UMNO kini mengalami satu perubahan yang baik apabila parti itu tidak lagi menganggap agama dan politik sebagai dua perkara berbeza. Ia merupakan satu anjakkan paradigma kepada UMNO - TG Hadi Awang
Hadi akui UMNO alami perubahan baik - Utusan
Saya tidak nampak perubahan yang lebih baik ditunjukkan oleh parti UMNO dari pelbagai aspek lebih-lebih lagi dari aspek agama. Saya tidak faham mengapa TG Hadi membuat statement mengatakan UMNO mengalami satu perubahan, satu anjakan paradigma. Apa yang sebenarnya TG Hadi nampak pada UMNO?
Di manakah zarah-zarah kebaikkan yang telah dibawa oleh UMNO di bawah kepimpinan Najib? Di manakah anjakkan paradigma itu? Dari sudut mana yang menunjukkan UMNO ingin menjadikan politik dan agama tidak lagi berbeza? Adakah ia merujuk kepada UMNO yang menuntut perarakkan Maulidur Rasul?
Sedangkan kerajaan kini dilihat lebih kejam dari biasa apabila mengkuda-kudakan pelbagai institusi yang sepatutnya bertindak berkecuali, dilacurkan demi survival UMNO dalam jasad kerajaan. Kerajaan dilihat semakin angkuh dan tidak belajar dari kesilapan apabila merangka cukai GST dan mencadangkan subsidi minyak dilupuskan walhal dalam masa yang sama duit dihabiskan dengan menubuhkan satu pasukan sukan termahal iaitu formula satu. Pelbagai lapisan masyarakat tidak lagi mendapat pembelaan setimpal apabila semakin banyak formula retorik kerajaan yang memerangkap rakyat dengan permainan sentimen perkauman serta sentimen keagamaan yang akhirnya memberi pulangan lumayan kepada 'milage political survival' UMNO.
Saya sebut pelbagai kejahatan kerajaan di bawah kepimpinan Najib, tetapi TG Hadi memuji kerajaan dengan menyatakan UMNO melalui anjakan paradigma dan kata-kata beliau dengan pantas dipetik oleh Utusan sebaik-baiknya.
Utusan memang layak diboikot sepanjang masa sepanjang zaman, bahkan dalam isu 'anjakan paradigma UMNO' ini pun dilihat propaganda Utusan itu berjaya melentingkan ramai blogger termasuklah edyes. Namun, cuba saudara dan saudari perhatikan dua pernyataan yang diboldkan di permulaan artikel ini, satunya pernyataan TG Hadi dan satu lagi tajuk Utusan 18 Febuari lalu. Apakah kedua pernyataan itu tidak syncronize ?
Sedangkan Utusan sendiri tidak mengklafikasikan maksud 'alami perubahan baik' dalam tajuknya, bermakna adalah benar perkara yang dirujuk itu ialah dari kata-kata TG Hadi sendiri. Sebab itu tiada penafian dari TG Hadi.
Pokoknya, statement TG Hadi yang bersahaja itu mengundang tafsiran yang memberi nafas kepada UMNO yang sepatutnya semakin melemas itu. Wajarlah, TG Hadi memang synonym dengan menyelamatkan mangsa lemas.
Oleh demikian, saya menuntut TG Hadi memohon maaf secara terbuka di atas ketelanjuran TG Hadi menggambarkan UMNO itu mengalami perubahan baik.
Permohonan maaf secara terbuka tidak akan menjejaskan kedudukan TG Hadi sebagai presiden, malah ia akan melihat keikhlasan TG Hadi memimpin parti PAS dalam usaha mengalahkan UMNO dan menegakkan syiar agama Allah di muka bumi ini.
Saya juga menuntut 2 perkara dilakukan oleh TG Hadi sebagai presiden PAS yang masih memegang tampuk nakhoda. Perkara tersebut adalah seperti di bawah;
1. Atas kapasiti TG Hadi sebagai presiden PAS, saya memohon agar TG Hadi melihat kembali hala tuju serta pendirian parti PAS dalam menghadapi PRU-13. Lihat semula kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat, sekonyong-konyong ia perlu lebih diperkuat.
2. Saya juga menyeru atas kapasiti TG Hadi sebagai presiden PAS, memohon agar TG Hadi lebih berusaha untuk menjadikan PAS sebuah parti yang kuat dengan menyelesaikan segala isu dalaman serta menuntut semua pemimpin PAS menyatakan sumpah setia kepada parti dan gugusan Pakatan Rakyat. Sebolehnya, semua pemimpin harus menyatakan pendirian masing-masing dan mengecam sebarang gerakan dalam membentuk kerajaan perpaduan.
Sekiranya kedua-dua perkara di atas di sahut dan digerakkan oleh TG presiden, saya amat bersyukur kerana PAS akan kembali dilihat kuat dari luar dan dalam. Sekiranya tidak, adalah lebih baik TG presiden menimbang untuk memberi laluan.
Ayuh, jika Anwar Ibrahim dengan kempennya Selamatkan Malaysia, ia mudah difahami kerana fenamena semasa. Dan di atas fenamena semasa juga, satu kempen 'Selamatkan PAS' perlu dianjurkan. PAS Reform contohnya!
Diharap dengan penjelasan ini, saya tidak disalah anggap sebagai blogger yang ingin memecahbelahkan kesepaduan PAS dan Pakatan Rakyat, malah saya ingin melihat kejayaan itu berhasil dari gerakan yang ikhlas.
Salam.. akhi..
ReplyDelete1. Dari mana dapat artikel tu? Utusan?
cehh!! still percaya kat utusan ke?
2. Ana cadangkan kalau anta dengar mana-amana ada kuliah/tazkirah/usrah dalaman PAS dengan Tn Guru Tn Ibrahim Tn Man, anta gi joint dan utarakan soalan berkaitan Hj Hadi ni.. Daripada dok pertikai Presiden bagai nak rak! macamlah pengalaman anta dengan UMNO lagi banyak banding pengalaman Tuan Guru Presiden dengan UMNO!
3. Banyak benda yang kita boleh siar di blog, namun banyak jugak benda yang baik dibincangkan di peringkat dalaman...
4. Jangan ponteng usrah! ini yang aula!
InsyaAllah.. sama-sama kita doakan kejatuhan UMNO..
Dalam politik ni.. jangan banyak sangat musuh.. UMNO musuh kita.. takkan Presiden sendiri pun anta nak buat musuh?
kalau nak kutuk Hadi berdasarkan rujukan utusan... ko pergi mampus la edyes... kalau ko tak suka hadi, pergi buat parti sendiri pastu lantik diri ko sbg presiden pastu ko takyah nak busuk hati kat orang lain
ReplyDeleteBetullah. Yang ko percaya pada Utusan tu apa hal? Diakan tali barut Umno. Kenyataan TGHA dah diputarbelit untuk memecah belahkan Pas. Itu pun ko masih tak faham2 lagi.
ReplyDeleteSila baca Blog cina Islam apa kenyataan TGHA.
aku syorkan ko gi la mane2 ada kuliah tuan ibrahim tuan man sila lah pergi,x rugi pn dari ko berprangka buruk jer memanjang..dlm kuliah tue ko leh soal jwb ngan dlm pape perkara yg ko x puas ati..dpt jgk ko ilmu mcm mane nk menguatkn jemaah Islam...kdg2 aku heran dah tau utusan tue kaki belit..wartawan2 tue kaki mengampu..ambik kenyataan ape yg diaorg nk jer..padahal x amik kenyataan keseluruhan dari ape yg pemimpin ckp..selidik btl2 la dlu bro berita drpd golongan fasik,pelik2 seribu kali pelik dah la ngan rtm,tv3 suku,utusan meloya,berita hairan putar belit,kt blog2 pn nk putar belit gak..
ReplyDeleteEdy..
