Thursday, February 18, 2010

Hadi Akui UMNO Alami Perubahan Baik?

 


Berita semacam ini membuatkan aku ingin kembali ke medan blog! Aku tak kira samada dituduh untuk mempercayai berita propa dari Utusan, kerana aku memang percaya pengakuan sedemikian tidak mustahil terbit dari pemimpin perjuangan agama Allah PAS. Wadah ini menuju kehancuran apabila presiden PAS mengiktiraf kepimpinan Presiden UMNO masakini!

Mana blogger yang nak back up pengakuan TG Hadi kununnya UMNO mengalami perubahan baik? Adakah kerana TG Hadi termakan slogan 1Malaysia - UMNO dan PAS juara rakyat? Adakah TG Hadi mengiktiraf juga slogan retorik yang berbunyi '1Malaysia - rakyat didahulukan'?

Taubat nasoha aku takkan menyokong parti yang selama ini menindas bangsa sendiri dengan memperbodohkan bangsanya! Aku mahu syahid menentang kerajaan yang zalim. Aku mahu selamanya bangkit menentang kerajaan legasi penjajah! Biar habis umur ini, demi agama dan demi anak aku yang baru mengecap tadika itu, akan aku lawan segunung musuh bersenjata brenggan, tetapi dengan strategi yang menang. Bukan kalah asal Islam tak kalah!

Sepanjang perjuangan ini, adalah mungkin perasaan menjadi menteri itu membuak-buak tatkala kerinduan ketika memegang jawatan Menteri Besar Terengganu suatu masa dulu begitu mencandu. Kekuasaan dan jawatan yang menggelapkan mata sesiapa sahaja pemegangnya yang tidak ikhlas dalam perjuangan.

Jadi apabila kedengaran suara-suara yang menyokong tindak-tanduk UMNO, suara sumbang yang sanggup mengiktiraf parti rasuah sebagai sebuah perjuangan bersih, seumpama ingin memeluknya dan menjadi rakan taulannya, maka aku dengan senang hati bersetuju sekiranya puok-puok kepingin jawatan menteri yang ditawarkan sewaktu perbicaraan gelap itu membawa PAS kepada UMNO. And they live happily ever after...

Atas nama perpaduang Islam, dan atas nama bangsa melayu, PAS dan UMNO ditakdirkan bersatu.

Perjuangan aku sebagai pencinta Agama, penerap sosialis dan pelaksana kerajaan berorientasikan kebajikan, akan lebih dipermudah apabila PAS menyertai UMNO. Suka untuk aku katakan menentang murtad adalah satu kewajipan yang dituntut rapi.

Dan apabila yang Islam dan yang terlebih Islam itu menjadi kafir, malah ia akan dilihat lebih kafir daripada kafir. Maka peperangan berbentuk perjuangan ini wajar demi menyambut seruan Ilahi, iaitu tidak lain dan tidak bukan, menegakkan Agama Allah dimuka bumi ini, atau sekurang-kurangnya menegakkan keadilan.

Adil, apabila kita menyokong wadah yang sepatutnya merobohkan tembok pembodoh perkauman dan pentadbir pemerintahan kuku besi yang memerah keringat rakyat bak mandi yang tidak basah setimpalnya. 

Adil, apabila wadah itu bersekongkol dengan yang sedikit kemudharatan demi perjuangan yang menghasilkan kejayaan seperti yang dituntut dalam azan - marilah menuju kejayaan. 

Namun ketidak-adilan terpacar apabila amanah yang diberi kepada pembawa wadah menjadi songsang! Wadah ini menuju kehancuran dengan bersekongkol bersama maha-kemudharatan dengan menelan bait-bait kahak yang pernah dipancut bersama sumpah berdarah.

Ketidak-adilan berlaku apabila amanah menjadi hidangan pelahap untuk dijadikan batu loncatan demi beberapa jawatan boneka. Inikah kemenangan Islam apabila memperoleh jawatan menteri berbentuk boneka yang telur-telurnya digenggam?

Apabila akhirnya Selangor jatuh ke tangan kerajaan pusat dengan pertabalan Menteri Besar barunya dari parti PAS, apabila akhirnya Kelantan juga jatuh ke tangan kerajaan pusat, begitu juga dengan kedah, maka inilah yang dituntut oleh islam yang diajar oleh kepimpinan ulamak - Mengambil alih kerajaan pusat dengan cara bersekongkol bersama kerajaan yang berorientasikan rasuah! Inilah yang akan memuaskan hati pihak yang berjuang atas nama Allah? Atau atas nama kuasa dan wang?

