Thursday, April 12, 2012

Lebih 2500 Hadirin Sambut #BERSIH 3 di Sikamat

Aura BERSIH 3 semakin menjalar ke seluruh tanahair. Jika dua hari lalu di Benut, Pontian menyaksikan hampir 2 ribu rakyat Johor memenuhi segenap ruang di tapak ceramah venue pertama Jelajah BERSIH 3, malam tadi pula kehadiran jauh lebih ramai di Seremban.

3000 hadirin dari sekitar Dun Sikamat dan kawasan Seremban membanjiri padang bola di Taman Desa Rhu, dalam aksi venue kedua Jelajah Anak Muda SAMM 'Road to BERSIH 3'. Penuh melebihi separuh sebuah padang bola.





Kemuncak program sebagai tanda simbolik rakyat Negeri Sembilan menyambut kehadiran BERSIH 3, Chegubard menjemput Tn Hj Md Sabu untuk menyerahkan risalah BERSIH kepada maskot Negeri Sembilan 'si rusa', sebelum Md Sabu membuat pengumuman menyeru kehadiran semua ke Dataran Merdeka 28 April kelak.

Malam ini (12April), Jelajah Anak Muda SAMM - Road to BERSIH 3 akan diteruskan lagi ke venue seterusnya iaitu Negeri Kedah. Berikut adalah informasi program jelajah malam ini;

12hb April - KEDAH & PERLIS
Lokasi: Tempat Padang Awam Guar Chempedak, Gurun
Penceramah: Yb Dr Mujahid, YB Dr Ismail, YB Firdaus Jaafar, YB Ahmad Kasim, YB Saiful Izham, Che'GuBard
Pertanyaan: Zaki 0194488003

Wednesday, April 11, 2012

Malam Ini (11 April) Road to BERSIH 3 Menyusul ke Negeri Sembilan



Lihat gambar di atas, itu crowd pentas Road to BERSIH 3.0 di Benut, Pontian Johor. Malam ini Jelajah Anak Muda SAMM BERSIH 3 akan menyusul ke Negeri Sembilan pula... lihat maklumat di bawah;

11hb April - N.SEMBILAN
Lokasi: PASTI Al-Falah, No 18, Jln 8, Tmn Desa Rhu, Sikamat (Depan Padang Desa Rhu)
Penceramah: Hj Md Sabu, Che'GuBard, Anthony Loke, Dr. Rosli
Pertanyaan: Malek 0132181279

Tuesday, April 10, 2012

Jelajah Anak Muda BERSIH - Road To BERSIH 3 di Johor Dapat Sambutan Luar Biasa!!


Kehadiran roadshow pertama BERSIH3 di Benut, Johor cukup membanggakan, hampir mencecah empat angka di kampung kelahiran Ahmad Maslan!! Suatu jumlah yang pasti menimbulkan gentar memandangkan negeri Johor merupakan negeri umno paling kuat di dunia.

Ketika ini Chegubard sedang berpidato menyeru penyertaan warga Johor ke BERSIH 3 pada 28 April di Dataran Merdeka, dan setiap hadirin sedia turun demi jaminan demokrasi pilihanraya bersih dan adil.

Laporan langsung oleh Edyes, untuk maklumat lebih pantas dalam roadshow akan datang - sila follow akaun twitter @edyesdotcom

EDYES


Sent from my Samsung Galaxy Tab

Klip Video Terbaik #BERSIH3 Setakat Ini !!! WAJIB TONTON!!






JELAJAH BERSIH BERMULA MALAM INI

JELAJAH SETERUSNYA KLIK - ROAD TO BERSIH 3


Jelajah Anak Muda SAMM BERSIH 3 - Road To BERSIH 3 !!




Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menyambut baik pengumuman dan seruan BERSIH 3 dan juga sekali lagi bersedia memainkan peranan penting dalam menjayakan himpunan BERSIH. SAMM dengan ini mengumumkan untuk memastikan himpunan BERSIH 3 berjalan tersusun, aman dan mencapai matlamat, maka akan dilakukan siri penerangan umum ke seluruh negara seperti berikut :

Program Jelajah Anak Muda SAMM - BERSIH 3

"KE JALANRAYA UNTUK PILIHANRAYA BERSIH"

10hb April - JOHOR
Lokasi: Pekan Parit Betak,Benut,Pontian
Penceramah: Che'GuBard, Syazni Munir, Sheikh Omar
Pertanyaan: Anwar 0176849693


11hb April - N.SEMBILAN
Lokasi: PASTI Al-Falah, No 18, Jln 8, Tmn Desa Rhu, Sikamat (Depan Padang Desa Rhu)
Penceramah: Hj Md Sabu, Che'GuBard, Anthony Loke, Dr. Rosli
Pertanyaan: Malek 0132181279

12hb April - KEDAH & PERLIS
Lokasi: Tempat Padang Awam Guar Chempedak, Gurun
Penceramah: Yb Dr Mujahid, YB Dr Ismail, YB Firdaus Jaafar, YB Ahmad Kasim, YB Saiful Izham, Che'GuBard
Pertanyaan: Zaki 0194488003

13hb April - P.PINANG
Lokasi: Padang Awam Sg Tiram, Bayan Lepas (belakang The Star)
Penceramah: Dato Mansor, YB abd malik, YB Sim, Che'GuBard
Pertanyaan: Rizal 0195414818



15hb April - K.LUMPUR & SELANGOR
Lokasi: Padang Bola Sepak PPR Sri Labuan (bersebelahan Surau al Aula), Bandar Tun Razak.
Penceramah: TS Khalid Ibrahim, Che'GuBard, Hishamudin Rais, Adam Adli
Pertanyaan: Ezmir 0122231239



16hb April - MELAKA
Lokasi: Km 12, Kg Tersusun Bukit Larang Indah, Telok Mas Melaka.
Penceramah: Che'guBard, Khalid Ismath (Mahasiswa), YB Tey (Ketua DAPSY Melaka), Hj Yuhaizad (Ketua DPP Melaka), Law Bing Haw (Ketua AMK Melaka)
Pertanyaan: Zuraidi 0122478016



17hb April - COUNTDOWN 10 Hari Sebelum BERSIH 3
Lokasi: Padang Kelab Sultan Sulaiman, Kg Baru Kuala Lumpur
Penceramah: Md Sabu, Che'GuBard, Tian Chua, Nurul Izzah, Anthony Loke, Maria Chin, Pak Samad Said, Adam Adli, Aziz Bari, Teresa Kok, Black, TS Kadir Sheikh Fadzir, Hisham Rais
Pertanyaan: Edyes 0102675872


19hb April - PERAK
Lokasi: Markas Keadilan Batu 14, Jalan Pantai, Kuala Kurau
Penceramah: YB Yunus, Che'GuBard
Pertanyaan: Arof 0124702074

21hb April - N.SEMBILAN
Lokasi: Markas PAS Felda Bukit Jalur, Gemencheh, Tampin
Penceramah: Che'GuBard, Hishamudin Rais, Anthony Loke, Dr. Rosli
Pertanyaan: Sani 0129781707

26hb April - PAHANG & TERENGGANU  
Lokasi: KM 8, Jalan Berserah Kuantan / Kemaman (depan poliklinik Berserah)
Penceramah: Dato Fauzi, Tuan Ibrahim Tuan Man, Che'GuBard, Hishamudin Rais, Siti Aishah Srikandi
Pertanyaan: Hatta 0179573855


SAMM juga mohon kepada semua pihak terutamanya pengamal media untuk turut membantu dalam aspek hebahan massa. Pengguna dan expertise media sosial seperti Facebook dan Twitter juga dialu-alukan untuk menghulur bantuan hebahan.

Disertakan juga kenyataan SAMM sejurus selepas BERSIH 3 diumum secara rasmi;



Kenyataan Terbuka
4 April 2012
KE JALAN RAYA UNTUK PILIHANRAYA YANG BERSIH

Selepas himpunan BERSIH 2 yang menyaksikan kepungan amat luar biasa oleh penguasa yang menyebabkan ibunegara Malaysia lumpuh. Kuala Lumpur telah bertukar menjadi bandar 'hantu' tinggal kosong sepi sekurangnya untuk 36 jam. Itu semua untuk menggagalkan himpunan BERSIH 2 dan sememangnya hampir mustahil untuk melepasi kepungan sebegitu rupa. 
Namun sungguh memeranjatkan iltizam tinggi rakyat akhirnya membawa puluhan ribu tetap berjaya berkumpul di beberapa lokasi di tengah ibu kota. Tindakan ganas penguasa agak melampau di beberapa lokasi sehingga menyebabkan bukan sedikit jumlah yang cedera termasuk mengakibatkan kematian. Tindakan tidak masuk akal termasuk ribuan ditahan dan tembakan gas ke Hospital menunjukkan sikap panik penguasa terhadap kebangkitan rakyat.

