Ayuh, bangkitlah. Saya percaya, setiap anak Pahang mempunyai darah kepahlawanan Mat Kilau, setiap anak Perak mempunyai semangat menentang penjajahan Datuk Maharajalela, setiap anak Terengganu mempunyai resam Rahman Limbung, dan akhir sekali, setiap anak Malayu mempunyai darah Jebat dalam memartabatkan keadilan. Bangkitlah bangsaku, menentang penjajah era baru, Kerajaan Penjajah. - Edy Noor Reduan
Thursday, April 30, 2009
1Malaysia Jadi Igauan Asia?
Perdana Menteri berkata bahawa dalam lawatan dua harinya ke Brunei berakhir hari ini, ramai pemimpin di sini bertanyakan kepada beliau mengenai konsep itu yang merupakan bahagian penting kepada slogan "1Malaysia. Rakyat Didahulukan. Pencapaian Diutamakan". - bernama
edyes wrote:
gah diperkatakan???
siapa yang kata???
rakyat didahulukan??? atau dibulukan??
pencapaian diutamakan???
tahik!!
Ini semua tak lain dan tak bukan sebab nak beli undi cina!! bila kalah di Penanti nanti, Muhyiddin sembab akan kata "CINA TAK KENANG BUDI"
sapa nak percaya UMNO lagi??
rakyat didahulukan??? rakyat mana? rakyat umno ka?
Wednesday, April 29, 2009
Pakatan Rakyat Menuju Kehancuran ?
Siang dan malam bekerja mencari nafkah, demi kehidupan yang sedikit selesa, kita korbankan sedikit masa. Siang di pejabat, malam di pasar malam dan tapak bazaar setiap hari termasuklah Sabtu dan Ahad, kerana Sabtu dan Ahad itulah kita menuai.
Saman-saman buta dari MBSA telah masuk kepingan ketiga, silap haribulan mahkamahlah jawabnya. Takkan saya bayar walau sesaman sekalipun, kerana hak berniaga dinafikan dibumi sendiri. Bukan saya buat kacau-bilau, cuma berniaga. Sedangkan lesen tapak yang dimohon langsung tidak mendapat jawapan.
Mengapa negara infra kelas pertama seperti Malaysia, mempunyai taraf kehidupan yang jauh ketinggalan? Di manakah silapnya apabila RM10 itu tidak bertahan lama? Mengapa sekeping note RM50 itu sebentar sahaja lupus dari tangan sedangkan gaji hanya sekadar 40keping note RM50?
Sepuluh keping note RM50 telah habis di ansuran kereta, manakala 13 keping lagi habis dek membayar ansuran rumah. Tinggal 17keping note RM50. 6 keping note RM50 untuk susu dan pampers bagi sepanjang bulan, 4 keping untuk barang dapur, 2 keping untuk bil api dan air, sekeping untuk bayar astro (termasuk chanel sukan).
Daripada 40keping gaji yang diterima, tinggal hanya 4keping note RM50 sehari selepas gaji. Bagaimana pula dengan minyak kereta, duit parking, sarapan dan makan tengahari di pejabat, duit nak entertain mak setiap kali balik kampung (Orang nogori balik kampung sebulan sekali), dan pelbagai belanja seharian. Bagaimana nak lakukannya dengan 4keping RM50?
Kerana kita rakyat Malaysia mempunyai prasarana kelas pertama di dalam sosio-ekonomi-politik kelas ke-tiga, inilah hasilnya 50tahun kemerdekaan. Segelintir kaya raya meninggalkan jurang besar kepada kelas pertengahan dan apalagi bawahan. Disebalik segerombolan umat yang relax mentelaah habuan atas angin, meninggalkan orang kebanyakkan yang tidak punya masa untuk anak-anak kerana mencari sedikit keselesaan, yang akhirnya anak-anak itu akan merempit di malam sabtu kerana mak ayah sibuk cari duit?
Persoalan ini khas untuk saya yang masih punya anak kecil berhadapan risiko dalam melentur anak ke jalan yang betul. Kain putih ini akan dicorakkan, cabaran yang maha hebat dengan faktor sekeliling yang maha kelam.
Masih belum terlambat untuk kita baik-pulih kehidupan ini. Di samping mencari lebihan wang, kita berjuang untuk memastikan kerajaan yang bertanggungjawab terhadap hilangnya harga kehidupan di sebuah negara sendiri tumbang bersama idealogi haloba. Bukan satu parti sahaja yang boleh perintah negara ini, cukuplah 50 tahun dengan hasil 'prasarana kelas pertama' bersama 'kehidupan rakyat kelas ketiga'.
Bersama kita menuju ke arah Negara Kebajikan. Sebuah negara yang bukan sekadar meraih untung semata-mata. Sebuah negara yang menolak rasuah bagi menyelamatkan wang rakyat yang akhirnya disalur kembali kepada rakyat melalui inisiatif yang ikhlas. Negara Kebajikan menawarkan kehidupan yang mengurangkan unsur tekanan secara berkala yang akhirnya rakyat semua lapisan hidup dengan jurang yang mampu digapai.
Negara kebajikan yang mengutamakan mereka yang memerlukan. Mereka yang rajin tetap mendapat habuan dan hanya mereka yang benar-benar layak mendapat bantuan dengan kriteria yang telus. Golongan pertengahan akan lebih selesa dengan kos kehidupan yang berkurangan dan kawalan harga barang yang terjamin. Bukan sekadar permainan apabila harga barang perlu itu diletakkan atas gesaan persatuan pemborong dan pengedar semata-mata.
Tanpa rasuah, semua ini boleh berlaku. Ketelusan akan jelas. Rakyat tidak lagi tertipu dek projek-projek ratusan juta yang tidak memberi manfaat kepada orang kebanyakkan.
Yakinlah dengan Pakatan Rakyat. Yakinlah pemimpin berkaliber dari Pakatan Rakyat sangat mengambil berat tentang nasib rakyat yang selama ini ditipu, diperbodohkan oleh kerajaan rakus.
Jangan toleh ke belakang, kita teruskan berjuang demi sebuah Negara Kebajikan yang diidam oleh semua bangsa yang hidup di dunia ini.
Sekali lagi kebijaksanaan pengundi di Permatang Pauh diperlukan. Andalah penentu samada kebangkitan Kerajaan gerombolan itu dikekang atau sebaliknya. Sekiranya ada unsur 'turning point' di Penanti, maka percayalah Pakatan Rakyat akan berkubur begitu sahaja. Dengan media yang asyikkkkk melagakan dua Tuan Guru, dan tidak kurang juga melagakan beberapa Datuk Seri di Pakatan.
Kepada pengundi Penanti, demi untuk memastikan kemenangan, sila pangkah kedua-dua logo calon Pakatan Rakyat yang bertanding. Saya percaya Pakatan Rakyat akan menang lebih awal iaitu seawal jam 6 petang. Sila pangkah untuk logo PKR dan logo PAS menjadikan dua tanda pangkah di kertas undi. Ruangan untuk logo dacing dibiarkan kosong.
Saya menyokong PAS dan PKR untuk bertanding melawan calon BN. Sekiranya dua calon Pakatan Rakyat bertanding, sudah pasti kemenangan akan berpihak kepada Pakatan Rakyat kerana dua calon Pakatan menentang satu calon BN. Walaupun kemungkinan calon BN ini akan dibantu oleh seorang lagi calon bebas, saya tetap yakin Pakatan akan menang.
Akhir kata, saya juga menyokong 'kolomak' Unity Government yang dibentangkan oleh TGHA. Walaupun tak lihat lagi kertas kerjanya dan blue print nya, saya tetap sokong kerana dengan pergabungan PAS dan UMNO ini, kita tanpa segan silu akan menunggu 50tahun lagi untuk melihat BN hilang majoriti 2/3 buat kali yang kedua. full stop.
kolomak = biasa diucapkan oleh orang nogori sewaktu terik.
Friday, April 24, 2009
In Weekend In DANOK
Pas sempadan boleh dikeluarkan pada hari cuti
KANGAR: Pas sempadan, dokumen yang dikeluarkan kepada rakyat negara ini dan penduduk tetap yang tinggal di negeri bersempadan dengan Thailand kini boleh dikeluarkan pada hari cuti hujung minggu di pos Imigresen Wang Kelian dan Padang Besar.Jabatan Imigresen Perlis dalam kenyataan hari ini berkata pas sempadan itu boleh dikeluarkan mulai sekarang pada setiap Sabtu dan Ahad antara jam 8 pagi dan 1 petang.
Sebelum ini orang ramai boleh memohon pas sempadan hanya pada hari bekerja tetapi mulai sekarang mereka boleh berbuat demikian pada hujung minggu di kedua pos Imigresen yang terletak di pintu sempadan Malaysia-Thailand itu. - bhairan
edyes wrote:
Lepas nie senang la nak pergi DANOK...
[Bonus dari abg isham]
RM500 JUTA PERUNTUKAN TAMBAHAN SEDIA PRASARANA DI LUAR BANDAR – berita hairan
Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menerima peruntukan tambahan RM500 juta daripada pakej ranngsangan ekonomi kedua bagi membina prasarana awam termasuk jalan raya, bekalan air dan elektrik untuk dinikmati masyarakat luar bandar.
Perkara itu diumumkan Menterinya, Mohd Shafie Apdal pada majlis Amanat Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, di sini, pagi tadi.
kah kah kah… INI BUKAN NAK BANTU ORANG KAMPONG….kah kah kah..
kah kah kah… BESARKAN JALAN BUAT APA ?... kah kah kah..
kah kah kah…MENURAP JALAN BUAT APA?.... kah kah kah
kah kah kah… INI NAK BAGI PROJEK PADA KONTREKTOR …INI TRICK LAMA...kah kah kah..
koit… PASANG LETERIK NAK BAGI TNB BUAT DUIT…kah kah kah..
koit… PASANG PAIP NAK BAGI SYARIKAT AIR BUAT DUIT… kah kah kah..
woit… LAINLAH KALAU TNB DAN SYARIKAT AIR NI MILIK NEGARA…kah kah kah
woit… BAGI BAJA… BAGI BENIH… BAGI ANAK IKAN… BAGI ANAK POKOK BUAH BUAHAN… BAGI ANAK AYAM… BARU BETUL…kah kah kah..
woit…PERTANIAN .. PERTANIAN… PERTANAIN…TANAM.. TANAM >> TANAM… TANAM BAHAN MAKANAN…. JALAN RAYA NAK BUAT APA… BUKAN BOLEH MAKAN…kah kah kah
Tuesday, April 21, 2009
PRK DUN Penanti : Anwar Ibrahim dan 2M
Dan ia pasti bukan batu nesan Altantuya Shaariibu. Bukan juga batu nesan Azilah atau Sirul. Ia adalah batu nesan Najib sendiri ehsan pakatan 2M Muhyiddin-Mahathir
Penanti dan penantiannya bermula dengan bosan sehinggalah munculnya Tun Dr. Mahahtir Mohamed.
Kesediaan Tun Dr. Mahathir untuk mengetuai jentera Barisan Nasional dalam menghadapi pilihanraya kecil Penanti jika ia diadakan merupakan satu harapan baru kepada Malaysia di dalam menghadapi arus perubahan yang baru.
Barisan Nasional seharusnya bertindak cepat dengan memberi endorsement kepada Tun Dr. Mahathir untuk diberi kuasa sebagai penasihat kepada Pengarah Jentera Pilihanraya BN yang besar kemungkinan akan terus diketuai oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin. Ataupun, Muhyiddin yang banyak berjasa dalam mengembalikan Mahathir kepada UMNO berundur selangkah dan memberi laluan kepada negarawan itu untuk menjadi Pengarah Jentera Pilihanraya BN bagi Pilihanraya Kecil DUN Penanti.
Tawaran yang dibuat oleh Tun terjadi memberi harapan baru kepada sebahagian rakyat Malaysia yang sudah merasa jemu dan bosan dengan sikap Anwar Ibrahim yang secara terang-terangan belum berhenti menyalahguna platfom pilihanraya untuk kepentingan peribadi.
Jika berlakunya pilihanraya kecil DUN Penanti, ini merupakan kali ke tiga rakyat terpaksa berhadapan dengan pilihanraya kecil akibat wakil rakyat dari PKR meletak jawatan diatas arahan Ketua Umum PKR itu.
Ternyata Anwar Ibrahim tidak mungkin dapat membuat Tun Dr. Mahathir percaya bahawa pilihanraya kecil ini berlaku diatas keputusan peribadi wakil rakyat tersebut secara seratus peratus. Sedangkan Elizabeth Wong yang mempunyai cukup alasan untuk kosongkan semua jawatannya yang memerlukan moral yang tinggi pun tidak berbuat demikian bila ditawarkan untuk kekal, apa lagi Wan Azizah, Arumugam dan Fairus.
Mahathir tentu yakin bahawa Fairus dipaksa untuk meletakkan jawatan sebagai ADUN Penanti kerana Anwar sudah hilang punca dengan kemelut PKR Pulau Pinang. Kegagalan Anwar memilih satu dari dua ADUNnya untuk mengantikan jawatan Fairus sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 membuktikan segala-galanya.
Fairus ditekan supaya meletakkan jawatan ADUNnya agar Anwar dapat mengimport orang kepercayaannya ke dalam DUN Pulau Pinang dan seterusnya jika menang tentu sekali diangkat sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang.
Ini jelas menunjukkan ketandusan pemimpin dalam PKR. Yang ada hanyalah penumpang tidur yang menunggang PKR hanya untuk melayan mimpi mereka.
Tentu sekali juga Mahathir mengharapkan Anwar menafikan semua ini. Tentu sekali Mahathir akan mendesak Anwar melantik Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang segera jika Anwar menafikan dia sedang berusaha mengimport calon untuk jawatan itu.
Tentu sekali ini akan menjadikan pilihanraya DUN Penanti menarik. Tentu sekali ini juga bererti Najib Razak telah terjerat oleh pakatan Muhyiddin-Mahathir yang termeterai di bulan Ramadan 1429 Hijrah yang lalu.
Tentu sekali ini bukan kali pertama Najib Razak terjerat di dalam pakatan ini. Kali pertama Najib terjerat ialah apabila Muhyiddin mengumumkan akan bahawa Mahathir bersedia masuk semula UMNO dalam bulan Ramadan 1429 Hijrah dalam satu pukulan yang bukan sahaja menjerat Najib tetapi menamatkan peluang Tengku Razaleigh untuk kembali sebelum sempat apa-apa berlaku.
Sebagai seorang pemimpin yang berusaha membawa perubahan segera dalam sistem pemerintahan negara dan juga dalam cara rakyat memandang Parti pimpinannya, Najib telah membuat kenyataan mencadangkan BN tidak bertanding di dalam pilihanraya kecil DUN Penanti. Tindakan Najib senang difahami oleh majoriti senyap dan rakyat yang tidak menyebelahi mana-mana pihak yang bercanggah ideologi politik.
Tindakan Najib telah memulih kembali keyakinan golongan ini terhadap keikhlasan Najib setelah senarai kebinetnya gagal membawa perubahan kepada UMNO, BN dan pentadbiran negara. Tindakan Najib berkata sebegitu dianggap berani menentang arus. Ia adalah hembusan nafas segar.
Najib tentu tidak menyangka Tun akan menyanggahnya secara terbuka walaupun Najib tahu Tun memang berkemampuan berbuat begitu. Tapi Najib tentu terkejut bila dia mula menghidu suatu pakatan sulit Muhyiddin-Mahathir atau pakatan 2M. Siapa sekarang pilihan Tun sebenar-benarnya? Apakah benar Najib atau Muhyiddin menerusi Najib?
Mungkin sudah tiba masanya Najib berbicara dengan Ali Rustam dan berdua mereka melihat kembali kronologi yang telah memerangkap Ali sehingga terlucut haknya menentang Muhyiddin.
Tentu sekali DUN Penanti semakin menarik sekarang.
Dengan pendedahan ini, tentu ramai yang mahu melihat apa sebenarnya yang akan berlaku di dalam Pilihanraya Kecil DUN Penanti. Persoalannya sekarang, adakah Anwar Ibrahim mahukan Pilihanraya Kecil di DUN Penanti untuk mengimport Timbalan Ketua Menteri 1 untuk Pulau Pinang atau ada muslihat Nasional di sebaliknya. Muslihat yang bertujuan mendedahkan kepada Najib dan mengekploitasi situasi sebenar di sebalik liku-liku koridor kuasa di Putrajaya.
Dan jangan kita lupa, Penanti di dalam Negeri Pulau Pinang. Usah terlupa juga Ketua Perhubungan UMNO Pulau Pinang masih Tun Abdullah Ahmad Badawi. Paling usah kita lupa ialah bukan Anwar yang menumbangkan Abdullah dari puncak UMNO tetapi Abdullah tumbang kerana pakatan 2M Muhyiddin-Mahathir pada Ramadan 1429 Hijrah.
Pengaruh Abdullah mungkin telah luput sama sekali tetapi Abdullah memiliki 2 kerusi di Parlimen. Manakala Menteri-menteri dan Timbalan-timbalan Menteri yang digugurkan memiliki satu kerusi Parlimen setiap seorang.
Apakah gajah sama gajah berperang, Najib akan mati ditengah-tengah, hanya dengan adanya Pilihanraya Kecil di DUN Penanti sahaja kita dapat mengetahuinya.
Apa yang pasti, ianya berlaku terlalu pantas buat Najib. Dalam minggu pertama sahaja kepimpinannya telah tewas di dalam 2 pilihanraya kecil. Apakah Penanti akan menjadi nesan ke tiga dalam tempoh 100 hari buat Najib.
Sewaktu BN berhadapan dengan tsunami dalam PRU 12 pada 8 Mac lalu, semua jari pemimpin dalam BN menunding ke arah Abdullah. Sewaktu BN tewas di Pilhanraya Kecil Permatang Pauh dan Kuala Terengganu, semua jari menunding juga kepada Abdullah.