Tahniah kepada tuan presiden kerana berjaya me'reform'kan PAS. Sekarang kita nampak perubahan ketara oleh parti yang selama ini berjuang atas nama agama, kini mereka berjuang demi sahabat mereka iaitu UMNO. PAS tidak perlu membuat EGM kerana telah terang lagi bersuluh, apa yang perlu dilakukan hanyalah bergabung, berpadu demi perpaduang ummah! EGM yang membolehkan akar umbi menyatakan pendirian mereka, wala' sahajalah.

Kepada saki-baki pejuang sejati yang ingin melihat negara ini bebas dari kezaliman dari kerajaan pemerintah mahupun dari kezaliman pakatan pembangkang itu sendiri, jadikanlah saki-baki umur ini membuak untuk meneruskan perjuangan harmoni. Kita menentang demi agama, demi anak, dan demi anak bangsa. Teruskan berjuang selagi nafas ini percuma. 

Akan aku perhebatkan serangan gerila ini, biarpun di seberang sana 3 juta regular UMNO yang bersenjatakan brenggan styer serta beberapa juta penyokong wala' PAS bersenjatakan AK47, dilengkapi jet pejuang yang tidak ber-enjen, di-koordinasikan lagi bersama sepasang kapal selam yang tidak boleh menyelam, aku yang bersenjata papan kekunci ini akan menentang habis-habisan. Sesungguhnya dengan kekuasaan Allah, senjata sebentuk papan kekunci ini akan merebahkan segunung musuh dengan merobek hati mereka dengan secuit insaf. 

Aku menuntut sebuah gerakan, hadir dikala tiada satupun parti pembawa wadah yang boleh dipercayaai ketika ini. Gerakan sebenar yang membebaskan bumi ini dari pemerintah racist, dari peratah hasil bumi yang membunuh rakyat secara perlahan - nyata jauh lebih memeritkan dari mati kemalangan.

Aku percaya, ada gerakan yang jauh lebih baik daripada gerakan yang mengaku berjuang atas nama agama tetapi mengkhianatinya apabila dilihat berpeluk dengan musuh lahanat yang diketahui umum bakal memijak-mijak si baghal pencinta jawatan menteri itu.

PAS sudah biasa kalah,  pernyataan yang sering diungkap arakian setelah kalah dalam pilihanraya kecil mahupun besar, Maka ingin aku katakan biarlah PAS kalah, biar PAS tewas, daripada mengkhianati sebuah kemenangan dan juga daripada tidak menghargai erti kemenangan serta erti mandat yang diamanah rakyat.

Biar PAS kalah asal Islam tak kalah? sekarang jelas terbukti kekalahan PAS adalah kemenangan Islam !

14 comments:

  1. bodoh betui ko ni....surat kabo penipu tu pun ko bole baca dan percaya....bodo....seribu kali bodo ko ni...puak2 umno gelak mengkekek kalu baca blog ko ni...bodo yg amat...org dah berzaman dah boikot surat kabo ni...ko boleh baca lagi?...umor ko berape sebenarnya?....dah sunat ke belum?
    ....bodo 80 juta kali ko ni

    ReplyDelete
  2. salam,

    terima kasih atas gelaran bodoh tersebut... saya menerimanya sebagai penebus dosa-dosa kecil... terima kasih

    tapi heran, ahli je kena boikot Utusan, pemimpin tidak, presiden tak boikot untuk bagi statement kepada utusan?

    ReplyDelete
  3. wow! jawapan yg genius dari kanda Edyes :)

    ReplyDelete
  4. Salam

    Bola tanggung dan smash yang tembus lantai punya!

    Ayuh kita berpadu tenaga bina kubu pertahanan. Atur stratergi, ada ruang kita serang. Mereka yang di atas tu sudah merapu, berpinar mata dek kilauan ape yer?

    Baru nampak gesaan TGNA untuk adakan AGM tu adalah wajar dan tindakan yang betul.

    ReplyDelete
  5. mmg bengong pun mamat seko ni, takde nye dose2 kecil ko tertebus bile org panggil ko tu bodoh dlm hal ni. mane ko tau yg statement presiden tu seketul2 mcm tu...? Xkan takde sambungan nye kot. Satu Malaya dah tau yng Utusan, BH & TV3 tu penipu besar, org asli yg kerja nya menyumpit kat hutan pun tau, ko yg mngaku cerdik takkan bole percaya & tak tau kot...? same la dulu TV3 nak memburuk2 TGNA, puak2 fasiq dr TV3 just quote perkataan 'BARUA' yg diulang berpuluh2 kali, padahal pnjg berjela2 lg pnerangn TGNA.

    akai mau gerak ckit la kawan...

    ReplyDelete
  6. previously commented at penarik beca :
    "pak

    tok guru nik aziz pun ada juga sebut dlm kuliah2nya sesekali ..lebih kurang camni " umno pun lo ni doh x sebut dah politik suku ugama suku macam dulu2 " dll seerti...

    ..x yah buat isu la benda camni pak..

    mz"

    dgn tambahan : ni sah la perangkap umno ni pasal kita dok serang hj hadi aje..jgn salah anggap aku pun antiUG, tp masih rasional

    ReplyDelete
  7. sheikh...ulama'2 kita yg ikhlas ni berjiwa besar, ayat yg mnyatakan Politik & Agama adlh terpisah ni salah satu perkara yg tersgt berat yg dicetuskn oleh UBN, yg juga melibatkn kan Aqidah, ya'ni bole dikatakn gugur iman sseorg tu jika mengakui perkara ni.

    ulama'2 kita spt TGNA, TGHH, Dr. Haron Din, Ust. Harun Taib, Ust. Ahmad Awang, Ust. Daud Iraqi, ALlahyarham Ust. Bunyamin dll menempelak sekerasnye ayat ni, krn ayat ni melibatkn aqidah. Jd jika betul UBN dh tak sebut benda2 ni lg, maka ianya mmg satu perubahan yg baik la, ini kesan drpd desakan yg sejak dr dulu oleh ulama'2 kita. Ape yg mslah nye ko ni...?

    slow la ko ni...

    ReplyDelete
  8. Anjakkan Paradigma...

    melalui satu proses anjakan paradigma kepada UMNO...

    PAS juga sedang melalui proses anjakkan paradigma kepada UMNO...

    mungkin artikel saya kali ini agak keterlaluan... kerana 'anjakkan' PAS mendekati UMNO juga dilihat keterlaluan.

    seseorang perlu berundur... memberi laluan...

    ReplyDelete
  9. kau duduk sonyap-sonyap sudah la oi. dio bukan bori statement kek utusan la bang, itu interview ngan astro awani. kau dah tengok ko full interview tu?

    ReplyDelete
  10. hello-hello bro...!!!
    !!!...Cakap pakai AKAL,sebab lembu pun ada OTAK...!!!
    aku malas nak tulis panjang...tapi itulah halikatnya...kau reffer pada utusan...kehkehkeh baca boleh beli n percaya jangan bro...inilah kesan anti hadi...umno bertepuk di jln p ramlee dengan ulasan kau...marilah kita bersatu menetang BN k...jom rapatkan ukhwah

    ReplyDelete
  11. dey tambi....aku ingat ko la yg lemas yg TGHH & family selamatkn brni, sbb kepala ko ni dah mcm penuh dgn air...senang ckp, mcm kepala masuk air la...dah teruk sgt merabannye aku tengok.

    nikmat otak yg ALLah berikn letaknya dikepala, bukannye di lutut w/pun ianye juga dipanggil kepala.

    ReplyDelete
  12. Die, dari segi pengetahuan agama, mmg ada perkembangan jika dibandingkan tahun 70 dan 80-an dulu. Orang UMNO sudah terbuka bila bercakap tentang Islam. Tak salah kalau TGHH cakap macam tu. Ambe setuju kalau PAS mahu mengambil dasar berbaik2 dgn UMNO. Sampai bila nak bermusuhan dan berdendam kerana politik? UMNO/BN adalah parti yang memerintah kerajaan pusat ketika ini. Ada banyak kebaikannya jika PAS berbaik2 dgn UMNO. Lagipun PAS bukan parti orang kampung yang mudah dibuli macam dulu. Pemimpin PAS bukan calang2. Jadi apa yang perlu ditakutkan sangat?

    ReplyDelete
  13. bila dengar berita, kaji masak2, jangan sampai jadi fitnah..

    ReplyDelete