Thursday, December 17, 2009

Malaysia Atau Vietnam ?



Sudah tentu saya memilih Malaysia untuk memenangi perlawanan Akhir Sukan SEA 2009. Bukanlah pingat emas yang menjadi pertaruhan, tetapi maruah negara.

Perlawanan antara Malaysia dan Vietnam penuh dengan signifikasi kerana Vietnam sendiri sedar bahawa mereka sentiasa menjadi penghalang pasukan Malaysia dalam dekad ini. Mereka pastinya tidak akan benarkan kemenangan berpihak kepada Malaysia lantas menjadi satu titik 'turning point' yang memberi laluan kepada pasukan Malaysia digelar Raja Asia Tenggara pada masa hadapan.

Petang ini jam 6 petang, tekanan yang lebih kuat pastinya akan dirasai oleh pasukan yang sebelum ini menang dengan jaringan 3-1 pada peringkat kumpulan. Adalah menjadi satu bebanan untuk mempertahankan rekod kemenangan berbanding mencari kemenangan dan Vietnam juga dipilih sebagai 'favorite' maka dengan faktor ini, saya menganggap Vietnam akan merasa lebih tertekan.

Dari segi permainan, saya berasa amat lega kerana Rajagobal menerapkan permainan grounder meskipun ia memerlukan fitness yang sangat tinggi berbanding dengan permainan longball. Bola sepak Malaysia begitu terkenal dengan stail permainan longball. Dari bawah bagi loop tan tentu pasal, suruh striker kejar bola. Ini permainan yang membosankan. Namun semenjak 2-3 tahun ini, timbul kesedaran dalam beberapa pasukan negeri dan kelab untuk bermain secara grounder dan kini pasukan kebangsaan juga mengamalkannya semenjak hasil daripada produk terbaik daripada FAM iaitu Pasukan Bawah-23tahun Malaysia.

Rata-rata pemain dalam liga Malaysia, yang bermain untuk negara ataupun tidak, begitu lemah dalam aspek penguasaan bola iaitu antara aspek terpenting. Walaupun kebolehan menghantar boleh adalah baik, tetapi penguasaan bola kurang. Apabila dikatakan lemah dalam penguasaan bola, ia merujuk kepada penguasaan bola di atas padang. Saya percaya penguasaan bola di udara adalah jauh lebih teruk. Oleh demikian, memilih permainan grounder adalah tepat untuk pasukan kebangsaan, dengan menitikberatkan stamina bagi menguasai tempo permainan yang lebih mantap.

Ok kita fokus kepada perlawanan akhir petang ini, Malaysia Lawan Vietnam. Jika Malaysia nak tamatkan kemarau kejuaraan sukan SEA, Bahagian tengah perlu berfungsi dengan baik. Kerana saya menjangkakan Vietnam akan bermain secara counter attack, maka bahagian tengah yang kuat mampu menghalang thru-pass yang merbahaya yang juga membolehkan gol pantas dijaringkan.

Vietnam pastinya mengekang flanker kita di sebelah kiri dan kanan kerana kebanyakkan gol penting negara hadirnya dari serangan tepi. Maka Rajagobal harus menggunakan kehadiran Zakuan yang boleh gelecek 3 orang tu. Biar Safiq Rahim main peranan gempur sambil melakukan thru-pass dan disambut oleh Aidil Zafuan. Thru-pass kepada flanker Kunalan pun bagus jugak dan Kunalan kena berani rembat sepertimana Kuna bermain untuk N9. Masa lawan Laos pun, Kunalan dah ada angle untuk score tapi buat passing pulak.

Saya melihat permainan Gurusamy begitu baik sekali digandingkan dengan Badrul-2golbaikpunya-Bakhtiar. Apabila penguasaan tengah menjadi, maka segala punca serangan yang berkualiti dapat dilontarkan kepada penyerang untuk di'sudah'kan. Saya minta agar pasukan Malaysia memanfaatkan setiap hantaran dan lebih berani membuat thru-pass bagi memecah benteng berlapis Vietnam.

Akhir sekali, jangan biarkan Vietnam melakukan jaringan awal kerana pastinya gol tersebut akan dipertahankan. Manakala pasukan Malaysia pula, sekiranya dapat gol awal, tolonglah cari lagi sebijik gol untuk merendahkan tekanan permainan dan secure kelebihan yang ada. Dalam apa jua jenis peperangan, cara pertahanan terbaik ialah melakukan serangan.

Kehadiran kembar lagi sorang tu, jangan diabaikan. Pemain yang pantas, boleh gelecek beberapa pemain dan mempunyai goal-instinct yang tinggi. Vietnam pasti kunci player kita sorang nie.

Kepada yang belum tau, petang nie game ada live dari dua stesen iaitu TV2 dan TV3. Sampai dua stesen nak tayang final game. Masa peringkat kumpulan dulu habuk pun takde macam tak bagi harapan langsung. full stop.

Akhir kata, Sekiranya pasukan kita menang pada perlawanan yang akan berlangsung sekitar jam 5.30 petang nie, sekaligus menghalang Vietnam daripada mencipta sejarah menang emas Sukan SEA untuk kali pertama. Kemenangan Malaysia akan mengecewakan penyokong Vietnam yang berdekad-dekad menanti detik menang emas temasya sukan SEA. Ia pasti menjadi satu upset yang begitu hebat untuk rakyat Vietnam dan pasti sukar dilupakan untuk sedekad lamanya. Selama ini Malaysia banyak dikecewakan oleh Vietnam di peringkat Semi-final mahupun peringkat kumpulan, kini biarlah mereka rasa kecewa yang lebih dasyat.

Malaysia 2-0 Vietnam !

No comments:

Post a Comment