Thursday, December 31, 2009

Cukai Kad Kredit RM50 - 1Malaysia, Rakyat Dibangsatkan!



Salam 1Malaysia(Baca : Najib Lahanat),



Sebelum saya meneruskan artikel ini dengan panjang lebar, saya ingin mengingatkan kepada semua bahawa kerajaan Najib menipu dan memerangkap rakyat Malaysia dengan cukai perkhidmatan kad kredit yang bakal dilaksanakan mulai esok. Kita harus bangkit menentang segala bentuk penindasan termasuklah cukai RM50 setiap satu kad kredit yang dimiliki.

Gerbang 2010 dibuka dengan satu bebanan yang khas ditujukan kepada rakyat yang terbeban. Cukai perkhidmatan sebanyak RM50 untuk setiap kad kredit dan kad debit adalah sangat membebankan. Ini ditambah pula dengan RM25 untuk kad-kad tambahan walaupun mempunyai kredit limit yang sama.

Bukankah sebenarnya kad kredit itu adalah kad hutang atau e-hutang? Berlainan dengan kad debit atau kad MEPS ATM, kad kredit membenarkan hutang secara terus dan memudahkan pengguna dari aspek mendahulukan duit sebenar. Namun kepenggunaan kad kredit oleh rakyat kebanyakkan lebih kepada membuat hutang dalam menghadapi keadaan ekonomi yang tidak menentu, dengan kebanyakkan harga barang keperluan melonjak sejak 2-3 tahun ini.

Mengapa kad kredit menjadi pilihan Rakyat Malaysia atau lebih tepat pilihan orang melayu? Kerana kad kredit memberi nafas kepada mereka yang memerlukan. Trend kad kredit digunakan oleh bangsa kita kerana ia memberi pendahuluan untuk segala jenis keperluan seperti membeli barang2 dapur, membeli keperluan anak kecil seperti susu dan lampin, menjadi kad minyak dan tidak kurang juga menggunakan kad kredit untuk servis dan baikpulih kenderaan.
Cukai RM50 untuk setiap kad kredit yang dimiliki adalah sesuatu yang wajib ditentang oleh setiap masyarakat. Ia tidak langsung mentafsirkan slogan 1Malaysia buatan Najib. Inikah konsep rakyat didahulukan? atau memang benar-benar rakyat didahulukan untuk membayar cukai tambahan kepada kerajaan.

Kerajaan harus sedar bahawa kebanyakkan pengguna kad kredit bukan hanya dari golongan yang elit dan senang. Golongan pertengahan dan bawahan juga ada yang menggunakan kad kredit sebagai talian hayat dalam kehidupan seharian mereka.

Dengan cukai tambahan ini juga, kerajaan seumpama bertindak zalim kerana menambahkan lagi bebanan 'interest charge' yang dikenakan setiap bulan. Walaupun ia hanya RM50, tetapi ia berlaku setiap tahun dan ia termasuklah tambahan RM25 untuk setiap kad tambahan yang kredit limitnya hanya satu.

Pengguna-pengguna kad kredit se-Malaysia seharusnya timbul rasa tersentak dengan cukai baru ini. Sedar atau tidak, ini adalah satu perangkap terhadap rakyat Malaysia secara keseluruhanya. Cukai RM50 ini tidak sepatutnya dikenakan terhadap pengguna sedia ada. Kalau benar kerajaan ingin mengenakan cukai ini, adalah wajar untuk hanya dikenakan kepada pemohon-pemohon baru kad kredit.

Pengguna tegar kad kredit pastinya punya masalah untuk membatalkan penggunaan kad kredit kerana baki outstanding yang masih banyak itu perlu diselesaikan sebelum kad tersebut dibatalkan. Adalah tidak adil ia dikenakan terhadap pengguna sedia ada.

Saya percaya, ketegasan kerajaan menjalankan cukai perkhidmatan kad kredit ini mencerminkan betapa zalimnya sebuah kerajaan yang memerintah dengan mengenakan cukai dengan sesuka hati. Ketirisan dan kebocoran dalam pemerintahan tidak dititik berat malah rakyat menjadi mangsa kerakusan Barisan Nasional merompak hasil titik peluh rakyat Malaysia.

Hancur Hancur!!! Hancur BN!!

Monday, December 28, 2009

Gempar!!: Najib Akhirnya Bertanggungjawab - Kehilangan Enjin Jet F-5E



Pertama sekali, saya ucapkan tahniah kepada hanief.blogspot kerana membuat pendedahan terpenting dalam sejarah negara. Inilah pendedahan terbaik yang pernah diutarakan oleh Hanief.blogspot. Tahniah Kepada Hanief.


Seperkara lagi, masihkah anda ingat bahawa kejadian kehilangan enjin ini terbongkar setelah doa TGNA ke atas Najib? Kini terburailah perut Najib sepertimana yang didoakan oleh TGNA. Inilah tanda makbul dari doa seorang ulama, terbarai perut diistilahkan sebagai terbongkar rahsia yang disimpan sejak tahun 2007, iaitu ketika Najib sendiri memimpin Kementerian Pertahanan.


Hayati klip-video di atas.

Antara Scorpene dan Ghadir, Mana Lebih Baik?


Saya nak pengunjung blog ini membandingkan antara dua buah kapal selam, yang mana lebih hebat sekiranya kedua-duanya bertempur. Mana lebih baik antara Scorpene dan Ghadir? Anda nilaikanlah sendiri.

Scorpene Buatan Perancis - RM3.4 Billion untuk 2 bijik

Harganya ialah RM3.4 billion. Kapal ini dibeli atau mula dibina pada tahun 2000. Ia buat bersama oleh syarikat DCNS Peranchis dengan Navatia Sepanyol yang memang pakar dalam pembuatan kapal selam. Kapal ini dibanggai kerana berkeupayaan dapat mengawal perairan, dapat menyelam sejauh 100 hingga 200 meter.

Ia juga dilengkapi dengan pelbagai kemudahan modern dan kelengkapan perang enam tiup peluru berpandu yang boleh dilancarkan serentak. Peluru berpandu ini anti kapal permukaan dan terpedo antikapal selam.

Ianya berkuasa diesel dan elektrik dengan kelajuan 20 knot nautika itu berkemampuan membawa 10 torpedo dan 30 periuk api, manakala pengisian peluru berpandu menggunakan sistem automatik sepenuhnya





 Ghadir Buatan Iran - saya estimate RM50juta setiap satu.

Iran telah membina sendiri beberapa kapal selam kecil yang ‘halimunan’ iaitu tidak dapat dikesan oleh radar dan sonar. Kapal selam ini diberi nama Ghadir.

Kapal selam ini dapat mengesan kapal dan kapal selam musuh serta memusnahkannya dengan peluru berpandu atau torpedo. Ianya dilengkapi dengan peralatan dan teknologi yang canggih dan terkini.

Spesifikasi : Berat 120 tan , Panjang 29 m , Kelajuan permukaan air 11 knot, Kelajuan dasar laut 8 knot , Senjata Torpedo 2533 mm peluru berpandu dan pelancaran periuk api , Enjin Disel Elektrik













Baiklah, kita andaikan sebijik Ghadir harganya RM50juta merujuk kepada saiz dan kualitinya.

Scorpene yang berharga 1.7billion setiap satu ditempah sejak tahun 2000 dan salah satu daripada dua bijik yang diorder telah sampai ke perairan Malaysia pada July 2009. Lagi sebijik mungkin tahun depan.

Malaysia telah menghabiskan 3.4Billion atau sebenarnya hampir 4Billion jika termasuk komisyen yang syarikat Razak Baginda dapat. Penterjemah bahasa peranchis ketika itu ialah Altantuya, yg cuba minta sedikit habuan daripada 500juta tersebut.

Daripada 3.4Biliion, kita boleh beli 68 bijik kapal selam buatan Iran (sekiranya estimate saya tepat sebijik = RM50juta).

Bayangkan, 2 biji kapal selam diserang oleh 68 bijik mini-kapal selam. Atau, apa yang 2 bijik kapal selam dapat cover dalam perairan Malaysia nie berbanding 68 bijik kapal selam? 10 di Selat Melaka, 10 di Laut China Selatan, 20 di Laut Sulu dan selebihnya 28 bijik kapal selam di selat tebrau mengelilingi rakan kita Singapura.

Bayangkan jer la...

Sunday, December 27, 2009

Kalau Artis, Boleh Tangguh Ujian Air Kencing.... Baik Punya Otek...



Kalau setakat cerita, semua orang boleh buat cerita. Artis backing artis, lebih kurang macam family backing family. Ini hari kau, esok hari aku, kita sama-sama tolonglah. Memula nak sambut birthday, pastu singgah pulak disko sebab kawan sorang tu belum abis shooting. Abistu apebenda yang sebenarnya nak disambut?

Kalau institusi kepolisian boleh memberi kelonggaran terhadap seorang artis dalam menjalankan tugas, bagaimana agaknya laluan yang diberi sekiranya orang yang ditahan itu seorang public figure bertaraf menteri? Jamaludin Jarjis umpamanya, raba bontot sampai tutup kes.

Boleh ke, bila pak polis tengok orang yang ditahan itu ialah seorang artis, dan atas alasan nak jaga maruah seorang artis, pak polis sanggup bagi 'can' kepada artis ini untuk cerita kat balai instead menjalankan ujian air kencing di tempat kejadian. Kalau maruah artis tu pak polis jaga, maruah Polis di Raja Malaysia siapa yang nak jaga?

Bila dah sampai balai, minum pulak air limau / air kelapa kasi potong steam, maka keputusan positif pun boleh berubah jadi negetif. Ataupun memang nak bagi keputusan negetif bila si pesalah itu adalah seorang  public figure yang boleh 'cerita-lebih-kurang' dengan polis.

Cuba anda sekalian yang bijak pandai fahami kronologi ceritera di bawah;
 
Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ

PUTRAJAYA: “Memang saya ada di situ (Bukit Bintang) atas jemputan Scha,” kata Awal Ashaari, 28, ketika sidang media khas berhubung dakwaan pelakon dan pengacara popular itu enggan membuat ujian air kencing semasa serbuan di Rootz Club, Bukit Bintang awal pagi kelmarin.

Menurut Awal, dia dijemput bagi meraikan Hari Jadi kawan kepada pengacara dan pelakon Scha Al-Yahya yang kebetulan baru tiba dari Melbourne, Australia di Restoran Teeq Brasserie, Lot 10, Bukit Bintang.

Awal menganggap dia telah melakukan satu kesilapan apabila menukar fikiran dalam masa yang singkat.

“Saya datang awal sedikit dan tidak kenal siapa kawan Scha itu. Sementara menunggu Scha, saya lepak seketika di Rootz Club.

"Sebenarnya, saya berada dalam situasi yang salah dan bukannya berniat untuk bersuka ria di kelab malam itu.
Scha turut hadir dalam sidang media itu.

“Perkara ini bertukar sebab Scha yang lewat. Insiden ini memberi kesan negatif kepada karier dan keluarga saya..Ia pertama kali berlaku dalam hidup saya sepanjang lima tahun bergelar artis,” luah Awal dalam keadaan tenang selepas sidang media Malam Kemuncak Sehati Berdansa musim ketiga di Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini, malam tadi.

Tambahnya, “Apabila saya sampai di dalam kelab itu, tiba-tiba sahaja lampu dibuka dan muzik dipadamkan. Seorang wanita memberitahu satu operasi sedang dijalankan kerana sebelum itu terdapat satu pergaduhan.

“Saya hanya mengikut arahan polis dan duduk bersama lelaki lain di bahagian hadapan manakala perempuan di bahagian belakang.

“Kemudian kami dalam 30 orang diarahkan ke bilik air untuk membuat ujian air kencing.Saya masuk ke dalam bilik air itu dan cuba tetapi tak mampu keluar apa-apa,” cerita pelakon filem ‘Syurga Cinta’ ini.

Pengacara program Sehati Berdansa ini juga akui tertekan dengan pihak media yang menjerit namanya sehingga tidak mampu memberikan sampel air kencing itu dan ditahan sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.

“Saya beritahu tak boleh (memberikan sampel air kencing) dan tunggu juga. Dalam masa yang sama ramai juga media yang menjerit nama saya.

“Saya juga dihimpit dan diasak oleh mereka seolah-olah saya seorang hero. Tetapi saya tetap pegang botol (sampel air kencing) dan cuba lagi kerana lelaki (polis) di hadapan saya kata cuba lagi.

“Saya rasa mungkin saya tidak dapat (memberikan sampel air kencing) kerana tertekan dan tidak pernah alami insiden seperti ini.

“Saya mengalami tekanan dengan teruk sehingga mencuba beberapa kali tetapi tidak berjaya..selepas itu, mereka kata kalau tak boleh, mereka mahu bawa saya ke IPK Kuala Lumpur. Jadi, saya terus kata tak boleh.

“Apabila dibawa ke balai, akhirnya saya berjaya memberikan sampel air kencing selepas minum tiga botol air dan ujian itu didapati negatif,” kata Awal.

Awal juga menceritakan tentang bagaimana dia dilayan dengan baik oleh Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Supritendan Sharifah Hawariah Syed Idrus ketika berada di IPK Kuala Lumpur.

“Sharifah Hawariah meminta maaf kepada saya kerana terpaksa membawa saya ke IPK Kuala Lumpur. Dia membenarkan saya berehat di bilik pejabatnya buat sementara waktu kerana ramai media yang menunggu di luar. Selepas itu, saya berbincang dengannya selama tiga jam dalam bilik itu.

“Kemudian, saya tertidur di situ sehingga pukul 11 pagi. Pada pukul 11.30 pagi baru pengurus saya datang mengambil saya.

"Saya harap orang tak salah anggap kerana saya bukannya terlibat dengan dadah. Tetapi ada seorang pelakon dan pengacara yang turut berada di situ telah positif dadah.

“Saya bersih dari dadah dan bukan di bawah pengaruh alkohol. Jika tidak percaya, boleh bertanya dengan Sharifah Hawariah sendiri. Saya juga cuba mendapatkan surat tentang apa yang berlaku,” ulasnya lagi.

Dalam pada itu, Scha yang turut berada dalam sidang media itu mengaku mereka tersilap percaturan apabila terpaksa menukar rancangan untuk pergi ke Rootz apabila Teeq telah tutup.

“Saya lambat kerana baru habis menjalani penggambaran Awan Dania pada pukul 1.30 pagi. Apabila saya sampai di Teeq, tempat itu dah tutup.
Scha berwajah sugul sepanjang sidang media itu berlangsung.

“Saya terpaksa tukar tempat ke Rootz kerana tiada pilihan lain. Lagipun bukan Hari Jadi saya..tetapi saya rasa kecewa,” luah Scha dalam keadaan sugul.

Scha berkata dia langsung tidak mengetahui tentang situasi yang berlaku pada malam itu dan menurut sahaja apabila diarahkan membuat ujian air kencing.

"Saya tidak membantah dan pergi membuat ujian. Saya tidak minum (minuman keras) kerana baru baik dari demam dan tuduhan itu tidak adil..," tegasnya.

Pada Jumaat lalu, Pengurus Awal, Azlina Merican yang dihubungi berkata, dia amat terkejut dengan berita itu dan menafikan sekeras-kerasnya Awal terbabit dengan kes tersebut.

"Saya terkejut dengan berita itu. Saya pun baru dimaklumkan oleh seorang teman sebentar tadi namun berita ini tidak berasas sama sekali.

"Apa yang saya boleh katakan, artis itu memang bukan Awal," katanya.

Bagaimanapun, semalam Azlina telah memohon maaf kepada mStar Online atas kesilapannya yang menafikan perkara itu.

“Saya minta maaf sebab saya salah faham. Saya sebenarnya mahu menafikan Awal disabit positif dadah.

“Namun saya tetap ingin menafikan tentang dakwaan mengatakan Awal enggan membuat ujian air kencing dan dia juga tidak menyorok dalam bilik air seperti yang didakwa,” kata Azlina di sini.

Semalam, Awal bersama 21 pengunjung kelab malam 'haram' ditahan di bumbung sebuah pusat beli-belah di Jalan Bukit Bintang itu.

Pelakon berusia 28 tahun itu ditahan kerana enggan menjalani ujian air kencing dalam serbuan pukul 3.15 pagi itu.

Difahamkan, pelakon Ridzuan Hashim dan Juliana Evans turut berada di pusat hiburan berkenaan. Namun mereka dibebaskan setelah ujian air kencing yang dijalankan didapati negatif.

Terdahulu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Supritendan Sharifah Hawariah Syed Idrus berkata, pusat hiburan yang terletak di tingkat lapan itu didapati beroperasi tanpa lesen sejak lebih enam bulan lalu pada setiap malam sehingga pukul 6 pagi.

Beliau berkata, kesemua mereka yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur manakala mereka yang didapati positif dadah disiasat di bawah Seksyen 15 (1)9(a) Akta Dadah Berbahaya 1950.
-Mstar

Thursday, December 24, 2009

Terkini : Enjin Kapal Selam Pula Hilang !

TELUK SEPANGGAR: Malaysia sekali lagi dikejutkan dengan satu lagi berita berita kehilangan iaitu enjin kapal selam yang sedang berlabuh di Pangkalan TLDM Teluk Sepanggar.

Kehilangan enjin kapal selam itu disedari setelah pegawai pemerintah kapal selam cuba untuk 'start engine' berkali-kali namun tiada langsung tindakbalas dari bilik enjin kapal selam. Setelah diusul periksa, perajurit laut mendapati kedudukan enjin kapal selam tersebut telah tiada ditempat asal lantas melapurkan kejadian yang tidak diingini ini kepada pegawai pemerintah.

Kini kapal selam tersebut tersadai dengan ketiadaan enjin yang bernilai setengah Bilion itu. Sumber risikan mendapati kemungkinan enjin tersebut telah dicuri oleh orang-orang monggol sebagai sebuah 'pampasan'. -Butusan Malaysia

sila hayati berita di bawah;

Kadar bayaran tambahan sesi persekolahan 2010 diseragam

KUALA LUMPUR: Bayaran untuk sesi persekolahan baru yang akan bermula pada 3 dan 4 Januari depan ditetapkan RM24.50 bagi setiap murid sekolah rendah dan RM33.50 murid sekolah menengah di seluruh negara.

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, berkata kadar bayaran tambahan itu diseragamkan untuk semua pelajar sekolah rendah dan menengah mulai tahun depan, berbanding pakej pembayaran A, B dan C yang berdasarkan jenis pekerjaan ibu bapa sebelum ini.

Pecahan bayaran bagi sekolah rendah ialah RM3 untuk kokurikulum, kertas ujian dalaman (RM6), sukan tahunan sekolah (RM6), kegiatan Pendidikan Islam untuk murid beragama Islam atau Pendidikan Moral untuk bukan beragama Islam (RM6), Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (RM2) dan Insurans Takaful (RM1.50).

Bagi sekolah menengah pula, bayaran kokurikulum RM6, kertas ujian dalaman (RM10), sukan tahunan sekolah (RM6), kegiatan Pendidikan Islam atau Pendidikan Moral (RM6), MSSM (RM4) dan Insurans Takaful (RM1.50). 

Tuesday, December 22, 2009

UMNO Juara Barisan ?


UMNO ialah juara Barisan Nasional. Mereka membuktikan kejuaraan mereka dengan satu gerakan merampas kedudukan pengerusi BN Pulau Pinang daripada parti yang didominasi oleh kaum cina iaitu Gerakan. Inilah yang dikatakan tolaransi antara kaum, juga dikatakan tolaransi 'Ketuanan Melayu'.

Macamana dengan kaum cina 1Malaysia? Masih sokong lagi? Macamana dengan melayu 1Malaysia, nak sokong parti yang membuktikan sikap perkauman mereka demi kepentingan politik?

Terima kasih UMNO. Kerana mementingkan bangsa Melayu. (kah kah kah)

Konvensyen PR saksi PAS-DAP berdamai


Sumber: Malaysiakini

Konvensyen Pakatan Rakyat di Shah Alam hari ini menyaksikan perdamaian di antara PAS yang menjuarai aspirasi 'negara Islam, dan juga DAP yang menjuarai gagasan 'Malaysian Malaysia.'

Prasangka itu seolah-olah terpadam langsung daripada pemikiran beberapa pemimpin yang mengambil peluang mengulas Dasar Pakatan Rakyat, juga dirasmikan hari ini di auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Tiada gimik yang melampau-lampau diadakan semasa perasmian tersebut, malah secara keseluruhannya konvensyen tersebut diperhatikan berlangsung dalam suasana yang cukup sederhana.

Kesemua pembahas dan pemimpin parti yang berucap juga menggunakan bahasa Melayu, selari dengan usaha Pakatan untuk memartabat dan memperluas Bahasa Melayu seperti dimaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan, turut dipersembah sebagai dasar Pakatan.

Kata kunci yang kerap diulang oleh para jurucakap dalam konvensyen sulung pakatan itu hari ini ialah 'sepakat' dan 'kerjasama,' manakala kemesraan pula nampaknya semakin terjalin, khususnya antara PAS dan DAP seperti yang diungkapkan seorang pembahas.

Wakil DAP, V Sivakumar semasa dalam sidang perbahasan dasar tersebut pagi ini berkata Pakatan Rakyat perlu mencontohi hubungan antara parti pakatan itu di Perak yang diuji dengan "rampasan kuasa."

'Satu bentuk kekuatan'

"Kalau dulu kita berpegangan tangan, sekarang kita sudah berpelukan," katanya sambil berseloroh kepada hadirin di dewan MBSA, Shah Alam.

Pemimpin PKR, Datuk Zaid Ibrahim pula berkata konsep kerjasama dalam pakatan harus lebih diserlahkan sebagai satu bentuk kekuatan kepada pakatan itu.

"Kekuatan PAS, DAP dan PKR sekarang bukan boleh diukur seperti dulu. Sekarang kalau di Kelantan PKR lemah, PAS kena bantu dan kalau di Perak PAS lemah, DAP dan PKR kena bantu," kata Zaid lagi.

Di sudut PAS, isu kesepakatan itu antara lainnya diulas oleh presidennya sendiri Datuk Seri Hadi Awang yang berkata dasar tersebut merupakan salah satu peluang kepada PAS untuk membuktikan mereka juga mampu "berpakat."

"Marilah kita dahulukan apa yang boleh kita sepakati dahulu. Kita perlu pertahankan kerajaan di negeri-negeri yang dikuasai," katanya yang turut menyeru ahli pakatan supaya mengambil iktibar daripada perpecahan yang berlaku dalam BN.

Isu melibatkan kedudukan orang Melayu turut mendapat perhatian, antaranya apabila diulas pemidato PAS, Salahuddin Ayub yang berkata Pakatan juga tidak akan mengambil pendekatan sama seperti Umno dan BN dalam mempertahankan kedudukan istimewa orang Melayu yang dimaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan.

"Kita seru kepada rakan-rakan kita supaya jangan takut dengan Perkara 153 kerana ini adalah untuk memberi (bantuan) kepada golongan yang berhak.

'Kami tak cemburu'


"Perkara 153 sebelum ini dicabul oleh Umno dan BN untuk memperkayakan keluarga dan kroni mereka," kata Salahuddin yang juga naib presiden PAS.

Tambahnya, Pakatan akan menyemak semula akta-akta melibatkan institusi penting bagi orang Melayu, termasuk Majlis Amanah Rakyat (MARA), Permodalan Nasional Bhd (PNB) dan juga Tabung Haji.

Ketua pergerakan sosialis pemuda DAP, Anthony Loke pula berkata isu melibatkan kepentingan Melayu tidak lagi akan dipersoalkan oleh pergerakan itu, selagi tidak mencabuli hak bagi mereka yang sepatutnya.

"Tuan-tuan tidak perlu risau kerana DAP akan tetap memperjuangkan kepentingan Melayu," katanya, mengulas janji Pakatan untuk sentiasa memelihara kedudukan Istimewa orang Melayu, sejajar dengan Perkara 153 Perlembagaan Malaysia yang didukung itu.

"Kita tidak akan cemburu sedikitpun kalau ada orang Melayu yang miskin yang dapat biasiswa ke universiti.

"Namun apa yang kami tentang adalah anak-anak ketua-ketua bahagian Umno, kontraktor-kontraktor Kelas A yang kaya raya tetapi masih mahu membolot biasiswa," katanya lagi.

Rundingan semula

Seorang lagi pemimpin DAP Tony Pua berkata dasar Pakatan ini akan membolehkan ekonomi negara dapat ditadbir dengan memberi lebih keuntungan kepada golongan yang kurang berkemampuan.

Katanya, melalui dasar ini, sistem tender terbuka akan dirombak dan membuat rundingan semula ke atas kontrak-kontrak kerajaan yang didapati menguntungkan sesuatu pihak sahaja.

Langkah di bawah dasar Ekonomi Demokratik dan Telus ini turut menghalang pengenalan cukai baru seperti Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang baru dikemukakan di Parlimen.

"GST ini pada awalnya mungkin pada kadar empat peratus sahaja, tetapi mungkin ia akan naik sehingga 17 peratus atau 20 peratus. Pada masa itu yang rugi adalah rakyat jelata," katanya.

Pemimpin DAP, Tunku Abdul Aziz berkata pelancaran dasar pakatan itu hari ini merupakan "langkah awal ke Putrajaya," apabila Pakatan Rakya berjaya menguasai "prejudis" yang selama ini menjadi halangan kepada kerjasama antara parti.

Katanya lagi, Pakatan kini memasuki fasa baru dan tidak lagi wajar untuk terus duduk dalam zon selesa sebagai pembangkang.

"Memang mudah jadi pembangkang, tapi sekarang kita sudah menubuhkan kerajaan di negeri-negeri. Kita tidak boleh lagi berlagak seperti pembangkang," katanya lagi.

Saturday, December 19, 2009

Dasar bersama Pakatan sasar Putrajaya

Pakatan Rakyat mempertingkatkan usahanya untuk menguasai Putrajaya dengan mengumumkan dasar bersama Pakatan yagn menjanjikan pembaharuan segera dan kesaksamaan.

Sebagai respons kepada musuh politiknya, Barisan Nasional, dasar bersama itu berjanji untuk mengurangkan dasar-dasar yang berasaskan kaum dan menggubal akta hubungan kaum dan akta peluang saksama serta dasar-dasar lain yang berasaskan merit seperti pemberian biasiswa kerajaan.

Ia turut menjanjikan layanan istimewa kepada Sabah dan Sarawak - di mana pengaruh Pakatan tidak kuat - dengan menjanjikan akses kepada royalti minyak serta berjanji untuk menyelesaikan masalah-masalah yang sudah lama berlanjutan.

Pakatan juga berjanji untuk menubuhkan suruhanjaya diraja untuk menyelesaikan isu-isu membabitkan isu pendatang haram, yang didakwanya tidak diberi perhatian oleh kerajaan pusat.

Sokongan kuat dari dua negeri Malaysia Timur itu amat penting dalam usaha Pakatan untuk menguasai Putrajaya dalam pilihanraya umum kerana satu perempat jumlah kerusi parlimen adalah dari sana.

Pakatan juga berjanji untuk menangani isu-isu agama yang selama ini telah menimbulkan pergeseran antara parti Islam PAS dan parti sekular DAP.

Di samping itu, Pakatan juga berjanji untuk mewujudkan satu mekanisme yang komprehensif untuk menangani kes-kes di mana berlaku bertindihan antara undang-undang sivil dan Syariah.

Untuk tujuan itu, sebuah suruhanjaya diraja akan ditubuhkan untuk mengkaji secara mendalam isu-isu yang berkaitan dengannya.Agihan ekonomi negeri

Di peringkat institusi pula, Pakatan berjanji untuk memastikan kebebasan dan ketelusan sepenuhnya Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman bagi memulihkan keyakinan rakyat terhasdap sistem kehakiman.

Pembaharuan lain yang dijanjikan termasuk menjadikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), Petronas dan institusi-institusi kerajaan yang lain dipertanggungjawabkan terus kepada Parlimen.
Ini termasuk mendapatkan kelulusan Parlimen bagi pelantikan jawatan penting kerajaan seperti ketua polis negara, peguam negara, pesuruhjaya SPRM dan ketua audit negara.

Mengenai ekonomi, Pakatan bercadang mendesentralisasikan pengurusan ekonomi negara bagi meningkatkan kecekapan, produktiviti dan taburan pembangunan yang seimbang.

Cadangan ini termasuk pengagihan kuasa pentadbiran dan ekonomi dan pelaksanaan kerja-kerja infrastruktur kepada kerajaan negeri.


(Artikel di Atas disalin tampal dari Malaysiakini tanpa kebenaran rasmi.)

Thursday, December 17, 2009

Ada Jugak Orang Malaysia Sokong Vietnam ?

 Posting di bawah ialah post edyes di Tranungkite memandangkan ramai sangat yang sokong Vietnam di arena forum TKO. Di bawah adalah kenyataan rasmi dari edyesdotcom kepada mereka2 yang tak segan sokong Viet. untuk tatapan pengunjung;


Kalau korang nak tau, team Malaysia kali ini adalah team paling kuat berbanding Thai, Viet dan yang lain2.

