Tuesday, June 29, 2010

Anak-Anak Kita...


Anak-anak kitakah yang berlari telanjang

Di bawah mentari sumbing

Sambil bernyanyi lagu

Ketakutan hari-hari ini



Anak-anak kitakah yang memikul beban

Kesilapan kita

Hingga dia tak kenal

Budaya canggung bangsa sendiri



Selamatkan anak kita

Dari padang jerangkap samar

Selamatkan anak kita

Orde baru politikus usang



Anak-anak kitakah yang bermain

Di hutan belukar

Dengan senapang kayu ubi

Cambah tak kenal bahaya



Anak-anak kitakah yang tak tahu nak pulang

Bila petang

kerana terlalu sibuk main lastik

Dan berpistolan

Pistol-pistolan



Jaga-jaga anak kita

Jangan sampai jadi hamba

Jaga-jaga anak kita

Kita ini orang merdeka ( ? )



Panggillah mereka pulang

Ayah nak ajar

Tentang kurang ajar

Jadi mereka takkan sendiri lagi



Panggillah mereka pulang

Ayah nak ajar

Tentang kurang ajar

Jadi mereka takkan dimomok lagi



Fikir

Selamatkah kita di tangan tukang karut itu

Fikir

Selamatkah kita di tangan dalang wayang itu

Fikir

Selamatkah kita di tangan ahli koporat itu

Fikir

Selamatkah kita di tangan doktor jiwa itu

Fikir

Selamatkah kita di tangan pakar kitab itu

Fikir

Selamatkah kita di tangan tuhan-tuhan itu




Oleh : M.Nasir

Sunday, June 27, 2010

Khalid Masih Lagi MB Selangor! Dan Masih Punya Sokongan !

Khalid masih lagi MB, cuma rombakkan yang sebelum ini dicanang hanya melibatkan jawatan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Selangor. Oleh demikian, TS Khalid dapat menumpukan rentak pembangunan negeri selangor.

Azmin Ali lebih 'Ahli' untuk membawa cabaran besar membimbing negeri Selangor di peringkat parti manakala TS Khalid akan lebih cenderung untuk menjadi nakhoda di peringkat kerajaan negeri.

TS Khalid sendiri memohon agar rombakkan berstrategi ini dilakukan.

berikut adalah sedikit sedutan dari mkini;

Selain itu, Anwar turut menafikan bahawa terdapat pakatan ahli parlimennya yang merancang mahu menggulingkan Khalid sebagai menteri besar.

"Perkara itu tak berbangkit sama sekali. Kita sebulat suara dokong penuh. (Beri) Pandangan itu biasalah.

"Kita tengok Tan Sri Khalid pun tak sensitif sangat. Yang sensitif akhbar Umno," katanya.

Kekuatan PAS - Di Atas Gabungan Hebat Erdogan dan Ulama !!

Berikut adalah sinambungan dari artikel yang telah saya paparkan di TKO, di sini.

Walaupun saya dikritik, namun tetap saya pegang kepada istiqomah, menjadikan pertemuan antara blogger di TKO sebagai satu jalan yang membawa seribu rahmat kepada perjuangan yang seterusnya!

Berikut adalah pernyataan balas saya terhadap kritikan-kritikan seperti kebiasaan;

Seperti yang saya maklumkan, perjumpaan ini demi untuk kebaikkan bersama. Niat saya ingin berjabat salam, bukan berpencak silat. Saya telah bincang dengan TP, kita nak buka jalan damai agar sama-sama boleh buat kerja. Mengapa tidak kita, sebagai blogger dan pengkritik forum/blog, bersama-sama menyemai pokok pertalian antara kumpulan-kumpulan yg ditimbulkan dalam PAS. Agenda kita ialah mencari titik persamaan, akhirnya kita akan ada persetujuan akan fasal-fasal yang boleh kita lakukan bersama.

Saya yakin kita boleh bekerjasama jika masing-masing mempunyai istiqomah menyatukan ummah. Suara kita akan menjadi kuat sekiranya pendapat kita bulat dan solid sebagai satu kumpulan yang menyokong perjuangan PAS !

Katakanlah kepada saya, siapakah di antara anda semua yang tidak ingin melihat PAS benar-benar bersatu? Erdogan dan Ulama memainkan peranan di antara satu sama lain, yang akhirnya akan dilihat hanya akan ada satu kumpulan dalam PAS, iaitu kumpulan akan bermati-matian menumbangkan rejim UMNO!!

Saya yakin, jika anda semua sayangkan PAS, pastinya anda semua akan bersetuju jika kita leburkan tembok-tembok yang menjadi pemisah tidak rasmi di antara Ulama dan Erdogan, Mursyidul Am dan Presiden. Siapakah yang akan memulakan gerakan ini? Adakah anda sudi untuk bersama dalam agenda mulia ini? Atau anda sememangnya ingin melihat perpecahan dari sebuah keretakkan?

Kita boleh mulakan, dengan mencari titik persefahaman lantas kita ajukan segala pendapat bulat ini secara bersama! Melalui pertemuan ini juga, dapat kita lihat segala kelemahan yang ada, dan dapat kita cari di manakah perkara sensitif yang mengoyakkan persefahaman, lalu kita elak sensitiviti yang mengundang perbalahan sesama pejuang.

Jika tidak dipecahkan ruyong, Manakan dapat sagunya? Jika tidak dimulakan, manakan dapat penyelesaianya?

Tidak kira siapapun kita, blogger atau pencacai, celaka atau pondan, tinggalkanlah segala yang negetif ke dalam lohong hitam. Kerana sesungguhnya, kita berdepan seteru yang hebat melalui propaganda, dan kuat melalui duitannya.

Medan TKO adalah satu medium yang sesuai untuk dijadikan jalan permula. Walaupun sebelum ini sering dipublish artikel yang menikam sesama kita, TKO akan lebih disenangi oleh semua golongan pembaca setelah menifesto bersama dijalin - mendedah kepincangan dan merembat keegoan bangsa UMNO.

TKO akan menjadi wadah penyatuan, TKO layak membawa wadah ini dengan kapasiti portal politik terulung. Dengan segala kekuatan yang ada, ayuh kita bentuk satu gagasan revolusi penyatuan! Usah toleh ke belakang lagi, kita tidak punya masa yang mewah untuk menentang kebobrokan yang berdiri atas nama ketuanan melayu, sedang Islam itu lebih utama.

Di atas satu pertemuan, kita bentuk gagasan yang utuh!! Ayuh, kamu pejuang yang cintakan Islam! Inilah masanya!!

Saturday, June 26, 2010

Judi Sukan Tidak Diteruskan - Dasar Flip-Flop Yang Menguntungkan

Alhamdulillah, dengan kehadiran 40 ulama tong minyak ke dalam UMNO, maka DS Najib terus membatalkan pengeluaran lesen judi sukan serta merta.

Difahamkan juga walaupun pada mulanya terdapat perbezaan pendapat, setelah perbincangan dalam mesyuarat tertinggi UMNO, akhirnya telah diputuskan sebulat suara bahawa pengeluaran lesen judi sukan tidak akan diteruskan. Di atas perkiraan agama dan perkembangan politik, keputusan positif ini dicapai.

Beberapa parti komponen yang sebelum ini membodek menyokong perlaksanaan judi sukan sebagai tanda permuafakatan Barisan Nasional telah 'agak' terperangkap dengan flip-flop terbaru regim Najib.

"Saya percaya mereka terima kerana ini keputusan kerajaan. Kerajaan memikirkan sebaik-baiknya kepentingan masyarakat pada keseluruhannya." - Najib

Adakah kepentingan masyarakat diutamakan apabila kerajaan tidak berfikir terlebih dahulu sebelum mengumumkan cadangan pengeluaran lesen judi sukan? Adakah susuk-susuk yang mejadi menteri itu tidak cukup bijak apabila tiada ketetapan dalam isu judi sukan ini?

Saya menyambut baik keputusan tidak meneruskan pengeluaran lesen judi sukan, namun dalam masa yang sama terkeliru dengan tahap kebijaksanaan kerajaan dalam isu yang sepatutnya tidak dibangkitkan sama sekali. Hari ini, kerajaan umpama bertindak bijak seolah-olah mengutamakan kepentingan rakyat sedangkan idea itu hadirnya dari sesusuk menteri! Pada masa yang sama, iaitu tergantung beberapa minggu lamanya masa yang diambil oleh seorang Perdana Menteri untuk menyemak dan menetukan satu keputusan demi kepentingan rakyat. Inilah kebijaksanaan yang tiada galang ganti.

Rakyat Malaysia seharusnya boleh menghidu tujuan utama flip-flop ini dicanang-canang. Baca dan fahamilah rentetan situasi di bawah;

1. Kerajaan mengumumkan akan melaksanakan GST. Kemudian setelah 6 bulan, kerajaan mengumumkan GST tidak akan dilaksanakan kerana kerajaan prihatin terhadap rakyat. - Apakah ada kredit untuk kerajaan daripada situasi ini?

2. Kerajaan mengumumkan kenaikkan mendadak harga minyak 78sen seliter. Kemudian setelah setahun, 5 peringkat penurunan harga minyak dilaksana (berkadar harga minyak dunia yang merundum secara mendadak) sedangkan naiknya harga minyak itu mendadak. Dengan penurunan harga minyak ini, kerajaan mengatakan ia dilakukan atas sebab mengenang nasib rakyat (sedangkan kerajaan juga yang menaikkan harga minyak)

3. Kerajaan mengumumkan akan menaikkan tol, kemudian membuat pengumuman harga tol tidak jadi naik kerana mengutamakan nasib rakyat. - apakah ada kredit untuk kerajaan?

4. Kerajaan mengumumkan akan menyerahkan projek pembangunan Kg Baru kepada bukan melayu. Kemudian apabila ditekan oleh seluruh pelusuk tanah air bahawa betapa tanah melayu terakhir di bumi Kuala Lumpur bakal tergadai, maka kerajaan membuat pengumuman secara besar-besaran bahawa kedudukan Kampung Baru di bawah pegangan bumiputra terjamin atas dasar membela nasib bangsa melayu (sedangkan yang cadang tanah ini dimajukan oleh bukan melayu adalah kerajaan itu sendiri). - maka di manakah kreditnya untuk kerajaan dalam isu serba flip-flop ini?

5. Kerajaan mengumumkan akan membina Parlimen yang baru di Putrajaya. Kemudian, di atas dasar menjimatkan perbelanjaan negara, kerajaan mengumumkan untuk hanya berpindah ke PICC.

6. Kerajaan mengumumkan pengeluaran lesen judi sukan atas alasan bodoh perjudian haram tidak dapat dibanteras, dan hari ini kerajaan mengumumkan pula, tiada lesen judi sukan akan dikeluarkan di atas perkiraan agama. Apakah Kerajaan UMNO-BN itu sebenarnya mahu rakyat melihat regim ini baik kerana membatalkan hasrat menghalalkan judi sukan, setelah dikenalpasti sebagai pelopor judi?

Perhatikan semua situasi di atas. Mungkin ada banyak lagi situasi sama yang tidak sempat saya senaraikan.

Pokoknya ialah, kerajaan bertindak flip-flop supaya dilihat menjaga kepentingan rakyat sedangkan ia sebenarnya ia merujuk kepada perkara-perkara yang harus dilakukan tanpa mengumumkan perkara yang membelakangkan rakyat. Contohnya judi sukan, ia tidak langsung perlu diperkenalkan malah judi sedia ada patut dibekukan dari pengeluaran premis baru.

Dengan pengumuman hari ini (penangguhan perlaksanaan judi sukan), kerajaan UMNO-BN ingin dilihat sebagai pembela bangsa dan agama sedangkan merekalah petualang sebenar - di atas faktor-faktor yang saya sebutkan di atas.

Syabas dan tahniah kepada kerajaan kerana bertindak flip-flop demi survival UMNO dalam jasad kerajaan, yang tinggal separuh penggal untuk digadai segala yang ada.


EDYES - 26 JUN 2010 - 1.56 AM

Friday, June 25, 2010

Blogger Pondan, Blogger Pro-Ulama ??


Kepondanan seseorang blogger terserlah apabila beberapa kali membangkitkan isu tidak ada kena mengena dengan agenda semasa disebalik mencanang "akulah blogger pembela ulama".

Blogger pondan membiarkan diri terhina dengan entri yang berkali-kali membetul-tampal kerapuhan diri sendiri apabila mengulas berkenaan 'status Tulang Besi(TB) di blog Blog Perisik Rakyat'. Untuk makluman, blog Perisik Rakyat dimiliki oleh Topeng Perak(TP) secara mutlak, tetapi blogger pondan memilih untuk menghabiskan banyak masa dalam beberapa entrinya mencanang TP telah dibersihkan dari pengaruh TB sedangkan ia bukanlah isu yang wajar dibincang di kala banyak isu-isu yang sepatutnya menjadi makanan blogger untuk menekan kerajaan BN dalam pelbagai 'angle' atas kebijaksanaan tersendiri.

Berapa banyakkah masa yang terluang? Adakah masa yang terluang oleh blogger pondan untuk menghentam TP dalam isu yang tidak munahsabah itu milik mereka? Membuang masa dan mengakui bahawa masa mereka adalah milik mereka dan boleh dibuang mengikut sesuka hati adalah pernyataan dayus. Masa itu milik Allah, lebih mulia jika lebih banyak masa diluangkan ke jalan Allah. Menghabiskan masa blogging untuk menentang ketidak-adilan, menentang kerajaan zalim selain menegakkan syiar Islam itu juga adalah satu perjuangan ke jalan Allah. Kerana Allah maha adil.

Bagaimana blogger pondan ini mengzalimi masa ?

Begitu menyedihkan apabila blogger pondan ini memilih untuk mem'bangang'kan blogger lain ketika terbongkarnya berita ; betapa FELDA yang sepatutnya membela nasib melayu, dirompak habis-habisan tabung rezabnya untuk bail-out kerajaan 1Malaysia setelah perlesenan judi sukan mendapat tentangan hebat dari rakyat. Apakah ada entri ini dari blogger pondan?

Blogger pondan ini juga menghabiskan masa untuk mencari gambar edyes di serata blog edyesdotcom supaya dapat disebarkan seantero blogosfera, padahal gambar yang dipetik dan diletakkan dalam blog pondan tersebut telah dipublishkan sendiri oleh edyes dengan tag "edyes bersama kartunis Zunar". Oh dayus dan pondan, di kala masa yang terluang sia-sia itu juga, telah terbit berita gempar betapa pembelian scorpene akan disiasat oleh perundangan negara Perancis.

Lagi mengharukan, blog pondan jahanam ini mengaku mempertahankan ulama tetapi menggadaikan masa untuk mem'bangang'kan Topeng Perak buat kesekian kalinya, sedangkan Tuan Guru Presidennya berdepan tuduhan fitnah membawa fahaman wahabi, yang membolehkan Tuan Guru Presiden disumbat sebagai tahanan tanpa bicara. Ini blogger pondan yang telurnya tersepit ke dalam atau blogger yang menyokong tindak tanduk UMNO?

Blogger pondan tidak punya masa untuk pertahankan Tuan Guru? Tidak punya masa untuk pertahankan ulama ?

Di satu ketika, pernah seorang pemberi komen memohon pendapat blogger pondan untuk mengulas isu pemansuhan UPSR dan PMR. Namun pertanyaan bernas dibakulsampahkan dengan jawapan "nak ulas isu banyak tapi masa saya yang tak banyak." . Maka tidak hairanlah kita, kerana sesingkat masa yang ada pada blogger pondan nyah pekan itu hanya khas diperuntukkan untuk mengulas isu status Tulang Besi di mata blog pejuang rakyat. Malahan, mungkin juga kerana isu itu dibangkit kerajaan, maka adalah segan untuk mengecam sebentuk mana yang boleh.

Juga blogger pondan ini tidak punya masa untuk ulas isu yang tidak menyebelahi UMNO?
 
Oh blogger pondan yang dayus lagi merugikan, kerana telah terpilih menjadi khalifah bumi ini tetapi tidak tahu siapakah musuh sebenar. Muncung laras senapangnya berpusing ke arah diri sendiri dan rakan seperjuangan. Menjadi blogger adalah satu penghormatan kerana kelas kita yang istimewa, tetapi mengapa menghabiskan masa untuk merendam diri sendiri dalam takungan kumbahan? Aduh malang, mengapa tidak sperma lain yang cecah sampai dulu ke telur ovum ibunya?

Berikut adalah intisari entri bagi blogger pondan lagi dayus yang merugikan dunia blogging; 

  • Jawapan untuk Topeng Perak 2 kali Bangang

  • Masih menegak benang basah untuk memburukkan Ustaz...

  • Topeng Perak singkirkan Tulang Besi daripada Peris...

  • Mana perginya wang puluhan ribu Tabung Guaman?

  • Zahrain pernah minta pasir, Tulang Besi pernah min...

  • Fitnah kepada almarhum Ustaz Fadzil Mohd Noor

  • Fiksyen Langgar Hadi versi 3D

  • Menjawab tulisan TG Bukan Maksum, Tidak Bermakna ...

  • Lagi pasal kamera

  • Ulasan satu untuk tulisan Topeng Perak

  • Jika kita boleh berfikir 2 kali

  • Tulang Besi @ Sluaq Dalam menunjukkan kebodohannya...

  • Kenapa pilih jadi bangang?

  • Kenapa bodoh sangat? 

  • Ali Zaidan Cakap Tak Serupa Bikin

  • Andai UMNO Pilihan Hati

  • Cadangan Akhir Untuk Bro Edyes

  • Langgar, Curang dan Bohong

  • Muktamar, Media, Langgar Hadi 

  • FAKAQ PERLEKEH DR SAM & PRESIDEN PAS...

  • BADWI KENCING DALAM MASJID...

  • TAKZIAH KAT ONE G!

  • "Umno lebih jahat dari Yahudi!" -Pas Ganu
Intisari entri di atas ialah pembuangan masa oleh blogger-blogger pondan jahanam sepanjang bulan Jun 2010 yang telah memasuki hari ke 26. Apalah nasib jika mereka menghabiskan sepanjang tahun dengan penulisan pondan menghentam rakan sealiran. Atau blogger pondan ini adalah songsang dari perjuangan?
 
Jika melihat kepada artikel mereka, di manakah artikel yang menentang kebejatan UMNO? Atau mereka yang pondan ini akan katakan, tak bangkang bukan maksudnya setuju? Di manakah hilangnya cybertrooper UMNO jika bukan disebalik blog-blog yang hanya mengucar-kacirkan hubungan inter-blogger Pakatan Rakyat, daripada mengukir entri dengan tulisan yang menekan kerajaan? Hanya blogger pondan sahaja yang tahu jawapan.
 
Oh blogger pondan yang dayus lagi merugikan, adalah lebih baik kalian-kalian semua bersatu hati dan jiwa, untuk mempertahankan ulama fesyen baru keluaran UMNO, kerana ketika artikel buang masa ini ditulis, 40 orang ulama telah bersedia menyeberangi lautan neraka 500 tahun akhirat lebih awal dengan memilih menyertai UMNO, demi survival UMNO dengan mempromosi persepsi. Ulama-ulama niamakahai ini memerlukan pondan seperti anda semua supaya nasib mereka terbela dicelah kemungkaran parti ketuanan melayu.
 
Akhir kata, tidaklah saya peduli, akan berjela-jelanya entri si blogger pondan untuk menyembelih setiap inci bait-bait entri di atas yang saya katogerikan sebagai sebuah entri buang masa. Saya akui saya membuang masa, kerana melayan kepondanan blogger pondan. Namun, saya harap tuan-tuan pembaca tidak mengulangi kesilapan saya, memondankan masa dan massa.
PS: Jika ada yang bertanya, mengapa tidak di'link'kan senarai intisari blogging di atas, maka saya jawab "Malangnya, masa yang diperuntukkan untuk membuat link itu, telah saya gunakan untuk mengkaji status blogger-blogger pondan di mata pembaca budiman".


EDYES - 25 JUN 2010

WORLD CUP 2010 SPECIAL MATCH : ITALY VS FRANCE !!!


AT LAST, THE GIANT OF EUROPE WILL MEET AGAIN, EVEN IN SOUTH AFRICA 2010 WORLD CUP FINAL

MIGHTY ITALY

VS

THE FABULOUS FRANCE

VENUE = SOUTH AFRICAN AIRPORT

DATE & TIME = ON THE WAY BACK HOME

HOME SWEET HOME...

Wednesday, June 23, 2010

RM 6.7 Billion Untuk Kapal Selam Yang Tidak Boleh Menyelam !


Kerajaan membayar sejumlah 1.341 bilion euro (kira-kira RM6.7 bilion) untuk dua kapal selam Scorpene yang pembeliannya kini disiasat oleh mahkamah di Perancis kerana dipercayai mempunyai unsur rasuah.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi mendedahkan jumlah itu dalam jawapan bertulisnya kepada soalan yang dikemukakan oleh ahli parlimen Batu, Tian Chua di Dewan Rakyat hari ini.

Katanya lagi, sejumlah RM600 juta dibayar untuk perkhidmatan penyelenggaran bagi tempoh enam tahun.
 
Daripada jumlah itu, 114.96 juta euro dibayar kepada Perimekar Sdn Bhd, yang dimiliki oleh Abdul Razak Baginda, yang mempunyai kaitan rapat dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. - mkini

edyes wrote:

Walaupun saya berpendapat pembelian kapal selam ini satu pembaziran, namun jika atas nama jaminan kordinasi pertahanan negara maka saya melihat dari sudut positif akan keperluan armada negara memiliki sepasang kapal selam (yang boleh menyelam). Atas nama memperkuatkan sistem pertahanan negara ini juga, kantung bajet pertahanan negara telah mengalami ketirisan terancang.

Mengikut jawapan bertulis dari parlimen, lebih daripada setengah bilion telah dibayar kepada Perimekar Sdn Bhd sebagai upah konsultasi urusniaga multi-bilion ini. RM 570 juta bukanlah satu jumlah yang sedikit tetapi jumlah ini jugalah yang menjadi komisyen bagi kejayaan sebuah urusniaga.

Dari dulu telah saya persoalkan, tidakkah Kerajaan Malaysia mempunyai kumpulan-kumpulan profesional yang berkelayakkan dan mampu untuk menjadi perunding bagi urusniaga ini. Adalah memadai sekiranya Kementerian Pertahanan membangunkan sebuah badan ataupun suruhanjaya dari kumpulan profesional kementerian itu sendiri, untuk melaksanakan urusniaga pembelian kelengkapan pertahanan negara lantas menjimatkan berbilion wang rakyat, khususnya menjimatkan RM570 juta sepertimana dalam urusniaga scorpene. ia jauh lebih baik daripada melantik sebuah syarikat sendirian berhad bagi menguruskan ketentuan output kewangan negara.

Untuk menjadi konsultan yang diamahkan, apakah modal yang perlu untuk menjadi konsultan membeli kapal selam? Saya tidaklah begitu pandai untuk elaborate kertas kerja konsultansi bagi urusniaga pembelian kapal selam, namun saya tidaklah begitu bodoh untuk berfikir secara logik.

Antara modalnya ialah sebuah syarikat dua ringgit, tiket kapal terbang untuk beberapa sesi pergi-balik ke perancis, beberapa pekerja mahir IT untuk menyiapkan kertas kerja yang telah di draf, sebuah mesin fax serbaguna yang boleh scan, photostat dan print, bayaran untuk peguamcara bagi proses-proses perundangan dan akhir sekali seorang juru alih bahasa yang bertaraf model. Melalui kementerian pertahanan, empunya syarikat iaitu Razak Baginda tidak perlu bersusah payah untuk melobi bagi mendapatkan tender konsultasi pembelian kapal selam scorpene.


Dengan modal-modal di atas, mereka menghasilkan sejumlah wang yang berupa separuh bilion. Satu jumlah yang boleh menampung pelbagai subsidi untuk dinikmati rakyat secara bersama. Bukan sekadar segelintir terlibat itu kaya secara serta merta!

Difahamkan juga, antara pakej spek pembelian kapal selam ini adalah termasuk sistem peluru berpandu yang berharga RM1.1 bilion daripada jumlah keseluruhan pembelian kapal selam ini, RM7.3 bilion. Jika inilah spek perbelanjaan negara, maka memang wajarlah negara Malaysia dijangkakan muflis pada tahun 2019, iaitu setahun sebelum memasuki tahun wawasan.

Menghabiskan sejumlah RM7.3 bilion untuk sepasang kapal selam yang tidak boleh menyelam amatlah berbaloi untuk mereka-mereka yang terlibat dalam membankruptsikan negara!


Kemesraan TG Hadi dan YB Husam ...

Meraikan Sahabat Pro-Gaza di Perkarangan Rumah YB Husam

YB Husam serve bosnya TG Hadi


Mesra... Dikatakan TG Hadi 'mencuri' lauk YB Husam ketika di akhir sesi makan


Kambing Golek !

Husam Melayan Tetamu

 Dr Siti Mariah dan Dr Lo' Lo' pun ada



 

Sumber Gambar - Dicuri dari TP oleh edyes. jie... dokseh maroh kawe deh...

Tuesday, June 22, 2010

Rangkuman Gambar dan Video : Pudu Jail Dihancurkan Untuk Para Cukong

Salam Perjuangan,

Semalam, kita menyaksikan satu warisan negara yang sepatutnya dipelihara, telah digadaikan atas nama pembangunan. Apa hasil sebuah museum, jika dibandingkan dengan sebuah mega shopping centre yang berupa seperti Berjaya Times Square?

Kepimpimpin Pakatan Rakyat melalui para ahli parlimennya dan para intellegentnya seharusnya terpanggil untuk menyiasat, berapakah hasil kerajaan daripada terjualnya tanah Pudu Jail ini, berbanding harga semasa. Adakah jumlah tersebut memadai dengan harga semasa, atau memadai dengan harga sepeninggalan sebuah warisan seratus tahun.

Di bawah ini adalah rangkuman daripada peristiwa Pudu Jail diroboh demi cukong-cukong darat;







Kedatangan saya ke Pudu ini berbaloi kerana semua entri di atas dipublish ketika saya masih di tempat kejadian. Bagaikan panas dari oven, gambar-gambar dan video ini terus dipublish di blog edyesdotcom sekitar jam 10pm hingga jam 12pm.


Roboh Penjara Pudu Live Coverage!!

Saya on the way ke sana, dan cuba bagi liputan terbaik!



mohon doa keselamatan...

Jawapan Saya Untuk Blog Ali Zaidan

Salam,

Atas keperluan, entri kali ini ialah bagi membalas kenyataan yang secara terus melibatkan diri saya di sebuah blog rakan iaitu blog Ali Zaidan. Antara kenyataan di blog tersebut adalah seperti berikut;

Kembali kepada Projek Langgar Hadi. Aku berhajat kemukakan beberapa cadangan lepas aku tonton video Edyes ini. Pertama sekali kena ingat, aku tak minat pun untuk peduli sama ada projek ini berjaya atau tidak, ada hasil atau tidak. Tapi sebab aku tau kamu semua ni keras sangat nak terima penjelasan kami, maka tak ada cara lain nak suruh kamu semua puas hati melainkan dengan jumpa TGHH juga (itupun belum tentu puas hati!)
Baca seterusnya di entri yang bertajuk - Cadangan Akhir Untuk Bro Edyes


Di bawah adalah jawapan saya seringkasnya, kerana kita juga perlu move on!

Salam hormat,

1. Terima kasih atas cadangan. Saya memandangnya atas sudut positif.

2. Saya tidak akan ulas entri saudara dengan panjang lebar. Ulasan hanya ikut keperluan.

3. Jika tidak kerana 'perlanggaran' di muktamar, manakan kami akan dijemput oleh Dr. Shamsuri untuk merealisasikan sebuah pertemuan yang ditunggu-tunggu.

4. Surat rasmi untuk dihantar ke Jln Raja Laut (CC kepada songkok Putih utk disampaikan kepada Dr. Shamsuri)sedang dibincang dan didraf. InsyaAllah

5. Mengapa bukan Khalid Samad? Kerana beliau bukan seorang presiden.

6. Cadangan saudara untuk off-record itu akan dipertimbang. Kerana kami bukan wartawan, kami yakin punya cara.

7. Untuk pengetahuan saudara, Aduka Taruna akan mengemukakan segala hujah terpendam untuk tuan presiden. Hujah dengan hujah, pasti saudara ada keinginan melihat hasilnya.

8. Jika selama ini kita sering menyindir betapa pemimpin UMNO itu bacul kerana kebanyakkan dari mereka tidak suka berdebat dengan hujah, kerana mereka juga sedar bahawa tiada hujah yg membuatkan umno diterima. Oleh demikian, saya mengharapkan hujah TG Presiden dapat mematahkan hujah Aduka.

9. Ingin dimaklumkan, seingat saya, blog edyesdotcom tidak pernah menyentuh perkara-perkara yang diketengahkan oleh Tulang Besi. Jika ada pun, mungkin secara kebetulan. Kerana saya seorang blogger yg tidak mudah menerima sebarang sumber yg tidak sahih.

11. Saya begitu tertarik dengan pendekatan saudara terhadap isu. Di harap saudara akan lebih aktif menulis menjelang PRU-13.


EDYES

Sunday, June 20, 2010

Perbualan Rahsia !

I like to move it move it... I like to move it move it...  I like to move ... tut (phone answered)


"Ghazali speaking, whos on the line?"

"Hello, Zali ke tu? you tak save nombor I ke ?"

"eh, datuk seri ke? maaf datuk seri, saya save nombor hempon datuk seri yang satu lagi tu, nombor hempon yang kak mah suruh datuk seri pakai tu..."

"Whatever lah... eh, you tak dapat ke message I ke?"

"Mesej yang mana tu datuk seri? yang pasal middle east punya vacation tu ke?"

"Nope, bukan yang itu... fasal denda tu lah..."

"ohh... that ah, saya dah kurangkan macam datuk seri cakap... sebenarnya saya tak sangka datuk seri baik dengan MP Batu... I just wonder, dia salah seorang berudu nak jadi katak ke datuk seri?"

