Saturday, December 31, 2011

Sambutan Tahun Baru Pilihan Anda...




Kedua-duanya menawarkan hiburan... Maka pilihlah hiburan sebagaimana kamu beriman kepada agama mu...

Di Rembau, turut menyambut kehadiran tahun 2012 dengan aktiviti - 

Kenduri Rakyat dan Munajat Tahun Baru bersama Dr Badrul Amin, YB Sivakumar, YB Firdaus Jaafar, YB Lih Kang,YB Taufek, CheGubard serta Man Kadir (Pak Jabit)

Tarikh: 31.12.2011 (Malam Ini) 
Bermula dengan Solat Maghrib berjemaah 
Bertempat di Markas PAS Kg Sawah Raja, Kota, Rembau. 

Pertanyaan 0123696474 Azizi. Sebarkan..

Datanglah beramai-ramai...

V For Merdeka !!



JOM TURUN DATARAN MERDEKA DAN SARUNG TOPENG " V for Vendetta"

Selamat Sejahtera, Salam Tahun Baru buat seluruh warga Malaysia. Saya V, Maaf kerana mengganggu,Saya hanya perlukan beberapa minit sahaja dalam ruang masa anda yang agak sibuk dalam membuat perancangan untuk menyambut azam tahun baru.

Kerana anda adalah mereka yang bertuah sebaik sahaja memilih untuk membaca kenyataan penting ini sebelum kita melabuhkan tirai 2011 yang penuh dengan kesuraman. Kenapa? Biar saya terangkan.

Tahun 2011 sudah hampir melabuhkan tirainya, namun sama seperti tahun-tahun sebelumnya, awan hitam masih menyelubungi langit negara kita, Malaysia. Pencabulan hak asasi manusia dan kekangan hak demokrasi rakyat terus berleluasa. Rakyat Malaysia menanggung pencabulan ini dalam pelbagai bentuk dan peringkat.

Kita Masih ingat Sepanjang setahun yang lalu, kita telah banyak melalui onar dan ranjau dalam memartabat sistem demokrasi.Namun Sistem demokrasi dan perpaduan masyarakat telah di cemari oleh sentimen perkauman yang telah di lempar oleh pihak yang hanya mahu menjaga kepentingan kuasa politik.

Lalu setelah gagal menuntut keadilan melalui usaha diplomatik maka rakyat seluruhnya mengambil inisiatif untuk turun ke jalanraya dalam mengekspresi segala tuntutan.Malangnya seribu satu tuduhan terhadap usaha murni kita dalam menuntut semula hak demokrasi di balas dengan dengan tuduhan yang langsung tidak berasas.

Tuntutan Kebebasan Demokrasi kita di kaitkan pula dengan gerakan subversif seperti Komunis lantas beberapa objek yang dikatakan seperti bom petrol di letakkan bersama kemeja T Bersih 2.0 semata - mata untuk melemparkan fitnah.

Tidak cukup dengan itu 6 orang yang tidak bersalah telah sumbatkan ke penjara atas tuduhan yang cukup karut.Hanya kerana kemeja T yang bertulisan yang kononnya menyinggung mereka menyebabkan mereka melemparkan tuduhan yang tidak berasas kononnya 6 orang ini cuba menghidupkan fahaman Komunis.

Bagi menyempurnakan tuduhan karut yang tidak berasas maka di dakwa nya mahu melancarkan perang terhadap Yang Di- Pertuan Agong.Cukup malang bagi si pelempar tuduhan,apabila niat jahat terbongkar bilamana Yang Di-Pertuan Agong sendiri menjemput wakil BERSIH 2.0 ke istana.Maka kita rakyat seluruhnya sudah pasti tersemat perasaan benci apabila pembohongan telah terbongkar.

Dalam pada itu,berpuluh - puluh orang di tangkap hanya atas kesalahan memakai baju yang berwarna kuning dan bertulisan "Bersih" biarpun kemeja ini tidak punya bahan letupan yang sama seperti C4.Tidak cukup dengan itu nilai - nilai demokrasi terus di perkosa dengan keganasan pihak polis dalam tragedi 7 Julai yang melibatkan tahanan lebih 1000 orang.

Monopoli kuasa Autoratarian lantas merampas Kebebasan Akademik Mahasiswa dan Kebebebasan sivil rakyat merdeka.Pemerintah terus berdolak - dalik apabila berjanji mahu meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti,I.S.A, lantas golongan akademik,Mahasiswa dan anak muda di belenggu dengan penggubalan undang - undang yang telah mencantas hak asasi manusia seperti Rang Undang - undang Perhimpunan Aman.

Dalam saat - saat demokrasi di robek oleh ketamakan kuasa,kita di momokkan dengan sentimen keagamaan yang bertujuan untuk memecah - belahkan solidariti rakyat yang sepatutnya menjadi mimpi ngeri kepada mana - mana regim. Kita seharusnya bangkit dari segala ketakutan kepada regim kerana bukan kita seharus tunduk kepada regim, tetapi regimlah yang harus tunduk kepada kuasa rakyat seperti kita.

Oleh itu Bagi menandakan berakhirnya titik suram akhir 2011 dan permulaan tahun baru 2012, saya V, menjemput anda SEMUA rakyat malaysia untuk menduduki Dataran Merdeka bersama saya pada jam 11 malam 31 Disember 2011 dan minta anda SEMUA agar hadir dengan topeng "V" dan melakonkan semula babak dramatis terakhir dari filem "V for Vendetta".

Seperti yang kita Tahu di seluruh dunia, topeng "V for Vendetta" merupakan simbol penentangan terhadap kezaliman dan ketidakadilan kuasa autoritarian. "Flashmob" raksasa ini berbentuk partisipatif, secara simboliknya untuk mengekspresikan rasa tidak puas hati kita terhadap segala bentuk ketidakadilan dan sikap tidak demokratik yang berlaku di Malaysia sepanjang 2011.

Matlamatnya adalah untuk menginterpretasi segala Segala tuntutan kita sebagai masyarakat Merdeka :

1) menuntut semula ruang awam seperti Dataran Merdeka sebagai ruang demokratik buat semua warga berhimpun secara bebas dan aman tanpa tekanan legalistik;

2) membantah Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011;

3) Menuntut Kebebasan Akademik dalam sistem pendidikan di Institut pengajian tinggi tanpa tekanan Legalistik dan campur tangan politik.

4)Menuntut keadilan dan kesaksamaan dalam sistem ekonomi dengan menarik semula pindaan terhadap akta pekerjaan dan mengubal semula akta gaji minimum selaras dengan kos sara hidup.

5) Menuntut solidariti kepada semua rakyat tertindas yang mengalami ketidakadilan dan pencabulan hak asasi dan menuntut kepada penghapusan sebarang usaha ke arah menerbitkan sentimen perkauman dan keagamaan.

6) menunjukkan azam kita dalam menjadikan 2012 tahun perubahan dan kebebasan dalam sistem demokrasi di Malaysia dalam segala aspek termasuklah politik, sosial dan ekonomi.

Saya V, menyeru kepada semua untuk menyertai kami pada 31 Disember 2011 dan membuat tuntutan dengan lantang dan jelas dengan menyarung Topeng "V for Vendetta" tepat pada jam 12.00 di Dataran Merdeka ketika langit Kuala Lumpur di terangi dengan warna - warni bunga api.

segala maklumat boleh di perolehi di laman facebook kami di http://www.facebook.com/events/180134328752210/

Friday, December 30, 2011

Trend Duit Zakat Dijadikan Pendahuluan Bermula di Melaka ?




Rupanya kes penyalahgunaan wang zakat Amil kehormat Jamil Khir bukanlah merupakan kes ulung, ada lagi kes penyalahgunaan wang zakat dengan jumlah yang jauh lebih besar - RM 13.85 juta, untuk menyelamatkan pembinaan sebuah kompleks pejabat.

Tindakan pihak berwajib menggunakan duit zakat untuk membina kompleks Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) yang berharga RM13.85 juta amat dikesalkan. Fakta ini dilaporkan dalam Laporan Tahunan Ketua Audit Negara 2010 bagi negeri Melaka. 

Lebih malang apabila isu ini dilaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), mereka menyatakan tiada unsur rasuah dan penyalahgunaan kuasa. SPRM memberikan jawapan bahawa wang RM13.85 juta yang digunakan untuk membina Bangunan MAIM tersebut adalah wang lebihan Zakat.

Sejak bila diturunkan dalil dan nas yang mengharuskan wang zakat digunakan untuk membina bangunan MAIM?

Maka tidak hairanlah jika duit KWSP disalahguna, duit Tabung Haji dikelepet, duit simpanan rakyat dalam PNB juga jadi mangsa untuk bail-out konglomerat yang di ambang bankrupsi. Semua ini tidak diherankan dan tidak pelik kerana di negara Islam ini, duit zakat untuk fakir miskin pun tergamak dikorbankan untuk kos guaman.

Semua hak rakyat ini dapat diselamatkan hanya dengan memberi laluan dan menyatakan sokongan kepada kempen ABU. Kempen Asalkan Bukan Umno adalah gerakan terbaik rakyat untuk menyelamatkan negara ini, selagi ada. Percayalah, Asalkan Bukan Umno adalah satu penyelesaian... Ayuh selesaikan Umno dengan semangat dan iltizam - Asalkan Bukan Umno


EDYES @ edyesdotcom



Wednesday, December 28, 2011

Taktik Kotor Politik Dalaman Menyebabkan Chegubard Ditahan Polis !!



Atas sebuah laporan polis dari Umno bahagian Ampang, menyebabkan petang semalam (27 Dis 2011), Chegubard telah ditahan di balai polis Seremban 2 kerana sebuah akaun twitter samaran yang menggunakan nama AMK_Rembau, didapati membuat komen yang kononnya menghina DYMM YDP Agong. 

Penahanan ke atas chegubard adalah kerana kononnya beliau mempunyai hubung kait dengan pemilik akaun twitter AMK_Rembau sedangkan akaun twitter AMK_Rembau hanya muncul ketika Pemilihan 2010 PKR semata-mata untuk memburuk-burukkan Chegubard yang bertanding jawatan Ketua AMK. 

Akaun twitter palsu/samaran AMK_Rembau didapati terus aktif untuk menyerang Chegubard walaupun Pemilihan 2010 telah berakhir kerana banyak masalah pemilihan yang tidak selesai terutamanya dalam isu aduan Chegubard ke atas penyelewengan Pemilihan 2010 PKR.

Strategi menggunakan akaun palsu/samaran ini dipercayai adalah satu taktik jahat yang berlaku dari kalangan dalaman PKR sendiri. Mereka sengaja menulis tweet yang melampau supaya ia disambut oleh Umno dan kesempatan ini diambil oleh pihak polis untuk bertindak ke atas Chegubard dan turut menyebabkan Ketua AMK Cabang Rembau berada dalam buruan polis.

Akhirnya lewat petang yang sama, Chegubard dilepaskan dengan jaminan polis. Walaupun Chegubard bertegas bahawa akaun twitter AMK_Rembau tiada kena-mengena dengan pihak kami, namun pihak polis tetap merampas BlackBerry kepunyaan Chegubard dan pihak polis juga cuba untuk mendapatkan laptop milik Chegubard dan juga laptop kepunyaan PKR Cabang Rembau.

Seharusnya mereka yang telah menang pemilihan parti memberi tumpuan kepada gerak kerja memperkukuh parti terutamanya dari aspek menggapai sokongan anak muda. Chegubard pernah menyuarakan betapa Anwar Ibrahim akan kembali ke Sungai Buluh maka gerakan untuk menarik sokongan anak muda serta mobilisasi besar untuk membela Anwar sepatutnya menjadi keutamaan. Tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya, sayap pemuda parti tidak berdaya saing malah apa yang lebih diberi tumpuan ialah menggerakkan politik kotor dalaman yang tidak berkesudahan.

Chegubard akan terus fokus mengggerakan SAMM sebagai platform terbaik untuk anak muda berjuang. Kini SAMM baru selesai mengedar mengedar 30 ribu DVD kesedaran penting betapa Umno itu harus ditinggalkan dalam kempen nasional ABU (Asalkan Bukan Umno), selain telah melancar dan edar 25 ribu naskah risalah penjelasan isu 'cincin puaka' sebelumnya.

Kami kumpulan Solidariti Anak Muda biarpun tanpa jawatan dan dana bantuan, akan terus membina kekuatan anak muda untuk menumbangkan regim Umno. Tetapi ada pihak yang sedang menikmati pelbagai 'kemewahan' dan terus nikmati keselesaan untuk buat kerja kotor memancung dan mengganggu fokus pihak lain.

Kini keterangan telah diberi kepada pihak polis mengenai siapa pemilik akaun twitter AMK_Rembau. Berikut kami siarkan semula kenyataan penafian yang pernah dibuat oleh Ketua AMK Rembau ketika laporan polis  ke atas pemilik akaun pada awal Julai 2011;

Kenyataan Media ini dibuat oleh saya Md Sani Mohd Shah selaku Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Rembau.

5 Julai 2011; Semalam sebuah NGO (baca: Umno) telah membuat laporan polis ke atas sebuah akaun twitter yang menggunakan nama 'AMK Rembau', kononya kerana menghina DYMM Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong. Tindakan ini dilihat hanya tindakan politik kerana sebelum ini penghinaan secara terus pernah dilakukan contohnya orang Umno yang tidak puas hati dengan tindakan Sultan Terengganu menolak Idris Jusoh sebagai MB telah menunjuk perasaan dan dengan 'selamba' merentang kain tertulis perkataan 'natang' (binatang) yang dituju kepada Sultan Terengganu.

Namun pada ketika itu lansung tidak ada pihak Umno muncul membuat laporan mahupun tidak ada kenyataan kecaman lansung.

Namun perlu dipertegaskan dan dijelaskan akaun twitter AMK Rembau, tidak ada kena mengena akaun twitter "AMK Rembau". Saya yakin akaun ini telah menyamar dengan menggunakan nama AMK Rembau secara sengaja mahu mengelirukan orang ramai dengan memburukkan nama. Akaun telah dipantau sejak kewujudannya, menggunakan perkataan lucah dan segala macam kenyataan yang tidak sesuai.

Ini taktik jahat. Sejak pemilihan parti tahun lepas, ini taktik jahat kem tertentu yang menggunakan banyak membuka akaun 'palsu' di laman - laman sosial seperti di Facebook dan Twitter. Kebanyakan taktik ini digunakan untuk memburukkan nama che'GuBard dan akaun palsu "AMK Rembau" ini adalah antara taktik jahat secara berterusan kumpulan ini menyerang che'GuBard. taktik ini tidak terhenti hanya ketika pemilihan tetapi berterusan sehingga selepas pemilihan.

AMK Rembau mengecam kumpulan yang menggunakan taktik jahat ini. Kepada kumpulan tersebut AMK Rembau memberi amaran sudahlah hentikan politik kotor dengan taktik jahat ini. Kamu sudah menang terus bekerja jangan setiap kali kamu gagal melakukan sesuatu maka che'GuBard dan kawan-kawan disalahkan.

Kesempatan ini juga AMK Rembau mendesak satu penyiasatan menyeluruh dilakukan dalam parti mengenai isu pemilihan yang masih tergantung. Kami lama menahan sabar, kami pendam demi kepentingan parti. Namun kami terus dilihat jahat. Adakah kerana sesekali bersuara keras terhadap kepincangan pemilihan dalam parti kami dilihat kianat atau merengek ?

Kami seolah dihalau dengan kenyataan jika tidak suka dan tidak terima keputusan boleh keluar parti jangan 'merengek' tindakan ini sama seperti tindakan bacul Umno yang mahu melucut taraf kewarganegaraan Dato' Ambiga hanya kerana tidak bersetuju dengan beliau yang membangkitkan isu pilihanraya yang adil dan bersih.

Sekian.

Md Sani Mohd Shah,
Ketua AMK Rembau.

Link asal di sini

Turut ingin dikongsi dalam artikel ini ialah tweet penting yang dirasakan dapat membantu pihak polis mencari identiti sebenar pengguna twitter AMK_Rembau;



Tweet dan Gambar di atas menunjukkan pengguna AMK_Rembau ini sangat rapat dengan beberapa orang kuat kepada pesaing Chegubard dalam Pemilihan 2010 PKR.

Oleh kerana panik dan cuba menimbulkan kekeliruan, gambar di bawah menunjukkan pemilik akaun twitter AMK_Rembau telah menukar nama twitternya (surface username) kepada UMNO_BARU dan mula berlagak seolah-olah menyerang Pakatan Rakyat sedangkan ribuan tweetnya sebelum ini menyokong PR.

Lihat gambar di bawah, avatar asal pemilik akaun AMK_Rembau ini juga masih kelihatan menyokong kempen bela Anwar Ibrahim tetapi dalam tweet menceritakan penipuannya.


Akhir sekali, gambar di bawah yang ditangkap sendiri oleh pemilik akaun twitter AMK_Rembau. Mohon pihak polis siasat siapakah wanita yang berada dalam gambar ini, nescaya akan akhirnya dapat memberkas pemilik akaun twitter AMK_Rembau.


Sepertimana pantasnya pihak polis bertindak atas laporan dari Umno di Ampang, diharapkan sepantas itu jugalah pihak polis bertindak menyiasat di atas maklumat yang didedahkan. Pemegang akaun samaran AMK_Rembau telah merosakkan nama baik pihak lain kononnya telah menghina raja wajar dikenakan hukuman yang setimpal.


EDYES @ edyesdotcom
Pengarah Propaganda SAMM

Saturday, December 24, 2011

Adun PAS Kembali ke Rahmatullah

YB Dr Muhammad bin Daud, ADUN Tendong di Jajahan Pasir Mas, telah menghembuskan nafas terakhirnya di rumah secara mengejut.







Al-Fatehah

Dewan Pemuda Pas Sokong Adam Adli


Insya-Allah, DPPM tidak teragak-agak akan bangkit bertindak tegas andai terjadi sesuatu yang tidak diingini kepada Adam Adli. Kalau tiada suatu yang membara dalam jiwa anak muda itu, masakan dia saja-saja pergi menurunkan bendera Datuk Seri Najib. Saya harap Adam bersabar. Kuatkan pergantungan kepada Allah swt. Anda tidak keseorangan - Tantawi

Thursday, December 22, 2011

Wajib Tonton dan Wajib Sebar !! BERSIH 2 Dalam Kenangan, BERSIH 3 Menanti !!





Mahasiswa Diperdaya Untuk Demo Pro-A ?




Hampir semua yang hadir ke demo di KPTM tu ditipu hidup-hidup semata-mata untuk kepentingan politik Umno dan Barisan Nasional !! Sekarang, siapa yang sebenarnya perkuda Mahasiswa? Sudah tu, perkuda tanpa rela pulak tu, ini dah macam kes cabul !

Mahasiswa semua harus bangkit bukan sahaja untuk tuntut hak mahasiswa, tetapi bangkit untuk LAWAN segala fitnah, penindasan dan pengekspoitasi pihak terdesak (baca: Umno) demi untuk terus berkuasa. Kebangkitan mahasiswa adalah ketakutan kerajaan yang paling utama, sebab itu mahasiswa dikunci dengan pelbagai akta khususnya AUKU!

Ini bukan yang pertama didengari, dan bukan yang pertama membuat pengakuan! Tungguuuu...

Kepada mahasiswa yang ingin BEBAS, dan ingin bergerak hebat memansuhkan PTPTN, sila tegaskan sokongan anda kepada ikon berani mahasiswa Adam Adli. Esok (Jumaat 23 Disember), satu sidang media penting tanda sokongan semua golongan masyarakat kepada Adam Adli dan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM). Mahasiswa dari seluruh negara terpanggil untuk menyatakan sokongan !

Info penting di bawah untuk disebarkan;

22 Disember 2011
Kepada :

wakil - wakil media ;

wakil - wakil organisasi / parti-parti politik ;

wakil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ;

wakil Polis Di Raja Malaysia ;

wakil Jabatan Pendaftaran Pertubuhan ;

wakil - wakil pertubuhan bukan kerajaan ;

blogger ;
dan yang berkenaan .


Saudara ;
JEMPUTAN SIDANG MEDIA: Solidariti Bersama Adam Adli - Desakan Kebebasan Akedemik

Perkara di atas dirujuk.

Pihak Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menjemput wakil2 NGO, NGI, parti politik, para peguam dan pengamal media ke Sidang Media Khas solidariti bsama Adam Adli - Desakn Kebebasan Akedemik pada:

Tarikh : 23 Dis 2011 (Jumaat)
Masa : 11 Pagi
Tempat : Di Hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi

Sidang Media diketuai oleh Adam dan kumpulan mahasiswa sendiri.

Mohon hantar wakil, Sila respon sahkan kehadiran. Jangan biarkan gerakan Mahasiswa sendirian berdepan ugutan termasuk bunuh


Pertanyaan 0123696474, 0126794704

Surat Terbuka SAMM Wilayah Kepada Keluarga Adik Annisa

Dengan nama Allah swt, Zat yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Segala puji pujian hanya layak diberikan kepada Allah swt, Pentadbir seluruh alam.

Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Rasulullah saw, ahli keluarganya, sahabat-sahabatnya, para daie yang menyusuri jalan-jalannya, para pejuang yang memikul tanggungjawab menegakkan kebenaran yang diwariskannya serta selurh ummatnya.

Adik annisa, wajah comel yang sering kelihatan di program-program rakyat, disorong penuh kasih sayang oleh si ibu, didokong penuh rasa cinta oleh si ayah, kini pulang menghadap Ilahi Rabbi.

Wajah comel yang menyimpan sejuta kisah duka, wajah comel yang menyimpan sejuta kisah lara, wajah comel yang membuatkan setiap yang terpandang sayu hatinya, kini tiada lagi.

Wajah comel yang diberikan harapan tinggi untuk hidup ceria oleh seorang ibu yang tabah, wajah comel yang diletakkan keyakinan tinggi untuk hidup normal oleh seorang ayah yang tidak pernah kenal erti lelah, kini tiada lagi.

Senyumannya, pandangan penuh harapan yang dimilikinya, sukar untuk kita fahami. Sukar untuk beliau luahkan penderitaan yang ditanggung walau sejuta insan menunjukkan rasa kasih kepadanya.

Semangat untuk melihat adik Annisa untuk hidup normal, yang dimiliki oleh ibu dan ayahnya, sukar dinafi. Kesungguhan anda mengundang kekaguman di hati kami.

Buat ibu dan ayah adik Annisa, redhalah, kerana ajal itu adalah janji Allah swt kepada setiap yang hidup.

Kehidupan perlu diteruskan. Perjuangan anda tidak bernoktah di sini. Jangan gusar dengan mendung di langit kerana yakinlah pasti akan ada pelangi yang bakal menjelma.

Ketabahan anda, ketabahan kami. Kekuatan anda, kekuatan kami. Kesedihan anda, kesedihan kami. Penderitaan anda, penderitaan kami.

Tabahlah. Kami bersama anda.

Al fatihah untuk almarhum adik annisa.


SAMM Wilayah Persekutan

Wednesday, December 21, 2011

SAMM Pertahan Adam, Bersolidar Dengan SMM dan Kesian Kepada Pemuda Umno



Kenyataan Terbuka
21 Disember 2011

SAMM pertahankan tindakan Adam Adli dan kesian dengan Pemuda Umno yang tertipu alat propaganda sendiri

Solidariti Anak Muda Malaysia dengan ini menyatakan secara terbuka mempertahankan tindakan Adam Adli, 22 tahun siswa UPSI yang bertindak meminjam tiang bendera di PWTC untuk menaikkan panji gerakan mahasiswa. SAMM juga menyatakan solidariti bersama SMM memperjuangkan kebebasan akedemik.

Pertama yang perlu dilihat ialah isu kebebasan akedemik itu, tunjuk rasa mahasiswa pada 17 Disember lepas ialah untuk menuntut kebebasan akedemik di dalam negara ini. Jika regim Umno tidak campur tangan dan wujud kebebasan akedemik maka tunjuk rasa tersebut pasti tidak berlaku. Kehadiran kumpulan lebih 400 siswa di PWTC (Bangunan Umno) selepas mereka menghantar memorandum di SUHAKAM ialah selepas pimpinan Umno, Dato' Saifuddin Abdullah setuju menerima rombongan mereka untuk menghantar memorandum, malah beliau turut sudi berucap dalam himpunan tersebut memberikan jaminan bagi pihak Umno.

Semasa himpunan belansung, beberapa siswa telah bertindak meminjam tiang bendera di PWTC untuk menaikkan bendera gerakan mahasiswa. Namun tindakan ini telah difitnah oleh Utusan Malaysia dengan menambahkan perkataan pijak , koyak dan seumpamanya. Ini merupakan amalan biasa bagi alat propaganda Umno ini untuk menimbulkan kemarahan orang ramai. Namun malangnya pemuda Umno sendiri yang telah termakan penipuan alat propaganda mereka sendiri dengan mengeluarkan amaran tidak bertamadun.



Ketahuilah tiang bendera itu hanya dipinjam hanya 5 - 10 minit sahaja dan kemudian kumpulan mahasiswa yang sama menaikkan semula bendera asal seperti sediakala. Cuma dalam 6 tiang bendera kenapa mahasiswa menurunkan bendera Najib Razak itu kena difikirkan ia mungkin saja manifestasi anak muda yang sudah muak dengan Najib itu sendiri.

SAMM mengecam tindakan pemuda Umno yang menggunakan gangster sehingga membawa ugutan ke rumah ibubapa Adam di Pulau Pinang. Adam diugut dalam media baru termasuk sms, panggilan telefon. Setelah berjumpa Adam saya nasihatkan Adam membuat laporan polis. Pada 19 Disember lepas saya hadir untuk menyokong Adam ke Bukit Aman untuk membuat laporan dan berbincang dengan polis. Kami diterima baik oleh Tuan Foo dari Bukit Aman. Selepas selesai Adam terus memberikan kenyataan ringkas di depan wartawan yang sedang menunggu di luar.

Sejak dari turun kereta hingga masuk ke kawasan Bukit Aman hingga keluar semula kami diekori oleh sekumpulan lelaki yang saya kenali antaranya anggota polis ada beberapa orang memakai topi berjenama senjata api. Ketika Adam selesai memberikan kenyataan seorang lelaki yang bertopi berjenama senjata api yang bersama dengan kumpulan polis terbabit terus menyerang Adam. Namun cubaan mencederakan Adam berjaya dielakkan apabila beberapa teman bertindak menolak lelaki tersebut.

Percayalah jika lelaki yang menyerang Adam itu dibalas dengan asakkan fizikal dari pihak SAMM mahupun mahasiswa SMM, pastinya polis yang betul-betul berada disekitar sidang media itu akan terus membuat tangkapan ke atas kami. Jika berlaku sedemikian, maka ia pasti mengalih perhatian dari isu sebenar terutamanya dari sudut persepsi. Mujurlah SAMM dan SMM tidak termakan provokasi yang berniat untuk terus merosakkan nama baik mahasiswa. 

Malangnya polis yang ramai hanya melihat kejadian tersebut. Suspek cukup dikenali kerana polis turut memanggil namanya sebagai 'lan'. Bukan sengaja meletakkan curiga kepada polis dengan kejadian ini tetapi sehingga hari ini laporan polis ugutan terhadap Adam turut tidak dilayan. Semalam seharian Adam terpaksa 'berulang hubung' antara IPD Dang Wangi dan IPD Tanjung Malim kerana tidak ada pegawai penyiasat untuk laporan polis beliau. Maka sehingga jam 8 malam Adam keluar dari Balai HS Lee tanpa ada pegawai penyiasat sedia mengambil kesnya.

Tidak cukup dengan ugutan gangster, Umno turut membuat demonstrasi di depan UPSI (maknanya umno juga sudah mengiktiraf aksi jalanraya) untuk mendesak Adam dibuang pengajian. Begitulah Umno yang terperangkap dengan pemikiran politik lama berdepan dengan kebangkitan anak muda khususnya mahasiswa.

Tiba - tiba dalam kes Adam ini Umno merujuk budi bahasa dan seumpamanya, tetapi bagaimana pula dengan tindakan proksi Umno menghantar kek tahi kepada ketua menteri dan kakitangan awam atau tindakan pemuda kencing digambar Tuan Guru Hj Hadi dan Tuan Guru Nik Aziz.





Gambar atas ialah tindakan kurang ajar pemuda yang digunakan dengan bangga di blog - blog umno gambarnya. manakala dua gambar berikut ialah tindakan (ahli) Umno menghantar kek tahi ke ketua menteri Pulau Pinang, kemudian dia memotong kek tersebut dan sajikan kepada kakitangan awam. Kecewa kek tahinya tidak ada yang ambil akhirnya dia sendiri makan kek tersebut. Tindakan hina ini bukan kali pertama sebelum ini proksi Umno pernah hantar pakaian dalam juga kepada kakitangan awam di KOMTAR, Pulau Pinang. Namun Umno, utusan dan lain - lain tidak melihat ini sebagai menghina malah ia dianggap tindakan beradap dan hero.






Beberapa tahun lepas SAMM pernah muncul didepan Pejabat Perdana Menteri untuk secara 'terhormat' menghantar kek 'elok' sempena hari ulangtahun kelahiran Altantuya bagi mengingatkan mengenai kejadian kejam pembunuhan yang berkaitan dengan penyelewengan pembelian alat pertahanan negara. Namun polis telah bertindak kasar dan menangkap serta menahan kami dalam lokap. Salahkah jika dikatakan tindakan dan istilah mengancam keselamatan itu terpilih berdasar faham parti politik ?

Polis diminta bersikap profesional. Jika Adam Adli salah sila dakwa dia berdasar undang - undang tak kisah lah jika ada akta menurun bendera dakwanya. Sebagai anak muda seharusnya ketika dia melakukan perkara tersebut dia juga harus sedia berdepan risikonya.

Kepada rakyat lihatlah cara tidak bertamadun Umno berdepan dengan tuntutan rakyat. Jika apa-apa berlaku kepada Adam maka Najib presiden Umno yang membiarkan budaya ugutan dan gansterisma dalam umno ini terus dilindungi harus bertanggungjawab. Khairy Jamaluddin selaku ketua pemuda Umno menyatakan pendirian sama ada dia bersetuju cara pemuda Umno membuat ugutan termasuk membuat rakaman video ugutan atas nama pemuda Umno.

Kepada anak muda terus bangkit, jangan takut. Ketika hujung usia regim di Mesir dan dibanyak negara , gerakan rakyat bukan sahaja berdepan dengan tindakan polis/tentera melindungi regim tetapi berdepan dengan gangster upahan yang takut pelindung mereka hilang kuasa.

Bersatulah semua gerakan rakyat untuk menumbangkan regim. Ayuh sama kita kibarkan bendera kebersamaan dalam perjuangan dengan mengenepikan perbezaan.

Bersekutu mendesak perubahan, Asalkan Bukan Umno.

che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia.
www.anakmudamalaysia.com

Tuesday, December 20, 2011

Bila @Armand_PJU dan Pemuda Umno Seantero Malaya Kena 'ayam' Dengan Mahasiswa!!





Ingat!! Sebelum Awak Guna Facebook, Awak Guna Myspace!!!
Sebelum Myspace awak guna Friendster!!!

=

Ingat siapa yang buat jalanraya, buat balairaya, buat sekolah, buat hospital, buat highway, buat tol...

Implikasi Serangan Terhadap Adam Adli di Bukit Aman





Inilah sipolan yang menyerang Adam Adli... Apakah implikasi sekiranya serangan berbentuk fizikal ini dibalas fizikal?

Videonya di bawah. credit untuk AntaraPos.com




Apakah Bukit Aman tidak lagi aman?

Walaupun kejadian berlaku di depan Ibu Pejabat Polis diraja Malaysia Bukit Aman, namun tiada langsung tindakkan susulan dari pihak polis. Beberapa pegawai polis yang berada di tempat kejadian hanya berdiam diri seolah-olah sipulan yang menyerang mahasiswa itu adalah salah seorang dari mereka.

Sudah lupakah ikrar pihak berkuasa untuk menjaga keselamatan awam? Dalam klip video di atas kita dapat lihat Chegubard beberapa kali meminta pihak polis mengambil tindakkan tetapi tidak diendahkan. Demi keselamatan, sepatutnya pihak berkuasa menahan sipolan yang menyondol tak tentu pasal itu supaya tiada ruang untuk kejadian yang tidak diingini berlaku.

Kita masih ingat sebelum perhimpunan Bersih sampai ke tarikhnya, ramai orang awam yang ditahan hanya kerana mengenakan baju kuning bertulis Bersih. Namun hari ini ketika ada asakkan fizikal dari seseorang yang jelas bertindak di atas faktor Umno, tiada pula tanda-tanda sipolan itu ditahan malah dibiarkan bersahaja. Apakah tiada akta untuk menahan seseorang yang menyerang individu lain? Berhimpun secara aman adalah lebih bersalah daripada menyerang seseorang di Bukit Aman.

Ini satu provokasi terancang! Namun malang bagi pihak yang merancang, provokasi yang dijual itu tidak dibeli oleh komrad SAMM mahupun gerup mahasiswa yang berada di situ. Percayalah jika sipolan yang menyerang itu dibalas dengan serangan fizikal dari pihak SAMM atau mahasiswa SMM, pastinya polis yang betul-betul berada disekitar sidang media itu akan membuat tangkapan. Mereka bersedia untuk menangkap 'Asalkan Bukan Umno'! 

Akhirnya media milik mereka memuntahkan berita yang bertajuk "Mahasiswa ganas ditangkap" atau "Bukit Aman dicemari anasir berniat jahat". Ini strategi lapuk yang mudah dibaca. Kami bukan mahu keganasan, tapi kami mahu yang ganas-ganas ini ditangkap, disumbat ke lokap dan disiasat di bawah akta yang diperuntukkan. Ini termasuklah juga tindakkan terhadap 'panglima' yang secara terbuka membuat ancaman terhadap Adam Adli.

Justeru, tindakan bijak untuk hanya mempertahankan diri dan tidak mempedulikan sipolan yang menyondol itu adalah yang terbaik ketika pihak yang sepatutnya menjaga keselamatan acap kali diragui polisinya dalam menjalankan tugas. Sesungguhnya pendekatan 'gengsterism' dan ugutan adalah kelangsungan politik pihak terdesak untuk terus berkuasa terutamanya bagi menyekat anak muda dan mahasiswa daripada berada di landasan tepat untuk menjana perubahan total!

Di kesempatan ini juga, Edyes mengucapkan syabas dan tahniah kepada Mahasiswa yang bergerak di atas gerakan BEBAS, yang berani bertanggungjawab di atas tindakkan simbolik menurunkan gambar Najib. Walaupun ditekan oleh pelbagai pihak kaki bodek Umno supaya memohon maaf, mahasiswa tetap dengan pendiriannya untuk tidak tunduk kepada si pembodek ini. Menurunkan gambar Najib adalah menifestasi mahasiswa yang harus disambut oleh semua mahasiswa matang yang inginkan hak kebebasan untuk menjadi tunjang berkualiti. Keberanian ini wajar dipuji.

Kepada mereka yang berniat untuk menyerang Adam Adli atau mana-mana mahasiswa yang seangkatan dengannya, lupakanlah hasrat itu kerana ia tidak mungkin melumpuhkan semangat kebangkitan mahasiswa. Hari ini gambar Najib diturunkan oleh mahasiswa, tidak mustahil suatu masa nanti jika mahasiswa terus ditekan, dikurung dan dihimpit, maka mahasiswa sendiri menjadi pencetus jatuhnya regim Najib.

Pemansuhan AUKU, Akta 555 dan 174 , mengembalikan autonomi mahasiswa dan kampus serta kebebasan akademik, ini semua adalah perlawanan hak mahasiswa! Siapa lagi yang akan menjadi teras solidariti ini jika bukan mahasiswa ! Ayuh mahasiswa, terus bangkit dan LAWAN !!


EDYES @ edyesdotcom
Pengarah Propaganda SAMM


Monday, December 19, 2011

AntaraPos: Turun Bendera Najib - Adam Hampir Ditumbuk



KUALA LUMPUR, 19 DIS:  Mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris Adam Adli menjadi sasaran seorang yang marah dengan tindakan pelajar itu menurunkan bendera dengan gambar Datuk Seri Najib Tun Razak di ibu pejabat Umno Sabtu lalu.

Adam yang mengetuai Legasi Mahasiswa Progresif dilaporkan menurunkan bendera itu seketika Sabtu lalu sebagai membantah keputusan kerajaan untuk meminda dan bukan memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971.

Kekecohan berlaku petang tadi apabila Adam diiringi oleh wakil Solidariti Mahasiswa Malaysia, membuat laporan polis di Bukit Aman tiba-tiba diserbu oleh seorang yang tidak dikenali.

Adam ke Bukit Aman untuk membuat laporan polis selepas mendakwa beliau menerima ugutan setelah insiden Sabtu lalu.

Lelaki itu cuba menumbuk Adam tetapi beliau berjaya diselamatkan oleh rakan-rakan mahasiswa itu.

Lelaki itu kemudian memperkenalkan dirinya sebagai Ruslan Mokhtar kepada antarapos.com berkata beliau kesal dengan keangkuhan Adam dan pelajar yang berarak ke ibu pejabat Umno.

"Saya rasa dia (Adam Adli) kurang ajar sangat, kalau dia betul-betul anak Melayu. Dia sudah masuk ke bangunan UMNO, pergi ke bangunan UMNO perlu beradaplah... Jangan sampai hendak turunkan bendera Presiden UMNO.

"Lepas tu naikkan bendera dia. Ini sudah kurang ajar...bagi saya dia dah kurang ajar... saya seorang-orang cari dia, saya bukannya upahan samseng UMNO, semua itu tidak, sebab dia kurang ajar, kita akan cari dia, kata beliau.

"Dia tidak hendak minta maaf, kalau orang tua dia, kita buat macam itu, marah tak dia? Jadi bagi saya sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, saya cukup marah dengan apa yang dia buat tu," katanya.


EDYES Wrote:

Gambar kejadian masih gagal diperolehi, namun demikian terdapat beberapa pengamal media yang sempat merakam kejadian tersebut. Antara media yang buat rakaman ialah AntaraPos. 

Sama-sama kita tunggu video itu dipaparkan dan cuba kenal pasti siapa lelaki yang cuba bertindak di luar batasan undang-undang beberapa meter dari Ibu Pejabat PDRM Bukit Aman. Mujurlah Che'Gubard dan beberapa komrad SAMM berada di tempat kejadian dan halang daripada Adam Adli diapa-apakan.

Dipercayai juga, lelaki yang cuba tumbuk Adam Adli itu adalah salah seorang anggota polis, daripada kedudukkan dan panggilan rakan-rakan polis terhadapnya. Jika benar yang cuba menumbuk itu adalah polis, maka tidak hairanlah apabila kita lihat pihak polis hanya buat tak endah dalam insiden cubaan mencederakan mahasiswa itu.

Kepada sesiapa yang terlepas kapal untuk melihat antara detik kejadian bendera Najib diturunkan, sila klik di sini

Di bawah pula adalah quote Adam Adli;
"saya dan seluruh mahasiswa sedia minta maaf hanya jika AUKU, AKTA 555 dan AKTA 174 dimansuhkan, AUTONOMI MAHASISWA dan KAMPUS dikembalikan serta KEBEBASAN AKADEMIK diberikan kepada ahlinya.." ~ Adam Adli, Bukit Aman, 19.12.11
Semoga keberanian Adam Adli dan seluruh angkatan gabungan mahasiswa BEBAS menjadi pedoman terbaik kepada mahasiswa seluruh negara, supaya bangkit menentang penindasan ke atas mahasiswa itu sendiri!!

Video kenyataan mahasiswa BEBAS dan SMM klik di sini . Mahasiswa tidak tunduk meminta maaf walaupun diugut untuk berbuat demikian.

Mahasiswa di Malaysia harus jadi pencetus, dan pencipta sejarah!!


EDYES @ edyesdotcom
Pengarah Propaganda SAMM

Video: Kami buat cara beradab! Tiada Keperluan Untuk Minta Maaf

Sidang Media di Bukit Aman Kecoh - Cubaan Tumbuk Adam Adli Berjaya Dihalang!!

Berikut adalah tweet dari CheGuBard;
"sidang media di Bkt Aman kecoh bila ada lelaki cuba tumbuk Adam Adli tp brjaya ditolak... Polis cuma pandang saja.."

Gambar akan diusahakan kemudian...

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

SEGERA ke Bukit Aman - Kemunculan Adam Adli





Sidang Media : Kemunculan Adam Adli (mahasiswa yang kononnya dituduh turun bendera Najib di PWTC)

Tarikh : 19 dis (hari ini)
Masa : 2.00ptg
Tempat : Pintu Utama Bukit Aman PDRM


Kehadiran pengamal media amat dialu-alukan.

Pertanyaan 0176688404 che'GuBard SAMM

PS: Ayuh pertahan Mahasiswa BEBAS dari ancaman samseng peludah...


AWAS! Umno Meludah !


Sila berhati-hati dan lajukan kenderaan anda...

Sunday, December 18, 2011

Video Arman: '1176 Dislike' Dalam Masa Beberapa Jam...




Kepada sesiapa di antara kita yang belum tonton, sila tonton dan jangan lupa sediakan tisu sebab anda akan gelak-gelak sampai terbit air mata...

Aku malas nak jawab apa-apa mengenai video caples nie... cukuplah sekadar menampal statistik di atas di mana jumlah 'dislike' yang beribu itu menjadi ukuran betapa meluatnya orang ramai terhadap panglima-mata-buntang-bila-nampak-bumbum nie... Ini semua cerita nak bodek supaya dapat jadi calon, aku takmo campur...

Nak tengok video tu, klik di sini... jangan lupa kasi dislike sekali tanda solidariti... nie kat bawah nie pulak aku tampalkan sebuah video ehsan daripada jeming hase...



kah kah kah kah... ini panglima apa bahasa dia cakap...??

Panglima konon... kah kah kah... kot tau dek tukar tiub nie...


EDYES @ edyesdotcom

Saturday, December 17, 2011

Lagi MELATOP!! Mahasiswa Serang Umno di PWTC!! Gambar Najib Diturun, Diganti Bendera #HimpunanBEBAS !!



Tahniah!! Syabas!!

Mahasiswa negara telah melangkah setapak lagi!! Lebih berani !!

Mahasiswa tidak lagi berselindung!! Mahasiswa kini dalam posisi menyerang !! Keberanian Mahasiswa 17 Disember menjadi sejarah!!

Tengah hari, beberapa jalanraya di bandaraya Kuala Lumpur 'ditawan' Mahasiswa... Petangnya pula, PWTC sarang Umno pula diserang Mahasiswa !! Semangat ABU menular di jiwa anak muda Mahasiswa!! Asalkan Bukan Umno adalah satu jawapan untuk membebaskan Mahasiswa!! #HimpunanBEBAS hari ini membebaskan kerangka yang mengongkong mahasiswa!!

Mahasiswa! Kamulah pejuang sebenar mengorak kebangkitan rakyat !! Di mana-mana pun, regim akan tumbang di tangan anak muda dan mahasiswa !!

Syabas kepada gerakan asli anak muda mahasiswa !! Inilah kebangkitan dan tunjang kekuatan yang bakal menumbangkan regim kuku besi !!

Solidariti buat mahasiswa !!









Sumber Gambar: Twitter MahasiswaMsia

Lagi gambar Mahasiswa kuasai jalanraya di Kuala Lumpur di sini, dari Masjid Jamek ke Suhakam, dan seterusnya ke PWTC!!

EDYES
Pengarah Propaganda SAMM
www.anakmudamalaysia.com


Meletop!! Mahasiswa Kuasai Jalanraya di K.Lumpur!! #HimpunanBEBAS












Akan diupdate lagi! Di fahamkan anak muda Mahasiswa ini sedang menurunkan bendera NAJIB RAZAK dan menaikkan bendera #HimpunanBEBAS !!


Hantu FLOM FLOM !!




kah kah kah kah kah... AKU SONGLAP GAMBAR NIE DARI TUKAR TIUB... kah kah kah kah kah


kah kah kah... SORANG BUDAK MACAM NAMPAK HANTU... SORANG LAGI DAH NAMPAK... YANG TENGAH SALAM TU GIGIL BEB!! kah kah kah kah kah...


kah kah kah... PENYAKIT TUKAR TIUB MENULAR DALAM JIWAKU... kah kah kah


kah kah kah... hantu FLOM FLOM... JANGAN KACAU AKU... kah kah kah...

Mkini: Asalkan Bukan Umno bergema lagi


Gerakan Asalkan Bukan Umno (ABU) yang menjadi sebutan menjelang pilihan raya 2008 kembali meraih perhatian dalam acara sulungnya di tapak markas tarbiah PAS, Taman Melewar malam tadi.
Sebelum ini, ABU hanya dikenali melalui contengan grafiti di dinding dan tembok sekitar Kuala Lumpur dan juga cakap-cakap di kedai kopi.

Ceramah pertama yang dijalankan malam tadi bagaimanapun mula menampakkan bentuk "Gerakan Rakyat Membebaskan Malaysia Dari Cengkaman Umno/BN" ini.
Program ceramah rakyat itu membariskan wakil daripada golongan masyarakat yang rata-ratanya menyuarakan kekecewaan terhadap Umno dan BN serta menyeru supaya parti berkenaan tidak lagi dipilih dalam pilihan raya akan datang.

Bekas pemimpin muda PKR, Badrul Hisham Shaharin yang bertindak sebagai pengerusi ceramah berkata, ABU bukanlah satu pergerakan politik tetapi satu "semangat dan iltizam rakyat untuk menghumbankan Umno."

NONE"Ia bukan milik sesiapa," katanya lagi yang menambah, gerakan itu juga tidak mempunyai pemimpin tapi bergerak atas semangat sama untuk mengundi selain Umno dan BN.
Antara pemimpin politik yang ditampilkan dalam ceramah berkenaan ialah naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, presiden Gerakan Masyarakat Sivil Malaysia (MCLM), Haris Ibrahim, setiausaha agung PSM, S Arutchelvan dan juga wakil SAPP, Benny Loh.

Mahfuz dalam ucapannya di ceramah berkenaan berkata, kempen ABU itu membawa semangat sama yang menghumbankan parti Liberal Democratic Party di Jepun pada pilihan raya di negara berkenaan dua tahun lalu.

ABU seperti di Jepun
Katanya, LDP tidak ubah seperti Umno yang membentuk kerajaan secara berterusan di negara berkenaan selama 54 tahun.

Anehnya, ramai yang memilih untuk tidak menyokong LDP pada pilihan raya 1999 berbuat demikian tanpa mengetahui dasar dan juga tawaran oleh parti alternatif – Democratic Party yang baru dibentuk setahun sebelum itu.

NONE"Bila ditanya (sebab undi Democratic Party), pengundi kata 'oh asalkan bukan LDP," kata Mahfuz lagi.
Beliau turut menyeru supaya para hadirin berkenaan tidak termakan dengan kebimbangan yang ditimbulkan Umno bahawa Malaysia akan hilang kemajuan sekiranya kerajaan berubah.

Katanya, ekonomi Jepun yang jauh lebih maju daripada Malaysia tidak terjejas walau kuasa politik itu berubah kepada parti baru.

"Takkanlah mereka tidak terfikir bahawa mereka akan hilang kemajuan jika buat perubahan," soalnya lagi.

Bagaimanapun, fokus utama program itu ialah luahan perasaan daripada rakyat biasa yang diangkat ke pentas ceramah berkenaan, kata Badrul Hisham.

Antaranya ialah seorang pekerja kilang, Zuraidi Abdullah yang membangkitkan mengenai masalah yang dialami oleh pekerja industri yang tidak dilindungi gaji minimum dan juga manipulasi oleh majikan dalam kontrak kerja.

"Gaji RM600 memang tak cukup untuk tampung kos sara hidup hingga pekerja terpaksa kerja lebih masa. Mereka akan berada lebih 12 jam di tempat kerja," katanya pemuda dari Melaka itu lagi.
'Akta tak bermaruah'

Isu berkenaan turut diulas oleh seorang aktivis pekerja, Jaafar Malik yang mempertikaikan langkah kerajaan untuk membiarkan majikan menetapkan gaji pekerja mengikut harga pasaran.

NONE"Harga pasaran itu apa? Adakah kita ini sama dengan kobis? Sama dengan cili? Sama dengan lembu?," katanya yang disambut gelak ketawa daripada lebih 700 orang yang hadir.

Setidak-tidaknya kerajaan perlu merangka dasar gaji minimum sekiranya tidak mampu untuk membuat akta khusus, kata Jaafar (foto kiri).

"Tapi ini dasar pun tak boleh diwujudkan," tambahnya yang memuji langkah Selangor berhubung penetapan takah RM1,500 untuk gaji minimum kakitangan kerajaan negeri itu.

Anggota exco Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia itu juga menyamakan langkah kerajaan untuk memperkenalkan sistem kontraktor tenaga kerja melalui pindaan Akta Kerja 1955 dengan sistem dalam industri seks.

"Strukturnya mudah. Ada bapa ayam dan ada anak ayam, itulah dia kontraktor pekerja.
"Anak ayam yang kerja dan bapa ayam dapat hasil, jadi memanglah akta ini tak bermaruah," katanya lagi yang mahu pekerja mengadakan demonstrasi besar pada Februari depan untuk membantah pindaan berkenaan.
'Hancurkan Umno'

Turut mencuri perhatian ialah seorang kontraktor binaan, Yusof Tapa, yang mendakwa telah menghadapi masalah untuk mendapatkan kontrak apabila tidak lagi bersama Umno.

NONE"Orang Umno ini tak boleh tengok orang senang," katanya yang mendakwa telah disenarai hitam daripada menerima projek sejak tiga tahun lalu.

Namun, beliau tetap berjaya mendapatkan dua projek melalui lesen kontraktor rakan-rakannya dan akan menyelia projek di jalan-jalan berkenan.

Perkara itulah yang menimbulkan kemarahan pihak tertentu yang menimbulkan pertanyaan: "Apa pasal Yusof Tapa duduk tepi jalan, dia dapat kerja ke?"

Sedangkan, beliau mendapat projek berkenaan melalui saluran yang betul, kata bekas pemimpin di satu bahagian Umno Negeri Sembilan itu.

Perkara itu menunjukkan bahawa pemimpin berkenaan Umno, yang juga menjawat jawatan dalam  perbadanan negeri, bukanlah berjuang untuk kepentingan Melayu tetapi untuk kepentingan kroni mereka sendiri, kata Yusof.

"Jadi kalau ada yang masih dengan Umno kita tinggalkanlah. Kita sertai Pakatan Rakyat, kita kempen untuk hancurkan Umno," katanya lagi.

Thursday, December 15, 2011

Mengapa '#AsalkanBukanUmno' di Kelantan? #ABU

Sidang Media Pelancaran ABU di Kelantan 9 Disember

 

Masa    : 3.30pm
Tempat  : Hotel Raudah, Kota Bharu, Kelantan

1. Gerakan Bertindak Royalti Rakyat Kelantan (GEGAR)
2. Forum Anak Muda Kelantan (AMUK)
3. Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM Kelantan)
4. BERSIH Kelantan
5. Subway Photographer
6. Dewan Pemuda PAS Kelantan               
7. Angkatan Muda Keadilan Kelantan 

Mengapa 'Asalkan Bukan Umno' di Kelantan ?

Di Peringkat Negeri Kelantan pula, kita dapat saksikan betapa hampir 24 tahun Rakyat & Negeri Kelantan dinafikan haknya dari segi pembangunan dimana semenjak pemerintahan bertukar tangan dari UMNO/BN kepada PAS, 118 projek Pembangunan bermula dari RMK-5 sehingga RMK-10 telah disekat oleh UMNO/BN yang menerajui Pentadbiran Kerajaan Pusat.

Selama hampir 24 tahun juga Rakyat Kelantan telah dinafikan haknya dari segi pembangunan infrastruktur apabila Jalanraya-Jalanraya utama yang penyeliaannya berada dibawah kawalan Kerajaan Pusat tidak diselenggara dengan baik malah Permohonan Kerajaan Negeri untuk mendapatkan Peruntukan bagi pemulihan dan pembinaan lebuhraya yang lebih baik untuk kemudahan Rakyat Kelantan juga diabaikan oleh UMNO/BN yang menerajui Kerajaan Pusat.

Begitu juga dalam isu Air Kelantan yang pada akhir-akhir ini dimainkan oleh UMNO/BN dan Semua Rakyat Negeri Kelantan juga perlu ingat bagaimana Hasil Bumi Negeri Kelantan iaitu Petrolium dan Gas dirompak dan dinafikan hak Royaltinya dengan pelbagai alasan yang tidak masuk akal berbeza dengan 3 Negeri lain dibawah kekuasaan UMNO/BN (Sabah, Sarawak dan Terengganu) yang menikmati pembayaran Royalti dari Hasil Bumi Petrolium dan Gas Negeri masing-masing. 

Nota dari Blogger NGI


Mengapa ABU harus menjadi asas dalam memilih ketika pilihanraya yang akan datang?

Jasa sesuatu pemerintah bukan pertimbangan untuk mengekalkan mereka. Itu adalah tanggungjawab mereka. Mereka yang datang dan menawarkan diri. Gaji mereka dibayar oleh rakyat. Mereka adalah kuli dan pekerja kepada rakyat.

Apabila “Asal Bukan UMNO” (ABU) ini menjadi kenyataan, maka, pemerintah yang baru adalah pemerintah yang berasa takut kepada rakyat. Mereka berasa tidak selamat untuk melakukan kejahatan kerana pemerintah yang baru adalah pemerintah yang bila-bila masa boleh dijatuhkan rakyat kembali.

Untuk kontek Kelantan, asas atau falsafah ABU harus menjadi pertimbangan kerana :

1. Hasil bumi Kelantan yang dirompak dari Kelantan. Diagih-agihkan kepada negeri-negeri UMNO yang boros dan rasuah. Antara hasil bumi Kelantan ialah petroleum, gas, pengambilan hutan Kelantan untuk dijadikan Taman Negara tanpa bayaran royalti, dan sebagainya.

2. Sabotaj Kelantan dalam belanjawan negara setiap tahun. Cukai dipungut dari setiap peluh anak Kelantan. Hasil bumi dikaut dari setiap inci bumi Kelantan. Tetapi, dimansuhkan negeri Kelantan dalam setiap kali belanjawan negara dibentangkan.

3. Dakwaan kepada memonopoli, ugut dan penipuan gred kepada petani-petani Kelantan. Padi, beras dan kelapa sawit.

4. Dakwaan kepada mengugut pentadbiran awam Kelantan. Dengan tindakan tukar ke luar daerah atau daerah yang sukar.

5. Pemulauan terhadap pendidikan anak Kelantan. Sekatan bantuan terhadap institusi pondok agama dan sekolah agama rakyat (SAR).

6. Isu kedaulatan Negeri Kelantan. UMNO/BN gagal menjawab dakwaan sesetengah pihak bahawa projek pemberian IC kepada warga Thailand, sekaligus menjadikan mereka dwi warganegara dan boleh mengundi untuk menentukan hidup mati anak peribumi Kelantan.

7. Dakwaan terhadap sabotaj pembinaan janakuasa elektrik pada tempat-tempat tertentu, dimana ianya bertujuan menghalang rakyat Kelantan mendapat kemudahan air yang sempurna.

8. Projek-projek kerajaan pusat yang dilewat-lewatkan. Ada yang dimansuhkan. Bertujuan menghukum keputusan demokrasi rakyat Kelantan.

9. Membenarkan UMNO sendiri, MCA dan MIC memburuk-burukkan dan menghina hudud yang terkandung dalam Al-Quran.

9 perkara ini adalah antara hujah mengapa falsafah ABU wajib digunakan dalam pertimbangan mengundi di pilihanraya kelak. Kami menyeru kepada seluruh rakyat Kelantan khasnya, Malaysia umumnya, supaya mendapatkan satu suasana pilitik baru yang lebih segar, terbuka pada masa akan datang dengan menjatuhkan UMNO/BN.

Sesuatu keuntungan yang tidak ternilai kepada rakyat adalah apabila mendapat satu pemerintahan yang sangat takut kepada rakyatnya sendiri.

Dengan ini juga, kami mengumumkan pada 15 Disember 2011 ham 8.30 malam, satu forum terbesar ABU akan diadakan di Markaz PAS Taman Melewar, Kuala Lumpur. Sekian, terima kasih. - Aduka Taruna
ABU - Satu sebab untuk terus lawan !
EDYES
Pengarah Propaganda SAMM