Sekarang, pasca Abdullah, kepimpinan UMNO telah berubah, tetapi nasib UMNO dan BN di Semenanjung terus tidak berubah. Jika BN bertanding dan tewas di Penanti, tentu sekali tidak lama selepas itu Muhyiddin-Mahathir akan tiba-tiba terasa bahawa nasib malang BN bukan sangat kerana Abdullah tapi bila di lihat balik baru BN terngadah.
Nasib malang BN sebenarnya kerana Najib.
Untuk itu kita harus menyanjung Anwar Ibrahim. Setidak-tidaknya Anwar lebih bijak memahami masalah BN itu daripada Mahathir. Benarkah Anwar lebih bijak dari Mahathir?
Kerana itu, dalam pertembungan antara Anwar dengan Muhyiddin-Mahathir, hanya akan menyaksikan satu lagi batu nesan terpaksa digendung Najib.
Dan ia pasti bukan batu nesan Altantuya Shaariibu. Bukan juga batu nesan Azilah atau Sirul. Ia adalah batu nesan Najib sendiri ehsan pakatan 2M Muhyiddin-Mahathir.
Tuesday, April 14, 2009
Bagaimana Merealisasikan OneMalaysia Jika OneBN Gagal?
MIC's threat to pull out its minister and two deputy ministers is suicidal. It could be the best news for those within BN who are of the view that Samy Vellu's MIC has been dragging the coalition down, but Najib does not have an option. Or does he? Read AAT's Wayang Gelap MIC.
Pernyataan di atas dan komen di bawah saya petik dari blog rocky bru dalam entri Najib early predicament. Bunyi komen di bawah seperti rakyat kebanyakkan melepaskan geram kepada kepimpinan baru Barisan Nasional yang bercakaran sesama sendiri.
Hikayat Mamat Bendahara,
Macamlah MSM kita tak pernah lapor berita propaganda. Kalau dah tahu tak benar, tak payahlah baca. Apa yang susah sangat? Ramai rakyat yang sudah bosan dengan BN pun tak baca UM dan The Star.
Pasal Najib senang je. Kalau Najib tidak berjaya mentadbir negara dengan baik, semua ini kita boleh menunding jari kepada Pak Lah. Semua salah Pak Lah. Pak Lah tak betul, Pak Lah tak buat ini. Pak Lah tidur...Tapi anda perlu ingat, zaman Pak Lah sudah berlalu, kalau Kabinet pun baru, PM pun baru, tapi masih kalah dalam pilihanraya, budak-budak kat pejabat kerajaan masih lembab dan aduhai lambat buat kerja, rakyat masih tidak merasai apa-apa perubahan, tak payahlah menunding jari kepada sesiapa (Muhyiddin kau dengar?) Tengok je diri sendiri tu. Cerminlah muka. Salah tu kat sendiri.
Muhyiddin ni pun satu, kau ingat kaum-kaum lain tu bodoh ke? Cakap tak sesuai dengan masa. Kalah kat pilihanraya je, terus cakap Cina dan India tak sokong BN. Semua salah kaum lain. Kenapa tak cakap Melayu yang tidak sokong BN? Eh bangunlah, yang kamu tu duit melambak kat bank-bank, anak-anak semua keluar negera belajar, datin kamu tu yang suka shopping macam Rosmah tu, duit tu halal ke?
Itu yang buat saya dan geng member-member saya kat kampung frus. Cakap je NEP, tolong Melayu. Tapi entah la siapa yang dia tolong. Tolong kembangkan kocek dia kot? Yang anak-anak menteri, datuk-datuk ni, kalau jumpa, tengoklah muka-muka mereka. Pakaian melambak branded. Entah duit tu dari mana. Pakaian tak apa, tapi sikap tu yang meluat. Tapi tak tahulah kenapa si budak kat Jakim & Jawi tak ambil tindakan. Budak-budak ni la yang perlu bimbangan agama Islam. Tengok cara bergaul, minum arak, bergaul dengan perempuan bukan muhrim. Mungkin out of their jurisdiction kot. Kan semua kat luar negara belajar. Hmmm duit mana datang tu?
Said Mahmood
Nampak gayanya, ini satu permulaan kepada satu kejatuhan... The begining of the end...
RM 1 Juta Untuk Pujuk Cina undi BN ?
"Bukan Melayu tidak suka dilayan seperti peminta sedekah, hanya ketika pilihanraya kecil, lebih banyak penaikan taraf jalan dilakukan, peruntukan kepada sekolah, NGO dan badan amal meningkat," kata ahli jawatankuasa pusat parti itu Lee Wei Kiat. - Malaysiakini
Beliau mengulas wawancara Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam yang melihat ketewasan besar BN di parlimen Bukit Gantang dan DUN Bukit Selambau sebagai sikap tidak kenang budi pengundi bukan Melayu terhadap kerajaan.
edyes wrote:
Cina dan India tidak mengenang budi? Budi siapa yang nak dikenang??
Ini bermakna kerajaan masakini sudah terlalu banyak memberikan ruang kepada kaum cina dan india sewaktu pilihanraya. Rupa-rupanya banyak peruntukkan yang disediakan supaya mereka kembali mengundi UMNO. Muhyidin secara terbuka menyatakan RM1juta telah diagihkan dalam pilihanraya baru-baru ini.
Ditanya Mingguan Malaysia "bukankah setiap kali pilihanraya kecil, permintaan kaum bukan Melayu dipenuhi, malah di Bukit Gantang walaupun peruntukan RM1 juta diberikan tetapi kaum Cina tidak juga menyokong BN", timbalan presiden Umno berkata.
Trend sekarang menunjukkan UMNO tidak lagi peduli dengan undi melayu kerana mereka berpendapat undi cina dan india lebih penting dalam menentukan kemenangan. Mungkin UMNO serik menghulur kepada melayu bijak yang mengambil apa yang dihulur sambil memangkah pembangkang.
Muhyidin menyeru supaya orang-orang melayu kembali semula kepada UMNO. Ingin saya tanya, di manakah Muhyidin ketika sebilangan rakyat merayu agar dipertimbangkan semula kenaikkan harga minyak mendadak tahun sudah? Apakah rayuan rakyat supaya harga barang dikekang daripada naik dititik beratkan oleh kerajaan?
Telah banyak peluang diberi kepada UMNO supaya memerintah negara ini dengan baik, bukan sekadar memenuhi kemajuan tetapi kebajikan rakyat juga harus terbela. Telah 50tahun lamanya peluang itu diberi kepada UMNO tetapi dipersiakan dengan mengkayakan sanak saudara kroni dan proksi.
Sekarang ini, jangan kata hanya cina yang tolak MCA / Gerakan, jangan kata hanya india yang tolak MIC, melayu juga telah mula meninggalkan UMNO korup. Ayuh semua bangsa, kita lawan Barisan Nasional sampai ia menjadi sejarah, terkubur di PRU13. Penangan bangsa-bangsa Malaysia, Melayu Cina India Iban Kadazan.
UMNO parti perosak yang telah rosak. UMNO telah lumpuh bak kata orang nombor satu UMNO iaitu Tun Mahathir. UMNO telah lumpuh katanya. Saya percaya... kita percaya...
Kickdefella : Kabinet 'Buah Tumpang'
Maka, apa yang kita dapat ialah satu Kabinet yang dibuat atas desakan Tun Mahathir Mohamad dan desakan komponen-komponen BN. Semuanya dibuat dengan tujuan-tujuan yang lebih utama dari falsafah One Malaysia, People First, Performance Now.
Ramai salah mengerti bila saya cuba berkias. Ramai kurang arif perubahan yang sebenarnya boleh dilakukan oleh Najib Razak menerusi perlantikan kabinet barunya. Perubahan kabinet negara bukan sekadar menukar nama orang. Orang boleh ditukar oleh sesiapapun, tetapi kalau sistem dimana orang itu berada tidak ditukar bersama orangnya, apa benda KPI sekalipun akan lenyap dan akhirnya kembali ke asal.
Pi mai pi mai tang tu jugak.
Kabinet baru Najib sekadar kabinet saranan Mahathir. Melantik orang yang dilihat bersih dan diletakkan di dalam suasana yang penuh peluang dan ‘loop hole’ untuk melakukan aktiviti tidak bersih tanpa ‘check and balance’ yang ‘proper’.
Tiada tindakan kreatif dalam memastikan kabinet ini akan menidakkan amalan rasuah dan penyalahgunaan kuasa.
Tiada tindakan kreatif dalam memastikan kabinet ini menggalakkan persaingan kuasa dikalangan pemimpin politik dan tiada tindakan dalam perlantikan kabinet ini bagi menjamin tidak akan berlaku politik wang lagi di dalam UMNO.
Najib telah terlepas keretapi.
Keretapi ini mungkin tidak akan sempat tiba di stesen seterusnya untuk membolehkan Najib menukar ke keretapi lain.
Apa yang diharapkan berlaku tetapi tidak dilakukan Najib? Sebelum kita menjawab persoalan itu, kita lihat apa yang dilakukan oleh Najib dalam senarai baru kabinetnya.
1. Kabinet baru Najib kelihatan sekali pandang lebih kecil sedikit dari kabinet Abdullah.
2. Dua kali pandang, kabinet Najib memiliki 29 orang Menteri dan 40 orang Timbalan Menteri dengan seorang yang tidak disebut namanya dilantik ke taraf Menteri. Jumlah keseluruhannya ialah 69 orang.
