Tuesday, July 7, 2009

Bagilah BN Peluang ?

Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta pengundi di Manek Urai - yang majoritinya Melayu - supaya memberi peluang kepada BN untuk meneruskan agenda pembangunan di kawasan itu.

Katanya, BN akan menekankan bahawa pembangunan fizikal perlu selari dengan konsep pembangunan Islam yang dibawa PAS selaku kerajaan negeri Kelantan sejak 1990.

Seramai 99.2 peratus daripada 12,293 pengundi di kawasan DUN Manek Urai adalah orang Melayu.

Sehubungan itu, katanya, peranan jentera BN untuk memberi penerangan kepada pengundi, amat penting bagi menjelaskan hasrat dan harapan BN kepada rakyat di Manik Urai, lapor Bernama.

"Kita kena damping dengan pengundi untuk betulkan pandangan serong yang dibangkitkan lawan termasuk oleh Menteri Besar (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat)," katanya
kepada pemberita di pusat penamaan calon di Dewan Petra, Sekolah Menengah Sultan Yahya Petra 1, di Kuala Krai hari ini.

Pilihanraya kecil itu menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN, Tuan Aziz Tuan Mat, 39, dengan calon PAS Mohd Fauzi Abdullah, 50.

Tuan Aziz ialah bekas pegawai Kesedar manakala Mohd Fauzi ialah seorang pemborong ikan. - Malaysiakini


edyes wrote:

Wehh... mana boleh bagi peluang kat BN. Tak boleh kasi can, tak boleh bagi muka. Nanti satu Manik Urai dia jual !

Agenda apa yang BN ada di Manik Urai? Agenda minyak Kelantan? Tiada yang memberi harapan kepada BN untuk menang, malah trend pengundi atas pagar dan pengundi lalang pasti memberikan undi kepada pihak yang dijangka menang iaitu PAS. Ini supaya apa yang mereka sokong beroleh kemenangan dan ia membuahkan kepuasan, fenomena yang lumrah.

UMNO dan BN nak berdamping dengan rakyat? masa PRK boleh la buat, abis PRK kampung Manik Urai akan kembali sunyi sepi. Banyangkan masalah BN apabila hanya membuka klinik percuma sepanjang tempoh pilihanraya, bukankah lebih baik klinik itu dibuka sepanjang tahun? Inilah politik jangka pendek UMNO.

Pilihanraya Kecil Manik Urai merupakan satu pilihanraya yang unik kerana ia mempunyai hampir 100% pengundi melayu. Jika selama ini UMNO dan BN mendakwa bahawa Pakatan Rakyat hanya menang pilihanraya dengan bantuan pengundi bukan melayu, Manik Urai akan menjadi penentu betapa Pakatan Rakyat juga disokong kuat oleh orang melayu.

Berkenaan calon, saya rasa rakyat kelantan di Manik Urai akan lebih selesa untuk mengundi peraih ikan yang sering berkeliaran daripada mengundi seorang pengarah yang lazimnya mempunyai kedudukan tinggi dalam satu-satu komuniti.

Marilah kita undi peraih ikan. Ini rasanya lebih mulia.

[Bonus]

Khairy jadi pemandu teksi ?? Tak percaya??? Lihat di sini

No comments: