Tuesday, January 26, 2021

Nasihat PM Kepada YDPA Untuk Darurat Adalah SALAH - DSAI Mulakan Semakan Kehakiman!


KENYATAAN MEDIA

Semalam, satu permohonan untuk kebenaran bagi memulakan semakan kehakiman telah difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur oleh Dato Seri Anwar Ibrahim. Antara relif yang dipohon di dalam permohonan tersebut adalah satu deklarasi dari Mahkamah bahawa nasihat Perdana Menteri kepada KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong untuk menggantung Parlimen dalam tempoh darurat yang diisytiharkan baru-baru ini adalah bertentangan undang-undang dan tidak mengikut Perlembagaan Persekutuan.

Permohonan tersebut difailkan oleh Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai pemohon (selaku Ketua Pembangkang Dewan Rakyat) melalui Tetuan Karpal Singh & Co. Responden-responden yang dinamakan adalah Perdana Menteri dan Kerajaan Malaysia.

Perlu ditekankan di sini bahawa apa yang dicabar dalam permohonan tersebut bukannya pengisytiharan darurat, tetapi keputusan Perdana Menteri (melalui Jemaah Menteri) untuk menasihati  KDYMM SPB Yang di Pertuan Agong untuk meluluskan kaedah 14 Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 yang menggantung persidangan Parlimen dalam tempoh darurat tersebut. Nasihat Perdana Menteri tersebut adalah dikatakan bertentangan undang-undang.

Diharapkan satu tarikh pendengaran permohonan tersebut dapat ditetapkan secepat mungkin.

Bertarikh 26 haribulan Januari, 2021.

RAMKARPAL SINGH
AHLI PARLIMEN BUKIT GELUGOR 
PENGERUSI BIRO GUAMAN 
PARTI TINDAKAN DEMOKRATIK

Monday, January 25, 2021

Adakah Sanusi Batal Cuti Kerana Masyarakat India di Kedah Tidak Sokong PAS Ketika PRU14?

 


Adakah ini ajaran Islam yang wajar dicontohi apabila Menteri Besar sebuah negeri yang ditadbir oleh kononnya parti Islam tergamak membatalkan cuti Thaipusam hanya kerana mendakwa masyarakat india di negeri Kedah tidak mengundi parti mereka?? 

Apabila wakil MIC dilihat mempertikai tindakan MB Kedah membatalkan cuti Thaipusam, ini jawapan yang diterima seperti yang dilaporkan oleh Malaysiakini;

Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, dia enggan melayan kenyataan pemimpin MIC termasuk amaran parti itu yang tidak akan menyokongnya pada Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15).

Sanusi yang mengganti Mukhriz Mahathir tahun lalu bagi mentadbir kerajaan negeri itu menambah, ketika PRU14 lalu, parti itu juga tidak menyokong PAS.

Dia malah mendakwa, kebanyakan ahli parti MIC menyokong Pakatan Harapan (PH).

"Malas layan dah, pada PRU14 pun dia tak sokong kita juga. Kebanyakan mereka mengundi PH, MIC pun tinggal satu kerusi sahaja.

"Hakikatnya MIC yang memerlukan undi daripada bukan India," katanya seperti dipetik portal BH Online hari ini.

Sanusi berkata demikian susulan kenyataan Presiden MIC S A Vigneswaran yang menyifatkannya sebagai pemimpin yang tidak berpengalaman dan tidak mempunyai kemampuan untuk 'bersosial' dengan kaum lain.

Justeru itu, Vigneswaran memberi amaran bahawa partinya tidak akan menyokong Sanusi pada PRU15 akan datang.

Cuti Thaipusam menjadi kontroversi di Kedah selepas Sanusi mengumumkan tiada cuti peristiwa bagi perayaan berkenaan di negeri itu susulan situasi semasa berkaitan Covid-19.

Susulan itu, berlaku pertikaman lidah antara Timbalan Presiden MIC, M Saravanan dan menteri besar Kedah itu.

Untuk rekod, sambutan Thaipusam dijadikan cuti peristiwa di Kedah sejak 2014.

Barulah kita tahu, rupanya jika sesuatu kaum itu ingin berunding untuk mohon pertimbangan cuti sebagai contoh, mereka perlu mengundi parti Islam terlebih dahulu maka barulah meja rundingan dibuka.

Sunday, January 24, 2021

ANWAR: GPS Dalam Perbincangan Kemungkinan Menolak Usul Darurat PN (VIDEO)




Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan dengan jelas bahawa terdapat 114 Atau 115 Ahli Parlimen menunjukkan menifestasi bantahan mereka terhadap Darurat yang diusulkan Kerajaan Perikatan Nasional.

Malah beliau turut menambah, gabungan parti di Sarawak iaitu GPS kini sedang bermesyuarat menimbangkan kemungkinan untuk menarik sokongan terhadap PN. Jika ini berlaku, bermakna Kerajaan pimpinan Muhyiddin hanya mempunyai sokongan sekitar 90 ahli parlimen, dan mungkin jauh lebih kurang dari jumlah tersebut.



Gerakan Datuk Seri Anwar Ibrahim terus mendapat sokongan supaya Parlimen dibuka untuk usul-usul penting dibahaskan dan darurat politik ini diperhalusi semula demi mengembalikan ekonomi negara ke tahap yang lebih baik. 

Kerajaan Muhyiddin yang tidak pernah dibuktikan mempunyai majoriti, kini lebih parah apabila langkah menasihatkan YDPA supaya melaksanakan darurat adalah dilihat memakan diri apabila lebih ramai ahli parlimen menarik sokongan terhadapnya, termasuklah MP Ketereh dan Padang Rengas.





Saturday, January 16, 2021

Dewan RM35j | MP Minta Penjelasan PM


RM35 Juta untuk pembinaan sebuah dewan adalah suatu angka yang dilihat tidak munahsabah, malah lebih parah apabila dipersoalkan projek pembinaan dewan tersebut dianugerahkan melalui rundingan terus.

Banyak lagi persoalan yang perlu dijawab. Pertama sekali, apakah surat yang tular di pelbagai media sosial ini sahih? 



Kedua, adakah ini satu kelebihan untuk sebuah negara yang berada dalam keadaan darurat? Kerana kelulusan surat tersebut bertarikh 11 Januari, kebetulan sama tarikh dengan pengishtiharan proclamation darurat.

Ketiga, di manakah rasionalnya pembinaan sebuah dewan berharga RM35 Juta ketika rakyat dan negara sedang bergelut menghadapi bencana Covid-19.

Turut dibangkit oleh netizen, apakah ini satu usaha akhir MY, dengan menghantar projek RM35j ke Pagoh sebelum tumbangnya sebuah kerajaan tanpa majoriti sokongan MP?

Ikuti kenyataan YB Akmal yang dilapor Malaysiakini;

Anggota Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasrullah Mohd Nasir meminta penjelasan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berhubung peruntukan RM35.4 juta yang akan dibelanjakan bagi membina sebuah dewan di kawasan Parlimennya, Pagoh.

Akmal mendakwa sepucuk surat dari unit penyelarasan pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU) kepada Jabatan Kerja Raya berkaitan perkara itu telah tular di media sosial.

Jika isi kandungan surat tersebut sahih, Akmal mempersoalkan jika wajar untuk mengeluarkan belaja jutaan ringgit untuk sebuah dewan di saat negara sedang bergelut dengan wabak Covid-19.

“Bukankah lebih elok keutamaan dana diberikan untuk meningkatkan kemampuan petugas barisan depan atau mengurangkan bebanan yang ditanggung rakyat menghadapi darurat dan perintah kawalan pergerakan (PKP)?” soal Akmal dalam kenyataan hari ini.

Akmal turut menyatakan bahawa tarikh surat itu sama dengan dengan pengumuman penguatkuasaan darurat, iaitu 11 Januari.

“Adakah ini bermakna ketika darurat kerajaan Perikatan Nasional (PN) boleh bertindak sesuka hati membelanjakan wang rakyat dalam keadaan parlimen digantung?

“YAB perdana menteri, kami mohon pencerahan,” katanya lagi.

Tuesday, January 12, 2021

TERKINI | PN Berbaki 109 MP Setelah Nazri Umum Tarik Sokongan Terhadap Muhyiddin


 

Seperti yang dijangka, Dato Seri Mazri Aziz dalam sidang media sebentar tadi telah mengesahkan penarikan sokongan terhadap Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin dan Kerajaan PN. Selepas Nur Jazlan, Kini Nazri Pula tidak lagi menyokong Muhyiddin sebagai PM.

Ini juga bermakna jumlah sokongan terhadap PM ketika ini hanya berbaki 109 Ahli Parlimen sahaja, sekaligus menandakan tumbangnya Kerajaan PN dan Muhyiddin Yasin harus segera melepaskan jawatan.

Ikuti laporan Malaysiakini;

Bekas ahli Majlis Tertinggi Umno Nazri Aziz menjadi ahli parlimen terbaru menarik sokongannya kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Ahli Parlimen Padang Rengas itu membuat pengumuman berkenaan dalam sidang medianya di Kuala Lumpur hari ini.

Katanya keputusan berkenaan dibuat dengan mandat yang diberikan oleh Umno Padang Rengas serta pendirian yang dibuat oleh majlis tertinggi parti (MT) itu baru-baru ini.

