Friday, July 25, 2008

PM : Tawaran Kongsi Kuasa kepada PAS!

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengesahkan bahawa pertemuan pertama dengan PAS memang bertujuan menubuhkan kerajaan campuran di Selangor.

"Pada ketika itu (selepas pilihanraya), Umno ada hak untuk mencari sebarang parti untuk menubuhkan kerajaan. Jadi tidak salah untuk Umno mencari pakatan dan kerjasama dengan parti-parti lain," kata perdana menteri kepada pemberita di Putrajaya.

Menurutnya, Umno tidak ada masalah untuk berjumpa dengan mana-mana parti untuk berbincang mengenai penubuhan kerajaan Selangor. Bagaimanapun, katanya, PAS tidak bersetuju dengan cadangan Umno, tetapi bersetuju dengan Pakatan Rakyat. - Malaysiakini


edyes wrote:

Ohhhh.... Bila dah kalah teruk, baru nak berbaik-baik. Bila dah hilang 5 negeri, baru nak cerita pasal survival melayu, baru nak fikir pasal gabung-bergabung, kongsi-berkongsi.

Tak malu ke UMNO ni ? Dulu masa kuat dulu, sampai hampir merampas negeri kelantan, dengan angkuhnya mengumumkan bakal menteri besar kelantan dari UMNO. Sekarang bila dah nak karam, baru nak ajak berkawan? Macam ini punya orang pun kita nak percaya ke..?

UMNO Terdesak !

Itulah perkataan yang paling sesuai menggambarkan keadaan parti itu sekarang.

Dengar sini wahai UMNO. Jika ditakdirkan parti UMNO lupus dari muka bumi ini, kita orang-orang melayu akan tetap hidup malah lebih efisyen dari apa yang sedia ada. Kita ada Allah, kita percaya dengan janji-janji Allah bagi mereka yang memperjuangkan agamanya.

Sejarah telahpun membuktikan dengan landasan Islam, umat akan menjadi lebih kuat dan hebat. Seperti juga pada zaman kegemilangan Islam di mana kita menguasai separuh dunia dari negara China hingga ke Andalusia. Hebatnya umat Islam ketika itu adalah kerana pegangan agamanya, kerana perjuangan di jalan Allah.

Oleh demikian, jika paklah fikir bahawa pengumuman pertemuan tiga kali UMNO-PAS pada Ahad lalu berjaya mengucar-kacirkan barisan PAS, adalah menjadi satu kesilapan jika paklah mengulangi propaganda yang sama. Tidakkah paklah fikir idea lain? Hanya menambahkan lagi serangan di sudut yang sama sedangkan PAS semakin kuat dengan menjadikan kesilapan lalu sebagai pengajaran.

Pakatan Rakyat tetap akan bersatu. Usaha paklah untuk memutar serangan yang sama pasti tidak akan berjaya. Jangan sekali-kali memandang rendah keupayaan Pakatan Rakyat. Semakin paklah bersuara tentang muzakarah, semakin kita bersatu hati menentang dakyah dan cubaan memecah belah.

Paklah tak perlu saiko lagi. Walaupun serangan pertama memberi sedikit kesan, serangan kedua pula pasti akan kami tunggu dengan siap sedia.

3 comments:

Anonymous said...

wahai PAS,
semoga sentiasa berhati-hati dengan duri dalam daging yang akan sentiasa berusaha memesongkan prinsip perjuangan PAS untuk menegakkan kebenaran Islam di muka bumi ini. Berbincanglah secara terbuka dan ikhlas dengan Anwar tentang apa saja ketidakpuasan hati PAS dalam polisi pemerintahan Pakatan Rakyat tapi usahlah tunduk kepada sandiwara UMNO yang tidak akan pernah memikirkan orang lain tapi cuma kepentingan peribadi semata-mata. Jika PR sudah berkuasa, saya yakin PAS akan lebih kukuh kedudukannya dalam peranannya untuk membela nasib rakyat kerana sudah tidak ada lagi halangan2 dari pemerintah BN yang kuku besi dan korup.

inderaloka said...

Saya bersetuju dengan kata-kata Anonymous 9:23. Belajarlah dari kesilapan lalu dan jangan dilupai pengalaman bersama UMNO dulu.

Tak Sungguh Tak Kata

Anonymous said...

Itulah tanda nya orang yang telah kehilangan iman nya. Tak mungkin boleh di percayai lagi.