Tuesday, June 15, 2010

Hadi Awang Enggan Beri Jaminan Gabungan PAS-UMNO TIDAK BERLAKU Bawah Kepimpinan Beliau!!



Projek Langgar Hadi 2010 (Cubaan 3)


Oleh : AdukaTaruna

1.

Malam percubaan 1 dan 2, kami beredar. Minum di Family Kopitiam Taman Bendahara untuk berbincang plan selanjutnya. Beberapa rakan mula meminta diri untuk pulang. Tinggal gua dan Edyesdotcom.

Then kami berjumpa dengan seorang lagi sahabat. Menilai kembali kelemahan untuk kaizen. Hadi tidak boleh dilepaskan. Kerana kami adalah kumpulan miskin. Allah telah takdirkan satu kemudahan kepada kami. Tidak boleh lepas.

Setelah berbincang + merapu, kami pulang. Pukul 4 pagi. Piala Dunia kami ketepikan. 4 pagi belum boleh tidur. Edit video. Video dah diedit untuk beberapa keperluan, tetapi kami tidak 'cut'. Tidak potong. Lu boleh tengok kami tidak sembunyikan apa2, termasuk suara gua yang agak tercungap kejar Hadi masa Cubaan 1.

Jujur gua cakap, nak Langgar Hadi niat kena sentiasa bersih. Kalau ada sekelumit niat 'geram' memang ada sahaja masalah menghalang. Satu contoh gua bagi ialah komputer gua tiba2 sound boleh ghaib. Terus teringat soal niat. Maybe berkobar2 sangat sampai wujud elemen geram.

So, take time balik, tarik nafas, mohon maaf kat Allah, dan alhamdulillah. Sound ada semula. Edyes jadi saksi. Gua dah banyak kali pesan kat dia. Tolong ingatkan gua tentang niat.


2.

Pagi dah bangun. Settlekan tiket bas Edyes. Perdana habes, Transnasional pun habes. Niamakahai. Nasib baik Mutiara ada. Tiket bas Edyes jam 9 malam.

Terus ke CC. Upload perkembangan untuk lu orang. Settle, gua hantar Edyes ke Putik. Gua ke Klinik Kerajaan Pusat. Gua tak berapa 'sihat'. Check punya check, doktor bagi gua 'MC' sehari.

Dalam pukul 3 lebih kurang, gua datang Putik. Edyes sedang kusyuk dengar penggulungan Presiden PAS. Dia ajak gua cari jalan bagaimana nak cuba untuk kali ke 3. Gua plak tengah perah otak nak tetapkan falsafah.

1. Hadi minta gua jumpa Dr. Samsuri. Maknanya dia dah buka pintu depan. Sama ada ikhlas tak ikhlas, terpaksa atau rela gua tak peduli. Kes ni sama macam SP pelawa khidmat dia. Hulur Queen kat gua, gua terus ngap.

So, ketika itu adakah gua perlu 'langgar' Dr Samsuri untuk serahkan surat cabaran debat atau apa sahaja pertemuan khusus PAS REFORM dengan Hadi?

Gua sms spy gua sama ada nampak kelibat Dr Samsuri atau tidak. Spy gua jawab:

"Dr Samsuri tu sapa? Gua tak kenal."

2. Atau gua tetap try langgar dia. Satu peluang ialah ketika Sidang Media. Langgar time Sidang Media? Apakah ketetapan falsafah dalam hal ini? Salah tetap, gua meninggalkan sejarah yang salah kepada generasi depan.

Keadaan semakin mendesak. Gua kena buat keputusan cepat.

"Makan dulu bro.. gua lapar nih." Edyes sound gua.

"Jom."


3.

Time beli makanan, gua dah nekad. Gua serahkan kepada Allah. Kalau Allah takdirkan Hadi untuk gua di Pengkalan Chepa ni, maka itulah yang terjadi.

"Nak makan mana ni bro?"

"Kita lepak kat belakang bangunan (Putik) tuh. Redut sket."

Sampai jer kat belakang, gua ternampak satu kereta yang memang gua pernah tengok. PAS12! Aik? Tengah makan, ada 2 pakcik (ada dalam bidio) sedang siapkan kereta.

"Bro... peluang. Lu rakam dari jauh. Gua tanya Dr Samsuri." (Bidio ada kat Edyes, gua terlupa nak salin.)

"Assalamualaikum, pakcik."

"Waalaikumussalam."

"Minta maaf saya, pakcik. Nak bertanyalah. Dr Samsuri ada tak kat sini?"

"Eh.. ada."

"Nampak dia tak?"

"Dalam dewan rasanya. Kenapa?"

"Begini, kalau saya nak jumpa Dr Samsuri, atas urusan rasmi, bagaiamana ya? Maksd saya, kat mana pejabat dia?"

"Jalan Raja Laut lah. Tapi minggu ni dia takda. Dia kat Besut."


4.

Pendek cerita, Edyes betul. Gua plan nak 'langgar' Dr Samsuri, Allah takdirkan Hadi keluar. Betul jangkaan Edyes untuk tetapkan masa tunggu Hadi di situ. Ketika tu pulak, time tidak sesak. Tak ramai orang. Majority dah balik. Gua rasa macam nak sujud syukur.

Maka bidio Cubaan 3 pun terhasil untuk penilaian lu orang. Kita hanya berhenti ketika waktu perlu berhenti. Selain itu, kita teruskan agenda kita mencilok sistem Islam kerana sistem itulah yang menyelamatkan kita.

Plan seterusnya ialah Langgar Rusila tanpa pengumuman tarikh (bergantung kepada kesesuaian peristiwa yang Allah rencanakan).

Takbir!!!

16 comments:

  1. bro..luncai.jangan jadi blogger sesat.

    ReplyDelete
  2. awat tok guru susah sangat nak bagi jaminan? atau memang ada niat nak buat UG?

    kalau berlaku UG memang aku tak pi mengundi la jawabnya... padan muka PAS

    ReplyDelete
  3. tuan edyesdotcom,

    kita ni dalam tindakan ada adab dan akhlak. cara tuan menyerang hendap di tengah jalan macam tu memang patut kena tinggal pun.

    Jangankan hj hadi yang memang sibuk dengan pelbagai urusan penting, kalau aku engkau serang hendap macam tu, memang kena sergahnyer.

    Itu nasib baik ngko serang hendap hj hadi. Kalo ngko berani serang hendaplah najib atau muhyidin tengah jalan macam tu kalau ngko nak rasa kena pelangkong dek body guard. Nasib baik haji hadi ada akhlak islam. kalau tak memang kono lah hang.

    Tanya soalan serius tengah orang berjalan dan ada urusan. Macam nak tunjuk terrer dengan soalan yang macam bebudak sekolah jer. Satu lagi tak ader saper ker nak tegur hang rambut hang panjang berjurai tu..

    Belajar lah beradab.. beb

    ReplyDelete
  4. isu dah selesai sebab tu Tuan Guru tak jawab.

    ada je nak bangkitkan. Bodoh btl la.

    Ya Allah kau hancurkanlah org2 yg berniat jahat terhadap TGHH ini.

    ReplyDelete
  5. jgn la ghairah nak terjah & malukn org2 alim walupon ade kelemahan yg dilihat, buat la cara yg beradap , silap2 kene hentak dgn amalan dia penat nk layan walau tak kene pada diri mungkin anak2 atau bini plak yg terkene....tp takpe lu pon gua rasa x caya bende2 cam ni ..ye la bende x nampak....... awas detikan hati orang2 yg beramal

    ReplyDelete
  6. aduka buat rancangan untuk TV3,Terjah.kah..kah.kah.adakah patut ditanya TGHA macam budak mentah dalam politik.kononnya nak tunjuk teror kat dalam internet dan dia punya blog berpengaruh untuk menjatuhkan pemimpin yg tidak disukai olehnya.kepada eyesdotcom,jangan jadi barua aduka kerana dia adalah blongger sesat dalam malaya.

    ReplyDelete
  7. saya bukan barua aduka!

    Terdapat juga cabang jalan yang berbeza, walaupun matlamat perjuangan kami sama! Saya juga banyak main peranan supaya Aduka dilihat tidak terlalu agrasif!

    ReplyDelete
  8. klu pon ko bkn barua aduka sekalipun ko terlibat skali. Sama jer.

    Aduka main judi ko hanya duk sebelah je nasihat Aduka semasa main judi. Kire berkomplot la tu.

    Hukum haram arak jatuh pada, si peminum, pembeli, pembawa, pembekal, kilang dll... sume perbuatan2 lain2. tp natijahnya sama saja. Wallahua'lam.

    ReplyDelete
  9. kepada eyes,kekadang aku keliru dengan hang ni..kenapa hang selalu copy&paste tulisan blogger sesat tu dalam blog hang.aku pun heran dengan penjuangan islam.hang lebih kepada untuk menjatuhkan ulama dan ingin melihat ahli politik kesukaanya untuk dilantik menjadi presiden.saya nasihatkan pada eyes,sekiranya ingin menjatuhkan TGHA,jadi ahli pas dan gunakan undi semasa muktamar agung nanti.janganlah guna tulisan orang lain seperti luncai aduka dan TB untuk menjatuhkan TGHA.Gunakan akal dan tulisan sendiri sekiranya tidak sependapatnya dengan TGHA.jangan lontar batu sembunyikan tangan.berjuanganlah seikhlas mengikut landasan islam sebenarnya.

