Friday, April 6, 2012

Jawapan Menteri di Parlimen - Kenapa Proton Lebih Mahal Untuk Rakyat Malaysia?









Harga Proton Gen2 dijual pada harga hampir RM60k di Malaysia tetapi dijual pada harga RM35k di Arab Saudi (setelah diconvert RM). Sedangkan Proton adalah kebanggaan negara, pengeluar kenderaan nasional - bukankah proton harus dijual dengan harga lebih murah untuk rakyat Malaysia ?

Satu contoh lain ialah, VolksWagen Passat dijual di US pada harga dari USD20k (spek paling minima) tetapi dijual di Malaysia pada harga RM154k di Malaysia... Cuba bandingkan dengan pendekatan Proton...

PERSOALAN: KENAPA HARGA PROTON LEBIH MURAH DI ARAB SAUDI TETAPI MAHAL DI MALAYSIA?

Jawapan Menteri:

Kerana Strategi Pemasaran
Kerana Kos Pengeluaran dan Vendor



 

Jawapan saya:

Kita rakyat Malaysia ini adalah terlalu bangsat untuk diberikan harga murah... bangsat2 macam rakyat Malaysia takde class nie hanya akan dibiarkan susah untuk pinjaman bayaran bulanan RM700 sebulan selama 9 tahun atau mampos (yang mana lebih awal)...

Bayangkan bagaimana rakyat negara ini dibunuh secara halus, apabila dipaksa untuk hanya beli kenderaan nasional yang kurang spek keselamatan (kerana harga Passat RM154k) dan rakyat terpaksa pula bayar bulanan RM700++ selama 9 tahun sedangkan kita sebenarnya layak membayar RM350 sebulan sahaja kerna kita membeli kenderaan nasional...

Bayangkan, jika kita dapat jimat separuh bayaran bulanan, kita rakyat akan mempunyai simpanan dan juga cukup untuk membantu keluarga terutamanya mak di kampung. Itu belum cerita pasal harga rumah, pasal harga beras, gula, tepong, produk perkhidmatan dan keperluan-keperluan lain...

Sekarang sepatutnya semua harus faham apakah maksudnya 1Malaysia Rakyat Didahulukan... Ia bermaksud - Rakyat didahulukan untuk jadi hamba kepada keparat korperat dan perasuah bertaraf jerung nasional !!

FAKOF!!



SELAMATKAN IBU PERTIWI !!





IBU PERTIWI KITA SEDANG DIPERKOSA DI KALA DEMOKRASI SEBENAR DICABUL!! APAKAH KITA TIDAK MAMPU UNTUK SEKURANG-KURANGNYA DUDUK BANTAH ? JIKA ANDA SAYANG NEGARA INI, TURUNLAH KE DATARAN MERDEKA 28 APRIL 2012 !! 500 RIBU ANGKA SELAMAT, PIHAK BERKUASA TIDAK LAGI BERKUASA DENGAN ANGKA INI. ANGKA 500 RIBU DI KUALA LUMPUR AKAN MENGANGKAT RAKYAT SEBAGAI PEMEGANG KUASA SEBENAR!! - EDYES

"KE JALANRAYA UNTUK PILIHANRAYA BERSIH"

Thursday, April 5, 2012

GEMPAR Dari Melaka!! Diugut Bunuh Hanya Kerana Gantung Bendera PAS !!



Seorang isteri kepada seorang penduduk di Kg. Bukit Baru ini hidup dalam ketakutan apabila suaminya telah diugut bunuh oleh tiga lelaki dipercayai orang kuat UMNO di sini semalam ekoran daripada tindakan mengantung bendera PAS dihadapan rumahnya.

Tiga lelaki tersebut juga turut mengoyak bendera PAS yang digantung dihadapan rumahnya.

Berikutan daripada itu isteri beliau telah membuat laporan Polis di Balai Polis Bukit Baru kerana bimbang terhadap terhadap keselamatan beliau dan suaminya.

Semasa kejadian tersebut suaminya yang dikenali sebagai Said tiada dirumah kerana bekerja. Kejadian tersebut berlaku dalam pukul 1.30 tengahari.


Dalam report tersebut, isteri beliau menyatakan salah seorang dari tiga lelaki berkenaan mengeluarkan ugutan bunuh "Mana said, aku nak jumpa dengan dia, aku dendam dengan dia, aku nak bunuh dia".

Bendera dan banner yang dipasang semula
Menurut suami beliau yang mahu dikenali sebagai Said berkata ia mungkin berpunca dari sakit hati yang keterlaluan terhadap tindakannya mengantung bendera PAS di hadapan rumahnya.

"Mereka memang terkenal adalah orang kuat UMNO disini" ujar beliau lagi.

Dun Bukit Baru ini diwakili oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Muhammad Rustam sebagai adun disini.

sumber di sini

Kapal Terbang #BERSIH Akan Berlepas Dari Dataran Merdeka 28 April dan Mendarat di Putrajaya!!


Ayuh ke Dataran Merdeka 28 April 2012 !!

Wednesday, April 4, 2012

Ke Jalanraya Untuk Pastikan Pilihanraya BERSIH




Kenyataan Terbuka
4 April 2012

KE JALAN RAYA UNTUK PILIHANRAYA YANG BERSIH

Selepas himpunan BERSIH 2 yang menyaksikan kepungan amat luar biasa oleh penguasa yang menyebabkan ibunegara Malaysia lumpuh. Kuala Lumpur telah bertukar menjadi bandar 'hantu' tinggal kosong sepi sekurangnya untuk 36 jam. Itu semua untuk menggagalkan himpunan BERSIH 2 dan sememangnya hampir mustahil untuk melepasi kepungan sebegitu rupa. 

Namun sungguh memeranjatkan iltizam tinggi rakyat akhirnya membawa puluhan ribu tetap berjaya berkumpul di beberapa lokasi di tengah ibu kota. Tindakan ganas penguasa agak melampau di beberapa lokasi sehingga menyebabkan bukan sedikit jumlah yang cedera termasuk mengakibatkan kematian. Tindakan tidak masuk akal termasuk ribuan ditahan dan tembakan gas ke Hospital menunjukkan sikap panik penguasa terhadap kebangkitan rakyat.

Imej negara selepas itu menjadi buruk, isu keganasan penguasa telah menjadi penyubur kepada isu desakan pilihanraya BERSIH dimana 8 tuntutan diketengahkan. Tekanan dalam dan luar negara akhirnya menyebabkan Perdana Menteri akur dan menubuhkan Jawatankuasa terpilih parlimen ke arah pilihanraya BERSIH. Ini kejayaan BERSIH 2 di mana Perdana Menteri mengakui pilihanraya sememangnya pincang dan menubuhkan jawatankuasa terpilih parlimen untuk merungkai persoalan tersebut.

Walaupun sedikit kecewa dengan keengganan jawatankuasa itu menerima keanggotaan yang terdiri dari pihak profesional dan arif dalam bidang ini seperti Dato' Ambiga Sreenevasan namun SAMM mengambil sikap berbaik sangka dengan jawatankuasa yang terdiri dari ahli parlimen Bn dan PR itu.

Malangnya 'baik sangka' akhirnya diragut apabila semalam dengan meneliti laporan jawatankuasa tersebut dan mengikuti perbahasan di parlimen ternyata jawatankuasa ini hanya alat kosmetik regim bagi mengendurkan suasana tekanan dalam dan luar negara dalam isu (amalan demokrasi) pilihanraya BERSIH di Malaysia. Isu utama seperti pembersihan senarai pemilih langsung gagal diselesaikan. Malah peranan anggota jawatankuasa bukan Bn seolah dikesampingkan apabila mereka dinafikan dalam membuat laporan sendiri.

Nampaknya penguasa ini tidak pernah serius dalam usaha ke arah pilihanraya BERSIH. Hari ini jawatankuasa pemandu BERSIH telah mengumumkan Himpunan BERSIH 3. Rakyat Malaysia sekali lagi akan mengenepikan perbezaan dan turun bersama ke atas jalan atas semangat menyelamatkan amalan demokrasi negara.

SAMM menyambut baik pengumuman dan seruan BERSIH 3 tersebut dan juga sekali lagi bersedia memainkan peranan penting dalam menjayakan himpunan BERSIH.

SAMM mengumumkan untuk memastikan himpunan kali ini berjalan tersusun, aman dan mencapai matlamat, maka akan dilakukan siri penerangan umum ke seluruh negara seperti berikut :

Ceramah Umum
Jelajah Anak Muda - BERSIH 3
"ke jalan raya untuk pilihanraya BERSIH"
semua program bermula 9.00 malam

10 April : Parit Betak, Benut, Johor
11 April : Taman Desa Rhu, Seremban
12 April : Dewan Serbaguna Pekan Pendang, Kedah
13 April : Sg. Tiram, Bayan Baru, Pulau Pinang
15 April : Padang Bola bersebelahan Surau Al Aula,
PPR Sri Labuan, Bandar Tun Razak
16 April : Telok Mas, Melaka
19 April : Bt. 14, Kuala Kurau
21 April : Felda Bukit Jalor, Gemencheh, Tampin
26 April : KM 8, Jalan Berserah Kuantan / Kemaman
(depan poliklinik Berserah)

