Wednesday, July 21, 2010

Tantawi Sokong Pertemuan Muhyiddin - TGNA ?

Dalam Akhbar Berita Harian, Tajuknya berbunyi - Pemuda PAS Sokong Perpaduan.

Siapa yang mahu percaya ?

Adakah Dewan Pemuda PAS sokong untuk berpadu dengan UMNO ?

Siapa mahu percaya ?

Adakah Tuan Guru Nik Aziz ingin bertemu dengan Muhyiddin ?

Siapa Percaya ?

Sebelum ini, Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden UMNO, menyatakan kesediaannya untuk bertemu dengan Menteri Besar Kelantan itu bagi membincangkan mengenai perpaduan Melayu dan kepentingan Islam. Nik Aziz turut melahirkan kesediaannya untuk bersemuka pada bila-bila masa, asalkan dibuat secara empat mata.

Siapa yang meroyan ?

Beliau berkata, pemimpin kedua-dua parti tidak seharusnya prejudis terhadap pertemuan itu, sebaliknya perlu menganggapnya sebagai kesempatan untuk membincangkan pelbagai perkara dari segi agama Islam hinggalah kepada isu politik. “Bagi pihak PAS wakil kita adalah Mursyidul Am dan pihak kerajaan pula Timbalan Perdana Menteri. Mereka boleh bincang perkara asas, bagi pihak Pemuda PAS, kami memberi kepercayaan penuh kepada Mursyidul Am kerana beliau mempunyai asas agama yang kukuh,” katanya (Tantawi).
Adakah Timbalan Perdana Menteri masih tak sedar, Tuan Guru Nik Aziz pernah menyapa bahawa sebarang pertemuan dengan UMNO yang melibatkan kerjasama politik akan berakhir dengan ayat - Pergi Jahanam Dengan UMNO ?

Dah kena Jahanam pun masih nak jumpa??

Terdesak tahap apakah ini?


PS: Saya lebih percaya Mursyidul Am, daripada seorang ketua pemuda. Dan saya lebih percaya kepada seorang ketua pemuda, daripada sebuah Akhbar UMNO !

2 comments:

hussin said...

tantawi sudah ada pelan damai pas-umno. sebagai ketua pemuda, sudah tentu terbayang2 akan kedudukan istimewa bila dah berdamai.

dah terkena tempias pertemuan dalam gelap. wang ehsan pun dah masuk ke kelantan. tentu sahabat2 sebulu nak makan sorang atau dah berkira2 dengan pas17.

Edyes said...

hehehe... pas17 yer, bukan pas12..

harap tantawi sedar apa yg cuba ditonjolkan...