Tuesday, March 12, 2013

Demo 30 orang, Guna Pulak Orang Sama... Kesian Umno



SEMALAM
DEPAN PEJABAT KEADILAN

 BERSAMA
PEMIMPIN ARWAH HASAN DAN EZAM 

BERSAMA
KATAK PURU


BERSAMA
KATAK PURU

DAN BERSAMA ENTAH SAPA LAGI

Edyes Wrote: Ini modus operandi Umno, kalau bab mengundi pun macam ini jugak gayanya. Sudahlah setiap kali demo hanya menampilkan tidak sampai 30 orang, pulak tu guna orang yang sama... kesian Umno...

Licik Menyamar - Blog Suara Pakatan Rakyat Adalah Blogger Umno!


Edyes Wrote: Blog ini telah lama dikesan sebagai blog penyamar, dan ia dilakukan secara sangat halus dan profesional. Seketika menghentam Najib, tatapi lebih banyak menimbulkan persoalan jahat ke atas Pakatan Rakyat. Harus semua berhati-hati dan sebarkan maklumat sahih ini.

Monday, March 11, 2013

GEMPAR!! Bendera PKR Berkibar di Bangunan Umno !!


Edyes Wrote: Bukan sahaja pegawai kerajaan memilih untuk menolak Umno Barisan Nasional, malah pegawai di pejabat Umno sendiri telah menunjukkan ciri berubah. "Umno dilihat perlu ditolak pada PRU-13 demi menyelamatkan Malaysia" - pemikiran ini juga terlintas dari kalangan penyokong Umno yang jelak dengan rasuah dan penyelewengan mereka!

PI Bala Alami Masalah Jantung - Masuk CCU dan Telah Dirujuk Kepada IJN



(Oleh: Sidiqin Omar)
KUALA LUMPUR 10 Mac: Penyiasat Persendirian, P Balasubramaniam yang sebelum ini mengaitkan Datuk Seri Najib Razak dengan pembunuhan Altantuya Shaariibu, dimasukkan ke hospital kerana masalah jantung.
Perkara itu dinyatakan Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin kepada Keadilan Daily.
Menurut Badrul, Bala dimasukkan ke Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC) pada 5 Mac lalu, sehari sebelum dijadual berucap di ceramah ‘Siapa Arah Bunuh Altantuya’ di Parit Sulong, Johor.
Katanya, ketika program di Bachok Kelantan, Bala mengadu sakit dada dan disangka mengalami masalah gastrik serta hanya diberi ubat tahan sakit.
“Sehari sebelum ke Johor, doktor sahkan ada serangan jantung kecil. Bala dimasukkan ke CCU (Conorary Care Unit) selama empat hari dan dirujuk ke Institut Jantung Negara (IJN),” katanya menambah Bala akan menjalani pembedahan dalam masa terdekat dan kini ditempatkan di wad biasa SJMC.
Menurut CheguBard, Bala akan menggantikan semula ceramah yang gagal dihadirinya di Parit Sulong, Johor dan Tuaran, Sabah sebaik keluar hospital.CGB
“Dia nampak bersemangat. Kata Bala, dia balik ke Malaysia untuk membantu rakyat berdepan pilihan raya umum ke-13 dan BN perlu dijatuhkan. Bala berjanji, selepas rawatan dan berehat dia akan menjelajah ke seluruh negara,” kata beliau.
Sementara itu, katanya, terdapat dakwaan mengatakan Balasubramaniam jatuh sakit kerana terkena ilmu sihir.
“Ada kawan-kawan sebut, ini angkara ilmu hitam. Saya tak tahu. Mereka (musuh Bala) boleh buat apa sahaja. Yang penting, kita tawakkal kepada Maha Pencipta,” kata Badrul.
Bala sebelum ini berkhidmat dengan Abdul Razak Baginda, rakan rapat kepada perdana menteri yang menerima komisen  pembelian kapal Selam Scorpene bernilai RM500 juta.
Pada Julai 2008, beliau mendedahkan akuan bersumpah (SD) mengaitkan perdana menteri dengan kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibu yang dikatakan menjadi orang tengah dalam transaksi berkenaan.
Dalam SD tersebut, Bala juga mendakwa Najib Razak pernah melakukan hubungan seks  dengan Altantuya, sebelum menarik balik dakwaannya dalam akuan bersumpah kedua.
Selepas itu, beliau menghilangkan diri ke luar negara dan pulang semula ke Malaysia pada 24 Februari lepas.

Edyes wrote: Ingat kes Jaafar Al-Maunah? Mula-mula kena tahan sebagai Al-Maunah, lepas tu jadi polis pembantu dan dapat hadiah. Seminggu kemudian mati dan kes ditutup!

Juara Pelakon Filem Terbaik FFM, Faizal Husin Turut Sambut 5 Tahun Pakatan Rakyat




Anda bila lagi? Ayuh bersama arus perubahan!

Friday, March 8, 2013

[WAJIB BACA] Akhirnya Kita Bertemu 8 Mac Kelima, dan Parlimen Masih Di Situ



Tulisan Umum
8 Mac 2013

Akhirnya Kita Bertemu 8 Mac Kelima, dan Parlimen Masih Di Situ

Saya mula menulis artikel ini ketika satu jam menghampiri tarikh 8 Mac, sebuah tarikh keramat di mana fasa kedua reformasi tanahair berlaku. 8 Mac lima tahun yang lalu, sebahagian daripada rakyat Malaysia yang punya rasa tanggungjawab ke atas negara telah dengan berani menongkah arus untuk perubahan dengan mengundi selain Barisan Nasional. 

Separuh daripada rakyat yang keluar mengundi telah memberanikan diri melakukan perubahan tanpa 'clue' atau 'leads' atau testimoni yang betul-betul menjamin. Dengan kata lain, mereka memilih dalam gelap di atas kekecewaan 'wayang' seorang Mr. Clean yang tidak berapaclean iaitu Paklah. Ketika itu, hanya Kelantan sebagai negeri testimoni yang tidak mampu membuktikan banyak kelebihan selain kewarakkan pemerintahan TG Nik Aziz - modal dan model yang cukup besar. Faktor Anwar Ibrahim juga tidak boleh diketepikan, beliau faktor penyatu membawa harapan baru kepada negara. Dengan faktor-faktor yang tidak seberapa termasuklah kelemahan Umno di bawah Paklah itu sendiri, maka tercetuslah apa yang dinamakan Tsunami 8 Mac.

Tanggal 8 Mac adalah sejarah negara yang juga digelar tsunami politik oleh kebanyakkan orang politik, manakala orang yang bukan politik turut merasai satu kejutan budaya apabila pada malam yang sama selepas pengiraan undi, jauh di sudut hati mereka menyatakan betapa Umno dan Barisan Nasional tidak mustahil untuk ditumbangkan. Perasaan seperti ini tidak wujud sebelum 8 Mac, perasaan Umno dan BN boleh ditumbangkan ini wujud hanya pasca 8 Mac.

Saya masih ingat pada malam pengiraan undi itu awalnya dapat dilihat satu 'backdrop' besar yang tertera perkataan "Tahniah Paklah Kerana Berjaya Mengekalkan Majoriti 2/3" terpapar di dewan utama PWTC. Namun 'backdrop' tersebut hilang dari pandangan ditutup oleh kain hitam yang besar. Peristiwa penutupan 'backdrop' ini adalah satu semiotik menifestasi kekalahan Barisan Nasional, namun rakyat masih belum cukup menang walaupun jumlah pengundian seluruh negara menghampiri 50-50 dari sudut undi popular. Keputusan ini amat mengejutkan, lantas ia juga mengejut rakyat dari 50 tahun tidur yang tidak berapa lena. Rakyat terjaga terus dengan mata yang buntang memerhati perkembangan politik tanahair secara lebih serius.

Selepas Tsunami 8 Mac sehingga bertemu 8 Mac yang kelima iaitu hari ini, begitu banyak peristiwa yang berlaku dan seterusnya memberi impak kematangan kepada hampir semua rakyat Malaysia untuk bersama menyertai pertembungan era baru sistem dua parti. Dalam ruangan yang terhad ini saya tidak mampu mengolah semua peristiwa yang berlaku di antara 'lima kali 8 Mac', namun cukuplah jika saya katakan rata-rata rakyat Malaysia hari ini telah mengambil tahu hal politik tanahair berbanding sebelum 8 Mac yang pertama. Setiap dari mereka tidak melepaskan peluang untuk celik politik dan ingin menjadi sebahagian dari sejarah perubahan negara dengan peranan masing-masing, ia perkembangan yang sangat sihat kepada Pakatan Rakyat dan sangat sakit kepada Barisan Nasional. Mengapa?

Saya jelaskan, pertembungan kali ini amat berbeza dari pertembungan terdahulu. Jika dulu mereka yang menyokong pembangkang dikatakan menongkah arus tetapi hari ini ia bukan lagi menongkah arus, sebaliknya ia adalah menyelusuri arus kerana arus perubahan itu sangat deras dan tidak mampu lagi dibendung. 

Lima kali 8 Mac menyaksikan sorotan isu-isu besar yang menarik perhatian umum, daripada kehadiran cincin 24 juta dan kisah kemewahan Imelda Rosmah, penyelewengan pinjaman penternakkan suami menteri yang menyediakan kondo untuk lembu NFC di mana gaji setiap anak-anak mereka seumpama terkena loteri RM30-RM50 ribu setiap bulan, ini semua berlaku ketika rakyat semakin tertekan dengan kenaikkan harga petrol dan barangan asas keperluan harian. Ketika rakyat tidak cukup duit nak makan dengan gaji seterusnya lambat lagi, ketika yang sama juga duit rakyat RM setengah juta digunakan untuk 'kenduri' pertunangan anak Perdana Menteri. Ini semua punya kesan yang mempengaruhi kederasan arus perubahan.

Lima kali 8 Mac juga menyaksikan keangkuhan, keganasan dan kezaliman pemerintah. Jangan sesiapa pun antara kita lupa bagaimana angkuhnya kerajaan menaikkan harga petrol sebanyak 78sen per liter, ada yang bertumbuk di stesen minyak malam yang zalim itu. Bagaimana angkuhnya kerajaan memonopolikan pelbagai keperluan asas seperti harga gula yang naik dari RM1.20 hingga RM2.30 dalam lingkungan masa setahun setengah.

Lagi, kematian Kugan yang mati dalam lokap, Beng Hock dan Sarbini yang mati di bawah jagaan SPRM, adik Aminulrashid yang mati kononnya sebagai penjenayah dan ramai lagi rakyat yang tidak mendapat pembelaan sewajarnya. Malah dalam kes Aminulrashid polis yang melepaskan 21 das tembakkan akhirnya didapati tidak bersalah dan minggu yang sama seorang lagi anak bangsa terkorban apabila motornya ditendang polis berpakaian preman. Rakyat terkesan dan sedia untuk menyertai perubahan dengan persoalan yang bermain di minda "nasib yang sama akan diharungi jika ia berlaku di kalangan keluarga sendiri", maka adalah tidak selamat untuk terus memberi mandat kepada kerajaan yang mengamalkan 'negara polis' ini. Belum saya cerita apa yang berlaku pada Bersih 2 dan Bersih 3, rakyat jadi saksi.