    ReplyDelete
  10. tuan adyes,

    matlamat tidak pernah menghalalkan cara. kaedah dan akhlak yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w adalah yang sebenar.

    Baca sirah nabawiyyah dan sirah sahabat bagaimana penghormatan Saidina Umar al-Khattab kepada Abu Ubaidah Ibnu Jarrah ketika beliau menjadi khalifah. Walaupun beliau lebih kanan dikalangan sahabat, berbanding Abu Ubaidah, namun akhlak Islam jelas terpancar.

    Ingat hadis Nabi saw : "Aku diturunkan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia".

    Perkara terpenting dalam Islam selepas akidah adalah akhlak. Kesempurnaan Islam hanya pada akhlak. Jika matlamat perjuangan untuk syahid, tapi tiada akhlak. Tak berguna.. Manusia selain nabi, tidak ma'sum. kesilapan tetap ada sedikit sebanyak. namun lihatlah kebaikannya dahulu.

    Tanyalah mana2 ulama dan tok alim pondok. Dalam apa juga tindakan, letakkan akhlak di depan sebagai panduan dan pertimbangan.

    Aku rasa ngko buatlah kerja lain yang lebih berfaedah daripada buang masa buat kerja2 macam tu.

    Atau kalau ngko dan geng tetap rasa tak puas hati, aku cadangkan ngko buat satu parti baru yang aku cadangkan sama ada Tulang Besi atau ngko jadi Presiden. Kompom ngko tak perlu pening2 dah nak "langgar" orang macam tu. Ngko boleh minta tolong pada Ibrahim Ali ajak semua ahli perkasa join parti ngko.

    ReplyDelete
  11. bila aku baca,aku dapat rasakan kebodohan kamu berdua dalam mengejar cita2 menjatuhkan presiden pas.takperlu hang berdua berlagak paparazi politik.aku tak bayangan orang macam kamuc ni boleh hidup dalam penjuangan islam.lebih baik hang berdua tubuh parti pas reform.ahli pas telah melatik presiden,jangan hang nak mengada2 pulak.eyes,jangan jadi bodoh dan jadi macai aduka.gunakan kekuatan sendiri untuk menjatuhkan presiden seperti yg anda indam.isilah ilmu agama dan ketokohan kamu dalam politik.insya Allah aku akan sokong jadi presiden pas reform.

    ReplyDelete
  12. hoi edyes...

    hang nak org PAS pi ketuk kepala hang ka baru hang nak sedar?

    hang tu kalau org PKR buat2 laa jaga parti sendiri...tu yg duk meloncat2 tu dtg dr parti mana?

    org PAS xdak pun nak kacau hang punya Presiden, yg hang duk menyibuk buat fitnah dan kacau presiden kitaorg pasai apa..

    hang nak kena lukut ?

    ReplyDelete
  13. kepada eyes,jagalah parti anda sendiri,PKR.jagalah Adun dan MP terus melompat.Janganlah menyalahkan umno semata2 apabila wakil rakyat PKR melompat parti.Sekiranya blogger macam anda dan aduka tiada adat susila,saya percaya wakil rakyat PKR macam anda jugak.Janganlah menjadi talibarut untuk menjatuhkan presiden pas kerana tidak sependapat dengan PKR.Pas adalah parti dakwah bukanya sekular macam parti anda.

    ReplyDelete
  14. Salam hormat,

    1. Terima kasih atas sebarang nasihat, saya sentiasa menerima segala elemen positif demi kebaikkan bersama.

    2. Saya bukan ahli mana-mana parti, saya cuma penyokong tegar Pakatan Rakyat. Jika sebelum ini saya cenderung terhadap PKR, kini saya lebih cenderung terhadap PAS. Adakah ini juga dikira sebagai lompat parti sedangkan saya bukan ahli? saya juga sokong DAP!

    3. Semua persoalan yang diaju telah saya jawab di sini termasuklah jawapan panjang saya di komen.

    Terima Kaseh

    ReplyDelete
  15. la ni hang cenderung kpd PAS sbb hang nak mentelingkupkan presiden PAS..gitu?

    supaya imej ketua hangpa sentiasa bagus di mata rakyat?

    aku tak kata ketua hangpa tak bagus, bagus...cuma presiden PAS xdak laa kena tuduh kat mahkamah...tu aja beza dia..

    sebenarnya org mcm hangpa ni takut pada bayang2 sendiri...

    ReplyDelete
  16. tak kena tuduh kat mahkamah sebab ia bawa manfaat kepada gerombolan?

    ReplyDelete