Thursday, March 31, 2011

Kenyataan Media Gesa Surahanjaya Diraja Ditubuhkan Untuk Siasat Salahguna BN Ke Atas Pihak Polis !!

 
 
Kenyataan Media

Siasatan Polis Bermotif Politik Ke Atas Dato' Seri Anwar Ibrahim

Pada 30 Mac 2011, pihak polis telah mengemukakan satu notis di bawah Seksyen 111 Kanun Acara Jenayah ke atas Ketua Pembangkang Malaysia, Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Notis tersebut mengarahkan beliau untuk hadir ke Pejabat Polis Daerah Ampang untuk disoalsiasat polis berkaitan ceramah yang beliau sampaikan pada hari Jumaat, 25 Mac 2011 di Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Gombak.

Polis,secara salah telah mengacau-ganggu ceramah sebaik saja Dato' Seri Anwar memulakan ceramah, melakukan tangkapan tidak sah dan mengasari Ahli Parlimen Gombak yang juga Timbalan Presiden KEADILAN, YB Azmin Ali.

Penyiasatan terbaru ke atas Dato' Seri Anwar ini di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 27(5) Akta Polis 1967.

Kedua akta zalim dan bercanggah dengan perlembagaan ini, lazimnya digunapakai oleh kerajaan Barisan Nasional untuk menghalang kebebasan bersuara dan berhimpun.

Kami memerhatikan BN secara terus menerus bertindak di luar batas moral dan undang-undang untuk merendahtarafkan 'rule of law' dan menjadikan negara ini sebagai negara polis.

Jelas terbukti, BN sedang bersedia untuk menggunakan apa jua kaedah-kaedah yang jelek dan berniat jahat untuk mengukuhkan cengkaman mereka ke atas negara untuk kekal berkuasa. Di dalam sistem demokrasi berparlimen, adalah merupakan satu hak yang sah dalam konteks perlembagaan mengenai peranan Ketua Pembangkang untuk membuat kritikan dan menyediakan peranan 'semak dan imbang' ke atas semua tindakan dan dasar kerajaan.

Menyalahguna dan memanipulasi kuasa untuk mensasar,mencabul dan menakuti Ketua Pembangkang lebih bersifat satu bentuk serangan ke atas sistem demokrasi kita.

Penyiasatan terbaru ke atas Dato' Seri Anwar ini jelas bermotidkan politik, berniat jahat dan satu bentuk penyelewengan kuasa polis yang terang dan jelas.

Kami mendesak agar siasatan tidak berasas ini dihentikan pada kadar segera dan semua yang bertanggungjawab menginstitusikan penyelewengan ini dihadapkan ke muka pengadilan, tanpa mengira setinggi mana kedudukan ataupun kuasa mereka.

Kami juga mendesak agar sebuah Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bertujuan untuk menyiasat penyalahgunaan dan penyelewengan Barisan Nasional atas pihak polis dan kuasa pendakwaan dalam menyerang, memalukan, menjatuhkan hukuman dan memenjarakan politisi pembangkang, aktiviti masyarakat, dan
pihak-pihak yang kritis ke atas pemerintah.

N SURENDRAN
NAIB PRESIDEN
PARTI KEADILAN RAKYAT
 

Harun Sani Kena Main Dengan Utusan !

"Saya ada bercakap dengan Utusan Malaysia tapi apa yang keluar sikit sahaja, mereka tidak keluarkan secara keseluruhan apa yang saya katakan... yang tertulis ia (video seks) hanya fitnah, itu sahaja... yang lain-lain tidak keluar,"
 
 
Mufti pun boleh kena main dengan suratkhabar yang berlidahkan kerajaan UMNO BN... Apa punya teruk sampai orang tua bertaraf mufti pun boleh kena buli ! Kalau lah berita macam nie tersebar kepada pembaca tegar utusan, tidakkah mereka rasa tertipu selama nie??
 
Sekarang nie, sikit demi sikit kemungkaran BN dan UMNO tu Allah nak tunjuk... dari kisah video yang kantoi sampai la kisah blogger umno rupa-rupanya minum arak... akhirnya kenyataan Mufti yang kerap menyebelahi UMNO juga diputar belitkan... Nampak sangat puak-puak nie tak takut akan neraka.. hehehe
 
Kepada mereka yang belum baca kenyataan Mufti Harunsini, sila baca di bawah dan saya ambil kesempatan ini untuk bagitau, dari semalam sampai hari ahad nie saya tersangatlah sibuk hingga mungkin tak sempat menulis artikel-artikel yang baru. harap maklum...
 

KUALA LUMPUR, 31 Mac — Tan Sri Harussani Zakaria menafikan tanggapan sesetengah pihak bahawa beliau hanya berdiam diri dan tidak bersuara berhubung pendedahan rakaman video seks yang didakwa melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebaliknya, Mufti Perak itu menegaskan, sejak rakaman video seks itu didedahkan awal minggu lalu beliau telah mengeluarkan kenyataan dengan menegaskan pendedahan itu telah mengaibkan Anwar yang juga Ketua Umum PKR kerana ia belum dibuktikan kebenarannya.

"Siapa kata saya tidak bersuara? Siapa kata saya tidak ada cakap apa? Sejak hari pertama lagi saya sudah bercakap mengenai perkara ini dan bagi saya rakaman video seks itu telah mengaibkan Anwar kerana tidak saksi yang boleh buktikan.

"Saya ada bercakap dengan Utusan Malaysia tapi apa yang keluar sikit sahaja, mereka tidak keluarkan secara keseluruhan apa yang saya katakan... yang tertulis ia (video seks) hanya fitnah, itu sahaja... yang lain-lain tidak keluar," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Kata Harussani, rakaman video seks itu boleh dianggap sebagai fitnah dan dosa besar kerana hukuman telah dijatuhkan terlebih dahulu terhadap Anwar tanpa bukti yang sahih.

"Kita buka rahsia orang ini adalah haram, benda yang tidak betul tapi didedahkan adalah satu fitnah, dosa besar dan tidak bermoral.

"Rakaman video seks itu betulkah Anwar? Laporan juga belum dapat dipastikan lagi... ini adalah fitnah dan dosa besar," katanya.

Awal minggu ini, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan pemimpin agama sebagai "syaitan bisu" kerana mengambil sikap berdiam diri dan tidak bersuara dalam isu fitnah moral terbaru yang ditujukan ke atas Anwar itu.

Menurut Hadi, sikap pemimpin agama yang enggan memberikan sebarang respons terhadap pendedahan rakaman video seks oleh "Datuk T" awal minggu lalu amat dikesali.

Tiga Datuk T iaitu bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim — mengakui bertanggungjawab membuat pendedahan tersebut.

Ketiga-tiga individu tersebut terlebih dahulu menayangkan rakaman video seks itu kepad media di Carcosa Seri Negara dan Shazryl secara peribadi yakin lelaki pelacur dari China itu adalah Anwar.

Menurut Harussani, rakaman video seks itu tidak boleh dijadikan sebagai bukti.

Ini kerana, jelas beliau, menurut perundangan Islam mana-mana jenayah yang membabitkan seks perlu mempunyai empat adil yang menyaksikan peristiwa itu berlaku termasuk perbuatan zina.

"Yang dilihat dalam rakaman video seks itu tidak boleh pakai, ia tidak boleh dijadikan bukti kerana ia boleh diubah atau dimanipulasikan.

"Kalau nak jatuhkan hukuman kita kena ada empat saksi yang benar-benar lihat dengan mata sendiri peristiwa itu berlaku bukan melalui gambar atau video.

"Kalau bawa ke mahkamah, video seks itu tetap tidak boleh dijadikan bukti kerana ia hanya rakaman dan menurut hukum syarak tetap kena ada empat saksi dan kalau tidak kita tidak boleh nak jatuhkan hukuman," katanya.

Sementara itu, Mufti Perlis Dr Juanda Jaya tetap berpendirian Anwar tidak boleh dituduh terlibat pelakuan seks tersebut kerana tiada saksi yang menyaksikan ia berlaku.

"Dalam soal jenayah seksual Islam menetapkan saksi empat mata dan rakaman tidak boleh dijadikan bukti, di sudut Islam kena ada empat saksi yang lihat peristiwa itu berlaku.

"Tetap kena ada empat saksi hidup yang tengok ia berlaku, kalau tiada atau tidak cukup sebagai contoh hanya tiga mereka kena hukum qazaf (tuduhan zina) kerana menuduh orang lain," katanya.

Menurut beliau, rakaman video seks yang didakwa milik "Datuk T" tidak boleh dijadikan bahan bukti.

"Rakaman sama sekali tidak boleh dalam jenayah seksual dalam Islam, tetap perlu ada empat saksi dan orang yang jadi saksi juga perlu individu yang berkredibiliti dan tidak akan menukar pandangan mereka.

"Kita tidak boleh ikut rakaman sebab itu dalam Islam hukuman jenayah seksual ini berat dan syarat untuk jatuhkan hukuman juga berat," katanya.

Tambah Juanda, individu yang membuat pendedahan rakaman video seks itu sepatutnya disiasat terlebih dahulu.

"Yang pertama sebarkan benda lucah orang itu yang harus disiasat dulu, tiada undang-undang atau agama yang membenarkan ia dipertontonkan kepada khalayak.

"Sepatutnya bila dapat rakaman itu mereka kena serahkan kepada polis bukan dedahkan kepada umum," katanya.

Beliau juga menggesa agar semua pihak termasuk parti politik agar menghentikan tuduhan yang bersifat peribadi.

"Tuduhan seperti ini baik di pihak parti politik mana pun kena elakkan tuduh dalam jenayah seksual, tuduhan seperti ini patut dihentikan," katanya.

Polis telah menahan Abdul Rahim dan Shazryl berhubung pendedahan video seks itu pada Khamis lalu — bahan bukti termasuk rakaman video turut diserahkan.

Jumaat lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menegaskan, Umno tidak terlibat dalam rakaman video seks itu.

Anwar juga telah menafikan sekeras-kerasnya tuduhan itu dan telah membuat laporan polis.

Tuesday, March 29, 2011

Inilah Laungan 'Take Beer' Yang Sebenar!! Game Over Untuk Blogger UMNO !!

sila klik blog penyumbang sumber : TopengPerakUnmask untuk gambar lebih besar.

Akhirnya terdedah sudah jigsaw puzzle yang diperuntukkan untuk mengenali seorang blogger UMNO yang sering melaungkan Allah Huakhbar dalam blognya House PK. Blogger jahanam ini juga kerap memperlekah perjuangan menegakkan agama Allah hingga sanggup mengungkap 'take beer' merujuk kepada takbir Allah Huakhbar yang dilaungkan orang islam tatkala memerangi kejahatan kerajaan zalim. 

Saya ada menulis dua artikel mengenai si blogger UMNO ini. Pertama bertajuk "Mahukah Anda Percaya Kata-Kata Blogger Yang Minum Arak??" dan yang kedua adalah siri puzzle yang kedua bertajuk "Gambar Keratan Ke-2 Blogger UMNO Tonggang Arak Di Kala Maghrib !!!". Kedua-dua artikel sederhana panjang ini mengisarkan persoalan, apakah kita wajar mempercayai seorang blogger (yang mengaku islam) yang telah dikenalpasti sebagai penabur fitnah, yang juga seorang peminum arak? Lebih membingungkan ialah, blogger UMNO ini sering memperlekeh ulama kita termasuklah Tuan Guru Nik Aziz yang kita hormat dan sayangi.

Sekarang perhatikan betul-betul gambar di atas. Sebagai pembaca budiman, andalah yang berhak menilai samada gambar tersebut adalah benar ataupun super impose. Saya serahkan kepada anda untuk menilai kerana saya yakin, gambar yang sebegini jelas tidak memerlukan Edri KRU untuk melontarkan pendapat peribadinya. Saya tahu anda juga boleh berbuat demikian.

Daripada pengamatan saya, melihat muka dan matanya si blogger lahanat ini, seperti sudah mabuk. Mungkin kemabukkan arak menyebabkan blogger UMNO ini langsung tidak sedar gambarnya diambil malah tidak menghalang. Macam itulah gamaknya orang mabuk, separuh sedar (atau hanya tinggal suku?). 

Blogger UMNO di atas juga telah menulis dalam artikel terbarunya seperti tajuk di bawah;
KISAH SEMBAHYANG HAJAT MEMPERTAHANKAN SI PELIWAT YANG JUGA PENZINA DI SHAH ALAM!
Saya mengambil petikan-petikan penting penulisan si peminum arak di atas. Apakah mungkin artikel tersebut ditulis dalam keadaan separuh sedar (baca: mabuk stout);

Selesai je solat Isyak, mereka terus adakan Solat Hajat yang diimamkan oleh Hadi Awang. Selesai je Solat hajat untuk pertahankan si Penzina dan Peliwat, maka bermulalah Pidato Khas 'Menangkis Fitnah Jahat' yang dipengerusikan oleh Idris Ahmad. Masa ni Anwar, Lim Kit Siang, Dato Johari Abdul sudah ada.
.....
Semasa Hadi tengah sedap dok kempen pasal PRU13 (aku pun tak faham dia nak defend Anwar ke nak cerita pasal PRU ni) tibalah yang dinanti, iaitu MUR-SHIT-DOL HAM-PAS! Nicky sampai agak lewat lebih kurang jam 10 lebih, yalah dia pun dah naik cuak nak defend Anwar yang nafsu seks dia yang semakin buas! 
Bangunlah rakyat Malaysia. Sampai bila korang nak kena tipu dengan jenis manusia tak bermoral seperti mereka ni? Aku tak kata la pemimpin BN moral mereka tinggi sangat, at least mereka tak jual agama demi mempertahankan si Peliwat yang kuat berzina dan menipu ni.

TAKEBEER!
TAKEBEER!
TAKEBEER!
Masih tidak serik lagi, malah sanggup menggelar TGNA sebagai Mur-shit-dol. Astafirullah hal azim... Saya bersyukur kepada Allah kerana bukan sahaja memberi secebis kemenangan kepada perjuangan DSAI melawan fitnah-fitnahnya seraya memberi kesedaran kepada kebanyakkan golongan atas pagar yang mula mencemuh tindakkan jahat UMNO. Malah Allah juga menunjukkan kebenaran di dunia ini dengan gambar seorang blogger UMNO sedang bergelumang dengan dosa arak.

Saya melihat penyokong-penyokong tegar UMNO yang tidak berkepentingan dalam saham merompak harta rakyat sudah mula menunjukkan rasa benci terhadap politik kotor yang dimainkan UMNO melalui Trio jahanam. Mereka sanggup menelan kata-kata dan telahan asal mereka serta menyatakan kesediaan untuk memberikan laluan kepada sebuah kerajaan baru Pakatan Rakyat.

Semoga kita semua dihindari dari mempercayai fitnah jahat, apatah lagi jika fitnah itu hadir dari seorang peminum arak!!

Takbir!!
Takbir!!
Takbir!! Allah huakhbar !!


EDYES @ edyesdotcom

Dua Program Serang & Terang Oleh Chegubard: Fitnah Baru Terhadap DSAI Di Bukit Gantang !! (29Mac)

Dua Program Serang & Terang: Fitnah baru terhadap Dato Seri Anwar Ibrahim di Bukit Gantang !
 
1. Sembang lepas Maghrib di Kg Matang
 
2. Ceramah Umum di Changkat Ibol, Bukit Gantang
 
Tarikh dan Masa : 29 Mac 2011 (Malam Ini) / Ceramah Jam 9 mlm 
 
Penceramah Jemputan;
 
che'GuBard dan Ust Firdaus Jaafar
 
Untuk Pertanyaan Sila Hubungi 0194292499

Pergolakan PERKASA - Arman Wira Perkasa Akan Berundur?

KUALA LUMPUR 29 MAC : Ketua Wira Perkasa Arman Azha Abu Hanifah, antara pemimpin yang dilihat lantang bersuara selepas Presiden mereka Datuk Ibrahim Ali, disebut-sebut akan melepaskan jawatan tersebut dalam waktu terdekat ini.

Jika ia disahkan, Perkasa dilihat berhadapan dengan satu lagi keputusan mengejutkan selepas keputusan Ketua Wiranita Raihan Sulaiman Palestine memutuskan untuk meletakkan jawatan beliau bulan lalu.
 
 
EDYES wrote:
 
Jika benar Arman Wira Perkasa ingin melepaskan jawatan, maka syabas saya ucapkan kerana bertindak bijak meninggalkan politik perkauman. Sesungguhnya dada Islam itu jauh lebih luas dari kerangka melayu itu sendiri.
 
Saya juga difahamkan, kelibat Arman Azha dilihat berada dalam Program solat hajat dan pidato khas, menolak fitnah jahat di Stadium Malawati malam tadi. Tidak dapat dipastikan Arman turut sama bersolat atau hanya mendengar penerangan dari pimpinan Pakatan Rakyat.
 
Saya bukan fitnah Arman berada di stadium melawati tadi malam, tetapi saya dikhabarkan oleh seorang rakan dari sumber twitter Arman sendiri.
 
Harapan saya agar lebih ramai yang tersedar bahawa perjuangan rasis perkauman tidak akan membawa bangsa kita ke mana-mana. Lebih baik perjuangkan keadilan Islam yakni berjuang untuk menegakkan agama Allah.
 
 
EDYES @ edyesdotcom
 

Gambar Keratan Ke-2 Blogger UMNO Tonggang Arak Di Kala Maghrib !!!


Sila refer entry saya yang pertama di sini , yang bertajuk "Mahukah Anda Percaya Kata-Kata Blogger Yang Minum Arak?? "

Apatah lagi kalau blogger tersebut kerap kali menyebut kalimah ALLAH HUAKHBAR!! dalam blognya, rupanya di kala senja menogak arak! Sila refer ke blog MiloSuam di sini untuk melihat gambar keratan pertama.

Seorang blogger pro-UMNO yang selalu mempersoalkan akhlak pimpinan kita termasuklah pimpinan utama dari PAS yang kita sedia maklum akan bertaqwanya pemimpin kita. Tetapi di sebalik mereka menghina, Allah telah memberi laluan untuk satu pendedahan yang tersangat jijik lagi hina untuk blogger tersebut.

Ada lagi dua keping keratan gambar yang akan dipaparkan menjadikan ianya lengkap menunjukkan seorang blogger umno harapan bangsa, telah didapati menjadi teman arak. Ini bukti bukan fitnah sepertimana yang sering mereka lakukan iaitu hanya menabur fitnah tanpa buktinya. Mereka menabur fitnah disamping perut yang bergelumang dosa !

Sekiranya puzzle ini telah penuh dan telah diketahui siapakah blogger umno tersebut, mohonlah supaya dirinya insaf selagi diberi peluang untuk masih bernafas. Sudah-sudahlah membuat fitnah jahat, seraya di dunia ini Allah membalas!!

Jadi ingin saya bertanya kepada para pembaca budiman, mahukah anda mempercayai kata-kata seorang peminum arak yang berugama Islam?

Terima kasih kepada Poji Topeng Perak Unmask (TPU) yang memperolehi sumber menyekat kejahatan blogger UMNO ini.


EDYES @ edyesdotcom

 

Monday, March 28, 2011

Sepenuh-penuh Stadium!! Atas dan Bawah, Kiri dan Kanan!!

Salam,

Ketika ini DSAI sedang menyampaikan pidatonya manakala TGNA sedang menunggu giliran.

Stadium Melawati penuh sepenuhnya!

Sekian lintas langsung dari blog. Utk lebih pantas, sila ikuti twitter @edyesdotcom


EDYES
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Mahukah Anda Percaya Kata-Kata Blogger Yang Minum Arak??

Nantikan kemunculan sekeping gambar blogger pro-UMNO yang sedang meneguk arak ketika masuk waktu Maghrib. Gambar tersebut berada dalam keadaan selamat dan akan disiarkan secara serentak oleh beberapa blog Pakatan Rakyat !! Tarikh dan waktu publish gambar tersebut akan diuar-uarkan kelak.
 
Beberapa blogger UMNO juga telah panas bontot dengan khabar angin mengenai gambar peminum arak ini. Khabar-khabar angin ini berterbangan di ruangan twitterjaya, jadi sila daftar dan follow.
 
Ada di antara mereka yang tanpa segan sila mengatakan bahawa mereka bukanlah pemimpin parti jadi apa yang perlu dirisaukan sekiranya gambar mereka minum arak tersiar. Sudah hilangkah nilai islam di dalam sanubari mereka?
 
Ini jawapan saya buat blogger-blogger UMNO yang tidak putus-putus menabur fitnah - Hei Blogger UMNO, kamu diturunkan atas muka bumi ini sebagai khalifah / pemimpin !! Walau kamu bukan pemimpin kanan parti sekalipun, sekurang-kurangnya kamu pemimpin keluarga. Adakah maksudnya kalau bukan menteri atau ketua bahagian atau ketua cawangan, bermakna arak itu halal untuk kamu?
 
Mungkin blogger-blogger pro-UMNO ini terlalu banyak bergelumang dengan kejahatan UMNO mengfitnah pimpinan Pakatan Rakyat membuatkan mereka lupa ajaran Islam. Tidak habis-habis asyik dengan ketuanan melayu, maghrib-maghrib pun tonggang arak!! Tak sembahyang tu satu hal, minum arak lagi?
 
Harap semua pengunjung boleh bersabar dan tunggu gambar ini keluar dalam masa terdekat. Tujuan gambar ini bakal didedahkan bukan untuk mengaibkan sesiapa, tetapi untuk menjadi pengajaran buat blogger-blogger UMNO yang perumpamaannya sebagai "Menyalak-nyalak tanpa sedar, ekor bergelumang tahi!"
 
 
EDYES @ edyesdotcom

SPRM Serbu Pejabat Ahli Majlis MBSA

SHAH ALAM 28 MAC : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menyerbu pejabat Ahli Majlis Bandaraya Shah Alam Ang Leng Kiat.

