Berikut adalah sinambungan dari artikel yang telah saya paparkan di TKO, di sini.
Walaupun saya dikritik, namun tetap saya pegang kepada istiqomah, menjadikan pertemuan antara blogger di TKO sebagai satu jalan yang membawa seribu rahmat kepada perjuangan yang seterusnya!
Berikut adalah pernyataan balas saya terhadap kritikan-kritikan seperti kebiasaan;
Seperti yang saya maklumkan, perjumpaan ini demi untuk kebaikkan bersama. Niat saya ingin berjabat salam, bukan berpencak silat. Saya telah bincang dengan TP, kita nak buka jalan damai agar sama-sama boleh buat kerja. Mengapa tidak kita, sebagai blogger dan pengkritik forum/blog, bersama-sama menyemai pokok pertalian antara kumpulan-kumpulan yg ditimbulkan dalam PAS. Agenda kita ialah mencari titik persamaan, akhirnya kita akan ada persetujuan akan fasal-fasal yang boleh kita lakukan bersama.
Saya yakin kita boleh bekerjasama jika masing-masing mempunyai istiqomah menyatukan ummah. Suara kita akan menjadi kuat sekiranya pendapat kita bulat dan solid sebagai satu kumpulan yang menyokong perjuangan PAS !
Katakanlah kepada saya, siapakah di antara anda semua yang tidak ingin melihat PAS benar-benar bersatu? Erdogan dan Ulama memainkan peranan di antara satu sama lain, yang akhirnya akan dilihat hanya akan ada satu kumpulan dalam PAS, iaitu kumpulan akan bermati-matian menumbangkan rejim UMNO!!
Saya yakin, jika anda semua sayangkan PAS, pastinya anda semua akan bersetuju jika kita leburkan tembok-tembok yang menjadi pemisah tidak rasmi di antara Ulama dan Erdogan, Mursyidul Am dan Presiden. Siapakah yang akan memulakan gerakan ini? Adakah anda sudi untuk bersama dalam agenda mulia ini? Atau anda sememangnya ingin melihat perpecahan dari sebuah keretakkan?
Kita boleh mulakan, dengan mencari titik persefahaman lantas kita ajukan segala pendapat bulat ini secara bersama! Melalui pertemuan ini juga, dapat kita lihat segala kelemahan yang ada, dan dapat kita cari di manakah perkara sensitif yang mengoyakkan persefahaman, lalu kita elak sensitiviti yang mengundang perbalahan sesama pejuang.
Jika tidak dipecahkan ruyong, Manakan dapat sagunya? Jika tidak dimulakan, manakan dapat penyelesaianya?
Tidak kira siapapun kita, blogger atau pencacai, celaka atau pondan, tinggalkanlah segala yang negetif ke dalam lohong hitam. Kerana sesungguhnya, kita berdepan seteru yang hebat melalui propaganda, dan kuat melalui duitannya.
Medan TKO adalah satu medium yang sesuai untuk dijadikan jalan permula. Walaupun sebelum ini sering dipublish artikel yang menikam sesama kita, TKO akan lebih disenangi oleh semua golongan pembaca setelah menifesto bersama dijalin - mendedah kepincangan dan merembat keegoan bangsa UMNO.
TKO akan menjadi wadah penyatuan, TKO layak membawa wadah ini dengan kapasiti portal politik terulung. Dengan segala kekuatan yang ada, ayuh kita bentuk satu gagasan revolusi penyatuan! Usah toleh ke belakang lagi, kita tidak punya masa yang mewah untuk menentang kebobrokan yang berdiri atas nama ketuanan melayu, sedang Islam itu lebih utama.
Di atas satu pertemuan, kita bentuk gagasan yang utuh!! Ayuh, kamu pejuang yang cintakan Islam! Inilah masanya!!
no need to be genius to identify what are the point we have agree on.
ReplyDeletehuhu..
of course laa.. kita orang tak suka UMNO/BN..
hehe..
nak cari titik persamaan ape lagi..??
sekarang ni..
why blogger tak berpadu??
jawapan simple..
sebab lu serang organisasi sendiri..
lu serang pendapat Pemimpin PAS dalam bentuk kurang ajar..
Pemimpin PAS mungkin bleh terima..
tapi penyokongnya??
U have brain.. have't you??
dalam demokrasi, Angka adalah penting!!
untuk sistem ISLAM..
angka pengundi ISLAM yang penting..
others.. just need to strenght the that power already exist..
tak yah debate laa pendapat undi non-muslim..
sebab undi mereka akan berubah!!
tengok PRK Hulu selangor dan SIBU .. cukup sebagai tanda orang yang mahu berfikir..
apa yang Pimpinan buat dalam tahaluf siyasi adalah dalam bentuk yang dipersetujui oleh Pemimpin yang mempersetujui..
--
memang geng2 blogger lu dan geng2 blogger Pondan (tuduhan lu orang) akan tetap bertentangan selagi lu tak fahami starategi ini..
-----------
TP ikhlas ke??..
bila ada buat statement kat Malaysiakini bersama MSK dengan menuduh pimpinan PAS dengan isu UG??
hehehe..
action speak louder that words.. hehe..
apetah lagi kalau action with words.. wakaka.
no need to be Genius maaaaa...huhu
eyes.hang tertinggal bas kut..kah.kah.kah
ReplyDelete