ReplyDeleteBaca penuh temuramah TGHH dlm http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=25056:utusan-malaysia-putarbelitkan-kenyataan-presiden-pas&catid=1:utama&Itemid=50
jgn buat kesimpulan berdasarkan laporan utusan meloya
Pokoknye pemimpin PAS jangan bagi peluang kepada media ameno untuk bikin cerita. Jadi, lebih baik diam je. Tak payah komen2 ape deme buat. Noktah.
ReplyDeleteorg PKR mcm edyes ni maner reti usrah² ni... buang mase
ReplyDeleteyg dia tahu nak memburukkan ulama² PAS sajer...
karang kalu aku kutuk DS Anwar tahu pulak ko melenting marah...
yg ko bahlol sgt pegi percaya sumber Utusan Meloya tu apsal?...
tapi sebabkan perut ko tu dah memang tertunggu² kalau bab nak kenakan TG Hadi, buat ape tunggu lagi idak?...bantai jer laa...peluang ko lah ni yer
tobat laa edyes...hidup ko tak berkat kalau hari² ko duk hina ulamak...
Disamping menghadapi kejahatan BN khususnya UMNO, Pas juga terpaksa bertarung dengan kumpulan-kumpulan Islam yang lain. Ada antara mereka secara terang-terangan menzahirkan mereka Pro Umno dan ada yang menamakan mereka jamaah Islam tetapi bertindak menyerang Pas. Pas dianggap tidak syumul dalam perjuangannya. Pas bergerak secara tidak sistematik, Pas masih tradisional dan tidak mampu menjuari zaman. Pas tidak syarie,kerana mengambil pendekatan Demokrasi.
ReplyDeleteSedikit sebanyak suara-suara itu menganggu perjalanan Pas, khususnya pelajar-pelajar yang mula berjinak-jinak dengan Pas di Pusat-pusat pengajian tinggi di dalam dan luar negara. Hingga berlaku rebut merebut ahli Usrah. Penampilan "elit" jamaah tersebut berjaya mencuri anak-anak usrah Pas yang seketika terlupa erti "berjamaah dan wala".
Dengan kehendak Allah..Pas berjaya membentuk kerajaan di Kelantan selepas Pilihanraya 1990. Sejak itu Pas terpaksa memperluaskan tingkapnya ( bukan hanya pintu dibuka) kerana menyambut "tetamu" yang datang dari segenap lapisan masyarakat. Parti yang dahulunya dilihat kolot dan tradisional mula dipuji dan didampingi. Benarlah kata seorang ulama; "tawanlah kerusi nescaya engkau akan lebih berjaya menawan hati".
Alhamdulillah..akhirnya mereka-mereka yang sebelum itu agak geli geleman untuk berdampingan dengan Pas, kerana dilihatnya Pas hanya parti pak-pak lebai yang tidak punya wawasan,akhirnya dapat makan setalam. Kumpulan elit yang gagal membentuk "jamaah Islam elit" akhirnya terpaksa bertenggek di dahan Pas. Ramai antara mereka yang telah insaf bahawa jamaah Islam mestilah syumul sebagaimana Islam itu sendiri adalah agama yang syumul.
Namun malangnya..ada antara mereka masih tidak senang berketuakan sesetengah pimpinan Pas. Lalu dibentuknya komuniti sendiri di atas "dahan Pas". Sesekali dilihat dari jauh mereka seperti sebahagian dari dedaun yang merimbun diatas pohon Pas. Namun bila diamat-amati rimbunan itu rupanya DEDALU yang sedang bertenggek dicelah dahan. Mereka ada ketua sendiri yang lebih mereka wala'. Mereka ada mesyuarat sendiri yang lebih mereka taati. Mereka ada wawasan sendiri yang sesekali dilontar dan jelas bertentangan dengan wawasan Pas.