Lima kali 8 mac juga menyaksikan negara ini dijual sehabisnya. Tanah rezab melayu terus layu jumlahnya, Batu Putih lesap, Tanjung Pagar tergadai. Lagi, isu PKFZ tiada hujung pangkal, hilang berbelas bilion wang rakyat. Isu kapal selam scorpene yang melibatkan penyelewengan komisyen separuh bilion walhal kapal selam yang sama tidak mampu menyelam dan pembeliannya juga tanpa pakej torpedo menjadikan tambahan RM900juta wang rakyat perlu dihabiskan untuk sistem peluru berpandu, rakyat terus ditongongkan. Jet pejuang tanpa enjin, stadium runtuh bukan sekali malah dua kali runtuh, jambatan runtuh, makmal komputer runtuh. Saya tak mampu sebut semua, hanya yang terlintas sahaja yang sempat ditulis tetapi kesimpulannya tetap sama - rasuah penyelewengan cukup berleluasa dan rakyat menilai.

Dalam masa yang sama, lima kali 8 Mac juga memberi satu gambaran yang tidak mampu dipadam kebenarannya iaitu pentadbiran yang cekap dan amanah negeri-negeri pimpinan Pakatan Rakyat sehingga mampu melakukan penjimatan yang menguntungkan rakyat. Prestasi cemerlang negeri Pakatan Rakyat bukan omongan syok sendiri tetapi diiktiraf sendiri oleh Jabatan Audit Negara lantas ia menjadi testimoni yang penting betapa bukan Barisan Nasional sahaja yang mampu mentadbir malah Pakatan Rakyat punya pakej jauh lebih baik. Justeru itu, timbul faktor keyakinan terhadap Pakatan Rakyat bukan sahaja untuk mentadbir negeri, malah sedia untuk menerajui Putrajaya.

Semua ini rakyat Malaysia sudah tahu, sudah khatam, sudah hafal dan ada yang sudah jelak lagi muak. Rakyat sudah bersedia seutuhnya demi perubahan ini tidak sabar untuk menolak Barisan Nasional setelah habis mandatnya sejak 8 Mac lima tahun yang lalu. Namun malangnya sudah masuk lima kali 8 Mac rakyat masih tidak berpeluang untuk melaksanakan menifestasi yang bakal menamatkan pemerintahan 56 tahun Umno Barisan Nasional. Buat kali pertama dalam sejarah, parlimen belum dibubarkan selepas 5 tahun pilihanraya lalu, berlalu. Mengapa? 

Ura-ura pembubaran Parlimen sudah kedengaran sejak suku keempat tahun 2011, ketika itu kita menjangkakan tidak sempat bertemu 8 Mac keempat tetapi ianya 'false alarm'. Dalam tempoh yang sama, Najib beberapa kali menyatakan hasrat untuk bubar namun sudah mencecah 8 Mac kelima, masih belum bubar. Daripada BR1M asalnya adalah 'one-off' yang bermaksud sekali bayar, kini sudah 'two-off' dan dijanjikan BR1M ketiga dengan rasuah yang lebih besar walaupun berbentuk 'janji', parlimen masih belum dibubar. Mengapa?

Persoalan mengapa parlimen belum dibubar untuk memberi laluan PRU-13 juga rakyat sudah tahu apa sebabnya - Umno Barisan Nasional akan kalah. Umno BN juga tahu mereka akan kalah, maka atas sebab yang sama parlimen belum mampu dibubarkan. Percayalah, sudah sampai satu tahap di mana jika Umno dan Barisan Nasional menipu pilihanraya sekalipun, mereka tetap tumbang di atas kebangkitan luar biasa rakyat Malaysia mencebur perubahan. Apa lagi yang mampu 'mereka' lakukan?

Baru-baru ini peristiwa besar melanda tanahair, peristiwa ini hadir 'tepat' pada masanya. Telah berlaku tuntutan ke atas negeri Sabah oleh 'Kesultanan Sulu' yang menyaksikan pencerobohan Lahad Datu dan mengundang kematian 8 orang perajurit negara setakat ini. Seperti yang pernah saya ulas sebelum ini, kematian berlaku di atas kelalaian pemerintah dalam membuat keputusan. Mengikut bacaan umum, hasil dari tragedi Lahad Datu ini bakal menyaksikan Umno Barisan Nasional akan tumbang lebih besar dari jangkaan, malah jika isu Lahad Datu ini tidak mencelah pun Umno Barisan Nasional tetap akan tumbang menyembah bumi. Tetapi cuba fikir baik-baik, bagaimana Umno dan Barisan Nasional nak tumbang kalau pilihanraya tidak menjadi pilihan untuk dilaksana dalam masa terdekat? 

Tidak mustahil akan berlaku darurat dan pilihanraya akan ditangguh sehingga 'mereka' rasa selamat untuk masuk gelanggang pilihanraya, hanya selepas itu darurat dihentikan dan parlimen dibubar. SPR sendiri akui bahawa pilihanraya boleh ditangguh jika kemelut Lahad Datu dan Sabah berpanjangan.

Andainya peristiwa ini dikatakan sandiwara maka ramai yang akan melatah. Saya ingin berterus terang, tembakkan yang berlaku adalah benar, letupan bom adalah benar, mereka yang terkorban adalah benar terkorban, tidak timbul soal hidup kembali bila dikait dengan perkataan 'sandiwara'. Jujurnya mereka yang terkorban adalah wira yang mempertahankan kedaulatan negara. Namun begitu, bagaimana terjadinya pencerobohan, bagaimana askar sulu tembus dan berkampung selama 3 minggu di Kg Tandou tanpa tindakkan tegas pemerintah negara, bagaimana begitu banyak hal tidak masuk logik berlaku - ini menjadi tanda tanya yang sangat penting hingga timbul soal "apakah ia satu konspirasi"? Konspirasi ini dibaca oleh sesetengah pihak dengan bunyi 'plot' dan juga 'sandiwara'. 

