KEMELUT PKR: SHAMSUL CABAR ZAID BERDEBAT - minsider
Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin menyelar bekas Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Wilayah Persekutuan Datuk Zaid Ibrahim kerana menggunakan media untuk menyerang kepimpinan parti itu.
Berikutan itu, beliau mencabar Zaid untuk berdebat secara terbuka mengenai kepimpinan Keadilan dengannya.
“Tetapkan tempat dan tarikh, pilih mana-mana medium yang dia suka, saya bersama pimpinan Angkatan Muda akan hadir bagi menceritakan perkara sebenar kepada beliau.
******************************************************
Daripada lu berdebat dengan Zaid Ibrahim, gua rasa ada baiknya lu debat dengan Khalid Ibrahim je lah!! Chegubard ajak lu debat daripada detik awal pemilihan 2010 lagi, tapi lu segan seribu bahasa! Sampai hari nie takda jawapan, alih-alih lu nak debat dgn Zaid Ibrahim pulak! hamsiau!
Saya begitu hairan pendekatan yang diambil oleh Shamsul Iskandar, nak berdebat dengan orang yang dah tak bertanding?? Apakah output daripada debat dengan Zaid Ibrahim untuk menentu halatuju Parti Keadilan Rakyat, berbanding dengan pelawaan debat bersama Chegubard demi menentukan halatuju AMK.
Kalau tujuannya setakat nak jack baik punya terhadap Anwar Ibrahim, AMK harus malu untuk mempunyai ketua seperti Shamsul Iskandar. AMK bukan kerjanya untuk hanya mempertahankan Anwar semata-mata tetapi demi memperkasa semangat anak muda untuk menggegar negara dan supaya parti ini didekati lebih ramai anak muda melalui AMK! Maka tidak hairanlah mengapa AMK kian lesu tak bermaya apabila dipimpin oleh pemimpin yang memegang resam kura-kura.
Lihat bagaimana pendekatan yang diambil oleh Shamsul Iskandar apabila DSAI diasak supaya bersara dari politik oleh Dr Asri berbanding pendekatan lebih berfakta oleh Chegubard di sini.
Adakah Shamsul Iskandar tidak berani berdebat dengan Chegubard? Sam sebagai ketua AMK juga tidak hadir dalam wacana debat anak muda yang pesertanya adalah calon-calon ketua AMK. Sampai bila Sam akan mengelak untuk berdebat dengan Chegubard? adakah selepas menang jawatan ketua AMK??
Ketika di Sepang tempoh hari, Chegubard bersama dengan Shamsul di atas satu pentas yang sama dalam program memperkenalkan calon ketua AMK. Dari sini dapat dinilai siapakah yang lebih layak membawa cabaran AMK dalam rentas masa yang serba krisis dari segi dalaman parti dan asakan propaganda Barisan Nasional.
Cabaran yang amat kental ini tidak akan mampu dihadap oleh Shamsul Iskandar dengan hanya memohon satu lagi peluang untuk sekali lagi menerajui AMK. Tetapi agak malang kerana Shamsul Iskandar tidak membentangkan menifestasi selain daripada menabur retorik dan sibuk bercerita tentang menawan Putrajaya. Sedang parti ini dalam krisis, apa yang diperkatakan oleh Sam sangat tidak relevan dan Sam telahpun diberi peluang selama 4 tahun sebagai Ketua AMK.
Harus diingat, pemilihan parti seharusnya berasaskan idea segar, nilai dan rekod ke arah memperkasakan anggota dan rakyat! Chegubard dengan penuh yakin menyampaikan menifestasi Penerus Perjuangan Reformasi demi menjadikan AMK sebagai wadah terbaik untuk anak muda yang berprinsip berjuang. Video penyampaian menifestasi tersebut dapat diamati di sini dan di blog sharpshooter.
Berbalik kepada soal debat di antara Chegubard dan Shamsul Iskandar, pelawaan ini harus disahut oleh Shamsul di atas kapasitinya sebagai penyandang ketua AMK yang sepatutnya berani terhadap cabaran seperti ini. Chegubard adalah lawan sebenar, dan memperkasakan AMK harus menjadi tajuk utama. Bukan mencari Zaid Ibrahim untuk dijadikan makanan debat, sebaliknya dikhuatiri Shamsul pula yang dibelasah oleh Zaid kerana bagi saya, Shamsul sudah sengkek idea.
Di bawah adalah sebuah kenyataan dari Zulkifli Ibrahim berkenaan jemputan debat yang langsung tidak mendapat surat balas dan respon dari pihak Shamsul Iskandar. Namun dalam pada itu, sempat pula mengajak lain orang berdebat!
BACA INI: ULANGAN JEMPUTAN DUA HARI DAHULU UNTUK BERDEBAT DEBAT
Sebulan lalu, saya mewakili cheGuBard dan pasukan Penerus Perjuangan Reformasi telah menghantar perlawaan debat kepada Calon Ketua AMK, Saudara Shamsul Iskandar. Pelawaan ini bertujuan untuk menarik pertandingan ini ke arah politik baru yang berasaskan idea, nilai dan lampiran rekod terdahulu.
