Sambil menolak, amaran, ugutan dan hambatan yang dikenakan ke atas mereka dan juga rakyat yang menyokong tuntutan BERSIH 2.0 sejak dua minggu lalu, pertubuhan yang diwakili 62 NGO itu juga melahirkan kekecewaan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan kabinetnya kerana didakwa mengkhianati janji bagi membenarkan perhimpunan itu diadakan di sebuah stadium.
"BERSIH 2.0 kecewa dengan cara Perdana Menteri dan kabinet yang telah memungkir janji untuk menyediakan sebuah stadium kepada kami untuk berhimpun secara aman.
"Sebagai anggota masyarakat sivil yang komited terhadap prinsip integriti, kami cuba sedaya upaya bagi mematuhi nasihat Tuanku DYMM SPB YDP Agong dan bersetuju mengadakan perhimpunan di sebuah stadium bagi menuntut pilihan raya yang bersih dan bebas.
"Jika perdana menteri adalah pemimpin yang mengotakan janjinya, beliau akan membuat segala perancangan bagi majlis itu diteruskan secara aman di Stadium Merdeka," kata gabungan itu. - mkini
No comments:
Post a Comment