"Ini MP Batu very-very hard lah... kalau dia jenis gila pangkat macam Kulim Bandar Baharu tu ok jugak... Masalahnya bukan fasal lompat la Zali, ini fasal denda tu semata-mata... Memang lah you dah kurangkan, tapi tak cukup kurang lagi..."

"Maksud datuk seri, pasal PRK ke?"

"errr... you faham tak, kalau bawah dua ribu, maksudnya ialah tak cecah 2 ribu, kalau RM1999 pun dah ok dah"

" Datuk seri, kalau nak bagi denda, kena bundarkan dalam ribu yang hampir... Takkanlah saya nak umumkan denda RM1999 pulak datuk seri, tak pernah dibuat orang tu... RM1999 tu dah macam harga TV 42 inci pulak bunyinya..."

"You pun satu... letak la seribu ke, seribu setengah ke... you lupa ke? you help me, I help you..."

"Datuk seri, cuba datuk seri bayangkan, kalau saya taruk denda RM seribu serba satu sebagai denda, ramai pulak polis kene geget nanti... ini stendet la datuk seri, saya pun ada KPI jugak..."

"You punya KPI tu I yang akan semak, patut you dengar je la cakap I"

"Apa salahnya kalau ada PRK datuk seri?"

"errrmmm, tadi you kata you nak jaga stendet kan?"

"Yes datuk seri, saya ikut SOP, sama macam keputusan yang meletakkan Nizar sebagai MB Perak yang sah dulu..."

"Cut the crab please... So, kenapa you tak kekalkan denda 3ribu tu? sebab bila you kurangkan seribu pun, macam takde apa-apa makna pun"

"errr... sebenarnya datuk seri memang taknak PRK Batu ke?"

" oh damn it... tut, tut, tut "


Selepas 2 Minit...

You've got Message... You've got Message...

From : +6012-3456789


You will be send to the heart of Borneo...


Reply - Delete - Forward - Add to phonebook



by edyes

Saturday, June 19, 2010

Pro-Con Kerajaan Perpaduan (Unity Government)

Ada 2 perkara berbangkit yang menimbulkan kekeliruan, saya percaya jika pembacaan dilakukan secara sekerat-sekerat, pasti tidak faham;

Ramai rakan-rakan yang keliru kerana entri "Saya Juga Sayang TGHH", digemburkan bahawa saya mengatakan idea UG adalah baik dan tiada salahnya manakala di beberapa keratan artikel, saya mengatakan idea UG oleh TGHH harus ditentang habis-habisan. Di sini saya buat sedikit penjelasan;

1. Saya katakan UG itu idea yang baik.

2. Saya meminta jaminan supaya UG tidak menjadi kenyataan.


1. Mengapa saya katakan idea UG tidak salah dan mungkin boleh digunapakai kelak?

Konsep kerajaan perpaduan atau UG ini menuntut supaya BN berkongsi kuasa dengan PR di peringkat pusat, khususunya. Ianya bukan satu keadaan di mana PR duduk di bawah penguasaan BN atau sebaliknya, tetapi setaraf dengannya sebagai rakan kongsi. Ini juga dinamakan sistem 1 parti atau kerajaan tanpa pembangkang. Parti-parti komponen PR tidak menyertai BN tetapi kekal dalam PR. Untuk cadangan ini berjaya, semua pihak yang terlibat mesti sanggup mementingkan negara lebih dari kepentingan parti atau diri sendiri. Secara umumnya ia satu cadangan yang baik, sekiranya syarat-syarat persefahaman mutual dapat dipenuhi.

Kerajaan tanpa pembangkang 'Unity Government' ini juga telah berjaya di negara pelbagai etnik dan kaum di South Afrika yang diasaskan oleh pemimpin anugerah nobel Nelson Mandela. Ia juga dilihat berjaya di UK dan beberapa negara scandanavia. Asalkan kepentingan negara melebihi kepentingan parti dan individu, UG merupakan idea cemerlang dalam menyelesaikan pertembungan sistem dua parti yang sengit, yakni menyebabkan kerencatan pembangunan di setiap siri pertembungan kuasa dua parti BN dan PR.


2. Mengapa saya menentang UG supaya tidak menjadi kenyataan.

Pertama, BN masih lagi istiqamah dengan budaya politik pengautan kekayaannya dan adalah amat sukar untuk kita membayangkan BN akan bersetuju dengan ikhlas melainkan demi survival UMNO semata-mata.

Kedua, mereka tidak pernah mampu meletakkan kepentingan rakyat dan negara melebihi kepentingan diri dan parti mereka. Ini tidak perlu saya terangkan dengan lebih lanjut. Bacalah blog untuk mengetahui kebejatan BN.

Ketiga, UG adalah kesinambungan daripada pertemuan gelap PAS dan UMNO. Kesinambungan inilah yang akan meruntuhkan tembok kekuatan PAS dalam sekelip mata setelah perjuangan yang berdekad-dekad lamanya. Akhirnya perjuangan Ulama PAS seperti arwah TGFN, TGNA dan TGHA dibiarkan dikhianati oleh anasir yang membawa rebah.


Penegasan saya - Tuan Guru Presiden tidak perlu condemn ideanya sendiri kerana idea UG tiada salahnya. Namun, cukuplah sekadar memberi jaminan bahawa ianya tidak akan berlaku selagi mandat sebagai Presiden itu masih laku. Kerana walaupun idea UG tidak salah, tetapi ia amat tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia kerana UMNO dan Barisan Nasional tidak langsung layak diberikan ruang untuk kekal memegang tampuk pemerintahan negara.

 
Mungkin ada yang terkejut apabila saya katakan UG adalah kesinambungan pertemuan gelap UMNO-PAS. Di sini saya mengajak anda semua meluangkan sedikit masa untuk berfikir, apakah cadangan UG tidak diperhalusi terlebih dahulu sebelum dicanang oleh TGHH? Atau idea UG ini dari siapa? Adakah pengumuman UG juga tidak mengambil kira sensitiviti daripada terbongkarnya pertemuan gelap?

Dibincangkan & Dipersetujui adalah 2 perkara berbeza. Tolong faham, mengapa UG dicanangkan kalau bukan sebagai satu kesinambungan!

Friday, June 18, 2010

Saya Juga Sayangkan TGHH

Salam hormat,

Utk pengetahuan, UG hanyalah perkara tajuk, tetapi perkara pokok di sini ialah isu penipuan!

Terus terang saya katakan terdapat sedikit perbezaan pandangan di antara saya dan Aduka di mana Aduka dengan jelas mahu TG Presiden berundur di bawah tajuk - Presiden bukan seorang yang bijak berpolitik!

TG Presiden mempunyai akhlak yang mulia dan ilmu yang cukup tinggi walau dikatakan melebihi Mursyidul Am. Namun kriteria tersebut tidak membantu menjadikan PAS berada dilandasan tepat apabila kebanyakkan kenyataan beliau mengundang damage kepada PR dan adakalanya PAS itu sendiri.

Seperti yang saya sebut, perbezaan pandangan saya dan Aduka ialah, saya masih lagi memberi harapan kepada TG Presiden untuk menerajui PAS di atas mandat Muktamar pemilihan, asalkan TG Presiden berpolitik dengan lebih bijak dan memberi jaminan bahawa beliau selaku presiden "tidak akan membenarkan UG itu berlaku".

Mengapa sehingga hari ini masih tiada lagi gerenty mahupun warranty dari pihak susuk TG Presiden sendiri bahawa beliau menolak sepenuhnya UG? KERANA idea ini datangnya dari TG Presiden itu sendiri, manakan seorang TG menolak ego sebagai Presiden? Di sinilah titik pertemuan pandangan saya dan Aduka Taruna - membongkar pembohongan!

Saya masih mengharap yang terbaik dari TG Presiden, memandangkan TG Presiden buat masa ini tidak lagi membenarkan dirinya didampingin oleh anasir-anasir yang mengidam jawatan menteri. Inilah berita baik setakat ini, yang memungkinkan saya menarik diri dari perlanggaran yang seterusnya.

Saya juga sayangkan TGHH!

Potongan ayat di atas adalah dari komen saya dalam entri sebelum ini. Mungkin ramai yang tidak sampai untuk membaca komen-komen yang agak berjela, jadi saya bawa ke hadapan kata-kata ini agar anda semua lebih faham situasi dan pendekatan yang cuba saya bawa.

 
Benar, memang saya sayangkan TGHH. Oleh sebab itu saya tidak mahu TGHH hanyut dengan permainan syaitan kecil yang cuba mengambil kesempatan di atas keterbukaan dan kelembutan TGHH.

 
Saya juga ingin tegaskan, idea UG itu tidak salah, malah mungkin satu hari nanti ia akan digunapakai. Cuma datangnya idea UG tidak kena pada masa dan boleh dikatakan sangat tidak sesuai dilakukan dalam negara ini selagi UMNO tidak dibubarkan. Timbulnya idea UG yang berteraskan peringkat pusat, lantas secara terus ia dikaitkan dengan pertemuan PAS-UMNO dalam membentuk kerajaan negeri. Di sini timbul pelbagai komplikasi dan di sini jugalah silapnya pengumuman idea UG! Malang sekali apabila orang yang mengumumkan idea UG adalah TGHH, bukan Tun Abdullah.

 
Apabila saya bangkitkan isu UG seperti di atas, setiap komen dan hentaman yang saya terima pasti disulam oleh satu ayat yang berbunyi "Isu Kerajaan Perpaduan Telah Ditutup!!". Sedarkah tuan-tuan yang bijaksana pandainya, bijaksini cerdiknya, bahawa longkang yang berpuluh tahun ditutup masih lagi boleh dibuka. Negara China yang dulunya dengan ketat mengamalkan dasar tutup pintu, kini pintunya telah dibuka. Apakah saudara yakin pintu UG yang ditutup rapi ini tidak boleh kembali dibuka?

 
Setiap kali isu ini diketengahkan oleh para wartawan atau sesiapa sahaja, kepimpinan PAS melalui Presidennya hanya menjawab isu telah ditutup, atau berseloroh mengatakan isu dah lama, isu dah lepas. Tidak sekalipun kita menerima kenyataan tegas dari mulut TG Presiden iaitu satu kenyataan yang berbentuk jaminan bahawa PAS dan UMNO tidak akan bersatu!

 
Seperti yang kita sedia maklum, Idea UG datangnya dari TG Presiden. Oleh demikian, adalah suatu yang sukar untuk TG Presiden condemn ideanya sendiri. Saya berpendapat tidak perlulah TG Presiden condemn idea UG yang dicadang oleh beliau kerana tidak salahnya idea UG seperti yang pernah berlaku di UK, Ireland dan South Africa. Cuma, idea tersebut tidak kena pada masa dan gerombolan UMNO sangat-sangat tidak sesuai untuk digandingkan dengan mana-mana peringkat Gagasan Pakatan Rakyat. Walau dalam isu Gaza sekalipun, kita tidak harus bersama gerombolan, inikan pula dalam isu untuk bergabung kerajaan.

 
Apakah jaminan bahawa PAS dan UMNO tidak akan bergabung dalam mana-mana peringkat sepanjang TG Hadi Awang sebagai Presiden PAS? Jawablah soalan ini sekiranya anda seorang Presiden parti perjuangan Islam.
 
 
Pertemuan Dengan TGHH

Beberapa channel akan kami lakukan untuk satu pertemuan bersama Tuan Guru Haji Hadi. Setelah perlanggaran di muktamar tidak berjaya memperolehi jawapan, kami tetap istiqomah akan teruskan usaha untuk bertemu dengan TGHH tersayang. Pertemuan yang selama ini ditunggu-tunggu.


Saya akan berjumpa dengan Dr Shamsuri di Jalan Raja Laut untuk ditetapkan satu tarikh dan masa supaya kami boleh berjumpa dengan TGHH. Aturan pertemuan ini pastinya mengambil satu tempoh masa sekiranya berjaya dan ia pasti akan dilihat formal.


Dalam masa yang sama, saya menyeru kepada rakan-rakan yang sedia ingin membantu, supaya memberi jalan dan pandangan agar pertemuan ini menjadi kenyataan.


Untuk rakan-rakan saya di portal TKO, Sudilah kiranya mengaturkan pertemuan kami dengan TG Presiden sebagaimana dimaklum oleh Songkok Putih, tidak sukar untuk berjumpa Tuan Guru. Saya juga difahamkan oleh rakan, Tuan Guru merupakan seorang yang senang didekati dan Rusila sentiasa terbuka untuk kunjungan ramai.


Sekali lagi saya memohon jasa baik rakan taulan di TKO, terutamanya SP, supaya dapatlah kiranya mengatur pertemuan kami dengan TGHH. Walaupun kami mungkin boleh bertemu TG Presiden secara formal, tetapi kami lebih berbesar hati sekiranya pertemuan itu diatur oleh agensi TKO itu sendiri. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas segala jasa baik tuan-tuan yang budiman.



EDYES - 18 JUNE 2010

Thursday, June 17, 2010

TG Bukan Maksum, Tidak Bermakna Tidak Boleh Akui Kesilapan...



Boleh atau tidak?, seorang Tuan Guru mengakui kesilapannya kerana membentangkan suatu idea yang kononnya telah mendapat persetujuan bersama PR, sedangkan ia dinafikan sekerasnya oleh komponen pakatan yang lain. Sedangkan perkara tersebut tidak melalui majlis syura dan Mursyidul Amnya.


Apa yg saya bangkitkan merujuk kepada soalan dalam cubaan 3 Langgar Hadi. Tiada jawapan...


Sekiranya idea ini dibentangkan dalam meja rundingan diperingkat PR, sudah tentu ia akan ditolak oleh gagasan PR dan TG Presiden tidak akan sempat mengutarakan idea UG. Namun, apa yang berlaku ialah, penafian pertemuan gelap PAS-UMNO yang akhirnya paklah sendiri yang petik suis lampu maka terbongkarlah rahsia berbentuk penipuan ulama.


Siapakah yang sebenarnya bertemu dengan Paklah? adakah 3 pemimpin atau 4? Jika saya katakan, TG Presiden merupakan salah saorang yang hadir berjumpa paklah, adakah anda semua percaya?


Jemaah PAS telah ditarbiah supaya wala' setia kepada kepimpinan ulama. Pastinya setiap keputusan yang dilakukan oleh kepimpinan ulama telah dihalusi dan dipertimbang dengan baik. Namun apabila berlaku percanggahan atau kekeliruan, pastinya jemaah mahukan penjelasan, post-mortem dan sebagainya.


Seperti semua sedia maklum, UG dikatakan hanya berlegar sewaktu pemerintahan Paklah. Tetapi walaupun telah memasuki era Najib, ceritera UG seolah-oleh masih lagi tidak ditutup dan Presiden juga dilihat masih mempertahankan idea UG tersebut dengan jaminan bahawa ianya membawa kebaikkan seperti UK, Ireland dan South Africa oleh Mandela dijadikan perbandingan. Sedang UMNO dan BN itu tidak sekali-kali layak untuk dibawa berbincang!


Oleh demikian, saya definasikan klip Langgar Hadi mempunyai kepentingan tersendiri dalam mendapat jawapan, daripada membiarkan beberapa siri penipuan disorok agar ditelan masa. Dan semua jamaah PAS akan dilihat hipokrit apabila membiarkan perkara ini berlalu hanya kerana ia dilakukan oleh pucuk pimpinan iaitu seorang presiden dan beberapa orang kuatnya.