Hasil dari debat ini diharapkan dapat membekalkan anggota parti muda dengan maklumat 'manifesto' yang sewajarnya sebelum membuat keputusan. Debat ini perlu untuk menarik pertandingan ini kepada politik baru dan bukan medan mengutuk dan menyerang peribadi individu tertentu. Seorang calon yang bakal menerajui AMK harus tampil dengan idea segar dan praktikal untuk mengemudi AMK itu sendiri bukan sekadar bergantung dan 'berpayung' dalam label kumpulan tertentu juga sentiasa bersenggayut dengan individu tertentu yang bertanding jawatan tinggi.
Namun sehingga kini malangnya tiada sebarang respon diperolehi, kecuali sindiran - sindiran penyokong Shamsul yang mengatakan debat harus diadakan dalam Bahasa Inggeris sebab che'GuBard tak pandai berbahasa Inggeris. Ureka sebuah organisasi yang diasaskan di Perak yang menjadi penganjur Debat Calon Ketua AMK di Taiping baru lepas telah menyatakan kesediaan menganjurkan debat, namun berdasarkan maklumat penganjur pelawaan sudah dibuat tetapi masih tiada respon konkrit dari saudara Shamsul.
Mutaakhir ini kelihatan pemilihan KEADILAN seperti kecoh sedikit ini peluang anak muda keluar sebagai kuasa penyatu. Persaingan harus dari aspek pertembungan idea bukan aspek peribadi. Respon dikalangan massa juga sudah sedikit menggusarkan. Jangan salahkan rakyat jika melihat KEADILAN juga sama seperti parti tua lapok apabila berlaku pertembungan jawatan.
Mewakili pasukan Penerus Perjuangan Reformasi yang menawarkan diri dalam pemilihan AMK KEADILAN 2010 ini sekali lagi mempelawa saudara Shamsul berdebat dengan cheGuBard dan Saudara Khairul Anuar berdebat dengan YB Lih Kang.
Zulkifli Ibrahim
Penyelaras Kempen
Penerus Perjuangan Reformasi
10 November 2010
ps: abg isham juga dah bidas Shamsul Iskandar kaw kaw di sini
EDYES @ edyesdotcom - COURT oF PUBLIC OPINION
dari Sri Intan Resort Port Dickson, via wifi TM hotzone yg lombab
Salam Bro,
ReplyDeleteRamai sangat yang nak jadi hero sejak meletusnya kes PKR nih...
pi mai pi mai campak kot mana pun.. pasti ada kaki penjilat pembodek besar dalam parti...
Bangsat punya makhluk...!!!!
Dia nak jadi Hero la tu..
ReplyDeleteBODEK tu...
salam tuan...
ReplyDeleteingatan ini wajar diambil iktibar oleh semua pihak supaya bila kita bercakap untuk ke putrajaya,'pemimpin baru' perlu ada alternatif/fundamental yang jauh lebih baik bagi mengisi compang yang ditinggal Umno Barisan nasional...kalau idak, usah mimpi nak satukan sebuah parti kerana matlamat dan cita-citanya macam otak barisan nasional...
bila pkr nampak berkecamuk,apa yang telah dibuat oleh Pas dan Dap bagi membantu selesaikan masalah mereka?
kata pakatan rakyat?pakatan masing-masing?
"kami tidak berhak masuk campur urusan dalaman parti lain" kata sesetengah pemimpin Pas dan Dap.
Kalau macam nih sama je lah macam umno barisan nasional yang tinggi semangat 'racism' mereka.lu lu gua gua?bersatu hanya masa pilihanraya,sebab disitu ada lubuk duit tapi dalam perkara lain tetap lulu guagua.
Sam,gua hantam lu baru tau!
nak ajak berdebat? bila dah tetapkan tarikh digelanggang sebenar dia cabut,langsung macam cicak tokke...gedek pun tidak.
-mat tokak-
ini spesis roti najib gak ni. mesti nak bodek Anwar. Bagi penyokong sam ni, patut korang malu jadi pengikut haprak ni. Hek ele, nak ajak denat dlm bahasa inggeris konon. Kang Zaid ajak debat dlm bahasa malaysia mau gagap sampai telur pun tersedut ke dalam. Apa pun dah jelas, bahawa sam ni jenis PONDAN!.
ReplyDeleteCB sebagai Ikon Anak Muda!! Mana2 anak muda yang punya prinsip perjuangan, punya semangat rebelious dalam jiwa, pasti akan memberi undi kepada CB. Hanya yang dungu sahaja mahu AMK kekal dikura-kurakan oleh Sam..
ReplyDeleteBro Isa, ini hero taik kucing! suka na ajak warga emas bertumbuk...
ASD, hero?? hero bodek...
mat tokak, lu memang kaki tokak.. hahaha
banbinbun,
komen anda akan diiktiraf sebagai comment of the week.. hahaha
to edyesdotcom
ReplyDeletelu sengkek idea juga
aku tak masuk mana-mana pihak.
biasalah adat kalu org nak bodek ke ape ke dia punya pasai la.
kalu ketua amk tak bertindak lu nanti kata kayulah, tungguila, makan gaji butalah...macam2 lagilah. bagi lu buatpun salah x buat pun salah