Sunday, February 28, 2010

Jalur Gemilang Bakal Mewarnai Litar F1!! Terima kasih PM !!

 
 Jalur Gemilang bakal mewarnai litar F1. Adakah anda tidak bangga ?

 
 Jalur Gemilang  menghiasi kereta lumba terlaju di dunia. Adakah anda tidak berasa bangga ?

 
Malangnya, inilah realiti sebenar kereta pasukan 'Lotus F1 Racing Team' (di manakah nama 1Malaysia/)
 

Inilah lambang pasukan F1 1Malaysia (macam lambang PAS ?)

Bagus hang Najib, hang sembang satu Malaysia...


UNDILAH BARISAN NASIONAL !!

Thursday, February 25, 2010

3 Hari di Kedah !

Salam hormat,

Hari ini merupakan hari ke-3 saya di Kedah dan ketika ini saya berada di daerah Baling.

Kedah negeri yang dilanda masalah. Banyak masalah semasa yang saya cungkil dari penduduk setempat. Ada juga yang membandingkan zaman pemerintahan BN dengan zaman pemerintahan PR.

Hanya mereka yang duduk di Kedah sahaja mengetahui masalah yang melanda. Dari segi kebersihan, pengurusan jalan, dan yang paling ketara ialah masalah Air.

Dari mata ini sendiri, saya melihat beberapa perkara sepertima yang diperkata oleh penduduk setempat iaitu tahap kebersihan, jalan yang berlubang-lubang. Kebanyakkan isu bertaraf PBT.

Cuma saya mahu semua pihak faham, akan masalah yang melanda itu di manakah puncanya. Apakah tindakan dari kerajaan PR Kedah dalam menangani isu berbangkit di negeri jelapang padi ini.

Saya juga mahu semua pihak fahami kedudukan kerajaan negeri yang mungkin menghadapi masalah dari segi kewangan yang di ding-dong sana sini sepertimana berlaku di Kelantan selama puluhan tahun lamanya.

Akhir kata, saya mahu rakyat negeri Kedah dan rakyat negeri di bawah kepimpinan Pakatan Rakyat supaya lebih bersabar dengan ujian dan cabaran yang melanda penggal pasca PRU-12 ini. Kesabaran anda akan membuahkan hasil selepas kemenangan kerajaan pusat dalam PRU-13 kelak.

Ini juga satu bentuk perjuangan, tidak salah kita menyertainya... secara percuma!

Tuesday, February 23, 2010

Biar Kalah Asal Islam (baca : Ulama) Tidak Kalah !!

Saya tidak pasti, bagaimana kalanya saya terlepas satu entri penting dari Aduka Taruna. Jika saya terlepas pandang, mungkin ramai lagi yang ketinggalan artikel sepenting ini.

Bahasanya memang parah. Namun jikalau saudara bijak pandai, tafsirlah dengan budiman.

Oleh Aduka Taruna (14 Feb 2010)

Apa Nak Jadi Dengan PAS Nie

Dulu, gualah yang paling kutuk PKR bila kualiti ahlinya tahap sampah. Lompat jer kejenya. Tapi la ni, ada satu dimensi yang memperlihatkan betapa bertuahnya PKR kerana tahap2 sampah dengan mudah keluar.

Dulu gualah yang paling berbangga apabila PAS yang jarang2 sangat wakilnya melompat. Tapi la ni, ada satu dimensi yang memperlihatkan betapa sialnya PAS apabila sampah2 tidak keluar malah membusuk dan membarah dalam PAS.

Sedih dan kecewa, semakin hari semakin nyatalah ada usaha2 tertentu di dalam PAS yang sedang membantutkan era baru politik negara dengan kejatuhan BN. Mereka di dalam PAS sedang memdamagekan kredebiliti PAS di mata pengundi bukan Melayu tidak tahu apa motifnya.

Pada gua, kita (semua yang telah mengundi PAS dengan visi sendiri), harus mencabut pembolehubah utama. Yakni Hadi Awang. Pada gua, dengan mencabut pembolehubah utama, maka, pembolehubah sampingan turut tercungkil dengan sendirinya.

Pada Nik Aziz, PAS harus diberi peluang mencabut pembolehubah dengan EGM. Datang sesetangah puak, tolak EGM, ganti Mesyuarat Khas. Keputusan akhir, rupa2nya Hasan Ali semakin kukuh. Dan terkini, Exco Pemuda PAS mengesahkan dengan Nama Allah bahawa Tuan Ibrahim Tuan Man berbohong (Malaysiakini). Oh ulama....

Selepas PRU13.

Dengan apa yang berlaku hari ini, mari kita ramalkan apakah yang berlaku selepas PRU13, hasil bantuan pihak2 sampah dalam Pakatan Rakyat.

1. Perak dimenangi oleh Pakatan Rakyat, tetapi kerusi PAS semakin mengecil. Walau boleh membentuk kerajaan, namun Sultan Perak menolak Nizar sebagai MB. Tanpa Nizar sebagai MB, pengaruh ulama dalam PAS sedikit bernafas setelah tenggelam dalam populariti Nizar.

Biar Islam kalah, asal ulama tidak kalah. Ulama kalah, maka, jatuh hukum kafir. Falsafah Kepimpinan Ulama.

2. DAP semakin kukuh di Pulau Pinang, tetapi PAS tiada 1 kerusi pun yang dimenanginya akibat perbuatan puak ulama sebelum itu. Dengan ketiadaan PAS dalam Pakatan Rakyat di Pulau Pinang, puak ulama semakin selesa untuk bergerak sendiri tanpa tahaluf dan kekal sampai kiamat sebagai pembangkang.

Status dan keadaan ulama sebagai pembangkang sangat penting kerana kedaan itu membuatkan ulama menonjol. Jika ulama dalam pengurusan kemenagan, pengurusan kerjasama dan pengurusan pemerintahan, ulama kaku dan terkial-kial. Ini melibatkan survival Kepimpinan Ulama.

Biar kalah, asal Ulama tidak kalah.

3. Kedah tumbang secara tipis akibat protes pengundi bukan Melayu. Tumbangnya Kedah mengurangkan tekanan kekalahan PAS Terengganu 2004, 2008 dan PRU13.

4. Majority kerusi PAS di Selangor kalah menyebabkan Pakatan gagal membentuk majoriti mudah. Apabila Pakatan kalah, bermakna, PAS tidak duduk dalam pengurusan pemerintahan negeri. Bila tidak duduk dalam pengurusan pemerintahan sebuah negeri majmuk, maka, para ulama kembali mendapat 'kuku'. Kerana ulama cukup selesa berada dalam pembangkang. Menyalak, berdemo, berlawan hukum, etc.

Bila ulama kembali mendominasi dalam dunia pembangkang, maka, cahaya pengaruh ulama kembali bersinar. Biar kalah asal Islam (baca : ulama) tidak kalah.

Saya membacanya dari sudut reverse psychology. Bagaimana pula dengan anda-anda yang budiman?

Monday, February 22, 2010

TG Hadi: Tiada Kerjasama Dengan UMNO Dalam Pembentukkan Kerajaan!!

 

Abdul Hadi berkata, pembentukan kerajaan melibatkan kedua-dua parti tidak akan berlaku, dengan alasan Pas tidak mahu menjadi mangsa kepada BN atau UMNO yang kini disifatkan sebagai 'bahtera yang sudah bocor'.

Saya harap, atas kapasiti Presiden PAS, TG Hadi boleh menasihatkan semua pemimpin PAS yang selama ini pernah terlibat dengan perjumpaan rundingan gelap pembentukkan kerajaan perpaduan bersama UMNO, supaya menyatakan pendirian mereka menolak sekerasnya unsur UG lantas menutup isu UG buat selamanya.

Walaubagaimanapun, isu entri ini berbeza sama sekali dengan pendirian saya seperti di sini (Kami Mahu TG Presiden Lebih Proaktif) dan di sini (TG Hadi Harus Mohon Maaf). Harap maklum.

The True Color of Saiful Bukhari - Unleash!!

Yeah... The true color of Saifool Bukhari... So fool, so sorry...
Sila komen...

 

  

Sumber laluan di sini

Kami Mahu TG Presiden Lebih Proaktif !

Pertama sekali saya ucapkan terima kasih atas komen-komen yang membina mahupun yang kurang membina... saya terima semua luahan penyokong PAS yang tidak senang apabila presiden mereka ditegur. Mungkin jika kena pada tempatnya, saya juga akan bertindak sedemikian rupa.

Namun begitu saya ingin mengingatkan, segala teguran yang dilempar itu seharusnya diterjemah dengan lebih positif dan akhirnya TG Presiden akan lebih bergerak maju dalam agenda perjuangan moden ini. TG presiden harus lebih peka dan lebih banyak memainkan peranan dalam pelbagai isu yang melanda, bukan sekadar membiarkan diri serta parti terdedah kepada serangan luar dan dalam.
 
Harap semua rakan memahami segala tindak-tanduk saya dan rakan PAS Reform. Percayalah, jika TG Hadi lebih proaktif dalam peranan beliau sebagai presiden parti PAS, pasti kami juga akan memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi sepertimana yang kami juangkan dibelakang TGNA. 

Di bawah ini adalah salah satu komen dalam blog saya. Paparan ini bukan untuk mengaibkan sesiapa, tetapi untuk dijadikan sezarah pedoman;

Nko orang ni terlebih usrah sehingga buta dengan realiti semasa. hangpa ni berapa kerat je berbanding dengan penyokong PAS hari ini yang terdiri dari pelbagai kaum yang meletakkan harapan untuk menjatuhkan UBN dalam pru13.

Setakat kederat hangpa beberapa kerat ni, sejak pilihanraya pertama dulu, hangpa hanya dapat memerintah kelantan sahaja. Pengaruh hangpa hanya berlegar setakat di kelantan, terengganu sedikit-sedikit di kedah dan perlis je.

Berita utusan tu semua geng hangpa tau putarbelit dan memang geng hangpa tak baca. Tetapi ia dibaca oleh sebahagian besar rakyat malaysia dan berupaya meracun fikiran berjuta rakyat malaysia.

Sebab hangpa tak bacalah maka hangpa tak tahu kesannya kepada PAS sendiri. Sebab hangpa asyik dok baca harakah sahajalah maka berkali-kali hangpa kena kencing dengan UMNO. fikiran sesetengah dri hangpa jadi jumud dan tak terpisah dari realiti.

Kekadang aku tengok, kejumudan hangpa ni sama standard degan musuh ketat hangpa, puak-puak UMNO. 2 x 5 je.

Dalam pemerhatian aku, presiden hangpa ni adalah feveret utusan untuk mendapat ulasan setiap kali apabila UMNO dok tertekan. wartawan aju je soalan perangkap, dengan gembiranya dia menjawab panjang lebar mengikut selera wartawan yang bertanya.

esok keluar muka hadapan utusan dan sekaligus menanam bibit prasangka rakyat terhadap parti hangpa.

olan

Ustaz 1G: Doktrin Pahala Lawan UMNO Jangan Digadai

Saya mengambil sedikit kesempatan untuk menyiarkan artikel dari ustaz 1G Al-bakistani. Semoga darah perjuang yang bergelojak dalam diri pembaca yang menghayati artikel ini bangkit menentang kezaliman dari luar dan dalam.
DOKTRIN PAHALA LAWAN UMNO JANGAN DIGADAI

Jika ketua Penerangan PAS Pusat menyebut, doktrin wala’ dan siqah adalah penyebab PAS mampu bertahan sehingga hari ini. Padaku pula, PAS mampu bertahan sehingga hari ini, kerana doktrin pahala melawan UMNO yang menghalang penubuhan kerajaan islam.

Aku masih ingat, semasa belajar di pondok Lubuk tapah dahulu, aku mendengar Tuan Guru Nik Abdul Aziz menyampaikan satu ceramah di sebuah perkampungan di daerah pasir Mas. Dalam ceramah itu, Tuan Guru membaca kaedah fiqh yang berbunyi;

ما لا يتم الواجب الا به فهو واجب

Maksudnya;
“tidak sempurna perkara wajib, melainkan dengannya, maka melakukan perkara itu adalah wajib juga”

“hukum bina kerajaan Islam adalah wajib. Tidak terbina kerajaan islam, melainkan kita kena terlibat dengan pilihanraya, maka terlibat dalam pilihanraya adalah wajib” ujar tok guru.

”dalam pilihanraya, mesti ada parti. Tidak sempurna dalam pilihanraya melainkan kena tubuh parti, maka hukum tubuh parti adalah wajib.

”di Malaysia, banyak-banyak parti yang wujud, hanya PAS sahaja berusaha untuk menubuhkan kerajaan Islam, maka hukum undi PAS adalah wajib.. dan lawan bagi wajib adalah haram, bermakna undi UMNO adalah haram” tok guru mengakhiri hujjahnya.

Mendengar hujjah Tuan guru itu, hatiku terdetik berkata, ”wajib, buat dapat pahala, tak buat dapat dosa. haram pula, buat dapat dosa, tak buat dapat pahala... jadinya, undi UMNO dapat dosa, undi PAS dapat pahala.. undi PAS masuk Syurga, undi UMNO masuk neraka”

Diakhir ceramah pula, Allahyarham Pok Su Pi yang ketika itu menjadi pengerusi majlis, berkali-kali mengulangi kalimah tersebut sebelum majlis ceramah ditutup. Aku masih ingat, ungkapan tersebut sehingga ke hari ini. sekiranya aku boleh meniru suara Pok Su Pi, aku masih ingat lagi cara dan gaya bercakap Pak Su Pi yang menyebut ungkapan kaedah yang diulas oleh Tuan Guru nik Abdul Aziz.

Sejak dari itu, aku terus berkeyakinan bahawa berjuang dalam PAS akan mendapat pahala. Iaitu pahala dalam menjatuhkan kezaliman UMNO, disamping berusaha mendirikan sebuah kerajaan Islam.

BEKALAN DI AKHIRAT

Di kampungku, ada seorang pak cik yang agak berumur, yang kami anak-anak muda memanggilnya dengan panggilan Pak Tam. Dia berasal dari Aloq Staq, Kedah, tetapi menetap di Selangor. Dia kini telah meninggal dunia, tetapi jasa dan pengorbanannya, kami amat respek sehingga hari ini.

Semasa aku hendak bertolak ke Pakistan dahulu, dia terlalu kerap berpesan kepadaku, ”hang balik Pakistan nanti, hang kena lawan UMNO.. hang jangan jadi UMNO tau”

Dia hadiahkan kepadaku sebuah beg kecil, yang terjahit satu lambang PAS di beg tersebut. Aku menerimanya, dan memang aku menggunakan beg itu semasa belajar di pakistan dahulu.

Kami mengenali pak tam, seorang tua yang amat komitment melawan UMNO. Dia bekerja sebagai berniaga di gerai makan. Setiap pendapatannya, pasti sehari dia akan menabung sebanyak RM 10. Dan tabung itu, bukan untuk kegunaan diri dan keluarganya, sebaliknya digunakan untuk tabung jihad PAS apabila Parti berhadapan dengan sebarang kesulitan, sama ada untuk pilihanraya, mahupun untuk kegunaan harian parti.

aku amat respek dengan Pak Tam atas perjuangannya. aku juga pernah bertanya kepadanya, ”Bagus betul Pak tam kan.. sampai buat tabung untuk PAS?”

”ini bekalan saya di akhirat ustaz oi..” kata pak Tam ringkas, tapi benar-benar menusuk ke kalbu.

Ucapan Pak Tam itu, mengingatkan aku dengan sahabat Nabi SAW yang bernama Al-Irbadh bin Sariyah yang pernah menangis kerana tidak dapat terlibat dalam peperangan tabuk kerana terlalu tua, juga tidak dapat memberi infaq jihad kerana dia soerang yang miskin sehingga tinggal di beranda masjid Nabi SAW.

Inilah perjuangan ahli-ahli PAS bawahan dalam usaha meluputkan UMNO dari muka bumi Allah. Padaku, pak tam itu tidak pernah kenal erti wala’ dan siqah, tetapi yang mereka kenal adalah pahala yang akan menjadi bekalan mereka di akhirat kelak. Justeru, tidak hairan kehadiran manusia seperti Pak Tam menyebabkan PAS mampu bertahan sehingga ke hari ini.

Sekian

Wallahu ’Alam
- Sri Indah (B), Sg Buloh
6 Rabiul Awal 1431 – 20 Febuari 2010 * 1:50 petang

Saturday, February 20, 2010

TG Hadi Harus Mohon Maaf

UMNO kini mengalami satu perubahan yang baik apabila parti itu tidak lagi menganggap agama dan politik sebagai dua perkara berbeza. Ia merupakan satu anjakkan paradigma kepada UMNO - TG Hadi Awang 

Hadi akui UMNO alami perubahan baik - Utusan


Saya tidak nampak perubahan yang lebih baik ditunjukkan oleh parti UMNO dari pelbagai aspek lebih-lebih lagi dari aspek agama. Saya tidak faham mengapa TG Hadi membuat statement mengatakan UMNO mengalami satu perubahan, satu anjakan paradigma. Apa yang sebenarnya TG Hadi nampak pada UMNO?

Di manakah zarah-zarah kebaikkan yang telah dibawa oleh UMNO di bawah kepimpinan Najib? Di manakah anjakkan paradigma itu? Dari sudut mana yang menunjukkan UMNO ingin menjadikan politik dan agama tidak lagi berbeza? Adakah ia merujuk kepada UMNO yang menuntut perarakkan Maulidur Rasul?

Sedangkan kerajaan kini dilihat lebih kejam dari biasa apabila mengkuda-kudakan pelbagai institusi yang sepatutnya bertindak berkecuali, dilacurkan demi survival UMNO dalam jasad kerajaan. Kerajaan dilihat semakin angkuh dan tidak belajar dari kesilapan apabila merangka cukai GST dan mencadangkan subsidi minyak dilupuskan walhal dalam masa yang sama duit dihabiskan dengan menubuhkan satu pasukan sukan termahal iaitu formula satu. Pelbagai lapisan masyarakat tidak lagi mendapat pembelaan setimpal apabila semakin banyak formula retorik kerajaan yang memerangkap rakyat dengan permainan sentimen perkauman serta sentimen keagamaan yang akhirnya memberi pulangan lumayan kepada 'milage political survival' UMNO.

Saya sebut pelbagai kejahatan kerajaan di bawah kepimpinan Najib, tetapi TG Hadi memuji kerajaan dengan menyatakan UMNO melalui anjakan paradigma dan kata-kata beliau dengan pantas dipetik oleh Utusan sebaik-baiknya.

Utusan memang layak diboikot sepanjang masa sepanjang zaman, bahkan dalam isu 'anjakan paradigma UMNO' ini pun dilihat propaganda Utusan itu berjaya melentingkan ramai blogger termasuklah edyes. Namun, cuba saudara dan saudari perhatikan dua pernyataan yang diboldkan di permulaan artikel ini, satunya pernyataan TG Hadi dan satu lagi tajuk Utusan 18 Febuari lalu. Apakah kedua pernyataan itu tidak syncronize

Sedangkan Utusan sendiri tidak mengklafikasikan maksud 'alami perubahan baik' dalam tajuknya, bermakna adalah benar perkara yang dirujuk itu ialah dari kata-kata TG Hadi sendiri. Sebab itu tiada penafian dari TG Hadi.

Pokoknya, statement TG Hadi yang bersahaja itu mengundang tafsiran yang memberi nafas kepada UMNO yang sepatutnya semakin melemas itu. Wajarlah, TG Hadi memang synonym dengan menyelamatkan mangsa lemas.

Oleh demikian, saya menuntut TG Hadi memohon maaf secara terbuka di atas ketelanjuran TG Hadi menggambarkan UMNO itu mengalami perubahan baik. 

Permohonan maaf secara terbuka tidak akan menjejaskan kedudukan TG Hadi sebagai presiden, malah ia akan melihat keikhlasan TG Hadi memimpin parti PAS dalam usaha mengalahkan UMNO dan menegakkan syiar agama Allah di muka bumi ini.

Saya juga menuntut 2 perkara dilakukan oleh TG Hadi sebagai presiden PAS yang masih memegang tampuk nakhoda. Perkara tersebut adalah seperti di bawah;

1. Atas kapasiti TG Hadi sebagai presiden PAS, saya memohon agar TG Hadi melihat kembali hala tuju serta pendirian parti PAS dalam menghadapi PRU-13. Lihat semula kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat, sekonyong-konyong ia perlu lebih diperkuat.

2. Saya juga menyeru atas kapasiti TG Hadi sebagai presiden PAS, memohon agar TG Hadi lebih berusaha untuk menjadikan PAS sebuah parti yang kuat dengan menyelesaikan segala isu dalaman serta menuntut semua pemimpin PAS menyatakan sumpah setia kepada parti dan gugusan Pakatan Rakyat. Sebolehnya, semua pemimpin harus menyatakan pendirian masing-masing dan mengecam sebarang gerakan dalam membentuk kerajaan perpaduan.

Sekiranya kedua-dua perkara di atas di sahut dan digerakkan oleh TG presiden, saya amat bersyukur kerana PAS akan kembali dilihat kuat dari luar dan dalam. Sekiranya tidak, adalah lebih baik TG presiden menimbang untuk memberi laluan.

Ayuh, jika Anwar Ibrahim dengan kempennya Selamatkan Malaysia, ia mudah difahami kerana fenamena semasa. Dan di atas fenamena semasa juga, satu kempen 'Selamatkan PAS' perlu dianjurkan. PAS Reform contohnya!

Diharap dengan penjelasan ini, saya tidak disalah anggap sebagai blogger yang ingin memecahbelahkan kesepaduan PAS dan Pakatan Rakyat, malah saya ingin melihat kejayaan itu berhasil dari gerakan yang ikhlas.

Peluang Kedua Untuk Zul Nordin ?



Kenapa harus diberi peluang kepada Zul Kulim selepas dia didapati menipu lembaga displin kerana lari ke Korea untuk mengelak dibicara?

Masihkah ada peluang untuk Zul Kulim? Sedangkan PAS sendiri tidak akan mengambil YB ini sebagai calon lagi di masa akan datang.

Dia sepatutnya dipecat, pecinta kontrovesi seperti Zul Kulim ini tidak harus diberikan peluang kerana telah menipu demi untuk menyelamatkan diri.

Ahli parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zulkifli Noordin (bawah) diberikan peluang kedua oleh lembaga disiplin partinya itu.

Di bawah adalah laporan dari Malaysiakini;

Dia sepatutnya 'menghadap' lembaga disipin PKR malam semalam tetapi menurut timbalan presiden parti itu, Syed Husin Ali dalam satu kenyataan akhbar semalam, telah 'melarikan diri' ke Korea Selatan.

Zulklifi kini dilaporkan di Seoul bersama 12 ahli parlimen yang lain sejak Rabu lalu dan dijadualkan akan hanya pulang ke tanah air pada 25 Feb ini.

Setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail yang dihubungi hari ini berkata “Zul kini diberi peluang bagi mempertahankan dirinya.”

Menurut Saifuddin (bawah), lembaga disiplin PKR bermesyuarat seketika malam semalam dan mengambil keputusan untuk memberikan Zulklifi peluang bagi mempertahankan dirinya berhubung beberapa dakwaan.

Thursday, February 18, 2010

GMI & Suaram Press Statement

Press Statement: 17 February 2010
Charge Or Release Them!

Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) and Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) condemn the decision by the Home Minister to extradite the nine Internal Security Act (ISA) detainees to their countries without any explanation to their family members and people of Malaysia. The nine detainees are among those detainees who have been detained currently under the draconian ISA. They were arrested under the ISA on Thursday, 21st January 2010 at Sungai Cincin, Gombak when they were attending an informal religious class at Sungai Cincin. They were allegedly linked to international terrorist organisation.

GMI and Suaram also strongly condemn the new arrest and also deportation of these detainees. We also learned that until today the detainees have not been allowed for legal access. We urged the police and the government to allow the detainees for legal assistance and immediately stop their planning to deport them.

GMI and Suaram values security of the country and does not condone any terrorist activities, but one’s entitlement to a fair trial should not be deprived on any basis. If the government has evidence against the suspects, we urge the government to charge them in an open court, in accordance with their right to defend themselves, the right to legal counsel and the right to a fair trial. Otherwise, they should be released without any delay and unconditionally.

We call up on the government to take the necessary steps to effectively repeal the law in order to respect fundamental rights and freedoms. Abolish the draconian ISA which allows and provides for arbitrary arrest and detention without trial for an indefinite period now!.

Abolish ISA!
Release All ISA detainees!
Close down Kamunting Camp!


Released by,
Nalini.E
Secretariat GMI & Suaram Coordinator
019-3758912, 019-3758912

Hadi Akui UMNO Alami Perubahan Baik?

 


Berita semacam ini membuatkan aku ingin kembali ke medan blog! Aku tak kira samada dituduh untuk mempercayai berita propa dari Utusan, kerana aku memang percaya pengakuan sedemikian tidak mustahil terbit dari pemimpin perjuangan agama Allah PAS. Wadah ini menuju kehancuran apabila presiden PAS mengiktiraf kepimpinan Presiden UMNO masakini!

Mana blogger yang nak back up pengakuan TG Hadi kununnya UMNO mengalami perubahan baik? Adakah kerana TG Hadi termakan slogan 1Malaysia - UMNO dan PAS juara rakyat? Adakah TG Hadi mengiktiraf juga slogan retorik yang berbunyi '1Malaysia - rakyat didahulukan'?

Taubat nasoha aku takkan menyokong parti yang selama ini menindas bangsa sendiri dengan memperbodohkan bangsanya! Aku mahu syahid menentang kerajaan yang zalim. Aku mahu selamanya bangkit menentang kerajaan legasi penjajah! Biar habis umur ini, demi agama dan demi anak aku yang baru mengecap tadika itu, akan aku lawan segunung musuh bersenjata brenggan, tetapi dengan strategi yang menang. Bukan kalah asal Islam tak kalah!

Sepanjang perjuangan ini, adalah mungkin perasaan menjadi menteri itu membuak-buak tatkala kerinduan ketika memegang jawatan Menteri Besar Terengganu suatu masa dulu begitu mencandu. Kekuasaan dan jawatan yang menggelapkan mata sesiapa sahaja pemegangnya yang tidak ikhlas dalam perjuangan.

Jadi apabila kedengaran suara-suara yang menyokong tindak-tanduk UMNO, suara sumbang yang sanggup mengiktiraf parti rasuah sebagai sebuah perjuangan bersih, seumpama ingin memeluknya dan menjadi rakan taulannya, maka aku dengan senang hati bersetuju sekiranya puok-puok kepingin jawatan menteri yang ditawarkan sewaktu perbicaraan gelap itu membawa PAS kepada UMNO. And they live happily ever after...

Atas nama perpaduang Islam, dan atas nama bangsa melayu, PAS dan UMNO ditakdirkan bersatu.

Perjuangan aku sebagai pencinta Agama, penerap sosialis dan pelaksana kerajaan berorientasikan kebajikan, akan lebih dipermudah apabila PAS menyertai UMNO. Suka untuk aku katakan menentang murtad adalah satu kewajipan yang dituntut rapi.

Dan apabila yang Islam dan yang terlebih Islam itu menjadi kafir, malah ia akan dilihat lebih kafir daripada kafir. Maka peperangan berbentuk perjuangan ini wajar demi menyambut seruan Ilahi, iaitu tidak lain dan tidak bukan, menegakkan Agama Allah dimuka bumi ini, atau sekurang-kurangnya menegakkan keadilan.

Adil, apabila kita menyokong wadah yang sepatutnya merobohkan tembok pembodoh perkauman dan pentadbir pemerintahan kuku besi yang memerah keringat rakyat bak mandi yang tidak basah setimpalnya. 

Adil, apabila wadah itu bersekongkol dengan yang sedikit kemudharatan demi perjuangan yang menghasilkan kejayaan seperti yang dituntut dalam azan - marilah menuju kejayaan. 

Namun ketidak-adilan terpacar apabila amanah yang diberi kepada pembawa wadah menjadi songsang! Wadah ini menuju kehancuran dengan bersekongkol bersama maha-kemudharatan dengan menelan bait-bait kahak yang pernah dipancut bersama sumpah berdarah.

Ketidak-adilan berlaku apabila amanah menjadi hidangan pelahap untuk dijadikan batu loncatan demi beberapa jawatan boneka. Inikah kemenangan Islam apabila memperoleh jawatan menteri berbentuk boneka yang telur-telurnya digenggam?

Apabila akhirnya Selangor jatuh ke tangan kerajaan pusat dengan pertabalan Menteri Besar barunya dari parti PAS, apabila akhirnya Kelantan juga jatuh ke tangan kerajaan pusat, begitu juga dengan kedah, maka inilah yang dituntut oleh islam yang diajar oleh kepimpinan ulamak - Mengambil alih kerajaan pusat dengan cara bersekongkol bersama kerajaan yang berorientasikan rasuah! Inilah yang akan memuaskan hati pihak yang berjuang atas nama Allah? Atau atas nama kuasa dan wang?

Tahniah kepada tuan presiden kerana berjaya me'reform'kan PAS. Sekarang kita nampak perubahan ketara oleh parti yang selama ini berjuang atas nama agama, kini mereka berjuang demi sahabat mereka iaitu UMNO. PAS tidak perlu membuat EGM kerana telah terang lagi bersuluh, apa yang perlu dilakukan hanyalah bergabung, berpadu demi perpaduang ummah! EGM yang membolehkan akar umbi menyatakan pendirian mereka, wala' sahajalah.

Kepada saki-baki pejuang sejati yang ingin melihat negara ini bebas dari kezaliman dari kerajaan pemerintah mahupun dari kezaliman pakatan pembangkang itu sendiri, jadikanlah saki-baki umur ini membuak untuk meneruskan perjuangan harmoni. Kita menentang demi agama, demi anak, dan demi anak bangsa. Teruskan berjuang selagi nafas ini percuma. 

Akan aku perhebatkan serangan gerila ini, biarpun di seberang sana 3 juta regular UMNO yang bersenjatakan brenggan styer serta beberapa juta penyokong wala' PAS bersenjatakan AK47, dilengkapi jet pejuang yang tidak ber-enjen, di-koordinasikan lagi bersama sepasang kapal selam yang tidak boleh menyelam, aku yang bersenjata papan kekunci ini akan menentang habis-habisan. Sesungguhnya dengan kekuasaan Allah, senjata sebentuk papan kekunci ini akan merebahkan segunung musuh dengan merobek hati mereka dengan secuit insaf. 

Aku menuntut sebuah gerakan, hadir dikala tiada satupun parti pembawa wadah yang boleh dipercayaai ketika ini. Gerakan sebenar yang membebaskan bumi ini dari pemerintah racist, dari peratah hasil bumi yang membunuh rakyat secara perlahan - nyata jauh lebih memeritkan dari mati kemalangan.

Aku percaya, ada gerakan yang jauh lebih baik daripada gerakan yang mengaku berjuang atas nama agama tetapi mengkhianatinya apabila dilihat berpeluk dengan musuh lahanat yang diketahui umum bakal memijak-mijak si baghal pencinta jawatan menteri itu.

PAS sudah biasa kalah,  pernyataan yang sering diungkap arakian setelah kalah dalam pilihanraya kecil mahupun besar, Maka ingin aku katakan biarlah PAS kalah, biar PAS tewas, daripada mengkhianati sebuah kemenangan dan juga daripada tidak menghargai erti kemenangan serta erti mandat yang diamanah rakyat.

Biar PAS kalah asal Islam tak kalah? sekarang jelas terbukti kekalahan PAS adalah kemenangan Islam !

Wednesday, February 17, 2010

Maka jadilah PAS sama seperti UMNO..

Sedikit luahan dari saorang blogger...

PAS pun ada ceritanya juga..

Apabila dapat memerintah satu negeri, takut hendak membuat perubahan kerana takut tidak mendapat sokongan dari orang bukan Islam, takut nanti hilang kuasa, takut hilang kerusi dan bermacam-macam ketakutan lagi.

Bila tidak ada yang bising, tidak ada yang ganggu, tidak ada langsung kontraversi, bukannya bermakna kita pandai memerintah. Ini bermakna kita sama sahaja dengan musuh, jangan sampai musuh menangis mengatakan kalau mereka tahu beginilah cara kita..tentu sudah lama mereka akan menyokong kita..

Maka jadilah PAS sama seperti UMNO..

Biarlah kita hilang kuasa kerana perubahan baik yang telah kita lakukan, jangan kita hilang kuasa kerana kita langsung tidak ada bezanya dengan UMNO..

 Baca selanjutnya di sini

Friday, February 12, 2010

Ceramah Pakatan Rakyat di Batu Caves

Dengan berbesar hati saya gunakan versi Malaysianews untuk dipaparkan di blog ini.

Ini kerana hasil video edyes tidak sesuai untuk dipapar kerana ianya versi belakang anwar. Edyes bersama Che GueBard berada di belakang Anwar sepanjang beliau menyampaikan Pidato dan video yang diambil hanya dari belakang.

Terima kasih kepada Hanief.Blogspot

Ceramah Selamatkan Malaysia di Batu Caves

Sempat bergambar dengan kartunis Zunar bersama buku yang bakal diharamkan

 
 Barisan pemimpin

Puchong bersemangat memberi ceramah - "Saya ada rupa macam cina ka?"

Nizar, Anwar dan Azmin

Comandante Che GueBard - el Che alaf baru

DSAI dari belakang

Kapal Selam KD Altantuya Tak Boleh Menyelam?

Macamana nak pertahankan negara sekiranya;

  1. Darat - Kereta kebal jenis T-91 bersepah di workshop untuk selanggara.
  2. Udara - 2 enjin jet pejuang F-5E didapati hilang ke Uruguay manakala 2 enjin jet Sukhoi masuk pasir.
  3. Laut - Kapal selam KD TAR didapati tidak boleh menyelam.
Akhirnya Menteri Pertahanan akui juga masalah yang melanda seluruh institusi kepahlawanan negara - sambil menuding kepada Menteri Pertahanan yang bertanggungjawab sewaktu urusan jual-beli dijalankan.

Thursday, February 11, 2010

Tulang Besi nak buat aduan ’salah laku disiplin’ di Pejabat Agong Pas 10.30 pagi esok!

Salam…

BLOGGER Tulang Besi atau nama sebenarnya Abdul Rahman Talib memberitahu kepada saya bahawa beliau dijadualkan pulang ke Malaysia pagi esok untuk membuat aduan berhubung pemimpin tententu Pas yang didakwanya membelakangi ketetapan Muktamar Pas Pusat di Shah Alam (2008) dan Ipoh (2007); iaitu memperkukuhkan Pas bersama Pakatan Rakyat.

Dari Malaysia, saya terus menghubunginya untuk bertanya tentang niat terbarunya itu. Selain berjanji untuk menjelaskan inti aduannya itu kepada media dan blogger, Tulang Besi berkata bahawa beliau akan menjelaskan sebab musabab beliau menggunakan blog peribadinya, http://malaysianwaves.com untuk mengkritik partinya, PAS seperti sebelum ini

Seperti yang diminta oleh beliau, saya terus menghubungi salah seorang Pembantu Peribadi kepada Setiausaha Agong PAS Datuk Mustafa Ali, Mohd Khoirol Anwar Mat Zuki untuk menyampaikan hasratnya itu.

Beliau minta saya menjemput media dan blogger sekali untuk menjelaskan beberapa perkara tentang diri beliau.

TUJUAN PC : Nak buat aduan salah laku disiplin

MASA : Esok laaaa (Jumaat, 12 Februari 2009, jam 10.30 pagi)

TEMPAT : Mana lagi…. Pejabat Agong PAS Lah (Jalan Raja Laut, KL.)

Alhamdulillah, Mohd atau saya selalu memanggilnya sebagai Ustaz Mat Sabu sudi melayan panggilan telefon saya walaupun beliau dalam suatu mesyuarat penting di Pejabat Agong Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur. Beliau berjanji memanjangkan hasrat Tulang Besi itu kepada pihak berwajib.

Saya kemudiannya turut menghubungi Naib Presiden PAS yang juga Pengerusi Jawatankuasa Disiplin PAS Tuan Ibrahim Tuan Man untuk memberitahu hasrat baik Tulang Besi itu, sekadar untuk mendapatkan maklum balas pemimpin tersebut. Tetapi, saya gagal menghubungi beliau.

‘Ala kulli hall, saya terpaksa membatalkan niat pulang ke kampung malam ini kerana berminat mengikuti perkembangan terbaru Pas ekoran aduan Tulang Besi itu. Nampak gayanya, saya kene balik selepas selesai membuat liputan tersebut lah. Adui….

Zainulfaqar Yaacob

Lintas Langsung Ceramah Pertama Anwar Ibrahim Pasca Perbicaraan Fitnah-2

Jangan lupa malam nie saya akan buka Cover it Live sekitar jam 8.30 malam...

Akan saya sampaikan sebanyak yang mungkin intisari ceramah yang akan berlangsung di sekitar Batu Caves.

Maklumat ceramah sila klik di sini

Jumpa di sana...

Memang Lembab Hadi Nie... Lembab 2 Jam ++!

Tunggu lebih 2 jam, jumpa 20 minit... Boleh buat aduan kepada JK displin tak?


Dalam masa 20 minit, manakan cukup nak beri penjelasan kalau asyik nak berkias sahaja.

Setelah bersemuka sendiri dengan penyokong Khalid Samad berhubung isu tindakan disiplin terhadapnya, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang masih gagal memuaskan hati penyokong ahli parlimen Shah Alam itu.

Pertemuan tertutup selama hanya kira-kira 20 minit itu berlangsung pada 5 Februari lalu di Hotel Intekma Shah Alam. Bagaimanapun, kelewatan Abdul Hadi - lebih dua jam - menyebabkan banyak soalan dan "isu-isu besar" tidak dapat diajukan kepadanya.

"Tidak puas hati itu bukannya apa, sebab masa dialog itu pendek. Kita tunggu lama tetapi akhirnya (peluang itu) berlalu begitu," kata pemangku yang dipertua (YDP) PAS Shah Alam, Azli Yusof.

PAS Shah Alam menghantar surat untuk bertemu dengan Abdul Hadi susulan keputusan mesyuaratnya pada 31 Januari yang tidak puas hati terhadap tindakan jawatankuasa disiplin parti yang menggantung jawatan Khalid.

Pada 29 Januari, pengerusi jawatankuasa itu Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang juga naib presiden parti mengumumkan, Khalid dan Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali bersalah, masing-masing terhadap dua pertuduhan terhadap mereka.

Ekoran itu, Khalid digantung jawatan sebagai YDP Shah Alam dan anggota biro politik manakala Dr Hasan hanya diberikan amaran bertulis. Keputusan tersebut yang dianggap berat sebelah mendapat kritikan pelbagai pihak, termasuk di blog.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Azli berkata tidak perlu diadakan pertemuan kedua dengan Abdul Hadi walaupun pertemuan pada Jumaat lalu gagal memuaskan hati banyak pihak.

'Suka menghukum ahli'

"Kalau buat sekali lagi, jawapan (Abdul Hadi) sama juga," katanya.

Dalam pertemuan tersebut kira-kira jam 11.30 malam, hanya tiga soalan sempat diajukan kepada Abdul Hadi oleh anggota Dewan Pemuda, Dewan Muslimah dan Himpunan Penyokong PAS (HPP).

Soalan pertama berkisar tindakan PAS yang didakwanya "suka menghukum ahli berbanding menyelesaikan isu sebenar" iaitu kerajaan perpaduan dengan Umno. Anggota dewan itu juga berkata, teguran Khalid terhadap Dr Hasan - yang menyebabkan beliau digantung - dibuat berdasarkan tindakan Dr Hasan yang dilihat lari daripada landasan Pakatan Rakyat.

Sementara soalan kedua daripada ketua Muslimat PAS Shah Alam, Zarina Dzulkifli menyentuh soal pendirian parti berhubung tahaluf siasi (kerjasama politik) bersama PKR dan DAP.

Manakala pemimpin HPP berbangsa Cina mengajukan soalan berhubung kegagalan PAS mendepani isu-isu berkaitan bukan Islam di Selangor. Menjawab kesemua soalan itu tidak sampai sepuluh minit kepada 80 pemimpin dan ahli akar umbi PAS di Shah Alam, Abdul Hadi mempertahankan keputusan jawatankuasa disiplin yang disifatkannya sebagai tindakan "untuk mengatasi kelemahan manusia".

Menurut ahli parlimen Marang itu, kelemahan-kelemahan manusia perlu ditegur dan dinasihat. Kalau ditegur, dinasihat tidak berhasil, perlu diambil tindakan untuk mendisiplinkan.

'Hukuman sangat ringan'

Abdul Hadi juga menyifatkan "tindakan yang ringan" itu sebagai ujian terhadap kesetiaan pemimpin terbabit kepada parti Islam itu. Beliau juga menyifatkan keputusan yang diambil itu sangat ringan berbanding dengan keputusan (pada tahun-tahun) yang lalu. 

Menurutnya, kalau masa dulu, tokoh popular PAS, Almarhum Abu Bakar Hamzah dipecat kerana dituduh mengeluarkan kenyataan akhbar yang bercanggah dengan pusat. Menurut Hadi, Abu Bakar membuat kenyataan sendiri, maka jawatankuasa disiplin ambil keputusan memecatnya daripada PAS berapa tahun.
Namun begitu, jelasnya, Abu Bakar tidak masuk Umno walaupun dipecat dan akhirnya diterima balik menjadi ahli PAS.

Presiden PAS juga menyifatkan kesalahan Khalid dan Dr Hasan hanyalah kesalahan disiplin, bukannya kesalahan maksiat.

"Cumanya adap kita berjemaah, kadang-kadang rukuk dulu (sebelum) daripada imam, sujud dulu daripada iman," kata Abdul Hadi berkias.

Menyentuh soal pembocoran rahsia parti yang dituduh terhadap Khalid, Abdul Hadi menegaskan bahawa ahli PAS mesti disiplinkan berhubung perkara itu. 

Beliau dipetik berkata: "Hal yang begitu tidak boleh dibuka. Dalam kerajaan ada OSA (Akta Rahsia Rasmi), kita tidak ada undang-undang itu." 

Menjawab soalan Zarina, Abdul Hadi menegaskan parti hendaklah didahulukan jika bercanggah dengan pendirian Pakatan.

"Antara dua ini, sekiranya berlawanan antara parti dan Pakatan, yang mana kita hendak dahulukan? Mesti didahulukan parti, bukan Pakatan," Hadi dipetik berkata.

Dahulukan Parti daripada Pakatan ? atau dahulukan jawatan menteri daripada ke longkang perjuangan bersama Pakatan?

PAS Perlu EGM !

aku nak bantai pas kat sini, harakah dah macam utusan pulaknye, nak baca pun tak gamak, aku lebih rela baca pkr punya media dan beberapa media alternatif, mereka dilihat konsisten dan focus dalam menelanjangkan kejahatan UMNO-BN,

Hal ini sangat berkait dengan team UG yang cintakan umno, HAJI HADI, STOPA ALI, NASA dan terpalit juga pada anak didik dan penjilat HAJI HADI , NASARUDDIN TANTAWI , AZMAN SHAPAWI n the gang TERMASUK LA HASAN ALI dan beberapa ekor lagi katak.

PAS perlu REFORM, EGM khas , BUANG SEMUA SAMPAH-SAMPAH di atas tu untuk benar2 berfungsi, hakikatnya pas semakin dibenci, maaf tuan guru nik aziz, demo kena buat sesuatu kalau tak PAS akan lingkup , BAYANGKAN TUAN IBRAHIM TUAN MAN yang dilihat pro dan ditengah2 pun kini semakin dibenci dan terus diragui,

Hakikat PAS hebar seperti bawaan UST FADHIL NOR , MAT SABU, SALAHUDDIN AYUB, HUSAM MUSA, hanya tinggal mimpi dan omongan kosong, KADANG AKU BERASA PELIK melihat golongan agamawan “KONONNYA” ini bekerja sendrian malahan mereka menongkah arus yang telah disepakati, golongan SAMPAH inilah yang membawa PAS LAYU, LESU, DAN TERUS TERKULAI, lihat gerak kerja ?

cuba bezakan MAT SABU, SALAHUDDIN AYUB, HUSAM bawa PUSAT, dengan mat2 kopiah dan serban ni kerja, SOALAN SAYA, ANDA TIDAK TAKUTKAN SEDIKIT PUN DENGAN AZAB ALLAH? MANA AMANAH ANDA? KERJA ANDA? JANGAN TANYA APA YANG AHLI SUMBANGKAN, SILA TANYA AMANAH APA YANG ANDA TELAH TUNAIKAN?

PAS SEKALI LAGI ERLU EGM , BUANG semua sampah2 BESERBAN dan perut besar diatas , kita perlu perbaharui iltizam kita, perbaharui tekad kita sebelum kita semakin teruk.

BAYANGKAN , semua fitnah dan tohmahan dijawab dengan baik oleh MURSYIDUL AM! where’s the …. PRESIDEN ? TIMBALAN PRESIDEN? NAIB ? KETUA PEMUDA LAGI MACAM SAMPAH….
AMK dilihat jauh lebih baik dari PEMUDA umno CAWANGAN PAS .

kepada ahli2 pas ,,,,,, SILA BANGKIT! GEGARKAN! DAN BUAT PERUBAHAN! BUANG SAMPAH YANG SEMAKIN BANYAK DALAM PAS !

Pernyataan di atas ini saya kutip dari salah satu komen di blog Pak Bakaq dalam entry kelakarnya bertajuk perbincangan PAS-UMNO. Kepada sesiapa yang terlepas entri tersebut, boleh baca di bawah; (dan korang boleh lihat macamana PAS ditipu bulat-bulat oleh UMNO tanpa modal)

Setelah tolak-tarik, tolak-tarik, akhirnya berlakulah perbincangan (bukan kerjasama) antara PAS dan Umno. PAS diwakili oleh Datuk Seri. Umno juga tentulah diwakli Datuk Serinya.

Entah macam mana, perbincangan menjadi buntu. Akhirnya Datuk Seri PAS berkata: "Beginilah Datuk Seri, kalau ana tanya soalan kepada anta, anta tak boleh jawab, anta kena bagi ana RM5 sebagai hadiah.

"Tapi, kalau anta tanya soalan kepada ana, ana tak boleh jawab, ana bagi anta RM500 sebagai hadiah. Hadiah, Datuk Seri. Judi ana tak nak, haram".

Datuk Seri Umno pun bersetuju.

"Baiklah. Siapakah dua orang Kristian di zaman Nabi Muhammad s.'a.w. yang disuruh bersumpah dengan kalimah demi Allah?" tanya Datuk Seri PAS lulusan Al-Azhar itu kepada Datuk Seri Umno.

Sepatah pun tak dijawab oleh Datuk Seri Umno itu. Maklumlah dia mengaji entah apa-apa di England. Ada orang kata belajar ekonomi. Tetapi ada pula orang tuduh dia bodoh ekonomi.

Oleh kerana tak dapat jawab, Datuk Seri Umno pun bagi RM5 kepada Datuk Seri PAS sebagai hadiah.

Tibalah giliran Datuk Seri Umno pula bertanya. "Begini, Datuk Seri. Binatang apa yang naik bukit dengan tiga kaki dan apabila turun dengan empat kaki?"

Datuk Seri PAS pun terus mencapai laptopnya, search sakan sana-sini. Tak cukup dengan itu, dia hantar sms melalui handphonenya sana-sini kepada pengikutnya meminta jawapan malah menghantar email kepada rakan-rakannya di seluruh dunia termasuk ke Qatar mengharapkan jawapan. Maklumlah, dia selalu keluar negara. Dia juga meminta setiausahanya membuat carian di Library of Congress.

Selepas dalam satu jam pulun sakan mencari jawapan sana-sini, Datuk Seri PAS mengaku kalah. Dia lalu menghulurkan RM500 kepada Datuk Seri Umno sebagai hadiah.

Tetapi dia tak puas hati. Dia nak tahu sangat apa jawapannya. Malam selepas perbincangan Umno-PAS itu, dia lalu mengajak pemandunya ke rumah Datuk Seri Umno.

Setelah mendapat keizinan dari Datuk Seri Umno, pengawal keselamatan pun memberi keizinan untuk Datuk Seri PAS masuk.

"Tak boleh jadi. Malam ni kawang nak awak tolong bagi jugok jawapangnye. Awak kena jawab jugok apa bendanya yang naik bukit dengan tiga kaki dan apabila turung dengan empat kaki?" kata Datuk Seri PAS kepada Datuk Seri Umno.

Tanpa di sangka-sangka, Datuk Seri Umno menghulurkan RM5 kepada Datuk Seri PAS.

"Kenapa ni?" tanya Datuk Seri PAS kehairanan.

"Kawan pun tak tau jawapannya," kata Datuk Seri Umno sambil menguap.

Ha! Pi lagi bincang dengan Umno!

Sekiranya ditakdirkan PAS berpadu dengan UMNO, bolehkah saya tafsirkan PAS dan UMNO adalah SAMA?

Wednesday, February 10, 2010

Confirm - Rosmah Tidak Akan Dilantik Semula Canselor UNISEL

Sayonara sinyoritta... 

Isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor tidak akan dilantik semula sebagai canselor Universiti Industri Selangor (Unisel) apabila tamat tempohnya Jun ini, kata exco negeri, Dr Xavier Jayakumar.
"Kita tidak berhentikan dia. Kita cuma tidak melantiknya semula," katanya ketika ditemui di perkarangan kompleks mahkamah di Jalan Duta hari ini.

Menurutnya, ia belum diputuskan secara rasmi oleh kerajaan negeri.

"Tapi ia sudah dibincangkan secara tidak formal bersama menteri besar," katanya lagi ketika diminta menjelaskan satu tulisan ringkasnya di twitter mengenainya.

Sebelum ini, Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan pelajar Unisel sendiri telah mendesak kerajaan supaya menggugurkan Rosmah sebagai canselor universiti berkenaan. Mkini

Lintas Langsung Perbicharaan Anwar Ibrahim di edyesdotcom

Lintas langsung perbicharaan Anwar Ibrahim ini dibawakan khas kepada anda oleh;

  • Malaysian Insider
  • Malaysiakini

Sama-sama kita saksikan bagaimana permainan ini diwayangkan, kerana yang pasti Anwar tetap akan 'ke dalam'!

RE-FOR-MA-SI


Berikut adalah maklumat mengenai ceramah penerangan oleh Anwar Ibrahim di sekitar Batu Caves.

11 Feb 2010 (Khamis)Jam 9.00 – 12.00 Malam
LOKASI :
Dewan Kompleks Sri Siantan
Jalan Sungai Tua
Batu Cave, Selangor

PENCERAMAH:
1.YB Dato Seri Anwar Ibrahim
2.YB Azmin Ali
3.YB William Leong Chee Kian
4.YB DR Dzulkefly Ahmad

Pejabat Dato Seri Anwar Ibrahim

Kena Hormati Keputusan Sultan Perak ?????

F.A.K.A.P


Mahkamah Persekutuan hari ini sebulat suara memutuskan bahawa Datuk Seri Zambry Abd Kadir dari BN adalah menteri besar Perak yang sah.

Presiden Mahkmah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff, mengetuai panel lima orang hakim yang mendengar kes tersebut.

Yang lainnya ialah Hakim Besar Malaya, Tan Sri Arifin Zakaria dan Hakim Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin, Datuk Wira Mohd Ghazali Mohd Yusoff dan Datuk Abdull Hamid Embong dari Mahkamah Persekutuan.
Keputusan penal hakim tersebut diumumkan oleh Arifin pada jam 11 pagi.

Istana Keadilan di Putrajaya, menjadi tumpuan sejak jam 7 pagi tadi apabila orang ramai beratur untuk mendapatkan pas masuk ke dewan mahkamah. Begitu juga penyokong BN dan Pakatan.
Pada 5 November lalu, Mahkamah Persekutuan telah mendengar rayuan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dan hujah para peguamnya selama enam jam, tetapi telah menangguhkan keputusannya.

Sebelum itu, mahkamah telah menolak permohonan Nizar supaya panel penuh 11 orang hakim atau tambahan bilangan panel hakim, untuk mendengar kesnya itu.

BN mengambil alih pentadbiran negeri Perak apabila tiga ADUN Pakatan rakyat keluar parti dan menjadi wakil rakyat bebas yang menyokong BN.

Berikutan itu, Pakatan telah membawa perkara itu ke mahkamah.
Pada 11 Mei, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim telah memutuskan bahawa Nizar merupakan menteri besar Perak yang sah.

Zambry kemudiannya membuat rayuan dan panel tiga hakim Mahkamah Rayuan sebulat suara menolak keputusan Mahkamah Tinggi itu, dengan alasan hakim berkenaan telah gagal untuk mengambilkira keseluruhan bukti yang dikemukakan.

Nizar diwakili oleh para peguam yang diketuai oleh peguam kanan Sulaiman Abdullah, manakala peguam kanan Cecil Abraham mewakili Zambry.

Ketua Hakim Malaya, Tan Sri Ariffin Zakaria sedang membaca keputusan pengadilan

Ketua Hakim Malaya, Tan Sri Ariffin Zakaria sedang membaca keputusan pengadilan

Zambery dikatakan tiada dalam court room...  adakah ia satu petanda?

Siapa MB Perak yang Sah?


Apakah keputusan mahkamah hari ini akan dibandingkan dengan keputusan mahkamah terhadap perbicharaan Anwar Ibrahim?

Blog Cina Islam melapurkan bahawa semua sudah bersedia untuk mendengar keputusan Hakim. Sama-sama kita doakan kemenangan buat MB Nizar lantas membuktikan betapa rakusnya BN merampas negeri Perak. Impaknya 1Malaysia bakal terasa...

Ikutilah kronologi yang disediakan oleh Mkini;

Mahkamah Persekutuan akan mengumumkan sebentar lagi keputusannya mengenai siapakah menteri besar Perak yang sah - Datuk Seri Zambry Abd Kadir dari BN atau Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dari Pakatan.

Berikut adalah kronologi krisis politik di Perak yang berlaku selepas pilihan raya umum ke-12 pada 8 Mac 2008.

17 Mac 2008:
- Mohammad Nizar, ADUN Pasir Panjang, mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak.

1 Feb 2009:
- Speaker DUN Perak, V. Sivakumar berkata, beliau menerima surat peletakan jawatan ADUN Behrang Jamaluddin Mat Radzi dan ADUN Changkat Jering, Mohd Osman Jailu. Kedua-dua ADUN PKR nafi meletakkan jawatan.

3 Feb 2009:
- Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan bahawa tidak berlaku kekosongan kerusi DUN Changkat Jering dan DUN Behrang serta tidak perlu mengadakan pilihan raya kecil bagi kedua-dua kawasan itu.

4 Feb 2009:

- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak ketika itu mengumumkan BN Perak kini mempunyai majoriti mudah untuk menubuhkan kerajaan apabila tiga ADUN dari PKR dan seorang ADUN dari DAP mengumumkan keluar parti dan menjadi ADUN Bebas yang menyokong BN.

- BN Perak dan Pakatan Rakyat masing-masing mempunyai 28 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri manakala tiga lagi anggota dewan undangan negeri ialah anggota Bebas.

5 Feb 2009:
- Kenyataan media dari pejabat Sultan Perak menyatakan bahawa Sultan bertitah tidak akan membubarkan DUN dan menitahkan Mohammad Nizar serta Anggota Majlis Mesyuarat Negeri meletakkan jawatan dan sekiranya enggan maka jawatan mereka akan dianggap kosong.

6 Feb 2009:

- Dr Zambry dilantik sebagai Menteri Besar Perak Ke-11 menggantikan Mohammad Nizar yang mula memegang jawatan berkenaan pada 17 Mac 2008.

- BN secara rasmi mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri Perak.

13 Feb 2009:

- Mohammad Nizar mengambil tindakan undang-undang memohon mahkamah mengisytiharkan beliau masih Menteri Besar yang sah selain memohon injunksi melarang Dr Zambry daripada menjalankan tugas sebagai Menteri Besar.

6 Mac 2009:
- Hakim Mahkamah Tinggi Lau Bee Lan merujuk kepada Mahkamah Persekutuan bagi mendapatkan penjelasan mengenai isu-isu perlembagaan dalam saman yang difailkan oleh Mohammad Nizar bagi mencabar kesahihan pelantikan Dr Zambry sebagai Menteri Besar Perak.

23 Mac 2009:

- Mahkamah Persekutuan memutuskan agar kes Mohammad Nizar lawan Dr Zambry dikembalikan ke Mahkamah Tinggi.

3 April 2009:

- Mohammad Nizar diberi "lampu hijau" oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk mencabar kesahihan pelantikan Dr Zambry sebagai Menteri Besar Perak berikutan keputusan Hakim Abdul Aziz Abdul Rahim bahawa permohonan yang difailkan oleh Mohammad Nizar pada Februari lepas adalah tidak remeh, tidak menyusahkan dan mempunyai kes prima facie untuk dihujah di mahkamah.

11 Mei 2009:
- Mahkamah Tinggi mengisytiharkan Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah kerana mendapati beliau tidak pernah mengosongkan jawatan sebagai Menteri Besar kerana beliau tidak kehilangan kepercayaan majoriti anggota Dewan Undangan Negeri.

12 Mei 2009:
- Dr Zambry kekal sebagai Menteri Besar Perak sehingga Mahkamah Rayuan menyelesaikan kes rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mengisytiharkan lawannya, Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah berikutan keputusan Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Ramly Ali yang membenarkan
permohonan Dr Zambry bagi penangguhan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi.

22 Mei 2009:

- Keputusan Mahkamah Tinggi dibatalkan oleh Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan pelantikan Dr Zambry adalah secara sah dan mengikut Perlembagaan.

19 Jun 2009:
- Mohammad Nizar memfailkan notis usul permohonan untuk kebenaran merayu ke Mahkamah Persekutuan keputusan oleh Mahkamah Rayuan.

5 Nov 2009:

- Panel lima hakim Mahkamah Persekutuan yang bersidang telah menangguhkan keputusan kes itu pada 9 Feb 2010 setelah selesai mendengar hujahan.

Monday, February 8, 2010

Guan Eng Pinggir Melayu Pulau Pinang !!

Kasihan Melayu... mudah ditipu UMNO... 

Sila fahami bait fakta-fakta di bawah terbitan Zulfadzli Mohd Nordin di Perak Ekspress;

Pada poster poster tersebut tertera belanjawan peruntukan belanjawan Majlis Ugama Islam Pulau Pinang.Pada belanjawan 2008 (belanjawan diluluskan pd 2007) oleh Kerajaan Barisan Nasional untuk aktiviti Majlis Ugama Islam adalah RM12.5 juta.Ianya meningkat kepada RM20.5 juta pada 2009 selepas pentadbiran Negeri Pulau Pinang diambilalih oleh Pakatan Rakyat.Pada belanjawan 2010 pula belanjawan Majlis Ugama Islam telah ditambah kepada RM24.3 juta.

Masa BN yang dianggap oleh UMNO sebagai pro melayu budget cuma RM12.5 shj.UMNO dan balaci balacinya tak pulak bising.Tapi bila budget Majlis Ugama Islam ditambah oleh DAP yang dianggap oleh UMNO sebagai musuh melayu/Islam kepada RM20.5 juta dan ditambah lagi kepada RM24.3 juta.Tiba tiba UMNO dan balaci balacinya bising macam nak rak.Maknanya disini kalau Gerakan yg beri budget ciput pd Majlis Ugama Islam pada pandangan UMNO ianya pro melayu dan pro Islam tetapi bila DAP tambah budget dua kali ganda ianya dianggap anti Islam dan melayu…Hmmmm..Entahlah…Mungkin kita boleh menilaikan tahap mentaliti sesiapa sahaja yg percaya pada dongengan UMNO tu.
Baca seterusnya di sini

Soalan : Mana yang anda lebih tak percaya? UMNO atau Ibrahim 'katak' Ali ?

Jawapan : Saya lebih tak percaya kepada Perpaduang...

Sunday, February 7, 2010

PAS REFORM vs PAS ORTODOKS?

oleh : xenan

PAS REFORM vs PAS ORTODOKS?

Merujuk pada posting di forum tranungkita, suka wa melihat persepi ahli PAS terhadap apa yang di katakan tentang PAS REFORM.

Team 1. (PAS REFORM la ni)
-Oleh kerana nak menang, kita harus ikut persepsi pengundi, jgn pandang remeh persepsi pengundi, kena adil ikut persepsi pengundi,
kena bijak ikut persepsi pengundi..


Team 2: (PAS ORTODOKS?)
-Kita memang berjuang dlm demokrasi tetapi Mahu ISLAM juga disuburkan, kalau menang tetapi dengan berlapang dada dgn idea sekular, mana keunikan Dasar PAS??
-Mahu mendidik supaya ISLAM tetap dasar no 1, praktikal, pendekatan dan cara strategi..


Islam dan Demokrasi

1. Gua percaya sifat azali manusia, tak kira bangsa and agama mempunyai konsep keadilan dan kebaikan yang agak universal. Yang baik di sokong dan yang jahat di tentang.Pendapat awam (common sense) tentang baik dan buruk adalah sunatullah.

2. Menjejak sirah Rasullulah SAW yang berhijrah ke madinah, secara politiknya boleh ditafsirkan adalah untuk menapak di tempat yang majoriti awamnya bersetuju dengan Islam bagi memudahkan urusan Dakwah.(Madinah bukan semua orang islam).

3. Bagi wa, dalam konteks Islam di malaysia, proses demokrasi(Untuk mendapat sokongan majoriti) adalah sangat penting dalam usaha dakwah sebagaimana rasullulah berhijrah.

Formulanya : Rasullullah berhijrah = pemboleh ubah dakwah Islam
Pas menang pilihanraya = pemboleh ubah dakwah Islam

Persoalannnya : "kami rela kalah asal Islam menang" - boleh pakai ke pikiran selapis camnih?

Masalah PAS dan Demokrasi

Contoh 1 persepsi :-
-Kita memang berjuang dlm demokrasi tetapi Mahu ISLAM juga disuburkan, kalau menang tetapi dengan berlapang dada dgn idea sekular, mana keunikan Dasar PAS??

Bro , study la sikit sekular tuh ape demokrasi tuh ape.Jangan main langgar je. Demokrasi cuma proses penyelesaian organisasi, sekular adalah idealism. Demokrasi boleh membawa kepada apa2 pemerintahan tak kira Islam, sekular, sosialis, komunis atau diktator sekalipon.

Lu boleh jer buatkan Demokrasi Syura seperti Iran kalau lu nak.Yang penting lu pemenang la.

Contoh persepsi 2
-Mahu mendidik supaya ISLAM tetap dasar no 1, praktikal, pendekatan dan cara strategi..

Bab ni gua terpaksa attack sikit org2 besar yang lu sokong tu sbb ni kene menilai "action" diorg yang zahir.Yang batin tuh antara dia dgn allah jer yg tahu.

1. Apa yang Islam dan strateginya sgt dalam berjumpa secara gelap dengan UMNO selepas pilihanraya sedangkan sebelum pilihan raya berkempen bersama PKR dan DAP. Alasan PR tak wujud lagi langsung tak terpakai bro.

Apa Islamnya dalam khianati pengundi yang menaruh kepercayaan pada PAS untuk menentang UMNO?Mungkin PAS boleh memerintah dgn strategi camnih tapi Islam dan orgnya akan dicemoh rakyat teramai sebagai pengkhianat dan tiada maruah.

Inikah strategi yang bagus sangat untuk menyuburkan Islam pada rakyat?

2. Kes Khalid vs Hasan Ali
Tak payah gua terang semua dah tau kot kes ni. Point besarnya Khalid Penyokong kuat PR dihukum berat dan Hasan Ali pemecah kuat PR di hukum ringan.

Pendapat awam mmg mengatakan tidak adil, sementelah sebilangn PAS pula kata kene wala'

Betul lu org boleh wala', tapi Islam tak dapat disuburkan mcm ni.PAS sekarang di samakan dengan penzalim dan penyokong pengkhianat.

3. Gua nak tambah pula kat geng gannu(UG). Time pilihanraya bukan main korang guna faktor anwar untuk dapat undi. Ni mamat tuh tgh susah, haram Pres ngn Timbalan pres langsung tak nampak muka,Bagus sangat la strategi penyuburan Islam korang!

Strategi haram jadah ape yang sedang dipakai nak menyuburkan islam ni?

Friday, February 5, 2010

Saiful : Anwar Idola Saya - Maka dengan sepotong ayat, saya serah segalanya...

Sepototng ayat : Can I Fcuk you today?


Saiful : Saya minat kerana Anwar adalah seorang pemimpin yang berkarisma dan idola saya masa kecil. 

Persoalan : Mengapa 'coffee boy' ini hanya muncul sejurus sebelum PRU-12 ?

Persoalan : Mengapa 'coffee boy' ini berdarah Pro-Aspirasi(pro-kerajaan) ketika di UNITEN ?(sedangkan Idolanya adalah Anwar, bukan chedet)

Persoalan : Admire kepada Anwar tetapi pergi ke pejabat Najib untuk mohon biasiswa? (setelah kantoi exam??)



Ikrar : Sebagai rakyat Malaysia yang sentiasa menuntut keadilan sejagat, saya berjanji untuk tidak lagi membenarkan diri saya diperbodohkan oleh kerajaan zalim yang mengamalkan undang-undang rimba!

Baca ikrar ini setiap kali anda ragu-ragu terhadap kerajaan yang memerintah...

Persoalan Tambahan : Dua hari tak buang air besar? Mencirit tersumbat??

Khalid : TITM Dan Saya

Membaca Pelita Ilmu, Dipersilakan...

Saya meletakkan tulisan TITM di blog saya sebagai bukti bahawa saya tidak merasa marah atau dendam terhadap beliau. Sebenarnya saya turut bersimpati terhadap beliau dalam isu ini. Dia dikecam jauh lebih teruk dari saya, sedangkan dia hanya berusaha untuk menjalankan tugas yang tidak ingin dipikulnya sejak dari awal lagi.

TITM merupakan salah seorang pimpinan yang mudah didampingi dan di dalam sesi perbahasan atau perbincangan saya melihat beliau sanggup mendengar hujjah-hujjah dari semua pihak, termasuk yang tidak berlatar-belakang pendidikan agama. Hujjah dipertimbangkannya berdasarkan kekuatan hujjah, bukan atas dasar siapa yang bercakap. Dalam beberapa isu, termasuk berhubung isu kalimah Allah, semasa mesyuarat Lujnah Politik PAS Pusat atau yang di rumah DSAI, kami sealiran.

Namun, seperti biasa, tidak mungkin kita bersetuju di atas semua perkara. Dalam soal keputusan JK Disiplin, saya akur dan tidak membantah, namun itu tidak bererti saya setuju secara keseluruhan atau berpuas-hati. Benar, saya telah menyebut bahawa matlamat minima tercapai tetapi itu tetap merupakan yang paling minima. Tetapi, adakah kita patut berpuas-hati dengan hanya yang minima?

HARAPAN AHLI DAN PENYOKONG TERHADAP JK DISIPLIN

Sememangnya ramai yang mengharapkan JK Disiplin akan menyelesaikan kemelut di Selangor. Kemelut yang begitu meruncing sehingga TGNA mencadangkan EGM untuk diadakan. Kemelut yang berpunca dari tindakan yang sering menjejas kepentingan PR melalui tindakan dan kenyataan yang jelas bercanggah. Kemuncak dari itu apabila berlaku peristiwa berhubung SelCAT. Ramai yang mengharapkan tindakan akan diambil terhadap punca kemelut itu, tetapi malangnya harapan ini musnah apabila yang dihukum ialah orang yang mempertahankan PR dan punca kemelut dilepas dengan hanya amaran.

Apabila ahli marah dan seteru tidak, sepatutnya ianya dilihat sebagai satu petanda bahawa ada yang kurang betul. Jangan kita respon dengan memarahi pula ahli sedangkan kemarahan ahli pasti ada sebabnya. Ahli telah sabar menunggu berbulan-bulan untuk melihat penyelesaian tetapi apa yang terhasil adalah sebaliknya. Tidakkah wajar kekecewaan mereka? Maka timbullah berbagai andaian.

JANGAN DIPATAH SEMANGAT KEPEMUDAAN PEMUDA

Saudara Abdullah Karim, seorang AJK Pemuda Pusat yang tidak langsung berkepentingan dalam isu ini menjadi marah, apa sebabnya? Kita harus tanya diri kita sendiri. Jangan pula kita menempelaknya dengan ugutan tindakan atau tuduhan tidak bertanggung jawab dengan mengatakan ‘kritik kemudiannya tinggal’. Saya pasti rancangannya untuk ‘tinggal’ sudah lama dibuat, malahan lama sebelum keputusan ini dikeluarkan.

Sebagai pemimpin, kita mesti galakkan kritikan yang membina walau datang dari apa saluran dan dari siapa sekalipun. Jangan dipatahkan sayap burung yang baru ingin terbang. Jangan dipadamkan semangat kepemudaan pemuda yang ingin berjuang. Ingat akan tindakan Saidina Umar (RA) apabila dinyatakan oleh seorang pemuda akan dihunus pedang untuk dibetulkan diri Umar. Umar memuji sikap pemuda tersebut dan tidak menempelaknya.

