Tuesday, January 17, 2012

Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1M) Menawarkan ROI 32% - Jangan Terperangkap!!




Sedar atau tidak, skim SARA 1M menawarkan ROI melebihi 32%! Dengan melabur RM5000, pulangan setahun mencecah RM1608 - menjadikan kiraan ROI (return of investment) sebanyak lebih 32% per annum. Jumlah ini wajar dikhuatiri, wajar diberi perhatian serius!

Di bawah ini Edyes rakamkan sebuah pengalaman jujur mengenai salah seorang mangsa pembeli amanah-amanah saham yang pernah ditawarkan pada awal 90an dulu. Pak cu (bukan nama sebenar), menceritakan keperitan yang dihadapinya apabila berhutang untuk membeli saham yang kononnya dijamin kerajaan.

Ikuti luahan Pak Cu;

Ambo ada pengalaman mengenai Amanah Saham. Sekitar tahun 1990an dulu negara digahkan dengan ekonomi yang kukuh.

Maka wujudlah pelbagai amanah saham, baik yang diuruskan oleh negeri mahupun pihak bank tertentu.Sebagai contohnya terdapat Amanah Saham Darul Iman (ASDI)Negeri Terengganu dan Amanah Saham Bank Simpanan Nasional (BSN).

Teruja dengan pulangan yang diwar-warkan lumayan, ambo membuat pinjaman dengan pihak bank untuk menyertai kedua-dua amanah itu dengan harapan dapatlah menikmati sedikit keberuntungan.

Inilah saja usaha dan perancangan ekonomi ambo sebagai orang kampung. Yang sadisnya tak sampai 10 tahun amanah tersebut berjalan, negara dikejutkan dengan senario ekonomi negara merudam.Kesan dan impaknya melibatkan juga amanah saham.

Daripada RM 1 seunit yang ambo beli, harganya turun hingga 30 sen seunit.

Harapan untuk mendapat bonus dan dividen tidak kesampaian. Bukan setakat itu saja ambo telah menjadi seorang penghutang kepada kedua-dua institiusi tersebut,yang menjadikan bebanan kewangan ambo meningkat setiap bulan.Ambo SERIK dengan apa jua amanah saham baharu yang ingin diterbitkan.

Ambo tidak mahu terpedaya lagi dengan pelbagai keuntungan dan faedah menarik yang DIKECURKAN.

Cukuplah sekali ....* cetusan kecewa bukan dalam konteks ASB

Tidakkah kita terfikir apa yang berlaku terhadap Pak Cu di atas akan berulang kembali kepada pembeli saham SARA 1M, yang disarankan oleh Najib supaya meminjam dari bank untuk melabur. Kejamnya sebuah kerajaan yang meletakkan rakyatnya yang bergaji bawah 3 ribu dalam keadaan risiko di atas nama 'skim bantuan sara hidup'.

Tiada pasaran saham yang dijamin. Sama seperti ASB, jika pada 90an kita kerap mendapat pulangan faedah sebanyak 12%. Namun dari tahun 1999 hingga 2011, perolehan dividen adalah sebanyak 6-7% sahaja. Justeru itu, apakah RM134 sebulan yang dijanjikan oleh Najib akan kekal?

Andainya kita meminjam untuk membeli saham ini, RM134 yang diperolehi setiap bulan itu akan ditolak dengan RM84 menjadikan perolehan bersih pemegang saham sebanyak RM50. Bagaimana sekiranya ekonomi merundum dan pendapatan pula hanya separuh dari RM134 iaitu RM67 sahaja, maka pemegang saham yang meminjam dari bank perlu pula membayar sebanyak RM17 setiap bulan kepada bank yang memberi pinjaman.

Kerajaan tetap tidak rugi kerana bukan kerajaan yang melabur. Kerajaan hanya menabur... iaitu menabur janji. Bukankah rakyat Malaysia sudah saban kali ditipu oleh kerajaan BN ? Mahukah anda kembali ditipu dan ditipu kembali?

Sila rujuk kembali entry penerangan tawaran luar biasa yang menyerupai PONZI, sila klik link di bawah;

edyesdotcom: WAJIB BACA: Kerajaan Minta Rakyat Pinjam Duit Dari Bank Untuk Melabur SKIM PONZI ?

3 comments:

Anonymous said...

Loan RM 5000 kan, bayaran balik pun taklah beban sangat, aku nak try jgak, karang asyik tangguh last-last melopong, takat ni ASB return of investment okey lagi ler... masih boleh senyum!

Anonymous said...

Pelaburan dijamin dan pulangan dijamin ada perbezaannya. Jangan lah berburuk sangka atas setiap apa yang orang lakukan sekalipun kita x suka orang tu. Sejahat-jahat manusia pasti ada perkara baik pernah dilakukannya.

Mr Paktam said...

betul cakap bro yg komen kat ats ni,,berbaik sangkalah pada sesuatu yg baik,kerana itu lebih molek daripada bururk sangka..
suka pilih,tak suka buang...
mana yg tak elok dimata kita belum tentu dimata org lain pun sama..