Antara yang akan bersama dalam siri ceramah tersebut ialah pimpinan jawatankuasa pemandu BERSIH juga pimpinan politik seperti Hj Mohamad Sabu, Aktivis Sosial Hishamuddin Rais dan ramai lagi khususnya aktivis dan pimpinan muda termasuk aktivis mahasiswa. Selain program ceramah umum dan pengedaran risalah yang akan mengajak rakyat bersama dalam himpunan BERSIH 3 di Kuala Lumpur pada 28 April 2012 akan juga diadakan taklimat tertutup kepada semua anggota SAMM dan sekutu.

SAMM menyeru semua warga Malaysia mengambil serius kepentingan himpunan BERSIH 3 ke arah menyelamatkan amalan demokrasi negara. Kepada penguasa jangan khuatir kami merupakan masyarakat bertanggungjawab, kami masih percaya jika berlaku pertukaran parti pemerintah ia hanya akan dilakukan melalui pilihanraya namun kami membuat keputusan ke jalan raya untuk mendesak 8 tuntutan wajib ditunai sebelum pilihanraya.

Untuk maklumat lanjut dan pengumuman terkini Jelajah Anak Muda BERSIH 3 sila ke http://anakmudamalaysia.com

sekian

che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia

#BERSIH3.0 DILANCARKAN DENGAN RASMI !! 28 APRIL TAWAN DATARAN MERDEKA!!





500 RIBU KE DATARAN MERDEKA
500 ribu adalah target kita ke dataran merdeka

SEMUA DI JEMPUT KE DATARAN MERDEKA
sila buat persediaan awal
sila tempah tiket bas
sila tempah tiket keretapi
sila tempat tiket kapal terbang
sila ambil cuti
sila buat apa yang perlu dibuat

rancang beramai ramai
untuk turun ke kuala lumpur
kongsi kongsi sewa bas
kongsi kongsi sewa kereta

sila tempat hotel
sila carai tempat penginapan
saudara mara di kuala lumpur
sila sediakan banyak toto

ANAK ANAK MUDA
sila ambil flyer ini
sila ambil butang ini
sila gunakan design ini
sila sebarkan ke seluruh dunia

sila gunakan internet
untuk menjemput turun
seramai yang mungkin

KUNINGKAN DUNIA SIBER

dalam masa satu minggu
butang bersih 3.0 wajib
menjadi terulung di dunia

dalam masa satu minggu facebook bersih
wajib melonjak berjuta juta

KENAPA KITA TURUN DUDUK BANTAH

kerana spr menipu
kerana pilihanraya yang akan datang menipu
maka kita tak mahu kena tipu
maka kita datang untuk membantah
kiat duduk dan bantah

BUKTI PENIPUAN
terlalu banyak
malas nak cakap
masa bercakap dah habis
masa melakukan sesuatu telah sampai

berbuih buih mulut menerangkan
ada undi hantu
ada undi pos
ada undi mat bangla
ada undi mat indon
ada penduduk tetap dapat kad pengenalan biru
ada pendatang haram jadi warga negara
ada satu alamat 100 orang tinggal
beratus ribu nama hilang
kawasan mengundi di alih
sempadan kawasan mengundi di ubah

semua ini rancangan untuk menipu
semua ini rancangan jahat
untuk menamatkan kerja jahat ini
kita turun ke dataran merdeka 28 april ini
AYUH!! BERSIH 3.0 KITA TAWAN DATARAN MERDEKA !!! KITA DUDUK BANTAH DI SANA SAMPAI SPR LETAK JAWATAN !! 


RASMI - BERSIH 3.0 - 28 APRIL - 2 PETANG - DUDUK BANTAH - DATARAN MERDEKA !!!


Kelmarin BERSIH 2.0 telah mengeluarkan jawapan terhadap Laporan Jawatan Kuasa Pilihan Khas (JKPK) tentang penambahbaik pilihan raya.

Kenyatan ini dikeluarkan sebagai lanjutan terhadap laporan JKPK dan juga bersangkutan kes kes penipuan yang sedang berlaku.

Pada hemat BERSIH 2.0, ada beberapa perkara dalam laporan JKKP yang dianggap baik dan sesuai. Tetapi, banyak juga yang kami anggap tidak mencapai ke tahap yang kami harapkan. Kami berharap JKPK akan menjadi satu badan yang tegas untuk memastikan pilihan raya yang akan datang ini bebas dan adil. Banyak cadangan-cadangan yang telah diajukan JKPK dan juga lapan tuntutan BERSIH 2.0 boleh digunapakai sebelum PRU 13. Kesemua cadangan ini wajib ditunaikan. Sikap berdiam diri kerajaan dan tanpa janji serta komitmen kerajaan untuk menunaikan semua tuntutan ini sebelum PRU 13 cukup membingarkan telinga.

