RESOLUSI RAPAT KEBANGSAAN (PENGURUSAN) SAMM 02/2011 24-25 SEPTEMBER 2011 
Solidariti  Anak Muda Malaysia (SAMM) telah mengadakan Rapat (Pengurusan)  Kebangsaan yang menghimpunkan penyelaras kebangsaan dan negeri dari  seluruh negara selama dua hari di Shah Alam. Rapat kali kedua ini  berjaya mengumpulkan orang sumber dari perbagai latar belakang dan penuh  dengan sesi diskusi sehingga menghasilkan idea pelaksanaan praktikal.
Sempena rapat ini SAMM telah mencapai 12 resolusi penting yang perlu diangkat.
1.       SAMM ialah sebuah gerakan radikal muda bebas bukan 'front' mana mana parti politik tetapi sedia bekerjasama dengan mana-mana parti politik mahupun apa jua organisasi untuk menyelamatkan negara dari kerakusan pemerintah korup yang kedudukan indeks rasuahnya yang parah mengikut beberapa statistik badan dunia.
2.       Demokrasi negara ini sedang 'tenat' apabila kadar kepercayaan rakyat terhadap proses pilihanraya amat rendah, SAMM menyokong usaha telus penambah-baikkan sistem pilihanraya dan mendesak PRU WAJIB hanya boleh diadakan selepas proses penambahbaikan selesai.
3.       Apa jua DASAR dan PERUBAHAN NEGARA perlu mengambil-kira pandangan rakyat khususnya orang muda. Justeru itu SAMM melancarkan kaji selidik (skala besar) dalam masa 10 minggu untuk mendapatkan pendapat anak muda  khususnya dari 11 juta golongan pekerja muda yang sedang bergelut dalam  menyara kehidupan seharian yang semakin menggila kosnya.
4.        SAMM meyakini pemansuhan ISA adalah kejayaan desakan rakyat dan perlu diteruskan terhadap undang-undang 'draconian' lain seperti AUKU. SAMM gesa rakyat jangan termakan gula-gula pengumuman. Undang-undang  tidak boleh mansuh dengan pengumuman tetapi pemansuhan harus dilakukan  di Parlimen. Selagi tidak dibawa ke parlimen pengumuman pemansuhan tidak  bermakna dan tidak boleh dipercayai lagi.
5.         Isu-isu  yang menyentap sensitiviti agama dan perkauman serta permainan politik  lucah yang tidak langsung menguntungkan rakyat harus segera dihentikan. Tumpuan sumber dan tenaga harus ditumpukan kepada bagaimana membantu rakyat yang semakin susah.
6.   Tanah Melayu merdeka pada tahun 1957 manakala bagi Sabah,Sarawak pula 1963. Maka SAMM dengan tegas mengatakan semua organisasi dan individu yang berjuang melawan penjajah sebelum tarikh merdeka wajar diiktiraf sebagai pejuang kemerdekaan.
7. SAMM menegaskan semua keperluan asas rakyat seperti pembekalan eletrik,air,lebuhraya perlu dimiliknegarakan. Pendidikan serta perkhidmatan kesihatan percuma tidak boleh dikompromi. SAMM menggesa rakyat agar menjadikan ini sebagai agenda utama penilaian ketika PRU nanti.
8.        Menyedari betapa pentingnya kesedaran dan kepedulian di kalangan anak muda, Rapat SAMM kali ini membuat keputusan SAMM  harus punya sekolah politik dan jabatan penyelidikan bagi memantapkan  pemahaman politik dan kesedaran hak warga dikalangan anak muda.
9.      SAMM menentang keras pengkhianatan pemerintah terhadap kedaulatan negara yang mengagihkan taraf kerakyatan kepada warga asing dengan sewenang-wenangnya.
10.SAMM juga menyeru supaya rakyat menolak SEMUA ahli politik atau kaum keluarganya yang menyalahgunakan kuasa untuk kepentingan diri dan mengumpul kekayaan. Imej Rosmah Mansor bermewahan amat mengguris hati rakyat yang sedang bergelut dalam kehidupan seharian. Ia umpama mencurah garam ke luka rakyat.
11.  Kenaikan harga barang semakin menghimpit, ini diparahkan lagi dengan kewujudan cukai terus kepada pengguna seperti GST/VAT. Adalah  satu pembohongan sistem cukai terus kepada pelanggan belum  dilaksanakan. SAMM menuntut pemerintah segera bertindak membatalkan  sistem cukai yang menjerut leher rakyat. Sistem cukai ini memberi ruang selesa kepada korporat dengan mengalihkan cukai kepada peniaga besar kepada rakyat.
12.  Negara semakin berada di bawah kawalan korporat besar.  Indeks jenayah kononya dikatakan turun, tetapi amat berbeza dengan  realiti kerana setiap hari jenayah terus kepada rakyat seperti ragut,  rompakan (rumah seumpamanya), bunuh, ugut semakin meningkat. Yang  dikatakan turun hanyalah kerana diberi tumpuan kepada jenayah skala  tinggi seperti rompakan bank dan seumpamanya. Ini memberi persepsi  Negara dikawal pemodal dan korporat besar. Indeks jenayah yang  mempengaruhi turun indeks jenayah Negara ialah jenayah besar yang jejas  korporat besar, tetapi bagaimana dengan jenayah yang semakin menggila  yang berlaku terus kepada rakyat.
SAMM mendapati negara ini bukan sekadar diambang krisis tetapi sudah memasuki pintu krisis dan perlu diselamatkan segera. 
SAMM melihat  anak muda harus menjadi pelopor politik nilai. Dalam isu membela hak  rakyat dan memberdaya anak muda, SAMM mengajak anak muda agar tidak  kompromi, tidak ada istilah kedurjanaan yang harus dihalalkan untuk  mencapai matlamat baik.
Untuk maksud resolusi,serentak dengan itu juga dirancang perbagai aktiviti dengan pendekatan radikalisma muda.
Selamatkan negara.
Resolusi  ini telah disepakati oleh 28 pengarah, penyelaras pusat dan negeri SAMM  yang hadir mewakili perbagai segmentasi anak muda. SAMM mengadakan  rapat (pengurusan) kebangsaan 3-5 bulan sekali bergantung kepada  keperluan. Resolusi ini akan memberi pedoman kepada semua gerakan SAMM  sehingga rapat (pengurusan) kebangsaan akan datang.
sumber: www.anakmudamalaysia.com
PS: Kepada anak muda yang ingin menyertai perjuangan radikalisme SAMM, sila daftar keanggotaan di sini dan anda akan dipanggil oleh penyelaras setiap negeri yang disertai dalam masa terdekat.
sumber: www.anakmudamalaysia.com
PS: Kepada anak muda yang ingin menyertai perjuangan radikalisme SAMM, sila daftar keanggotaan di sini dan anda akan dipanggil oleh penyelaras setiap negeri yang disertai dalam masa terdekat.
[UPDATE 27/9]
Liputan resolusi Rapat (Pengurusan) Kebangsaan SAMM 02/11 di perbagai portal berita
12 Resolusi Rapat (pengurusan) Kebangsaan 02/11 SAMM telah mendapat  liputan berita dari perbagai portal berita. Berikut ialah antara  senarainya :
dan banyak lagi portal dan laman termasuk blog yang tak tersenarai di sini. SAMM merakam terima kasih atas liputan semua.
Resolusi penuh dan lengkap boleh dicapai di www.anakmudamalaysia.com

 
 
1 comment:
agree
Post a Comment