Tuesday, July 22, 2008

Berapa keuntungan Petronas Tahun 2008?

Berapa keuntungan Petronas untuk Tahun Kewangan 2008?

Keuntungan sebelum cukai Kumpulan Petronas untuk tahun kewangan 2008 ialah RM95.5 Billion dan keuntungan bersih selepas cukai ialah RM61.0 Billion.
a


Berapa royalty yang di bayar oleh Petronas kepada pihak kerajaan?

Royalti yang telah dibayar oleh pihak petronas kepada kerajaan ialah RM67.6 Billion. Nilai ini termasuk segala cukai yang telah dibayar oleh Petronas kepada kerajaan. Ini juga bermakna, Petronas telah membayar sebanyak RM403.3 Billion kepada kerajaan sejak Petronas mula beroperasi.

Bagaimana pula pecahan pembayaran oleh Petronas kepada kerajaan itu dibuat?

Sila rujuk rajah dibawah. Dari RM67.6 billion diatas telah mewakili 63.1% dari keuntungan petronas. Ini juga bermakna, kerajaan memperolehi pendapat yang sangat besar dari urus niaga Petronas.
Adakah kenaikan harga minyak mentah dunia mempengaruhi pendapatan / keuntungan petronas dan negara?

Benar, kenaikan harga minyak mentah dunia telah memberi pendapatan tambahan sebanyak RM14.9 Billion kepada Petronas.

Kenaikan harga minyak mentah dunia juga telah mempengaruhi harga produk-produk petroleum lain dan ini telah menyumbangkan sebanyak RM29.6 Billion pendapatan tambahan kepada Petronas.

Jadi, secara langsung, peningkatan pendapatan petronas telah menambah hasil kepada kerajaan juga

Benarkah minyak mentah Malaysia bermutu tinggi dan dijual lebih mahal dari harga di pasaran dunia
?

Benar, minyak mentah Malaysia ada bermutu tinggi kerana mempunyai kandungan sulfur yang lebih rendah dan dijual lebih mahal dari harga pasaran dunia.

Pasaran minyak mentah dunia diniagakan di pasaran terbuka seperti di Brent, London dan Western Texas Intermediate (WTI), US.

Produk Malaysia, Tapis Blend dijual melebihi USD5 setong dari kedua-dua pasaran diatas, malah, minyak mentah Malaysia (MCO) yang lain turut dijual dengan harga yang lebih tinggi dari pasaran kerana mempunyai quality yang lebih baik.

Benarkah Malaysia akan menjadi negara pengimport minyak pada tahun 2011?


Benar, jika berdasarkan kepada pengeluaran yang ada sekarang dan trend peningkatan permintaan di dalam negara. Pada tahun 2011, pengeluaran minyak negara sudah tidak dapat menampung keperluan di dalam negara.

Namum begitu, masalah ini dapat diatasi jikalau ada penemuan telaga-telaga baru. Penerokaan dan pengeluaran (E&P) laut dalam baru sahaja bermula dimana teknologi ini masih baru dan sedang dilaksakan secara rancak di seluruh dunia.

Di Malaysia, pengeluaran laut dalam (deepwater production) baru sahaja dimulakan pada September tahun lalu di Lapangan Kikeh, Sabah. Contoh tempat-tempat lain yang telah memulakannya E&P di laut dalam ialah seperti di Akpo (Nigeria), Kizomba (Anggola) dan Cascade-Chinook (Teluk Mexico).
Petronas juga ada memulakan E&P di 30 negara lain seperti di Malaysia-Thailand Joint Development Area (di sempadan Kelantan), Sudan dan Vietnam.

Berita baik ialah, Petronas masih mempunyai Nisbah Penggantian Simpanan yang positif. Ini bermakna, setiap tong yang dikeluarkan dari perut bumi, Petronas masih berjaya menggantikannya dengan jumlah simpanan yang lebih besar untuk masa hadapan (melalui kaedah penemuan telaga baru).

Malaysia ni negara kecil sahaja, minyak bukan banyak sangat pun, berapa lama lagi kita nak bergantung kepada Petronas?


Betul, Malaysia cuma sebuah negara kecil berbanding negara-negara pengeluar minyak yang lain. Dari segi rekod, simpanan minyak mentah dan condensate negara cuma berada di kedudukan ke-23 dan simpanan gas asli berara di kedudukan ke 14 seluruh dunia.
Akan tetapi, pendapatan Petronas sebahagian besarnya adalah disumbangkan dari aktiviti luar negara.

Jadi, tidak perlulah dibimbangkan tentang simpanan dan operasi minyak dan gas di dalam negara. Malah, secara purata di dalam 5 tahun, peningkatan pendapaan dari operasi antarabangsa petronas meningkat sebanyak 27.5% setahun.

Di mana kedudukan Petronas berbanding dengan syarikat-syarikat minyak besar yang lain?


Menurut Fortune 500, petronas berada di kedudukan no 5 dari segi jumlah keuntungan di dalam industri petroleum untuk tahun kewangan 2008.
Namun begitu, saya pikirkan, kedudukan petronas akan bertambah lagi baik jikalau keuntungan pendapatan mereka dapat di laburkan semula.

Untuk rekod sekali lagi, hanya 29.2% sahaja keuntungan petronas dilaburkan semula, jauh lebih kecil dari syarikat-syarikat minyak gergasi lain yang melaburkan semula hasil keuntungan mereka yang secara puratanya lebih 50% atau syarikat-syarikat minyak milik kerajaan negara lain yang melaburkannya semula lebih 70%.


Subsidi : Berapakah yang rakyat terima?


Tiada angka rasmi jumlah subsidi petrol/diesel dikeluarkan didalam laposan tersebut. Saya mengambil petrol/diesel ini kerana, turun naik harganya sangat memberi kesan kepada rakyat Malaysia. Harga keperluan semasa sangat-sangat bergantung kepada harga petrol atau diesel.

Namum begitu, untuk subsidi gas, Pengeluar Kuasa Bebas (Independent Power Producer - IPP) adalah penerima subsidi gas terbesar negara iaitu sebanyak Rm8.1 Billion. Jika dikumpulkan sejak tahun 1997, sebanyak RM35.7 Billion telah diberikan secara subsidi kepada IPP.

Maka, saya terfikir, alangkah eloknya jikalau kerajaan dapat menarik sedikit subsidi yang diberikan kepada IPP untuk menampung subsidi yang diberikan kepada petrol. Dengan ini, mungkin harga runcit petrol/diesel dapat dikurangkan dan akan memberi manfaat yang besar kepada rakyat.

Sepanjang pengetahuan saya, IPP memperolehi keuntungan yang sangat besar setiap tahun hasil dari cukai kerajaan yang rendah. Antara IPP di Malaysia ialah YTL Power milik Tan Sri Francis Yeoh Tiang Lay (rakyat Malaysia).

Penutup

Semua yang saya tulis diatas adalah bedasarkan pemahaman saya kepada laporon yang dikeluarkan oleh petronas dan isu-isu semasa yang berlegar sekarang. Jikalau fakta yang saya berikan ini kurang tepat atau tidak betul, sila perbetulkan.

Sekian"

Oleh : Lord Azaab

No comments: