Monday, May 11, 2009

Nizar MB Perak Yang SAH!!!

Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan Nizar sebagai MB Perak yang SAH !

Takbir !!

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini mengisytiharkan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah, bukannya Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Keputusan itu dibacakan Hakim Mahkamah tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas), Datuk Abdul Aziz Abd Rahim, di sini, sebentar tadi.

Nizar sebelum ini mengemukakan semakan kehakiman untuk mendapatkan pengisytiharan mahkamah bahawa beliau masih Menteri Besar Perak yang sah.

Bagaimanapun, keputusan itu masih belum muktamad kerana pihak yang kalah boleh mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan.

Mohammad Nizar memfailkan semakan kehakiman itu pada 13 Februari lalu, memohon perintah injunksi bagi menghalang Zambry, yang dilantik Menteri Besar pada 6 Februari lalu, atau ejennya daripada menjalankan tugas sebagai Menteri Besar.

Mohammad Nizar juga memohon perintah supaya Zambry memberikan tunjuk sebab bagaimana dan mengikut dasar atau kuasa apa beliau berhak memegang jawatan itu.

Beliau turut memohon perisytiharan mahkamah, Zambry bukanlah Menteri Besar Perak dan tidak berhak menjawat jawatan itu.

Selain itu, Mohammad Nizar juga memohon mendapatkan takrif mengenai Perkara 16 (6) Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak (UTKP) sama ada jawatan Menteri Besar boleh dikosongkan.

Pada 6 Februari lalu, Zambry mengambil alih pucuk pimpinan negeri Perak selepas Barisan Nasional (BN) mendapat sokongan 31 Adun berbanding 28 Adun bagi Pakatan Rakyat (PR).

Sokongan kepada BN bertambah selepas Jamaluddin Mohd Radzi (PKR-Behrang), Mohd Osman Mohd Jailu (PKR-Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (DAP-Jelapang) keluar parti masing-masing untuk menjadi Adun Bebas serta menyokong BN.




yang haram tetaplah haram.. dari MB haram sampai speaker haram!

KITA HERET SPEAKER GANESEN KELUAR !!!!

tapi baru saya tersedar, kita bukan bangsa barbarian macam UMNO... kita jangan heret ganesan, just halau ajer.... ok tak?

4 comments:

-thethinker- said...

satu kemaluan yg amat besar yg berlaku semasa harijadi UMNO ( lama ) ..
sila hormat keputusan mahkamah ( nampak macam biasa dengar jee cakap cakap tuu , sapa yea yg selalu cakap ... )

lepas nii , kes speaker haram pulak ..

-thethinker- said...

lepas nii , ameno keris karat akan buat undi tak percaya di restoran nasi kandar zambry and the cronies..

Anonymous said...

pakatan rakyat masih perintah negeri perak ke?

Alhamdulillah...

Anonymous said...

Orang ameno tak malu ke?