"Bersurailah kamu kalau tidak kami tembak" - tertera di kain rentang itu yang turut memuatkan maksud yang sama dalam tulisan Jawi, Cina dan Tamil.
Ia bertujuan membuktikan kecekapan polis dan tentera menangani sebarang kemungkinan termasuk mengendalikan perhimpunan haram disiarkan di akhbar arus perdana, termasuk Utusan Malaysia.
Semalam, Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Salleh Mat Rashid berkata polis akan bekerjasama dengan tentera untuk menghadapi kemungkinan berlaku sebarang kejadian tidak diingini pada perhimpunan yang dirancang pada Sabtu ini.
Bagaimanapun katanya, latihan bersama itu tidak ada kaitan langsung latihan berkenaan sebaliknya diadakan bagi menghargai Anugerah Inovasi Perdana Menteri 2011, yang diterima oleh polis dan tentera.
Selepas ketegangan beberapa minggu sehingga menyaksikan 200 orang termasuk wakil rakyat Pakatan ditangkap kerana menyokong perhimpunan itu, BERSIH akhirnya akur supaya perhimpunan itu dipindahkan ke sebuah stadium.
Keputusan dibuat selepas pertemuan dengan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara yang mencemar duli berjumpa dengan pengerusi BERSIH Datuk S Ambiga, Sasterawan Negara Datuk A Samad Said dan pengerusi Jamaah Islah Malaysia (JIM) Zaid Kamaruddin, semalam meskipun kerajaan mengisytiharkan BERSIH sebagai pertubuhan haram.
EDYES Wrote:
Ingat rakyat takut dengan peluru hidup ? Ingat rakyat gentar dengan segala persenjataan ? Ini bumi Malaysia !! Hak milik rakyat Malaysia !!! Kenapa kami rakyat perlu takut ??? Berhimpun di negara sendiri bersama artikel 10 perlembagaan negara, membuatkan kami sedikit pun tidak gentar !!
Jika kain rentang mereka yang bersenjata itu berbunyi "Bersurailah Kamu Kalau Tidak Kami Tembak !!", maka ada yang mencadangkan supaya satu kain rentang dibuat, yang berbunyi ;
"Jangan tembak, kami tiada senjata.. yang kami ada hanya sajak A. Samad Said dan air garam serta doa."
JANGAN CABAR KUASA RAKYAT !!!
No comments:
Post a Comment