Masa lawan Viet dalam kumpulan hari tu, mungkin ceritera perlawanan tu yang berpunca dari kepincangan pengadil memberi kelebihan penuh kepada vietnam. Namun perlawanan repeat kali nie menemukan buku dan ruasnya.

Korang tengok la malam nie macamana vietnam kena ratah dengan team rajagopal. Korang yang sokong vietnam nie rasa viet tu kuat sangat ke? Dia ratah singapura yang tiada pemain import! draw dgn Thai, draw dgn timur leste 1st half. kuat sangat ke?

yang sokong vietnam tu boleh la tukar kewarganegaraan, carik balik uri yg mak bidan korang tanam dulu, gi tanam balik kat tanah vietnam. kalau kat jepun korang sebut sokong team lain mcm nie boleh kena penampar jepun. kalau kat korea korang sebut sokong team lain mcm nie boleh kena penampar korea. kalau tak sokong team negara sendiri, kenapa sibuk sokong team luar?

aku tak rasa optimist untuk katakan Malaysia akan hentak vietnam kaw kaw! Kena yakin jugak team kita nie boleh pergi jauh. MU pun hampir tersungkur berbanding team senior yang kalah 6-0 lepas tu bila habis game, BERLARI si sharul azhar mintak tukar baju dengan beckham. Dah dapat baju beckham melompat2 macam beruk tak sedar diri dah kena 6bijik tanpa balas. ok berbalik kepada final sukan SEA.

Percayalah kali ini kita boleh menang lawan viet. bukan aku nak suruh korang sokong presiden FAM ataupun KJ, tapi demi kebangkitan pasukan Malaysia dalam arena bolasepak moden. Bila lagi nak bangkit kalau bukan hari nie? Ini pasukan masadepan! Bagi peluang untuk diorang cipta satu titik kebangkitan. Sokonglah diorang, bukan sokong viet!

Akhir kata, Final nie kira satu open game, tak macam semi-final. The Best Team Win. bak kata Alan Haris, "if you cant score, how could you win?". So, All the best untuk pasukan Harimau Malaya untuk score sebanyak yg boleh.

ulasan penuh edyes di sini

yang nie pulak ulasan masa lepas menang lawan Laos



Malaysia Atau Vietnam ?



Sudah tentu saya memilih Malaysia untuk memenangi perlawanan Akhir Sukan SEA 2009. Bukanlah pingat emas yang menjadi pertaruhan, tetapi maruah negara.

Perlawanan antara Malaysia dan Vietnam penuh dengan signifikasi kerana Vietnam sendiri sedar bahawa mereka sentiasa menjadi penghalang pasukan Malaysia dalam dekad ini. Mereka pastinya tidak akan benarkan kemenangan berpihak kepada Malaysia lantas menjadi satu titik 'turning point' yang memberi laluan kepada pasukan Malaysia digelar Raja Asia Tenggara pada masa hadapan.

Petang ini jam 6 petang, tekanan yang lebih kuat pastinya akan dirasai oleh pasukan yang sebelum ini menang dengan jaringan 3-1 pada peringkat kumpulan. Adalah menjadi satu bebanan untuk mempertahankan rekod kemenangan berbanding mencari kemenangan dan Vietnam juga dipilih sebagai 'favorite' maka dengan faktor ini, saya menganggap Vietnam akan merasa lebih tertekan.

Dari segi permainan, saya berasa amat lega kerana Rajagobal menerapkan permainan grounder meskipun ia memerlukan fitness yang sangat tinggi berbanding dengan permainan longball. Bola sepak Malaysia begitu terkenal dengan stail permainan longball. Dari bawah bagi loop tan tentu pasal, suruh striker kejar bola. Ini permainan yang membosankan. Namun semenjak 2-3 tahun ini, timbul kesedaran dalam beberapa pasukan negeri dan kelab untuk bermain secara grounder dan kini pasukan kebangsaan juga mengamalkannya semenjak hasil daripada produk terbaik daripada FAM iaitu Pasukan Bawah-23tahun Malaysia.

Rata-rata pemain dalam liga Malaysia, yang bermain untuk negara ataupun tidak, begitu lemah dalam aspek penguasaan bola iaitu antara aspek terpenting. Walaupun kebolehan menghantar boleh adalah baik, tetapi penguasaan bola kurang. Apabila dikatakan lemah dalam penguasaan bola, ia merujuk kepada penguasaan bola di atas padang. Saya percaya penguasaan bola di udara adalah jauh lebih teruk. Oleh demikian, memilih permainan grounder adalah tepat untuk pasukan kebangsaan, dengan menitikberatkan stamina bagi menguasai tempo permainan yang lebih mantap.

Ok kita fokus kepada perlawanan akhir petang ini, Malaysia Lawan Vietnam. Jika Malaysia nak tamatkan kemarau kejuaraan sukan SEA, Bahagian tengah perlu berfungsi dengan baik. Kerana saya menjangkakan Vietnam akan bermain secara counter attack, maka bahagian tengah yang kuat mampu menghalang thru-pass yang merbahaya yang juga membolehkan gol pantas dijaringkan.

Vietnam pastinya mengekang flanker kita di sebelah kiri dan kanan kerana kebanyakkan gol penting negara hadirnya dari serangan tepi. Maka Rajagobal harus menggunakan kehadiran Zakuan yang boleh gelecek 3 orang tu. Biar Safiq Rahim main peranan gempur sambil melakukan thru-pass dan disambut oleh Aidil Zafuan. Thru-pass kepada flanker Kunalan pun bagus jugak dan Kunalan kena berani rembat sepertimana Kuna bermain untuk N9. Masa lawan Laos pun, Kunalan dah ada angle untuk score tapi buat passing pulak.

Saya melihat permainan Gurusamy begitu baik sekali digandingkan dengan Badrul-2golbaikpunya-Bakhtiar. Apabila penguasaan tengah menjadi, maka segala punca serangan yang berkualiti dapat dilontarkan kepada penyerang untuk di'sudah'kan. Saya minta agar pasukan Malaysia memanfaatkan setiap hantaran dan lebih berani membuat thru-pass bagi memecah benteng berlapis Vietnam.

Akhir sekali, jangan biarkan Vietnam melakukan jaringan awal kerana pastinya gol tersebut akan dipertahankan. Manakala pasukan Malaysia pula, sekiranya dapat gol awal, tolonglah cari lagi sebijik gol untuk merendahkan tekanan permainan dan secure kelebihan yang ada. Dalam apa jua jenis peperangan, cara pertahanan terbaik ialah melakukan serangan.

Kehadiran kembar lagi sorang tu, jangan diabaikan. Pemain yang pantas, boleh gelecek beberapa pemain dan mempunyai goal-instinct yang tinggi. Vietnam pasti kunci player kita sorang nie.

Kepada yang belum tau, petang nie game ada live dari dua stesen iaitu TV2 dan TV3. Sampai dua stesen nak tayang final game. Masa peringkat kumpulan dulu habuk pun takde macam tak bagi harapan langsung. full stop.

Akhir kata, Sekiranya pasukan kita menang pada perlawanan yang akan berlangsung sekitar jam 5.30 petang nie, sekaligus menghalang Vietnam daripada mencipta sejarah menang emas Sukan SEA untuk kali pertama. Kemenangan Malaysia akan mengecewakan penyokong Vietnam yang berdekad-dekad menanti detik menang emas temasya sukan SEA. Ia pasti menjadi satu upset yang begitu hebat untuk rakyat Vietnam dan pasti sukar dilupakan untuk sedekad lamanya. Selama ini Malaysia banyak dikecewakan oleh Vietnam di peringkat Semi-final mahupun peringkat kumpulan, kini biarlah mereka rasa kecewa yang lebih dasyat.

Malaysia 2-0 Vietnam !

Tuesday, December 15, 2009

Buek Malu orang Jolobu... Menteri Chakap Orang Phuteh...


Malu poik !!!

Apa bengap punyer menteri? Dah repoter tu dari The Star, dah tentu la soalan pun dalam English. Takkan tak pandai nak reply kot menteri sorang nie selain daripada memalukan kawan tu.

Bodoh punyer menteri ! Tak berseni langsung !

"OK Go Ahead... and fcuk yourself!"

Ambil Iktibar Pasukan Laos !



Pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah kepada pasukan Malaysia kerana telah menjejaki Final Sukan SEA pada edisi kali ini. Kali terakhir menjejakkan kaki di final adalah ketika Malaysia menjadi tuan rumah Sukan SEA tahun 2001.

Saya berada di Stadium Shah Alam pada final tahun 2001, kedudukan saya betul-betul di hadapan pintu gol Malaysia pada separuh masa kedua. Waktu itu kita bertemu dengan pasukan Thai dan kedudukan masih lagi seri walaupun perlawanan telah memasuki minit terakhir.

Satu hantaran lintang dari pemain Thai, manakala tiada pula pemain Thai yang merebut bola di kotak penalti ketika itu kerana hantaran lintang yang diberikan terlalu ke dalam. Dengan tidak semena-mena, penjaga gol Malaysia ketika itu dianggap tersohor, Kamarulzaman kalau tak silap saya namanya, telah menampan bola tersebut ke dalam gol sendiri untuk memberikan pingat emas kepada pasukan Thai. Habis cerita tahun 2001, dan itu cerita lama yang sengaja saya ungkit memandangkan saya 'endure' perlawanan akhir tersebut dengan ending yang agak pilu.

Hari ini ada sesuatu yang harus menjadi iktibar kepada pengurusan bola sepak Malaysia, kepada pasukan Malaysia, kepada rakyat Malaysia dan juga peminat bolasepak serata Asia Tenggara. Perkara yang perlu diberi perhatian di sini ialah kebangkitan pasukan sekerdil Laos. Pasukan yang selama ini mejadi belasahan semata-mata walaupun pernah mencalarkan Malaysia pada tahun 1997.