Konspirasi terancang seperti ini boleh disusun bermacam cara bergantung kepada objektif yang hendak dihasilkan, samada untuk satu polemik baru bagi menutup polemik sedia ada, atau untuk membeli masa, atau pelbagai lagi. Kesimpulannya, hampir semua isu semasa berjaya dilitupi dengan 'kanvas' Lahad Datu. Walaubagaimanapun, tidak semua yang dirancang itu menjadi mengikut apa yang dirancang. Plot ini akhirnya tidak berjaya menjadikan Najib Razak seorang 'hero' baru kerana kegagalan Najib dan Kerajaan Malaysia mengendalikan konflik Lahad Datu dengan baik. Malah percaya dan yakinlah konspirasi yang menggugat kedaulatan negara ini gagal memberi bekalan positif untuk kempen Umno Barisan Nasional. Hanya yang Umno dan Barisan Nasional mampu lakukan ketika ini ialah, terus membeli masa dengan mengheret pertembungan pilihanraya ke masa tambahan semaksimum yang mungkin.

Mungkin esok berlaku pembubaran parlimen, kerana kebetulan esok adalah 8 Mac yang jatuh pada hari Jumaat. Tetapi harus diingat walaupun parlimen bubar esok (atau tarikh lain terdekat) kononnya kerna telah lama dirancang bubar pada sekian tarikh, masih tidak mustahil pilihanraya tidak menjadi pilihan dalam masa terdekat di atas alasan - keselamatan negara belum terjamin. Jangan lupa, plot masih berjalan.

Akhir sekali ingin saya rumuskan bahawa inilah nasib rakyat Malaysia, walaupun telah melampaui lima kali 8 Mac, dari 8 Mac 2008 bertemu 8 Mac 2013, keghairahan untuk menggapai perubahan masih tertangguh. Namun saya optimis mengatakan walau bila pun pilihanraya, rakyat akan tetap dengan istiqomah menolak Umno dan Barisan Nasional demi sebuah kerajaan rakyat yang baru bersama PM baru yang segak dan lulus pelbagai ujian. 

Inilah masanya, inilah zamannya. Kita bukan sekadar menjadi saksi perubahan, tetapi menjadi sebahagian daripada agenda perubahan itu. Ingatlah, perubahan itu tidak boleh ditunggu, tetapi harus dituntut dengan segala kuderat dan kebijaksanaan.

Sekian,

Edy Noor Reduan
Aktivis Blogger
Pengarah Propaganda SAMM
Twitter: @edyesdotcom

Tuesday, March 5, 2013

11.35am: Sumber polis melaporkan, kumpulan penceroboh bersenjata di Kg Tanduo berjaya ditewaskan sepenuhnya


LAPORAN LANGSUNG
11.35am: The Star yang memetik sumber polis melaporkan, kumpulan penceroboh bersenja di Kampung Tanduo berjaya ditewaskan sepenuhnya.

Ia tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa pasukan kita, lapor laman itu.
1125am: Satu-satunya stesen minyak di kawasan Felda Sabahabt kehabisan petrol. Kawasan itu terletak kira-kira 15km dari Kampung Tanduo yang menjadi medan pertempuran.

11.10am: 
Bercakap dalam satu akhbar, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata operasi masih berjalan dan pihak keselamatan yang terdiri daripada anggota PDRM dan tentera mendapat tentangan dalam bentuk beberapa das tembakan yang dilepaskan oleh pihak musuh.

Katanya, ketika ini pasukan keselamatan sedang menjalankan pengeledahan terhadap beberapa buah rumah di kampung tersebut.

Ketika sidang akhbar itu diadakan, beliau berkata, setakat ini tidak ada kehilangan nyawa di pihak keselamatan  di pihak PDRM dan tentera.
11.02am: Pekerja ladang kelapa sawit dilihat berkumpul di bawah satu pondok sementara. Mereka diminta menangguhkan tugas sementara polis memperluaskan kawalan di sekeliling ladang tersebut yang terletak hampir dengan kawasan pertempuran

Turut bersama pekerja tersebut ialah seorang penduduk, Sabri Abdullah, 49, yang tidak dapat pulang disebabkan kawalan polis.

"Saya menunggu untuk pulang sejak pagi ini. Saya lapar dan tidak ada makanan," katanya kepada Malaysiakini.

Tambahnya, mereka orang miskin dan tidak mempunyai wang dan terpaksa menyediakan makanan sendiri.

11am: Datuk Seri Najib Razak berkata operasi besar-besaran hari ini bermula dengan serangan udara menggunakan pesawat TUDM, serangan mortar dan diikuti serangan oleh pasukan tentera darat dan polis.
"Kita bermula dengan serangan udara melalui pesawat TUDM diikuti dengan kekuatan mortar dan pada saat saya sedang berucap ini, pasukan tentera darat dan anggota polis, dalam kereta dengan anggota yang mengikuti dibelakang sedang melakukan tindakan untuk memberkas, menumpas pasukan yang telah melanggar kedaulatan negara,"katanya.

Menurutnya, tindak tanduk "yang berhemah" tersebut, pada awalnya tidak ada niat lain melainkan untuk tidak membenarkan setitik darah tertumpah di bumi Sabah, sama ada rakyat Malaysia atau kumpulan yang menceroboh.

"Namun umat dukacita, niat murni kita telah dibalas dengan tembakan dengan sangat kejam yang dilakukan kepada pasukan polis kita," katanya dalam satu majlis di Bukit Jalil.

Beliau juga menyelar golongan yang tergamak mengatakan bahawa kejadian pencerobohan oleh kumpulan bersenjata di Lahad Datu sebagai “sandiwara”.

Tanpa menamakan individu berkenaan, Najib berkata tindakan itu merupakan "perbuatan yang keji" oleh orang yang “tak ada isi perut”.

"Ada orang yang tergamak bahawa ini satu sandiwara. Saya tak tahu nak kata apa kepada manusia yang tergamak cakap begitu.

"Tak ada isi perut. Ini satu perbuatan yang keji... Kita perlu tolak orang seperti ini," kata Najib
10.57am: Polis memperluaskan kawalan dari kawasan konflik ke kawasan luar dan menutup semua pintu masuk ke Kampung Tanduo.

Anggota polis dengan raifal dilihat mengambil kedudukan di kawasan ladang sawit sebagai persediaan untuk menghadapi penceroboh yang lolos.
10.45am: Media Filipina melaporkan jurucakap presiden negara itu Benigno Aquino berkata Manila melakukan apa yang termampu untuk mengelakkan situasi di Sabah berakhir dengan keganasan.

“Kami melakukan semua yang kami mampu untuk mengelakkannya, namun akhirnya orang (Jamalul) Kiram memilih jalan ini,” kata Setiausaha Ricky Carandang.

10.43am: 
Kedutaan Filipina di Kuala Lumpur mendedahkan satu pertemuan diadakan pada malam tadi di antara setiausaha luar negaranya Albert F del Rosario, menteri luar Malaysia Datuk Seri Anifah Aman dan menteri pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Pertemuan di Kuala Lumpur itu bagi membincangkan langkah untuk penyelesaian aman berhubung situasi di Lahad Datu.

10.17am: 
Memetik laporan dari ANC News Channel, InterAksyon.com melaporkan bahawa bom telah digugurkan kira-kira satu kilometer jauhnya dari kubu Azzimudie Kiram dan orang-orangnya.

Azzimudie berkata pihaknya tidak pasti sama ada bom tersebut mensasarkan mereka atau pengikut mereka, tetapi mereka kekal selamat dan bersedia untuk bertempur.

Sementara itu di Manila, sekumpulan penunjuk perasaan tiba di kedutaan Malaysia untuk mengutuk serangan itu.

10.15am: Azzimudie Kiram, pemimpin penceroboh, meluahkan kemarahannya terhadap kerajaan Filipina, dalam temubual radio dengan InterAksyon.com - portal berita dalam talian saluran TV Filipina TV5.

"Kerajaan mengarahkan penangkapan sahabat kita walaupun kita tidak melakukan apa-apa yang buruk," katanya. "Ia seperti kita bulan rakyat Filipina."

Sementara itu, Abraham Idjarani, jurucakap kesultanan, memberitahu stesen radio dzBB bahawa Azzimudie telah menelefon untuk memberitahu mereka tentang serangan tersebut.

"Tidak ada apa yang dapat dilakukan tentang itu sekarang," kata Idjirani dalam satu wawancara berasingan dengan AFP.

Beliau mengulangi pengumuman awal Azzimudie bahawa mereka akan berjuang hingga ke akhir ayat.

"Kami bukan penceroboh. Mereka (rakyat Malaysia) adalah orang yang menduduki tanah nenek moyang kami," katanya.
10.09am: Pihak polis telah menubuhkan pusat pemeriksaan di jalan utama di Tanjung Labian, iaitu kira-kira 5km dari medan pertempuran. Tiada siapa dibenarkan masuk ke kawasan itu.

Bunyi letupan telah berhenti sejak sejam yang lalu. Tidak jelas sama ada tentera darat telah dikerah masuk ke Kampung Tanduo.

10.05am: Di Manila, pasukan polis dan wartawan berkumpul di luar kedutaan Malaysia. Mereka menjangka satu kumpulan penunjuk perasaan akan tiba di sana.

NONE9.55am:Azzimudie Kiram mengesah dalam temubual dengan radio dzMM ABS-CBN bahawa pasukan Malaysia menggunakan jet pejuang dalam serangan terbaru itu ke atas kedudukan mereka di Lahad Datu.

Pemimpin tentera diraja itu juga melahirkan kekecewaan terhadap pendirian Presiden Filipina Benigno Aquino berhubung krisis tersebut.

Beliau berkata kerajaan Malaysia dan Filipina jelas telah berhenti mendengar gesaan mereka untuk menyelesaikan krisis tersebut secara aman.
9.45am: Menurut ABS-CBNnews, sebelum serangan, pagi ini Azzimudie Kiram, yang mengetuai kumpulan bersenjata di Kampung Tanduo, memberitahu radio dzMM bahawa dia tidak risau dengan rancangan kerajaan Malaysia untuk membawa lebih ramai tentera ke Sabah untuk membanteras mereka.

Azzimudie berkata dia dan tenteranya akan tidak akan berganjak walaupun kerajaan Malaysia dan Filipina telah berulangkali menggesa mereka supaya menamatkan pencerobohan tersebut.

"Ini adalah masa. Kami perlu komited untuk memperjuangkan hak kami. Saya meminta mereka (Filipina) melakukan sesuatu untuk menyokong kami.

