Friday, January 22, 2010

“Tuhan mahu musnahkan semua rakyat Haiti kerana mereka jahat,’’


“Tuhan mahu musnahkan semua rakyat Haiti kerana mereka jahat,’’ 

- kata Eleude Joseph, seorang ibu dua anak kepada AFP di sebuah kem kotor yang menempatkan 6,000 mangsa di Place Saint-Pierre.


Susulan daripada kejadian gempa bumi ke-dua yang melanda Haiti selepas gempa yang pertama 8 hari yang lalu. Berita selanjutnya adalah seperti di bawah.

PORT-AU-PRINCE 21 Jan. – Satu gegaran susulan kuat menggegar bandar Haiti semalam, yang telah terjejas akibat gempa bumi sebelum ini, mengakibatkan beribu-ribu mangsa gempa bumi yang masih trauma bertempiaran lari ke jalan-jalan raya dalam keadaan takut.

Dalam pada itu, walaupun selepas lapan hari bencana tersebut berlaku, masih ada mangsa berjaya diselamatkan daripada runtuhan yang disifatkan sebagai satu keajaiban.

Di tengah-tengah kubur besar, khemah yang menempatkan klinik sementara dan mangsa yang kian terdesak menanti bantuan, pasukan penyelamat berjaya mengeluarkan seorang bayi, beberapa kanak-kanak dan mangsa-mangsa lain daripada bawah runtuhan di negara Caribbean itu.

Beribu-ribu tentera Amerika Syarikat (AS) turut ditempatkan ketika negara-negara lain berjanji untuk menghantar lebih ramai tentera bagi membantu pengagihan bantuan, menyediakan rawatan perubatan dan menjamin situasi selamat di jalan-jalan bagi mangsa yang terjejas untuk terus hidup.

Gegaran susulan terbesar menggegar waktu subuh semalam, lapan hari selepas ibu negara Haiti dikejutkan dengan satu gempa bumi sekuat 7.0 pada skala Richter, mengorbankan sekurang-kurangnya 75,000 nyawa dan mengakibatkan sejuta yang lain hilang tempat tinggal.

Ingin saya tegaskan, tidak mustahil negara kita dilanda bencana sepertimana Haiti, sepertimana Acheh... Sekiranya negara kita dipenuhi kejahatan yang dibenarkan, dipenuhi kejahatan yang digalakkan, dipenuhi kejahatan yang diberi laluan... fikirkanlah...

No comments: