Friday, April 10, 2009

Korang Tak Kesian Ke ??


“Saya tidak mempunyai sebarang sebab untuk mencederakan apatah lagi mengambil nyawa mangsa dengan begitu kejam. Saya merayu kepada mahkamah yang kini berada di dalam kedudukan dan mempunyai kuasa untuk menentukan hidup dan mati saya, agar tidak menghukum saya sekaligus menyempurnakan perencanaan mereka terhadap saya.”

Demikian kata Cif Inspektor Azilah Hadri pada 4 Feb lalu sambil membacakan nota bertulis. Beliau yang mula memberi keterangan pada 15 Jan lalu , berkata dia tidak mempunyai sebarang motif untuk membunuh dan melenyapkan wanita itu sebaliknya tujuan dia berjumpa dengannya (Altantuya) hanya untuk menasihati Altantuya secara lembut supaya tidak mengugut Abdul Razak dan tidak membuat kecoh di rumah penganalisis politik itu.

Azilah juga memberitahu mahkamah dia diarahkan oleh seorang anggota polis atasan, DSP Musa Safri untuk membantu Abdul Razak dan tidak mungkin melakukan perbuatan “bodoh” (membunuh) itu apatah lagi dia adalah anggota polis.

Pembelaan Sirul Azhar pula amat mengejutkan kerana dia bukan sahaja dilihat mengalirkan air mata, malah kenyataannya bahawa dia sekadar kambing hitam yang harus dikorbankan, amat menyentuh perasaan.

Kes ini bukan sahaja dilabelkan sebagai perbicaraan yang paling panjang (159 hari) dengan mengemukakan 84 orang saksi di peringkat pendakwaan dan dua saksi (tertuduh sahaja) ketika pembelaan, tetapi merupakan kes utama mahkamah selama dua tahun (sebelum Abdul Razak bebas).

Mengikut rekod, Azilah ditahan di penjara Sungai Buloh selama 891 hari manakala Sirul Azhar ditahan selama 895 hari.

Semalam Mahkamah Tinggi Shah Alam telah menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar selepas mereka didapati bersalah terhadap tuduhan membunuh Altantuya Shaariibuu.

Kedua-dua anggota Unit Tindakan Khas (UTK) itu didapati bersalah membunuh wanita muda Mongolia itu, 28, di antara Lot 12843 dan Lot 16735 Mukim Bukit Raja dekat Shah Alam antara jam 10 malam 19 Oktober dan 1 pagi 20 Oktober 2006.

Sebelum ini, mereka dibicarakan bersama-sama pengarah eksekutif Pusat Penyelidikan Strategik Malaysia (MSRC), Abdul Razak Abdullah Baginda, 48, yang dituduh bersubahat membunuh Altantuya.

Bagaimanapun pada 31 Oktober lalu, penganalisis politik itu dilepaskan dan dibebaskan tanpa perlu membela diri setelah pihak pendakwaan gagal membuktikan elemen penting dalam pertuduhan bersubahat (sumber dipetik laporan agensi berita). - azm/mks


Edyes wrote:

Apakah motif pembunuhan ini. Setiap kes pembunuhan pasti mempunyai motif. Takkan tiba-tiba dua orang polis yang berpangkat nak bunah seorang wanita? Sepatutnya polis bertugas sebagai penyelamat, bukan pembunuh. Atau polis-polis ini menyelamatkan seseorang yang lebih penting dari wanita Monggolia ini?

Siapa tahu motif pembunuhan Altantuya? Mengapa Altantuya dibunuh? Siapa yang akan menjawab persoalan ini selepas Azilah digantung dan kemudiannya kes ini luput dari ingatan begitu sahaja.

Macamana pulak dengan C4? Siapa yang bagi access untuk dapatkan C4? takkan Azilah beli C4 tu kat Danok semata-mata untuk bunuh altantuya?

Adakah pembunuhan tu berlaku atas kerelaan Azilah atau diarahkan untuk berbuat demikian?

Saya tak kira walau siapa pun yang bersalah, saya tak kira walaupun bukan Najib yang bersalah. Apa yang saya kira ialah, persoalan-persoalan itu DIJAWAB !

Sila klik dan baca sampai habis entri abg beca kita nie. Di sini lebih jelas sepertimana yang saya maksudkan.

Jika kita waras, tentu kita tak puas hati dengan apa yang dah jadi.

7 comments:

abgBro said...

kesiannnn...

tapi habaq la terang2 sapa tuan kambing tuu..

Anonymous said...

Langsung tak kesian. Camne nak kesian? Deme duduk dalam topeng. Selalunya yang duduk dalam topeng ni alien. So teman langsung tak kesian. Teman kata padan muka ade. Allah dah jadikan deme manusia. Tapi deme suka jadi kambing. Bila lapar embekkk.... embekkkk....sampaile tuan bagi makan. Lepas tu belasah kebun orang, berak rata2. Kan dah kena cat hitam?

Unknown said...

rasenye kene wat semayang hajat la ramai2
jangan biar org teraniya jd kambing hitam pekat

Art Pokon said...

Kalau dah itu surutan ke tali gantung redho ajelah. Kalau depa berani, awat tak cerita kat makamah sapa suruh bunuh. ambik bom tu kat mana dan banyak lagi. Awat depa tu bodo sangatka. Muka pulak mahal sangat tak nak tunjuk, macam ada sesuatu.

?????????????????????????????

♥♥♥♥♥ Jennifer™® ♥♥♥♥♥ said...

your blog is very good

Anonymous said...

Oleh kerana anda"dikambung hitamkan' hukuman gantung tetap dijalankan dengan tempat anda diganti oleh dua ekor kambing hitam..anda selamat...Dan nama nama anda akan ditukar kepada MAT BLACKSHEEP DAN MAT BEK...

Edyes said...

Tapi... korang rasa yang akan ke tali gantung nanti betul-betul Azilah dan Sirul ke?

Muka depa pun hangpa tak pernah tengok... ntah2 yang digantung tu pesalah dadah ke... atau kambing ke....

yang aku betul betul kasihan ialah, aku kasihan dengan negara nie... aku kasihan dengan rakyat yang tertipu... terus terang cakap...