Perlawanan malam tadi cukup mendebarkan, sebelum Laos menjaringkan gol penyamaan saya telah sms kepada rakan seperjuangan peminat pasukan kebangsaan bahawa, Laos benar-benar menyimpan kekuatan mereka untuk separuh masa kedua. Mereka telah bermain secara bertahan sepenuhnya pada 1st half dan pada 2nd half, mereka menunjukkan kekuatan sebenar sehingga berjaya menjaringkan gol penyamaan. Gol cantik dari jarak 30 meter itu benar-benar menguji kekuatan mentel pemain Malaysia serta menggemuruhkan seluruh penyokong Malaysia di kaca TV2.

Laos pasukan belasahan hampir-hampir mengejutkan pasukan kebangsaan kita buat kali kedua. Ketika gol penyamaan tersebut, saya sendiri berasa gentar barangkali keputusan upset bakal terhidang. Namun syukur kepada tuhan kerana pemain negara berjaya menyerap tekanan dengan begitu baik sekali dan secara bersahaja mencari gol kemenangan. Umpama tiada tekanan, dua gol tambahan berjaya diledakkan untuk membawa Malaysia ke penentuan emas-perak pada hari Khamis nanti.

Perlawanan akhir kali ini memberikan satu lagi peluang buat pasukan Malaysia membalas dendam terhadap tentera Viet yang selama ini menjadi penghalang utama dalam mana-mana kejohanan yang melibatkan pasukan Asia Tenggara. Inilah masanya untuk pasukan Malaysia bangkit, peluang yang jarang dimiliki dalam era bolasepak negara pada waktu ini.

Kita tinggalkan final untuk dilagukan pada Khamis nanti, kini kita perlu melihat bagaimana pasukan Laos secara mendadak menjadi sebuah pasukan yang digeruni. Pasukan bawah-23 Laos telah menjadi sekuat Indonesia, sehebat Myanmar dan Singapura malah menyaingi pasukan kebangsaan kita malam tadi umpama menentang Vietnam. Pasukan inilah yang akan memberikan tentangan pada masa hadapan.

Bayangkan, pasukan Laos menang lawan Indonesia, seri dengan Myanmar dan Singapura untuk muncul sebagai juara kumpulan. Kemudian bertemu pasukan Malaysia dan memberi tentangan sengit pada separuh masa kedua. Boleh dikatakan, Laos hampir-hampir mencipta kejutan kepada Malaysia. Apakah perasaan anda ketika Laos menyamakan kedudukan? Adakah anda masih rasa Malaysia akan layak ke final pada ketika itu?

Apakah rahsia Laos? Bertapa selama setahun? Apakah Malaysia tidak boleh melakukan perkara yang sama dan sebagai hasilnya, kita memberikan kejutan kepada pasukan ternama Asia seperti Jepun dan Saudi Arabia?

Kita harus mengambil iktibar daripada pasukan Laos. Mereka berjaya melakukan sesuatu untuk masa depan bolasepak mereka. Jika saya menjadi salah seorang rakyat Laos, saya pasti berbangga dengan pencapaian sukan SEA kali ini walaupun tidak mencecah ke Final, ia cukup untuk mengejutkan seluruh Asia Tenggara.

Saya mengharapkan Pasukan Malaysia bangkit bukan sahaja di arena Asia Tenggara, tetapi di pentas Asia. Setelah dimalukan pada temasya Piala Asia sewaktu menjadi tuan rumah tahun 2007, kita perlu bangkit tanpa menoleh ke belakang. Lakukanlah sesuatu sepertimana yang berjaya dilakukan oleh Pasukan Laos, tidak salah kita belajar dari sebuah pasukan yang kerdil.

Apapun, sekali lagi saya ucapkan tahniah kepada pasukan kebangsaan kerana berjaya memasuki final. Peluang membalas dendam terhadap Vietnam jangan dilepaskan. Ini adalah peluang keemasan. Saya berdoa agar pasukan kita memperolehi emas bolasepak pertama dalam tempoh 2 dekad lantas menjadi titik kebangkitan pasukan Harimau Malaya.

Ayuh berjuang memartabatkan maruah bolasepak kebangsaan. Kembalikan nostalgia 70an kepada kami, warga melenium.

Monday, December 14, 2009

Pasukan F1 1Malaysia - Pemandu Italy diutamakan, Pemandu Negara Jadi Pak Pacak !

KUALA LUMPUR: Jarno Trulli dari Itali dan Heikki Kovalainen dari Finland dipilih sebagai pemandu Pasukan F1 Malaysia, Lotus F1 Racing, demikian diumumkan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek di Bangunan Parlimen di sini, sebentar tadi.

Pemandu tempatan, Fairuz Fauzy pula sebagai pemandu ketiga.

Pengumuman itu menamatkan spekulasi siapa yang bakal menjadi pemandu pasukan yang akan bersaing pada musim depan.

edyes wrote:

Bodoh! kan ada Fairuz Fauzi dengan Alex Young. Kenapa bagi orang luar?

Sekurang-kurangnya masuk la Fairuz Fauzi, barulah ada rasa macam rakyat didahulukan.

Seorang Lagi Maut Dalam Pusat Membeli Belah !! - Jusco Melaka !!

MELAKA: Seorang maut manakala tujuh parah apabila paip gas di medan selera pusat beli-belah jaya Jasco, di Bachang, di sini meletup, jam 1 tengah hari tadi.

Jurucakap polis berkata, letupan dipercayai berpunca daripada paip gas yang bocor di medan selera berkenaan.


edyes wrote:

Sekali lagi negara dikejutkan dengan kejadian maut yang membabitkan kawasan membeli belah !

Sumber : Bharian

Ketuanan Melayu - Projek Politik Kekal Kuasa !


Oleh Aidila Razak (Malaysiakini)




Konsep Ketuanan Melayu dan kontrak sosial adalah merupakan satu helah politik parti pemerintah untuk kekal berkuasa, kata naib presiden DAP, Tunku Abdul Aziz Ibrahim.

Katanya, jika adapun apa yang dipanggil kontrak sosial, ia tidak ada kena mengena dengan hak istimewa Melayu, tetapi ia merupakan rangka untuk melindungi rakyat.

Beliau berkata demikian dalam majlis forum bertajuk 'Mitos Ketuanan Melayu' anjuran Refsa (Research for Social Advancement) di ibunegara semalam.

Tiga lagi ahli panel ialah Noraini Othman' (UKM/Sister in Islam); pakar sejarah Malaysia, Clive Kessler dan ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) Richard Yeoh.

Menurut Tunku Abdul Aziz, apa yang dianggap rakyat sebagai kontrak sosial adalah sebenarnya satu persefahaman antara pengasas kemerdekaan negara untuk 'tinggal bersama, kita mesti kerja bersama-sama".

Katanya, para pengasas tersebut merupakan golongan yang berfikiran liberal dan tidak pernah terfikir tentang hak keistimewaan orang Melayu.

Beliau juga menegaskan bahawa Malaysia, sebagai sebuah negara, masih belum menemui identitinya ekoran dasar-dasar yang tidak inklusif.

Menurutnya, identiti bersama itu boleh dicapai sekiranya rakyat merasakan mereka dilayan secara adil dalam dasar-dasar yang dilaksanakan dan mereka tidak merasakan bahawa Malaysia adalah tempat milik orang Melayu.

Konsept 1Malaysia 'kabur'


Ditanya sama ada konsep 1Malaysia itu bertujuan menangani isu perkongsian identiti, Tunku Abdul Aziz berkata, idea yang dibawa oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah kabur dan mendakwa perdana menteri sendiri gagal menjelaskannya.

Sebaliknya, kata beliau, konsep 'Malaysian Malaysia' anjuran DAP "tidak mendiskriminasi atau menyokong kesengsaraan rakyatnya."

Tunku Abdul Aziz berkata, beliau secara peribadi percaya kepada konsep tersebut sejak sebelum menyertai DAP lagi dua tahun lalu.

Menurutnya, konsep Malaysian Malaysia itu, apabila pertamakali diperkenalkan oleh pemimpin Parti Bertindak Rakyat (PAP) Lee Kuan Yew pada 1960-an, wujud banyak rasa curiga di kalangan pelbagai masyarakat etnik ekoran jurang ekonomi yang luas.

Pandangan tersebut turut dikongsi oleh Noraini yang berkata konsep tersebut sesuai dengan keadaan sekarang kerana wujudnya ramai masyarakat kelas pertengahan Malaysia yang bersedia untuk menjadi sebahagian daripada negara yang memberi kesaksamaan
kepada semua rakyatnya.

Beliau bagaimanapun mengakui bahawa masih wujud halangan psikologi di mana ramai orang Melayu yang masih merasakan yang mereka belum bersedia untuk melepaskan 'tongkat' mereka.

Menurutnya, ia merupakan satu lingkaran di mana rakyat masih terperangkap dalam cara pemikiran feudal.

Noraini, yang merupakan penulis bersama buku 'Sharing the Nation', menambah bahawa konsep ketuanan Melayu membuat beliau kecut kerana ia membangkitkan "perasaan penghambaan".

Menurut istilah klasik Melayu, katanya, perkataan 'ketuanan' membawa maksud tuan ke atas hamba tawanan, yang menurutnya, satu konsep pra-feudal yang tidak sama waktunya dengan 1957, 1963 dan hari ini.

Seperti juga Tunku Abdul Aziz, beliau mengingatkan supaya jangan terjebak dengan 'perangkap' ketuanan Melayu, yang dianggapnya sebagai satu 'projek politik'.

Asal usul Ketuanan Melayu

Sementara itu, Yeoh pula berkata, istilah 'Ketuanan Melayu' bermula dengan ucapan Tan Sri Abdullah Ahmad pada 1989 yang berkata orang Melayu mesti dominan dalam kepimpinan politik.

