Apakah sebenarnya yang menyebabkan kebanyakkan ahli dan pimpinan yang tidak menyebelahi team Azmin-Anwar melenting dan kecewa dengan Pemilihan 2010 Parti Keadilan Rakyat? Adakah sebab yang remeh temeh sehingga Zaid Ibrahim menarik diri dari pertembungan jawatan nombor 3 parti? Adakah kerana isu ketidak-telusan yang sengaja diada-adakan sehinggakan Zaid dan Mustafa Kamil sampai hati untuk mendesak Azmin dan Anwar berundur?
Sememangnya apa yang dilakukan oleh Zaid-Mus pada sidang akhbar pagi tadi iaitu mencadangkan Anwar dan Azmin berundur boleh dikatogerikan sebagai tindakkan yang keterlaluan. Ia juga seumpama mendekatkan lagi persepsi yang mengatakan Zaid adalah trojan horse kerana kesinambungan menyuruh Anwar berundur dari kaca pemikiran Dr Maza sebelum ini.
Saya sama sekali tidak setuju dengan pendekatan yang diambil oleh Zaid dalam konteks mempertahankan diri disulam serangan balas. Tetapi, tidak setuju dengan tindakkan Zaid bukan bermakna saya bersetuju dengan hasil demokrasi Pemilihan 2010.
Perjalanan Pemilihan 2010 yang baru melepasi minggu yang kedua memberi petunjuk jelas betapa besarnya keraguan yang tersuluh tetapi tiada langsung tindakan susulan diambil untuk masalah itu disiasat dan diselesaikan, seolah-oleh memang wujud tangan ghaib yang menentukan kemenangan di satu pihak. Banyak kepincangan yang berlaku itu dihidu dan diketengahkan tetapi tidak mendapat respon yang sewajarnya.
Bagaimana begitu banyak ketirisan dan penipuan dalam Pemilihan 2010 itu berjaya dikesan? Janganlah kita lupa, bagaimana kita berhadapan dengan ratusan pilihanraya kecil dan besar. Pilihanraya dan pemilihan parti itu tidaklah jauh berbeza, begitu jugalah dikatakan badan yang menguruskan pemilihan itu - SPR dan JPP.
Semua ahli dan kepimpinan Keadilan pastinya mempunyai banyak pengalaman dan pengajaran setiap kali berhadapan dengan SPR dalam pilihanraya kecil mahupun PRU. Sedarlah bahawa kita sudah acap kali belajar bagaimana untuk mengesan penipuan yang dilakukan oleh badan pilihanraya se'profesional' SPR. Di atas banyak pengalaman menghadapi SPR, kita ahli bawahan mempraktikkan amalan yang sama ketika pilihanraya sebenar dalam Pemilihan 2010, untuk memantau supaya pemilihan parti yang bertemakan '1 ahli 1 undi' dijalankan dengan bersih dan tanpa penipuan dalam pengundian.
Oleh sebab itu, Jawatankuasa Pemilihan Parti berhadapan risiko yang besar sekiranya ada cubaan untuk memenangkan sebelah pihak dengan cara menipu kerana ahli-ahli Keadilan khasnya dan Pakatan Rakyat umumnya, telah teruji dalam banyak pilihanraya dan mereka boleh disifatkan sebagai kalis penipuan dalam mana-mana bentuk pemilihan.
Oleh itu, apa alasan yang diberikan oleh penghulu pemilihan asalkan ianya mempunyai unsur tidak logik sepertimana alasan-alasan SPR, pastinya JPP akan berhadapan banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat dijawab dengan fakta, tetapi auta.
Saya beri satu contoh yang saya rasa lain orang tidak sempat terfikir apa yang saya fikir. Kata-kata Saifudin saya ambil sebagai rujukan;
“Borang yang Haris dedahkan itu adalah minggu lepas punya, sepatutnya sudah dihapuskan. Lagipun, warna borang minggu ini adalah berbeza dengan warna minggu lepas. Kalau (didakwa) ada jual beli kertas undi, mana kertas undi minggu ini" - Saifuddin Nasution
Sekarang cuba saudara fikir, kertas undi tersebut mempunyai blueprint yang standard, melainkan kertasnya dikatakan berubah warna untuk pengundian di minggu kedua (berbanding minggu pertama). Persoalannya, apakah memang telah dirancang kertas undi di Sabah menggunakan kertas warna biru atau hijau? Jangan kita lupa, kertas undi di minggu pertama adalah berwarna putih, berkemungkinan sekiranya tiada pendedahan Haris, kertas undi di minggu kedua (Sabah) juga akan berwarna putih!