Jawatan Kuasa Pilihan Khas dan juga kerajaan telah tidak mengambil serius terhadap tuduhan-tuduhan penipuan. Warga Malaysia yang tinggal di luar negera juga telah dinafikan hak mengundi. Dan termasuk pelbagai hal penyelewengan yang telah ditimbulkan oleh warga negara kepada JKPK.

Kes-kes penipuan yang terus berlaku, seperti yang telah kami jelaskan membuktikan pada kami bahawa kerajaan hari ini tidak bercita-cita untuk mengadakan pilihan raya ini dengan bersih dan adil.

Semua ini meyakinkan kami bahawa pilihan raya kali ini akan menjadi yang paling kotor. Suruhanjaya Pilihan raya telah gagal mendapat keyakinan rakyat. Dengan ini, BERSIH 2.0 menuntut ahli-ahli suruhanjaya meletakkan jawatan.

Rakyat akan terus menyuarakan ketidakpuasan hati mereka terhadap SPR. Rakyat juga akan terus meyuarakan bantahan mereka terhadap penipuan yang berterusan. Rakyat juga membantah kerana tidak ada komitmen untuk menambah baik sistem pilihan raya sebelum PRU 13.

Justeru, BERSIH 2.0 akan berkumpul – DUDUK BANTAH – secara aman di seluruh Negara dan di seluruh dunia. Ini bertujuan untuk menyatakan ketidakpuasan hati kami terhadap kerajaan yang terus menerus memanipulasi sistem pilihan raya untuk memastikan kemenangan parti yang memerintah.

Di Kuala Lumpur, kami akan DUDUK BANTAH di Dataran Merdeka pada Sabtu 28 April 2012 jam dua petang hingga empat petang.

BERSIH 2.0 menjemput semua warga negara yang cintakan negara ini untuk bersama-sama DUDUK BANTAH. Ahli-ahli parti politik dijemput untuk bersama sebagai warga negara.

Justeru, DUDUK BANTAH adalah saat dan masa untuk semua warga terutama yang berkuasa memikirkan apakah legasi dan masa depan yang akan kita tinggalkan kepada anak cucu cicit kita.

Ini adalah BERSIH 3.0. Terima Kasih.

BERSIH 3.0 AKAN DIUMUM SECARA RASMI - 28 APRIL , DATARAN MERDEKA !!!


Penganjur BERSIH 3.0 hari ini dijangka mengumumkan bahawa perhimpunan tersebut akan diteruskan pada penghujung bulan ini - 28 April - di Dataran Merdeka, pusat bandar Kuala Lumpur.

Perhimpunan bersama bersama 84 NGO lain itu dijangka akan diadakan dengan slogan 'Duduk Bantah.'

AYUH!! BERSIH 3.0 KITA TAWAN DATARAN MERDEKA !!! KITA DUDUK BANTAH DI SANA SAMPAI SPR LETAK JAWATAN !!

Tuesday, April 3, 2012

Video Insiden Kg Kerinchi (Wajib Tonton)!





Tengok klip-video nie dulu, lewat sikit saya ulas apa yang berlaku ketika kami berada di tingkat dua, mengapa kami naik ke tingkat dua... dan bagaimana Adam Adli dipukul...

GEMPAR!! Flat Kerinchi Akan Diroboh Pagi Ini(3Apr) Oleh Regim Umno!!





Flat kerinchi yang terletak bersebelahan dengan LRT stesen University akan dirobohkan pagi ini walapun masih ada keluarga yang menetap di situ. Rakyat diasak dan ditekan demi memenuhi kehendak cukong-cukong pelabur.

Hadirlah seawal jam 8.30 pagi ini!! Pastikan jengkaut dan jentolak milik regim berpatah balik kerana sokongan kita terhadap rakyat tempatan!! Jika kita ramai, mereka akan tangguhkan operasi perobohan!!

Ayuh datang beramai-ramai pertahan rakyat!! Sila naik LRT (line putra) dan berhenti di stesen Universiti. Kita berkumpul stesen tersebut kerana kedudukannya hanya beberapa meter dari rumah pangsa rakyat yang bakal dirobohkan.


Ramai pimpinan dalam perjalanan ke tempat kejadian. 

Untuk perkembangan semasa, sila follow akaun twitter @edyesdotcom