Justeru itu mereka tidak hairan dengan pimpinan Pas. Justeru itu tiada lagi adab dan hormat kepada pimpinan Pas. Kini rimbunan Dedalu itu semakin membesar. Benih-benih kecil mula bertenggek disetiap dahan. Percaturan disusun dengan rapi ...Tahniah kepada yang ikhlas bersama dengan Pas dan Awaslah kepada yang berniat khianat. Keterbukaan Pas bukan untuk dikhianati.Waspadalah sentiasa agar jamaah ini terpelihara daripada pengkhianatan. (sumber)
Ingat !! KETERBUKAAN PAS JANGAN DISALAH ERTI DAN DIKHIANATI.
Nko orang ni terlebih usrah sehingga buta dengan realiti semasa. hangpa ni berapa kerat je berbanding dengan penyokong PAS hari ini yang terdiri dari pelbagai kaum yang meletakkan harapan untuk menjatuhkan UBN dalam pru13.
ReplyDeleteSetakat kederat hangpa beberapa kerat ni, sejak pilihanraya pertama dulu, hangpa hanya dapat memerintah kelantan sahaja. Pengaruh hangpa hanya berlegar setakat di kelantan, terengganu sedikit-sedikit di kedah dan perlis je.
Berita utusan tu semua geng hangpa tau putarbelit dan memang geng hangpa tak baca. Tetapi ia dibaca oleh sebahagian besar rakyat malaysia dan berupaya meracun fikiran berjuta rakyat malaysia.
Sebab hangpa tak bacalah maka hangpa tak tahu kesannya kepada PAS sendiri. Sebab hangpa asyik dok baca harakah sahajalah maka berkali-kali hangpa kena kencing dengan UMNO. fikiran sesetengah dri hangpa jadi jumud dan tak terpisah dari realiti.
Kekadang aku tengok, kejumudan hangpa ni sama standard degan musuh ketat hangpa, puak-puak UMNO. 2 x 5 je.
Dalam pemerhatian aku, presiden hangpa ni adalah feveret utusan untuk mendapat ulasan setiap kali apabila UMNO dok tertekan. wartawan aju je soalan perangkap, dengan gembiranya dia menjawab panjang lebar mengikut selera wartawan yang bertanya.
esok keluar muka hadapan utusan dan sekaligus menanam bibit prasangka rakyat terhadap parti hangpa.
olan
tue la masalahnye ko nie bro..berjuang dlm Islam nie bknnye nk kemenangan jer memanjang...jgn samakn perjuangan Islam dgn sekular..plzzz mengaji la fhm..insyaallah klu kita mengaji x rugi,pg la masjid2,n plzz jgn nk memperlekehkn org2 yg pergi usrah,pg mengaji sume tue..dlm gerakan Islam bkn semata2 politik di samping politik kita kena fhm ape itu politik Islam..
ReplyDeletedlm perjuangan Islam nie x kira la kalah@menang..tp ttp trus berjuang,Allah dah tentukan Islam n kebenaran akan mng jgk akhirnye...tp yg pnting tuhan nk tgk ikhlas or x perjuangan kita tue..btl2 ker atas landasan yg btl..ker sbnrnye adakah kita yg merosakkn jamaah.
mmg smua org nk kn kemenangan,sape yg sanggup duduk dibwh pemerintah yg zalim..tp apehal lak smpai kita nk hina ulama tue ulama nie..aku nie bkn la pndai agama sgt..tp same2 la kita blajar..rjin2 la gi mengaji jgn keje nk hentam jer sama2 dlm perjuangan..
bila zul nordin duk hentam parti dia sndiri kita mrh,tp sbnrnye kita x sdar kita same jer mcm haprak tue..keje nk hentam org2 yg sama2 berjuang menuntut keadilan..kaji la dlu berita yg smpai dari org fasik,jgn keje nk syak wasangka jer..mmg parti Islam pn bknnye perfect tp jgn t`lampau syak wasangka hingga menyebabkan persepsi masyarakat awam kpd pas x baik,dlm masa yg sama sbnrnye kite jgk la yg merosakkn pr..
