aku nak bantai pas kat sini, harakah dah macam utusan pulaknye, nak baca pun tak gamak, aku lebih rela baca pkr punya media dan beberapa media alternatif, mereka dilihat konsisten dan focus dalam menelanjangkan kejahatan UMNO-BN,
Hal ini sangat berkait dengan team UG yang cintakan umno, HAJI HADI, STOPA ALI, NASA dan terpalit juga pada anak didik dan penjilat HAJI HADI , NASARUDDIN TANTAWI , AZMAN SHAPAWI n the gang TERMASUK LA HASAN ALI dan beberapa ekor lagi katak.
PAS perlu REFORM, EGM khas , BUANG SEMUA SAMPAH-SAMPAH di atas tu untuk benar2 berfungsi, hakikatnya pas semakin dibenci, maaf tuan guru nik aziz, demo kena buat sesuatu kalau tak PAS akan lingkup , BAYANGKAN TUAN IBRAHIM TUAN MAN yang dilihat pro dan ditengah2 pun kini semakin dibenci dan terus diragui,
Hakikat PAS hebar seperti bawaan UST FADHIL NOR , MAT SABU, SALAHUDDIN AYUB, HUSAM MUSA, hanya tinggal mimpi dan omongan kosong, KADANG AKU BERASA PELIK melihat golongan agamawan “KONONNYA” ini bekerja sendrian malahan mereka menongkah arus yang telah disepakati, golongan SAMPAH inilah yang membawa PAS LAYU, LESU, DAN TERUS TERKULAI, lihat gerak kerja ?
cuba bezakan MAT SABU, SALAHUDDIN AYUB, HUSAM bawa PUSAT, dengan mat2 kopiah dan serban ni kerja, SOALAN SAYA, ANDA TIDAK TAKUTKAN SEDIKIT PUN DENGAN AZAB ALLAH? MANA AMANAH ANDA? KERJA ANDA? JANGAN TANYA APA YANG AHLI SUMBANGKAN, SILA TANYA AMANAH APA YANG ANDA TELAH TUNAIKAN?
PAS SEKALI LAGI ERLU EGM , BUANG semua sampah2 BESERBAN dan perut besar diatas , kita perlu perbaharui iltizam kita, perbaharui tekad kita sebelum kita semakin teruk.
BAYANGKAN , semua fitnah dan tohmahan dijawab dengan baik oleh MURSYIDUL AM! where’s the …. PRESIDEN ? TIMBALAN PRESIDEN? NAIB ? KETUA PEMUDA LAGI MACAM SAMPAH….
AMK dilihat jauh lebih baik dari PEMUDA umno CAWANGAN PAS .
kepada ahli2 pas ,,,,,, SILA BANGKIT! GEGARKAN! DAN BUAT PERUBAHAN! BUANG SAMPAH YANG SEMAKIN BANYAK DALAM PAS !
Pernyataan di atas ini saya kutip dari salah satu komen di blog Pak Bakaq dalam entry kelakarnya bertajuk perbincangan PAS-UMNO. Kepada sesiapa yang terlepas entri tersebut, boleh baca di bawah; (dan korang boleh lihat macamana PAS ditipu bulat-bulat oleh UMNO tanpa modal)
Setelah tolak-tarik, tolak-tarik, akhirnya berlakulah perbincangan (bukan kerjasama) antara PAS dan Umno. PAS diwakili oleh Datuk Seri. Umno juga tentulah diwakli Datuk Serinya.
Entah macam mana, perbincangan menjadi buntu. Akhirnya Datuk Seri PAS berkata: "Beginilah Datuk Seri, kalau ana tanya soalan kepada anta, anta tak boleh jawab, anta kena bagi ana RM5 sebagai hadiah.
"Tapi, kalau anta tanya soalan kepada ana, ana tak boleh jawab, ana bagi anta RM500 sebagai hadiah. Hadiah, Datuk Seri. Judi ana tak nak, haram".
Datuk Seri Umno pun bersetuju.
"Baiklah. Siapakah dua orang Kristian di zaman Nabi Muhammad s.'a.w. yang disuruh bersumpah dengan kalimah demi Allah?" tanya Datuk Seri PAS lulusan Al-Azhar itu kepada Datuk Seri Umno.
Sepatah pun tak dijawab oleh Datuk Seri Umno itu. Maklumlah dia mengaji entah apa-apa di England. Ada orang kata belajar ekonomi. Tetapi ada pula orang tuduh dia bodoh ekonomi.
Oleh kerana tak dapat jawab, Datuk Seri Umno pun bagi RM5 kepada Datuk Seri PAS sebagai hadiah.
Tibalah giliran Datuk Seri Umno pula bertanya. "Begini, Datuk Seri. Binatang apa yang naik bukit dengan tiga kaki dan apabila turun dengan empat kaki?"
Datuk Seri PAS pun terus mencapai laptopnya, search sakan sana-sini. Tak cukup dengan itu, dia hantar sms melalui handphonenya sana-sini kepada pengikutnya meminta jawapan malah menghantar email kepada rakan-rakannya di seluruh dunia termasuk ke Qatar mengharapkan jawapan. Maklumlah, dia selalu keluar negara. Dia juga meminta setiausahanya membuat carian di Library of Congress.
Selepas dalam satu jam pulun sakan mencari jawapan sana-sini, Datuk Seri PAS mengaku kalah. Dia lalu menghulurkan RM500 kepada Datuk Seri Umno sebagai hadiah.
Tetapi dia tak puas hati. Dia nak tahu sangat apa jawapannya. Malam selepas perbincangan Umno-PAS itu, dia lalu mengajak pemandunya ke rumah Datuk Seri Umno.
Setelah mendapat keizinan dari Datuk Seri Umno, pengawal keselamatan pun memberi keizinan untuk Datuk Seri PAS masuk.
"Tak boleh jadi. Malam ni kawang nak awak tolong bagi jugok jawapangnye. Awak kena jawab jugok apa bendanya yang naik bukit dengan tiga kaki dan apabila turung dengan empat kaki?" kata Datuk Seri PAS kepada Datuk Seri Umno.
Tanpa di sangka-sangka, Datuk Seri Umno menghulurkan RM5 kepada Datuk Seri PAS.
"Kenapa ni?" tanya Datuk Seri PAS kehairanan.
"Kawan pun tak tau jawapannya," kata Datuk Seri Umno sambil menguap.
Ha! Pi lagi bincang dengan Umno!
Sekiranya ditakdirkan PAS berpadu dengan UMNO, bolehkah saya tafsirkan PAS dan UMNO adalah SAMA?
Sekiranya Pas bergabung dengan UM-NO maknanya PAS 2X lebih bodoh dari UM-NO dan parti itu molek dinamakan UM-PAS disebut 'hampas'
ReplyDeleteJangkaan aku pada PRU13 nanti akan lebih banyak nanti kerusi PAS dan PKR akan hilang.
ReplyDeleteUMNO tidak takut hilang undi cina atau India. Kerana itu mereka fokus pada melayu sahaja.
Kalau sokongan melayu kukuh kepada umno, kaum cina dan india akan fikir 2X.
So jangan nak rasa megah sangat kalau PAS dan PKR semata mengharap undi bukan melayu.
Lepas PRU13 nanti PAS akan panggil umno untuk berunding, mesyuarat, dialog dan macam2 lagi. itu jam umno bolayanlah.
Dan dijangka pimpinan dan jemaah PAS akan bersatu semula apabila mereka berada dalam keadaan lemah.
Mengapa perlu PAS memanggil UMNO semata-mata untuk menyelamatkan kedudukan PAS?
ReplyDeleteBila PAS dirasakan kuat, mereka tidak bersatu... bila dah lemah dan disisih pengundi konservetif, baru sedar diri dan kembali bersatu. Ini saya setuju
Rasenye kot Presiden pecat dua anok Ali tu, orang akan kurang marahnye.
ReplyDeleteSALAM 1MONGOLIA..
ReplyDeleteSalam kpd Saudara Edyes,masih ingat sya lagi?
kita pernah b'debat di blog saudara ni tentang isu BEER yng ditimbulkan oleh Hassan Ali.
Tetapi kali ini sya sngt bersetuju dgn posting saudara.
Tidak mau tidak,EGM utk PAS perlu disegerakan bagi memulihkan kembali keyakinan ahli2,para penyokong & para pengundi PAS..
Ayuh!
saya ingat nick pemuda insaf... tapi saya tak berapa ingat apa yang kita debat...
ReplyDeletejauh di sudut hati ini, saya mahukan perubahan jelas dalam parti PAS