"Mereka tidak boleh menakutkan kami kerana kami berjuang untuk hak kita - hak Bangsa Sulu dan secara umum, rakyat Filipina.  Iaitu, jika kerajaan Filipina masih menganggap kami adalah rakyat Filipina," katanya.
9.41am: Stesen radio Filipina dzBB melaporkan bahawa Abraham Idjarani, jurucakap kesultanan Sulu, berkata Azzimudie Kiram, adik sultan yang mengetuai pencerobohan itu,  mengesahkan jet pejuang telah menggugurkan sekurang-kurangnya dua butir bom.

Bagaimanapun, Idjirani mendakwa bom mengenai kedudukan penduduk Malaysia dan bukan kumpulan Azzimudie.

Stesen radio itu juga berkata pertempuran itu berlaku 107 tahun selepas bermulanya Perang Bud Dajo di Sula pada 1906 .
Dalam pertempuran itu 1,000 Tausug, termasuk wanita dan kanak-kanak, telah dibunuh oleh tentera Amerika juga dikendali sebagai Pembunuhan Bud Dajo.

9.37am: Menurut sati sumber tentera, operasi yang terlibat jet pejuang, meriam serta askar berjalan kaki.
9.15am: Di bandar Lahad Datu, kira-kira 120km dari medan pertempuran, persediaan sedang dibuat di hospital utama bagi menerima mangsa serangan tersebut.

9.11am: Difahamkan tujuh batalion tentera dikerahkan ke kawasan tersebut untuk mengukuhkan pasukan polis.
8.54am: Seorang pegawai Felda tiba dan memberitahu ketua kampung untuk membuat kiraan jumlah penduduk dan mendaftarkan mereka.  Seluruh penduduk kampung sekitar 300 orang beredar dari tempat itu menuju ke jalan kebun kelapa sawit.
villagers fleeing bombings in kampung tanduo sabah 28.45am: Penduduk  Kampung Sungai Merah meninggalkan kediaman mereka dengan menaiki lori, dengan hampir seratus orang memenuhi setiap kenderaan.

Ketua kampung, Bani Rauf berkata mereka telah cuba ke Kampung Embara Budi tetapi tidak dibenarkan masuk.

"Pengawal kata mereka tidak akan benarkan kami masuk, jadi kami datang ke sini," katanya.

Mereka berhimpun di di jalan utama dari Kampung Tandou menunggu apa yang perlu dilakukan selepas ini. 
8.19am Pasukan keselamatan telah melancarkan serangan ke atas kumpulan penceroboh bersenjata di Kampung Tanduo, Lahad Datu pada jam 7 pagi ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu kenyataan hari ini.
Gerakan ke atas penceroboh dimulakan kira-kira pukul 7 pagi dengan serangan udara. Pada awalnya kedengaran bunyi jet mengisi ruang udara kampung itu diikuti dengan bunyi tiga letupan setengah jam kemudian.
  
Serangan ofensif udara dilakukan jet pejuang F18 dan Hawk diikuti mortar dan gerakan di darat oleh anggota tentera.
  
Pasukan komando di barisan hadapan yang mengepung kawasan itu dilihat merapati kawasan perkampungan diikuti dengan Pasukan Gerakan Am.
  
Di Felda 16, kira-kira 20 kilometer dari Kampung Tanduo dilaporkan letupan ketiga paling kuat sehingga menggegarkan cermin kafe Residental Felda Sahabat tempat wartawan menginap.
  
Dua helikopter Nuri kelihatan melalui ruang udara kawasan itu.
  
Penduduk Kampung Labian dan Kampung Batu berhampiran Kampung Tanduo dipindahkan malam tadi dan polis dijadual mengadakan sidang akhbar pada pukul 10 pagi.

azlan8:18am: Letupan kedengaran berhampiran Kampung Tandou yang diduduki sekumpulan penceroboh asing, pada kira-kira jam 7:30 pagi ini, menyebabkan 100 penduduk kampung melarikan diri.

"Mereka telah  mula mengebom kawasan itu. Kami nampak jet pejuang di udara, mereka mengebom tempat itu empat kali," kata seorang penduduk kampung, Nasir Asrama, 38.

Penduduk kampung tersebut adalah dari Kampung Sungai Merah, sebuah kampung jiran dengan Kampung Tandou di mana kira-kira 100 penceroboh bersenjara dari Filipina berkubu.

Kampung Tandou terletak di antara Tanjung Labian dan Kampung Sungai Merah, masing-masing dalam 5km dan 2km.

Monday, March 4, 2013

[GEMPAR!!] Siapa Orang Kanan @KhairyKJ Menjadi Penasihat Kesultanan Sulu?


ADVISOR TO THE CROWN??
Selain dikenali sebagai orang kanan kepada Ketua Pemuda Umno, nama yang tertera atas ‘name card’ ini juga dikenalpasti sebagai exco pemuda Umno… Apa kaitan pemuda Umno dengan Kesultanan Sulu? Siapa boleh jawab?
Lihat kenyataan dan artikel berkaitan di bawah;

Pemberontakkan Sulu: Sandiwara Atau Tidak, Kerajaan Tetap Harus Bertanggungjawab


Cubaan Kait Anwar Ibrahim Akhirnya Nama Najib Sendiri Terpalit Memberi Janji Kepada Sulu



[WAJIB BACA!] Pemberontakkan Sulu: Sandiwara Atau Tidak, Kerajaan Tetap Harus Bertanggungjawab



Catatan Umum
3 Mac 2013

Pemberontakkan Sulu: Sandiwara Atau Tidak, Kerajaan Tetap Harus Bertanggungjawab


Dua hari lepas, dua orang anggota komando VAT69 telah terkorban di Lahad Datu ketika Kerajaan Malaysia terus mengambil sikap ‘berunding’ sedangkan dalam mana-mana negara berdaulat tidak akan berkompromi dengan pencerobohan bersenjata. Semalam tanggal 2 Mac, seorang lagi anggota keselamatan negara terkorban dan kali ini di Semporna.

Saya ucap takziah dan tidak dapat sembunyi perasaan sedih berbaur kemarahan. Sedih kerana peristiwa kematian ini mampu dielak jika kerajaan bertindak lebih awal sebelum melarat seperti yang diberitakan. Sesungguhnya, membenarkan kependudukkan yang berminggu kepada anggota pengganas Sulu ini merupakan satu langkah malang buat negara, menjadikan kedudukan mereka yang lebih sedia untuk menyusun gerakan – Ini harus diakui.

Pagi ini saya terkejut membaca laporan media yang mengatakan Perdana Menteri Malaysia memberikan kata dua kepada penceroboh ini atau hadapi tindakkan pihak berkuasa. Pertama, mereka bukan lagi sekadar penceroboh tetapi musuh negara pengganas bersenjata yang telah membunuh anggota keselamatan Malaysia. Kedua, mengapa perlu memberi kata dua? Bukankah sudah ada yang terkorban? Di atas dua perkara ini, saya simpulkan bahawa Perdana Menteri Malaysia adalah bangsat dan tidak layak lagi meneraju negara.

Inilah nasib Malaysia, mempunyai seorang Perdana Menteri yang lemah segala bidang, dari sudut ekonomi, sudut pentadbiran, sudut integriti, sudut kepimpinan, sudut menangani kirsis, sudut menjawab persoalan dan juga hingga sudut mempertahankan kedaulatan negara – semua gagal. Mungkin kerana ‘ia’ hadir dari pilihan kelompok manusia yang tidak punya jatidiri serta mengamalkan rasuah dan tidak mustahil sanggup menjual negara demi untuk terus berkuasa.

Apakah keterlaluan jika saya katakan, ini semua sandiwara untuk mengubah haluan sokongan rakyat kononnya ‘agar bersatu di bawah kerajaan’ bagi menghadapi krisis Lahad Datu dan seterusnya menguntum simpati? Bagaimana timbul persoalan ‘sandiwara’? Bila ada perasaan sangsi maka timbullah soal sandiwara. Salahkah jika rakyat yang terlalu banyak memendam ‘curious mind’ saling bertanya “Apakah ini sandiwara?” bila banyak perkara pelik berlaku.

Pelik, apabila memikirkan bagaimana ratusan musuh negara yang bersenjata boleh mendarat di Tanjung Labian dengan skala ratusan anggota tanpa disedari. Lebih pelik, saya berkongsi persoalan bekas Jeneral TLDM, bagaimana perairan negara yang dikawal oleh 4 agensi maritim dengan memiliki 12 radar pengesan bot sejauh 100km dan bot laju kombat CB90, masih boleh ditembusi? Saya tidak mahu kira bab kapal selam Scorpene menyedari kapal selam ini serba tempang tidak bersenjata (torpedo) dan tidak mampu menyelam.

Lagi pelik, bila mana seramai 400-500 sentinel bersenjata Sulu bergerak dari Tanjung Labian ke Kg Tandou dengan berjalan kaki melalui denai perkampungan, apakah ia tidak disedari, apakah polis, tentera dan orang kampung tidak perasan? Tidakkah negara mempunyai perisik? Ini pelik. Saya faham negara ini terlalu banyak ‘Special Branch’ yang mengekori kebanyakkan pemimpin PR, turun ke ceramah dan sebagainya. Namun apakah mustahil tiada SB yang memerhati gerakan bersenjata Sulu?

Saya berani mengatakan, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) sebuah gerakan anak muda yang menuntut perubahan negara menjadi perhatian kepada SB dan juga Majlis Keselamatan Negara. Kerana apa setiap gerakan SAMM diperhatikan dengan teliti? Kerana SAMM adalah ancaman kepada Umno dan Barisan Nasional. Tetapi bagaimana pula dengan gerakan yang mengancam rakyat dan negara khususnya rakyat Sabah di perbatasan sana, tidakkah ada SB atau intel yang memerhatikan mereka? Ini pelik dan sudah tentu memperagakan lebih banyak persoalan.

Berbalik kepada isu pengganas Sulu pasca pertempuran. Kepelikkan menjadi lebih serius selepas tamat pertempuran di Lahad Datu apabila memikirkan bagaimana ratusan anggota bersenjata Sulu ini boleh lolos dari kepungan pihak berkuasa? Kita semua telah dimaklum dengan jelas bahawa perkampungan Tandou telah dikepung, maka di manakah ketua mereka? Apakah mati atau ditahan? Berapa ramai yang ditahan? Apakah mereka punya magika boleh hilang sekelip mata? Apakah mereka ini ‘orang minyak’? Pelik, pelik dan pelik!

Dengan banyaknya persoalan pelik seperti yang saya sebut di atas, salahkah rakyat berdepan ‘curious mind’ setelah banyak perkara berlaku susah diterima akal?

Sandiwara atau tidak, saya berani katakan yang bangsat di atas sana sanggup buat apa saja, jual negara, korbankan nyawa, you name it! Asalkan masih pegang tampuk kuasa. Saya jamin Umno dan Barisan Nasional akan tumbang PRU-13, apa cara pun mereka akan kalah kerana semua rakyat, profesional, penjawat awam, pekerja sendiri dan orang atas pagar telah tekad untuk bersama arus perubahan. Malah mungkin kali ini kalau Umno/BN menipu PRU pun akan tetap hadapi kekalahan. Difahamkan, pengundi hantu yang terdiri daripada warga asing juga tidak berani keluar membahayakan nyawa mereka untuk mengundi Umno/BN di atas ketegasan rakyat kali ini. Justeru, apa lagi cara yang mereka ada?