PAS akan musnah, hancur, tidak mendapat tempat di hati rakyat, tidak releven dan punah ranah dalam masa tidak lama lagi. Ini kerana Presiden PAS, begitu cintakan UMNO dan mahu bergabung dengan UMNO dalam kadar segera. Begitu juga dengan kumpulan ‘PAS Terengganu’ yang begitu sukakan UMNO itu. Merekalah punca PAS musnah, tidak lama lagi. Itu kalau dibaca daripada tulisan-tulisan blogger-blogger ‘pro-PAS’ yang lebih sudu dari kuah.
ReplyDeletePeliknya, lain pulanya kalau kita bersama-sama dengan ahli PAS yang setiap hari kerjanya membersihkan markaz, menampal poster ceramah umum dan setiap minggu berusrah, walaupun usrahnya itu hanya membicarakan perkara-perkara asas Islam. Begitu juga kalau kita berdamping dengan pimpinan PAS peringkat cawangan, kawasan dan Negeri, di mana PAS sudah mula wujud sejak merdeka. Mereka tidak begitu berbicara hal-hal tinggi-tinggi, hal-hal rahsia jemaah, kerana mereka itu masuk PAS sejak mula dulu, sejak PAS terkenal dengan wala’ dan thiqoh. Sekarang ini dua benda itu sudah dianggap taboo, taqlid buta dan bodoh.
Ulama’ atau tidak, asalkan dia tampak penyokong Presiden, bodoh semuanya di mata blogger. Unity Government, yang merupakan suatu cetusan idea bebas, yang sudahkan ‘ditalkinkan’ tidak lama dulu, disebut-sebut sampai sekarang, entah apa tujuan mereka. Apa sahaja yang Presiden katakan, perlu dibangkang, UMNO hanya perlu melihat dari tepi tersenyum.
Semua keputusan jemaah yang tidak dipersetujui mereka, ditentang habis-habis. Mereka mahu keputusan sepertimana yang mereka mahukan. Mungkin mereka mahu wakil blogger dalam Jawatankuasa Displin, Mesyuarat PAS Pusat, Negeri dan Kawasan. Mereka juga mungkin kuasa veto dalam muktamar dalam menentukan siapa Presiden, Timbalan Presiden dan S/U Agung. (walaupun S/U Agung hakikatnya di bawah kuasa Presiden untuk memilih)
Entah blogger-blogger ini pernah ke usrah cawangan atau tidak,saya pun tidak pasti. Yang pastinya, kelakar juga membaca ulasan mereka yang lebih sudu dari kuah.
Mungkin, muktamar pemilihan tahun hadapan, mereka perlu bertanding?
i
Tambahan : Memang senario yang aku lihat sekarang ini begitu menyesakkan dada. Walaupun hanya ahli biasa, tanpa jawatan, aku lihat apa sahaja yang Mr. President aku buat sekarang ini pastinya akan menimbulkan persoalan ketidakpuasan hati sahabat² blogger yang berpartikan PAS ini. Sehinggakan peristiwa menolong orang hampir lemas pun dijadikan sketsa, seolah² gambaran yang mereka berikan itu lelaki yang hampir kelemasan tempohari telah berpakat dengan Mr. President.
Teringat ketika Tuan Ibrahim Tuan Man singgah memberi suntikan motivasi buat Pemuda PAS Perak di Taman Meru sedikit masa dahulu. Antara kisah menarik yang dibawanya ialah persoalan dari seorang lelaki kepada saidina ‘Ali ra kenapa dizaman beliau kelihatan begitu lemah pemerintahannya berbanding dizaman RasuluLLah saw. Maka dijawab saidina ‘Ali ra, ketika dizaman RasuluLLah saw, baginda mendapat rakyat seperti aku, namun ketika zaman pemerintahan aku, aku mendapat rakyat seperti kamu.
Jadi adakah bersesuaian kisah ini dimainkan kembali di zaman Mr. Presiden sekarang ini???
Aku x da jawapannya melainkan mereka-mereka ini
lorrrrr...
