Saturday, January 14, 2012

Semua Aset NFC Dibekukan Tetapi Perompak Masih Bebas Bercuti!



Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kesemua aset Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) telah dibekukan pada masa ini.    

Katanya, beliau juga sudah menyerahkan kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar untuk mengkaji apakah penyelesaian yang terbaik dalam isu NFC, dengan siasatan polis yang dijalankan dan masa depan NFC itu sendiri.    

NFC ialah projek 'Lembah Daging' di Gemas, Negeri Sembilan bagi meningkatkan pengeluaran daging tempatan dan mengurangkan pergantungan negara terhadap dagingimport.Perdana menteri juga menyifatkan keputusan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk  Seri Shahrizat Abdul Jalil mengambil cuti selama tiga minggu adalah keputusan yang tepat.    

Katanya, ia akan membolehkan pihak berkuasa membuat siasatan terhadap Shahrizat sama ada beliau terbabit atau tidak dengan isu Perbadanan Fidlot Nasional (NFC).    

Najib berkata ia termasuk siasatan dari awal lagi sama ada Shahrizat sebagai seorang menteri, terbabit dalam proses pemberian projek itu kepada keluarganya.

EDYES wrote:

Nak siasat apa lagi? Hanya kerana Ketua Wanita Umno ini mengugut 'SEMUA pemimpin Ummo ada MASALAH', maka Najib terpinga-pinga mencari jalan penyelesaian terbaik?

Adakah ia berbunyi 'You help me, I help You' ? Atau 'You cover me, I cover You'?

Tidakkah rakyat gagal membaca intonasi dan body language yang ditunjukkan oleh kak ijat ini? Satu kenyataan ugutan sekiranya ketua wanita jatuh, maka ketua-ketua lelaki juga bakal lingkup!

Najib seorang Perdana Menteri yang tidak tahan dengan ugutan, lemah dan sentiasa playsave. Najib juga meletakkan beban untuk memutuskan nasib kak ijat di tangan Muhyiddin, yang juga berdepan risiko dimalukan kerana menteri yang sepatutnya menjaga hal ehwal ternakan ketika NFC diusul adalah Muhyiddin sendiri.

Najib cuba bertindak bijak namun ia tetap meletakkan Umno dan Barisan Nasional dalam keadaan tertekan. Apalagi yang mahu diperkatakan apabila isu NFC sangat terkesan terhadap pengundi melayu golongan atas pagar. Berdolak dalik ke atas kak ijat memberi kesan yang lebih besar ketika rakyat yang dahaga ketelusan mengharapkan satu keputusan tegas terhadap seorang menteri yang juga ketua wanita Umno.

Ingat, Asalkan Bukan Umno - Malaysia selamat, rakyat nikmat!

Published with Blogger-droid v2.0.3

No comments:

Post a Comment