Imej negara selepas itu menjadi buruk, isu keganasan penguasa telah menjadi penyubur kepada isu desakan pilihanraya BERSIH dimana 8 tuntutan diketengahkan. Tekanan dalam dan luar negara akhirnya menyebabkan Perdana Menteri akur dan menubuhkan Jawatankuasa terpilih parlimen ke arah pilihanraya BERSIH. Ini kejayaan BERSIH 2 di mana Perdana Menteri mengakui pilihanraya sememangnya pincang dan menubuhkan jawatankuasa terpilih parlimen untuk merungkai persoalan tersebut.
Walaupun sedikit kecewa dengan keengganan jawatankuasa itu menerima keanggotaan yang terdiri dari pihak profesional dan arif dalam bidang ini seperti Dato' Ambiga Sreenevasan namun SAMM mengambil sikap berbaik sangka dengan jawatankuasa yang terdiri dari ahli parlimen Bn dan PR itu.

Malangnya 'baik sangka' akhirnya diragut apabila semalam dengan meneliti laporan jawatankuasa tersebut dan mengikuti perbahasan di parlimen ternyata jawatankuasa ini hanya alat kosmetik regim bagi mengendurkan suasana tekanan dalam dan luar negara dalam isu (amalan demokrasi) pilihanraya BERSIH di Malaysia. Isu utama seperti pembersihan senarai pemilih langsung gagal diselesaikan. Malah peranan anggota jawatankuasa bukan Bn seolah dikesampingkan apabila mereka dinafikan dalam membuat laporan sendiri.

Nampaknya penguasa ini tidak pernah serius dalam usaha ke arah pilihanraya BERSIH. Hari ini jawatankuasa pemandu BERSIH telah mengumumkan Himpunan BERSIH 3. Rakyat Malaysia sekali lagi akan mengenepikan perbezaan dan turun bersama ke atas jalan atas semangat menyelamatkan amalan demokrasi negara.

SAMM menyambut baik pengumuman dan seruan BERSIH 3 tersebut dan juga sekali lagi bersedia memainkan peranan penting dalam menjayakan himpunan BERSIH.

SAMM mengumumkan untuk memastikan himpunan kali ini berjalan tersusun, aman dan mencapai matlamat, maka akan dilakukan siri penerangan umum ke seluruh negara seperti berikut :
Ceramah Umum
Jelajah Anak Muda - BERSIH 3
"ke jalan raya untuk pilihanraya BERSIH"
semua program bermula 9.00 malam
10 April : Parit Betak, Benut, Johor
11 April : Taman Desa Rhu, Seremban
12 April : Jerai, Kedah
13 April : Sg. Tiram, Bayan Baru, P.Pinang
15 April : Padang Bola sebelahan Surau Al Aula, PPR Sri Labuan, Bandar Tun Razak
16 April : Telok Mas, Melaka
17 April : 'countdown' 10 hari sblm BERSIH 3 di Kg. Baru, KL
19 April : Bt. 14, Kuala Kurau
21 April : Felda Bukit Jalor, Gemencheh, Tampin
26 April : KM 8, Jalan Berserah Kuantan / Kemaman (depan poliklinik Berserah)
Antara yang akan bersama dalam siri ceramah tersebut ialah pimpinan jawatankuasa pemandu BERSIH juga pimpinan politik seperti Hj Mohamad Sabu, Aktivis Sosial Hishamuddin Rais dan ramai lagi khususnya aktivis dan pimpinan muda termasuk aktivis mahasiswa. Selain program ceramah umum dan pengedaran risalah yang akan mengajak rakyat bersama dalam himpunan BERSIH 3 di Kuala Lumpur pada 28 April 2012 akan juga diadakan taklimat tertutup kepada semua anggota SAMM dan sekutu.

SAMM menyeru semua warga Malaysia mengambil serius kepentingan himpunan BERSIH 3 ke arah menyelamatkan amalan demokrasi negara. Kepada penguasa jangan khuatir kami merupakan masyarakat bertanggungjawab, kami masih percaya jika berlaku pertukaran parti pemerintah ia hanya akan dilakukan melalui pilihanraya namun kami membuat keputusan ke jalan raya untuk mendesak 8 tuntutan wajib ditunai sebelum pilihanraya.

