Friday, August 8, 2008

Gambar Ceramah Anwar di Taman Medan








Sudah dijangkakan bahawa ramai yang akan hadir pada malam Jumaat ini. Seperti kebiasaan, semangat pada malam jumaat jauh lebih baik dari malam-malam lain. Lumrah.

Suasana hujan mengingatkan saya kembali ke detik dua hari sebelum PRU-12 pada awal Mac lalu. Waktu itu hujan turun dengan lebat sekali dan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam perjalanan ke destinasi ceramahnya yang terakhir pada hari tersebut iaitu Kg Limau Pantai Dalam. Sebelumnya ceramah beliau 3 tempat di Negeri Sembilan termasuklah ghrombau, kemudian ke sekitar KL termasuk ceramah di Kg. Baru dan Akhir sekali ke Pantai Dalam.

Ramainya orang pada waktu itu, sehingga motor pun tiada parking. Ramainya orang pada waktu itu hingga flyover pun penuh tiga lapis. Semua tidak berganjak walaupun hujan kian lebat, dengan semangat yang membuak-buak untuk menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi terhadap pemimpin reformasi negara.

Malam tadi, saya juga melalui peristiwa yang sama seperti yang berlaku di ceramah Kg. Limau Pantai Dalam tepat 5 bulan yang lalu. Bezanya tahap kelebatan hujan. Terlalu ramai yang hadir di Taman Medan ini. Mereka juga kalis air dari hujan renyai-renyai bahasa yang turun sejak awal lagi. Ramai juga yang tidak peduli bontot mereka basah tatkala mendengar ceramah pemimpin-pemimpin yang hadir. Ramai !

Panjang pulak muqadimah saya pada artikel kali ini, mungkin kerana buat masa ini saya sangat kesuntukkan masa untuk membicarakan dengan lebih mendalam mengenai ceramah tersebut.

Banyak perkara yang disentuh malam tadi, cuma saya ingin tekankan mengenai ungkapan suka sama suka.

Banyak pihak yang tersalah maksud. Mungkin kerana hanya membaca tajuk, maka kesimpulan telah dibuat sewenangnya. Jadi, saya bertanggungjawab merungkai ungkapan tersebut mengikut apa yang diperjelaskan pada ceramah malam tadi.

Persoalannya, mengapa pertuduhan ditukar daripada 377C kepada 377B iaitu daripada tuduhan meliwat dengan paksa atau rogol kepada meliwat suka sama suka. Anwar tepuk dahi, siapa liwat siapa sebenarnya ?

Jika suka sama suka, mengapa buat report polis? Cuba kita bayangkan bagaimana situasi si Saiful ini sewakti tiba di balai polis untuk membuat laporan. Mungkinkah ayat Saiful berbunyi sebegini "Datuk pulis, saya ingin membuat aduan bahawa saya telah diliwat oleh seorang VIP, tapi kami suka sama suka, saya pun suka... ". Adakah begini ?

Ataupun ianya berbunyi " Pak polisi, saya telah diliwat oleh VIP ini sebanyak tiga kali. Tetapi perlakuan kami adalah di atas suka sama suka, oleh demikian saya memohon keadilan". Adakah begitu?

Begini atau begitu ? Jadi ingin saya persoalkan di sini, mengapa si Saiful itu sanggup bersumpah dan menyatakan dengan jelas yang dia perlukan pengadilan setelah diliwat. Pengadilan bagaimana jika tuduhanya adalah suka sama suka?

Menurut blog Saiful, dia menyatakan bahawa dia berhak mendapat pembelaan. Pembelaan yang bagaimana yang diperlukan oleh Saiful jika pertuduhan terhadap DSAI adalah di bawah seksyen 377B kanun keseksaan dengan kata lain - perlakuan liwat yang dibenarkan. Manusia jenis apa yang membenarkan dirinya diliwat? dan bolehkah manusia seperti ini dipercayai?

Sekiranya pertuduhan suka sama suka, mengapa seorang sahaja yang didakwa, bukan kedua-dua belah pihak? dan mengapa pertuduhan tersebut telah ditukar kepada 377B sedangkan paklah kata Anwar telah melakukan kesalahan liwat dengan paksa yakni 377C. Adakah kerana pendakwaan yang begitu lemah? Atau tak cukup bukti? Adakah ini bermakna undang-undang ikut suka suka ?

Akhir sekali, saya menyeru kepada semua supaya rujuk semula blog Saiful dan lihatlah kepincangan yang kononya Saiful perlukan pembelaan. Kita akan rasakan sesuatu yang tidak kena dibandingkan apa yang tertulis di blognya dan apa yang dipertuduhkan kepada DSAI.

Semoga Allah selamatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan semoga Allah selamatkan rakyat Malaysia dari segala kejahatan dan kebinatangan pemerintah zalim.

4 comments:

  1. situasi disebuah balai...

    pengadu: encik, saya telah diliwat. tapi suka sama suka la.

    polis: sebagai pengadu, awak akan dijadikan saksi utama dan kita akan menangkap peliwat awak.

    pengadu: tapi, saya pun liwat dia juga.

    polis: takper, sebab awak pengadu maka awak akan dilindungi sebagai mangsa.

    ReplyDelete
  2. mari kita jadi pengadu domba.. lebih selamat dan berkat

    ReplyDelete
  3. Mari kita tengok siapa yang kena?

    ReplyDelete
  4. RAKYAT TELAH DILIWAT OLEH KERAJAAN... MARI KITA SAMA-SAMA BUAT LAPORAN POLIS...

    BAWA BUKTI.. SEMUA POKET DAH BELUBANG..

    MALU KAT ORANG SAMPAI TAK CUKUP MAKAN


    http://greensatria.wordpress.com

    ReplyDelete