Sandiwara atau tidak, pertempuran sudah berlaku dan anggota keselamatan sudah terkorban. Pertempuran dan kematian adalah sahih, manakala sandiwara adalah persoalan dari peristiwa yang berlaku.

Harus dilekatkan dalam kepala kita, menimbulkan persoalan (sandiwara) dan mensahihkan sesuatu adalah dua perkara berbeza. Sahihnya sekarang ialah, saya tetap menegaskan Kerajaan pimpinan Umno dan BN harus bertanggungjawab, Najib dan Hishamuddin harus bertanggungjawab di atas kematian semalam hari ini dan esok. Namun dalam masa sama rakyat tetap persoal mengapa begitu dan begini, seolah ia satu sandiwara meminta simpati telah berlaku.

Akhir sekali saya menyimpulkan, tidak keterlaluan jika saya katakan demi kemenangan Umno/BN di Sabah dulu dan kini, sanggup Umno dan Barisan Nasional penuhkan Sabah dengan warga asing termasuk warga sulu yang akhirnya membawa kepada beraninya warga Sulu bersatu dan memberontak menuntut sabah! Percayalah, mereka tidak akan berani bertindak sekiranya tidak punya asas atau kekuatan yang cukup untuk mengancam negara.

Apakah suatu masa nanti, di atas ketergamakkan Umno menjual negara melalui skim pemberian kad pengenalan dan beri ruang kepada warga asing mengundi demi untuk terus kekal berkuasa, akan sampai ketikanya Indonesia pula menuntut negara ini kerana telah berjuta warga mereka di sini. Ia bukan mustahil sepertimana yang kita fikirkan tidak mustahil akan berlaku krisis peperangan di Sabah.

Sekian

Edy Noor Reduan
Aktivis Blogger
Pengarah Propaganda SAMM


Friday, February 15, 2013

Dimalukan Artis Korea: SAMM Gesa Najib Berundur Cara Terhormat


Rentetan Najib Dimalukan PSY 2
Kenyataan Umum
14 Februari 2013


Dimalukan Artis Korea: SAMM Gesa Najib Berundur Cara Terhormat
Sebagai anak muda, sebagai rakyat Malaysia dan sebagai orang biasa, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) tidak dapat menyembunyikan perasaan terkejut dan malu dari peristiwa yang telah berlaku terhadap orang nombor satu negara apabila artis Korea Psy tidak muncul untuk menggaul Loh Sang bersama dalam satu acara di Pulau Pinang baru-baru ini.

Selama lebih lima minit Perdana Menteri Malaysia menunggu di pentas, namun Psy tetap tidak muncul walaupun berkali-kali namanya diseru. Keadaan menjadi kelam-kabut di atas pentas apabila meja Loh Sang dialih keluar-masuk beberapa kali, akhirnya tiada aksi ‘makan besar’ setelah Psy menghancurkan segala ‘mood’ yang ada.
Apakah peristiwa ini memberi gambaran betapa ‘standard’ Perdana Menteri Malaysia hanya berada di bawah seorang artis Korea?
Walaupun SAMM secara amnya dalam banyak perkara tidak bersetuju dengan Perdana Menteri ‘pilihan’ perwakilan Umno, namun ini sahajalah Perdana Menteri yang ada dalam negara ini maka seorang Perdana Menteri yang mewakili Malaysia tidak harus membenarkan diri dimalukan. Berita Perdana Menteri dimalukan ini juga mendapat liputan antarabangsa dan juga menjadi bahan ketawa warga internet.
SAMM sebelum ini beberapa kali pernah mendesak Najib Razak berundur dari mengepalai negara Malaysia di atas pelbagai sebab dan alasan, antaranya ialah kerana gejala Najib yang berdiam diri dari pelbagai tuduhan dan juga ketika kegagalan Najib mendepani perhimpunan Bersih. Namun kali ini agak berbeza, SAMM berpendapat sudah sampai masanya Najib Razak berundur kerana telah memalukan negara.

Bagi SAMM, malu ini bukanlah percuma. Mengikut resam kebiasaan, orang membayar satu jumlah untuk mengelak dari mendapat malu tetapi apa yang berlaku terhadap Najib, Umno dan BN adalah sebaliknya. Inilah satu-satunya kes malu yang ‘dibayar’ dengan harga yang tinggi, difahamkan dari laporan media melebihi RM2 juta.
Jika sebelum ini desakkan supaya Najib undur tidak mendapat perhatian, mungkin kali ini Najib sendiri sedar betapa dirinya tidak lagi setara sebagai Perdana Menteri apabila acap kali menjadi bahan ketawa rakyat. SAMM menasihatkan kepada Perdana Menteri agar berundurlah secara terhormat, cukuplah dari terus dimalukan.
SAMM juga dalam masa yang sama memberi amaran kepada Umno dan Barisan Nasional, rakyat akan bangkit jika berlaku penipuan dalam PRU ke 13. SAMM kini selesai Roadshow #AmaranPRU di selatan dan pantai timur tanahair, dan roadshow SAMM akan menjengah ke Sabah 15-17 Februari dan utara semenanjung pada 18-21 Februari ini sebelum kemuncak ‘Konvensyen Tuntutan Rakyat’ di Dewan Perhimpunan Cina (KLSCAH) pada 22 Februari ini, iaitu tarikh yang dijangka pembubaran parlimen berlaku.
Sekian,


Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda SAMM
twitter: @edyesdotcom