"Atas mandat yang telah diberikan oleh bahagian saya - Padang Rengas - dan dengan mandat oleh MT maka saya pada hari ini mengumumkan saya Mohamed Nazri Abdul Aziz, Ketua Umno Padang Rengas merangkap ahli parlimen kawasan Padang Rengas dengan ini dan dengan rasminya saya menarik sokongan kepada pimpinan Muhyiddin Yassin untuk membentuk kerajaan yang sedia ada," katanya.

 

Darurat Sebelum Hilang Kuasa - Saifuddin

 



Kenyataan Dato' Seri Saifuddin Nasution berkaitan pengumuman darurat sebentar tadi di laman Facebook beliau;

Darurat

Sarawak 1966 akibat krisis politik
Darurat 1969 akibat rusuhan kaum
Kelantan 1977 akibat krisis politik
Darurat 2021 ?

Yab Pm umum darurat 2021 bermaksud

Jemaah menteri masih berfungsi
Parlimen tidak bersidang
Tiada pilihanraya 
Tiada perintah berkurung

Berakhir 1 ogos 2021 dan boleh ditamatkan lebih awal. P’raya ke 15 diadakan selepas covid19 reda.

Alasan darurat ialah covid19 namun sukar ditepis alasan politik juga. Kebetulan bbrp mp kerajaan telah dan bersiap umum tarik sokongan. Sebelum tumbang elok buat darurat. Selamat dan kekal pegang kuasa. 

Kebetulan juga Trump pun umum darurat hari ini setelah kalah pemilihan presiden dan hilang kuasa.

Bezanya .. seorang lagi buat darurat sebelum hilang kuasa.

 

Monday, January 11, 2021

Sidang Media Esok | Apakah Padang Rengas Juga Umum Tarik Sokongan Kepada PN?

 


Apakah akan ada lagi penarikan sokongan terhadap Kerajaan PN? Nantikan sidang media YB Nazri Aziz esok petang.

Berikut adalah pemakluman media yang disebarkan;


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

JEMPUTAN MEDIA


Ahli Parlimen Padang Rengas, Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz akan mengadakan sidang media pada ketetapan berikut : 


Tarikh : 12 Januari 2021
Masa : 2 petang
Tempat : Bilik Melaka, Ibu Pejabat UMNO
PWTC, Kuala Lumpur

Sehubungan itu, rakan media adalah dijemput hadir untuk membuat liputan ke sidang media berkenaan.

Pihak media diminta mematuhi SOP Kementerian Kesihatan Malaysia dan memakai pelitup muka (facemask) sepanjang berada di bangunan PWTC.

Setiap agensi media dibenarkan menghantar 3 wakil sahaja


Sekian,

Terima kasih.

Dato' Suzana Akmam Amir
Pegawai Khas Ahli Parlimen Padang Rengas
0122766727

Kabinet Muhyiddin Lumpuh, Rina Harun Pula Positif Covid-19 Selepas Tok Pa

 


Selepas Tok Pa, kini Rina Harun pula yang didapati positif Covid-19. Ini juga bermakna seluruh kabinet Muhyiddin Yassin harus menjalani kuarantin wajib bagi mengelakkan penularan wabak Covid-19.

Ikuti laporan Berita Harian;
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun disahkan positif COVID-19. Beliau mendapat keputusan ujian saringan malam tadi. Pejabat Menteri dalam kenyataan media menyatakan Rina, 47, menjalani ujian saringan di Klinik Kesihatan Putrajaya, pada pagi semalam.

Dua hari lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed disahkan positif COVID-19. Rina dimasukkan ke wad Hospital Sungai Buloh jam 11 pagi ini bagi pemantauan lanjut.

Menurut kenyataan itu, Ahli Parlimen Titiwangsa itu akan mematuhi garis panduan berkaitan jangkitan COVID-19 yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan.

Semalam, media melaporkan, semua menteri Kabinet akan menjalani ujian saringan COVID-19, susulan Mustapa disahkan positif.

Muhyiddin Menamakan Hishamuddin Sebagai TPM - Sumber TMI

 


Akhirnya khabar angin yang bertiup kencang semakin melewati realiti, Datuk Seri Hishamuddin menurut sumber The Malaysian Insight, akan dinamakan sebagai Timbalan Perdana Menteri oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ikuti laporan di bawah oleh TMI;

HISHAMMUDDIN Hussein will be made deputy prime minister as early as this week as Muhyiddin Yassin tries to shore up his Perikatan Nasional (PN) administration and stem defections from Umno, sources said today. 

The Malaysian Insight understands the move could anger instead of appease Umno after the party’s Supreme Council’s decision to review any electoral pact with Bersatu and Kelantan Umno chief and Machang MP Ahmad Jazlan Yaakub’s decision to withdraw his support for PN over the weekend.

Ikuti juga laporan malam tadi berkenaan khabar angin yang menyatakan kesihatan PM kita merosot dan sedang dirawat di sebuah negara jiran. Klik Di Sini