Untuk maklumat lanjut dan pengumuman terkini Jelajah Anak Muda BERSIH 3 sila ke http://www.anakmudamalaysia.com

sekian

che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia

Monday, April 9, 2012

Menjelang #BERSIH3 : FRU Kena Belasah KAW KAW!!



dua penyokong Sarawak bertindak liar memukul anggota FRU di Stadium Negeri, malam tadi

Anggota Fru parah selepas dibelasah oleh penonton dalam perlawanan Sarawak menentang Kelantan, malam tadi

Kah kah kah... rupanya tak kebal FRU nie walaupun bertopi besi dan ber'mudgut' bagai... Aku naik jelak dah tengok FRU belasah rakyat secara beramai-ramai pukul sorang tanpa belas ehsan... 

Gambar di atas menunjukkan FRU juga boleh 'kena' dengan rakyat... Ingatlah, kesabaran rakyat juga ada limitasinya... Ini Malaysia, dan rakyat yang turun BERSIH 3 kelak adalah rakyat yang sayangkan negara ini...

Jadi harapan aku supaya FRU jangan bertindak melampau terhadap rakyat Malaysia... Mengapa perlu pukul rakyat yang berhimpun di atas hak Artikel 10 Perlembagaan Malaysia? Janganlah hanya kerana mendapat arahan dari 'atasan', maka terus dipatuhi tanpa memperhalusi kewajarannya...

Ayuh 28 April 2012, kita Ke Jalanraya Untuk Pilihanraya BERSIH !!

EDYES
sumber klik di sini



Saturday, April 7, 2012

BERSIH 3.0 [2012 TRAILER]

Antara Sumber Inspirasi #BERSIH3...



Minah FRU yang cun ini mungkin akan ditugaskan di perkarangan Dataran Merdeka, atau mungkin di sekitar Puduraya, atau mungkin Mesjid Negara, atau Maju Junction, atau Pasar Seni, atau Mesjid Jamek atau di depan Sogo... 

Ke mana-mana spot yang anda turun pada 28 April 2012, akan mempunyai kebarangkalian untuk bertemu dengan minah FRU cun ini... namun, jika anda gagal memasuki Kuala Lumpur pada tarikh tersebut, maka tiada kebarangkalian atau kemungkinan untuk anda...

"JOM TURUN BERSIH 3 -KE JALAN RAYA UNTUK PILIHANRAYA YANG BERSIH"

Friday, April 6, 2012

77% Pembaca Sinar Harian Menyokong #BERSIH3 Wajar Diadakan



Undian ini adalah solid memandangkan bancian online dilakukan oleh akhbar Sinar Online, bukan Harakah mahupun Utusan Online. Ia cukup berbeza jika bancian dilakukan oleh akhbar yang condong kepada kepartian masing-masing berbanding di Sinar yang dilihat lebih neutral.

Saya percaya Utusan tidak punya keberanian untuk memaparkan bancian terutamanya berkisar Perhimpunan Aman BERSIH 3 yang bakal berlangsung di Dataran Merdeka 28 April Ini. Walaupun Utusan boleh menipu bancian (sepertimana yang diusahakan oleh SPR?) , tetapi menyebut apa jua berkaitan BERSIH adalah satu jenayah dan mari kita lihat sampai bila bancian di Sinar Online akan bertahan.

Setakat jam 5.35pm, bancian menunjukkan 77% pembaca Sinar Online menyokong BERSIH 3 wajar diadakan. Sila ke laman www.sinarharian.com.my untuk membuang undi dan lakukan sepantas mungkin sebelum bancian ini diharamkan serta merta dek ketakutan melampau.

Setelah ruang yang cukup diberi kepada kerajaan untuk perbetul kepincangan sistem pilihanraya, kesempatan ini tidak dimanfaat oleh kerajaan untuk buktikan mereka berusaha ke arah membersihkan sistem pilihanraya, malah menjadi lebih meragukan dari semasa ke semasa.

Justeru, BERSIH 3 adalah wajar sama sekali apabila kertas kerja PSC diluluskan tanpa perbahasan di Parlimen, dan laporan 'Minority Report' turut tidak diendahkan. Demokrasi dicabul, BERSIH 3 adalah jawapan!!

Published with Blogger-droid v2.0.4