3. Kabinet Abdullah mempunyai 32 orang Menteri dan 38 Timbalan Menteri. Jumlah keseluruhan 71 orang.
4. Kabinet Najib bukan kabinet rakyat sebaliknya kabinet Barisan Nasional.
5. Ia bukan kabinet untuk mengembalikan kepercayaan rakyat kepada kerajaan tetapi kabinet untuk memuaskan hati parti-parti komponen BN supaya mereka berpuashati dengan Najib.
6. Najib lebih utamakan BN dan masa depan BN bukan rakyat dan masa depan rakyat didalam kabinetnya.
Apa yang Najib terlepas peluang untuk melakukkannya dan membentuk kabinet rakyat sebenar-benarnya?
1. Najib harus mengurangkan lantikan ahli kabinet dari kalangan pemegang jawatan di dalam parti-parti yang membentuk kerajaan. Ini akan memberi isyarat kepada pemegang-pemegang jawatan di dalam parti bahawa jawatan di dalam parti bukan pas untuk dilantik ke dalam kabinet. Secara langsung ini akan mengurangkan kepanasan perebutan dalam pemilihan parti terutamanya UMNO.
2. Apabila ini berlaku, ia juga akan mengurangkan dan seterusnya menamatkan politik wang di dalam UMNO. Tiada guna berhabis wang berkempen dan membeli undi kerana mendapat jawatan dalam parti hanya bererti mereka akan menabur khidmat kepada parti mereka dan bukan negara.
3. Pemegang jawatan didalam parti tidak akan mendapat peluang terus untuk mengaut balik ‘pelaburan’ mereka dan penyokong mereka menerusi projek-projek kerajaan.
4. Jika ahli kabinet bukan dari pemegang-pemegang jawatan parti, ia akan dapat meringankan tugas ahli kabinet seterusnya lebih fokus kepada prestasi kepada kementerian mereka tanpa menyalahgunakan kemudahan mereka sebagai Menteri untuk tujuan parti.
5. Pada hari ini, para Menteri menggunakan kemudahan yang diterima sebagai ahli kabinet untuk membiayai kerja parti mereka seperti tiket penerbangan, elaun, keraian, pengangkutan darat dan lain-lain.
6. Jika Menteri bukan pemegang jawatan di dalam parti, penyalahgunaan kuasa ini lenyap.
7. Seterusnya, Najib seharusnya mengurangkan jumlah ahli kabinet dari anggota Dewan Rakyat seterusnya ini boleh mengurangkan masalah melobi di dalam parti untuk menjadi wakil rakyat menjelang pilihanraya.
8. Ahli-ahli wakil rakyat dari pemerintah juga akan dapat menumpukan lebih perhatian kepada tugas mereka sebagai penggubal undang-undang di Parlimen dan sebagai Wakil Rakyat di konstituensi mereka.
9. Pada waktu ini, seorang ahli politik bergelar Menteri, setidak-tidaknya adalah seorang Wakil Rakyat, sebagai ahli Majlis Tertinggi Partinya dan sebagai Ketua Bahagian Partinya. Oleh itu, terlalu banyak sumber kerajaan yang disalahguna untuk mereka melaksanakan tugas mereka. Ini mengakibatkan pengagihan kekayaan negara yang tidak seimbang. Ini juga mengakibatkan rakyat terpaksa menanggung pelbagai jawatan lantikan politik untuk membantu Menteri itu melaksanakan amanah-amanah yang dipikulnya.
10. Seorang Menteri juga terpaksa menganugerahkan tender dan peluang-peluang projek dari kementeriannya kepada bukan sahaja partinya, tetapi kepada penyokongnya yang membiayai kempennya dalam pilihanraya umum dan pemilihan parti.
11. Di atas sebab demikian, sebersih mana sekalipun seorang Menteri itu diperingkat awalnya, dengan kuasa besar yang ada ditangannya dan dengan tanggungjawab yang bertindan-tindan serta untuk ‘survival’nya di pelbagai peringkat, terpaksa jugalah dia menggunakan kedudukannya dengan cara yang tidak beretika.
Oleh yang demikian, dari manakah harus dilantik Menteri-menteri ini?
1. Menteri-menteri boleh dilantik dikalangan sesiapa sahaja yang layak dan mempunyai kepakaran yang diperlukan oleh Perdana Menteri untuk melaksanakan misi dan wawasannya.
2. Tangan PM tidak terikat untuk memuaskan hati partinya dan parti-parti komponen lain.
3. Komposisi ahli kabinet boleh dilakukan berdasarkan persetujuan BN.
4. Perlembagaan Negara membenarkan ahli kabinet dilantik dari ahli Parlimen beerti tidak semestinya Wakil Rakyat tetapi Senator juga.
5. Oleh yang demikian, dengan cara ini, Dewan Negara akan mula dipenuhi oleh mereka yang mempunyai kepakaran tinggi yang dilantik sebagai Senator bagi membolehkan mereka menganggotai kabinet. Dewan Negara tidak lagi diisi oleh mereka yang tewas dalam PRU atau mereka yang diangkat ke situ bagi mengurangkan ketegangan dalam parti.
6. Ini akan membuka pintu kepada pengasingan kuasa antara eksekutif dan perundangan walaupun tidak menyeluruh pada mulanya.
Apa yang dijelaskan diatas adalah satu gagasan transformasi di dalam Kabinet Negara oleh seterusnya berpeluang menghapuskan masalah politik wang, rasuah dan amalan penyalahgunaan kuasa.
Mengapa Najib tidak melakukan apa yang tersenarai di atas jika beliau benar-benar mahu melakukan perubahan segera.
1. Najib dan penasihatnya sebenarnya ‘clueless’ dengan apa yang dikatakan transformasi dan reformasi dalam peringkat tertinggi Kerajaan.
2. Atau Najib sebenar-benarnya tidak berniat untuk melakukan sebarang perubahan selain hanya sekadar perubahan kosmetik semata-mata. Dalam erti kata lain, Najib tidak ikhlas dalam mahukan perubahan.
3. Atau Najib sebenarnya di dalam keadaan terancam dan tidak berani untuk berubah kerana takut kehilangan sokongan dan mengakibatkan huru hara di dalam BN disebabkan parti-parti komponen BN hanya mahukan kuasa untuk survival dan bukan kuasa untuk melakukan yang terbaik untuk rakyat.
Maka, apa yang kita dapat ialah satu Kabinet yang dibuat atas desakan Tun Mahathir Mohamad dan desakan komponen-komponen BN. Semuanya dibuat dengan tujuan-tujuan yang lebih utama dari falsafah One Malaysia, People First, Performance Now.
Jika falsafah tadi di dokong sama oleh komponen BN dan UMNO khasnya, maka tidak perlu timbul soal kuota parti-parti komponen dan soal pemegang jawatan parti perlu diutamakan. Yang penting ialah soal ‘performance’ dan sesiapa sahaja dari kalangan rakyat Malaysia tanpa kira agama dan keturunan, asalkan yang terbaik yang ada, maka dia wajib dipelawa untuk menjadi ahli kabinet.
Kegagalan Najib mentransformasikan kabinetnya, diikuti pula kegagalan untuk mewujudkan reformasi dikalangan ahli-ahli kabinet.
Di dalam usaha memenangi hati rakyat, anggota kabinet bukan sahaja perlu disukai rakyat tetapi juga perlu bersifat sebagai rakyat. Hanya dengan bersifat sebagaimana rakyat maka kabinet ini dapat berfungsi sebagai kabinet rakyat.
Saya merasakan satu reformasi fizikal dalam kabinet diperlukan. Ia bukannya reformasi kosmetik seperti di zaman Tun Dr. Mahathir, di mana kabinet bermesyuarat di lokasi-lokasi berlainan di negeri berlainan kerana ini bukan sekadar kosmetik tetapi pembaziran yang besar.
1. Sebagai permulaan, reformasi kabinet perlu bermula dengan setiap Menteri diwajibkan menggunakan kemudahan awam pada setiap hari mesyuarat Kabinet di adakan. Ini akan menjadikan Menteri tersebut masuk ke dalam mesyuarat kabinet dengan satu mood yang berlainan. Bayangkan mereka masuk ke mesyuarat kabinet dengan bergegas kerana terlewat atau ‘barely make it on time’ setelah tersangkut di dalam kesesakkan lalulintas. Bayangkan mereka masuk ke dalam mesyuarat kabinet dengan memori mereka masih segar dengan bau hapak ketiak rakyat di dalam kenderaan awam. Setidak-tidaknya, jika ini berlaku, setiap keputusan dibuat akan lebih dekat dengan rakyat kerana yang berhujah di dalam kabinet itu adalah orang-orang yang baru sahaja bergelumang bersama rakyat.
2. Seterusnya, setiap aktiviti Menteri hendaklah tidak melibatkan penutupan jalan raya dan hanya melibatkan kawalan keselamatan yang minima. Setiap Menteri seharusnya bersedia untuk berhadapan dengan segala kemungkinan termasuk jenayah seperti juga rakyat jelata.
