Wednesday, March 24, 2010

16 September Bukan Tak Jadi !!


Salam 1Israel,

Aku pernah maklumkan sebelum ni, 16 september bukan satu cerita kosong. Memang ramai ahli parlimen yang punya sedikit kuderat untuk memacu perubahan di belakang DS Anwar Ibrahim. Jumlahnya adalah seperti yang didakwa oleh DSAI dalam ceramah-ceramah beliau sendiri sekitar bulan April 2008 iaitu lebih dari mencukupi untuk menumbangkan BN dalam satu sidang undi tak percaya terhadap Paklah. Lebih dari mencukupi !

Terdapat banyak versi yang dikaitkan terhadap kegagalan 16 september. Salah satu versinya ialah ketidak-sudian TG Presiden PAS untuk menandatangani perjanjian yang membolehkan Kerajaan Malaysia diambil alih oleh Pakatan Rakyat buat sementara sebelum dibubarkan. Ketika ini, TG Presiden tidak mahu mengambil risiko membiarkan jumlah ahli parlimen bukan islam menjadi majoriti sekiranya pengambil-alihan tersebut berlaku, walaupun untuk tempoh sementara yakni sejurus sebelum membubarkan kembali parlimen. Samada TG Presiden harus rasa bersalah atau tidak, bukanlah persoalan di sini.

Perkara yang harus diambil kira ialah, DSAI telah bersikap benar dalam cubaan merialisasikan 16 September dan sekiranya ia benar terjadi, negara kita ini telah diselamatkan lebih awal oleh DSAI dan Pakatan Rakyat daripada sebuah kerajaan zalim yang mengkudetakan negeri perak, mempermainkan kunci ekonomi negara serta menjaja slogan jahanam iaitu 1Malaysia yang dikaitkan dengan 1Israel.

Kini negara masih lagi terdedah dengan musuh lahanat al-mukmin iaitu Israel dengan jenama APCO. Ia dikaitkan dengan Kerajaan Malaysia yang dikuasai UMNO. Jadi, apakah UMNO itu ..... fikir2kan lah...

Baru dapat call, aku kena pergi ambik darah lg sekali sebab darah yang diambil sekitar jam 1 tadi tak boleh pakai kerana beku... tak boleh pakai jugak hospital mahal nie...

3 comments:

agas said...

semoga saudara cepat sembuh...amin.

Edyes said...

terima kasih sedara...

tapi, kenapa blogspot mcm ada problem hari nie?

azmie said...

bukan blogspot sajo problem, 1mesia problem jang. yang syok eh, hari ni jugak dirasmikan dan dilancarkan nbi dan hsbb. high speed jadah apo kalu merangkak macam ni. tu la jadi eh kalau harap pado zionis untuk "MEMBANTU DALAM HAL-HAL KOMUNIKASI..". statement tu apco samo utusan yg sobut