Wednesday, May 27, 2009

Revolusi '48


Saya berasa pelik bilamana isu komunis ini dibangkitkan semula dalam situasi Kerajaan Barisan Nasional telah kurang mendapat kepercayaan daripada sebilangan besar rakyat Malaysia. Namun setelah difikirkan kembali, sentimen anti komunis inilah yang akan menjadi satu pemangkin untuk mendapatkan sokongan rakyat (terutamanya bagi waris-waris anggota keselamatan Malaysia) untuk meneruskan kesinambungan pemerintahan Barisan Nasional yang dilihat sedang berada dalam situasi “seperti telur dihujung tanduk”.

Didalam mana-mana peperangan, pastilah ada yang menjadi mangsa. Begitu jugalah apa yang berlaku di didalam negara. Jika kita ambil situasi “Perang Dunia Kedua” antara Britain dan Jerman, tentulah kita boleh lihat bagaimana tentera Jerman membunuh ramai rakyat Britain. Namun kini Britain dan Jerman telah bersahabat dibawah naungan Kesatuan Eropah. Oleh itu cuba kita bayangkan, adakah masih ada lagi rakyat Britain yang berdendam dengan rakyat Jerman?

- Ketua Perusuh


Dalam masyarakat Malaysia ni, masih tinggal sedikit lagi golongan bodoh dan buta sejarah yang terperangkap dengan propaganda anti komunis anjuran penjajah British.

PKM jelas melawan penjajahan. Sedangkan Umno, MCA dan MIC pada ketika itu memilih untuk menjadi talibarut British dan menghalalkan tindakan jahat yang dilakukan oleh British kepada pejuang-pejuang kemerdekaan tulen seperti Dr. Burhanuddin Helmy, Chin Peng, Ahmad Boestamam, Shamsiah Fakeh, Suriani dan ramai lagi.

- Amin 'Black' Iskandar



Blog Pembikinan Revolusi '48

Selingan Dokumentari Revolusi '48


Di petik dari Amin Black Iskandar

Presiden pertama Indonesia, Soekarno pernah berkata dalam pidatonya ketika menyambut ulang tahun kemerdekaan Indonesia ke-19:

"Sejarah adalah sebahagian dari diri sebagai bangsa, dia tidak boleh dipisahkan apalagi dilupakan. Melupakan sejarah - apalagi meninggalkan sejarah - sama ertinya dengan kehancuran sebuah bangsa." (Soekarno, 17 Ogos 1966)

amin iskandar article 291008 sukarnoBegitulah pentingnya sejarah dari kaca mata presiden pertama Indonesia sehinggakan dia mengatakan jika sejarah ditinggalkan ertinya sama seperti kehancuran sesuatu bangsa.

Akan tetapi sejarah seringkali dimanipulasi dan dibolot oleh orang-orang yang memegang kekuasaan – seperti yang berlaku di negara kita Malaysia.

Dalam buku-buku teks sejarah sekolah, perjuangan kemerdekaan negara hanyalah milik Umno dan Perikatan. Hanya perjuangan mereka ditonjolkan, sementara perjuangan orang-orang kiri pelbagai bangsa digelapkan dan dipropagandakan sebagai pengganas dan penjahat.

Akan tetapi, kerja-kerja menyembunyikan sejarah bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Kebenaran pasti akan terbongkar jua. Apa lagi di zaman internet apabila manipulasi sejarah dan maklumat dapat dipecahkan dengan pelbagai pendapat dan fakta daripada pelbagai sumber.

Sebelum Revolusi 48

Selepas berjaya dengan dokumentari Sepuluh Tahun Sebelum Merdeka, Fahmi Reza muncul dengan dokumentari terbaru bertajuk Revolusi 48.

Pengarah filem ini membongkar kembali peristiwa bersejarah pada 1948 yang telah memainkan peranan penting dalam usaha-usaha memerdekakan negara daripada penjajahan British.

Peranan orang-orang kiri daripada Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (AWAS) dan Parti Komunis Malaya (PKM) dalam memerdekakan Malaya tidak boleh dinafikan.

Malahan jika dikaji kembali sejarah, mereka inilah perintis perjuangan untuk memerdekakan negara. Ketika Umno yang ditubuhkan pada 1946 bangga dengan slogan “Hidup Melayu”, mereka (baca: golongan kiri) telah melaungkan slogan “merdeka”.

amin iskandar article 291008 posterPak Mamat, Mak Minah, Pak Chou Tong dan Pak Waimin menceritakan kembali apa yang sebenarnya berlaku pada ketika Malaysia berada di zaman pra-kemerdekaan bermula dari zaman penjajahan Jepun, kembalinya British selepas ketewasan Jepun, darurat diisytiharkan dan golongan kiri mengangkat senjata.

Peranan Lai Teck

Jika Khalid Jaafar, setiausaha akhbar Anwar Ibrahim sewaktu beliau masih timbalan perdana menteri menganggap bahawa Lai Teck yang berasal dari Vietnam sebagai penyelamat agung kepada negara dari pengaruh komunis, filem Revolusi 48 menceritakan sebaliknya.

Chou Tong menceritakan dengan jelas dalam dokumentari ini tentang peranan Lai Teck yang digunakan oleh British untuk menggagalkan usaha memerdekakan negara selepas Jepun menyerah kalah.

Chou, atau nama sebenarnya Au Heng Fong, berkata Lai Teck pernah berkhidmat dengan Perancis ketika di Vietnam sebagai ejen perisikan. Selepas diketahui tentang peranannya sebagai tali barut penjajah oleh rakyat Vietnam, beliau menyusup ke Singapura untuk membantu British.

Di Singapura, Lai Teck pada mulanya menjadi buruh dan kemudian aktif di kesatuan buruh. Dari situlah beliau berjaya menyusup masuk dalam gerakan kiri dan sekali gus rapat dengan PKM.

Apabila Jepun menjajah Tanah Melayu dan Singapura, Lai Teck menjadi tali barut kepada penjajah Jepun pula. Beliaulah yang banyak membongkarkan rahsia kepada Jepun mengenai gerakan anti-Jepun.

Namun apabila Jepun menyerah kalah, dengan cepat Lai Teck bertukar kiblat kepada British. Antara tugasan pentingnya ialah menggagalkan pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu selepas Jepun menyerah kalah.

Jika tiada Lai Teck, Malaya akan merdeka sepuluh tahun lebih awal!

Gerakan bersenjata

Dalam dokumentari ini juga, keempat-empat penggerak PKM ini menceritakan latar belakang bagaimana dan mengapa mereka menyertai gerakan bersenjata untuk melawan penjajah British.

Pada 1948, British mengisytiharkan darurat. PKMM, API, AWAS dan PKM yang sebelum ini bergerak secara sah diharamkan dan ramai pemimpin parti-parti tersebut ditahan.

Jika British tidak menghalang kebangkitan gerakan kiri, mereka akan dihalau oleh rakyat dari Malaya seperti rakyat Indonesia menghalau Belanda.

British tahu gerakan menuntut kemerdekaan menjadi semakin popular. Mahu tidak mahu, mereka terpaksa akur untuk memberi kemerdekaan kepada Malaya.

amin iskandar article 291008 konfrantasiJika orang-orang kiri berjaya dalam perjuangan menuntut kemerdekaan, kepentingan British akan hilang seratus-peratus.

Maka British terpaksa menyokong Umno dan Perikatan yang lebih menjamin kepentingan mereka. Apabila darurat diisytiharkan pada 1948, maka revolusi pun bermula.

Ramai pemuda dan pemudi dari golongan buruh dan petani menyertai perjuangan mengangkat senjata untuk melawan British.

Selepas penjajah meninggalkan Malaya pada 1957, kerajaan yang dipimpin Tunku Abdul Rahman meneruskan perang terhadap golongan kiri dan PKM.

Tindakan ini telah menyebabkan perjuangan bersenjata berterusan sehinggalah Perjanjian Damai Haadyai ditandatangani antara Malaysia, Thailand dan PKM pada 1989.

Contohi Megawati

Dokumentari Revolusi 48 satu usaha membongkar kembali sejarah-sejarah yang telah disembunyikan selama separuh abad. Pada masa akan datang, lebih banyak lagi yang akan terbongkar.

Penulisan sejarah haruslah adil kepada semua pihak. Yang benar tetap benar. Yang salah tetap salah. Fakta ini tidak dapat diubah.

amin iskandar article 291008 funeralSebelum ini, serikandi negara Shamsiah Fakeh pulang ke rahmatullah. Apa yang menyedihkan, pemergiannya tidak mendapat penghormatan yang sepatutnya oleh pemerintah dan aktivis-aktivis politik di Malaysia.

Perkara ini saya khabarkan kepada seorang teman di Indonesia yang kini aktif dengan gerakan Islam. Beliau turut bersedih dengan cara Malaysia melayan tokoh bangsa.

Beliau memberitahu, ketika acara pengebumian bekas diktator Jeneral Soeharto, ramai hadirin yang hadir termasuklah bekas presiden Megawati Soekarnoputri.

Ketika zaman kegemilangan Soeharto, Megawati ditindas teruk oleh Soeharto. Parti PDI-P yang dipimpinnya pernah dipukul oleh jeneral tentera itu.

Bukan itu sahaja, ayah Megawati iaitu presiden pertama Indonesia, Soekarno dijatuhkan oleh rampasan kuasa yang dipimpin oleh Soeharto.

Malaysia harus mencontohi Megawati. Tidak kira apa ideologi politik sekalipun, tokoh tetap tokoh.

Jasa yang besar harus diberi penghargaan dan penghormatan.

6 comments:

  1. salam,
    1.buat saudara edyes,jgn la lagi di propaganda psl komunis ni.mmg ramai yg mengaku pejuang kemerdekaan, tetapi kita perlu fhm makna pejuang yg menuntut kemerdekaan dengan pejuang yg hanya berjuang tuk menyelamatkan diri sendiri.
    2.andai dahulu komunis ini berjaya mengusir British, apakah komunis ini akan perintah malaysia dengan cara islam??saya fikir tidak.mgkn benar komunis menentang british tp tidak tepat kalo kita nak kata komunis pejuang kemerdekaan.
    3. terlalu ramai yg merana dek kerana komunis ni.mgkn pihak british banyak mengaut hasil bumi kita tetapi tidak,tetapi cara pemerintahan lebih kpd pengurusan negara.komunis pula bagaimana???
    4.bagi saya, komunis,DAP dan hindraft serta fahaman benjamin franklin adalah sama.semua itu tidak sesuai di malaysia.
    5. saya tidak mengharapkan sgt kepada pejuang2 lama ini.ini kerana saya fhm,byk perkara yg berlaku dahulu mgkn di luar kawalan.demi sebuah negara, byk yg perlu di korbankan.mgkn saya seorang melayu juga tertanya2, mengapa kita tidak berjuang menghalang pemberian kewargenegaraan kpd bkn bumiputra ni??bygkan malaysia tanpa kaum india dan cina..
    6.akan tetapi biarlah sejarah berlalu.apa yg saya mahu skrng adalah pejuang2 yg menjaga nama malaysia,yg menjadi benteng melayu dan yg akan mengawal kaum2 lain.saya cuma seorang pekerja swasta, kini saya dah mula rasa terancam dgn perbuatan kaum2 lain di malaysia ni.Terlalu byk ruang diberikan kpd DAP DAN HINDRAFT.
    7.nasihat saya, berhenti la dr membangkitkan isu komunis ini.gerakkan la perjuangan menjaga malaysia ini.rapatkan la barisan pemimpin melayu.tidak semestinya semua pemimpin umno itu tidak boleh pakai.gabungkan la pemikir2 bangsa ini.berjuang la bersama2 demi melayu dan islam.

    ( cik anon )

    ReplyDelete
  2. 1957 Dah merdeka, kenapa lagi
    1. nak duduk Hutan
    2. Bunuh orang

    pejuang apa ni??
    Pembunuh orang Islam

    mereka adalah pengganas. Propaganda masih berterusan

    http://idealismalaysia.blogspot.com/2009/05/iktiraf-komunis-dasar-bangsat-cina.html

    ReplyDelete
  3. 1. siapa yang bangkitkan isu komunis terlebih dahulu? adakah UMNO? adakah Rais Yatim? adakah blogger edyes??

    2. propaganda? pihak manakah yang lebih mudah menyebar propaganda pada era 50'an, 60'an, 70'an dan 80'an? adakah pihak kerajaan?

    3. komunis tetap diharamkan selepas kemerdekaan. Tuntutan mereka untuk menjadi sebuah parti yang sah ditolak sewaktu rundingan baling. ini saya no komen.

    ReplyDelete
  4. 1957 Dah merdeka, kenapa lagi
    1. nak duduk Hutan
    2. Bunuh orang

    pejuang apa ni??
    Pembunuh orang Islam


    Jawab jgn tak jawab Eyes??

    Kalau PKM haram Masukle DAP.


    B- Filem revolusi 48..bolehke dipercayai bulat2 ??

    -mungkin pengarahnya/pelakonnya menipu, memang bengap & diupah.

    setiap orang yg berotak bukan mudah ditipu komunis/umno & DAP.

    lu hidup tahun 80an lagi ka??

    ReplyDelete
  5. sedare edyes, sume org tau ko ni die hard fan PKR.. bile orang kutuk PR, otomatik dia akan di cop 'totok BN' konon2 nye...tp bile orang sokong PR, 'diorg sedar perjuangan PR ni suci'... haha... kelakar la korang ni, hidup dlm dunia sendri..

    psl kes chin peng ni, aku rs ko pk la btl2.. jgn la smpai sume benda yg nmpk bleh menjatuhkan BN, ko nk sokong jer! pulak tuh, ko sedaya upaya nak cari point utk memBENARkan hujah ko tuh smpaikan ko pun dah nmpk mcm tukang SPIN...

    aku baca 1 post ni dari http://penpusaka.blogspot.com/2009/05/chin-peng-nak-datang-bukan-nak-balik.html

    aku harap ko ada ms nk baca dan ko ulas la ape yg ada dlm post tu.. ko kan suke ulas-ulas ni.. bleh gak aku dgr pendapat die hard fan biru merah ni..

    ok, sekian...

    -SB-

    ReplyDelete
  6. TUGU / TOKONG TUHAN-DEWA CHINPENG

    Aku yakin dia nak buat satu tokong supaya penjuangan nya HIDUP lepas dia mampus.

    Pastinya orang2 gila dlm Gerakan & DAP (mungkin juga orang gila dlm PAS & PKR) akan menyembah Chinpeng syaitan ini.

    Kalau babi Chin Peng ni mampus & di maqamkan di Malaysia.

    Bersiap sedialah "malaysia akan berperang tanpa penghujungnya"- sehingga US halau semua komunis masuk laut Cihna selatan.

    Dendam pewaris komunis & mangsa masih berbara. Jgnlah bodoh & gila krn seekor makhluk Babi yg berisia 83 tahun ini.

    ReplyDelete