Apa yang susahnya untuk mengubah skop pengundian minggu kedua, dengan hanya menukar warna kertas sedangkan softcopynya sama (kecuali no siri yang biasanya akan dicetak kemudian). Ciri keselamatan yang diperkatakan oleh Saifuddin tidak ubah seperti satu ciri keselamatan untuk memastikan penipuan itu tidak dilihat sebagai menipu! Saya ulang, ciri keselamatan itu sebenarnya adalah ciri keselamatan untuk menyelamatkan sebarang sabotaj terhadap penipuan JPP sepertimana pembongkaran Haris Ibrahim.
Saya juga difahamkan, banyak aduan telah dilapor walaupun sebelum minggu pengundian bermula tetapi JPP tidak langsung menghiraukan keresahan-keresahan mereka yang melihat ketirisan dalam pemilihan akan berlaku. Walaupun telah ada banyak aduan, walaupun ada laporan penyelewengan ketika di peringkat MATC prosen pencalonan, JPP tidak bertindak dengan lebih wajar untuk meredakan kekhuatiran ahli yang mahukan ketelusan dalam minggu pengundian sebenar.
Akhirnya, perasaan meluap itu meletup bila mana dapat di lihat dalam banyak situasi, gabungan Azmin-Anwar mendapat terlalu banyak manfaat dari kelemahan JPP. Atau JPP itu sengaja dilemahkan untuk membantu kem Azmin-Anwar dan juga Shamsul Iskandar.
Lihatlah maklumat di bawah, betapa lemahnya JPP daripada menghalang kemungkinan-kemungkinan undi dimanipulasi untuk pihak Azmin-Anwar;
1. Kelewatan Membuka Pusat Mengundi
Kelewatan melampau pasukan petugas membuka pusat mengundi jelas berlaku di beberapa Cabang pada hari pertama pemilihan. Contohnya di Kota Baharu dan Tumpat di Kelantan hampir dua jam daripada waktu yang ditetapkan iaitu 10.00 pagi.
Ramai pengundi terpaksa menunggu lama dan oleh kerana hari tersebut ialah Jumaat, ramai meninggalkan pusat mengundi untuk solat Jumaat dan terus pulang ke rumah. Kehilangan pengundi bagi kedua-dua cabang ini dianggarkan setiap satu lebih kurang 250 pengundi.
Kelewatan juga berlaku di beberapa Cabang lain seperti Langkawi, Lenggong dan Alor Setar. Walaupun aduan dibuat, JPP tidak mengambil sebarang tindakan terhadap pengawas yang datang lewat malah menafikannya.
2. Pengawas Kelihatan tidak Bersikap Berkecuali
Sebilangan anggota JPP (termasuk Ketua Pengawas) kelihatan tidak berkecuali dalam menjalankan tugas. Ada yang memakai lencana salah seorang calon Timbalan Presiden (rakaman foto diperolehi).
Kami juga menerima Laporan seorang Ketua Pengawas Pusat pengundi dilaporkan secara terbuka memaksa pengundi mengundi salah seorang calon Timbalan Presiden semasa menjalankan tugasnya.
3. Penipuan semasa Proses Undi
Jumlah undian yang diistiharkan oleh JPP bagi pemilihan MPP Cabang Kubang Pasu tidak menyamai jumlah sebenar kedatangan pengundi seperti dalam buku daftar pengundi. Mengikut rekod buku daftar yang hadir 84, manakala keputusan yang diistiharkan oleh pengawas ialah 76 untuk DZ, 80 untuk AA dan 2 untuk Mustapha. Apabila disoal, beliau mangatakan yang hadir 158, tetapi apabila dibantah, keputusan diubah menjadi DZ dan AA mendapat 81 dan 2 untuk Mustapha.
Keputusan di Libaran, Sandakan amat mencurigakan kerana jumlah kehadiran amat tinggi daripada keadaan sebenar semasa mengundi. Lebih-lebih lagi jumlah kehadiran semasa MATC jauh lebih rendah.
Terdapat perbezaan ketara antara jumlah undi dengan jumlah kehadiran di peringkat MATC seperti di Hulu Selangor, Kelana Jaya, dan Klang.
Di Cabang Alor Gajah, ada surat pengakuan daripada ahli yang mendakwa beliau telah diberi kad ahli orang lain untuk mengundi.
Di Kelana Jaya, semasa MATC, pengundi dibenarkan mengundi walaupun terdapat perbezaan data-diri dalam buku daftar pengundi.
Di Cabang Merbok (ada rakaman gambar) menunjukkan Pengawas memangkah kertas undi serta mengarahkan pengundi memilih calon tertentu.
Di Cabang Bayan Baru dan Kubang Pasu, Pengawas mengarahkan pusat mengundi ditutup selama setengah jam selapas tamat tempoh mengundi. Dalam tempoh tersebut, tiada wakil calon dibenarkan berada dalam pusat mengundi. Wakil calon hanya dibenarkan masuk apabila proses pengiraan dimulakan.