3. Setiap kali menggunakan pernerbangan, Menteri harus menggunakan penerbangan tambang murah atau terbang dengan kelas ekonomi supaya mereka dapat menghabiskan lebih masa untuk beramah mesra dengan rakyat jelata. Menteri tidak perlu memberi alasan mereka perlukan segala kesempurnaan kerana mereka banyak kerja dan tidak cukup masa, kerana menghabiskan masa dekat dengan rakyat massa adalah kerja utama mereka.
4. Menteri tidak boleh membuat tuntutan claim keraian dihotel-hotel sebaliknya hanya claim di restoran biasa sahaja. Wang rakyat tidak boleh dihabiskan untuk tujuan keraian mewah.
5. Kunjungan ke kelab-kelab ekslusif tidak dibenarkan. Segala urusan rasmi hendaklah dilakukan di premis awam. Menteri digalakkan di lihat di kopitiam, warung dan restoran mamak.
Anggota kabinet perlu dielakkan dari sebarang kemewahan kerana anggota kabinet sentiasa perlu sedar bahawa setiap sen yang digunakan oleh mereka adalah hasil titik peluh rakyat. Mereka menjadi ahli kabinet bukan untuk merasai kemewahan tetapi untuk membawa kebaikan kepada negara.
Hanya dengan menerapkan sifat-sifat rakyat, barulah ianya sebuah kabinet rakyat.
Mungkin ini terlalu berat untuk dilaksanakan oleh BN kerana keikhlasan untuk berubah yang amat cetek.
Mungkin juga Anwar Ibrahim boleh berikrar bahawa, asas-asas sifat rakyat ini akan dilaksanakan oleh kabinetnya jika mereka dapat mengambil alih pentadbiran negara dalam PRU 13 kelak. Sementara itu, ciri-ciri ini digalakkan digunakan di Negeri-Negeri Pakatan Rakyat yang belum mengamalkannya. Saya tahu sebahagian besar ciri-ciri ini telah lama diamalkan oleh Pentadbiran PAS di Kelantan.
Kepada Yang Maha Kuasa Malaysia berserah.
SHEIKH KICKDEFELLA
edyes wrote:
Artikel yang baik dan berkesan jika dapat dilaksanakan. Untuk menjadikan ia realiti, harus pastikan PRU13 menjadi milik Pakatan Rakyat.
Monday, April 13, 2009
Kenapa hujan sudah tidak bermusim...?
Sewaktu entri ini masuk, hujan sedang turun dengan lebatnya. Banjir mungkin akan berlaku di Kuala Lumpur di kala trowong smart masih beroperasi bagi mengelak kerugian.
Saya begitu tertanya-tanya... Malaysia umpama mengalami musim hujan yang berterusan terutamanya menjelang tahun 2009.
Ada yang berpendapat sejak Paklah memegang tampuk pemerintahan, pelbagai bencana berlaku. Malah ada yang mengatakan Paklah tidak mempunyai aura? Tidak kurang juga yang mengatakan alam menuntut pembaharuan tatkala pucuk pemerintahan bak tidak direstu.
Apa-apa pun, kita tetap berserah kepada Allah yang maha mengetahui. Ada rahmat di sebalik hujan.
Saya masih berharap agar ada di kalangan saudara bijak pandai yang dapat menjelaskan mengapa fenamena ini berlaku, dari sudut saintifik mahupun sudut kerohanian.
Friday, April 10, 2009
Korang Tak Kesian Ke ??
Demikian kata Cif Inspektor Azilah Hadri pada 4 Feb lalu sambil membacakan nota bertulis. Beliau yang mula memberi keterangan pada 15 Jan lalu , berkata dia tidak mempunyai sebarang motif untuk membunuh dan melenyapkan wanita itu sebaliknya tujuan dia berjumpa dengannya (Altantuya) hanya untuk menasihati Altantuya secara lembut supaya tidak mengugut Abdul Razak dan tidak membuat kecoh di rumah penganalisis politik itu.
Azilah juga memberitahu mahkamah dia diarahkan oleh seorang anggota polis atasan, DSP Musa Safri untuk membantu Abdul Razak dan tidak mungkin melakukan perbuatan “bodoh” (membunuh) itu apatah lagi dia adalah anggota polis.
Pembelaan Sirul Azhar pula amat mengejutkan kerana dia bukan sahaja dilihat mengalirkan air mata, malah kenyataannya bahawa dia sekadar kambing hitam yang harus dikorbankan, amat menyentuh perasaan.
Kes ini bukan sahaja dilabelkan sebagai perbicaraan yang paling panjang (159 hari) dengan mengemukakan 84 orang saksi di peringkat pendakwaan dan dua saksi (tertuduh sahaja) ketika pembelaan, tetapi merupakan kes utama mahkamah selama dua tahun (sebelum Abdul Razak bebas).
Mengikut rekod, Azilah ditahan di penjara Sungai Buloh selama 891 hari manakala Sirul Azhar ditahan selama 895 hari.
Semalam Mahkamah Tinggi Shah Alam telah menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar selepas mereka didapati bersalah terhadap tuduhan membunuh Altantuya Shaariibuu.
Kedua-dua anggota Unit Tindakan Khas (UTK) itu didapati bersalah membunuh wanita muda Mongolia itu, 28, di antara Lot 12843 dan Lot 16735 Mukim Bukit Raja dekat Shah Alam antara jam 10 malam 19 Oktober dan 1 pagi 20 Oktober 2006.
Sebelum ini, mereka dibicarakan bersama-sama pengarah eksekutif Pusat Penyelidikan Strategik Malaysia (MSRC), Abdul Razak Abdullah Baginda, 48, yang dituduh bersubahat membunuh Altantuya.
Edyes wrote:
Apakah motif pembunuhan ini. Setiap kes pembunuhan pasti mempunyai motif. Takkan tiba-tiba dua orang polis yang berpangkat nak bunah seorang wanita? Sepatutnya polis bertugas sebagai penyelamat, bukan pembunuh. Atau polis-polis ini menyelamatkan seseorang yang lebih penting dari wanita Monggolia ini?
Siapa tahu motif pembunuhan Altantuya? Mengapa Altantuya dibunuh? Siapa yang akan menjawab persoalan ini selepas Azilah digantung dan kemudiannya kes ini luput dari ingatan begitu sahaja.
Macamana pulak dengan C4? Siapa yang bagi access untuk dapatkan C4? takkan Azilah beli C4 tu kat Danok semata-mata untuk bunuh altantuya?
Adakah pembunuhan tu berlaku atas kerelaan Azilah atau diarahkan untuk berbuat demikian?
Saya tak kira walau siapa pun yang bersalah, saya tak kira walaupun bukan Najib yang bersalah. Apa yang saya kira ialah, persoalan-persoalan itu DIJAWAB !
Sila klik dan baca sampai habis entri abg beca kita nie. Di sini lebih jelas sepertimana yang saya maksudkan.
Jika kita waras, tentu kita tak puas hati dengan apa yang dah jadi.
Thursday, April 9, 2009
KJ Tiada Dalam Senarai !!
Timbalan menteri pun KJ tidak dilantik... Ini semua mesti kerja Mahathir. Tak best lah kalau KJ takde dalam senarai... berkurang jugak modal untuk pakatan.
Maka hari ini, kita dapat melihat seorang ketua sayap parti UMNO tidak memegang apa-apa portfolio. Ketua Pemuda tanpa jawatan menteri... hehehe
Lialibiliti sungguh....
[LATTEST UPDATE]
Berikut senarai barisan anggota kabinet Datuk Seri Najib Razak
Timbalan perdana menteri
Tan Sri Muhyiddin Yassin -
Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Tan Sri Koh Tsu Koon - perpaduan dan prestasi
Datuk Seri Nazri Abdul Aziz - Parliamen
Mej (B) Jamil Khir Baharum - hal-ehwal agama
Tan Sri Nor Mohamed Yakcop - Unit Perancangan Ekonomi (EPU)
Kewangan
(1) Datuk Seri Najib Abdul Razak
(2) Datuk Ahmad Husni Hanadzlah
Pelajaran
Tan Sri Muhyiddin Yassin
Pengangkutan
Datuk Seri Ong Tee Keat
Dalam negeri
Datuk Seri Hishammuddin Hussein
Penerangan, komunikasi dan kebudayaan
Datuk Seri Dr Rais Yatim
Tenaga, teknologi hijau dan air
Peter Chin
Pembangunan luar bandar, wilayah
Datuk Seri Shafie Apdal
Pengajian tinggi
Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin
Perdagangan antarabangsa dan industri
Datuk Mustapa Mohamed
Datuk Mukhriz Mahathir (timbalan)
Pelancongan
Ng Yen Yen
Pertanian dan perniagaan asas tani
Datuk Noh Omar
Datuk Johari Baharom (timbalan)
Pertahanan
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi
Kerja raya
Datuk Shaziman Mansur
Kesihatan
Liow Tiong Lai
Belia dan sukan
Ahmad Shabery Cheek
Razali Ibrahim (timbalan)
Pembangunan sumber manusia
S Subramaniam
Perumahan dan kerajaan tempatan
Kong Cho Ha
Wanita, keluarga dan masyarakat
Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil
Luar
Anifah Aman
Wilayah persekutuan
Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
(dipetik dari mkini)
Semua ketua sayap parti dilantik menjadi menteri kecuali.... sipolan
Hishamuddin Menteri Dalam Negeri, Mukhriz Timbalan Menteri...
Saya nak tunggu nama KJ...
Tolong lah biar KJ jadi menteri penuh, lagi senang UMNO terlingkup...
Klik Sini untuk update terkini
Wednesday, April 8, 2009
Saf Najib tidak direstui RAKYAT !
Najib tidak direstui oleh rakyat terutamanya di Bukit Gantang dan Bukit Selambau. Saf kepimpinan baru UMNO telah ditolak dan tidak langsung diberi peluang selayaknya. Keputusan pilihanraya di dua bukit nan sebatang membuktikan bahawa walaupun tampuk pemerintahan bertukar tangan, walaupun UMNO tampil dengan saf berani berubah yang baru, UMNO tetap kalah bersama majoriti yang mendadak naik.
Tajuk berita utusan hari ini juga menunjukkan UMNO tak mahu kalah dengan tajuk "BN1 PKR1 PAS1" kononya masing-masing mendapat satu sedangkan semua rakyat Malaysia membacanya "BN1 PR2". Sikap sindrom denial tidak pernah pudar di dalam jiwa UMNO, sikap tak mahu kalah inilah yang bakal merebahkan sebuah parti pemerintahan yang bertahta 50 tahun lamanya.
Kita berharap agar UMNO meneruskan sikap ini dan menganggap mereka tidak kalah sepenuhnya di Bukit Gantang. Peratusan undi yang kurang menjadi punca kekalahan UMNO seperti di Kuala Terengganu. Mungkin sekiranya semua pengundi mengundi, BN akan menang di mana-mana pilihanraya kecil mahupun besar sekalipun.
Alangkah bagusnya jika UMNO masih tidak sedar bahawa mereka masih tidak dimaafkan oleh rakyat ekoran pemerintahan korupsi yang menekan rakyat kebanyakkan dan mengkayakan segelintir kroni. Baguslah jika ini tidak disedari mereka, dan baiknya jika trend sedemikian berlanjutan hingga ke jendela PRU13.
Pakatan Rakyat semakin menjadi pilihan, Pakatan Rakyat kini polular untuk disokong. PKR, PAS dan DAP menjadi wadah bagi memperjuangkan hak sebagai rakyat daripada sebuah kerajaan yang mengamalkan dasar ikut-suka-hati-asalkan-kekal-memerintah.
Arakian berbondong-bondong sokongan terhadap Pakatan Rakyat menjadi trend dan ikutan, pemahaman rakyat terhadap perlunya kerajaan pusat bertukar tangan begitu memberangsangkan. Semua tahu BN dan UMNO itu menipu rakyat dengan pelbagai helah. Oleh demikian, pertukaran kerajaan pusat bukanlah sesuatu yang mustahil untuk dilakukan sekarang ini. Menjelang PRU13, Pakatan Rakyat semakin selesa dan seharusnya lebih fokus dan berhati-hati untuk bertahan dan mempertahankan kepercayaan rakyat.
Jika kerajaan yang ada pada hari ini adalah kerajaan yang prihatin, sudah tentu mereka akan menang di PRK Bukit Gantang dan Bukit Selambau. Namun apa yang berlaku adalah sebaliknya. Kini BN dalam ketakutan. Wakil-wakil rakyatnya dinasihatkan agar menjaga kesihatan sebaik-baiknya, kerana selepas ini walau di Johor sekalipun berlaku pilihanraya kecil, pasti akan membawa musibah kepada UMNO dan Barisan Nasional !
Saya akhiri dengan serangkap pantun setengah kerat;
Najib di-ganyang
di bukit gantang
Najib di-silambam
di bukit selambau
Salam Perjuangan
RE-FOR-MA-SI !
Tuesday, April 7, 2009
GEMPAK : Selingan dari Bukit Gantang [Trong 12.30pm]
Penyokong PAS sebelah kanan
- Pagi pagi lagi sekitar jam 7.30am kami terserempak dengan sekumpulan konvoi BN bersama 4 biji bas yang agak mencurigakan. 3 daripada Bas tersebut adalah bas yang berjenama MERCY.
- Kebanyakkan penyokong BN terdiri daripada budak-budak hingusan samada lepasan SPM atau diimport dari mana-mana kem PLKN untuk membantu raih undi.
- BN umpama tidak mempunyai penyokong yang tersendiri kerana budak-budak ini tiba beramai-ramai dengan bas demi untuk menjadi wakil UMNO di sini.
- Penyokong Pakatan Rakyat 5 kali ganda lebih ramai daripada penyokong BN. Ini membuatkan penyokong BN tenggelam sama sekali dan dalam keadaan trauma. Dari segi saikologi, gayanya seperti ingin berubah menyokong pakatan selepas PRK dua bukit nan sebatang.
- Daripada 10 kenderaan yang punya trademark, 8 daripadanya membawa bendera PAS / Pakatan dan selebihnya BN.
- Keadaan amat positif buat masa ini untuk kem pakatan rakyat, namun debaran masih terasa kerana PRK kali ini dikatakan sengit.
- Pemimpin yang hadir termasuk YB Hassan Ali dan YB Sivakumar.
Laporan edyesdotcom (bloggers networt @ Malaysia) Dari Trong, Bukit Gantang
Monday, April 6, 2009
Destinasi : Bukit Gantang !
Namun, blog edyesdotcom berkemungkinan akan kontang sehari dua ini. Kerana tiada kemudahan untuk update secara terus dari Bukit Gantang.
Kepada yang berkemampuan, kepada yang masih banyak lagi cuti, ayuh kita bersama di Bukit Gantang / Bukit Selambau. Jalankan peranan kita sebagai pendokong keadilan dan penyokong perjuangan Islam.
salam perjuangan, jumpa di sana...
Bagaimana Jika Nizar Kalah ?
Pertama, ini adalah ujian pertama buat Najib yang kini digandingkan bersama tok sifunya. Samada Najib berjaya mengembalikan penguasaan UMNO dan seterusnya menjadi 'turning point' kepada barisan penyokong kerajaan sekiranya kemenangan berpihak kepada BN. Dr. Mahathir juga turut berkempen mempertaruhkan penghujung kariernya sebagai mastermind UMNO. Kemenangan BN juga bakal menjulang nama Mahathir sebagai penyelamat dan tak lupa juga nama Najib sebagai pemimpin perubahan.
Kedua, signifikasinya pilihanraya kali ini kerana pertembungan di antara rakyat dan sultan sepertimana yang digembar-gembur oleh barisan kerajaan. Rakyat dan sultan tidak bersalah dalam isu negeri perak, malah menjadi mangsa keadaan yang akhirnya beban kesalahan diletak pada bahu Pakatan Rakyat yang kononya menderhaka. UMNO yang memporak-perandakan negeri perak dan PRK Bukit Gantang menjadi pertaruhan penting betapa UMNO dan BN harus dinoktahkan melalui undi.
Pada pihak pakatan rakyat pula, ia nyata lebih penting dari apa yang terlintas difikiran. Walaupun secara positifnya, menang atau kalah itu bukan keutamaan. Namun kali ini apa yang dipertaruhkan ialah kemenangan PRU13. Apa yang dipertaruhkan kali ini ialah samada lulus atau gagalnya matlamat menumbangkan Barisan Nasional yang dikepalai oleh Najib pada pilihanraya umum akan datang, atau menunggu 50tahun lagi untuk kembali bangkit.
Dengan meletakkan MB Nizar sebagai calon, ini bermakna pentas perjuangan P59 bukanlah calang-calang pilihanraya. Pentas P59 adalah umpama penentu segalanya. MB Nizar adalah satu ikon yang sangat cemerlang di mata kita dan juga di mata musuh. Walaupun musuh melabelkanya sebagai boneka cina, sedangkan mereka sendiri pun tahu label itu adalah penipuan semata-mata. Hebatnya Nizar sehingga dicantas dari meneruskan tugas sebagai MB Perak yang berkaliber.
Oleh demikian, apabila PAS meletakkan seorang calon yang sangat cemerlang, segala bentuk ungkapan kekalahan itu harus disimpang dari melalui kem pakatan rakyat. Ini adalah pilihanraya yang harus dimenangkan. Rentetan kemenangan itu harus diteruskan dan akhirnya trend meninggalkan Barisan Nasional akan lengkap sepenuhnya dengan kemenangan pakatan di Bukit Gantang.
Percayalah, Najib tidak harus diberi peluang. Kerangka pemerintahan negara ini akan menjadi sebuah pemerintahan turun temurun yang moden. Daripada Onn Jaafar kepada Hussin Onn, Daripada Razak kepada Najib, Daripada Hussin Onn kepada Hishamuddin, sedarkah kalian semua, Najib dan Hishamuddin itu adalah sepupu sepapat? Jadi siapakah yang akan memerintah Malaysia selepas ini? Adakah anak Najib ataupun anak Hishamuddin?
