Wednesday, May 27, 2009

Bila Najib diusir dari Seri Perdana - Mesti Baca

Bila Najib diusir dari Seri Perdana
Oleh Mohamed Hanipa Maidin

Jam menunjukkan pukul 2.30 pagi awal Januari 2010, Najib Tun Razak yang baru pulang ke kediaman rasminya di Putrajaya tiba-tiba dikejutkan dengan satu surat dari Duli Yang Mulia Yang di-Pertuan Agong bahawa beliau hendaklah mengosongkan rumah rasminya kerana baginda telah melantik orang lain sebagai Perdana Menteri menggantikan beliau.

Alasan baginda di dalam surat tersebut adalah ahli-ahli Dewan Rakyat khususnya dari Pakatan Rakyat dan beberapa ahli BN yang mula menyokong Pakatan Rakyat telah berjumpa baginda di Istana Negara dan menyatakan bahawa mereka tidak lagi yakin dengan Najib dan mahu orang lain sama ada Tuan Guru Dato’ Seri Abdul Hadi Awang atau Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Surat baginda juga menyatakan bahawa jika Najib tidak meletak jawatan, beliau hendaklah dipecat dari jawatannya sebagai Perdana Menteri.

Najib merengus marah dan berang lantas memohon menghadap Tuanku. Sebaik diizinkan menghadap Najib berkata:

“Macam mana Tuanku dengan sewenang-wenangnya memecat patik sedangkan Parlimen tidak mengadakan apa-apa sidang atau membawa apa-apa usul atau undi tidak percaya kepada patik. Patik tidak nampak mana?mana peruntukan di bawah Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan yang member kuasa kepada Tuanku untuk memecat patik sebagai Perdana Menteri.

“Macam mana patik boleh dengan mudah dipecat dan sebagai ganti dilantik orang lain sebagai Perdana Menteri sedangkan tidak ada sebarang undi tidak percaya diluluskan di Parlimen ke atas patik.”

Keluhan Najib didengar dengan tenang oleh Yang di-Pertuan Agong. Baginda dengan senyum berkata kepada Najib:

“Adakah memanda tua sudah lupa bahawa pada 22 Mei 2009 iaitu pada hari Jumaat jam 3.30 petang di tingkat bawah Palace of Justice, Putrajaya tiga Hakim Mahkamah Rayuan iaitu Yang Arif ( Y.A ) Dato’ Raus Sharif, Y.A Dato’ Ahmad Maarop dan Y.A Dato’ Zainon Ali telah sebulat suara memutuskan antara lain bahawa:

a. Seorang Menteri Besar (di peringkat negeri) atau Perdana Menteri (PM) di peringkat Pusat secara tersirat boleh dipecat atau diminta letak jawatan jika Sultan atau Yang di-Pertuan Agong memutuskan bahawa MB atau PM tidak lagi mendapat sokongan majoriti Adun atau Ahli-Ahli Parlimen.

b. Perkara 16(6) Perlembagaan Perak atau Perkara 43 (4) Perlembagaan Persekutuan tidak menyebut bahawa kaedah bagi menentukan bahawa seorang MB atau PM hilang keyakinan majoriti Adun atau ahli-ahli Parlimen adalah melalui undi tidak percaya (votes of no confidence).

c. Kes Stephen Kalong Ningkan (1966) iaitu kes yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi di Sarawak yang memutuskan bahawa Governor atau Sultan tidak ada kuasa memecat Ketua Menteri atau MB dan satu-satunya cara menentukan seorang MB atau PM hilang keyakinan ahli-ahli Dewan adalah melalui undi tidak percaya tidak boleh lagi dipakai.

Yang di-Pertuan Agong seterusnya menambah:

“Bukankah keputusan Mahkamah Rayuan tersebut yang memanda tua inginkan bagi meraih keuntungan politik jangka pendek tuan hamba dan parti tuan hamba? Bukankah memanda tua yang berkeras tidak mahu mendengar keluhan rakyat dan pemimpin partai komponen memanda tua sendiri supaya krisis di Perak diselesaikan secara aman dan melalui amalan demokratik iaitu dengan kembali kepada rakyat melalui pilihan raya semula di Perak.

“Maaf memanda tua, Beta terikat dengan keputusan tersebut dan tidak boleh buat apa-apa. Maka Beta dengan ini memerintahkan memanda tua sekeluarga keluar dari rumah rasmi Perdana Menteri kerana memanda bukan lagi Perdana Menteri Malaysia.”

Najib tersentak dan lemah segala sendi manakala Rosmah pula terkaku dan jatuh pengsan. Tiba-tiba mereka sedar keputusan Mahkamah Rayuan hari ini kini telah makan diri.

Jika keputusan yang paling wajar dan munasabah oleh Y.A Hakim Mahkamah Tinggi iaitu Y.A Dato? Aziz Abdul Rahim yang memutuskan bahawa satu-satunya cara menentukan seorang MB atau PM hilang keyakinan ahli-ahli Dewan adalah melalui undi tidak percaya sekaligus mengekalkan doktrin Raja Berperlembagaan (Constitutional Monarchy), keputusan Mahkamah Rayuan pula ditafsirkan oleh ramai cendekiawan undang-undang telah melahirkan doktrin baru iaitu Raja Mutlak (Absolute Monarchy).

Jika Raja Berperlembagaan melahirkan kesejahteraan sudah tentu doktrin Raja Mutlak akan melahirkan suasana yang tidak menyenangkan.

Sketsa di atas adalah bagi saya, cara terbaik untuk memahamkan para pembaca tentang kesan keputusan Mahkamah Rayuan pada hari ini.

Sebagai seorang anggota pasukan peguam Nizar, saya menghormati keputusan Mahkamah Rayuan tersebut. Tapi saya tidak pasti keputusan tersebut akan diterima dengan baik oleh rakyat khususnya rakyat di Perak.

Dalam keadaan keyakinan rakyat kepada institusi kehakiman masih belum pulih sepenuhnya sudah tentu keputusan Mahkamah Rayuan tersebut tidak dapat lari dari cemuhan rakyat. Inilah masalahnya apabila sesebuah institusi dalam sebuah negara sudah hilang keabsahan (legitimacy).

Di negara ini apabila BN memerintah terlalu lama dan keabsahan parti tersebut dipertikaikan, turut sama terpalit adalah institusi keadilan seperti Mahkamah, Peguam Negara dan polis. Apabila rakyat hilang keyakinan kepada sistem keadilan, maka sebarang keputusan Mahkamah apatah lagi keputusan seperti keputusan Mahkamah Rayuan pada hari ini sudah tentu tidak akan mudah diterima sebagai satu keputusan yang adil dan telus.

Sejak dari awal rakyat sudah nampak macam ada sesuatu yang tidak kena kepada cara kes rayuan Zambry dikendalikan. Zambry kalah di Mahkamah Tinggi pada 11 Mei 2009. Mahkamah Tinggi menolak permohonan Zambry bagi menggantungkan perlaksanaan penghakiman.

Pada 12 Mei 2009 di sebelah pagi, Zambry membuat permohonan bagi menggantung perlaksanaan penghakiman. Mahkamah Rayuan menetapkan tarikh pendengaran permohonan Zambry pada pagi hari yang sama. Tarikh pendengaran yang diberikan dengan tergesa-gesa sudah tentu memprejudiskan Nizar dan pasukan peguamnya bagi membuat persiapan yang teliti dan mendalam.

Pada tengah hari 12 Mei itu juga Y.A Hakim Dato’ Ramly membenarkan permohonan Zambry dan perintah diberikan tanpa sebarang syarat.

Nizar membuat permohonan bagi membatalkan perintah penggantungan yang diberikan kepada Zambry. Mulanya permohonan Nizar ditetapkan pada 18 Mei 2009 tetapi kemudiannya ditangguhkan pada 21 Mei 2009 iaitu pada hari yang sama rayuan Zambry didengar. Sudah tentu permohonan Nizar tidak lagi relevan untuk didengar atau seperti yang sering dikatakan ianya menjadi akademik.

Pada 21 Mei rayuan Zambry didengar dengan hujah lisan dan bertulis dikemukakan oleh pihak ?pihak secara mendalam. Mahkamah hanya mengambil masa satu hari sahaja untuk diputuskan. Memang hebat apabila Mahkamah boleh buat keputusan dalam masa satu hari. Tetapi cuba kita bayangkan jika kita menghantar baju untuk dijahit dan tukang jahit siapkan baju kita dalam satu hari; saudara boleh bayangkanlah tahap kualiti baju tersebut.

Suatu yang amat mengharukan kami (pasukan peguam Nizar) adalah meskipun Nizar kalah namun sambutan rakyat kepada kami di Mahkamah Rayuan hari ini seolah-olah menunjukkan Nizar yang menang dan bukannya Zambry.

Untuk rakan pasukan peguam Nizar iaitu Sulaiman Abdullah, Philip Khoo, Ranjit Singh, Razlan Hadri, Nga Hock Cheh, Chan Kok Keong, Leong, Edmond Bon, Amir Arshad dan Zulkarnain Lokman; ingatlah keputusan hari ini tidak akan mematahkan semangat kita, sebaliknya ia memberi semangat baru kepada kita untuk terus berjuang menentang kezaliman dan menegakkan keadilan.

Kita jumpa lagi di Mahkamah Persekutuan, insya Allah.-

oleh Hanipa Maidin


[BONUS]

Sinar Bubar DUN

oleh mamamat

Betui ker idak ini weh? Heboh dikampung teman yang DUN Perak akan dibubarkan. Sebelum tu dalam blog ada ditulih yang Husam kata DUN Perak akan dibubar dalam minggu ini. Deme tanya teman betui ker? Teman jawab ikut kata Husam, betui ler. Lepaih tu ade pulak sorang pak cik kata, betui ler tu.

Pak cik tu kata macam ini. Setelah Mahkamah Tinggi kata MB NIzar adalah MB Perak yang sah, pihak istana rasa malu. Malu kerana MB DPulau bukan MB Perak yang sah. Pihak istana telah setuju nak bubarkan DUN, tetapi bukan di bawah pentadbiran MB Nizar. Maluler istana jikalau memperkenankan kehendak MB Nizar. Takkan istana nak jilat balik ludahnya. Takkan istana nak terima balik MB yang telah dilucutkan jawatannya. Takkan istana nak ngaku akan kesilapannya. Lalu berundingler istana dengan UMNO. Pihak PRpun telah dimaklumkan akan kehendak istana itu.

Bincang punya bincang, maka kata putuspun diambil. MB DPulau akan kekal sebagai MB Perak. Sebaik sahaja Mahkamah Rayuan membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi, MB DPulau akan memohon perkenan istana untuk bubarkan DUN Perak. Sebab itulah UMNO melalui jentera KEMASnya telah menyusun gerak kerja pilihanraya. PRpun sibuk bermesyuarat mengatur rentak mengekalkan kemenangan dalam PRU Perak.

Tapi UMNO tetap UMNO. UMNO masih nak bermain dengan janjinya. Mahkamah Rayuan tidak menetapkan tarikh sebutan penangguhan sehinggalah MB Nizar memfailkan kesnya di mahkamah yang sama. Mahu tak mahu Mahkamah Rayuan terpaksa juga menetapkan tarikh pendengaran dan keputusan status MB Perak. Dan keputusannya adalah seperti kehendak istana.

Sehingga ke hari ini MB DPulau masih belum memohon perkenan istana untuk membubarkan DUN Perak. Pada waktu yang sama juga Mahkamah Rayuan belum mengemukakan alasan kehakiman bagi membolehkan MB Nizar memfailkan kesnya di Mahkamah Persekutuan. Kata hari Isnin, tetapi udah nak masuk Rabu takde apapun perkembangan sama ada di istana ataupun di Mahkamah Persekutuan.

