Wednesday, December 11, 2013

Catatan SAMM N.Sembilan, Selangor dan Wilayah - Misi #Save4PantaiTimur Trip ke 3

Catatan SAMM N.Sembilan, Selangor dan Wilayah - Misi #Save4PantaiTimur Trip ke 3

Berikut adalah catatan Misi SAMM ketiga untuk Bantuan Kemanusiaan #Save4PantaiTimur. Beberapa pusat pengumpulan bantuan bencana banjir dibuka selama beberapa jam di Senawang, Cheras dan Wangsa Maju pada 6-7 Disember.

SAMM N9 loading barang

7 Disember 6pm: Barangan bantuan yang dikumpul di Senawang mula dinaikkan ke dalam lori

Selesai mengisi barangan terkumpul di Senawang, konvoi SAMM N9 bergerak ke Kuala Lumpur bertemu SAMM Wilayah diketuai oleh Azmir Mustafa dan SAMM Selangor yang diketuai sdr Azif.

Lokasi seterusnya di tapak pengumpulan barangan bantuan di Cheras Baru Kuala Lumpur dan singgah di Petron Taman Melati untuk mengisi barangan yang dikumpul oleh SAMM Selangor dan Wilayah.

Bergambar sebelum bergerak ke Pantai Timur

7 Disember 10pm: Sesi bergambar sebelum memulakan perjalanan. Ketika bergambar, lori 3 tan sudah sarat dengan barang bantuan telah di'seal'

Perjalanan dimulakan dengan kekuatan 7 komrad diketuai oleh Sani Md Shah bersama Sheikh Yaser dan Niedzam Adzmi, sasaran awal untuk sampai di lokasi paling jauh dalam jadual iaitu Kemaman. Komrad SAMM Pahang dan SAMM Kemaman memberi kerjasama dalam soal memastikan jalan yang dilalui tiada halangan banjir dan boleh dilalui oleh lori dan pacuan 4 roda.

Krew Anak Muda Berhenti rehat di RnR Temerloh

8 Disember 12.30am: Komrad berhenti rehat di RnR Temerloh

Tiba di Kemaman dan menunggu SAMM Kemaman bawa ke pusat pemindahan banjir

8 Disember 5.30am: Tiba di Kemaman dan menunggu kelibat SAMM Kemaman untuk bawa barangan ehsan orang ramai ke pusat pemindahan banjir

Separuh dari barangan bantuan diturunkan di Kemaman. Ini kerana dilihat perkembangan bantuan di Kemaman amat menyedihkan. Difahamkan, bantuan sudah ada, namun barangan tersebut tidak boleh diagih sebelum ketibaan menteri dan VVIP.

Ketika ini juga, berita masuk mengatakan keadaan di Maran dan Temerloh agak membimbangkan. Ini kerana segala tumpuan bantuan dituju ke Kuantan dan selebihnya Kemaman, maka belum ada bantuan di Temerloh dan Maran yang merupakan kawasan banjir yang baru.

Justeru itu, Konvoi bantuan SAMM akan menyusur terus ke Maran.

Barang diturunkan di Maran

8 Disember 10am: Barang diturunkan di Pusat Bantuan Mangsa Banjir Maran

Lokasi terakhir di Temerloh

8 Disember 2pm: Lokasi terakhir penurunan barang bantuan bertempat di Temerloh.

Mengikut jadual asal, sepatutnya kehadiran komrad SAMM dalam trip ketiga ini disusuli dengan operasi pembersihan. Namun keadaan banjir masih belum surut sepenuhnya di kebanyakkan tempat dan masih lebih 30 ribu mangsa banjir masih ditempatkan di Pusat Bantuan Mangsa Banjir.

SAMM merancang untuk satu konvoi lebih besar di mana satu operasi besar–besaran menggerakkan sukarelawan SAMM seluruh semenanjung Malaysia memberi bantuan kepada SAMM Terengganu dan SAMM Pahang pada 13 – 15 Disember ini bagi membantu kerja – kerja membersihkan rumah mangsa.

Sila klik di sini untuk berita dan perkembangan #OpsBersih.

SAMM kini telah mempunyai 3 water jet, namun jumlah ini tidak mencukupi. SAMM menyeru orang ramai yang prihatin untuk membantu dengan menyumbangkan barang keperluan yang masih diperlukan seperti

  • water jet (mesin pam penyembur air)
  • sabun (untuk membasuh rumah)
  • kasut but getah 
  • lampin bayi
  • susu / makanan bayi
  • makanan asas
water jet

SAMM setakat ini telah mempunyai 3 buah water jet di atas sumbangan orang ramai.

Untuk pakaian terpakai pihak kami mengucapkan terima kasih kerana kami telah banyak dan berlaku lambakan. Untuk sumbangan dalam bentuk kewangan boleh terus salurkan ke akaun Maybank Solidariti Anak Muda Malaysia (555041113224) sekiranya transaksi telah dibuat sila sahkan transaksi ke number 012-6937908

Di akhir laporan ini, diselitkan ucapan salah seorang penyelaras operasi iaitu saudara Sheikh Yaser Al-Masri;

"Maka lengkaplah jadual perjalanan kami selama 2 hari 1 mlm ini (tidur2 ayam) Seremban-KL-Kemaman-Kuantan-Maran-Temerloh. Sekadar ini kemampuan kami anak muda SAMM bermula dengan mengumpulkan segala bahan bantuan dan hantar ke tempat banjir.

Bantuan dan sokongan anda adalah semangat kami… Tanpa anda semua tak mungkin kami dapat bergerak sebegini. Bantuan ini amat bermakna buat mereka yang memerlukan. Hanya Tuhan dapat membalas jasa anda. Kita doakan moga mangsa bencana alam yang menimpa saudara kita smua berada dalam keadaan baik.

Terima kasih juga buat komrad SAMM seluruh ngara. Kami anak muda banyak buat salah hanya mahu bantu orang baik baiki negara ini"

Sekian

Mohd Sani Md Shah
Penyelaras Misi Bantuan #Save4PantaiTimur
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

No comments: