Apakah undang-undang atau akta komunikasi dan multimedia yang lebih ketat bakal dikenakan terhadap penulis blog setelah ketelanjuran yang dilakukan oleh Aduka Taruna?
Adakah pihak tertentu yang akan menggunakan peluang ini bagi menyumbat semua blogger radikal termasuklah Raja 'no hold barred' Petra dan blogger-blogger lain yang mempunyai imej gurau melampau?
Saya telah komen berkenaan Aduka Taruna di sini dan saya tidak akan komen lagi mengenai nasib Aduka Taruna dalam entri ini. Apa yang saya ingin terangkan ialah nasib blogger lain yang mungkin bakal terjerat setelah isu ketelanjuran Aduka menjadi hangat.
Lebih memeritkan keadaan, ada juga yang sampai menuduh Aduka sebagai agen UMNO yang sengaja meletakkan entri berbentuk hinaan yang sangat sensitif seterusnya membuka peluang kepada Kementerian Dalam Negeri bertindak terhadap semua blogger yang 'pernah' terlanjur kata dan juga blogger yang memainkan isu yang memberi persepsi buruk kepada kerajaan pemerintah.
Seperti yang ke-udara di TV3 sebentar tadi, sebuah demo menuntut tindakkan diambil terhadap blogger yang memainkan isu super-sensitif, seumpama merujuk kepada SEMUA blogger yang berorientasikan buah fikiran yang rebellious terhadap kerajaan. Kesempatan ini bakal digunakan sebaiknya oleh KDN bagi melenyapkan ancaman medium blogger yang kini menjadi alternatif kepada rakyat bagi mendapatkan berita yang lebih tepat.
Pra dan pasca tsunami politik Mac2008, rangkaian blog menjadi pilihan kepada rakyat yang dahagakan ketelusan berita. Sepertimana peralihan zaman, media perdana tidak lagi menjadi sumber berita utama golongan pertengahan malah ia hanya sebagai rujukan dan berita sebenar yang tersebar di blogosfera akan timbul di carian google.
Kerajaan telah cuba pelbagai cara untuk mengurangkan pengaruh blog termasuklah dengan menyekat laman tertentu daripada memasuki 'dinding api' akses kepada pejabat-pejabat kerajaan. Kini, peluang telah terhidang untuk meracun blogger dengan 'roundup' yang dihasilkan sempena isu menghina kemangkatan sultan yang diputarkan dalam Buletin Utama.
Pedih atau tidak, Aduka pastinya akan lebih sesal jika tindakkan beliau menyebabkan lebih ramai blogger ditahan di atas nama 'menahan blogger terlampau'.
Melainkan jika Aduka benar-benar seorang agen yang diberi signal untuk membuat entri super-sensitif? Saya tidaklah begitu terpengaruh dengan filem barat lalu menuduh Aduka sebagai agen UMNO. Berat sungguh tuduhan yang sedemikian rupa.
Kesimpulanya, kita sebagai blogger perlu satu suara, harus sentiasa peka terhadap isu yang dimainkan dan yang penting, sama-sama bangkit menentang kezaliman yang terang benderang. Sama-sama kita doakan keselamatan Aduka dan semua blogger yang berdarah Jebat seperti beliau. I Support Aduka Taruna !
Harap juga entri ini 'Kerajaan Penjajah' melepasi tapisan.
Salam
ReplyDeleteUncle pun ada menaruh kebimbangan sebenarnya. Bimbang akan terjadi seperti peristiwa 9/11.
Muslim yang mengikut sebenar-benar agama Islam dianggap Radikal dan berpotensi menjadi Pengganas!
AT bukan agen UMNO. Hanya seorang yg menyokong PAS sbg wadah, dan bukan ahli PAS. To doubt him as an agent of UMNO is an insult to every person especially those who shares the same ideas and dreams of better Malaysia.
ReplyDeleteOne silly mistake tp natijahnya sgt buruk. Kesempatan bg pihak2 tertentu menjadi 'instant hero'. Satu Malaysia dah jadi mcm mobster.
I bukan backing AT, but this whole thing is way over the top.
Kalau lah evelyn faham maksud saya....
ReplyDeleteAda saya tuduh AT agen UMNO dalam entry nie?
saya agak terasa dengan kenyataan evelyn... please dont judge me like that...
Maaf sgt kalau saya silap faham. Agak emosi sikit bila sahabat sendiri terkena nasib begini. Apatah lg diluar sana, mobster tgh galak menuduh yg bukan2. Letih melayannya. So bg pihak AT, terima kasih didahulukan. AT is dealing with it as we speak.
ReplyDelete-bro, best tul artikel lu nie.. mmg mkn dalam..tp bro jgn risau, blogger mcm bro akan slamat..
ReplyDelete-zargus-