Kepada pengundi yang berkenaan di dua bukit nan sebatang ini, fikirlah baik-baik. Kembali kepada UMNO bukanlah satu jalan yang sihat, ia umpama membenarkan pemerintahan monarki moden. Pemerintahan bapak ke anak, bapak kroni ke anak kroni, akan semuanya berpusing di situ, dan kaya itu bertambahlah kaya, yang miskin bertambah hina. Kembali kepada UMNO bermakna, memberi sokongan sepenuhnya kepada perasuah tegar.
Saya mengambil satu contoh mengenai apa yang berlaku dalam UMNO. Tidak mustahil pemuda yang bernama Khairy bakal menjadi Perdana Menteri termuda. Kerana perwakilan itu boleh dijual beli sepertimana yang berlaku, Khairy dimenangkan walaupun jumlah pencalonan paling kurang diterima, tetapi menjadi pilihan utama perwakilan. Oleh demikian, andaikata Khairy bertanding di jawatan Naib Presiden dan kemudianya Presiden UMNO, maka pemilihan Perdana Menteri Malaysia terletak pada tangan perwakilan yang berisi-risi. Jadi tidak mustahil ini berlaku.
Bukit Gantang tetap sebagai penentu. Samada legasi pemerintahan UMNO di negara ini sampai ke penghujungnya, atau talian hayat Bukit Gantang bakal menyelamatkan UMNO dari pupus di dada kerajaan pusat.
Bukit Gantang sudah menyeru, saya akan berangkat ke sana lewat malam ini. Pelan asal untuk tiba lebih awal terpaksa ditunda atas sebab kesihatan kenderaan.
Saya tetap yakin kemenangan akan berpihak kepada Pakatan Rakyat di dua bukit. Namun trick orang tua Mahathir tu perlu diperhalusi kali ini. Jumpa kita di Bukit Gantang.
Salam Perjuangan, Salam Reformasi.
TAKBIR !!
Kickdefella : Sokong Najib Razak
oleh sheikh kickdefella
Endorsement dari blog ini tidak membawa apa-apa makna kepada Malaysia amnya dan Najib Razak khasnya, bagaimanapun, sebagai pemilik blog ini, saya tetap mahu menyuarakan sokongan saya terhadap kepimpinan baru Malaysia, Dato’ Seri Najib Razak.
Najib Razak menerima endorsement saya bukan kerana beliau membebaskan 13 tahanan ISA dan berjanji untuk menyemak semula keperluan undang-undang tersebut. Najid Razak juga menerima endorsement saya bukan kerana beliau menamatkan penggantungan sementara 3 bulan kepada Harakah dan Suara Keadilan. Najib Razak mendapat endorsement saya juga bukan kerana beliau telah turun padang dalam publisiti stunt untuk dilihat peduli rakyat di saat dilantik menjadi Perdana Menteri.
Sebaliknya, kalau kita suka untuk mengingati sejarah, Najib Razak sekadar mengulangi tindakan Tun Dr. Mahathir bila dilantik menerajui negara. Apakah Najib Razak juga akan mengikuti langkah seterusnya, membebaskan tahanan ISA supaya baik pulih dapat dilakukan ke atas Kem Tahanan itu untuk diisi dengan lebih ramai lagi selepas suatu pilihanraya umum di mana dia berharap memperoleh kemenangan besar?
Atau tindakan Najib sekadar satu tempelak yang tentu sekali Abdullah ter’guling bating’ setelah Abdullah menempelak Najib di Persidangan Agung UMNO yang lepas kerana khuatir Najib akan kembali ke zaman gelap kebebasan dan hak asasi manusia?
Atau mungkin juga pengantungan Harakah dan Suara Keadilan adalah satu perancangan liar oleh Najib dua minggu sebelum dilantik PM supaya dia sendiri dapat menamatkan penggantungan itu agar dilihat sebagai seorang pemimpin yang peduli hak kebebasan menyampaikan maklumat.
Atau lawatan Najib ke 3 lokasi rakyat jelata Cina, Melayu dan India adalah sepekara yang amat pelik dan tidak pernah dibuat oleh mana-mana PM sebelum ini? Hanya masa akan dapat menentukannya sama ada Najib akan menjadikan lawatan itu sebagai rutin tahunannya sepertimana Tun Dr. Mahathir melakukannya setiap Ramadan di Kuala Lumpur dan Alor Setar.
Pembebasan tahanan ISA dan semakan semula undang-undang itu amat mengejutkan bila tidak disambut dengan protes oleh puak-puak yang memertabatkan Ketuanan Melayu yang sanggup berdemonstrasi dalam kelompok-kelompok kecil yang memalukan sebelum ini.
Manakala tindakan menamatkan penggantungan sementara Harakah pula tentu mengecewakan segelintir puak dari Terengganu yang mungkin merasa rahmat dari penggantungan organ Parti yang dilihat terlalu banyak mempromosi puak Erdogan terutama menjelang pemilihan PAS di Muktamar akan datang.
Dan akhirnya, lawatan ke pasar-pasar rakyat tentu sekali merisaukan para penasihat ekonomi Negara dan Menteri-menteri tertentu kerana jika Najib menjadikan lawatan ke pasar-pasar rakyat yang sama sebagai acara tahunannya, dia akan dapat merasa sendiri kesan inflasi jika berlaku.
Namun begitu, saya tetap memberi sokongan padu kepada kepimpinan baru negara walau tanpa dijerat gula-gula. Sebabnya jelas, sesiapa sahaja yang mempunyai latar belakang perkhidmatan sepertinya tentu sekali berpengalaman penuh dalam hal pentadbiran negara dan oleh itu, dia sebenarnya berkelayakan.
Sesiapa yang layak tak perlu di lanyak. Siapa yang layak perlu disokong supaya beliau dapat melakukan yang terbaik tanpa berdepan dengan halangan dan rintangan melakukannya. Dan jika dia gagal, gagalnya bukan kerana tidak mendapat sokongan tetapi gagalnya adalah dari faktor lain. Jika itu berlaku, saya akan mengambil kira untuk menarik balik sokongan saya terhadapnya.
Saya menyokong Najib kerana saya mahu melihat Malaysia berjaya didalam banyak sudut dan antara yang paling penting ialah,
· Berjaya keluar dari kepompong perbicaraan Ketuanan Melayu sebaliknya melangkah menjadi sebuah negara yang memperkasakan hak setiap warganegaranya dan menjamin keadilan yang sama rata kepada semua tanpa mengira agama dan kaum.
· Berjaya keluar dari cengkaman kezaliman polis dan melihat perlaksanaan penuh saranan-saranan IPCMC yang sudah jelas terkubur.
· Badan kehakiman bebas sepenuhnya dari pertalian eksekutif dan kembalinya keyakinan terhadap institusi berkenaan.
· Rasuah dihapuskan sepenuhnya bermula dari dalam Istana hinggalah ke dalam Penjara.
· Reformasi dalam Suruhanjaya Pilihan Raya dan daftar pemilih.
· Ketirisan dalam pentadbiran kewangan negara yang berpunca dari kronisme dan political survival dihapuskan terus.
· Undang-undang yang menggangu-gugat hak asasi rakyat dan kebebasan bersuara dan meluahkan pandangan di semak semula diantaranya ialah akta Keselamatan Dalam Negeri, Akta Hasutan, Akta Universiti dan Kolej Universiti dan Akta Mesin Cetak.
Saya juga menggesa seluruh rakyat Malaysia untuk memberi sokongan penuh kepada kepimpinan baru negara kerana didalam melaksanakan segala pembahruan ini, Najib Razak akan pasti berhadapan dengan musuh paling ketatnya iaitu UMNO.
Elit-elit di dalam UMNO sudah tentu akan mengganggu-gugat sebarang transformasi yang boleh mengubah cengkaman mereka terhadap sumber kewangan negara dan keutuhan kedudukan mereka dari sudut politik.
Atas sebab itulah, kita melihat sudah dua pemimpin UMNO yang lalu terus gagal membawa perubahan ini disebalik permulaan yang hebat.
Mahathir Mohamad telah berusaha begitu juga dengan Abdullah. Akhirnya mereka samada tunduk kepada ketuanan UMNO lalu meneruskan penindasan rakyat Malaysia atau terpaksa akur dengan pelbagai bentuk perpecahan.
Berdasarkan liabiliti yang begitu membebankan yang terpaksa digendungnya ke pejabat barunya di Putrajaya, dan juga liabiliti berbentuk Maharani Balu yang terpaksa dipimpinnya ke Seri Perdana, ternyata adalah lebih mudah bagi Najib untuk mendapat simpati dan sokongan dari rakyat Malaysia terutamanya dari orang-orang Melayu.
Najib hanya perlu dilihat berusaha melakukan yang terbaik dan psikologi Melayu yang sentimental dan romantis akan jatuh cinta padanya.
Najib memiliki apa yang tidak ada pada Abdullah, iaitu rekod peribadi yang buruk pada mata rakyat. Abdullah sebaliknya memiliki jolokan ‘Mr. Clean’ yang sebenarnya menderaukan darah rakyat bila kelemahannya terbongkar di puncak Putrajaya.
Oleh yang demikian, tidak pelik jika Najib bertindak buruk pada rakyat tetapi amat pelik dan memukau jika Najib melakukan benda yang baik-baik. Itulah keuntungan Najib kerana imej yang berkarat.
Masa depan negara kini ditangan Najib Razak. Seharusnya yang terbaik untuk kita lakukan ialah memberinya sokongan kepadanya tetapi jika sokongan itu terlalu tinggi untuk diminta, maka setidak-tidaknya berikan beliau masa dan peluang.
Untung nasib Najib Razak belum tersurat, tapi Najib mungkin sedar bagaimana tenggelamnya Abdullah.
Tenggelamnya Abdullah bermula bukan dari hentakan Mahathir tetapi tenggelamnya Abdullah adalah dari perkembangan teknologi di dalam dunia siber.
Najib sudah pasti mampu melunakkan Mahathir tetapi hanya yang terbaik yang dilakukkannya akan dapat menjinakkan teknologi ke pihaknya.
Semoga Najib tidak terkehel dengan keajaiban Cobra Sultan, Pesawat Peribadi Baru, Istana di Australia dan lain-lain. Jika pun terkehel, semoga dia tidak tersembelih dirinya sendiri dengan penjelasan yang menghina taraf pemikiran rakyat.
Selamat mencuba tampuk kuasa.
Inilah Pemimpin ....
Di petik dari blog Jamil Kucing
Malam tadi kira-kira jam 9.30 malam berlaku satu kemalangan kecil yang membabitkan penunggang motosikal dengan sebuah kereta di Simpang, Taiping ketika rombongan calon menuju ke beberapa tempat ceramah di Bukit Gantang.
Sebuah motosikal dilanggar oleh sebuah kereta yang terus melarikan diri tanpa memberi pertolongan. Kejadian itu berlaku dihadapan kereta calon. Hj Nizar meminta pemandunya menghentikan kereta dan terus meluru keluar untuk memberi pertolongan. Hj Nizar telah menahan sebuah kereta polis dan memohon kerjasama pihak polis untuk mengawal lalulintas dan meminta pertolongan polis supaya menghantar mangsa tersebut ke hospital.
Kemudian Hj Nizar terus beredar menuju ke beberapa tempat program yang telah dijadualkan.
Friday, April 3, 2009
Undi PAS Masuk Syurga?
UNDI PAS MASUK SYURGA?Berikut adalah apa yang saya reply diblognya;
SYURGA BUKAN MILIK PAS. BAHKAN PEMIMPIN PAS PUN MUNGKIN AKAN DICAMPAK KE NERAKA KERANA SERING BERDUSTA DAN MUNGKIR JANJI.
PAS PERJUANGKAN ISLAM?
PAS TAK PERJUANGKAN ISLAM TETAPI PERGUNAKAN ISLAM UNTUK KEPENTINGAN POLITIK MEREKA SAHAJA.
PAS MEMBANGUN BERSAMA ISLAM?
PAS TIDAK MAMPU MEMBANGUNKAN ISLAM. HAMPIR KESELURUHAN MASJID DI MALAYSIA DIBINA OLEH KERAJAAN BN/UMNO. PAS TAK MAMPU BANGUNKAN EKONOMI RAKYAT KERANA ITU PAS RETORIKKAN KAPADA RAKYAT KELANTAN: KITA TAK KEJAR DUNIA TETAPI KITA CARI AKHIRAT. TETAPI JIKA KITA TAK DAPAT DUNIA KITA JUGA MUNGKIN CICIR AKHIRAT.
Perwakilan UMNO dapat habuan kerana membenarkan rasuah melalui undi (undi khairy)...
Pemimpin2 UMNO punya rumah umpama istana kerana membenarkan rasuah berlaku dikalangan mereka...
Proxy-proxy (penyangak) UMNO dapat projek berulang kali untuk mengkayakan sesama mereka dengan memberi laluan kepada rasuah...
Bagaimana pula dengan penyokong2 UMNO? mungkin hanya dapat berkongsi dosa kerana bersubahat menyokong parti perasuah tegar.
Fikir balik, betul ke apa yang kita sokong? adakah melayu lebih baik setelah 50tahun diperintah UMNO BERBANDING kaum minoriti di negara ini?
Betulkah UMNO perjuangkan bangsa? bagaimana dengan perjuangan agama?
Adakah perjuangan islam itu disukat melalui pembinaan masjid berbanding meraikannya(memenuhi)?
Kalau kita tak sokong PAS sekalipun, sila jangan memandang rendah tentang apa yang mereka perjuangkan... sekurang-kurangnya ada sebuah parti di negara ini yang memperjuangkan dan menegakkan syiar Islam... Ini jalan Allah...
saya bukan ahli PAS, malah dulu pun saya kutuk PAS... tapi bila saya sendiri lihat dengan mata hati tentang apa yang mereka perjuangkan, saya dapat rasakan bahawa parti seperti PAS perlu ujud di negara ini demi sedikit keseimbangan... dan bila tiba masanya, PAS akan diterima oleh semua kaum dan memerintah Malaysia dengan kerangka baru "Negara Kebajikan" lantas menjadi pemangkin terhadap Negara Rakyat yang bertemakan Sosialisme Islam.
Thursday, April 2, 2009
Najib Tak Jadi PM ??
Sebelum korang klik untuk masuk ke entri ini, pasti korang akan fikir perkara ini cuma khabar angin semata-mata...
Saya pun rasa macam tu juga, rasa macam tiada halangan lagi untuk najib bertahta. Namun begitu, melihat kepada muka Najib yang merah padam, khabar angin boleh jadi bukan sekadar khabar angin... Ini katogeri khabar ribut dah !
Jadi PM atau tak jadi PM, itu bukan hal yang akan saya pedulik. Walau Najib sekalipun, walau Muhyidin sekalipun, walau KJ sekalipun yang jadi PM, lawan tetap lawan... Tiada harapan lagi diberikan kepada UMNO dan BN... Trend sekarang ialah BN dan UMNO harus ditumbangkan di mana-mana pilihanraya dan kemuncaknya ialah PRU13 !
Ikuti perkembangan khabar angin tahap ribut seperti tajuk entri di atas...
Najib Razak Keluar Dari Istana Negara
KUALA LUMPUR (Berita Harian) - Datuk Seri Najib Razak kelihatan keluar dari Istana Negara kira-kira jam 12.15 tengah hari selepas 45 minit dilihat masuk untuk menghadap Yang Di Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin. Beliau bagaimanapun tidak memberikan kenyataan kepada wakil media yang menunggu.
Abdullah Menghadap Agong Serah Surat
KUALA LUMPUR (Bernama) - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini menghadap Yang Di Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara di sini bagi menyerahkan surat melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri dan memohon perkenan Seri Paduka Baginda melantik Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai penggantinya. "Terserah kepada Tuanku," kata Abdullah kepada pemberita selepas majlis hampir satu jam itu. Abdullah tiba di pada 10 pagi dengan menaiki Proton Perdana rasminya bernombor WCH 13 dan meninggalkan kawasan istana satu jam kemudian sambil melambai-lambai ke arah sekumpulan 70 petugas media termasuk wartawan asing yang berkumpul di situ sejak 7.30 pagi. Ia juga menarik perhatian pelancong asing yang turut berada di situ.
[Jika benar laporan dan dakwaan ini, maka ia merupakan satu tamparan hebat buat Najib Razak. Apakah Tuanku Mizan mengambilkira situasi dan pandangan rakyat selama ini bahawa mereka mahukan supaya imej Najib dibersihkan terlebih dahlu sebelum beriya-iya benar ingin menjadi Perdana Menteri Malaysia. Kita amatlah berharap agar adanya satu perkembangan yang positif dalam hal ini yang pastinya akan lebih menghangatkan senario politik negara. Kami masih menunggu laporan terkini dari krew-krew kami yang turut berada di Istana Negara sebentar tadi. Laporan jelas mengatakan Najib begitu tidak ceria dan langsung tidak mahu bercakap kepada media memperkuatkan lagu hujah ini]
~ Pahang Daily.
Dua tiga hari kebelakangan ini Abdullah seolah berdalih-dalih bila menyebut mengenai tarikh tepat peralihan kuasa. Abdullah hanya menyatakan bahawa 2 April merupakan tarikh dia akan mengadap Yang Di Pertuan Agong untuk mempersembahkan surat perletakan jawatan (yang sehingga kini tidak disebut tarikhnya).
Mungkin panik dengan perkembangan tersebut dan ditambah dengan rasa tamak maka Najib telah bertindak membelakangi Istana dengan mengarahkan JPM mengeluarkan kad jemputan Majlis Angkat Sumpah yang kononya akan diadakan di Istana Negara pada hari Jumaat ini.
Najib telah bertindak derhaka dan kurang ajar dengan mendahului Yang Di Pertuan Agong.
Kuat desas desus mengatakan pihak istana cukup rasa kurang senang dengan sikap 'kelolo' Najib ini. Maka dikatakan Majlis Angkat Sumpah esok dibatalkan.
Gambar merah padam Najib yang dirakam ketika keluar dari Istana Negara (atas) mungkin boleh menggambarkan betapa paniknya ketika ini.
cheGuBard akan mempersembah surat terbuka kepada Istana Negara berkenaan perkara ini.
~Chegu Bard
Sambil tu, sila ikuti artikel baru edyes;
Ganyang Najib di Bukit Gantang !