Bagaimanapun, katanya, ucapan itu tidak memudaratkan, tetapi ia telah membawa maksud ketuanan Melayu kepada sesetengah pemimpin Umno yang tidak semestinya faham maksudnya.

Sehubungan itu, katanya, istilah tersebut perlu dilihat mengikut kontek sebenarnya, kerana ia ditimbulkan sewaktu Umno berdepan dengan krisis kepimpinannya di mana Tengku Razaleigh Hamzah mencabar kepimpinan Dr Mahathir ketika itu.

Menurut Yeoh, perlembagaan hanya menetapkan hak-hak keistimewaan untuk orang Melayu dalam bidang-bidang yang sudah pun ada sebelum kemerdekaan, dan tiada lagi keistimewaan baru yang ditambah.

Orang Melayu, katanya, boleh mencapai semua yang mereka telah capai, dan mungkin lebih daripada itu, tanpa istilah Ketuanan Melayu.

Sementara itu, Kessler pula menambah bahawa negara ini sedang melalui gelombang ketiga perjanjian Merdeka yang dipersetujui oleh para pengasasnya - yang pertama datang pada 1969 dan ketiga pada 1972 dengan Dasar Ekonomi Baru (DEB).

Gelombang kedua, katanya, mulai berakhir pada 1999 tetapi terus hidup tanpa kebiasaan dari 2004 "ketika kerajaan merasakan yang semuanya telah dimaafkan, sehinggalah apa yang berlaku pada pilihan raya umum 2008".

Oleh itu, katanya, adalah diharapkan gelombang ketiga ini akan "mendukung semangat perjanjian Merdeka", yang mempunyai tujuan untuk membangunkan sebuah negara yang "pluralistik dan inklusif".

Malah, hujah Klesser, timbalan perdana menteri kedua, Tun Dr Ismail Abdul Rahman pernah berkata bahawa penerusan dasar-dasar afirmatif yang membantu orang Melayu, boleh menjadi satu penghinaan kepada maruah mereka.


Artikel ini disalin tampal dari Malaysiakini tanpa kebenaran.

Thursday, December 3, 2009

Perarakan & Himpunan "Menyokong Kepimpinan Tuk Guru"



Sila hadir beramai-ramai memberikan sokongan terhadap kepimpinan TGNA


Jumaat adalah hari cuti bagi rakyat Kelantan, jadi inilah masanya untuk menunjukkan sokongan. Kehadiran anda dituntut !

3 Bulan Notis dari CEO PMBK !

Menantu menteri besar Kelantan, Abdul Ariffahmi Ab Rahman akan meletak jawatan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) Kumpulan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) berkuatkuasa 23 Mac 2010.

Dalam satu kenyataan hari ini, Abdul berkata, berdasarkan terma surat pelantikannya, beliau perlu memberi notis 90 hari untuk meletak jawatan.

Berikutan itu, katanya, beliau akan memberi notis peletakan jawatannya pada 24 Disember ini.
sumber dan gambar oleh : mkini

edyes wrote:

Macamana sheikh? Puas hati ??

Sheikh Pengkhianat !! Ayuh Desak Sheikh Mohon Maaf Kepada TGNA !



Blog kickdefella berbunyi lagi, kali ini lebih sinis menghentam kredibiliti TGNA. Kononya Ariffahmi belum meletakkan jawatan.

Berikut adalah petikan daripada blog kickdefella;

“Nampaknya TGNA begitu hebat bersandiwara. Ariffahmi belum letak jawatan dan tiada rancangan terdekat untuk letak jawatan.TGNA sokong tindakan Ariffahmi menangguhkan perletakkan jawatannya."

Kalau dah buat statement "Ariffahmi akan meletak jawatan", kalau menantu dah setuju untuk berundur, saya tidak fikir Ariffahmi akan kekal sebagai CEO PMBK. Kenapa kickdefella dengan sewenangnya menuduh si menantu tidak mahu meletakkan jawatan? Termasuk juga menuduh TGNA menyokong tindakkan Ariffahmi menangguhkan perletakkan jawatan seolah-olah beliau ingin kekal di PMBK !

Ini satu tuduhan yang melulu. Sekiranya TGNA mahu menantunya kekal, sudah pasti beliau tidak akan mengarahkan Ariffahmi meletak jawatan. TGNA telah lakukan yang terbaik, mengapa kickdefella tuduh Tok Guru bersandiwara?

Setelah bertahun digajikan oleh Kerajaan Kelantan, inikah balasan seorang yang punya hati perut. Menuduh TGNA bersandiwara adalah satu perkara yang amat serius. Kickdefella harus mohon maaf terhadap TGNA di atas keceluparan yang tidak bersempadan.

Berikut adalah komen edyes di blog kickdefella untuk tatapan pengunjung ;

sheikh jangan melampau sangat! apa yang sheikh sakit hati sangat? pergi lah bergelumang dengan UMNO. TGNA bermatian pertahankan kredibiliti PAS, inikah caranya sheikh balas setelah digajikan selama beberapa tahun? Saya dah tak nampak sheikh kickdefella dengan pendirianya sebelum ini. Saya hanya nampak seorang pengkhianat, yang ingin melihat kehancuran PAS dan meneruskan legesi anti-islamic Barisan Nasional ! Mungkin bukan pengkhianat bangsa, tetapi pengkhianat agama!

Sudah hilang hormat saya pada sheikh pengkhianat nie. Memang kita nampak kickdefella mempunyai agenda yang tersirat iaitu tak lain tak bukan menjatuhkan TGNA supaya musuh luaran dan dalaman senang buat kerja. Mungkin kickdefella telah mempunyai majikan yang baru setelah ditendang dari PMBK. Siapapun  bos baru kickdefella, pasti itulah dalangnya.

Ayuh desak Sheikh pengkhianat mohon maaf dan menarik balik kata-kata nistanya dalam blog kickdefella!

Wednesday, December 2, 2009

Himpunan Raksasa Menyokong Kepimpinan Nik Aziz di Kota Bharu !!


sumber gambar pinkturtle

Salam hormat,

Jika sebelum ini banyak himpunan telah diadakan di ibu negara dengan kapasiti yang besar, termasuk kehadiran dari pantai timur dan utara. Kini tibalah masanya untuk satu lagi himpunan raksasa bagi menyokong kepimpinan Nik Aziz sebagai Mursyidul Am dan Menteri Besar Kelantan.

TGNA adalah seorang pemimpin yang sangat berkaliber dan diiktiraf oleh seluruh dunia. Manakan tidak, beliau dipilih sebagai 50 tokoh Islam terbaik dunia daripada 500 yang terpilih. Mengapa ada barua melayu yang sanggup memperendahkan kredibiliti TGNA dengan mendesak supaya beliau meletakkan jawatan. Ini suatu perkara yang amat memalukan. Walaupun saya bukan anak Kelantan, namun saya sangat berbangga kerana negara ini mempunyai seorang pemimpin yang bernama Nik Aziz.

Cadangan ini saya petik dari blog Aduka Taruna. Demi mempertahankan TGNA, kita harus buktikan kepada semua masyarakat dan pengundi bahawa kita teguh di belakang TGNA dan menyokong sepenuhnya tindak tanduk Mursyidul Am termasuklah doa beliau terhadap kem Najib dan UMNO setelah menafikan hak royalti Kerajaan Kelantan. Penuhkan perhimpunan ini dengan sepanduk-sepanduk yang menyokong TGNA tersayang dan tidak lupa juga sepanduk yang melakhnat barua UMNO.

Kita jadikan solat hajat memohon binasa kepada kemungkaran UMNO menjadi kemuncak perhimpunan ini disusuli dengan ceramah perdana oleh pimpinan Pakatan Rakyat. Dengan ini, dapat dibuktikan betapa rakan-rakan PR 'concern' dengan kesulitan yang dihadapi TGNA selama beliau begitu lantang dengan istikomah menjaga kestabilan Pakatan Rakyat itu sendiri.

Pada kemuncak ceramah perdana itu juga, pimpinan pakatan rakyat terutamanya dari jemaah kepimpinan PAS mempunyai peluang terbaik untuk mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap Gabungan Pakatan Rakyat.

Ayuh, kita adakan himpunan gergasi ini di Kota Bharu. Saya menyeru supaya ada pihak yang sudi menjadi penganjur. (baca : Penganjur BERSIH).

Hidup Tok Guru !!

Semalam Ratus, Hari nie dah Ribu Pulak



Seribu Rakyat Kelantan ?? atau seribu rakyat UMNO Kelantan?

Kalau saya tak silap, semalam ada laporan yang mengatakan jumlah yang meroyan nak suruh TGNA letak jawatan di depan pejabat SUK hanya sekitar 200 orang sahaja. Hari nie boleh jadi seribu pulak?

Kalau tengok gambar-gambar di blog Topeng Perak dan Pink Turtle, saya kira macam tak sampai seratus pun. Aduhai... Utusan begitu bebal dalam bidang kira-kira, letak jumlah pun ikut perasaan.

Utusan memang sebuah akhbar yang LOW-CLASS ! Kalau betulpun akhbar utusan merupakan sayap UMNO, sekurang-kurangnya sampaikanlah berita dengan sedikit telus.

Tuesday, December 1, 2009

Mahathir : Inilah UMNO...


1. Pilihanraya Umum ke-13 hanya dua tahun lagi. Saya sedang meneliti reaksi rakyat terhadap UMNO dibawah pimpinan baru. Saya terkejut. Saya terkejut kerana seorang bekas pemimpin UMNO yang kanan telah meluahkan perasaannya dengan berkata "UMNO is rotten to the core" (UMNO busuk hingga ke ususnya).

2. Beliau telah berkata yang beliau sedang memikir untuk menyokong PAS. Beliau juga berkata beliau telah bertemu ramai pemimpin-pemimpin UMNO yang telah bersara dan mereka speendapat dengannya.

3. UMNO busuk daripada peringkat terendah hingga ke peringkat tertinggi katanya. Di cawangan, ketua cawangan hanya berjuang untuk mengekal dirinya sebagai ketua sahaja. Kenapa? Sebabnya majoriti ketua cawangan dapat jadi pengerusi Jawatakuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung dengan elaun tertentu dan kuasa untuk mengagih peruntukan. Berpeluang juga untuk jadi kontraktor Kelas F untuk projek kecil di luar bandar.


4. Untuk menentukan dirinya tidak dicabar ketua cawangan tidak akan benarkan sesiapa yang lebih terpelajar daripadanya masuk UMNO cawangannya. Lebih daripada itu kebanyakan peruntukan untuk jadi ahli UMNO, yang mana dia mesti melalui cawangan, tidak akan dilayan. Tujuannya ialah supaya cawangannya tidak mempunyai banyak ahli kerana mereka tetap akan menimbulkan masalah dan sukar dikawal, bahkan sukar disogok pun.

5. Sebab itu tidak ramai ahli profesional yang dapat menjadi ahli UMNO. Sebaliknya semakin ramai daripada pemimpin PAS terdiri daripada doktor, peguam, jurutera dan lain-lain profesyen.

6. Oleh kerana ketua cawangan biasanya tidak memiliki pelajaran yang tinggi dan beliau menentukan ahli lain dalam cawangannya mempunyai ilmu pengetahuan yang lebih rendah daripadanya, maka apabila ketua terpaksa berhenti kerana sebab-sebab tertentu, maka penggantinya akan terdiri daripada yang kurang berkebolehan daripadanya. Dengan itu kualiti kepimpinan akan merosot sepanjang masa.

7. Tentu ada cawangan yang tidak seperti ini tetapi pengecualian hanya mengesahkan keadaan yang sebenar.

8. UMNO, kata bekas pemimpin kanan ini sekarang dipimpin oleh perasuah. Mereka menjadi ahli Majlis Tertinggi kerana sogokan wang. Orang ramai tidak akan serah nasib mereka kepada perasuah.

9. Penempatan perasuah dalam Kerajaan dan badan-badan lain juga memburukkan lagi imej UMNO. Sudah tentu perasuah akan dipilih sebagai calon UMNO dalam Pilihanraya Umum ke-13. Jika mereka diberi kemenangan maka negara akan dapat Kerajaan perasuah. Sebab itu beliau tidak akan sokong UMNO sebaliknya akan menyertai dan menyokong parti lawan. Katanya lagi hingga kini separuh daripada orang Melayu tidak merasai nikmat kerana Kerajaan-Kerajaan pimpinan UMNO menidakkan hak mereka sedangkan mereka juga orang Melayu walaupun mereka menyokong parti lawan. Mereka yang menyokong parti lawan bertambah sejak (Tun) Abdullah kerana ramai daripada ahli UMNO sendiri sudah tidak percaya kepada UMNO.

10. Yang tinggal katanya ialah orang yang berkepentingan yang berharap mendapat sesuatu kerana menyokong UMNO. Mereka ini bukan nasionalis dan mereka tidak boleh diberi kepercayaan.

11. Banyaklah lagi hujah-hujahnya akan sebab-sebab UMNO tidak lagi akan diberi peluang untuk memerintah negara yang disayangi olehnya. Saya tidak akan hurai lebih lanjut. Hanya yang saya ingin sebutkan ialah pendapat beliau sudah menular ke semua peringkat orang Melayu, bahkan ahli UMNO juga.

12. Rakan-rakan dalam Barisan Nasional semuanya berpecah dan lemah. Mereka tidak mampu menjayakan Barisan Nasional.

13. Masa semakin singkat untuk memperbaiki keadaan ini. Saya mencatat maklumat ini untuk pengetahuan umum sahaja.



Dipetik sepenuhnya dari blog Che Det

Ayuh Pertahankan Tuan Guru Nik Aziz !!



gambar oleh pink turtle


Marilah kita pertahankan TGNA. Kepada semua rakyat dan pemimpin, inilah masanya untuk kita buktikan keperwiraan kita dengan mempertahankan Mursyidul Am. Saya begitu menghormati TGNA walaupun pada ketika saya masih menyokong BN sekitar 90'an, inilah satu-satunya pemimpin pembangkang yang saya sanjung.

TGNA telah bermati-matian untuk menegakkan perjuangan Islam. TGNA adalah lambang kestabilan dengan menyerap segala ancaman yang boleh menghancurkan pembangkang dalam PRU akan datang. TGNA lantang membakulsampahkan projek Kerajaan Perpaduang dan apa yang berlaku depan pejabat SUK Kelantan adalah tindak balas daripada 'luar dan dalam' yang ingin melihat TGNA tumbang !

TG Nik Aziz juga telah diserang dengan hebatnya oleh puak dalam PAS sendiri, termasuklah dari seorang blogger yang berpaling tadah iaitu Sheikh kickdefella. TGNA adalah pendinding yang hebat dalam usaha puak-puak kerajaan perpaduang memecah masuk untuk merialisasikan mimpi berpadu dengan UMNO lahanat.

Adakah kita hanya melihat TGNA diseret ke lembah kehinaan? Bangkitlah wahai pejuang bangsa, pertahankan pemimpin kesayangan yang selama ini telah banyak memberi jasa kepada parti,  yang memberikan sejuta sebab untuk pengundi memilih Pakatan Rakyat sebagai wadah untuk melakukan perubahan.



Macam-Macam Isu - Ulasan edyes

1. Isu Kickdefella

Saya sebelum ini menghormati sheikh kickdefella sebagai seorang blogger yang banyak membongkar kepincangan BN. Kebanyakkan isu yang dibongkar oleh sheikh kickdefella ialah berkenaan isu minyak yang mana saya juga begitu concern terhadap perkara yang berkaitan dengan minyak.

Namun kini sheikh seperti berpaling tadah setelah ditendang daripada PMBK. Adakah kerana terlepas gaji RM4000 tanpa masuk pejabat, sheikh bertindak sedemikian? Adakah hanya kerana RM4000 sebulan, perjuangan suci menjadi digadaikan? Dan kerana itu juga beliau sanggup mempersenda TGNA dalam blognya kononya kol. mat yang dimaksudkan TGNA adalah arwar bapanya. Kini Husam menjadi mangsa kerana sheikh ini dikatakan dibawa oleh Husam.

kickdefella was kicked! and still kicking? damn you, its you who TGNA talking about!


2. Isu demonstrasi terhadap KM Penang

Saya menaruh simpati terhadap KM Pulang Pinang sepertimana yang dilalui oleh MB Selangor suatu masa dahulu. Maruahnya dipijak-pijak tetapi hanya dibiarkan oleh pihak 'berkuasa'. Di manakah watercanon pada waktu ini?


3. Isu BiroTataNegara

Apakah keperluan BTN selain daripada memperkuatkan BN? BTN telah disalahguna apabila memburuk-burukkan Anwar Ibrahim setiap sesi terakhir kursus tersebut. SPRM, SPR, FRU, PDRM dan pelbagai lagi agensi kerajaan telah dikenalpasti sebagai sayap UMNO. Begitu juga dengan Biro Tata Negara. BTN adalah sebuah biro propaganda UMNO!


4. Isu MB Negeri Sembilan - negeriku.

Mungkin 4 gempa bumi yang berlaku di Kuala Pilah menjadi petanda akan kembalinya sebuah kuasa yang mencengkam N9 berpuluh tahun lamanya. Isa Samad bersedia untuk dilantik semula menjadi MB negeri sembilan untuk beberapa penggal. Ini kerana Isa adalah seorang yang telah banyak memenggal kewangan negeri untuk kepentingan diri dan kroni. Isa begitu terlatih untuk bidang ini dan di sokong penuh oleh mereka-mereka yang kehausan tender.

Kasihan Tok Mat, beliau telah memberi nafas baru kepada Negeri Sembilan dengan menukar daripada status Bandar Terbengkalai / Negeri Terbengkalai kepada sebuah negeri yang berkembang secara sangat positif selama dua penggal pemerintahanya. Den tau la den org noghori.

Nampak gayanya, terbengkalai lagi lah Negeri Sembilan sekiranya Isa Samad kembali menjadi MB. Bukit Pelandok juga akan kembali HAVOC.


5. Isu Kerajaan Perpaduang

Pergi jahanam dengan Perpaduang

Kalau sebab nak jadi menteri, nak jadi MB, sanggup gadaikan perjuangan menghancurkan UMNO dari muka bumi Malaysia. Bergabung dengan UMNO demi apa? Demi melayu atau demi jadi MB dan Menteri penuh? Menteri Kerja Raya = Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Bin Hj Awang


6. Isu Doa Nik Aziz

Saya mengAMINkan doa Nik Aziz supaya UMNO dan Najib binasa. Setiap orang berhak berdoa dan berhak mengAMINkan doa.


7. Isu Langgar Hadi oleh Blogger Aduka Taruna

Saya menyokong usaha Aduka untuk menyedarkan semua ahli PAS bahawa pemimpin utama mereka tidak berfungsi sepenuhnya. Saya akan ulas isu ini dalam satu entri.

Kemuncak perlanggaran blogger Aduka Taruna terhadap TGHA bermula di sini , apabila meletakkan tajuk yg begitu bahaya jika disalah tafsir.

Mahkamah tolak permohonan Anwar batal tuduhan liwat

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini, sebentar tadi memutuskan menolak permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengetepi dan membatalkan tuduhan meliwat bekas pembantunya, Saiful Bahari.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.

Mahkamah juga menetapkan kes perbiacaraan itu disambung semula selama sebulan bermula 25 Januari depan.


edyes wrote:

Bicara jangan tak bicara !

Thursday, November 26, 2009

Selamat Menyambut Aidiladha



Edyes mengucapkan Salam Aidiladha kepada semua pengunjung.

Selamat Bercuti...

Wednesday, November 25, 2009

Entry Copy & Paste : Hasan Ali MB Selangor?