Apakah definisi sesuai untuk sekumpulan umat yang tahu ada penipuan berlaku dikalangan pemimpinnya, tetapi membiarkan ia berlalu seolah-olah ia tidak pernah berlaku. Kumpulan itu juga mengaku jihad fisabilillah.


Bukankah kami patut dilihat ingin menyelamatkan PAS? Mungkin tidak kena pada cara, tetapi apa pilihan yang kami ada?

Wednesday, June 16, 2010

PERKATAK !


Siapa lagi mau join ?

Kelayakkan ;

1 - Anda Mestilah Seorang ADUN / MP
2 - Mempunyai Malasah Kewangan
3- Mempunyai Cita-Cita untuk Menjadi Exco
4 - Mempunyai Syarikat Berstatus MSC a.k.a Ali Baba
5- Mempunyai Hasrat Terpendam Untuk Menjadi MB
6- Ingin Dikenang Sebagai Hero Agama Islam (Tapi kena sokong judi bola)
7- Bersedia Untuk Tidak Dicalonkan Dalam PRU Akan Datang

(Kelayakkan Perkara 1 Adalah WAJIB)

Perlembagaan 1.0 : Presiden PERKATAK dipilih berdasarkan Ahli DUN atau MP yang mempunyai paras rupa dan potongan badan yang menyerupai seekor katak mengikut skala yang sesuai!

Blog Baru Ali Bagan Pinang - Fight Never Surrender !





Di atas ini ialah Blog lama Ali Bagan Pinang,


Di Bawah ini adalah blog barunya ... klik sini

Berudu Dikesan Akan Menjadi Katak di Hutan Melintang dan Buntong.

Pesta Berudu!

Sekarang ini sedang berlaku upacara pertabalan untuk berudu-berudu kehormat bertukarrrrr menjadi katak!

Antara berudu yang dikesan akan menjadi katak ialah berudu dari Hutan Melintang dan Buntong. Tahniah di atas pembalighan berudu-berudu sekalian. Semoga menjadi katak yang sentiasa memanggil hujan untuk mengelak dimakan oleh sang ular.



Sajak : Sila jangan kembali !

Ohh berudu, tolonglah jadi katak...
ohh berudu, tolonglah jadi katak...

ramai ular yang lapar, menunggu berudu menjadi katak
ramai ular yang lapar, menunggu bapak segala katak
manakan tempat untuk katak menjadi calon lagi?

Masa memakan masa, menanti katak menjadi calon
calon pengkhianat, untuk pengkhianat.

ohh katak, tolonglah jangan kembali...
menjadi berudu...

EDYES

Rangkuman Berita 16Jun2010

1. GEGAR Akan Menggegar!

Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (Gegar) bercadang meneruskan misi menuntut kerajaan Pusat membayar royalti minyak kepada rakyat Kelantan melalui satu perhimpunan sempena lawatan Najib Razak ke Kelantan esok.

Setiausahanya, Mohd Hisyamuddin Ghazali berkata Gegar akan meneruskan hasrat murninya itu sehingga episod tuntutan tersebut menemui garis penamatnya.

Kain rentang bersaiz 4 x 20 kaki yang bertulis "PM: MANA DUIT ROYALTI KELANTAN RM2 BILLION?? akan dinaikkan oleh pengGEGAR!


2. Pembinaan Istana Negara - Tanpa Tender Terbuka, Tanpa Jaminan!!

Keselamatan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bakal dalam keadaan berbahaya, kata ahli parlimen Taiping, Nga Kor Ming kerana seorang daripada kontraktor yang dipertanggung-jawabkan membina laluan ke istana baru itu adalah kontraktor yang sama membina Stadium Gong Badak di Kuala Terengganu yang runtuh tahun lalu.


Pada kejadian itu, struktur bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang bernilai RM300 juta itu runtuh, kurang setahun selepas siap pada 2008 dan digunakan sempena Sukan Malaysia Ke-12 (Sukma) yang Terengganu menjadi tuan rumah. Ia kini tersadai tanpa sebarang usaha pemulihan.


3. ADUN Malim Nawar

Pakatan Rakyat membuka ruang kepada semua ahli parti, ahli DUN dan juga ahli Parlieman, supaya membuat keputusan samada untuk kekal bersama PR ataupun keluar menjadi bebas-BN-friendly. Pastikan tidak kembali ke Pakatan Rakyat sebelum PRU-13 bermula kerana tiada lagi tempat bagi katak-katak seperti anda!

Hiduplah dengan duit yang berjuta itu, pastinya akan cepat habis untuk orang-orang pengkhianat seperti anda (yang melompat).


4. Siapa First Lady?

Siapa peduli?


5. Inkues Teoh Beng Hock

Adakah pemuda ini akan dapat pembelaan setimpal?

When Injustice Became Law, Resistence Become Duty !!!

Tuesday, June 15, 2010

Hadi Awang Enggan Beri Jaminan Gabungan PAS-UMNO TIDAK BERLAKU Bawah Kepimpinan Beliau!!



Projek Langgar Hadi 2010 (Cubaan 3)


Oleh : AdukaTaruna

1.

Malam percubaan 1 dan 2, kami beredar. Minum di Family Kopitiam Taman Bendahara untuk berbincang plan selanjutnya. Beberapa rakan mula meminta diri untuk pulang. Tinggal gua dan Edyesdotcom.

Then kami berjumpa dengan seorang lagi sahabat. Menilai kembali kelemahan untuk kaizen. Hadi tidak boleh dilepaskan. Kerana kami adalah kumpulan miskin. Allah telah takdirkan satu kemudahan kepada kami. Tidak boleh lepas.

Setelah berbincang + merapu, kami pulang. Pukul 4 pagi. Piala Dunia kami ketepikan. 4 pagi belum boleh tidur. Edit video. Video dah diedit untuk beberapa keperluan, tetapi kami tidak 'cut'. Tidak potong. Lu boleh tengok kami tidak sembunyikan apa2, termasuk suara gua yang agak tercungap kejar Hadi masa Cubaan 1.

Jujur gua cakap, nak Langgar Hadi niat kena sentiasa bersih. Kalau ada sekelumit niat 'geram' memang ada sahaja masalah menghalang. Satu contoh gua bagi ialah komputer gua tiba2 sound boleh ghaib. Terus teringat soal niat. Maybe berkobar2 sangat sampai wujud elemen geram.

So, take time balik, tarik nafas, mohon maaf kat Allah, dan alhamdulillah. Sound ada semula. Edyes jadi saksi. Gua dah banyak kali pesan kat dia. Tolong ingatkan gua tentang niat.


2.

Pagi dah bangun. Settlekan tiket bas Edyes. Perdana habes, Transnasional pun habes. Niamakahai. Nasib baik Mutiara ada. Tiket bas Edyes jam 9 malam.

Terus ke CC. Upload perkembangan untuk lu orang. Settle, gua hantar Edyes ke Putik. Gua ke Klinik Kerajaan Pusat. Gua tak berapa 'sihat'. Check punya check, doktor bagi gua 'MC' sehari.

Dalam pukul 3 lebih kurang, gua datang Putik. Edyes sedang kusyuk dengar penggulungan Presiden PAS. Dia ajak gua cari jalan bagaimana nak cuba untuk kali ke 3. Gua plak tengah perah otak nak tetapkan falsafah.

1. Hadi minta gua jumpa Dr. Samsuri. Maknanya dia dah buka pintu depan. Sama ada ikhlas tak ikhlas, terpaksa atau rela gua tak peduli. Kes ni sama macam SP pelawa khidmat dia. Hulur Queen kat gua, gua terus ngap.

