Tuesday, May 26, 2009

Terpaksa Merdeka Melalui UMNO?

Acap kali tertanya-tanya, apakah benar sejarah kemerdekaan sepertimana yang dibaca dalam buku sejarah sewaktu berada di alam persekolahan?

Jika UMNO sanggup berbuat apa sahaja, jika UMNO sanggup melakukan apa sahaja asalkan mereka menang dalam semua aspek, maka tidak mustahil buku sejarah yang kita baca suatu masa dulu telah diaturkan ceritaranya supaya UMNO dilihat sebagai parti yang membawa kemerdekaan. Sedangkan parti lain yang menentang British diharamkan di kala UMNO yang pro-British diberi ruang yang cukup besar untuk Merdeka bersama syarat2 yang membolehkan Tanah Melayu dijajah ekonominya.

Rejemen ke-10, atas kapasiti sayap komunis mereka berjuang menuntut kemerdekaan. Satu blog menceritakan segalanya. klik sini

Berikut adalah sedutan dari blog yang dimaksudkan;

Sebelum itu, kecuali United Malays National Organisation (UMNO), badan-badan lain seperti Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (AWAS), Pembela Tanah Air (PETA), Barisan Tani Malaya (BTM) dan sebagainya adalah pertubuhan politik Melayu yang berjuang atas hasrat murni untuk memerdekakan Malaya dan melepaskannya daripada belenggu British.

Dan, apabila kesemuanya (kecuali UMNO) diharamkan pada Jun 1948 di bawah apa yang dinamakan ‘Undang-Undang Darurat’, pertubuhan-pertubuhan tersebut terpaksa mengambil jalan perjuangan bersenjata yang bermandi darah.

Justeru itu, Rejimen Ke-10 yang pada mulanya terdiri daripada 17 orang telah berkembang dan mendewasa dengan cepat dalam kancah perang rakyat melawan British – sehinggalah ia menjadi satu-satunya pasukan gerila Melayu anti-British yang bukan saja digeruni tetapi dihormati oleh pihak lawan.


6 comments:

  1. cik anon,
    bro..tlg la..xkan epas hindraft komunis pulak.aku sokong ko benci umno tp jgn la main2 isu ni.sebahagian keluarga aku pernah berjuang bersama menentang komunis.ko kena bezakan antara perjuangan menjaga maruah dan perjuangan menuntut dan melaksanakan kemerdekaan.plez la..cuba ko pegi mnm satu kedai roti canai kt tanjung ipoh n.s tu,g borak ngan org2 tua lama ni.kalo ko brani g la ckp komunis tu menyumbang keerdekaan.mungkin ko akan nmpak wajah2 org tua yg akan mengamuk dgn ko.plez la..hindraft dan komunis ni buang la..kita berjuang tuk rakyat tp jgn sekali ko cuba pulak nak sakitkan hati org2 tua yg dah lalui semua ni.biar la kita tentang umno cara berhemat.cara yg org melayu nak,cara toleransia kaum cina dan cara lenggok tari perpaduan kaum india.jgn bermain api...

    ReplyDelete
  2. faham betul2 apa yang saya tulis dalam entri di atas.

    saya menyatakan kemushkilan tentang buku sejarah yang saya baca.

    Saya pun benci komunis bersama fahamannya. Cuma, sejarah tetap sejarah, tidak harus disembunyikan walau pahit sekalipun.

    Rejemen ke-10 adalah sayap komunis yang 100% melayu Islam. mereka menentang mereka menentang penjajah British dan Jepun. Mereka juga sepatutnya diiktiraf.

    ada faham?

    ReplyDelete
  3. salam..
    1. Komunis memang memperjuangkan kemerdekaan, tetapi dengan cara sendiri.
    2.Fakta jelas kemerdekaan Tanah Melayu dan Singapura dipercepatkan kerana faktor komunis.
    3.Tak semua komunis jahat, ada cerita sebalik cerita. Sejarah sebenar dilenyapkan.
    4. Keluarga aku pun ramai polis yang lawan komunis, tapi kita kena ingat, askar dan polis dulu ialah dari kerajaan british. Sedangkan ramai pejuang melayu turut menertai komunis. Kerana perjuangan mengankat senjata lebih bermaruah.

    5. ini antara posting aku http://penakiri.blogspot.com/2009/05/serikandi-dalam-putaran-zaman-2.html

    ReplyDelete
  4. Bobi korang..

    Kalau KUMINIS pejuang kemerdekaan??

    kenapa dah merdeka masih nak bunuh orang..kenapa nak duduk hutan??

    logik akal la oii? ko nak kencing pun jgnla bengap sagat..

    ReplyDelete
  5. mcm korang juga..

    benci UMNO..bukan semua UMNO jahat..

    benci DAP & komunis..sebab banyak yg jahat.

    Hindraf kata Kerajaan buat etnik cleansing ko pi sokong.

    Saya pun benci Hindraf bersama fahamannya. Cuma, fakta tetap Fakta, tidak harus disembunyikan walau pahit sekalipun.

    ReplyDelete
  6. Salam Edyes,

    Saya setuju dengan bro, sejarah tidak dapat diubah walaupun pahit untuk diterima. Ramai kita didewasakan dengan idelogi British.

    Bercakap tentang pejuang kemerdekaan, saya memang tertanya-tanya dari kecil lagi tentang banyak perkara tersembunyi dari generasi hari ini

    ReplyDelete