Alhamdulillah, dengan kehadiran 40 ulama tong minyak ke dalam UMNO, maka DS Najib terus membatalkan pengeluaran lesen judi sukan serta merta.
Difahamkan juga walaupun pada mulanya terdapat perbezaan pendapat, setelah perbincangan dalam mesyuarat tertinggi UMNO, akhirnya telah diputuskan sebulat suara bahawa pengeluaran lesen judi sukan tidak akan diteruskan. Di atas perkiraan agama dan perkembangan politik, keputusan positif ini dicapai.
Beberapa parti komponen yang sebelum ini membodek menyokong perlaksanaan judi sukan sebagai tanda permuafakatan Barisan Nasional telah 'agak' terperangkap dengan flip-flop terbaru regim Najib.
"Saya percaya mereka terima kerana ini keputusan kerajaan. Kerajaan memikirkan sebaik-baiknya kepentingan masyarakat pada keseluruhannya." - Najib
Adakah kepentingan masyarakat diutamakan apabila kerajaan tidak berfikir terlebih dahulu sebelum mengumumkan cadangan pengeluaran lesen judi sukan? Adakah susuk-susuk yang mejadi menteri itu tidak cukup bijak apabila tiada ketetapan dalam isu judi sukan ini?
Saya menyambut baik keputusan tidak meneruskan pengeluaran lesen judi sukan, namun dalam masa yang sama terkeliru dengan tahap kebijaksanaan kerajaan dalam isu yang sepatutnya tidak dibangkitkan sama sekali. Hari ini, kerajaan umpama bertindak bijak seolah-olah mengutamakan kepentingan rakyat sedangkan idea itu hadirnya dari sesusuk menteri! Pada masa yang sama, iaitu tergantung beberapa minggu lamanya masa yang diambil oleh seorang Perdana Menteri untuk menyemak dan menetukan satu keputusan demi kepentingan rakyat. Inilah kebijaksanaan yang tiada galang ganti.
Rakyat Malaysia seharusnya boleh menghidu tujuan utama flip-flop ini dicanang-canang. Baca dan fahamilah rentetan situasi di bawah;
1. Kerajaan mengumumkan akan melaksanakan GST. Kemudian setelah 6 bulan, kerajaan mengumumkan GST tidak akan dilaksanakan kerana kerajaan prihatin terhadap rakyat. - Apakah ada kredit untuk kerajaan daripada situasi ini?
2. Kerajaan mengumumkan kenaikkan mendadak harga minyak 78sen seliter. Kemudian setelah setahun, 5 peringkat penurunan harga minyak dilaksana (berkadar harga minyak dunia yang merundum secara mendadak) sedangkan naiknya harga minyak itu mendadak. Dengan penurunan harga minyak ini, kerajaan mengatakan ia dilakukan atas sebab mengenang nasib rakyat (sedangkan kerajaan juga yang menaikkan harga minyak)
3. Kerajaan mengumumkan akan menaikkan tol, kemudian membuat pengumuman harga tol tidak jadi naik kerana mengutamakan nasib rakyat. - apakah ada kredit untuk kerajaan?
4. Kerajaan mengumumkan akan menyerahkan projek pembangunan Kg Baru kepada bukan melayu. Kemudian apabila ditekan oleh seluruh pelusuk tanah air bahawa betapa tanah melayu terakhir di bumi Kuala Lumpur bakal tergadai, maka kerajaan membuat pengumuman secara besar-besaran bahawa kedudukan Kampung Baru di bawah pegangan bumiputra terjamin atas dasar membela nasib bangsa melayu (sedangkan yang cadang tanah ini dimajukan oleh bukan melayu adalah kerajaan itu sendiri). - maka di manakah kreditnya untuk kerajaan dalam isu serba flip-flop ini?
5. Kerajaan mengumumkan akan membina Parlimen yang baru di Putrajaya. Kemudian, di atas dasar menjimatkan perbelanjaan negara, kerajaan mengumumkan untuk hanya berpindah ke PICC.
6. Kerajaan mengumumkan pengeluaran lesen judi sukan atas alasan bodoh perjudian haram tidak dapat dibanteras, dan hari ini kerajaan mengumumkan pula, tiada lesen judi sukan akan dikeluarkan di atas perkiraan agama. Apakah Kerajaan UMNO-BN itu sebenarnya mahu rakyat melihat regim ini baik kerana membatalkan hasrat menghalalkan judi sukan, setelah dikenalpasti sebagai pelopor judi?
Perhatikan semua situasi di atas. Mungkin ada banyak lagi situasi sama yang tidak sempat saya senaraikan.
Pokoknya ialah, kerajaan bertindak flip-flop supaya dilihat menjaga kepentingan rakyat sedangkan ia sebenarnya ia merujuk kepada perkara-perkara yang harus dilakukan tanpa mengumumkan perkara yang membelakangkan rakyat. Contohnya judi sukan, ia tidak langsung perlu diperkenalkan malah judi sedia ada patut dibekukan dari pengeluaran premis baru.
Dengan pengumuman hari ini (penangguhan perlaksanaan judi sukan), kerajaan UMNO-BN ingin dilihat sebagai pembela bangsa dan agama sedangkan merekalah petualang sebenar - di atas faktor-faktor yang saya sebutkan di atas.
Syabas dan tahniah kepada kerajaan kerana bertindak flip-flop demi survival UMNO dalam jasad kerajaan, yang tinggal separuh penggal untuk digadai segala yang ada.
EDYES - 26 JUN 2010 - 1.56 AM
salam
ReplyDeleteterbaik bro...
saya pun perasaan macam tu jgk