ReplyDeletebaca utusan meloya rupanya.. tak per.. dimaafkan
sebenarnya utusan telah membahagi 2 laporan ucapan tersebut dengan meletakkannya di laporan yg berlainan di pmuka surat yg berlainan... didalam ucapan yg sama TGHH juga berkata yang PAs takkan bekerjasama dgn umno didalam membentuk kerajaan kerana umno adalah kalap yg sedang karam... kerjasama hanya yg berkaitan dgn islam dan utk kepentingan semua rakyat... yg saya kira PKR dan DAP juga bersetuju dan bersependapat....
ReplyDeletekekadang untuk menang kita perlu mengelirukan musuh... sun tsu tghe art of war menerangkannya...
memang umno telah berubah... dari corak zaman pak lah ke corak najib...
memang umno berubah kepada yg lebih baik... tetapi baik utk siapa.. ???? utk umno/bn atau utk pas.pr??? saya rasa tgHH maksudkan baik utk PAS/PR....
apa punya bodoh penulis ni..lain kali baca blog lain...ini dibacanya utusan dan terus hentam.dulu cakap nak berhenti.eloklah jugak hang tutup blog.makin merapu dan tunjukkan kebodohan hang kat orang..apa punya turrrr...
ReplyDeleteAku kesian la kat ko EDYES.Jangan la buat zalim kat orang kalau kau tak nak di zalimi.Jangan caci maki org kalau kau tak sanggup kena caci maki.tapi kau memang sanggup kena maki kan?sanggup kena zalim,tp klu sesama manusia mgkn x rasa pape... kau mungkin nak rasa cercaan,makian ,kutukan dari malaikat Allah... sebab apa?,sebab doa org yg kena zalim tak ada hijab/penghalang.ingat! doa org yg kena zalim tak de penghalang,tunggu je la ye,klu ko tak mintak maaf,lambat atau cepat je...
ReplyDeletehaha..
ReplyDeleteAda gak yg sokong kata UMNO dah berubah jd lagi baik?
Kesian org PAS.Asyik kene tipu jek la.
Lu org dah kata UMNO sekular.Tindakan die mmg sekular ler.
Kalau trend rakyat menuntut diorg jd alim ulamak diorg leh jd lagi alim n extrim dari lu.
Kalu trend rakyat kne jd librel mmg diorg akan jd librel.
Sekular mana ada prinsip da..yg penting menang jek.
TGHA ngn geng die mmg tgh penin.Sendiri cakap sendiri langgar.
Yang ken tipu ahli PAS la jugak..sian
Anonymous 1:04pm
ReplyDeleteHj Hadi nak bersatu dengan UMNO?
pala hotak kamu!!
Kamu lagi hebat dari Hj Hadi ke?
tidak2 pun declare la nama.. setakat guna Anonymous...
India Estet pun bulehhh
"2. Saya juga menyeru atas kapasiti TG Hadi sebagai presiden PAS, memohon agar TG Hadi lebih berusaha untuk menjadikan PAS sebuah parti yang kuat dengan menyelesaikan segala isu dalaman serta menuntut semua pemimpin PAS menyatakan sumpah setia kepada parti dan gugusan Pakatan Rakyat."
ReplyDeleteAna cume setuju dengan ni saja. Ana tak tau la di tempat yang lain tapi tempat ana, Pas Kawasan Selayang memang permasalahan besar. Ketua kampung Selayang Baru difitnah dengan teruk sekali oleh barisan pimpinan Pas kawasan sendiri. Masjid At-taqwa diporakperandakan oleh mereka, begitu juga Surau Hidayatul Mustaqim. JKKK Selayang Baru dianaktirikan. Kerjasama Pakatan Rakyat langsung tidak ujud, kerana ke-egoan pimpinan Pas dan PKR. Pas menguasai PKM dan JKKK. Pas pula pandai-pandai tubuhkan UPZ tanpa berunding langsung dengan PKR. JKKK dengan sewenang-wenangnya diletakkan di bawah UPZ. Nak tau apa dia UPZ? Tolong tanya kat barisan Pimpinan Pas Selayang. Langkah ini menambahkan lagi 'red-tape' bukannya memudahkan. Sistem dulu: DO - Penghulu - Ketua Kampung (JKKK); sistem sekarang: DO - Penghulu - UPZ - JKKK. Persoalannya, mengapa Pas sahaja dalam UPZ? Mana dia "Pakatan Rakyat"? Ahli Majlis pula berebut kawasan, yang cerdik DAP, dalam diam-diam tubuh cawangan kat Bandar Baru Selayang walaupun keahlian tak seberapa. Apabila JKKK Selayang Baru tidak setuju untuk menyalurkan duit ke parti, habis ramai yang melenting! Duit pendapatan JKKK adalah wang rakyat! Halalkah disalurkan ke parti? Pas Negeri Selangor bukannya tak tau pasal pergolakan di Selayang tapi yang peliknya tiada tindakan langsung daripada mereka.
