Sunday, January 15, 2012

SARA 1M: Perangkap Untuk Rakyat Kelas Pertengahan di Atas Nama 'Skim Bantuan'

Sedar atau tidak, skim SARA 1M menawarkan ROI melebihi 32%! Dengan melabur RM5000, pulangan setahun mencecah RM1608 - menjadikan kiraan ROI (return of investment) sebanyak lebih 32%. Jumlah ini wajar dikhuatiri, wajar diberi perhatian serius!


Di bawah ini Edyes rakamkan sebuah pengalaman jujur mengenai salah seorang mangsa pembeli amanah-amanah saham yang pernah ditawarkan pada awal 90an dulu. Pak cu (bukan nama sebenar), menceritakan keperitan yang dihadapinya apabila berhutang untuk membeli saham yang kononnya dijamin kerajaan.


Ikuti luahan Pak Cu;


Ambo ada pengalaman mengenai Amanah Saham. Sekitar tahun 1990an dulu negara digahkan dengan ekonomi yang kukuh.


Maka wujudlah pelbagai amanah saham, baik yang diuruskan oleh negeri mahupun pihak bank tertentu.Sebagai contohnya terdapat Amanah Saham Darul Iman (ASDI)Negeri Terengganu dan Amanah Saham Bank Simpanan Nasional (BSN).


Teruja dengan pulangan yang diwar-warkan lumayan, ambo membuat pinjaman dengan pihak bank untuk menyertai kedua-dua amanah itu dengan harapan dapatlah menikmati sedikit keberuntungan.


Inilah saja usaha dan perancangan ekonomi ambo sebagai orang kampung. Yang sadisnya tak sampai 10 tahun amanah tersebut berjalan, negara dikejutkan dengan senario ekonomi negara merudam.Kesan dan impaknya melibatkan juga amanah saham.


Daripada RM 1 seunit yang ambo beli, harganya turun hingga 30 sen seunit.


Harapan untuk mendapat bonus dan dividen tidak kesampaian. Bukan setakat itu saja ambo telah menjadi seorang penghutang kepada kedua-dua institiusi tersebut,yang menjadikan bebanan kewangan ambo meningkat setiap bulan.Ambo SERIK dengan apa jua amanah saham baharu yang ingin diterbitkan.


Ambo tidak mahu terpedaya lagi dengan pelbagai keuntungan dan faedah menarik yang DIKECURKAN.


Cukuplah sekali ....* cetusan kecewa bukan dalam konteks ASB


PS: Tidakkah kita terfikir apa yang berlaku terhadap Pak Cu di atas akan berulang kembali kepada pembeli saham SARA 1M, yang disarankan oleh Najib supaya meminjam dari bank untuk melabur. Kejamnya sebuah kerajaan yang meletakkan rakyatnya yang bergaji bawah 3 ribu dalam keadaan risiko di atas nama 'skim bantuan sara hidup'


Sila rujuk kembali entry penerangan tawaran luar biasa yang menyerupai PONZI, sila klik link di bawah;

edyesdotcom: WAJIB BACA: Kerajaan Minta Rakyat Pinjam Duit Dari Bank Untuk Melabur SKIM PONZI ?


Published with Blogger-droid v2.0.3

No comments:

Post a Comment