Tuesday, April 12, 2011

SAMM: Undi BN Ertinya Undi Taib

Taib sudah terlalu berkuasa di Sarawak.

Pergilah ke mana-mana di bumi Sarawak ini pasti anda akan terjumpa harta, tanah milik Taib (gambar kiri) atau keluarga terdekatanya.  Sarawak bumi kaya tetapi rakyat terus miskin derita.  Kekayaan Taib dan keluarganya boleh diterjemah dengan jumlah hartanah dan harta milikan dia dan keluarganya bukan sahaja di dalam negara tetapi di luar negara juga.

Setelah sekian lama, di bawah Taib yang begitu rakus merompak dan memperbodohkan rakyat maka kali ini nampaknya rakyat Sarawak sudah mula bangkit menyatakan ketidakpuasan hati secara terbuka.  Pilihanraya negeri Sarawak juga dilihat satu medan yang penting untuk menterjemah "mood nyah Taib dan selamatkan Sarawak".

Menyedari hakikat tersebut, Najib selaku Presiden BN sebelum pilihanraya sudah memulakan rundingan untuk proses pengunduran Taib, namun oleh kerana takut dengan ugutan Taib jentera BN akan berada di luar kawal jika Taib tidak menerajui BN dalam PRN kali ini maka Najib bersetuju Taib terajui jentera PRN tetapi akan berundur sebaik sahaja selepas itu.  Namun setelah memulakan mood kempen disedari sememangnya rakyat menolak Taib sepenuhnya dan tanpa selindung Najib mengumumkan Taib akan berundur dalam masa terdekat.  Najib sendiri panik akan kehilangan banyak kerusi di Sarawak maka dia sendiri terpaksa berkampung di Sarawak.

Najib panik jumlah kehadiran dalam kempen BN jauh sedikit jika dibanding dengan jumlah kehadiran dalam program-program kempen Pakatan Rakyat.  BN terpaksa menggunakan seribu satu macam teknik menarik orang ramai datang dari terpaksa menyeret artis menyanyi selepas ucapan pemimpin BN hinggalah mengagihkan "tupperware" percuma selepas ucapan Najib.

Memang ramai orang datang selepas itu namun adakah mereka datang untuk menyokong atau sekadar berhibur sambil menanti hadiah selepas program.

Khayal dengan kehadiran sedikit ramai semalam di Padang Merdeka Kuching, Taib di hadapan Najib telah mengumumkan hanya akan berundur selepas beberapa tahun lagi.  Ini digambarkan dalam ucapannya dengan kelompok muda yang menanti kemunculan Dayang Nur faizah dan Anuar Zain di samping artis - artis porpular berbangsa Cina.  Ingat jangan tertipu Taib pernah umum akan berhenti sejak tahun 1995 lagi, tetapi dia masih di situ.

Ternyata Najib sendiri gagal mengundurkan Taib, dia sudah terlalu berkuasa.

Rakyat perlu disedarkan bahawa
* mengundi PBB bererti mengundi Taib
* mengundi SUPP bererti mengundi Taib
* mengundi SPDP bererti mengundi Taib
* mengundi SNAP bererti memecahkan kekuatan melawan Taib

 
Kepada seluruh rakyat Sarawak termasuk orang BN.... Najib juga gagal undurkan Taib... hanya satu cara undurkan Taib dari takhtanya iaitu JANGAN UNDI BN.
 
 
*Kenyataan dari cheGuBard, atau Badrul Hisham Shaharin (gambar kiri) selaku Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).

No comments: