Monday, October 27, 2008

Menjimatkan Gaji 50ribu Kakitangan Kontrak Untuk Projek Apa?

Respon pengunjung berkenaan 50ribu kakitangan kontrak kerajaan bakal ditamatkan perkhidmatan ;

musafir kelana said...

Salam Sdr. Edyes,

Bagi saya, senario kegawatan ekonomi yang berlaku sekarang agak sulit untuk ditangani sekiranya pihak pemerintah tidak benar2 serius untuk mengatasi bahananya kepada masa depan rakyat. Krisis kejatuhan ekonomi global bukan sahaja akan menyebabkan kerugian2 di Bursa2 Saham, bahkan kesannya akan turut menyerang seluruh sendi2 ekonomi, politik dan sosial sesebuah negara, terutamanya negara2 yang turut sama berkecimpung dengan dasar2 kapitalis dalam pentadbiran mereka.

Inilah hakikat yang perlu ditelan oleh sekelian rakyat negara ini, di mana mereka perlu sedar bahawa ketidakstabilan ekonomi akan membawa pelbagai akibat ke dalam kehidupan mereka. Namun, sekiranya pihak kerajaan benar2 prihatin terhadap rakyat, sudah tentu mereka akan dapat menangani dengan baik segala kesan buruk yang berlaku itu. Pemerintah yang prihatin sudah tentu akan berusaha sedaya-upaya untuk mengurangkan beban kesusahan rakyat, dengan memperkenalkan pelbagai langkah proaktif untuk meningkatkan taraf ekonomi mereka. Selain itu, mereka juga akan memastikan perbelanjaan negara terurus dengan penuh berhemah dan mengelak dari berlakunya pembaziran. Umpamanya hanya projek2 yang benar2 perlu sahaja akan dipertimbangkan pelaksanaannya sesuai dengan kemampuan semasa ekonomi negara. Manakala, amalan2 negatif seperti korupsi, penyelewengan dana dsb sudah pasti akan dijauhi sama sekali dari lingkungan pentadbiran negara.

Bagaimanapun, realiti yang terjadi sekarang sangatlah berjauhan dari yang kita inginkan. Jelas sekali kerajaan BN hanya tahu mengambil jalan mudah dalam menyelesaikan sesuatu isu. Sikap sambil lewa mereka begitu terserlah apabila satu demi satu alasan dangkal dihadapkan kepada rakyat, terutamanya semasa menghadapi kemelut ekonomi mutakhir ini. Sebagai contohnya, timbul ura2 menyatakan nasib 50,000 orang pekerja akan menjadi gelap-gulita apabila kontrak mereka bakal ditamatkan kerajaan. Manakala sebab bagi penamatan kontrak itu pula dinyatakan berpunca dari prestasi kerja atau mutu perkhidmatan mereka yang rendah. Nah! Bukankah alasan ini sangat tidak munasabah?

Sekiranya kerajaan masih mahu bertegas dengan penilaian itu, soalan saya ialah kenapa baru sekarang ia dibangkitkan? Apakah selama ini iaitu sebelum krisis ekonomi berlaku, standard perkhidmatan 50,000 pekerja itu bagus dan memberansangkan? Sekiranya benar sekali pun bahawa rekod kerja mereka tidak memuaskan pihak kerajaan, bukankah zalim mengambil tindakan drastik begitu, lebih2 lagi dalam suasana getir seperti sekarang? Bukankah lebih elok sekiranya pekerja2 “bermasalah” itu diberi peringatan terlebih dahulu supaya mengubah sikap2 negatif mereka? Bukankah tindakan memecat/menamatkan kontrak perkhidmatan mereka sepatutnya menjadi pilihan terakhir pihak kerajaan, memandangkan iklim ekonomi yang tidak menentu ini?

Tidakkah kerajaan sedar sekiranya pemecatan itu benar2 terjadi, kenyataan ini tersangatlah pahit buat mereka. Ini kerana walau apa pun alasan pihak kerajaan, nasib para pekerja ini dan seluruh keluarga yang bergantung hidup kepada mereka tentunya akan terumbang-ambing tanpa pembelaan. Maka, bagaimanakah nanti mereka akan meneruskan kehidupan dalam dunia yang semakin mencabar ini? Lebih2 lagi tanpa sebarang pekerjaan dan gaji bulanan? Apakah sebenarnya yang cuba dibuktikan oleh pihak kerajaan dengan mengumumkan suatu keputusan tergesa2 begini? Di manakah keperihatinan terhadap rakyat yang kononnya selalu dicanang2kan oleh para pemimpin BN selama ini?

Kesimpulannya, pemimpin2 kerajaan BN sekali lagi telah membuktikan kepada rakyat, bahawa mereka adalah kelompok penguasa yang hanya tahu memikirkan tentang kesinambungan kuasa politik mereka. Mereka sanggup berbuat apa saja untuk mengekalkan kekuatan pengaruh mereka dalam segenap aspek pentadbiran negara. Dek kerana terlalu asyik mengejar agenda peribadi masing2, nasib rakyat marhaen sering dijadikan seperti barang2 taruhan. Mungkinkan keputusan menamatkan kontrak 50,000 pekerja itu dibuat semata2 untuk menjimatkan perbelanjaan kerajaan? Mungkinkah dana yang “dijimatkan” itu kemudiannya akan diperuntukkan pula untuk tujuan2 atau projek2 lain yang difikirkan lebih menguntungkan oleh pemimpin2 BN?

Sekiranya tanggapan ini benar, maka wajarkah 50,000 rakyat dan keluarga mereka akan dibiarkan kelaparan tanpa belas ihsan? Apakah pelaksanaan projek2 mega lebih penting dari tanggungjawab menjaga kebajikan rakyat? Apakah perut kroni2 dari syarikat2 korporat jauh lebih mulia dari perut2 rakyat jelata, sehinggakan kerajaan tergamak meminggirkan nasib rakyat bawahan dari pelan induk ekonomi mereka?

Akhir kalam, sampai bilakah fenomena pemimpin “membuli” rakyat akan dibiarkan berterusan di negara ini? Adakah rakyat Malaysia akan terus merelakan penganiayaan begini terhadap diri mereka dan anak cucu mereka seterusnya? Apakah masa depan yang boleh dijanjikan oleh kerajaan BN kepada rakyat sekiranya mereka dibenarkan terus berkuasa?

Marilah kita fikirkan bersama….

Wassalam.

2 comments:

Anonymous said...

Salam Sdr. Edyes,

Terimakasih kerana memberikan perhatian terhadap komentar saya di atas. Mungkin bagi sesetengah orang, keputusan yang melibatkan masa depan 50,000 pekerja ini sebagai isu kecil dan tidak perlu diperbesar-besarkan. Namun, saya merasakan fenomena ini sangat serius kerana ia melambangkan struktur pentadbiran negara yang sangat rapuh dan dibuat seolah2 melepaskan batuk di tangga sahaja.

Sebenarnya tindakan terburu2 begini bukan perkara baru bagi rakyat Malaysia. Baru2 ini kita sekali lagi dikejutkan dengan tindakan kerajaan yang sanggup “mengganggu” wang rakyat sebanyak RM5 Billion dari tabungan KWSP, semata2 untuk membantu syarikat korporat yang sedang terjejas dalam krisis ekonomi akhir2 ini. Memang telah terbukti sehingga kini, bahawa inilah antara amalan biasa kerajaan BN di saat2 iklim ekonomi mengalami zaman suramnya.

Kalau beberapa tahun dulu, budaya “mem-bail out” begini telah dilakukan atas arahan mantan PM Malaysia, tapi hari ini pemimpin2 mereka terus mengulangi kesilapan yang sama. Meskipun, terdapat suara2 rakyat yang membangkang namun semuanya dibiarkan tanpa pertimbangan sedikitpun. Bagi kerajaan BN, wang rakyat adalah “hak mutlak” mereka kerana mereka telah diberi mandat memerintah oleh rakyat. Maka, apa saja yang berada di bawah kekuasaan mereka adalah dianggap sebagai hak mereka. Mereka seolah2 tidak sedar bahawa wang rakyat yang diletakkan di bawah pertubuhan2/kesatuan2 tertentu itu adalah amanah yang perlu dijaga dengan sebaik2nya. Justeru itu, sebagai pemimpin tugas mereka adalah memastikan dana rakyat itu terurus dengan baik dan sudah tentu tidak boleh disalahguna untuk tujuan2 lain yang tidak menguntungkan atau menjejaskan nasib rakyat di kemudian hari.

Inilah antara sebab2 yang menimbulkan kegusaran kepada kita. Sekiranya amalan kerajaan menggunakan wang rakyat untuk mengatasi segala masalah yang berlaku, maka kita bimbang masa depan rakyat dan negara akan selalu dipertaruhkan di masa2 hadapan. Sepatutnya pemimpin2 BN perlulah peka kepada kehendak rakyat dan tidak sewenang2nya mengambil jalan mudah dalam semua perkara.

Sebagai pemimpin, kerajaan BN perlulah kreatif dalam mencari dana2 baru untuk meningkatkan sumber perekonomian negara. Mereka seharusnya menambah nilai kepada aset2 sedia ada dengan melakukan pelaburan2 yang mendatangkan keuntungan dsb. Manakala, penggunaan aset2 sedia ada seperti wang KWSP dsb perlulah dihindari terutamanya di masa2 kemelesetan ekonomi seperti hari ini, memandangkan apa saja harta/rezab yang ada hendaklah dikekalkan sebagai persediaan menghadapi hari2 mendatang yang masih belum tentu keadaannya. Ingatlah kata pepatah orang dulu2 “Sediakan payung sebelum hujan” dan “Walau terdengar guruh di langit, air di tempayan jangan dicurahkan”

Kesimpulannya, pemimpin yang baik tidak akan sekali2 menyusahkan rakyat dalam apa keadaan sekalipun. Walau apapun justifikasi kerajaan BN dalam tindakan2 mereka, yang pasti parti itu dibarisi oleh kebanyakan pemimpin yang lebih suka memikirkan periuk nasi sendiri dari tanggungjawab menjaga kebajikan rakyat.

Wassalam.

Edyes said...

salam sdr mk,

saya memberikan perhatian terhadap komen saudara sepertimana saya mengambil perhatian terhadap isu ini.

sedangkan saya yang bergaji ini pun terasa SESAK dengan keadaan ekonomi sekarang, bagaimana pula dengan mereka yang tiba-tiba ditamatkan perkhidmatan.

Bagaimana mereka nak menyara kehidupan mereka sendiri? bagaimana pula bagi mereka yang menyara ibu-bapa yang telah uzur? bagaimana pula dengan mereka yang dalam tempoh penting dalam membesarkan anak2?

Mereka-mereka yang saya sebutkan di atas tidak mustahil dalam 50ribu yang bakal dipecat!

Maka kualiti hidup itu akan jauh terpinggir dan percayalah, jenayah dan persundalan itu akan lebih berleluasa!