Ini semua bukan fitnah, tak percaya marilah ke Selayang. Usrah dan syura kat sini cuma dibuat untuk penuh syarat saja tapi tindakan 'zero'! Hormat-menghormati langsung tak ujud diantara parti yang dinamakan "Pakatan Rakyat" Pas buat cara Pas dan PKR pulak buat cara mereka.
Yang menyedihkan pula 6 - 7 orang didalam barisan utama pimpinan Pas Selayang suka sangat bercakap bohong dan membuat keputusan tanpa bermesyuarat penuh. Pengurus PKM pula, tanyalah orang Selayang!
Minta sangatlah pimpinan Pas Pusat datang menjenguk kami kat sini dan membantu menyelesaikan masalah Pas Selayang ni.
mangkuk ni masih menulis lagikah?merapu tak tentu pasal...
ReplyDeleteAnon 22/2 10.06
ReplyDeleteBiar la edyes nak menulis.
Atleast kita semua boleh bagi pendapat yang baik atau yang salah.
eh, ko pun baca jugak ke walaupun merapu??
panjang artikel merapu ni.
panjang jugak comment2 artikel ni
kesian ko ni si anon!!
kalu TG hadi berkata benar ape berdosakah sampai nak meminta maaf..
ReplyDeletebukak la mata besar2, sape yg tolak islam sape yg sokong islam..
hidup ni kena buat perbandingan, kena tgk betul2 yg mane kawan yg mane lawan..
agaknye kalu Hadi refer DAP yg menerima politik and agama tidak dibezakan agaknye dia kena mintak maaf jugak ke?, bkn main korg sokong DAP siap kasi gelaran Khalifah lagi..
korg ni firaun2 kecil tolong bukak mata hati..
soalan aku satu, kenapa DAP begitu kuat pertahankan prinsip tolak Islam tak kira ape cara sekalipun hatta dalam perjuangan yg same menentang BN, tetapi tidak PAS yg sanggup melacurkan prinsip and kesuciaan Islam itu sendiri utk mencapai matlamat yg same? apekah perlu digadaikan perjuangan yg selama ini tulang belakang PAS hanya utk mengejar kuasa dgn berkerjasama dgn musuh utk menjatuhkan BN..
Sedarla wahai firaun2 kecil sekalian, isu agama, bangsa dan negara kite kena bersatu, jgn berpolitk semata2, berceramah sane sini, ttp tiap kali agama, bangsa dan negara kita di ganggu gugat oleh musuh!..
Anon February 22, 2010 7:27 PM
ReplyDeleteWoi! Orang UMNGOK berambus kau dari sini! Tak habih-habih Agama, Bangsa & Tanahair. Apa BANGSA-BANGSA ni? Lu perjuang BANGSA? Sah puak-puak ASSABIYAH UMNGOK!Ni dia FIRAUN BESAR PUNYA!!!
Anon February 22, 2010 7:27 PM
ReplyDeleteNi macam PEKIDA laknat jer!!! Agama, Bangsa & Tanahair dan Amar Maaruf Nahi Mungkar? Piiirah! Hijau, Kuning, Merah??? Ptuiii!!!