Di Cabang Langkawi, AJK Cabang menyediakan dan mengisi borang bagi pendaftaran ahli baru dan ada yang terus dibenarkan masuk mengundi.
Perkara di atas adalah hanya sebahagian daripada banyak lagi aduan dan kejadian yang telah dilaporkan oleh beberapa pihak kepada JPP.
Laporan di atas saya petik dari Ureka. Sekarang siapa nak jawab persoalan-persoalan yang timbul seperti di atas apabila dapat kita lihat JPP sendiri tidak boleh diharap!
Perkara yang lebih teruk bakal berlaku sekiranya Mustafa Kamil benar-benar mengikut jejak langkah Zaid Ibrahim dengan menarik diri dari pertandingan Timbalan Presiden. Maka tinggallah Azmin bermain sendirian. Bayangkan jika parti ini melalui satu pemilihan di mana, Presidennya menang tanpa bertanding, Timbalan Presidennya memang tanpa bertanding, ketua sayap wanitanya menang tanpa bertanding dan ketua angkatan mudanya juga menang tanpa bertanding. Apakah maknanya demokrasi jika ini berlaku?
Mujurlah seorang lagi calon aliran bertentangan dengan Azmin masih bertekad untuk meneruskan pencak pertandingan bagi jawatan Ketua AMK. Tanpa menghiraukan pertembungan Timbalan Presiden, Chegubard mengambil peranan dalam menenangkan ketua-ketua Cabang dan AMK yang rata-ratanya kecewa dengan apa yang telah berlaku. Malah Chegubard akan lawan habis-habisan walaupun bakal berdepan dengan lebih banyak penipuan yang mahukan beliau tersungkur.
Kita semua tahu, orang-orang di sekeliling Anwar tidak mahu ikon anak muda ini bangkit dengan sokongan majoriti pemuda. Datuk Kamarul MP Teluk Kemang sendiri mempertaruhkan jarinya untuk dikerat sekiranya Chegubard menang Ketua AMK (yang mana YB Kamarul adalah tangan kanan Azmin). Menghalang Chegubard adalah salah satu misi mereka. Persetankan semua itu kerana semangat melawan yang ada dalam diri Chegubard tidak kenal erti mengalah kepada kebejatan!!
Kini tidak banyak pilihan mewah yang dipunyai oleh parti harapan rakyat. Hanya satu jalan selamat untuk memastikan parti ini kekal relevan di mata rakyat iaitu dengan bersedia mengulang semula pemilihan parti ini di kala waktu yang lebih sesuai setelah semua kelemahan yang dipertonjolkan dan setiap aduan yang dilaporkan dibuat bedah siasat. Tidak salah rasanya kita belajar dari kelemahan dan kesilapan kerana sesungguhnya kita masih punya harapan untuk membetulkan keadaan sekiranya satu tindakkan amat drastik dilakukan demi menyelamatkan parti.
Bubarkan JPP! Gantikan mereka kepada individu yang lebih dipercayai untuk bertindak dengan lebih cekap dan adil. Parti Keadilan Rakyat pastinya mempunyai ramai ahli dan pemimpin yang berkebolehan, kerana kita jauh lebih hebat dari UMNO dalam konteks ketelusan - atau ianya hanya retorik semata-mata. Ini adalah satu teguran keras dari seorang penulis blog yang jinak. Berubah atau kami yang ubah !! Baca di sini samada ingin diketahui kiranya menyertai UMNO itu satu pilihan atau satu kematian.
EDYES @ edyesdotcom - COURT oF PUBLIC OPINION
mcm ni nak berjuang..... dpt masuk tv suka la hang...... lama x masuk tv beb....... lu kecohla 1 dunia.... pasni lu tggu aljazeera pun ramah lu...... politik ma.....tau perjuangan...... tulis surat mau bikin ini itu.... discuss x de terus resign ....baguih la tu zaid.... lu paling senang naik... kuar trus jd??.( nuar x tau ramai lg musuh dlm selimut dlm PKR)... rais dah kecek 4 bulan out la PKR.... itu la rancangan diorg.... aku tau la.... aku pun org UMNO.... ha apelagi jaja la.... rancangn dh hampir berjaya..... perjuangn pe brg.... duit x masyuuuk ma.... nak wat peti undi lut sinar pun x de wit..... lg puak musuh call lu.... mau ka.... $$$$$$....mesti mau ma..... dunia duit skrg..... halal haram no 2...... lantakla... kuah 222x
ReplyDeleteJPP = SPR
ReplyDeleteTeka teki mudah... hahaha...
congrats 2 umno.... PR kene blajar dgn ust.yg maki TGNA sebab dia kasyaf hahaha...bole kenal mana musuh dlm kain... hahaha...
ReplyDeleteyg syok blogger yg naikkn PR blogger jugak yg jatuhkn PR kakakaka....