Selami pointnya dan fikirkan. Kalau betul, terima. Kalau tidak, jelaskan mengapa tidak. Pemimpin mesti berbesar hati, jangan sempit dan ingin mengongkong pemikiran pengikut. Kita perlu ‘engage’ dan beri penjelasan. Ini akan menjadikan pengikut bangga dengan sikap pemimpinnya dan pada masa yang sama, masyarakat sekeliling akan menghormati dengan keterbukaan pemimpin kita. Maka, janganlah diperlihatkan PAS bagaikan berkuku besi - kamu kritik, kamu dikenakan tindakan!

JANGAN MENEPIS KRITIKAN

Saya melihat TITM berpegang kepada pendirian bahawa ahli tidak sepatutnya mempertikaikan keputusan JK Disiplin. Mereka tiada fakta, hanya andaian. Namun inilah sebenarnya peranan JK Disiplin untuk menjelaskan. Keadilan mesti bukan sekadar dilaksana tetapi dilihat terlaksana. Dalam erti kata lain, JK Disiplin mesti meyakinkan semua bahawa keputusan dan hukuman yang telah ditetapkan adalah adil. Tidak cukup dengan hanya mengatakan “kami tahu, kamu tidak tahu” atau “kami ada fakta, kamu hanya andaian”. Ini kaedah menepis teguran namanya. Tiada yang terhasil dengan tepisan begini. Yang tidak berpuas hati akan terus tidak berpuas hati. Sebaliknya kita mesti jelaskan, dedahkan dan buktikan bahawa ianya adil.

Tepisan kedua, “kalau nak pertikai pun, guna saluran yang sepatutnya”. Sebenarnya inilah yang ahli melakukan selama ini. Mereka sabar menunggu berbulan-bulan, menjaga adab berjamaah, mengharapkan penyelesaian. Malangnya yang terhasil adalah sebaliknya. Sebenarnya keputusan JK Disiplin telah menyebabkan sebahagian dari ahli hilang keyakinan dengan ‘saluran yang sepatutnya’. Mereka menunggu dengan penuh harapan, yakin bahawa keadilan akan terlaksana namun akhirnya harapan dimusnahkan. TITM mesti ingat apa tujuan JK Disiplin dirujuk dalam soal ini. Termasuk hakikat bahawa ianya sebagai pengganti kepada EGM.

Adakah EGM dulu dicadangkan oleh kerana tindakan saya? Atau untuk menapis golongan yang dilihat anti-PR?

BUKAN SEMUANYA ANDAIAN

Hakikatnya ahli dan penyokong juga mempunyai fakta. Bukan semuanya andaian. Sebagai contoh saya kemukakan fakta yang diketahui umum.

1. Semua tahu PJ telah melakukan banyak perkara untuk menjejaskan kedudukan PR Selangor semenjak dahulu lagi. Kenyataan dan tindakan beliau menimbulkan berbagai masalah sehingga akhirnya di pertemuan di Tropicana beliau turut berjanji tidak akan bertelagah lagi dengan PR secara terbuka.
2. Beliau terus dengan kerenah beliau dalam isu SelCAT. Ini juga fakta.
3. Akhirnya beliau lepas dengan amaran dan saya yang dihukum. Sedangkan semua tahu saya menyanggah beliau kerana kesalahan beliau. Ini juga fakta.

Dengan fakta yang sebegini, tidak salah ahli dan masyarakat umum membuat andaian bahawa ada yang tidak kena. Mereka tidak boleh membaca hati dan niat seseorang. Mereka akan menghakimi tindakan JK Disiplin berdasarkan yang zahir. Mereka akan membuat andaian berdasarkan fakta yang ada pada mereka. Oleh itu pemimpin mesti jelaskan, dedahkan dan buktikan keputusan yang dibuat adalah adil. Bukan sekadar menyatakan “tiada agenda”, “saya ikhlas” dan sebagainya.

Walau dinafi seribu kali akan adanya agenda tertentu, namun “actions speak louder than words” atau tindakan lebih menyakinkan dari kata-kata. Kata-kata mengatakan tiada agenda, malangnya tindakan bagaikan menyatakan sebaliknya.

KESALAHAN KHALID LEBIH SERIUS!

Ada yang mengatakan, kesalahan Khalid lebih serius! Serius atau sebaliknya boleh dinilai berdasarkan siapa yang membuat aduan. Dalam kes saya, aduan dibuat oleh Dewan Harian PAS Selangor, pendek kata PJ sendiri.

Saya difahamkan bahawa aduan terhadap PJ dibuat oleh MB Selangor, Back Benchers Club Selangor, iaitu semua ADUN PR Selangor yang bukan ahli-exco dan juga, sekiranya diambil kira isu EGM, TGNA!

Kalau aduan MB, BBC PR Selangor dan TGNA semuanya dianggap remeh dan tidak serius, saya rasa kita kena tunggu PJ buat aduan atas dirinya sendiri barulah dianggap serius. Kalau ini berlaku, sah serius kerana ada yang sudah hilang akal!

Ada juga yang mengatakan kesalahan saya lebih serius kerana saya melakukan kesalahan terhadap parti sendiri. PJ pula melakukan kesalahan terhadap orang lain. Saya amat berharap ini bukan pandangan pimpinan PAS! Kalau ini pandangan pimpinana PAS maka tiada maknalah cogan kata ‘PAS for All’ dan pegangan, Islam adil terhadap semua. Malahan saya berani katakan sikap ini sikap Yahudi dan bukan sikap Islam. Kalau ada yang berfikiran begitu, harap sangat dibetulkan!

Lagipun, adakah benar PJ tidak menyalahi partinya? Bukankah amanat dari muktamar Ipoh dan Shah Alam mendesak supaya PR dikukuhkan? Tidakkah tindakan beliau menyalahi amanat tersebut? Atau adakah usul tersebut hanya tipu-helah politik dan satu pembohongan? Kalau ada yang menganggap ianya pembohongan, harap sedar bahawa bagi kebanyakan ahli muktamar, ianya keputusan yang mesti dipatuhi. Dan saya menyanggah PJ atas sebab tidak akur kepada keputusan muktamar.

KESAN KEPUTUSAN JK DISIPLIN

Saya tidak bersedih kerana digantung jawatan. Kita berjuang bukan kerana jawatan. Saya sedih kerana hasil keputusan JK Disiplin, imej PAS tercemar. Selama ini PAS dilihat sebagai ‘weak link’ di Selangor. Apabila disebut kerajaan PR akan jatuh kerana ada yang akan melompat, semua melihat pada PAS. Sehingga PJ terpaksa mendedahkan isu ‘Baiah taklik’ untuk meyakinkan rakan-rakan PR. Namun tindakan beliau menyanggah beberapa keputusan PR secara terbuka terus mengundang kesangsian.

Keputusan JK Disiplin mengukuhkan kesangsian ini. Rakyat melihat PAS tidak kommitted kepada usaha menjayakan PR Selangor kerana yang menimbulkan masalah tidak dikenakan tindakan. PAS terus dianggap mempunyai ‘perancangan rahsia’ dan ‘agenda tertentu’ seolah-olah hanya menunggu masa untuk bersama BN.

Sekali lagi kita tidak boleh salahkan rakyat atas andaian tersebut. Kita yang menimbulkan kesangsian dengan tindakan kita sendiri. Amat sukar untuk mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap kesungguhan PAS untuk bersama PR setelah apabila mereka baru sahaja mahu percaya, kita yang menimbulkan kesangsian kembali. Amat malang bagi PAS, peluang keemasan untuk membuktikan kesungguhan kita akhirnya terlepas begitu sahaja, malahan ditambahkan pula kesangsian.

Saya setuju dengan kata-kata TITM, “kalau anda tidak boleh membantu jamaah, jangan menyusahkan jamaah”. Malangnya, bagi saya, keputusan JK Disiplin yang banyak menyusahkan PAS berbanding kritikan dan teguran ahli. Minta maaf banyak-banyak.

KALAU TERSILAP

Rasulullah (SAW) sendiri mengaku tersilap dan seterusnya meletakkan tentera Islam dikedudukan yang dicadangkan oleh Hubab di Badr. Umar (RA) pernah menarik balik keputusan beliau apabila ditegur seorang muslimat. Imam Shafii pula terkenal dengan peristiwa qaul Jadid dan qaul Qadimnya. Kalau tersilap tiada salahnya diperbetulkan kalau kita mampu. Kalau mampu diperbetulkan, tidak cukup dengan memohon ampun dengan Allah semata-mata sambil membenarkan kerosakan terhadap imej PAS berterusan.


KESIMPULAN

Hormat saya terhadap TITM tetap kekal seperti biasa. Kalau berjumpa di Shah Alam, tetap boleh berbincang dan minum bersama. Tetapi saya tidak bersetuju dengan keputusan JK Disiplin, namun saya terima dan saya akur.

Tetapi ketetapan PAS untuk mengukuhkan PR akan saya terus pertahankan. Dan akan saya sanggah siapa sahaja yang ingin menggagalkannya. Biar pun ianya bergelaran PJ. Mahupun SUA ataupun TP dan siapa sahaja yang ingin mengkhianati keputusan muktamar dan perjanjian persepakatan PR. Kerana muktamar adalah badan tertinggi dan kehendak PAS ditentukan di sana. Yang lain hanya perlaksana!

Kita berjuang supaya keadilan dan kebenaran Islam terserlah. Bukan oleh kerana tokoh tertentu. Tokoh datang dan tokoh pergi, namun perjuangan Islam terus dihayati. Keadilan dan kebenaran Islam tidak akan terbukti melalui ‘politik khianat’ serta ‘politik oppurtunis’. Keadilan dan kebenaran Islam akan terserlah melalui kejujuran berpakat dan semangat setiakawan bersama. Oleh itu, sekiranya ada yang ingin khianat biarlah dunia mengetahui bahawa politik khianat BUKAN dari Islam. Biarlah ahli jamaah Islam bangun untuk menghalang penkhianatan sebegini demi menyelamatkan nama baik Islam.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD