Thursday, August 7, 2008

Anwar : Mara Terus !

Sekitar jam 10 pagi hari Khamis, 7 Ogos 2008, saya akan ke Mahkamah Majistret Jalan Duta untuk mendengar pertuduhan ke atas jenayah yang tidak saya lakukan. Sebagaimana yang saya tegaskan di dalam kenyataan semalam, penjenayah sebenar yang terdiri dari apparatchik pemerintah berusaha untuk memalukan diri serta keluarga saya, dan sudah tentu matlamat utamanya, adalah untuk menggagalkan aspirasi rakyat.

Adakah sebegini miskin penjenayah-penjenayah ini? Tidakkah mereka merasai getaran perubahan ini? Ianya adalah tuntutan hasrat hati rakyat seluruhnya yang mahu institusi kenegaraan dipulihkan, kemakmuran dikecapi dan martabat negara kembali dijulang. Perubahan yang kita tuntut tidak pernah menjadi agenda milik peribadi. Ianya milik semua.

Propaganda dan plot yang direncana oleh elit pemerintah terutamanya di kalangan yang dekat dengan Perdana Menteri sememangnya tidak bertanggungjawab. Kerakusan serta ketamakan mereka kepada kuasa, membuatkan mereka sanggup untuk menodai institusi-institusi kenegaraan dan demokrasi di negara ini. Ini membuktikan mereka sedang menghadapi krisis moral dan keyakinan.

Mampukah mereka menahan Perubahan? Saya yakin tidak! Perubahan mesti terus mara. Biar Permatang Pauh menjadi saksi bahawa kita pasti mampu mencipta Malaysia yang adil, makmur dan aman.

ANWAR IBRAHIM

2 comments:

  1. salam...

    i like reading your blog...good. but cant help noticing on your side bar tu kan..childrens. Just informing the word 'children' indicates plurality in numbers so no 'S' ya. hehe saja ja nak kasi tau.. harap tak amik hati nooo..

    ReplyDelete
  2. Terima kasih,

    menegur perkara yang baik dengan cara yang baik sudah tentu diterima dengan baik sekali.

    sebenarnya sebelum ini saya telah menukar daripada perkataan child kepada childrens, saya pun tak perasan yang s itu. terima kasih kerana mengingatkan.

    ReplyDelete