So, ketika itu adakah gua perlu 'langgar' Dr Samsuri untuk serahkan surat cabaran debat atau apa sahaja pertemuan khusus PAS REFORM dengan Hadi?

Gua sms spy gua sama ada nampak kelibat Dr Samsuri atau tidak. Spy gua jawab:

"Dr Samsuri tu sapa? Gua tak kenal."

2. Atau gua tetap try langgar dia. Satu peluang ialah ketika Sidang Media. Langgar time Sidang Media? Apakah ketetapan falsafah dalam hal ini? Salah tetap, gua meninggalkan sejarah yang salah kepada generasi depan.

Keadaan semakin mendesak. Gua kena buat keputusan cepat.

"Makan dulu bro.. gua lapar nih." Edyes sound gua.

"Jom."


3.

Time beli makanan, gua dah nekad. Gua serahkan kepada Allah. Kalau Allah takdirkan Hadi untuk gua di Pengkalan Chepa ni, maka itulah yang terjadi.

"Nak makan mana ni bro?"

"Kita lepak kat belakang bangunan (Putik) tuh. Redut sket."

Sampai jer kat belakang, gua ternampak satu kereta yang memang gua pernah tengok. PAS12! Aik? Tengah makan, ada 2 pakcik (ada dalam bidio) sedang siapkan kereta.

"Bro... peluang. Lu rakam dari jauh. Gua tanya Dr Samsuri." (Bidio ada kat Edyes, gua terlupa nak salin.)

"Assalamualaikum, pakcik."

"Waalaikumussalam."

"Minta maaf saya, pakcik. Nak bertanyalah. Dr Samsuri ada tak kat sini?"

"Eh.. ada."

"Nampak dia tak?"

"Dalam dewan rasanya. Kenapa?"

"Begini, kalau saya nak jumpa Dr Samsuri, atas urusan rasmi, bagaiamana ya? Maksd saya, kat mana pejabat dia?"

"Jalan Raja Laut lah. Tapi minggu ni dia takda. Dia kat Besut."


4.

Pendek cerita, Edyes betul. Gua plan nak 'langgar' Dr Samsuri, Allah takdirkan Hadi keluar. Betul jangkaan Edyes untuk tetapkan masa tunggu Hadi di situ. Ketika tu pulak, time tidak sesak. Tak ramai orang. Majority dah balik. Gua rasa macam nak sujud syukur.

Maka bidio Cubaan 3 pun terhasil untuk penilaian lu orang. Kita hanya berhenti ketika waktu perlu berhenti. Selain itu, kita teruskan agenda kita mencilok sistem Islam kerana sistem itulah yang menyelamatkan kita.

Plan seterusnya ialah Langgar Rusila tanpa pengumuman tarikh (bergantung kepada kesesuaian peristiwa yang Allah rencanakan).

Takbir!!!

Monday, June 14, 2010

Dr Mahathir Sokong Pertaruhan Sukan ???

"Orang Cina memang suka berjudi. Jika tanpa lesen, tiada cara untuk tentukan aktiviti perjudian tidak terlalu berleluasa," katanya menyokong tindakan kerajaan yang bercadang mahu meluluskan pemberian lesen judi baru itu. - Dr Mahathir

edyes wrote:

Semua rakyat tahu hubungan antara Vincent Tan dengan Dr Mahathir! Hanya yang dungu sahaja buat tak tahu. Persoalan : Berapa share Dr M dalam BERJAYA Group ??

Sebab itu Dr M kita sokong judi sukan, walaupun dengan membelakangkan agama demi wang ringgit. BERJAYA akan berjaya mendapat keuntungan berbillion ringgit hasil dari kelulusan judi sukan, maka dari sinilah setiap share-holder itu menerima durian runtuh! Boleh buat lagi sebuah mansion di Nottingham Shire untuk cucu tersayang.

Kekayaan hasil penjualan tiket pertaruhan itu menjadikan mereka yang dibelakang tabir untung berlipatganda sedangkan pungutan tiket itu ialah dari duit rakyat-rakyatnya yang terpesong dengan ketelusan kerajaan melancarkan hiburan berbentuk judi sukan.

Ini disamakan dengan pelabur perusahaan babi. Secara tutup mata mereka melabur, babi yang kadar kelahirannya 3 kali setahun dan setiap kelahiran membawa kepada sedozen anak babi. Sebab itulah kita katakan tokey paling kaya ialah tokey babi! Tak kurang kayanya tokey judi!!

Kata Mahathir, pembangkang membantah judi bukan sebab agama tetapi sebab politik, bermakna jelas lagi nyata bahawa Mahathir telah mengamalkan politik suku dan agama suku di sepanjang 22tahun pemerintahan regim Mahathir. Dan legasi ini diteruskan oleh regim Najib-Rosmah.

Sehingga hari ini saya masih menanti sebarang komen dari Dr M berkenaan Tanjung Pagar yang tergadai dan cubaan untuk menukar hak milik Kg Baru. Namun tidak dapat saya temui jawapan dari seorang ultra-melayu! Maka adalah mungkin saya terlupa, hubungan antara dua legasi iaitu Mahathir dan Najib.

Ayuh kita bangkit dengan menunjukkan bantahan terhadap judi suka pada tanggal 3 Julai nanti. Perarakan dari Masjid Negara ke Istana Negara ! Jangan lupa tarikh itu, seluruh kekuatan pakatan rakyat dari setiap cabang dan bahagian, akan hadir menzahirkan bantahan!

Sunday, June 13, 2010

Darah Nik Aziz Mengalir di Muktamar !!!



Kecederaan yang menimpa TG Nik Aziz ketika di saat akhir Muktamar PAS ke 56 ! Difahamkan, jari TGNA tersepit hingga menyebabkan luka yang mengalirkan darah!

Semoga Allah memberi perlindungan total terhadap TG kesayangan kita iaitu TG Nik Aziz Nik Mat...


EDYES - 13 JUNE 2010

Projek Langgar Hadi 2010 (Cubaan 1)



Oleh : AdukaTaruna


Alhamdulillah, walau pelbagai rintangan, Allah izinkan kami (Kumpulan Langgar Hadi) bertemu di sini (Pengkalan Chepa) untuk satu cabang kecil gerakan menegakkan Islamic State.

Malam itu, kami berjaya melancarakan 2 cubaan. Dan demi Allah, selagi hati kami tidak dibolaj-balikkan Allah, atau Hadi sudah kaizen, atau yang mana dulu, atau sehingga sesuatu yang didatangkan Allah tanpa diduga, kami tidak akan mengalah.

Kami akan merangkak walau dalam kemiskinan dan kekurangan demi menjatuhkan batu penghalang kepada kemajuan dan kehampiran Islamic State di Malaysia tercinta ini. Insyaallah.

Wallahulam.


edyes wrote:

Kami sayangkan PAS!! Kami sayangkan perjuangan PAS yakni setara perjuangan Islam!! Kami mahukan ketelusan dalam perjuangan!

Hanya perjuangan PAS sahaja yang menjadi harapan demi islamic state sebenar, demi sebuah negara kebajikan!! Oleh demikian, peluang yang ada dalam perhitungan PRU-13 tidak akan kami biarkan ia dipersia oleh anasir yang membawa rebah!!

Kehancuran PAS di atas kesilapan pencaturan yang terancang, akan menyebabkan PAS tidak mungkin lagi sekuat hari ini, tidak mungkin lagi diterima seperti hari ini, melainkan ditukar namanya menjadi - PAS baru! Senasib UMNO baru!!

Sila ikuti keterangan lanjut pre-Projek Langgar Hadi di sini

Saturday, June 12, 2010