Sunday, October 2, 2011

Ayuh Tee Keat, Tinggalkan Parti Dasar Perkauman





Berikut adalah kata-kata Chua Soi Lek terhadap Ong Tee Keat;
Jika awak mempunyai apa-apa integriti (dan) tidak lagi yakin terhadap parti, awak sepatutnya letakkan jawatan
DS Ong Tee Keat perlu meletak jawatan jika dia tidak yakin terhadap parti itu lagi, kata Presiden MCA DS Dr Chua Soi Lek terhadap seterunya. Perasaan janggal dan mual menguasai diri bila mendengar Soi Lek bicara soal 'integriti'. Tetapi tak apa, kita tinggalkan soal mual itu dibelakang.

Edyes mengambil kesempatan ini untuk menyeru Ong Tee Keat, yang mempunyai track rekod yang baik supaya menimbangkan untuk meninggalkan parti berdasarkan perkauman sepertimana yang dilakukan oleh kebanyakkan kaum tiong hua sendiri. Bukan sahaja terhadap kepimpinan MCA, malah kepada pemimpin MIC dan Umno juga harus sedar politik perkauman semakin tidak mendapat sokongan rakyat Malaysia.

Apa yang lebih menarik perhatian rakyat hari ini ialah mengenai harga barang keperluan yang melambung tinggi melampaui kuasa membeli yang diperolehi selain daripada masalah memiliki hartanah. Parti-parti berasaskan kaum menjadi tempat untuk berpaut hanya apabila propaganda kebencian antara kaum dimainkan seterusnya menguji sejauh mana kuatnya hubungan antara kaum di sini.

Syukurlah sejak dasar perkauman itu jauh ditinggalkan oleh rakyat tersedar, hubungan kita sesama kaum semakin ampuh dan seolah-olah tidak lagi memilih untuk berfikiran cetek menyahut seruan ketegangan kaum yang dilagukan demi mengaut kestabilan politik parti terbabit. Jika semua kaum bersungguh-sungguh berpadu di bawah panji menolak politik sempit perkauman, nescaya parti-parti dinasor yang perjuangkan kaum ini tidak lagi mendapat tempat dan pupus ditelan waktu. 

Edyes percaya bahawa kaum cina dan india sudah bergerak meninggalkan parti perkauman, sedangkan mereka lebih memerlukan parti kaum yang kononnya akan menjaga kepentingan kaum bukan majoriti. Begitu jugalah dengan halnya parti melayu. Orang melayu harus segera meninggalkan parti melayu yang ditubuhkan untuk menipu melayu. Sudahlah kita ketinggalan dari sudut ekonomi, janganlah pula kita ketinggalan dalam soal dasar perkauman.

Cukuplah sudah berpuluh tahun kita dipermainkan dan dijinakkan dengan retorik hipokrasi. Sedarlah bahawa dalam soal kemerdekaan pun kita ditipu hidup mati, apa lagi dalam soal pembahagian harta kekayaan negara yang meliputi kesenangan sejagat. Lupakah kita bahawa kekayaan yang sepatutnya diagih sama-rata sesama melayu telah dikhianati apabila hanya golongan bangsawan berbahagi sesama mereka dan golongan susah sentiasa dikerah untuk sesuap nasi?

Setakat ini dulu kupasan Edyes mengenai perlunya parti berasaskan kaum itu ditinggalkan. Belum lagi Edyes sentuh soal khazanah negara yang dipunggai, maruah negara yang digadai. Melayu tipu melayu, asal apa sahaja yang boleh depa jual, depa jual! kalau boleh gadai, kita pun depa gadai !


EDYES @ edyesdotcom
I'm rockin again folks!!


No comments: