Thursday, April 7, 2011

Video Seks Anwar Dibalas dengan Video Seks KJ - Kaset Lawan Kaset !!

"Ketika kempen pilihanraya umum 2008 juga pasukan kempen saya telah didekati dengan orang tidak dikenali dipercayai orang Umno yang memberikan video lucah yang kononnya Khairy Jamaluddin Kini terbaru pula ada pihak yang menghubungi SAMM mengenai kewujudan video seks yang kononya merakamkan aksi seks seorang isteri pimpinan tertinggi negara," - Chegubard (Kenyataan Penuh SAMM di sini)

hehehe... kalau ada orang pesan kat aku, supaya jangan meniru gaya UMNO yang mengamalkan politik kotor dan politik selak kain... Maka aku akan jawab, mereka memang patut diajar cukup-cukup !! Sudah sampai masanya kita letupkan bom yang mereka sendiri rekabina di halaman pertahanan mereka!!

Ceramah lawan ceramah, kaset lawan kaset, tapi apa yang diamalkan oleh puak puak yahudi glokal ialah, ceramah lawannya polis FRU datang menyerbu sedangkan hari-hari dok fitnah via tv123456. Kaset lawannya muka depan akhbar utama yang sanggup dilucahkan semata-mata untuk mengaibkan lawan walaupun perkara itu belum terbukti benar, dan permohonan untuk demokrasi disegarkan telah dibalas dengan berat sebelah pihak SPR, Polis, SPRM dan semua yang berkaitan. Jadi cara lagu mana lagi yang boleh kita ajar mereka ini??

Aku nak bagi tau, SAMM di bawah comandante cheGuBard bukan calang-calang. Kek harijadi Altantuya pernah sampai ke pejabat Najib, setebal-tebal laporan rasuah yang tidak diendah oleh SPRM pernah dibakar di depan pejabat SPRM!! Bantal untuk Paklah juga pernah disediakan oleh SAMM demi memberi semangat kepada seorang Perdana Menteri yang kuat tidur, semangat untuk terus tidur. Apa lagi yang SAMM tak pernah buat? Bakar patung Md Hassan, semua SAMM dah buat!

Justeru, kerja-kerja separa jahat demi rakyat ini serahkan kepada SAMM. Kami akan ajar kerajaan pusat atau mana-mana kerajaan yang zalim tentang erti perjuangan sebenar dari anak muda pendesak dari kalangan rakyat marhein !! SAMM akan terus mara dengan sokongan anak muda berbilang bangsa dan merentasi kepartian!

Hari ini, dakwaan chegubard jangan sekali-kali dipandang enteng. Jika UMNO mempunyai slot plot terakhir untuk membuat checkmate kepada DSAI (tetapi malangnya kantoi), jangan fikir puak-puak anak muda radikal boleh duduk diam dan hanya melihat lagu apa yang dimainkan.

SAMM akan terus maju ke hadapan, menentang ketidak-adilan dan kezaliman. Tidak kira walau Anwar Ibrahim yang dizalimi ataupun Kadir Hashim ataupun Teoh Beng Hock atau Kugan atau sesiapa sahaja yang dihimpit kezaliman kerajaan pemerintah !!


EDYES @ edyesdotcom

6 comments:

Toi'Toi' said...

jom kita selak spender KJ pula... hidup SAMM!!!!

yusaini_yn said...

kepala bana apa yang hang merepek nie edyes????

Anonymous said...

bunuh lawannya bunuh, selak lawannya selak. kasi malu umno plk apa depa rasa.

azmie said...

wayne rooney kena banned sebab mencarut kat tv.
signboard di london: NO FARKING AT ANYTIME
signboard di kulumpor..no: FARKING AT ANYTIME

leekonyou said...

NAJIB sumpah dengan nama ALLAH SWT LAWAN sumpah laknat CELAKO CELAKO CELAKO YANG MULIA TUAN GURU n.ajis LAK...

bunbinban said...

aku setuju dan aku respek kat SAMM. Geng songkok tinggi dok tepi sbb korang bodoh, bacul dan haprak..hahaha.