Mungkin PR melanjutkan tempoh janji itu sehingga Khamis ini agaknya. Hari Khamis adalah tarikh akhir puasa sunat dan mogok lapar di Perak. Lapan AP dan ADUN Perak telah ditahan oleh polis pagi tadi. Nak jimat duit tak makan 72 jampun salah.

MB Nizarpun masih sabar untuk memfailkan rayuannya di Mahkamah Persekutuan. Pada waktu yang sama juga semua ketua kampung di Perak menyaman MB DPulau. Hanya pembubaran DUN sahaja yang boleh menamatkan tindakan-tindakan berstrategi PR ini.

Kalo betuiler keputusan itu atas kehendak istana berdasarkan kata putus antara UMNO dan PR, MB DPulau mesti menyegerakan pembubaran DUN Perak. Kalo MB DPulau sengaja melewatkannya, MB DPulau adalah penderhaka kelas pertama bersama Satu Malaysia.

Minggu ini ada tiga hari lagi hari bekerja. Sabor ler weh.


3 comments:

  1. Yang pasti kepimpinan ulamak sudah tidak relevan lagi dalam pas. pas bukan lagi pejuang islam tapi pejuang demokrasi ciptaan yahudi. aku cadangkan pas tukar nama dari parti islam semalysia (PAS) kepada parti demokrasi semalaysia (PDS). atau pas bergabung aje dengan DAP kerana pejuangan pas sekarang ni mirip dengan perjuangan DAP. lagi pun dalam DAP ada lim guan eng yang mirip-mirip dengan umar abdul aziz. bagaimana pula dengan lim kit siang, adakah bapak lim guan eng ni pulak mirip-mirip umar al-khatab??? kena tanya orang pas ni. bagaimana pula dengan elizabeth manja ni??? mirip siapa pulak??? husam pondan tu kenapa tak nak berhujah dengan ezam semalam??? bila pihak tv bagi peluang untuk berhujah puak-puak yang mengaku diri mereka ni pejuang islam tak nak datang, takut ker??? tak ada kote ker??? belum pergi perang lagi, baru berhujah aje dah lari sembunyikan diri. tapi sibuk komplen kata pihak tv pro umno lah, berat sebelah lah, koruplah... dan macam-macam lagi. kalau pun husam tak dapat datang sebab sibuk sangat, tak kan tak boleh hantar wakil dari pas, macam mahfuz gelap ker, salahudin ker, nizar bintang 3 ker, mat sabu ker. kata islam, kalau islam janji kena tunai kan. mungkir janji dan penipu ni hanya yahudi dan orang kafir aje. kesimpulannya, islam adalah sempurna yang tidak sempurna adalah pas dan pengikut-pengikutnya. lagi sekali aku ulang pas pergi tukar nama jangan guna nama islam untuk kepentingan diri dan ahli keluarga, lagi pun kepimpinan ulamak sudah tidak relevan lagi dalam pas.

    ReplyDelete
  2. apa bising2 nie...

    bawak la bertenang, jangan emo sangat.

    daripada ayat awak nie, saya tengok macam orang dah hilang arah. Awak pun sedar UMNO-BN semakin ditolak rakyat dengan tindak tanduk rakusnya.

    awak fikirlah sejenak dua, betul ke apa yang awak kata dan betul ke yang awak sokong?

    then cuba check betul2, siapa yang langgar janji untuk hujah? siapa yang bacul dalam perkara ini? bukan ke sepatutnya Husam berdebat dengan Zahid??Atas kapasiti pimpinan tertinggi PAS, untuk apa Husam melayan Ezam kotak tu? siapa Ezam dalam UMNO? kredibiliti Ezam pun dalam longkang jer.

    kenapa nak buang masa layan ezam sedangkan perjanjian asal ialah di antara kepimpinan tertinggi PAS (Husam) dan Kepimpinan tertinggi UMNO (Zahid)

    ReplyDelete
  3. Sampai masa nanti kita akan saksikan umno dikafan & dikuburkan oleh rakyat..
    Amin...

    ReplyDelete