapal selam yang tidak boleh menyelam amatlah berbaloi untuk mereka-mereka yang terlibat dalam membankruptsikan negara!


Kemesraan TG Hadi dan YB Husam ...

Meraikan Sahabat Pro-Gaza di Perkarangan Rumah YB Husam

YB Husam serve bosnya TG Hadi


Mesra... Dikatakan TG Hadi 'mencuri' lauk YB Husam ketika di akhir sesi makan


Kambing Golek !

Husam Melayan Tetamu

 Dr Siti Mariah dan Dr Lo' Lo' pun ada



 

Sumber Gambar - Dicuri dari TP oleh edyes. jie... dokseh maroh kawe deh...

Tuesday, June 22, 2010

Rangkuman Gambar dan Video : Pudu Jail Dihancurkan Untuk Para Cukong

Salam Perjuangan,

Semalam, kita menyaksikan satu warisan negara yang sepatutnya dipelihara, telah digadaikan atas nama pembangunan. Apa hasil sebuah museum, jika dibandingkan dengan sebuah mega shopping centre yang berupa seperti Berjaya Times Square?

Kepimpimpin Pakatan Rakyat melalui para ahli parlimennya dan para intellegentnya seharusnya terpanggil untuk menyiasat, berapakah hasil kerajaan daripada terjualnya tanah Pudu Jail ini, berbanding harga semasa. Adakah jumlah tersebut memadai dengan harga semasa, atau memadai dengan harga sepeninggalan sebuah warisan seratus tahun.

Di bawah ini adalah rangkuman daripada peristiwa Pudu Jail diroboh demi cukong-cukong darat;







Kedatangan saya ke Pudu ini berbaloi kerana semua entri di atas dipublish ketika saya masih di tempat kejadian. Bagaikan panas dari oven, gambar-gambar dan video ini terus dipublish di blog edyesdotcom sekitar jam 10pm hingga jam 12pm.