Ang yang juga seorang ahli peniagaan berkata pegawai SPRM tiba kira-kira jam 10 pagi tadi tanpa memberikan sebarang notis, lapor Malaysiakini.

"Mereka kata mereka melakukan pemeriksaan rambang terhadap saya dan syarikat saya. Mereka tak kata apa-apa mengenai MBSA," kata Ang yang memiliki syarikat yang bergiat dalam industri perkapalan.

Ang yang juga Ahli Jawatankuasa Eksekutif DAP Selangor menegaskan beliau akan memberi kerjasama kepada SPRM.

SPRM sebelum ini mensasarkan beberapa EXCO kerajaan Selangor namun hasil siasatan itu tidak dimaklumkan setelah pembantu kepada EXCO Ean Yong Hian Wah, Teoh Beng Hock mati di perkarangan bangunan SPRM selepas di soal oleh badan itu pada Julai 2009.

Tv Selangor/-
Edi Suleiman
 
 
EDYES wrote:
 
Jaga-jaga, jangan bagi SPRM heret ahli majlis ini ke Plaza Masalam!

Md Sabu dan Che'GuBard di Sg Petani Malam Ini (28Mac) !!

Ceramah Umum
Hj Mad Sabu dan che'GuBard
28 Mac 2011, 9.00 mlm
Sg. Petani
(pertanyaan 0134477299)
 
SP, Penang, Aloq Staq, Kulim, Kepala Bataih dan semua kawasan berdekatan dijemput hadir !!

 

Malam Ini edyes di Stadium Melawati ! Sila Follow Akaun @edyesdotcom !!

Program Solat Hajat dan Pidato Khas – Menolak Fitnah Jahat akan dijalankan di Stadium Malawati, Shah Alam pada malam ini (28 Mac).
 
Ayuh turun beramai-ramai, kita penuhkan Stadium Melawati!! Hadirlah dengan niat untuk mengetahui kebenaran dan juga bersedia untuk menjadi agen penyebar.
 
Ingatlah, kita di Pakatan Rakyat tidak punya TV atau radio untuk menjawab segala pertuduhan yang telah dilempar. Malah di saat ini dapat kita lihat kebenaran yang ditunjukkan oleh Allah apabila mereka tiba-tiba hilang punca dengan kes terbaru melibatkan video seks arahan mereka sendiri.
 
Kalau boleh datang satu kampung terus. Bawak semua family yang dah boleh mengundi. Kalau ada jiran yang selama berdekad-dekad menyokong UMNO tu, ajak datang sekali untuk dengar penjelasan dari pihak Pakatan Rakyat. Kita belajar untuk mendengar dua belah pihak sebelum membuat sebarang kesimpulan.
 
Saya juga akan berada di Stadium Melawati malam ini bagi membuat liputan secara langsung. Liputan secara langsung ini adalah melalui akaun twitter ;
 
@edyesdotcom
 
Sila follow akaun ini untuk berita-berita pantas dan maklumat penting yang berkualiti.
 

Saturday, March 26, 2011

Tender Bekal Baja Seumur Hidup Kepada RISDA Sebagai Upah Dato Eskay?

Petikan kenyataan chegubard pada tanggal 24 Mac lalu :
Ini semua politik kotor kerana kepentingan peribadi. Satu carian mendapati Majalah Pertanian di Thailand tahun 2009 pernah menyiarkan gambar Datuk Eskay, Tan Sri Rahim, Datuk Aliasak dan Datuk Yusof Noor ketika lawatan di Surat Tani yang antaranya melawat Kilang Baja Silikon di situ, adakah mereka yang terlibat dalam kes ini juga punya kepentingan dengan pembekalan baja ke Risda dari Selatan Thailand yang membawa keuntungan cukup besar. Ini semua persoalan penting yang harus mereka jawab ! klik sini untuk baca lanjut
Ini kenyataan bekas pengawal peribadi Datuk T :
Mahti yang kini seorang penternak kambing berkata Eskay cuba mendapatkan bantuan daripada pengerusi Risda yang kebetulan adalah bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, bagi mendapatkan tender membekalkan baja.
Menurut sekeping kad perniagaan Aman Agroprenuers yang ditunjukkan oleh Mahti, Datuk Shuib Lazim, seorang bekas senator, adalah penasihat syarikat itu. Semakan di laman sesawang syarikat itu pula menyenaraikan nombor telefon dan maklumat mengenai Eskay. klik sini untuk baca lanjut

Gila! Konspirasi skandal video seks Anwar adalah sebenarnya sebuah projek 'you help me, I help you'. Setelah konspirasi yang hanya bertahan selama dua hari ini gagal dengan pengakuan pasukan T stooges di Impiana pada 23 Mac lalu, ia lantas memberikan lebih banyak klue kepada skandal-skandal lain yang melibatkan agensi kerajaan iaitu RISDA, melibatkan UMNO dan PERKASA dan juga terbongkar identiti sebenar Datuk SK.

Mereka (T Stooges) mahukan suruhanjaya di raja untuk menyiasat video tersebut. Bagaimana perlunya suruhanjaya diraja sedangkan mereka sendiri telah muncul di khalayak umum bahawa merekalah dalang kepada penyiaran video seks yang pertama kalinya dihalalkan di Malaysia.

Saya fikir, Suruhanjaya Diraja itu memang perlu, tetapi bukan untuk siasat video seks yang telah diketahui pucuk pangkalnya. Suruhanjaya Diraja perlu ditubuhkan untuk menyiasat tender-tender baja RISDA, apakah ianya dimonopoli oleh Datuk SK kerana difahamkan Dato SK mempunyai 5 kilang baja di Selatan Thai. Apakah ada skandal penyeludupan baja atau sebagainya? Di sinilah perlunya Suruhanjaya Diraja kerana ia melibatkan agensi kerajaan Malaysia iaitu RISDA.

Keterlibatan RISDA yang kononnya menempah hotel di Carcosa Sri Negara juga harus disiasat segera. Begitu juga dengan tayangan kedua video seks tersebut di Hotel Flamingo yang melibatkan YB Johari Abdul dan termasuklah juga tayangan ketiga sebelah malamnya di Hotel Shangrilla yang melibatkan pula cheGuBard dan Anuar Mohd Nor. Adakah semua perbelanjaan ini telah ditanggung oleh Kerajaan Malaysia melalui RISDA?

Siasatan perlu dijalankan bukan hanya menjurus kepada pelakon di dalam video seks, tetapi ia sepatutnya merangkumi siapa di belakang dalang T stooges ini.

Amat bingung apabila secara tiba-tiba, ramai menteri UMNO yang membuat kesimpulan sendiri bahawa skandal jahat cubaan membunuh terus karier politik Anwar Ibrahim ini tidak ada kena mengena dengan Kerajaan BN dan UMNO. Apakah RISDA itu bukan kerajaan? Apakah Perkasa itu bukan UMNO? Mengapa polis tidak menyerbu hotel Carcosa? dan akhir sekali, siapakah yang akan peroleh keuntungan paling besar sekiranya DSAI dimalukan dengan fitnah amat jahat ini??

Fikir-fikirkanlah wahai rakyat Malaysia. Sudah tiba masa untuk kita gulingkan sebuah kerajaan yang zalim!!


EDYES @ edyesdotcom
Court oF Public Opinion

Lattest Update: Anwar cuba ditahan Tetapi Berjaya Dihadang Rakyat!

@anwaribrahim tidak ditahan, walaupun polis & fru cuba "mengiringi" beliau dr pentas. Dilindungi orang ramai & ada stand off sebentar. - twitter RafiziRamli

Salam,

Sebentar tadi blog edyesdotcom telah publish anwar ditangkap...

Berita sebenar ialah anwar hampir ditangkap, diselamatkan oleh org ramai yg melindungi Anwar hingga berjaya menyusup keluar dari sejumlah polis yang ramai.

Punca edyes terlepas berita Anwar ditangkap ialah dari sumber twitter yg telah di RT oleh YB Chang Lih Kang. Harap Maklum, sedangkan Blog TT juga biasa lebih pantas dari berita sebenar...

Skarang ini DSAI telah berada di tempat yang selamat. Di tapak ceramah pula menyaksikan sebilangan besar anggota polis bersama hampir sepuluh trak FRU.

Saya yakin, penangkapan DSAI sekiranya benar berlaku, pasti akan bawa malapetaka kepada kem Najib dan koncunya.


EDYES

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

ANWAR DITANGKAP!!!

@anwaribrahim diheret turun dari pentas ceramah dan kini ditangkap!!!! RT RT RT REFORMASI2!!!


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Friday, March 25, 2011

Pengakuan Pengendali Laman UMNOReform - Anuar Mohd Nor


Ketika Chegubard dihantar ke hadapan IJN untuk dijemput oleh bodyguard-bodyguard T Stooges, saya tidak sempat untuk turut bersama menemani chegubard ke IJN. Mungkin kerana kesuntukkan masa, chegubard telah terus dihantar oleh Sani dan Din Binjai ke hadapan IJN seperti yang dijanjikan.

Kemudian barulah Sani menjemput saya di Lembah Pantai untuk sama-sama menunggu apakah kesudahan perjumpaan sulit chegubard. Saya difahamkan chegubard telah ditemani seorang rakan rapatnya yang juga seorang ahli UMNO dan saya juga saling mengenali dengan rakan tersebut. Ternyata nilai persabahatan itu sebenarnya tidak terkira walau merentasi batasan parti.




Ikuti pengakuannya di bawah;

PENGAKUAN ANUAR MOHD NOR 

Ada kalanya keghairahan menyebabkan kita hilang pertimbangan. Kemarahan melampau merugikan. Tindakan terburu-buru juga akan membodohkan dan yang paling dahsyat ialah rangkuman kesemua ini, keghairahan, kemarahan dan tindakan terburu-buru menyebabkan kita melakukan kesilapan yang akhirnya menjadi satu penyesalan.

Hari ini ramai yang membicarakan sama ada video itu benar – melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Pendedahan demi pendedahan dilakukan. Persoalan Datuk T sama ada Trio atau hanya individu kembali wujud dengan pendedahan Badrul Hisham Shahrin dan Johari Abdul. Mereka semua dipanggil pada hari pertama menonton secara eksklusif dan berbual dengan Datuk T dan Tan Sri Rahim Thamby Chik.

Benar persoalan yang mahu ditanya adalah BENARKAH ANWAR IBRAHIM ORANG YANG TERLIBAT DALAM VIDEO ITU? Semakin ghairah persoalan itu. Mereka yang dipanggil pada petang/malam 21hb March 2011 – setakat ini membuat pengakuan bahawa orang dalam video itu BUKAN ANWAR IBRAHIM. Mereka yang melihat video itu dan berbual secara peribadi dengan Rahim Tamby Chik pada hari tersebut adalah Badrul Hisham Shahrin dan Johari Abdul – kedua-duanya dari PKR.  Dalam kenyataan Badrul Hisham Shaharin ada seorang BLOGGERS UMNO yang mengikutinya untuk menonton video lucah Carcosa itu. Beliau tidak mahu menyeret bloggers UMNO tersebut dan tidak mahu menyusahkannya. Apabila diajukan soalan siapa dia, BADRUL HANYA MENJAWAB TUNGGU DIA BERITAHU SENDIRI. Satu tindakan baik dan amat dihormati. Siapa bersama Badrul Hisham  pada 21hb March 2011 yang menonton video itu dan bukan kalangan PKR tetapi UMNO ? Saya perlu menyatakan bahawa orang yang dikatakan bersama Badrul Hisham Shaharin, merujuk kepada kenyataan media beliau - yang beliau rujuk sebagai : BLOGGERS UMNO itu adalah saya sendiri!

Saya telah diajak oleh Badrul Hisham Shahrin menghadiri panggilan Datuk T ke Shangrila pada malam 21hb March 2011. Mungkin sayalah seorang blogger UMNO, ahli UMNO yang dapat menonton video lucah Carcosa pada hari video itu didedahkan. Mungkin itulah sebabnya saya katakan pada awal tulisan ini – ada kalanya keghairahan itu merugikan dan menyulitkan.

Mungkin tidak menonton lebih baik dari menonton. Akhirnya – sebelum spekulasi berterusan mengatakan mengenai orang UMNO yang hadir menonton bersama Chegubard yang juga adalah rakan baik saya – saya membuat pengakuan bahawa saya adalah orang ke 3 selepas dimaklumkan bahawa Johari Abdul, Badrul Hisham menonton pada malam 21hb March 2011 tersebut dan saya adalah ahli UMNO dan bloggers UMNO yang dimaksudkan oleh Chegubard.

Saya juga dalam pengakuan ini menetapkan bahawa kehadiran saya adalah kerana jemputan/pelawaan dan kemahuan saya menuruti  rakan saya Badrul Hisham Shaharin dan ini dilakukan atas kapasiti saya sendiri dan tidak melibatkan mana-mana pihak lain, organisasi dan badan lain yang saya sertai. Sekian di maklumkan – Anuar Mohd Nor



EDYES @ edyesdotcom

Skandal RISDA Mengalih Perhatian Skandal Seks T Stooges



Salam,

Malam nie aku taknak menulis. Bukan sebab aku takde idea, bukan sebab aku letih kerana kondisi kurang tidur. Kalau aku letih kurang tidur pun, biasanya aku masih mampu menulis. Bila dah stim menulis, susah nak jumpa titik noktah. Jadi malam ini aku ambil keputusan untuk tidak mahu menulis.

Sebabnya ialah, tadi aku dah tulis menjela-jela. Ada la dalam 7-8 perenggan yang aku dah selesai tulis. Entah macamana tadi aku nak copy apa yang aku tulis, bila dah select all tiba-tiba, semua yang aku tulis hilang... walaupun tak sampai separuh jalan apa yang aku tulis tu, tapi korang pernah tak rasa apa yang aku rasa... kalau dah menulis hampir separuh jalan, tiba-tiba semuanya hilang, confirm hangpa tak boleh tulis benda yang sama. Stim dah tak stim dah...

So, harapnya kalau aku tulis malam esok sekalipun, ia masih laku untuk dibaca pada lusanya. Buat malam ini, aku tak mau menulis. Lumrah dalam penulisan, untuk kata tak mau menulispun, menggunakan lebih seratus patah perkataan.

Sama sama kita takde rezeki malam nie... rezeki nak tulis maklumat terbaru, dan rezeki korang nak baca sebelum solat jumaat esok... maybe untuk malam jumaat nie, Allah reserve rezeki lain untuk aku kot? hmmm.... bila la anak aku nak tido nie...

apa pun, sebelum aku tutup notebook nie, aku ambik kesempatan untuk mohon maaf sebab siang tadi tak sempat buat lintas langsung melalui twitter ketika press confrence chegubard. BlackBerry boleh buat hal pulak petang tadi.

oklah.... nak usha line dulu.... salam

EDYES

Thursday, March 24, 2011

Pendedahan Penting Chegubard Petang Ini - Rahim Tambichik Menipu dalam PC Semalam!!!



KUALA LUMPUR: Ketua Cabang KEADILAN Rembau, Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard akan mendedah penipuan  penipuan video seks yang kononnya melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim,  petang ini.

Selain Ahli Parlimen Sungai Petani, Johari Abdul, Badrul dalam kiriman mesej pesanan ringkas (SMS) kepada KeadilanDaily menyatakan beliau adalah antara yang 'berpeluang' menonton video berkenaan.

"Saya nak dedahkan yang saya dibawa (me)tonton video itu, dedah siapa yang saya jumpa sekali dalam bilik hotel dan banyak data lain.

"Rahim TC (Tamby Chik) menipu dalam PC (sidang media) semalam," kata Badrul.


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

[UPDATE]

Sidang Media Tergempar akan diadakan di Dewan Himpunan Cina Selangor, Kuala Lumpur. Tepat pada jam 3.45 ptg hari ini !

Semua media dijemput hadir ! Kepada pembaca, sila ikuti Twitter @edyesdotcom untuk lintas langsung

RTC: Dendam kesumat yang tak pernah padam...

Oleh: Beduk Canang

Tidak sampai 48 jam selepas 'Host tayangan perdana anda..., Dato T' yang indentitinya dirahsiakan sebelumnya, akhirnya  indentiti dalang-dalang utama dalam merencana fitnah jahat ke atas Dato Seri Anwar Ibrahim terbongkar.

Salah seorang darinya, Pengerusi Risda, Tan Sri Rahim Thamby Chik (RTC) yang juga bekas Ketua Menteri Melaka sebelum beliau meletak jawatan gara-gara dikaitkan dengan kes rogol gadis bawah umur sekitar tahun 1993.

Ini bukanlah kali pertama penglibatan RTC sebagai dalang untuk menjatuhkan Anwar. Ketika kes liwat 1 yang mengegarkan dunia politik negara pada tahun 1998, RTC juga dikatakan salah seorang dalang utama di sebalik takbir menerbitkan buku '50 dalil kenapa Anwar tidak boleh jadi PM'.


Selain nama beliau yang dikatakan sebagai pemilik lot premis lokasi mencetak buku fitnah tersebut, beliau turut menyertai beberapa 'road show' jelajah negara bersama Umi Hafilda dan beberapa ahli politik BN lain dalam menyebarkan fitnah jahat itu kepada rakyat.

Persoalan yang sama dengan isu penayangan video lucah baru-baru ini, mahukan masyarakat percaya bahawa tindakan RTC tersebut hanya berlandaskan kepentingan moral pemimpin dan masyarakat semata-mata sehingga ketika itu sanggup bersusah payah menjelajah untuk memberi penerangan kepada masyarakat negara ini. 

Adakah masyarakat negara ini terlalu bodoh untuk mempercayai tindakan tersebut tiada kaitan dengan kepentingan politik parti yang disokong oleh RTC?

Secara umumnya, bagi kebanyakkan pemerhati yang mengikuti perkembangan politik era 80an dan 90an percaya tindakan RTC tersebut berdasarkan teori dendam beliau terhadap Anwar dalam isu rogol gadis bawah umur yang sekaligus menamatkan karier politik beliau.

Bagaimanapun, sejauh mana penglibatan Anwar dalam isu rogol gadis bawah umur ini agak kabur.  Namun  umumnya ramai yang percaya, sikap Anwar ketika masih di dalam Umno yang sukar untuk bertolak ansur dengan sebarang unsur salah laku pemimpin Umno samada skandal seks mahupun rasuah telah menyebabkan beliau mempunyai lebih ramai musuh berbanding kawan di dalam Umno.

Bagi mana-mana pihak yang pernah mengikuti rakaman mesyuarat MT Umno terakhir yang disertai Anwar bagi membela dirinya dalam tuduhan salah laku seks-meliwat, pasti akan setuju akan statement bahawa Anwar mempunyai lebih ramai musuh berbanding kawan ketika di dalam Umno lagi.
Ketika mesyuarat itu berlangsung, Anwar yang dianggap telah kehilangan taring di dalam kerajaan setelah dipecat dari jawatan TPM oleh PM beberapa hari sebelum itu telah ditentang hebat oleh beberapa Ahli MT Umno.

Hakikatnya sebelum itu, ketika Anwar masih bergelar TPM, Ahli MT yang rata-rata memegang jawatan  sebagai Menteri itu sama tidak berani mengangkat muka sekalipun, apatah lagi untuk berhujah dengan Anwar.

Rata-rata para penentang atau musuh Anwar ketika itu merupakan pemimpin Umno yang mempunyai fail siasatan BPR (kini SPRM) hasil siasatan badan itu yang dipercayai setelah mendapat arahan dari Anwar. 

Hanya beberapa Ahli MT ketika itu yang tampak lebih neutral ialah individu yang dianggap sebagai pendukung Anwar, termasuk Muhyiddin Yassin dan Zahid Hamidi. 

Kembali semula dengan kes rogol gadis bawah umur yang melibatkan KM Melaka tersebut, Anwar ketika itu juga dipercayai sebagai pemimpin yang paling berkeras mahukan tindakan diambil terhadap RTC.

Akhirnya, RTC memilih jalan terbaik dengan menerima 'nasihat' dari pemimpin tertinggi Umno untuk meletakkan jawatan beliau dalam kerajaan dan parti bagi megelakkan sebarang tindakkan lain yang lebih memalukan.

Antara penglibatan individu lain yang paling diingati dalam isu yang sama ketika itu ialah  seorang lelaki Cina iaitu KM Pulau Pinang sekarang, Lim Guan Eng yang akhirnya merengkok selama enam bulan di penjara hanya disebabkan cuba mendapatkan keadilan untuk seorang cucu dan nenek yang bukan sebangsa dengannya.
 
Setelah hampir dua dekad peristiwa rogol gadis bawah umur dan kes liwat 1 berlalu, dendam kesumat RTC masih tidak pudar malahan ianya semakin membara apabila individu yang disasarkan masih ampuh mendepani satu demi satu gelombang fitnah yang melanda beliau dan keluarga.

Apatah lagi kedudukan RTC yang merupakan orang kaya Melaka yang faktor 'wang bukannya masalah' tentunya dengan kedudukan kewangan beliau itu, banyak perkara mampu direncanakannya.

Kekayaan yang dimilikinya itu menjadikan beliau antara beberapa kerat rakyat Melaka yang mampu memiliki kereta sport ferarri (jika sudah dijual-sekurang-kurangnya pernah memiliki) yang kebanyakkannya tiada sewkalipun dalam senarai mimpi bagi rakyat biasa.  

Detik Terbaik Melebur Fitnah 1, 2 dan 3 !! (WAJIB BACA!!!)

Jam 2.48 am, malam ini walaupun aku belum tidur, jiwa aku rasa tenang. Kalau nak tidur pun bila-bila masa boleh lelap. Tapi sebab nak menulis sikit tentang rentetan peristiwa tiga hari ini, aku mengambil keputusan untuk tidur lewat sikit walaupun esok kerja. Menulis dengan bahasa yang santai.

Aku yakin malam ini tidur aku nyenyak, begitu juga dengan rakan-rakan seperjuangan, blogger, penyokong Pakatan Rakyat dan bakal pengundi baru Pakatan Rakyat (setelah melalui detik dua hari ini semenjek video seks halal ditayangkan di hotel terkemuka negara) dan semua yang berjuang menegakkan keadilan, pasti akan tidur nyenyak.

Tak tau lah pulak apa nasib Najib dan gerombolannya yang sudah terkantoi sepanjang hari ini. Sudah tidur ke belum si Najib? Sudah tidur ke belum wahai datuk-datuk 'T' stooges?

Pertama, aku bersyukur kepada tuhan kerana telah menerbitkan secebis kebenaran. Benarlah bahawa doa orang-orang yang teraniaya akan diangkat tanpa hijab lalu dimakbulkan. Kesempatan ini ingin aku ceritakan detik-detik penting yang aku lalui sejak semalam yang menjadi crucial time kepada perlawanan menentang fitnah demi fitnah. Ia seolah-olah satu kemuncak kepada beberapa siri fitnah yang tiap kalinya menemui kegagalan walaupun dirancang dengan bantuan yahudi lakhnatullah.

Bermula kelmarin (21 Mac 2010), pagi-pagi lagi aku dikejutkan dengan satu BBM yang mengatakan sekumpulan wartawan akan dipanggil untuk sesi tayangan video seks yang membabitkan pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat. Aku terus check twitter, memang benar bahawa satu tayangan lucah akan berlangsung di Carcosa Sri Negara.

Bayangkan sekiranya rakyat awam seperti aku telah ketahui lebih awal aktiviti jahat ini, mengapa tidak pihak polis yang punya intel mengambil tindakkan wajar? Contoh tindakkan ialah menahan Datuk T dan merampas klip video yang ditayangkan. Tetapi ia tidak berlaku!

Dalam masa yang sama, aku terfikir di manakah anak muda dari AMK pagi-pagi Isnin itu? Adakah mereka bangun lewat pada hari tersebut? Sepatutnya AMK harus bertindak pantas menghimpit perjumpaan di Carcosa yang menjurus kepada penayangan video lucah kononnya membabitkan Anwar Ibrahim. Mengapa aku katakan membabitkan Anwar ialah kerana Datuk T sendiri mengatakan pemimpin PR terlibat itu harus berundur bersama isterinya! Ini bermakna isteri si tertuduh adalah merupakan seseorang yang mempunyai jawatan dalam parti, yang membolehkan satu ugutan supaya berundur telah berlaku. Polis masih tidak mengambil tindakkan, begitu juga dengan kelembapan AMK.

Ketika itu aku yakin bahawa bukan Anwar Ibrahim yang terlibat. Aku tidak akan mudah terbeli dengan penyebaran berita Anwar Ibrahim melanggan pelacur di spa, begitu juga dengan kepimpinan PR yang tidak putus-putus memberi sokongan kepada Anwar Ibrahim.

Sekiranya Anwar adalah orangnya, maka wajar Anwar Ibrahim berundur. Aku petik quote ini dari che'GuBard. Apa yang salahnya kenyataan ini berbanding dengan kenyataan "Tidak kira walau Anwar dalam video itu ataupun bukan, kita tetap mahukan Anwar Ibrahim sebagai pemimpin Pakatan Rakyat"? Apa yang penting adalah keyakinan kita sejak azali, kerana ini adalah fitnah ke-tiga buat Anwar Ibrahim. Apa yang jauh lebih penting ialah, peranan kita menyampaikan kebenaran kepada pelbagai lapisan masyarakat agar mereka juga yakin seperti apa yang kita yakin - Anwar tidak terlibat dalam Fitnah 1, 2 atau 3! Baca lagi kenyataan che'GuBard dan fahamkan dalam tajuk "Isu video : awat anak muda kalut ?"

Masuk tarikh 22hb, keadaan tiba-tiba berubah apabila tersebarnya berita yang menyatakan pelakon dalam video seks itu berperut buncit walaupun irasnya seperti DSAI. Ketika ini, blog-blog pro-BN yang berpesta sehari sebelumnya dengan kenyataan Anwar Ibrahim lah lelaki X dalam video tersebut, telah mula bertukar rentak dengan sungguh-sungguh mengatakan video itu direkayasa oleh Anwar Ibrahim.

Blogger murahan Zul Nordin sudah langsung diam seribu bahasa. Aku malas cerita pasal YB binatang nie, kalau nak baca klik di entry "Ahli Parlimen Binatang Punya Teori Bangsat Junjung Pemerintah Zalim". Zul Nordin juga sungguh-sungguh mengatakan video seks itu kerja DSAI untuk mengalih perhatian mengenai penyerahan DNA.

Kemudian datanglah tanggal 23 Mac 2010, tarikh yang harus dikenang sebagai hari pembalasan kecil kepada si pendusta besar. Pagi-pagi lagi Malaysia dikejutkan dengan keputusan mahkamah yang menterbalikkan keputusan awal, apabila dengan dengan tidak semena-mena menerima semula bukti DNA lokap yang telah ditolak sebelum ini. Bayangkanlah jika hakim dah jatuh hukum, tapi menarik balik hukuman tersebut tanpa alasan munasabah. Ini sesuatu yang agak pelik seumpama ada yang tidak kena di sebalik penyebaran betapa Anwar Ibrahim tidak sebuncit si pelakon porno.

Memang masa itu semua syak ada yang tak kena sebab skandal video seks dikatakan sudah gagal, tetapi belum kantoi lagi ketika itu. Rakyat kebanyakkan yang mengikuti skandal video seks ini telah lebih ramai yang meragui daripada mempercayai.

Tiba-tiba seorang sahabat aku yang bernama ephol telah menjumpai satu berita dari MalaysianUnpluge yang mendedahkan siapakah Datuk 'T'. Entry tersebut di sini, dan entry ini meletup kerana belum ada pendedahan lain dalam entry pro-pakatan rakyat yang regular. Sewaktu entry tersebut dipublish, aku dapat beberapa panggilan yang bertanya akan kesahihan maklumat yang aku dapat. Belum sempat aku jawab, kira-kira sejam selepas pendedahan di blog edyesdotcom, maka hadirlah kenyataan akhbar yang merungkai segala persoalan, yang mengsahihkan sebijik-sebijik dengan maklumat awal yang dipapar sebelumnya.

Maka tidak hairanlah mengapa mahkamah menterbalikkan keputusan asalnya apabila tetap menerima DNA yang diperolehi secara tidak sah. Apakah rakyat semua tidak sedar lagi? Adalah menjadi tanggungjawab pembaca blog edyesdotcom untuk sampai menyampaikan kebenaran. Pikullah amanah ini dengan yakin!

Syabas dan tahniah YB Johari Abdul kerana berani dan tidak tumbang dengan umpan yang dilempar. Kenyataan YB Johari kemudiannya dipublish dalam entry "Kenyataan Akhbar Dato Johari Merungkai Segalanya !!!" . Sebuah kenyataan yang mendedahkan modus operandi UMNO memikat ahli parlimen Pakatan Rakyat bagi melunaskan nafsu mereka dengan cubaan mencukupkan bilangan majoriti dua per tiga Dewan Rakyat.

Sedari tidak, perancangan jahat ini juga merupakan satu cubaan checkmate buat Anwar Ibrahim kerana dengan pelbagai tohmahan termasuk dua siri fitnah, DSAI diyakini tidak akan mampu lagi menahan beban satu lagi fitnah lebih besar dan jahat biarpun ia secalit persepsi, ia akan memusnahkan terus karier DSAI. Ini dinamakan political assasination. Namun, Allah itu maha pengasih dan penyayang, tidak membenarkan negara Malaysia terus hanyut. Justeru itu, kita harus bersyukur kerana kebenaran itu tiba tepat pada masanya.

Najib sudah pening, Muhyidin sudah semak, Datuk 'T' stooges sudah tak tahu mana mau lari, cybertrooper UMNO sudah ontok seontoknya, Zul Kulim dah surrender dek dua kenyataan baghalnya yang tidak menepati sasaran dari awal hingga akhir. Binawe sungguh, aku masih petik namanya. Penyokong tegar UMNO yang tiada kepentingan mulai rasa menyesal dan rasa bersalah, bukan kepada Anwar Ibrahim, tetapi kepada apa yang mereka dukungi selama ini. Penyokong atas pagar sudah mula memilih haluan yang lebih tepat, iaitu menolak regim jahat yang mengotorkan siaran tv dengan aksi berita lucah, lucah dan lucah!

Apa lagi idea yang masih belum digunapakai untuk menyelamatkan maruah UMNO apabila mereka yang terlibat adalah seorang pengerusi RISDA, seorang pembida jambatan bengkok dan seorang lagi adalah bendahari pejuang melayu tulen PERKASA. Ini dah menghampiri check-mate buat BN. Rakyat di bandar dan di kampung harus buka mata luas-luas! Lebih penting, pastikan maklumat ini sampai kepada semua.

Akhir sekali, timbul satu lagi cubaan penghabisan apabila Datuk 'T' stooges tampil dalam satu sidang media. Dengan membuat pengakuan oleh datuk Eskay sendiri berada dalam video seks tersebut, tanpa menyatakan kedudukkannya sebagai pelakon yang mana. Pelakon utama ataupun tambahan. Kegemparan ini dirakam dalam sebuah lagi entry yang bertajuk "Datuk Eskay: Saya Dalam Video Itu"

Kecelaruan tahap maksimum cuba ditimbulkan daripada sidang media ini. Tiba-tiba juga beberapa menteri melenting dengan mengatakan UMNO dan kerajaan BN tidak terlibat. Tetapi persoalan lebih parah yang tertimbul secara automatis;

Mengapa RISDA terlibat sehingga dikatakan membuat tempahan dan membayar kos hotel Carcosa? PERKASA juga terlibat? Mengapa ketiga-tiga stooges ini masih belum ditangkap walaupun pengakuan penglibatan mereka dalam pembikinan dan penayangan video seks itu adalah sangat jelas?

Muka Datuk Eskay agak seiras dengan muka DSAI, mungkin perbezaannya adalah perut siapa yang lebih buncit. Adalah sesuatu yang janggal apabila dikatakan Datuk Eskay adalah teman rapat Anwar sebulan yang lalu, benarkah begitu??

Paling penting, mereka juga telah mengugut Anwar Ibrahim dan Kak Wan pada Isnin lalu supaya berundur dari jawatan dalam parti melalui satu video seks fitnah (yang akhirnya terbongkar dibikin sendiri). Kalau Datuk 'T' stooges menyuruh Anwar dan isterinya berundur, bukankah itu yang UMNO dan Barisan Nasional mahu supaya mereka selamat di PRU ke 13?

Akhir kalam, aku menyeru agar artikel peristiwa yang aku lalui sepanjang tiga hari berturut ini disampaikan kepada semua blog dan facebook. Aku yakin, rakyat hari ini telah terbuntang matanya menyaksikan kejahatan sebenar sebuah kerajaan terdesak yang ingin mempertahankan kuasa dengan slogan;

Biarpun hancur tulang belulang(rakyat), Putrajaya harus dipertahankan.

Hanya satu ayat yang bermain dalam kepalaku di saat ini;

"Wama karu wama karullah.. Allahukhairun makireen.." yang bermaksud "Kita merancang, Allah juga merancang.. Namun perancangan Allah itu lebih baik"

Takbir!!
Takbir!!
Di hari tumbangnya sebuah regim jahat, ketika itu jugalah sebuah REVOLUSI bermula !!


EDYES @ edyesdotcom

Wednesday, March 23, 2011

Perbicaraan Kes Tanah Sendayan! Esok (24Mac) di Mahkamah Seremban 2!!

Perbicaraan Kes Tanah Sendayan

esok 24 Mac. 8.30pg,
Mahkamah Seremban 2

Dijemput hadir beri sokongan beramai2 memperjuangkan hak penduduk sendayan!

Sebarkan! (0196428525 Mustafar).


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Lintas Langsung Forum Kebangkitan Rakyat Dunia Arab!!






Edy Noor Reduan

@ : Isu Palestine kalau dikatakan hanya isu Islam lwn Israel, tetapi ia harus dikenang sebagai isu menentang kezaliman! regim!!
»
Edy Noor Reduan

@ : Reformasi (repair sikit2) atau revolusi (tukat terus sistem), yang mana yang rakyat mahu?
»
Edy Noor Reduan

@ : anak muda perlu bersedia utk turun ke jalanraya tetapi lebih penting ialah dgn persiapan rapi dan susunan strategi yang mantap!
»
»
Edy Noor Reduan

Rakyat indonesia juga hadir dengan satu pakej soalan, termasuk 'siapa Datuk T' hahaha
»
Edy Noor Reduan

@ : kalau anak muda siap & faham bgmana menyusun bagi mbentuk satu gelombang yg kuat bagi mjatuhkan regim! Ia akan lebih bermakna!
»
Edy Noor Reduan

@ : Memahami latar masa agar kita boleh mcari persamaan & menolak perbezaan, akhirnya rakyat kita bersama dgn mobilisasi lbh hebat!
»
Edy Noor Reduan

@ : hakikat paling penting yang dituntut rakyat adalah kestabilan politik! Bukan sekadar tampal rumah runcit2 menipu rakyat Msia
»
Edy Noor Reduan

@ : kalau org muda nak mimpi jadi seperti arab, harus memecah kebuntuan pbezaan fahaman selain drpd kesamaan menentang kezaliman!
»
Edy Noor Reduan

@ : Tidak ada bendera politik yg timbul di medan tahrir d akhir kmenangan rakyat Mesir! Tapi yg wujud adalah kesamaan dlm pjuangan!
»
Edy Noor Reduan

@ :Kita x perlu mnentang kzaliman d luar sana, kzaliman mubarak kzaliman ghadafi! kita perlu lbh dulu mnentang kzaliman dlm negara!
»
Edy Noor Reduan

@ : Arab saudi berdiam diri ketika bbrapa siri perang dgn Israel, tetapi sanggup hantar askar ke Bahrin utk mbunuh sesama islam!
»
Edy Noor Reduan

Forum Kebangkitan Dunia mnentang regim bmula dgn ahli panel Prof A.Bari, @ & @
»
Edy Noor Reduan

Polis tunggu apa lagi?? Apa tunggu lagi!! Tangkap 'Trio' pembikin video lucah itu SEGERA!!! Atau polis memang wajar disamakan dengan ...