Ini entry aku copy and paste sebijik2 dari blog sahabat aku Perisik Rakyat @ TPX .

Terpulang kepada pengunjung nak baca kat blog edyes atau blog TP. Nilailah berita ini dengan bijaksana ;

Cerita Sebenar Mengapa Hasan Ali Lawan SELCAT !

Nota Editor: Ini adalah surat dari seorang yang menggelarkan dirinya “Veteran PAS dalam JKR”. Beliau tampak marah dengan saya kerana tidak melaporkan sebab sebenar Dato Hasan menentang SELCAT. Sebagai jawapan kepada kemarahan beliau, izinkan saya membaca sebuah pantun:
Buah Cempedak Di Luar Pagar,
Ambil Galah Tolong Jolokkan
Saya Budak Baru Belajar
Kalau Salah Tolong Tunjukkan

(Bermula) Aku dok perati semua tulisan kao pasal SELCAT dan Hasan Ali. Dan aku dok tunggu kao sebut sebab paling utama Hasan Ali pertahan DO2 dan ADO2 ni, tapi tak keluar2. Jadi, ni aku nak bagitau kao sebab apa yang Hasan Ali takut sangat DO2 ni kena belasah dalam SELCAT.

Aku ni dah masuk PAS sejak zaman Asri lagi dan aku dah lama sangat dalam PAS ni walaupun aku kerja JKR. Kalau kao rasa kao masuk PAS zaman Yusuf Rawa tu hebat, aku rasa aku lagi hebat. Sebab tu aku rasa pandangan aku lagi mendalam dari pandangan kau. Jadi, aku mintak kau terbitkan surat aku ni. Biar semua orang tau.

Hasan Ali kena tunjuk kat DO2 dan ADO2 ni yang dia bukan di sebelah SELCAT tapi disebelah mereka. Sebabnya para DO2 dan ADO2 ni penting untuk perancangan Hasan Ali dan geng2 yang sekutu dengannya. Geng apa tu? Geng Perpaduang la, geng apa lagi.
Aku dah dengar Geng Perpaduang ni bekerja sama dengan Task Force 2010 untuk tengok PAS dan UMNO duduk dalam satu Barisan pada tahun 2010 nanti.

Jadi, Hasan Ali diberi tugas untuk menjinakkan para YDP2 dan pimpinan2 Negeri Selangor supaya Negeri Selangor ni solid belakang dia.
Cara terbaik adalah menggunakan khidmat DO2 dan ADO2 ini untuk memberi projek dan kontrak pada YDP2 dan pimpinan2 di peringkat akar umbi. Aku duduk dalam JKR aku tau la.

Sebab tu kau tengok masa mesyuarat Perhubungan Negeri, majoriti YDP2 ni dah jadi macam lembu kenyang. Senyap je. Tunduk je. Apa si Hasan Ali tu nak kelentong semua diorang telan macam telan racun lalang. Semua tak berani lawan, semua tak berani nak bantah sebab semua dah kena beli. Semua dah kena jinak.

Kau tengok Pemuda Selangor pun sama. Baru pegang jawatan dalam Pemuda Negeri, dah tukar kereta dari WAJA ke Mercedes. Mana dia dapat duit?

Pemuda Selangor ni semua dah kena beli jugak. Semua dah jadi macam lembu kena tarik hidung. Apa Hasan Ali nak semua diorang turut. Masa Khalid kena serang isu kepala Lembu, Pemuda PAS Selangor ni macam tak wujud. Tak dengar satu benda pun dari Pemuda PAS Selangor. Al maklumlah, dah jadi lembu kenyang. Duduk je la tunggu kena sembelih.
Jadi, bila Teng serang DO2 ni, diorang dah nak mogok. Tak nak dah bagi projek kat YDP2 PAS kat Selangor . Tu yang Hasan Ali melenting tu. Kalau projek stop, habislah dia. Semua YDP2 ni nanti berani lah balik memberontak lawan dia. Dah lah dia ni sejak awal memang tak popular.

(Nota Editor: Patutlah Hasan Ali berbangga sangat. Dalam recording dengan blogger UMNO, dia kata lebih 60% PAS Selangor memberi sokongan padu pada dia).

Bagi aku, 70% YDP dan AJK2 PAS Kawasan kat Selangor ni mesti ditukar dan ditukar sekarang. Semua dah kena bagi makan nasi kangkang Hasan Ali. Semua dah jadi Lembu Kenyang tunggu nak kena sembelih. Kalau tak mula bersih diorang ni, alamat dalam 2-3 tahun PAS akan jadi sebijik macam UMNO.

Aku paham sangat la sebab apa si Mustafa Ali tu sokong sangat Hasan Ali. Pertahan macam tak mau. Sebab kalau Hasan Ali kena tendang dari PJ, segala perancangan Task Force 2010 ni akan gagal. Macamana nak jinak orang-orang yang diperlukan untuk menyokong usaha diorang nak bawak PAS tubuh kerajaan dengan UMNO?

Aku bagi warning pada semua YDP2 PAS dalam Selangor ni. Kalau korang tak mula bangkit dan bertindak cara yang korang diamanahkan bertindak, aku akan stat serah dokumen pada Tulang Besi dan dedah siapa YDP2 yang kuat makan projek.

Cuba tengok lah masa Mesyuarat Perhubungan Khas SELCAT tu. YDP mana yang kuat berkokok sokong Hasan Ali, tu adalah antara calon-calon jelas YDP yang telah menjadi Lembu Kenyang.

Hasan Ali ni memalukan PAS. Kata jadi Exco Kemudahan Awam, tapi buat kerja macam taik. Mesyuarat dengan dia macam duduk dalam karaoke. Buang masa. Dia ni kerja dia melalut je, bukan tahu ape bende pun. Harap nama je sedap, tapi buat kerja hampeh. Baik lagi Fatah Iskandar dulu. Bila mesyuarat dengan Fatah dulu, banyak masaalah selesai. Bila mesyuarat dengan Hasan Ali, bukan nak selesai masaalah tapi masaalah lagi bertambah-tambah.

Tu lah setakat ni. Tulang Besi, kau ni kira baru lagi dalam PAS banding aku. Kau terima lah nasihat aku ni. Kau kena belajar banyak lagi pasal seni politik ni. Dalam politik, lagi banyak yang tersirat dari yang tersurat.

Veteran PAS dalam JKR

(NOTA EDITOR: Terpulang pada Saudara/ri pembaca untuk membuat penilaian sendiri tapi dibawah ini dibawa satu komen dari pembaca Malaysiawaves:

"Anonymous said...

TB,
Perancangan Task Force 2010 diSelangor sebagai mana dilaporkan tu memang nampak sehingga begitu ramai YDP-YDP Kawasan diSelangor dan ketua-ketua dewan menjadi "bisu dan kaku" kerana diumpan dengan "projek-projek".Maklumlah,selama ini tak pernah merasa projek,tiba-tiba "bulan jatuh keriba".Maka itulah sebabnya tak begitu ramai yang "berani"menentang Hassan Ali.Mereka ini tidak sadar siapa dibelakang Hassan Ali.Hanya beberapa orang saja diSelangor yang punya keberanian dan mereka telah pun dihukum oleh Hassan Ali.Yang menentang Hassan Ali tidak mendapat sokongan dari pihak-pihak yang sudah "kenyang" ni.Setakad ini,munkin Task Force 2010 telah kecewa diKelantan tapi mereka berjaya diSelangor.

Bercakap tentang Task Force 2010 ini,terdapat 5-6 orang diperingkat PAS Pusat yang telah "termakan budi" agensi ini.Kita boleh melihat cara mereka "termakan budi" dengan gaya-hidup mereka - mewah,kereta besar,rumah macam istana,selalu keluar negeri dan senang menghulurkan dana jika untuk projek mereka.Ana tak mau menamakan mereka - carilah sendiri.
November 24, 2009 10:32 PM "



EDYES WROTE: 

MAKIN BENCI PULAK AKU DENGAN HASAN ALI DAN MUSTAPHA ALI ! DAN PRESIDEN JUGA... SEMUA NAK JAWATAN MENTERI DALAM BN !!!

Monday, November 23, 2009

185 Kes Positif Taun di Terengganu !



Setakat ini dua negeri iaitu Terengganu dan Sabah mencatatkan kes penyakit taun dengan masing-masing melaporkan 185 dan 18 kes positif taun semalam, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.

"Keadaan kolera (penyakit taun) terkawal di Sabah, (jadi) orang ramai tidak harus panik, tapi seperti biasa nasihat kita orang ramai (hendaklah) menjaga kesihatan dan kebersihan diri, dan berhati-hati semasa menangani pemakanan seharian," katanya kepada pemberita selepas melancarkan persidangan antarabangsa kedua mengenai Perubatan Desa 2009 di Kota Kinabalu hari ini.

Semalam, Menteri di Jabatan Ketua Menteri Datuk Nasir Tun Sakaran dipetik sebagai berkata 18 orang disahkan menghidap taun di Semporna dan menerima rawatan di hospital.

Pasar ikan Semporna yang dipercayai punca jangkitan kuman taun ditutup sebagai langkah pencegahan.

Rosnah mengesahkan laporan itu dan menyatakan 17 kes adalah di Semporna dan satu kes dari Pulau Gaya, dekat Kota Kinabalu.

Beliau menjelaskan bahawa jangkitan penyakit taun di Terengganu adalah berbeza dengan Sabah kerana jenis kuman taun di negeri pantai timur Semenanjung itu berlainan dan tidak bertindak balas dengan antibiotik yang biasa digunakan untuk merawat penyakit taun.

"Di Sabah, jenis kuman adalah yang biasa. Setakat ini pesakit-pesakit bertindak balas dengan antibiotik diberikan," katanya.Mkini


edyes wrote:

Kuman penyakit taun di Terengganu agak luar biasa. Sila rujuk entri ini.